Rabu, 21 November 2012

AGAK2 SAPE YANG TERUK....SAPE LIDAH BERCABANG...DAN SAPE KAUT KEUNTUNGAN....

PAS: AES guna kenderaan berlogo JPJ pasang kamera
 
PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

NONEMereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.
Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

"Kami merasakan ini satu pelanggaran kerana bagaimana boleh penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta?" Kata Mahfuz.

"Adakah ini bermakna selepas ini jika kita mahu menguatkuasakan undang-undang mengenai (contohnya) rompakan, kita boleh swastakan kepada mana-mana pihak?

"Ini menunjukkan pengendalian AES adalah sangat mencurigakan," katanya sambil menambah ia mewujudkan syak wasangka tentang apa yang dinyatakan dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang terlibat.

NONEMahfuz dan Firdaus juga menunjukkan gambar kenderaan, yang
didakwa dirakam di Gombak (atas) dan Teluk Intan (bawah) pada tarikh yang tidak diketahui bulan ini.

Dalam gambar atas, pekerja dilihat memasang kamera dan memunggah peralatan dari kenderaan merah oren. Para pekerja memakai jaket trafik dengan perkataan 'BTSB' dicetak di belakang.

Dalam gambar bawah, kenderaan merah oren dengan jalur biru dan kuning, diletakkan di tepi jalan di sebalik tanda had kelajuan 60kph.

Kedua-dua kenderaan dirakam dari arah belakang, sekaligus mendedahkan nombor platnya.

Malaysiakini
juga menemui satu lagi gambar yang beredar di Internet yang menggambarkan kenderaan yang didakwa dimiliki kontraktor AES dengan logo JPJ di sebelahnya. Logo itu disertai teks 'Automated Enforcement System Mobile Unit'.

Mahfuz yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, mereka telah memeriksa nombor berdaftar kenderaan tersebut di laman web JPJ, yang mendedahkan ia milik syarikat-syarikat tersebut.

Menjawab soalah wartawan, Mahfuz mengesahkan bahawa mereka akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan menambah PAS akan menubuhkan sebuah kaunter di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut esok untuk membantu mereka yang mendapat saman AES.
Menteri: Harga kamera had laju polis RM23.5j
 
Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

azlanDalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.
NGO pro-Pakatan berdemo bantah AES
 
Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

NONEPerhimpunan selama kira-kira 20 minit itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni".

"Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.
Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

"Dalam tempoh 14 hari dilaksanakan, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya.

Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno.

NONESyarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.
Himpunan itu yang disertai kira-kira 30 orang turut dihadiri beberapa
ahli parlimen dan ahli politik Pakatan Rakyat - di antaranya adalah MP
Batu, Tian Chua; MP Jelutong, Jeff Ooi; MP Bukit Bendera Liew Chin
Tong dan Chang Lih Kang.

Peserta perhimpunan itu antara lainnya membawa sepanduk dengan wajah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan slogan "Batalkan atau Letak Jawatan (Revoke or Resign)" bagi menggesa Kong membatalkan sistem AES.

Mereka turut melaungkan "Hancur hancur, hancur AES" beberapa kali
sewaktu beberapa kereta melintasi pos pengawal keselamatan di
parlimen.

NONELiew dalam ucapannya pula menyifatkan saman AES ibarat "cukai pintu
belakang" kerana sistem saman ekor  Polis Di Raja Malaysia masih
berkuat kuasa walaupun saman AES telah diperkenalkan.

"Kita boleh anggap ini sebagai satu cukai belakang pintu kerana ia
menguntungkan kroni," dakwanya.

Beliau kemudian mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menghapuskan sistem saman itu jika mereka menguasai Putrajaya kelak.

"Kalau kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan pusat, semua (saman AES) akan dibatalkan," tegasnya.

Beliau turut menerima memorandum membantah AES dari Saifullah
disaksikan Chang Lih Kang sebelum perhimpunan itu bersurai lima minit kemudian.
Berbilion hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik'
 
EKSKLUSIF dikemaskini Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan cara "baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan semula pinjaman.

NONE"Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya.

"Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya.

Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah.

Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut.

"Kita ada senarai agensi kutipan balik hutang, tapi kita belum mula gunakan mereka... Kita bimbang mereka mungkin tidak cukup profesional.

NONE"Sekarang kami lakukan sendiri. Kami ikuti proses undang-undang dan senarai hitam (peminjam ingkar) dengan Jabatan Imigresen, jadi apabila mereka dapati tidak boleh ke luar negara, mereka akan datang kepada kami dan kami dapat maklumat perhubungan mereka yang terkini," katanya.

Namun, dengan kejayaan terhad ini, dianggarkan hanya 20 peratus daripada kira-kira 130,000 orang peminjang dalam senarai hitam imigresen yang mula membayar semula pinjaman mereka.

"Yang lain masih belum tampil. Kami masih menunggu," kata Agos.

Keengganan PTPTN untuk mengambil tindakan lebih keras, seperti memaut sistemnya dengan rangkaian perbankan bagi menghalang peminjam ingkar daripada mendapat kemudahan kredit bank, menggariskan keadaan politik dalam situasi ini.

Namun, badan berkenaan sudahpun digambarkan sebagai lintah darat – memeras dana daripada graduan muda dengan gaji permulaan yang cukup makan.

Pada April, sekumpulan siswa daripada seluruh negara berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemanduhan pinjaman PTPTN dan mempertikaikan kadar fadah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut.
Rafizi mahu ICAC siasat semula sumbangan RM40j
 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan memohon kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong supaya membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan "sumbangan politik" RM40 juta – didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan Michael Chia.

Rafizi berkata, beliau juga akan memohon kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu supaya membuka siasatan baru terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung isu sama.

Beliau mendakwa, Nazri turut terlibat dalam kes tersebut berdasarkan kenyataan menteri itu sebelum ini, dan juga laporan yang mengaitkan anak lelaki menteri berkenaan dengan Chia.

Rafizi berkata, permohonan bagi siasatan baru terhadap Nazri adalah berdasarkan kenyataan menteri hal ehwal undang-undang itu di Parlimen sebelum ini yang didakwanya "merosakkan nama ICAC bagi membersihkan nama Musa dan Micheal".

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata, kunjungan itu juga bagi mengumpul maklumat lanjut dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak berkuasa berkepentingan di Hong Kong mengenai dakwaan kes rasuah RM40 juta itu.

"(Kami) memohon untuk membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan (dakwaan) pengubahan wang haram oleh Musa Aman, dan Micheal Chia," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Negara (NOW) hari ini.
Katanya, beliau ingin bertanya kepada ICAC sama ada badan tersebut terpaksa menutup kes berkenaan kerana tidak mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu).
Rafizi menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa ICAC tidak menyatakan apa-apa perkara yang selari dengan kenyataan Nazri berhubung kes berkenaan, namun menteri undang-undang itu tetap mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung isu tersebut.

Jelasnya, permohonan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan kenyataan Nazri pada 11 Oktober lalu bahawa kertas siasatan SPRM menunjukkan wang berjumlah RM40 juta itu merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa.

Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen, Nazri juga berkata Jabatan Peguam Negara meneliti keterangan yang dikemukakan SPRM dan memutuskan elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Nazri turut menyatakan bahawa dana berkenaan merupakan sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri.

Seterusnya, menurut Nazri, ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.

Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, kata Nazri lagi.

Selain Nazri, turut mengulas isu berkenaanialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Oktober yang berkata, wang RM40 juta yang cuba diseludup itu adalah "sumbangan politik" untuk Umno Sabah.

Bagaimanapun presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbangkan wang tersebut.

Menurut Rafizi berkata, beliau akan berangkat ke Hong Kong esok dan seterusnya membuat permohonan kepada ICAC pada pagi Khamis.

Katanya, beliau akan mengemukakan bukti termasuk laporan media berhubung kenyataan pemimpin BN tersebut berhubung dakwaan berkenaan kepada ICAC.

Jelasnya, beliau telah mengedarkan bahan tersebut kepada media dan ahli politik di Hong Kong untuk disebarkan.
'BN rebut tanah bernilai RM20 juta di Selangor'
 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini menuduh Barisan Nasional merebut tanah di Selangor, sambil mendedahkan bahawa ia telah memperolehi sejumlah 24 tanah negeri pada harga RM1 sekaki persegi, sedang jumlah nilai pasaran dianggarkan sekurang-kurangnya RM20 juta.

NONENg mendakwa, jumlah saiz tanah tersebut yang merangkumi tujuh
daripada sembilan daerah di Selangor, dianggarkan kira-kira 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor petang ini, beliau mendakwa, kesemuanya adalah tanah bernilai tinggi dan merupakan tanah komersial.

Selepas Umno, MCA, MIC dan Gerakan mendapat tanah itu, dakwa Ng lagi, mereka segera mengadakan usahasama (untuk membangun tanah tersebut) atau menjualnya untuk puluhan ribu atau berjuta-juta keuntungan.

Ng mengejek kepelbagaian parti politik yang terlibat, dengan gelaran "sapu Tanah 1Malaysia", merujuk kepada kempen 1Malaysia kerajaan persekutuan.

Daripada 24 tanah itu, dakwanya, Umno mendapat kongsi terbanyak - 15 bahagian, manakala MCA, MIC dan Gerakan masing-masing memperolehi lima, tiga dan satu bahagian pada harga yang rendah.

"Ini yang berdaftar di bawah nama parti, bilangan yang didaftarkan di bawah nama individu, kita tidak tahu," kata Ng.
ADUN Umno: BN tak bina jambatan sebab tewas
 
Ketua pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menjelaskan bahawa kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina jambatan baru di bandar Klang kerana parti itu gagal membentuk kerajaan negeri.
NONEBeliau berkata demikian ketika ditanya Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang meminta beliau menjelaskan mengenai jambatan yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya 2008.

Shuhaimi bertanya demikian memandangkan Satim sering mendakwa kerajaan Pakatan Selangor "tidak menepati janji".

Satim berkata perkara itu sukar untuk dijelaskannya namun jambatan itu akan siap sejak lama dulu sekiranya rakyat Selangor memilih BN, katanya.

Dalam perbahasan Belanjawan 2013 itu, Satim berkata jambatan itu merupakan janji yang dibuat di peringkat negeri, walaupun BN kini membentuk kerajaan persekutuan.

 
  • Shiro Ong · Tunku Abdul Rahman College
    kalau bn tewas tak bina jambatan, buat apa bina AES di Selangor?
    • Johnny Tung · Pengulas Tertinggi
      Patutlah kelantan tak dapat royalti, sebab BN tewas, Patutlah rakyat Trengganu mahu tak mahu pun kena undi BN, kalau tak,,, wang royalti jadi wang ehsan( Eshan= belas kasihan)
    • Syahmi Pro · Pengulas Tertinggi · University of Cambridge
      mangkuk punya alasan! senang nak perbodoh rakyat...ni satu lg calun mb dari beend mcm otak kolam udang juga....apa! selama ni buat jambaTAN PAKAI BUDGET NEGERI@ PERSEKUTUAN.....NK BUAT TITI LANGKAH PARIT BOLEH LE PAKAI BUDGET PEJABAT DAERAH.......
    • Ruzaili Fazli · Pengulas Tertinggi · Pasir Mas
      mana bleh..dh kalahkan....nati xdapat % daripada projek tu..menang lain la citernye...
    • Anip Akmal · Pengulas Tertinggi
      BN kerajaan balas dendam....kalau xperintah...BN pusat pun akan hukum rakyat...mcm kelantan. x mcm PR tunaikan janji2 BN....aku tetap pilih PR klu mcm ni.
    • Ruzaili Fazli · Pengulas Tertinggi · Pasir Mas
      kami rakyat Kelantan dah biasa dengan keadaan ini...Allah akan tunjukkan kebenaran kelak..InsyaALLAH...
    • Ahmad Pan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
      Kenyataan bodoh seorang ketua pembangkang....
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      kan selalu kat Parlimen YB BN perlekeh termasuk Najib dan Muhideen cabar pembangkang PR buat pembangunan...rupanya pembangkang BN pun tak boleh buat pembangunan di selangor..kena tunggu menang dulu..cmtu PR pun bole buat pembanguanan bila da menang
    • Wong See Pang Wong · Pengulas Tertinggi
      HMMMM..... INI MACAM ORG PUN BOLEY JADI WAKIL RAKYAT....... ALASAN BODOH..... SKRG BKN ZMN YB BUDAK2 LAGI LER.... MALANG BETUL RAKYAT KAWASAN DIE.... PUNYA WAKIL RAKYAT YG B***H,B****P,T***L DAN YG SEANGKATAN DENGAN NYA.... CAM NIE PUNYA FIKIRAN YB CAM NIE....
    • Ugaz Crocke James · Pengulas Tertinggi · Kudat
      Jawapan paling Bangang, Di N9 BN menang tapi Hospital Rembau yang dijanjikan mana Ini lah parti PENIPU dalam DUNIA
    • Mann Greco · Pengulas Tertinggi
      satim diman....pirahhhhhhhh
  • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
    jawapan yg bagus, semoga Be End tewas buat selamanya
    • Abdul Jalil Mohd Shah · Pengulas Tertinggi · Puchong
      bayang selama 20 tahun lebih kelantan dinafikan hak sama macam selangor sekarang... tapi kelantan tetap steady di bawah TGNA dan PAS...
    • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
      ADUN Umno: BN tak bina jambatan sebab tewas
      Rakyat : BN tak berapa siuman sebab tewas .......
    • RO Dins · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self employed
      Kata BN/Umporno sentiasa berkhdimatan utk rakyat spt kata Najib 'rakyat didahulukan' maknanya janji2 nk bina sama jugak dgn janji politik... memang patutlh umporno selangor tewas n hrp tewas gak PRU13 nnti....
    • Michael Lee · Pengulas Tertinggi · Klang
      sekarang ko nama satim diman..datang ke pru 13 nanti enko akan
      jatuh sakit demam..skrang memang kelakuan samseng
      konon nak hukum rakyat sbb x undi umno...

      celaka lu !
    • Joseph Abdul · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Banking
      BN Penang boleh pulak beli tanah nak buat rumah kos rendah..kenapa BN selangor tak boleh baut projek dgn bantuan kerajaan pusat..
    • Michael Lee · Pengulas Tertinggi · Klang
      Joseph Abdul
      Bn bole beli tanah kat selangor..tapi bayar la premium yang betul..tapi bn cuma bayar se ringgit se ekar..itu x patut..la
      itu bukan membeli itu di panggil merompak...

      ko paham ? umnobn perompak !
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      Abdul Jalil Mohd Shah mmg steady sokmo kelantan kito .. huuu .. tlg tgk ni jap http://bit.ly/Wtk1Pz :) tq
  • Gin Marvel · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Akhirnya BN kata " BN menepati janji " sedangkan hakikatnya mereka hanya "Janji Auta Ditepati".

    BN Selangor pula kata " Tak bina sebab gagal bentuk kerajaan ?"

    Oiiiiii......BN......! Projek dah di Rasmikan.. Bukan janji PRU 12 dah.... Dah rasmi maknanya projek dah boleh dimulakan segera!

    Hancur luluh hati BN di Selangor kerana hanya "Auta Di tepati" membuatkan BN terus tenggelam dalam banjir sekarang nih....hehehe!!
    • Ahmad Khalil · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PDRM
      Gin Marvel... tempat pertama manusia akan singgah selapas mati adalah alam kubur...jawab lah di sana nanti apa apa yg di janjikan didunia...jikalau tak ditepati.
    • Gin Marvel · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Ahmad Khalil....tepat sedara... Peringkat pertama mahkamah akhirat...
    • Suharto Bin Bustami
      Mana janji air percuma selangor. Jin Apred ni. Semut jauh nampak, bulu hidung yang panjang tak nampak. Jambatan lagi penting dari jambatan. Berkata macam lidah biawak. Lu jawab dengan Khalid lah. Macam lembu saja cuma tak ada ekor
  • نور سوزانا · Pengulas Tertinggi
    hospital rembau bila nak siap????kan rembau menantu umno ngokkkk punya.
  • Pria Anggun · Kuala Lumpur, Malaysia
    BN memang penipu dan pencekik duit rakyat. Road tax, Duti Eksais, Sales Tax, Duti import semua dia orang cekik tapi buat jambatan pun nak berkira.
'SMS harijadi BN S'gor untuk tunjuk kasih sayang'
 
Mesej sistem pesanan ringkas (SMS) BN Selangor kepada pengundi di negeri itu tidak menceroboh privasi pengundi dan bertujuan menunjukkan kasih sayang penyelaras BN Selangor kepada pengundi, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang ingin tahu jika SMS dari penyelaras BN Selangor, Datuk Zin Mohamed itu mencabuli Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010 yang berkuat kuasa Jun tahun ini.

"Saya percaya tak menyalahi akta yang kita luluskan di dewan ini.

"Apa salahnya Yang Berhormat tahu nombor telefon pengundi Yang Berhormat.

"Ini menunjukkan kasih sayang kepada seseorang yg menerima mesej yang saya kira (perbuatan itu) cantik," katanya.

Menurut Joseph, Teo juga boleh berbuat demikian jika beliau mahu "menyenangkan hati pemilihnya".

Penjelasan Joseph itu bagaimanapun dibidas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang merasakan mesej itu tidak membawa apa-apa erti kerana dihantar secara siaraya dan tiada sentuhan peribadi.

"Saya rasa YB menidakkan mesej Yang Berhormat sendiri.

"Mesej (SMS) yang dihantar itu secara siaraya.

"Saya rasa tak wajar kita jadi apologis kepada syarikat telekomunikasi yg melanggar privasi kita," kata Ooi ringkas.

Tiada ulasan: