Khamis, 15 November 2012

KERJA MENDAMAIKAN ORANG BERMUSUH DITUNTUT BUKAN KITA MENGADU DOMBA...MENGADU DOMBA TAK CIUM SYURGA

PUM Selangor gesa henti polemik kebebasan agama

Harakahdaily, 14 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Selangor mengingatkan semua pihak agar menghentikan polemik berkaitan isu kebebasan menukar agama agar tidak mencetuskan suasana yang tidak harmonis antara sesama rakyat yang telah hidup dengan muhibbah selama ini.


Setiausahanya, Mohd Khairunnizam Mohd Supian berkata, pihaknya juga ingin mengingatkan semua pihak agar merujuk perkara yang berkaitan agama kepada pihak yang berkenaan terutamanya para ulama muktabar dan pihak berkuasa agama.

Berikut kenyaan penuh beliau.

Persoalan akidah adalah suatu perkara yang sangat sensitif bagi umat Islam yang menjadi penduduk majoriti Negara Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dengan Raja-raja Melayu menjadi Ketua Agama dan pelindungnya.

Sehubungan dengan itu;

1.      Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Selangor mengingatkan semua pihak agar menghentikan polemik berkaitan isu kebebasan menukar agama agar tidak mencetuskan suasana yang tidak harmonis antara sesama rakyat yang telah hidup dengan muhibbah selama ini.

2.      PUM Selangor juga ingin mengingatkan semua pihak agar merujuk perkara yang berkaitan agama kepada pihak yang berkenaan terutamanya para ulama muktabar dan pihak berkuasa agama. Walaupun secara umumnya sebagai umat Islam mereka berhak untuk berbicara tentang agama mereka secara asasnya, namun dalam perkara yang melibatkan perbahasan hukum yang mendalam, pihak ulama dan cendekiawan Islam merupakan pihak yang lebih berautoriti untuk dirujuk manakala pihak berkuasa berhak menguat kuasakan mana-mana pandangan ulama muktabar yang sesuai dengan realiti tempat dan masa berdasarkan kaedah; "Tassaruf al-Imam manutun bil al-maslahah" iaitu tindak-tanduk imam (pihak berkuasa) terikat dengan maslahah.

3.      Perlu diingatkan, kebebasan beragama telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dengan erti kata penganut agama bukan Islam berhak menjalani amalan dan ibadah mereka tanpa diganggu dan mengganggu orang lain, manakala umat Islam sebagai penduduk asal dan majoriti negara ini berhak untuk mengamalkan ajarannya termasuklah dalam hal menyekat penukaran agama yang dilarang dalam agama Islam secara qat'ie.

4.      Sehubungan dengan itu pihak PUM Selangor kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh SIS (Sister In Islam) yang menyokong murtad secara tidak langsung. Walaupun menafikan menyokong murtad namun kenyataan mereka tentang kebebasan keluar masuk agama Islam tidak boleh diterima atas alasan apa pun kerana hukum yang digunapakai di Malaysia jelas mengenainya.

5.      Pihak PUM Selangor amat memandang berat tentang banyak kenyataan NGO tersebut yang bertentangan dengan kehendak ajaran Islam dan menggesa pihak berkuasa agama berbuat sesuatu dengan mengadakan pertemuan dengan mereka seterusnya tindakan lain yang perlu bagi membendung kefahaman yang salah seperti liberalisme, pluralisme dan inklusivisme daripada merebak.

6.      Akhir sekali pihak PUM Selangor ingin mempertegaskan sekali lagi agar isu kebebasan agama ini tidak ditafsirkan secara melulu tanpa merujuk kepada pandangan ulama muktabar disamping tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan konflik dalam masyarakat majmuk.

Tema DUPP ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam’

Harakahdaily, 14 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Seluruh ahli Dewan Ulamak diseru mewakafkan masa dan diri mereka untuk ke Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-51 yang akan berlangsung pada hari Khamis, 15 November 2012 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin A. Razali (gambar) berkata kehadiran ke muktamar adalah penting sebagai satu kewajipan bersama menilai segala kerja perjuangan yang telah digarap sepanjang sesi 2011-2012.

Berikut adalah penjelasan beliau berhubung muktamar berkenaan.

Muktamar akan bermula seawal 9 pagi dengan majlis perasmian oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sendiri, Datuk Harun Taib, sementara ucaptama akan dibacakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob bertemakan “Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam”.

Gimik penyerahan kad keahlian terkini Dewan Ulamak akan disempurnakan oleh Ketua Dewan, manakala perasmian reka bentuk terkini web Dewan Ulamak PAS Pusat akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak.

Seterusnya agenda rasmi muktamar bersambung pada jam 10.30 bagi yang akan membahaskan Laporan Tahunan Muktamar dan Laporan Kewangan.

Perbahasan Laporan Tahunan dijangka akan hangat kerana pelbagai aktiviti dan agenda kerja yang telah digarap sepanjang sesi ini adalah gambaran persiapan DUPP untuk menghadapi pilihanraya.

Dijangka juga banyak cadangan-cadangan bernas yang akan dilontarkan sebagai respons kepada Laporan Tahunan demi memperkukuhkan gerak kerja pilihanraya.

Antara yang dijangka akan disentuh oleh perwakilan ialah peranan Lajnah Penerangan, Lajnah Tarbiyah, Lajnah Penerbitan, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Antarabangsa.

Lajnah Penyelidikan juga dijangka antara yang akan dikoreksi melihat kepada ianya telah disentuh oleh ucaptama pada Muktamar ke 50 yang lepas.

Unit Media yang menguruskan laman web rasmi DUPP antara yang mungkin menjadi sasaran muhasabah perwakilan  kerana ia merupakan medium utama penyampaian maklumat DUPP.
Lajnah Ulamak Pelapis juga antara yang bakal disentuh oleh perwakilan melihat kepada keaktifan lajnah terbabit melaksanakan program dan kelantangan ahli-ahli Ulamak Pelapis dalam pelbagai isu semasa.
Di sebelah petang pula, perbahasan usul oleh para perwakilan bakal dihangatkan dengan pelbagai isu semasa. Antaranya usul berkaitan sokongan Syiah terhadap rejim Bashar Asad, pengukuhan penglibatan ulama dalam pentadbiran pentadbiran Pakatan Rakyat, pengukuhan fikrah dan tarbiyah, audit syariah bagi pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS dan wakil-wakil rakyat PAS, pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden dan pengukuhan organisasi DUPP.

Di sebelah malam pula diadakan wacana bagi membahaskan ucaptama Ketua DUPP bertajuk “Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam”. Wakil-wakil negeri dijangka mengulas panjang lebar isu-isu pilihanraya ke 13, hala tuju parti dan peranan Ulamak Haraki dalam pengukuhan matlamat dan strategi parti.

Ulasan akan dibuat oleh 4 pemimpin utama DUPP, iaitu timbalan ketua, naib ketua, setiausaha dan Ketua Penerangan sebelum digulung oleh Ketua Dewan.
Muktamar dijangka berakhir pada jam 11 malam.
Unit Media DUPP akan membuat laporan terkini perjalanan muktamar untuk dimuatkan ke dalam web rasmi dewan http://ulamak.pas.org.my/v2/. Kumpulan wartawan Unit Media seramai 8 orang akan bertugas sepanjang Muktamar.

Ulasan muktamar juga akan dibuat dengan bantuan ulamak pelapis yang sedang mengikuti pengajian di Universiti al-Azhar  yang akan mengikuti siaran langsung muktamar menerusi web rasmi Muktamar PAS.
Selain Harakah, beberapa media tempatan juga akan membuat liputan Muktamar, antaranya Sinar Harian dan web berita Malaysiatransform.com
Aturcara penuh Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-51 adalah seperti berikut:
8 – 9 pagi             Pendaftaran Perwakilan
9 – 10.45 pagi    Majlis Perasmian Muktamar dan Ucaptama
11 – 1 tgh            Muktamar bermula mengikut Agenda
Pembentangan dan Pengesahan peringatan Muktamar Tahunan Kali ke 50
Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan Sesi 2011 – 2012
Pembentangan dan Peneriamaan Penyata Kewangan DUPP Sesi 2011 – 2012
2 – 5.30                Perbahasan Usul
Pemilihan 20 Perwakilan ke Muktamar PAS Pusat Kali ke 57
Ucapan Penangguhan
8 – 11 mlm          Wacana Ucaptama ketua DUPP
Perbahasan Ucaptama oleh Perwakilan
Ulasan Perbahasan Ucaptama Pimpinan Tertinggi DUPP
Ucapan Penggulungan oleh Ketua DUPP

Media perlu berperanan mendamaikan keadaan

Mohd Sayuti Omar, 14 Nov 2012
Bukan senang untuk mendisiplin orang politik tidak kira dari relong mana. Mulut orang politik lebih luas dari mulut tempayan dan buasnya lebih lasak dari anak lembu belum baligh. Untuk menang mereka akan melakukan apa saja. Apa lagi politik yang diamalkan di Malaysia ini (politik demokrasi sekular), menyebabkan sesuatu yang mereka lakukan walaupun bersalahan dengan adat dan agama tidak menjadi masalah.

Dalam dunia politik yang haram pun boleh dihalalkan dan yang halal pula boleh diharamkan.  

Sebab itu jika diperhatikan orang politik akan mempolitikan apa saja. Politik kita ada stail tersendiri kerana kita tidak terikat dengan mana-mana terma politik, tetapi bebas dengan terma yang kita cipta sendiri; boleh berbohong, boleh memfitnah dan boleh menggunakan apa saja isu. Rukun 4C - (Publisiti, manipulasi, kontroversi dan hipokrasi), tetap praktikal dan valid dalam politik kita.

Isu-isu bersifat personal dan sensitif seperti agama, budaya, bahasa dan sebagainya sepatut tidak dibangkit kerana ia boleh menimbulkan keburukan dan mudarat, tetapi ia seakan tidak dipedulikan langsung asalkan ia dikira memberi keuntungan dan laba. Malahan isu-isu pula menjadi kegeraman semua kebelakangan ini. Seolah-olah ahli politik kita semuanya tidak bermoral dan sudah tidak mementingkan soal integriti dan moral lagi.

Kerencaman dan 'kebuasan' orang politik ini menjadi lebih teruk lagi apabila media massa yang menjadi alat dan saluran melaporkan kegiatan orang politik juga tidak berdisiplin atau tidak bertanggungjawab terhadap peranan mereka sewajarnya. Media massa yang seharusnya bertanggungjawab tidak bertindak sepertinya. Tanggungjawab sosial diabaikan begitu saja kerana mengejar materialistik. Sikap dan perangai media massa juga sama dengan sikap dan perangai politician.

Kekalutan atau kurang kerbertanggungjawaban media ini bukan saja terkhusus kepada media massa PB tetapi media masa bebas yang lain juga termasuklah yang pro-oposisi dan blog. Kerana mengejar visitor atau pageview mereka sanggup manipulasikan laporan atau mempolemik isu-isu yang tidak sepatutnya secara rakus.

Kadang-kadang geluk politik kita menjadi riuh disebabkan campur tangan media massa atau media masa terlupa tanggungjawab dan amanah sosialnya. Adakalanya kenyataan orang politik seinci saja tetapi di make-up sampai sekaki dan sedepa. Inilah menimbulkan kekalutan.

Inilah masalahnya. Ambil saja contoh mengenai isu-isu agama, di mana isu ini tidak sepatutnya dijadikan isu politik dan terheret menjadi polemik berpanjangan. Ia patut disekat, tetapi kerana media massa tidak memahami akan bahaya isu ini maka ia dimainkan. Kenapa ia menjadi teruk apabila media, atau wartawan dan penulis yang mengambil isu itu sebagai subjek tidak memahami secara mendalam apa yang hendak dilapor dan diulaskan itu. Sebab itu berlaku kecelaruan. Isu yang sebesar tahi mata menjadi sebesar tahi gajah.

Tambahan lagi kalau media itu sendiri ada niat dan nawaitu untuk menimbulkan perpecahan dan keretakan maka ia menjadi lebih parah. Ada kalanya isu kecil saja dan dianggap perkara biasa tetapi disebabkan ia dipolish dan dipolemikkan oleh media ia menjadi besar dan kadang-kadang menjadi masalah kepada negara dan bangsa.

Di sini kita tidak mengira media massa itu sengaja atau tidak mahu mensensasikan isu agar mereka mendapat perhatian, tetapi jika diamat-amati ada sesetengah laporan atau 'penimbulan' isu oleh media semasa disengajakan dengan motif tertentu. Selalunya dengan tujuan untuk melaga-laga dua pihak khasnya sesama Melayu di antara Pas dengan Umno. Saya berani mengatakan di samping mereka tampil memperjuang dan melaksanakan kebebasan tetapi secara senyap mereka ada agenda jahat.

Perkara ini tidak akan disedari jika tidak difahami dan dicungkil secara menghalus mengenai seni peperangan oleh media massa. Dalam masa media itu mendabik dada mereka terbuka dan mengamalkan kebebasan bersuara tetapi ianya terselit dengan nawaitu busuk untuk kepentingan mereka atau pihak yang disokongnya secara senyap.

Saya melihat fenomena ini sesuatu yang boleh memburukkan keadaan jika tidak dibatasi. Lama kelamaan ia akan menjadi barah. Mungkin orang politik atas sifatnya yang liar, culas dan mulutnya tidak boleh ditutup, maka tindakan lain wajar diambil. Misalnya media massa perlu mendisplinkan dirinya dan bersikap konstruktif dan bukan khianat. Media massa harus meletakkan diri mereka sebagai pengharmonian (pendamai) politik negara ini bukan mencarik robekkan.

Media harus juga didisiplinkan sebaik mungkin. Media juga bukan diberi kepercayaan kepada kebebasan bersuara, tetapi harus dipantau agenda tersembunyi yang cuba dibawanya. Bukan sukar untuk mengelakan isu-isu sensitif seperti agama misalnya untuk dipantau. Cukup kalau media massa memastikan setiap orang wartawan atau jurnalisnya yang hendak menulis dan melaporkan mengenai agama pastinya ianya benar-benar faham mengenai sesuatu isu atau topik agama itu.

Wartawan mereka harus mengetahui ilmu agama dan tidak melaporkan secara 'harfiah' saja setiap apa dihamburkan oleh orang politik. Mungkin orang politik ada yang jahil mengenai agama dengan menjadikan agama sebagai alat untuk keuntungan mereka, di sinilah wartawan yang bertanggungjawab dan berilmu akan menulis dan melapor dengan baik. Wartawan akan menjadi agen penjernihan keadaan atau bertindak sebagai orang ketiga menjadi pendamai jika ada dua pihak yang bergaduhan.

Seeloknya juga bagi memastikan isu-isu agama tidak terpesong dan menjadi polemik berpanjangan disebabkan salah lapor dan salah cakap oleh orang politik, setiap oragnaisasi media baik cetak atau maya mengadakan penasihat khas agama di dalam oraganisasi mereka. Orang ini yang arif dalam bidang agama dijadikan tempat merujuk oleh para wartawan apabila mereka berdepan dengan isu-isu agama yang agak komplikated.

Apabila ada penasihat ini, maka isu agama itu tidak akan dilapor dan ditulis secara 'gabas' secara sembrono mengikut fahaman mereka, tetapi ditulis mengikut lunas-lunas dan pemahaman yang sebenarnya. Jika ini dilakukan maka tidak ada kekeliruan terhadap isu-isu agama yang dilaporkan.

Sekiranya oragnisasi media massa berat untuk menyediakan penasihat agama di tempat mereka, mungkin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan pegawai-pegawai mereka di badan-badan agensi berkenaan. Tempatkan mereka di situ atau pun Jakim memgadakan Unit Khas mengenai agama untuk dijadikan tempat rujukan para wartawan khas mengenai isu agama. Unit khas ini pula mestilah cekap dalam memberi respons dan menghurai sesuatu permasalahan kerana sifat berita dan maklumat itu perlu disegerakan.

Kalau ini wujud sudah pasti kekeliruan atau kejadian salah lapor dan salah tulis mengenai agama tidak akan berlaku. Sewajarnya juga kalau isu-isu sensitif seperti isu agama, bangsa, budaya dan peribadi diberikan perhatian. Media massa harus berdiri tegap atas falsafahnya sebagai perubahan masyarakat dari negatif kepada positif. Kalau media massa melupai akan falsafah itu, apa lagi ikut terbawa-bawa bermain dengan perkara-perkara negatif merosakkan bangsa, kewujudannya tidak memberi apa-apa makna sedikitpun. Sebaliknya kewujudan mereka bolehlah dianggap atas kehendak syaitan. - http://msomelayu.blogspot.com/

Hijrah: Berubah meletak kepimpinan negara

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 14 Nov 2012
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihan raya.


Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya di kalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku di masa ini.

Salam Maal Hijrah

YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam

Harakahdaily, 14 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.

“Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia,” ujarnya.
Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.

Menurutnya, muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.

Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan pemerhati.

“Inilah masa terbaik menggerakan semangat dan pengorbanan. Marilah kita hayati ucapan Presiden sebagaimana para sahabat mendengar arahan daripada Rasulullah,” ujarnya dalam Facebook.

Justeru, beliau berharap janganlah ada yang berjalan terlalu laju sehingga meninggalkan pengikut di belakang, dan jangan pula terlalu perlahan sehingga orang di belakang menendang kaki orang di hadapan.

“Kita berjuang di atas satu saf yang kukuh, ibarat bangunan yang tersusun teguh. Jangan terganggu perjalanan ini kerana adanya panggilan-panggilan kiri kanan yang berusaha untuk melengahkan kemenangan Islam.

“Ya Allah, satukan kami, perteguhkan azam kami dan terimalah taubat kami,” ujar beliau lagi.

Mendarat kapal terbang tersilau bulan purnama

M Faqih, 13 Nov 2012
KOTA BHARU: Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Kota Bharu. Jumaat ini tumpuan politik negara terarah ke situ.

Kompleks berciri senibina Islam itu lengkap dengan dewan besar, madrasah, pejabat dan bangunan menempatkan alat penghawa dingin.

Dibina dengan kos jutaan ringgit mula digunakan pada September 2001 bagi meraikan sambutan Jubli Emas PAS. Dalam tempoh tidak sampai setahun pembinaannya siap.

Modalnya disumbang orang ramai. Berbeza jauh berbanding projek pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra berharga asal RM143 juta, tidak siap-siap selepas hampir enam tahun diletak batu asas.

Sudah acap kali muktamar PAS diadakan di Putik. Semua ahli dan penyokong PAS tahu di mana kedudukan Putik. Begitu juga kalangan pemimpin Umno.

Pemimpin Umno yang sering menaiki kapalterbang pasti tersilau bangunan berdiri megah di sebelah landasan kapalterbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Ada logo bulan gergasi berwarna hijau tua dan putih. Dan iklan di sebelahnya pula ditulis Welcome To Kelantan.

Tidak jauh dari situ pula ada kompleks tiga tingkat milik PAS Pengkalan Chepa dikenali sebagai Purnama. Bangunan Umno pula entah di mana di Pengkalan Chepa.

Sebelum ini Umno difahamkan pernah menyewa di tepi sebuah tali air, namun sekarang sudah berpindah ke lokasi lain.

Malang sungguh Umno, bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu semasa di bawah Datuk Zaid Ibrahim kini menjadi Syabab Point milik Pemuda PAS Kelantan.

Umno Kelantan hanya ada bekas panggung wayang yang dijadikan Pejabat Perhubungan Negeri.

Semua orang sebut cerita pasal Putik dan PAS sehari dua ini. Namun bagi pengarah muktamar kali ini, Datuk Mohd Amar Abdullah dan timbalannya, Dato’ Takiyuddin Hassan bukan kerja mudah bagi mempersiapkan tempat berlangsung muktamar.

Hari ini persiapan menjelang muktamar sedang rancak dijalankan. Semua prasarana dan kelengkapan berada pada tahap akhir.

Tapak ekspo muktamar di sebelah kompleks Putik sudah dipasang khemah. Begitu juga ruang pameran di sebelah dewan Putik juga sudah siap.

Seorang petugas memberitahu pengarah dan timbalan pengarah berada di Putik sehingga jam 3 pagi untuk melancarkan persiapan muktamar.

Begitu juga di Bandar Kota Bharu yang akan berlangsung muktamar Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda sudah dipenuhi banner dan sepanduk serta bendera bulan Purnama.

Muktamar Muslimat diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centra, Muktamar Pemuda di Dewan Julli Perak MPKB BRI, bersebelahan Bazar Tok Guru.

Manakala muktamar Dewan Ulama diadakan di Dewan Duyung, Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan.

Semangat Putrajaya

Muktamar PAS kali ke-58 yang bermula Jumaat ini diharap Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir mampu membangkitkan semangat dalam misi menghayung langkah ke Putrajaya.

Katanya, muktamar kali ini bakal menzahir jentera PAS yang lebih mantap menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Ramai orang memerhati dengan penuh minat apa yang berlaku pada muktamar PAS memandangkan usianya sekarang sudah mencecah 61 tahun.

“Sebagai parti Islam yang sudah lama berakar umbi dalam sejarah politik di negara ini, tentunya setiap apa yang berlaku dalam PAS menarik perhatian rakyat Malaysia,” katanya di sini.

Beliau yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, ikatan Pakatan Rakyat memantapkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita sebenarnya sedang melangkah serangkap dan sederap menuju ke Putrajaya dengan mengambil kira semangat perjuangan bermula di Putik,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau merakamkan ucapan Selamat Datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari negeri-negeri lain ke Kelantan.

Anti Lynas: Jalan kaki Kuantan - KL bermula hari ini

Helmi Ibrahim, 13 Nov 2012


(Andansura [baju kuning] mengiringi Wong Tuck (3 dari kanan) di fasa pertama kempen dari Kuantan ke Gambang)

KUANTAN: Protes terhadap Lynas di teruskan hari ini dengan Wong Tuck selaku pengerusi Himpunan Hijau secara solo memulakan kempen berjalan kaki dari perkarangan Masjid Negeri Kuantan menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Acara pelepasan beliau turut di sertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong penuh sebarang kempen kesedaran bagi membantah operasi Lynas di Gebeng.

Turut serta ialah Andansura Rabu (TYDP Pas Indera Mahkota/Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pahang), Fuziah Salleh (MP Kuantan), Ustaz Syed Anis (PAS Kuantan) serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain yang berjuang menentang operasi Lynas di bawah gabungan SLC (Stop Lynas Coalition) dan Himpunan Hijau.

Kempen ini akan berlangsung  selama 10-13 hari dan Wong Tuck berharap agar dapat mencapai jarak yang di tetapkan iaitu 25-30 km sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November 2012.

Bagaimana pun ia bergantung kepada keadaan kesihatan beliau dan situasi semasa.

Beberapa lokasi telah di kenal pasti sebagai tempat perhentian beliau di sepanjang perjalanan dan para  penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta NGO yang prihatin di seru agar memberikan sokongan moral kepada beliau.

“Kita benar-benar mengharapkan agar sesiapa sahaja yang berkelapangan dan berkesempatan agar dapat memberikan sokongan moral terhadap usaha gigih saudara Wong Tuck ini atas satu matlamat – agar kerajaan mendengar suara hati rakyat untuk menghentikan operasi Lynas!” tegas Andansura Rabu sewaktu sidang media pagi tadi.

“Ahli-ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat yang tinggal di sepanjang laluan atau di perhentian sementara beliau di lokasi yang di tetapkan di harapkan mengambil peluang untuk berbakti sesama rakan seperjuangan sambil meniupkan semangat kepada Wong Tuck dan sukarelawan yang mengiringi perjalanan beliau.

“Juga tidak ketinggalan untuk para perwakilan dan pemerhati yang akan beramai-ramai ke Kelantan bermula hari ini agar dapat meraikan kempen ini di sepanjang laluan dari Kuala Lumpur ke pantai timur,” ujar beliau mengakhiri temubual.

Unit Amal sertai Istiadat Perbarisan Kehormatan

Aslani M, 13 Nov 2012

(Unit Amal menyertai pembarisan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad)


KOTA BHARU: Pasukan Unit Amal diberi penghormatan menyertai Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Padang Merdeka, kelmarin.

Unit Amal diwakili Briged Amal dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Pengkalan Chepa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pertama kali dalam sejarah pasukan Unit Amal dijemput menyertai acara rasmi peringkat negeri.

"Ini merupakan satu pengiktifaran yang belum pernah berlaku sejak kewujudan Unit Amal kira-kira 25 tahun lalu.

"Saya yang turut sama berada di pentas utama terasa begitu teruja melihat kecekapan anggota-anggota Unit Amal, yang mana sebelum ini hanya kelihatan pada program-program parti.

"Mereka juga berkemampuan menyertai acara besar seperti itu dengan segak berbaris seperti pasukan berpakaian seragam lain," katanya di sini.

Pasukan Briged Amal tersebut disertai 35 anggota pernah muncul sebagai johan pertandingan kawat kaki anjuran Yayasan Islam Kelantan.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Unit Amal mengembangkan pasukan berpakaian seragam itu ke beberapa sekolah agama di bawah Yik, di mana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar.

Sementara itu sempena perasmian Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada Jumaat ini difahamkan pasukan Unit Amal juga akan diberi penghormatan mengadakan perbarisan kehormatan.

SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis

Harakahdaily, 13 Nov 2012
MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan meneruskan Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka malam ini walaupun tanpa kebenaran polis.

Zuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini.

"Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini.

Polis bertegas tidak membenarkan program ini dan tidak memberikan jaminan keselamatan terhadapnya.


Berikut adalah antara soal-jawab yang menjadi pokok perbincangan di antara Penyelaras SAMM Melaka dan juga pihak polis yang diwakili oleh ACP Muhammad:


1. Pihak polis telah menolak dan menghalang program tersebut dari diteruskan dengan alasan soal keselamatan dan kononnya bercanggah dengan akta baru. Turut dipersoal oleh pihak polis ialah permit tidak dimohon oleh penganjur.

SAMM Melaka menyatakan dengan baik, akan meneruskan ceramah tersebut dan lokasi ceramah tidak memerlukan permohonan permit kerana Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene diadakan di tanah persendirian dan juga berpagar.

2. Polis berdolak-dalik untuk memastikan keselamatan di tapak program dengan mengatakan pihak polis kekurangan kakitangan di musim perayaan.

Bagi SAMM Melaka, sekiranya tugasan pihak polis bertepatan dengan kerjaya contohnya SB dan mata-mata dimansuh, pasti jumlah anggota polis mencukupi walaupun di musim perayaan.

3. Polis kemudian memberi jaminan untuk meluluskan permohonan ceramah sekiranya SAMM Melaka menukar tarikh program selepas 10 hari dari tarikh semalam.

Menunda program ke satu tarikh lain sehari sebelum program berlangsung adalah tidak efisyen. Kehadiran SAMM Melaka ke IPD bukan untuk meminta izin, tetapi memaklumkan program berlangsung supaya pihak polis boleh bertugas menjaga keselamatan. SAMM Melaka tetap dengan pendirian untuk menjalankan program pada tarikh yang dijanjikan - 13 November.

4. Polis akhirnya memberi kata dua dan jika program ini diteruskan " TIADA JAMINAN KESELAMATAN DARI PIHAK POLIS".

Bagi SAMM Melaka, mana-mana pihak polis yang tidak mampu memberi jaminan keselamatan harus meletakkan jawatan serta merta.

5. Pihak polis menyatakan sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kejadian, SAMM Melaka harus bertanggungjawab dan Penyelaras SAMM Melaka menjadi individu pertama yang akan ditangkap.

"SAMM Melaka ingin menegaskan betapa pihak polis harus menangkap provokator, bukan penganjur," kata Zuraidi dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak bersama SAMM pertahankan saki-baki ruang demokrasi yang ada hari ini.

Teuku Adnan sahkan Umno tidak Islam?

Mohd Sayuti Omar, 13 Nov 2012
Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.

Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.

Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.
Kata Adnan dipetik;  “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam." Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.

Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongsangan dan kontra bila mana di hujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam".

Dengan pernyataan di akhir itu meragukan, macam mana Umno boleh membela dan menjaga akidah umat Islam sedangkan perkara asas iaitu al-Quran yang mengajar segala macam ilmu dan kaedah termasuk menjaga akidah itu tidak diguna pakai?  Persoalannya macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah umat Islam?  Mungkin kaedah yang diambil Umno dalam menjaga akidah umat Islam tidak mengikut kehendak agama, maka itulah dalam masa Umno membangunkan syiar Islam, mereka juga turut membina syiar meruntuhkan Islam.

Dari keadaan inilah dapat dikatakan bahawa Umno hanya berlakon saja untuk membela akidah Umat Islam. Sebab itu Umno lebih cenderung untuk membina syiar Islam daripada cuba mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Kalau bercakap fasal Islam Umno akan bercerita perihal masjid, sekolah agama dan sebagainya sedangkan itu hanya lambang-lambang yang tidak mestinya menepati kebenaran Islam.  Bukti paling sahih mengenai silakp dolak dalik dan hipokrasi Umno ini apabila ia menolak hukum Allah (hudud) dengan alasan-alasan yang berbaur kekufuran.

Makanya pengakuan itu seharusnya difahami oleh sekalian orang khasnya orang Melayu yang selama ini menganggap Umno adalah pejuang Islam nombor wahid. Sikap-sikap Umno ke belakangan ini yang kononnya mengambil berat terhadap Islam termasuk 'memalu', menghentam mana-mana kenyataan politik oleh pemimpin pembangkang adalah sandiwara dan wayang Cina saja.

Apabila Umno tidak mengambil sepotong ayat Quran untuk urusan politiknya maka jelas politik Umno termasuk apa yang dicerminkan dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak berjejak dan berkonsep kepada suruhan Allah. Jadi tidak menghairankan kalau Umno bersikap rakus, kejam, menipu rakyat kerana mereka tidak mendapat taufik dan hidyah al-Quran. Kerana mereka yang menghadam isi-isi al-Quran tidak akan tergamak berbuat begitu kerana azab Allah ke atas apa yang dibuat itu senantiasa bermain di biari matanya.

Pegangan dan politik Umno ini amat berbahaya. Kejahatan dan kerakusan yang boleh dilakukan tanpa pegangan agama itu akan merebak ke dalam pentadbiran atau kerajaan. Situsi inilah menyebabkan berlaku berbagai penyelewengan dan salah guna kuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini. Skandal-skandal melibatkan kewangan seperti rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, ternakan lembu gemuk di kondo, tanah untuk pembinaan pelabuhan darat (PKRZ), penjualan tanah kerajaan dan sebagainya, adalah cermin atau terilham dari politik yang tidak sujud kepada al-Quran.

Disebabkan kerana Umno tidak mengambil sepatah ayat al-Quran itulah juga menyebabkan jelas berlaku kejahilan di kalangan pemimpinnya termasuk ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad dan menyindir segala hukum Allah yang dipancarkan dalam Quran seperti mana hudud.  Kesan itu juga menyebabkan ada yang mudah membuat tafsir 'buta' terhadap ayat-ayat Quran yang dibaca oleh pihak lain di mana kerana ianya difahami secara harfiah, dan bukan mencungkil falsah dan makna di sebaliknya.

Justeru mulai hari ini, dengan 'pencerahan' yang diberikan oleh Adnan itu janganlah kita merasa pelik dan aneh kalau Umno tidak menunjukkan keghairahannya kepada Islam termasuk untuk melaksanakan hukum-hakam di dalam Quran. Pencerahan ikhlas Adnan itu juga memberi isyarat jelas kepada orang Melayu untuk menjauh kurafat yang dicipta Umno mengenai Islam.

Disebabkan kesingsangan itu juga tidak pelik juga kalau sesekali pemimpin Umno yang gian hendak bercakap fasal Islam termasuk mentafsir ayat Quran yang dibaca oleh Nurul Izzah Anwar tampak sangat kejahilan dan kesongsangannya. Ini berlaku kerana pemimpin Umno tumpul dengan ajaran Islam sebenarnya.

Memandangkan ini elok kalau Najib Razak turut melakukan transformasi imu ke dalam Umno di masa akan datang. Ajar dan dekatkan generasi Umno dengan al-Quran dan suntikan kefshaman Islam yang betul. Mungkin institusi agama yang berlambak di negeri ini boleh membantu. Institiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh memain peranan penting. Perseimbangan pengembangan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah dilakukan bagi mengelak orang Umno terus terjeblos dalam kedurjanaan kejahilan.

Najib jangan saja memperlopari blue ocen di dalam Umno tetapi hendaknya juga mempelopori green ocen (Kalamullah) di dalam Umno. Ini penting kerana tidak ada guna kalau Umno dan negara mencapai kemajuan tetapi ianya tidak disertai dengan amali agama. Kemajuan atau apa juga pemodenan yang tidak berohkan Islam - akidah dan pegangan, ia adalah palsu dan akan membawa kemusnahan besar.

Najib dan sekalian orang harus faham bila menyebut soal agama dan Islam, ilmunya terlalu luas. Islam bukan saja setakat kita mendirikan rukun-rukun Islam yang lima perkara tetapi yang penting memahami, menghayati dan mengamali apa yang termasuk di dalam sesuatu rukun itu. Pengajaran atau perintah di dalam rukun Islam itu bukan saja perlu difahami secara zahiriah tetapi hendaklah mencecah kepada hakikat. Islam perlu ditaat bukan dengan fizikal, seperti mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya, tetapi Islam perlu ditaati dan disujud dengan hati dan jiwa secara istiqamah.

Hari ini Islam di dalam Umno hanya Islam syariat saja itu pun tidak mendasari, manakala Islam tariqat, hakikat dan makrifat masih terlalu jauh lagi. Mungkin beberapa orang di kalangan pemimpinnya saja yang mengerti hal ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali berlatar belakang Islam yang mapan boleh membuka pintu ijtihad di dalam Umno melakukan hijrah besar ke atas parti itu. Kalau Umno menerima konsep Islam keseluruhan saya yakin titik temu yang jelas dan nyata parti itu dengan Pas dan segenap Islami lain akan tercapai. Bukan itu saja penerimaan Islam secara syumul menjamin hayat Umno lebih panjang dari usia pemerintahan Firaun. - http://msomelayu.blogspot.com/

Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan

Aspan Alias, 13 Nov 2012
Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah ‘terbonggeng’ dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang ‘terminal’ kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, ia itu tubuh dan jasadnya mati.


Seperti pengidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan pengidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat sama ada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup.

Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu.

Begitu jugalah UMNO. UMNO telah mengidap penyakit ini agak lama, tetapi oleh kerana UMNO ini parti kaya-raya dan dipimpin oleh semua pemimpin-pemimpin yang ‘kaya baru’ maka hayatnya telah dapat disambung kerana yang kaya selalunya akan dapat berubat dan pergi terbang ke seluruh pelusuk dunia untuk berubat. Penyakit kanser UMNO ini sebenar nya sudah lama kerana ramai yang berpendapat ia mula merebak sejak pemerintahan Dr Mahathir. Tetapi UMNO mampu berubat kerana kekayaan pemimpin-pemimpinnya maka UMNO dapatlah untuk terus hidup sampai ke pilihanraya 2008 dahulu walaupun tanda-tanda kematian sudah jelas nampak apabila hilang majoriti 2/3 di Dewan Legislatif Parlimen.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, yang akan membunuh UMNO itu ialah penyakit kanser yang di hidapi selama ini juga. Sebagai pesakit kanser seseorang itu terpaksa berbelanja besar untuk membeli ubat dan membeli ‘supplement’ yang mahal-mahal untuk menyekat kemaraan penyakit kanser itu.

Maka kita sedang melihat bagaimana UMNO terpaksa berbelanja besar untuk merawat penyakit yang di hidapinya itu. Najib terpaksa ke hulu ke hilir serta mundar mandir ke darat dan ke baruh untuk memanjangkan usia parti yang sedang menghadapi penyakit yang serius itu. Sekali Najib melawat jutaan wang ringgit dibelanjakan dan semuanya ini adalah wang rakyat. Seperti yang saya katakan peruntukan besar terpaksa di adakan untuk membeli segala ‘supplement’ yang dikatakan baik untuk mengekang penyakit ini dari merebak.

Najib akan mendengar semua nasihat penasihat-penasihat dan rakan-rakan karibnya akan melakukan apa sahaja untuk mengubati penyakit yang amat sukar diubati itu. Di antaranya ialah satu ubat yang dinamakan ‘BRIM’ iaitu bantuan rakyat 1Malaysia. Ubat BRIM ini amat mahal harganya untuk memujuk sel-sel yang ada di dalam tubuh UMNO itu supaya tidak mati. Berbillion harganya ubat ‘BRIM’ ini

Satu lagi usaha ialah dengan meminta semua sel-sel di dalam tubuh itu supaya tidak membunuh satu dengan yang lain. Ramai lah pemimpin-pemimpin UMNO yang telah pergi ke Yayasan Perdana di Putrajaya untuk mengangkat sumpah di depan pemimpin besar UMNO supaya tidak membunuh di antara satu dengan lain kerana kanser di semarakan oleh bunuh membunuh di antara sel-sel yang masih hidup itu. Ramai pemimpin UMNO telah pergi mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir dan berbaiah untuk tidak mensabotaj calon-calon BN dalam pilihanraya nanti.

Itulah sebenarnya penyakit UMNO itu. UMNO juga tahu yang pesakit kanser yang sudah sampai ketahap ‘stage 4’ akan kurang diyakini oleh orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab. Pesakit kanser akan hanya dapat melambatkan kemaraan penyakit itu dengan berehat dan jauhi dari segala bentuk tekanan yang di anggap ‘stressful’ kerana perasaan tertekan itu akan memburukkan lagi penyakit itu.

Itu sebabnya UMNO kian hari kian lemah kerana terlalu tertekan dan tidak mungkin boleh memperbaiki kesihatannya. Kerana tekanan yang terlalu serius maka kita sedang melihat  kesihatan UMNO itu semakin hari semakin buruk.

Itulah sebab nya rakyat meminta UMNO untuk berehat dan pergilah buat pembedahan yang mana patut semasa dalam berehat itu. Tetapi sebagaimana sikap pesakit, mereka susah untuk menerima hakikat yang mereka terpaksa melakukan pembedahan-pembedahan yang amat diperlukan itu.

Rakyat perlu memaksa UMNO pergi melakukan pembedahan dan berehat sebanyak yang mungkin. Sementara itu tanggungjawab menjaga negara dan rakyat ini biarlah dilakukan oleh pihak lain yang sudah terbukti lebih sihat dan walafiat.

UMNO perlu memahami keutamaan mereka. Keutamaan mereka ialah untuk berehat dan melakukan pembedahan  Jangan fikir lagi untuk masih berada di pejabat dan bekerja. Kalau masih mahu bekerja pun ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada negara.

Kepada UMNO, pergilah berehat. Jaga kesihatan yang sudah terlalu uzur itu. Itu lebih afdhal. Bersihkan segala ‘toxic’ yang ada di dalam tubuh UMNO itu. Makan dan minumlah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan ‘alkaline’ yang tinggi untuk mengurangkan ‘toxic-toxic’ tersebut. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Deklarasi harta: MB Pahang sokong selepas PJ PAS mahu laksana

Harakahdaily, 13 Nov 2012

(Umno Pahang ikut PAS untuk isytihar harta)

KUANTAN: Selepas PAS Pahang mengumumkan, semua calon PAS di negeri itu akan membuat pengisytiharan harta, Menteri Besar Pahang turut menyokong agar Umno juga berbuat demikian.

Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya kepada pemberita berkata, "Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat."

Namun begitu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur mengenai cadangan itu berkata Umno belum membincangkannya.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong cadangan Pemuda PAS agar calon dan pemimpin PAS mengisytiharkan harta masing-masing.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan menerima cadangan itu untuk dilaksanakan di Pahang.

Turut menyokong cadangan itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman untuk dilaksanakan di semua peringkat.

PAS kini sedang mengkaji mekanisma yang paling sesuai untuk membuat pengisytiharan itu secara terbuka kerana ia telah dibuat oleh pemegang jawatan awam di kalangan pemimpin PAS sebelum ini.

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim

Harakahdaily, 13 Nov 2012

(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)


PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.

Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.

(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."

Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.

"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam," seloroh beliau.

Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol, kemudian Hitea di Kg Biong, sauk.

Kuliah Maghrib pula di Kg luat Lenggong dan ceramah umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.

Israel pesatkan serangan ke atas Gaza

Terjemahan Mohamad Yahya, 13 Nov 2012
RAFAH: Israel makin memesatkan serangan ke atas selatan Gaza, mensasarkan terowong-terowong berhampiran bandar Rafah, mengakibatkan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh.

Tentera Israel menjalankan satu siri serangan udara, mensasarkan "terowong dan fasiliti senjata" di utara dan tapak pelancaran roket di selatan, lapor pihak tentera Isnin lalu.

Medik Palestin berkata angka kematian rasmi adalah seramai enam orang, selepas seorang anggota Jihad Islam yang dinamakan sebagai Mohammed Shwikani, 20, terbunuh dalam serangan udara berhampiran bandar utara Gaza, Jabaliya.

Medik juga melaporkan menemui mayat seorang lagi anggota Jihad, Mohammed Abed, 20, yang terbunuh dalam satu lagi serangan udara timur Jabaliya.

Ashraf al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan berkata 35 orang tercedera, sambil menambah bahawa 10 orang telah menjalani amputasi.

Beliau menamakan empat orang awam terbunuh sebagai Matar Abul Ata, 20 tahun, Mohammed Harara 17 tahun, Ahmed Harara 15 tahun dan Ahmed Dardasawy 18 tahun.

Pejuang Gaza membalas serangan dengan melancarkan roket dan mortar ke selatan Israel, namun tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan.

"Fitnah dulu, bayar kemudian"

Ahmad Tajdid, 12 Nov 2012
KETIKA Mingguan Malaysia diarah memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung sebuah cerpen yang memfitnah beliau, ramai di kalangan pembaca Melayu akhbar itu sudah melupai bilakah cerpen itu diterbitkan dan reaksi-reaksi menggila pemimpin Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno terhadapnya.

Ramai juga yang tidak memperdulikan pengakuan penulis cerpen itu, Chamil Wariya bahawa karyanya telah diubah suai pengarang akhbar terbabit sehingga 'membunuh' imej Teresa sebagai wakil rakyat.

Malah ketika Utusan Malaysia diarah membayar ganti rugi kepada beberapa pemimpin PAS yang dilapor fitnah, ramai juga orang Melayu pembaca setia akhbar itu tidak lagi mengingati apakah isu yang diputarbelitkan Utusan Malaysia sehingga mengakibatkan ia menghadapi saman fitnah.

Begitulah hebatnya akhbar milik Umno itu dalam 'membentuk fikiran pembaca' khususnya para penyokong Umno. Mungkin 'tagline' paling tepat bagi digunakan Utusan Malaysia bukanlah 'penyebar fikiran rakyat' tetapi 'fitnah dahulu, bayar kemudian'.

Kini sekali lagi Utusan Malaysia muncul dengan strategi yang sama. Kali ini dengan memutarkan isu kononnya Timbalan Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar menggalakkan orang Melayu murtad.

Secara tiba-tiba media massa pro-BN diketuai Utusan Malaysia muncul sebagai 'pembela akidah Islam' walaupun sebelum ini tidak langsung bersuara terhadap kebiadapan Presiden MCA memperlekeh dan menghina syariah Islam. Malah setelah kenyataan sekutu Umno itu seakan memakan diri, akhbar milik Umno itu menyediakan ruang pula kepada Chua Soi Lek untuk menjelaskan penghinaannya terhadap hukum hudud.

Komen-komen liar pemimpin Umno dan sekutu-sekutu mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah juga jelas tidak matang, berniat jahat dan pre-emptive. Lebih memualkan komen-komen tersebut dibuat semata-mata atas laporan akhbar dan tidak memetik langsung kenyataan asal Nurul Izzah.

Di awal isu ini diputarkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah pun mengeluarkan kenyataan media yang menjelaskan perkara sebenar. Bagi panduan bersama disiarkan semula kenyataan media tersebut:

"Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk 'Islamic State: Which version? Whose responsibility?' sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama."


Begitu jawapan pandat dan ringkas yang diberikan Nurul Izzah yang sepatutnya boleh merungkaikan segala kemusykilan dan salah faham yang sengaja dimainkan media pro-BN.

Namun seperti mana biasa, penjelasan Nurul Izzah tidak langsung diterbitkan oleh media massa pro-BN yang mencetuskan isu ini. Apa yang ada cumalah 'komen-komen menggila' yang diberikan pemimpin tertinggi Umno, NGO-NGO sekutu Umno juga ahli agama yang sengaja membiarkan diri diperbodohkan oleh 'spin doctor' BN.

Nurul Izzah sudah pun memulakan tindakan menyaman dua akhbar pro-BN kerana memutarbelitkan kenyataan beliau. Laporan juga telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita yakin jika Utusan Malaysia dan Berita Harian diarahkan membayar ganti rugi kepada Nurul Izzah beberapa tahun lagi, isu ini tidak lagi diingati para pembaca.

Nampaknya pesta 'membodohkan Melayu' ini tetap menjadi agenda Utusan Malaysia. Tanpa menghiraukan impak kehadiran media baru yang mencabar dominasi media konvensional, isu-isu membabitkan pemimpin lawan BN (khususnya Pakatan Rakyat) terus dimainkan Utusan dan media massa pro-BN. Tujuannya satu, untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan memastikan sokongan Melayu terus kekal buat Umno dan BN.

Sampai bilakah strategi 'ketinggalan zaman' yang merugikan bangsa Melayu ini mahu diteruskan. Sudah lebih 50 tahun Melayu dibuai sentimen sedangkan buaian sentimen ini gagal menjadikannya bangsa yang berdaya saing, hatta dengan bangsa sendiri di seberang tambak sana.

Dosa Besar-Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.
Hukum Mengadu Domba
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.
Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.
Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.
Balasan Mengadu Domba
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.
1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)
Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).
2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.
Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)
2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)
3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.
4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)
5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)
6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

Mengadu Domba

NAMIMAH (MENGADU DOMBA)

Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merusak adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan dan yang menyulut api kebencian serta permusuhan antar sesama manusia.

Allah mencela pelaku perbuatan tersebut dalam firmanNya, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (Al-Qalam: 10-11).

Dalam sebuah hadits marfu’ yang diriwayatkan Hudzaifah, disebutkan,

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ.

“Tidak akan masuk Surga al-qattat (tukang adu domba).”( Hadits riwayat Al-Bukhari, lihat Fathul Bari, 10/472. Dalam An-Nihayah karya Ibnu Atsir, 4/11 disebutkan:” …Al-Qattat adalah orang yang menguping (mencuri dengar pembicaraan), tanpa sepengetahuan mereka, lalu ia membawa pembicaraan tersebut kepada yang lain dengan tujuan mengadu domba.)

Ibnu Abbas meriwayatkan,

مَرَّ النَّبِيُّ بِحَائِطٍ مِنْ حِيْطَانِ الْمَدِيْنَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِيْ قُبُوْرِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ n: يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِيْ كَبِيْرٍ -ثُمَّ قَالَ- بَلَى [وَفِيْ رِوَايَةٍ: وَإِنَّهُ لَكَبِيْرٌ] كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ اْلآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيْمَةِ.
“(Suatu hari) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar dua orang sedang disiksa di dalam kuburnya, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda, “Keduanya disiksa, padahal tidak karena masalah yang besar (dalam anggapan keduanya) -lalu bersabda- benar (dalam sebuah riwayat disebutkan, “Padahal sesungguhnya ia adalah persoalan besar.”). Salah seorang di antaranya tidak meletakkan sesuatu untuk melindungi diri dari percikan kencingnya dan seorang lagi (karena) suka mengadu domba.”( Hadits riwayat Al-Bukhari, lihat Fathul Bari, 1/317.)

Di antara bentuk namimah yang paling buruk adalah hasutan yang dilakukan seorang lelaki tentang istrinya atau sebaliknya, dengan maksud untuk merusak hubungan suami istri tersebut. Demikian juga adu domba yang dilakukan sebagian karyawan kepada teman karyawannya yang lain. Misalnya dengan mengadukan ucapan-ucapan kawan tersebut kepada direktur atau atasan dengan tujuan untuk memfitnah dan merugikan karyawan tersebut. Semua hal ini hukumnya haram.

Menggunjing, Mengintip dan Mengadu domba, Perbuatan Dosa yang Membudaya

بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: Redaksi Buletin Istiqomah
Pada edisi pekan lalu, kami bawakan beberapa dosa yang disepelekan yang terkait dgn amalan pribadi manusia. Untuk menyambung pembahasan, kami akan bawakan beberapa hal terkait dgn kesalahan dlm muamalah (hubungan antar manusia), dimana sebenarnya ini adalah perbuatan dosa, namun dianggap remeh oleh banyak pihak. Kita memohon petunjuk & penjagaan kepada Allah Ta’ala dari perbuatan hina ini, yang diantaranya adalah,
1.GHIBAH (MENGGUNJING)
Dalam banyak pertemuan, sering kali yang dijadikan hidangannya adalah menggunjing (membicarakan orang lain). Padahal Allah Ta’ala melarang hal tersebut, & menyeru agar segenap hamba menjahuinya. Allah Ta’ala menggambarkan & mengidentikkan ghibah dgn sesuatu yang amat kotor & menjijikkan. Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Apakah salah seorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya.” (Al Hujurat : 12)
Nabi menerangkan makna ghibah (menggunjing) dgn sabdanya, “Tahukah kalian apakah ghibah itu?” Mereka menjawab: “Allah & Rasul-Nya yang mengetahui”. Beliau bersabda: “Yaitu engkau menyebut saudaramu dgn sesuatu yang dibencinya”, ditanyakan: “Bagaimana halnya jika apa yang aku katakan itu (memang) terdapat pada saudaraku?” Nabi b menjawab: “Jika apa yang kamu katakan terdapat pada saudaramu maka engkau telah menggunjingnya (melakukan ghibah) & jika ia tak terdapat padanya maka engkau telah berdusta padanya.” (HR. Muslim 4/2001)
Jika ghibah adalah menyebutkan sesuatu yang terdapat pada diri seorang muslim, sedang ia tak suka (jika hal itu disebutkan), baik terkait permasalahan keadaan jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriyahnya & sebagainya. Caranyapun bermacam-macam. Diantara bentuk ghibah adalah dgn membeberkan ‘aib, menirukan tingkah laku atau gerak tertentu dari orang yang dipergunjingkan dgn maksud mengolok-olok.
Banyak orang meremehkan masalah ghibah. Padahal dlm pandangan Allah Ta’ala, hal itu adalah sesuatu yang keji & kotor. Ini dijelaskan dlm sabda Rasulullah , “Riba itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dgn seorang laki-laki yang menyetubuhi ibunya (sendiri) & yang paling berat adalah pergunjingan seorang laki-laki atas kehormatan saudaranya.” (As-Silsilah Ash-Shahihah : 1871)
Wajib bagi orang yang hadir dlm suatu pertemuan yang sedangmenggunjingkan orang lain, utk mencegah kemungkaran & membela saudaranya yang dipergunjingkan. Nabi  amat menganjurkan hal demikian, sebagaimana dlm sabdanya, “Barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, niscaya pada hari kiamat Allah akan menolak api Neraka dari wajahnya.” (HR Ahmad : 6/450, Shahihul Jami’ : 6238).
2.NAMIMAH (MENGADU DOMBA)
Namimah adalah mengadukan (mempertentangkan) ucapan seseorang kepada orang lain dgn tujuan merusak hubungan, memutus ikatan, serta  menyulut api kebencian & permusuhan antar sesama manusia.
Allah Ta’ala mencela pelaku perbuatan tersebut dlm firmanNya, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian kemari menebar fitnah.” (QS. Al-Qalam : 10-11)
Dalam sebuah hadits marfu’ yang diriwayatkan Hudzaifah d disebutkan, “Tidak akan masuk surga bagi Al Qattat (tukang adu domba].” (HR. Bukhari, lihat Fathul Bari : 10/472)
Dalam An-Nihayah karya Ibnu Katsir 4/11 disebutkan, “Al-Qattat adalah orang yang menguping (mencuri dengar pembicaraan) tanpa sepengetahuan mereka, lalu ia membawa pembicaraan tersebut kepada orang lain dgn tujuan mengadu domba”.
Ibnu Abbas  meriwayatkan, “Suatu hari Rasulullah  melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun Madinah, tiba-tiba beliau mendengar dua orang yang disiksa dlm kuburnya, lalu Nabi  bersabda, ”Keduanya disiksa, padahal tak karena masalah yang besar dlm anggapan keduanya, (dan dlm riwayat lain disebutkan: padahal sesungguhnya ia adalah persoalan besar). Kemudian Nabi  bersabda, “Seorang diantaranya tak meletakkan sesuatu utk melindungi diri dari percikan kencingnya; & seorang lagi (disiksa karena) suka mengadu domba.” (HR. Bukhari, Fathul Bari : 1/317)
Di antara bentuk namimah yang paling buruk adalah hasutan yang dilakukan terhadap seorang lelaki tentang istrinya atau sebaliknya, dgn maksud utk merusak hubungan suami istri tersebut. Demikian juga adu domba yang dilakukan sebagian karyawan kepada teman karyawannya yang lain. Misalnya dgn mengadukan ucapan-ucapan kawan tersebut kepada direktur atau atasan dgn maksud utk menfitnah & merugikan karyawan tersebut. Semua hal ini hukumnya haram.
3.MELONGOK (MENGINTIP) RUMAH ORANG TANPA IZIN
Allah Ta’ala berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin & memberi salam kepada penghuninya.” (QS. An-Nur: 27)
Rasulullah  menegaskan, alasan diharuskannya meminta izin adalah karena dikhawatirkan orang yang masuk akan melihat aurat tuan rumah. Nabi  bersabda, “Sesungguhnya diberlakukannya meminta izin (ketika masuk rumah orang lain) adalah utk (menjaga) penglihatan.” (HR. Bukhari, Fathul Bari : 11/24)
Pada saat ini, dgn berdesakannya bangunan & saling berdempetnya gedung-gedung serta saling berhadap-hadapannya antara pintu dgn pintu & jendela dgn jendela, menjadikan kemungkinan saling mengetahui isi rumah tetangga kian besar. Ironisnya, banyak yang tak mau menundukkan pandangannya, malah yang terjadi terkadang dgn sengaja, mereka yang tinggal di gedung yang lebih tinggi, dgn leluasa memandangi lewat jendela mereka ke rumah-rumah tetangganya yang lebih rendah (mengintip). Ini adalah salah satu pengkhianatan & pemerkosaan terhadap hak-hak tetangga, sekaligus sarana menuju yang diharamkan, karena perbuatan tersebut banyak kemudian menjadi bencana & fitnah.
Dan disebabkan oleh bahayanya akibat tindakan ini, sehingga syariat Islam membolehkan mencongkel mata orang yang suka melongok & melihat isi rumah orang lain. Rasulullah  bersabda, “Barangsiapa melongok rumah suatu kaum dgn tanpa izin mereka, maka halal bagi mereka mencongkel mata orang tersebut.” (HR. Muslim: 3/699)
Dalam riwayat lain dikatakan, “… kemudian mereka mencongkel matanya, maka tak ada diat (ganti rugi) untuknya juga tak ada qishash baginya.” (HR. Ahmad 2/385, Shahihul Jami’ : 6022)
4.BERBISIK EMPAT MATA DAN MEMBIARKAN KAWAN KETIGA
Dalam sebuah majlis & pergaulan, sikap & tindakan ini sungguh amat tak terpuji, bahkan sikap & tindakan seperti ini sebenarnya merupakan langkah syaitan utk memecah belah umat Islam & menebarkan kecemburuan, kecurigaan & kebencian di antara mereka. Rasulullah  menerangkan hukum & akibat perbuatan ini dlm sabdanya, “Jika kalian sedang bertiga, maka janganlah dua orang berbisik tanpa seorang yang lain, sehingga kalian membaur dlm pergaulan dgn manusia, sebab yang demikian itu akan membuatnya sedih.” (HR. Bukhari,lihat Fathul Bari : 11/83)
Termasuk di dalamnya berbisik dgn tiga orang & meninggalkan orang keempat & demikian seterusnya. Demikian pula, jika kedua orang tersebut berbicara dgn bahasa yang tak dimengerti oleh orang ketiga.
Tidak diragukan lagi, berbisik hanya berdua dgn tak menghiraukan orang ketiga adalah salah satu bentuk penghinaan kepadanya. Atau memberikan asumsi bahwa keduanya menginginkan suatu kejahatan terhadap dirinya. Atau mungkin menimbulkan asumsi-asumsi lain yang tak menguntungkan bagi kehidupan pergaulan mereka di kemudian hari.
5.DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH
Banyak orang lemah iman bergaul dgn sebagian orang fasik & ahli maksiat, bahkan mungkin bergaul pula dgn sebagian orang yang menghina syariat Islam, melecehkan Islam & para penganutnya.
Tidak diragukan lagi, perbuatan semacam itu adalah haram & membuat cacat akidah. Allah Ta’ala berfirman, “Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain, & jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zhalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (QS. Al-An’am : 68)
Dalam kehidupan sehari-hari, yang sering kita dapati adalah pergaulan antara seorang muslim dgn pemabuk, pezina, penjudi, atau orang-orang yang dikenal meremehkan agamanya, dgn niatan hanya sekedar ngobrol, nongkrong tanpa niatan menasehati. Jika hal itu senantiasa dilestarikan, dikhawatirkan dia akan terpengaruh dgn kawan jeleknya itu. Atau minimalnya merasa bahwa kesalahan yang dilakukan kawan-kawannya itu sebagai perbuatan “biasa & sah-sah saja”. Maka dari itu, utk meminimalkan pengaruh buruk dari kawan jelek seperti ini, seharusnya kita memilih lingkungan yang baik & Islami, guna menyelamatkan agama kita.
Pembaca yang budiman, oleh sebab itu jika keadaan mereka sebagaimana yang disebutkan oleh ayat di muka, betapapun hubungan kekerabatan, keramahan & manisnya mulut mereka, kita dilarang duduk bersama mereka, kecuali bagi orang yang ingin berdakwah kepada mereka, membantah  kebatilan atau mengingkari mereka, maka hal itu dibolehkan. Adapun bila hanya dgn diam, atau malah rela dgn keadaan mereka maka hukumnya haram. Allah Ta’ala berfirman, “Jika sekiranya kamu ridha kepada mereka maka sesungguhnya Allah tak ridha kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At-Taubah : 96)
(Oleh: Tim Buletin Istiqomah, Rujukan: Dosa-dosa Yang Dianggap Biasa, Karya Muhammad Shalih Al-Munajjid)
sumber: www.mediasalaf.com tags: Nama Nama, Antara Dua, Sudan Darfour, Sunni Dan Syiah, Umat Islam, Nabi Muhammad, Tidak Suka,

Tiada ulasan: