Isnin, 19 November 2012

BILA ITU KEHENDAK ALLAH TIADA MAKHLUK YANG BOLEH MEMBANTAH....ORANG YANG JAHAT DAN ZALIM AKAN DAPAT BALASAN SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN SERTA KEZALIMAN...SAMA2 KITA TUNGGU

Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS

Salmiyah Harun, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.





Muktamar lulus 14 usul, sedia tuju Putrajaya

Harakahdaily, 18 Nov 2012

(Perwakilan muktamar PAS ke 58)

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) kali ini, meluluskan 14 usul dengan enam usul dilulus dengan bahas manakala lapan lagi usul dilulus tanpa bahas.

Enam usul yang dibahas itu adalah, satu usul dari Dewan Ulamak, dua dari pemuda, satu muslimat dan dua PAS Pusat.

Dewan Ulamak PAS Pusat membawa usul organisasi agar Majlis Syura Ulamak PAS menubuhkan satu unit audit syariat bagi tujuan mengaudit perjalanan badan eksekutif yang terdiri daripada wakil ahli jawatankuasa PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

Pengauditan ini menurut mereka perlu merangkumi semua aspek pentadbiran supaya semuanya memenuhi pematuhan syariat dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat bagi memastikan kualiti kepimpinan kerajaan negeri ditadbir PAS.

Usul itu telah dibentang dan dibahas semalam dan telah dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan muktamar.

Dewan Pemuda PAS pula membawa usul mendesak kerajaan supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan serta merta bagi mengelakkan pengainayaan kepada rakyat.

Usul itu juga mendesak agar kerajaan mewujudkan satu tatacara kelola trafik yang baru berdasarkan kajian dan juga piawaian negara maju yang lebih bersifat mendidik pengguna jalan raya.

Satu lagi usul yang dibawa dewan itu adalah usul mendesak kerajaan Malaysia menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan Rohingya.

Usul tersebut juga menggesa kerajaan melalui OIC, Liga Arab dan PBB mengambil tindakan segera terhadap isu ini.

Kerajaan juga digesa menyatakan sikap yang tegas serta menggunakan seluruh mekanisma operasi untuk membantu krisis kemanusiaan yang berlaku di kedua-dua negara ini.

Kedua-dua usul pemuda tersebut juga telah dibentang dan dibahas semalam dan juga telah diterima sebulat suara para perwakilan.

Usul dari Dewan Muslimat PAS Pusat pula bagi mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menangguhkan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Ini kerana perlaksanaan itu masih kabur sehingga menimbulkan tekanan kepada guru yang hampir 80 peratus dari mereka sebenarnya tidak faham.

Mereka juga menuntut agar hak yang adil dan sama rata kepada seramai 800,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam PBS ini serta memastikan akses internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah diatasi dengan sebaiknya sebelum perlaksanaan dilakukan.

Usul tersebut yang dibentang pagi ini juga diterima sebulat suara oleh perwakilan.

PAS Pusat pula membawa usul agar memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu melalui semua medium yang ada.

Pada masa yang sama, PAS juga perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu lebih baik daripada Umno serta menerangkan segala pembohongan Umno.

PAS juga perlu menonjolkan kemampuan memerintah dengan memberi contoh Kelantan yang telah diperintah 22 tahun dan Kedah yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik walaupun terpaksa menanggung beban hutang RM1.8 bilion peninggalan BN.

Satu lagi usul PAS Pusat adalah agar PAS mengukuhkan sokongan ke atas Jawatankuasa Bersih yang telah mengemukakan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya.

Usul terssebut juga mahu PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno BN untuk memenuhi kesemua tuntutan Jawatankuasa Bersih.

Pada masa sama, jentera PAS juga perlu terus membongkar penyelewengan Umno melalui daftar pemilih dan terus memberi tekanan kepada SPR untuk membersihkan kesemua daftar undi sebelum PRU-13.

Usul yang juga dibentang pagi ini itu juga diterima sebulat suara oleh para perwakilan.

Sementara itu, lapan usul yang diterima tanpa bahas adalah usul memperkasa Harakah, usul mengutuk Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang berterusan menghina Islam, serta usul agar Pakatan Rakyat mengutamakan seluas-luasnya aspek pendidikan di dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai.

Selain itu, usul-usul agar usaha dakwah terhadap bukan Islam dimaksimakan, usul pembantu rumah tempatan dimartabatkan, usul calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diberi peluang bertanding dalam PRU-13 juga dilulus tanpa bahas.

Dua lagi usul juga dilulus tanpa bahas adalah usul menghapuskan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta usul agar diadakan satu himpunan besar-besaran pembabitkan parti-parti dalam Pakatan serta NGO bagi mendesak kerajaan memastikan pilihan raya adil dan saksama.

Umno sebenarnya pengkhianat Melayu, raja dan Islam

Salmiyah Harun, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Menyedari hakikat Umno hanya perlu menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan Melayu, Agama dan Raja untuk menunjukkan mereka memperjuangkan Melayu, PAS harus memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad (gambar) ketika membahaskan usul ini, berkata Umno BN akan menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali pun tanpa menghirau soal dosa dan pahala, tanpa mengira isu yang dibangkitkan benar atau salah.

"Minggu depan, Umno akan melaungkan hidup Melayu dalam perhimpunan mereka, hakikatnya di luar Umno seperti pencuri menjerit pencuri," katanya ketika mengemukakan usul berkenaan.

Tambahnya, Umno sedar sokongan rakyat kepadanya semakin merosot menjelang PRU-13 malah tongkat saktinya MCA dan MIC sudah patah bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN.

Beliau menggesa PAS wajar mempergiatkan siri pengkhianatan Umno melalui pelbagai medium seperti ceramah, risalah, banner dan menafaatkan media baru seperti Facebook, dan tweeter.

Idris Ahmad turut menyebut lebih 20 pengkhianatan Umno terhadap Melayu termasuklah menggadainya kira-kira 1.3 billion tanah orang Melayu pada tahun 1995.

"Banyak tuan-tuan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu, inilah yang perlu kita perhebatkan, kita harus sedarkan orang Melayu.

"Umno sering kata dialah tulang belakang Melayu, ya... memang tulang belakang sebab isinya sudah diambil untuk kenyangkan perut," katanya  di hadapan kira-kira lebih 2000 perwakilan dan pemerhati di Putik.

Usul ini juga, katanya wajib disokong untuk menyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu lebih baik daripada Umno.

Malah menurut Idris, PAS dituntut menerangkan pembohongan Umno yang mengatakan bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang.

"Sedangkan kerusi majoriti bukan Melayu hanya 45 kerusi sahaja, jika dimasuk kerusi Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi daripada 222 kerusi," katanya.

Justeru, beliau turut mengajak para perwakilan agar menerangkan kemampuan PAS yang memerintah negeri Kelantan selama 22 tahun, sehingga mampu menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat walaupun dinafikan hak oleh kerajaan.

Sementara itu, Perwakilan Johor Normala Sudirman yang turut membahaskan usul itu berkata, Umno semakin mencengkam kakitangan kerajaan di saat-saat menghadapi pilihan raya.

"Termasuklah memberi hukuman kepada guru-guru dengan menukar mereka di saat-saat akhir, memecat mereka tanpa sebab yang munasabah.

"Inilah kegusaran Umno bila sedar sokongan untuk mereka sudah merosot, Umno semakin cengkam kakitangan awam," katanya. 

Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

Harakahdaily, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan Melayu.

"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti.

Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau.

"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.

"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak  lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."

"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).

"Kadang kala kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

Datuk Kenneth Eswaran (gambar) pula adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak dalam urusan pribadinya termasuk menghubungkannya dengan bomoh dari India.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, K Eswaran juga sorang ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.

Syarikat ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru.

"Dia mendapat semua ini kerana hubungannya dengan keluarga Najib khasnya 'wanita pertama', Rosmah mansor," kata satu sumber kepada laman web itu.

Tiada ulasan: