Sabtu, 10 November 2012

BILA ALLAH NAK JATUHKAN SESEORANG SERTA NAK MENAIKKAN SESEORANG TIADA SAPE BOLEH MENGHALANGNYA

Melayu gagal dakwah orang Cina
Posted on Saturday, November 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh LanH
FIRDAUS Wong daripada Perkim memukau hadirin pada sesi ceramahnya yang menekankan kewajipan seseorang Muslim untuk berdakwah, di sebuah masjid berdekatan rumah saya 19 Oktober lalu. Walaupun masa diperuntukkan adalah antara maghrib dan isyak, Firdaus ‘terbabas’ daripada tempoh ditetapkan.

Seusai ceramahnya, Firdaus memberi peluang kepada hadirin bertanyakan soalan; saya tidak melepaskan kesempatan itu dengan menyoal kenapa orang Melayu gagal dalam ‘dakwah’ mereka kepada orang Cina kerana kata saya, kini ada hanya lebih kurang 60,000 Cina Muslim daripada 8 juta orang Cina di Malaysia.

Beliau membetulkan angka yang saya beri, katanya kini hanya adalah lebih kurang 40,000 Cina Muslim di kalangan 28 juta rakyat negara ini. Ya, angka ini sungguh kecil, mengapa tidak tertariknya orang Cina kepada Islam, mungkinkah orang Melayu-Islam yang merupakan kaum majoriti tidak langsung berdakwah kepada orang Cina?

Dalam soalan saya kepada Firdaus, saya menekankan bahawa mengikut teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara, penduduk rantau ini diislamkan oleh pertamanya, saudagar Arab; keduanya saudagar India dan ketiganya oleh saudagar dan penjelajah Cina dengan contoh utamanya Laksamana Cheng Ho yang beberapa kali belayar melalui laut kawasan ini untuk ke Makkah bagi menunaikan haji.

Ya, dulu orang Cina terbabit mendakwah orang Melayu, maklumlah Islam dikatakan telah sampai ke negara China pada abad ke-7 sedangkan di Alam Melayu, rakyat kerajaan besarnya seperti Sriwijaya masih beragama Hindu dan Buddha. Jadi orang Melayu sebahagiannya diislamkan oleh orang Cina tetapi kenapa hari ini orang Melayu sebagai penduduk asal rantau ini tidak berjaya menarik jutaan orang Cina kepada Islam?

Firdaus menjelaskan sesetengah watak dan sikap semula jadi orang Melayu itu seperti mudah tersenyum, peramah manakala anak-anak menunjukkan penghormatan kepada orang tua seperti mencium tangan ibu bapa, menambat hati kaum lain tetapi malangnya beliau mengakui orang Melayu tidak membuat kerja-kerja dakwah; ramai yang mengemukakan alasan seperti tidak pandai (tiada ilmu) dan tiada masa. Beliau mengingatkan adalah penting untuk setiap Muslim mencari ilmu, memahaminya, mengamal dan seterusnya menyampaikannya (berdakwah).

Benarkah hal-hal berkaitan Islam tidak sampai kepada orang Cina? Dalam dunia moden apatah lagi pada era perkembangan teknologi komunikasi ini, perkara ini dirasakan mustahil tetapi sebagai manusia, ‘personal touch’ (jalinan peribadi) adalah amat perlu kerana situasi ini boleh menyentuh kalbu bagi membuka laluan seseorang itu mendapat hidayah Illahi.

Pada pandangan saya, ketika seorang dua pemimpin parti politik Cina hebat menyerang Islam seperti memperlekehkan hukum hudud adalah amat penting untuk orang Islam yang cintakan agamanya berperanan untuk menerangkan Islam kepada rakan-rakan Cina mereka. Merekalah diharapkan untuk melakukan ‘personal touch’ , adalah amat merugikan jika sudah bertahun-tahun kita berkawan dengan orang bukan Islam tetapi tidak pernah menerangkan hal berkaitan Islam kepada mereka.

Bolehkah kita biarkan pemimpin bukan Islam yang jahil Islam (mungkin benci Islam) berleluasa memberi gambaran mengenai apa didakwanya sebagai keburukan ajaran Islam? Sesungguhnya pemimpin seperti ini tidak layak bercakap pasal Islam tetapi mengapa kita tidak lakukan sesuatu sebelum ‘percakapan mulut busuk mereka’ masuk ke dalam minda rakan-rakan bukan Islam kita?

Adalah malang jika kita menganggap hal agama adalah soal ‘taboo’ yang tidak boleh dibicarakan sesama rakan. Menyampaikan adalah tugas kita, untuk memberi hidayah itu ‘kerja’ Allah SWT. Tetapi kalau tidak menyampaikan, kita sudah berlaku khianat; seorang sahabat pernah menceritakan betapa seorang pemuda Cina Malaysia yang ‘menemui’ Islam di Amerika ketika menuntut di sana begitu marah sekali kepada rakan Melayunya di Malaysia yang tidak pernah memberi penjelasan mengenai Islam kepadanya.

Firdaus tidak meminta kita (orang Melayu-Islam) melakukan tugas yang berat-berat dalam berdakwah; cukuplah kita bermula dengan menunjukkan akhlak dan contoh baik, mencetak dan mengedar risalah penerangan atau al-Quran terjemahan bahasa Cina dan kalau itu pun kita tidak mampu lakukan, berilah bantuan kewangan kepada pihak yang menjalankannya seperti Perkim!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan 
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, bermaksud: "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): "Ya Allah berilah keampunan kepada Hamba-Mu si fulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci."

.....
http://lanh14.blogspot.com


  Pelik tapi benar: 300,000 Kaum India tiada K/P@IC?
Posted on Saturday, November 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Hairan, peilik, anih tapi benar berlaku di Malaysia! Kaum atau bangsa India Malaysia tiada kad pengenalan atau I/C. Mengikut berita dari laman sesawang kaum India Malaysia seramai 300,000 orang tiada kad pengenalan atau I/C.

Jika benar berita tersebut kerajaan BN/UMNO khasnya komponennya MIC parti yang menjaga dan menyelia kaum India Malaysia GAGAL DAN TIDAK PEDULI apa yang berlaku.
Jelas parti MIC yang dominan dalam kaum India yang menjaga POLITIK PERUT DAN PELITIK KRONIMA YANG TEBAL. Amat malang sekali selepas merdeka 56 tahun kerajaan Bn/UMNO khasnya MIC gagal memberi khidmat kepada rakyat dalam hal ehwal mengeluarkan kad pengenalan kepada kaum India seramai 300.000 orang didakwa oleh KAUMNYA ATAU KUMPULANNYA SENDIRI.
Kedua apakah tugas Kementerian Dalam Negeri YANG DIJAGA OLEH HISHAMMUDIN DAN JABATAN PENDAFTARAN NEGERA yang bertanggugjawap dalam halehawal kad pengenalan Malaysia TIDUR ATAU TERLUPA?.
DICADANGKAN KEPADA YB PAKATAN RAKYAT membawa isu 300,000 kaum India yang tiada kad pengenalam malaysia dalam sesi Parlimen yang bersidang sekarang.
Ketiga kerajaan BN/UMNO/MIC perlu mengadakan satu kertas siasatan yang terperinci sebab kegagalan kaum India yang menetap di Malaysia mendapat kad pengenalan.
Keempat jika perlu kerajaan Malaysia perlu mengadakan KERTAS PUTIH terhadap isu 300,000 kaum India yang tidak ada kad pengenalan. Kebenaran perlu dirungkai dan ketulenan statusnya wajib disiasat dengan segera.

 AES - Kong Cho Ha bermain wayang tongkol
Posted on Saturday, November 10 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kuda Ranggi

Perdebatan di dalam dan luar Parlimen mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menurut Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha (MCA) telah dijadikan isu politik oleh parti pembangkang (Pakatan Rakyat) sebaliknya menunjukkan bahawa Cho Ha sendiri bermain 'wayang tongkol' atas pentas yang bakal roboh.

Dakwaan atau tuduhan Cho Ha yang cuba mempersalahkan 'musuh politik' Barisan Nasional jelas jauh menyimpang daripada kebenaran.

Ini kerana agensi berita nasional, BERNAMA, yang terletak bawah seliaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri melaporkan rata-rata anggota Parlimen, saya ulang rata-rata anggota Parlimen, bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan AES ditangguhkan.

Mereka, iaitu anggota Parlimen, berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan.

Saya tak nampak di mana permainan politik parti pembangkang seperti yang dituduh Cho Ha yang tidak hadir menjawab isu AES ketika dibangkitkan di Dewan Rakyat. Kenapa Cho Ha berbuat demikian hanya dia yang tahu, mungkin dia takut berhadapan dengan kenyataan.

Saya ingin mengutip laporan BERNAMA yang menyatakan bahawa Anggota Parlimen mewakili Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, seorang mantan anggota Kabinet, berkata pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Radzi mahu kerajaan meneliti semula pelaksanaan AES dan mendapatkan pandangan pakar sebelum meneruskannya pada masa depan.

Saya ingin bertanya Cho Ha sama ada Radzi bermain politik atau menyata sesuatu yang ada kebenarannya?

Ketua Pemuda UMNO yang juga Anggota Parlimen mewakili Rembau, Khairy Jamaluddin telah menyarankan agar kerajaan menangguh pelaksanaan AES yang menurut beliau terdapat terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya. Khairy juga tidak bermain politik tetapi menyatakan sesuatu yang benar.

Datuk Bung Mokhtar Radin, Anggota Parlimen mewakili Kinabatangan yang terkenal dengan keceluparan hujahnya di Dewan Rakyat, berkata penangguhan AES perlu bagi membolehkan Kementerian Pengangkutan memberi penjelasan sepenuhnya kepada rakyat berhubung kepentingan melaksanakannya.

Parti GERAKAN yang merupakan sekutu dalam BN pula menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat. Mungkin Cho Ha dan rakan-rakannya dalam MCA tidak menerima aduan atau maklum balas daripada masyarakat.

Seorang pemimpin akar umbi GERAKAN, Cheah Soon Hai memberitahu portal berita popular Malaysiakini bahawa AES mengalami banyak kecacatan dan ia tidak harus dilaksana tergesa-gesa walaupun sistem berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Beliau menyifatkan langkah kerajaan untuk terus melaksana AES merupakan langkah 'tidak popular' dan parti itu (GERAKAN) menerima banyak aduan daripada orang ramai.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung AES sehingga mendapat penjelasan daripada syarikat yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakannya.

Beliau dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa "Selangor ada beberapa cadangan buat mereka (dua syarikat konsesi) untuk diteliti jika kami bersetuju dengan pelaksanaannya, bagi menunjukkan projek itu lebih adil bagi kedua belah pihak."

Adakah Khalid bermain politik seperti yang dituduh oleh Cho Ha? Tentu tidak.

Umum sedia maklum bahawa negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat memutuskan untuk menangguh pelaksanaan AES. Mereka tidak bermain politik tetapi bertindak atas kepentingan awam sama seperti yang disuarakan oleh anggota-anggota Parlimen mewakili BN.

Yang bersandiwara dan bermain politik adalah Cho Ha dan MCA, sebuh parti yang ditolak oleh pengundi terutama masyarakat Cina Malaysia pada pilihan raya lepas dan yang besar kemungkinan akan dikuburkan buat selama-lamanya pada pilihan raya ke-13 tidak lama lagi.

MCA bukan lagi satu aset kepada BN tetapi satu beban kerana majoriti masyarakat Cina telah menolak parti itu sebagai wadah untuk menyuarakan kepentingan mereka.

Cho Ha boleh terus 'berlakon' atas pentasnya yang bakal roboh itu.

......
http://kudaranggi.blogspot.com 
 
 Nurul Izzah Sudah Menjelaskan, Bagaimana Pula Pemimpin Umno
Posted on Saturday, November 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Idris Ahmad
Seronok bila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan YB Nurul Izzah Naib Presiden PKR di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polimik ini. Beliau menjelaskan "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam". Kenapa Umno terus bising. Tindakan yang dibuat oleh Nurul Izzah bertepatan dengan pepatah "Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan".

Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.

Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud. Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.


Apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.

Semua rakyat di negara ini makruf Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Program agama hanya sekadar lepas batuk ditangga. Ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul. Penceramah yang lantang akan digam. Umno mendirikan masjid, tapi bukan untuk memakmurkan masjid. Masjid mati sebelum ahli kariah mati. Ahli Jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.

Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk raih sokongan orang Islam.
Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang peguam Perancis
Posted on Saturday, November 10 @ 14:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias

Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan ‘law-makers’ negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.

Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.

Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia.

Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.

Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya.

Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan ‘ya’ dengan secepat mungkin.

Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini.

Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara?

Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bangkrap?

......
http://aspanaliasnet.blogspot.com 
 
 N.Sembilan yang tidak mesra pelancong
Posted on Saturday, November 10 @ 14:06:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Ingatkan cuti sempena Deepavali minggu depan hendak bawa keluarga melancong dalam negeri di negeri sendiri. Sambil melancong, mengeratkan kesefahaman keluarga, dapat meningkat ilmu dan menambahkan iman.

Tercari-cari mana nak pergi. Teringat di Port Dickson ada Pusat Kaji Bintang terunggul di Malaysia dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala diberi nama Kompleks Baitul Hilal dengan kos projek bernilai RM 30 juta.

Saya pun telefonlah hotel berkenaan yang terletak dalam Kompleks Baitul Hilal, tanya Pusat Kaji Bintang tu buka tak. Jawapannya amat terlalu mengecewakan dan menghampakan. Pekerja hotel berkata Pusat Kaji Bintang tersebut hanya digunakan untuk kajian oleh Universiti Malaya dan tidak dibuka pada hari cuti dan pekerja hotel tu pun tak dapat nak beri maklumat lanjut.
Takkan nak bawa keluarga pergi ke Melaka lagi tengok pusat kaji bintang yang tak sehebat di Negeri Sembilan?
Entahlah apa nak jadi dengan sektor pelancongan di Negeri Sembilan ini. Yang menarik di Port Dickson dan bermanafaat serta berilmu pada saya ketika ini hanyalah Muzium Tentera Darat.
Pusat kaji bintang termoden
23 Mei 2011
PORT DICKSON - Kompleks Baitul Hilal bernilai RM30 juta dekat Teluk Kemang di sini yang dijangka siap hujung tahun ini bakal muncul sebagai pusat kaji bintang termoden di rantau ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kompleks berkenaan yang akan dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala.
"Kompleks ini akan menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu falak.
"Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, ia akan menjadi pusat astronomi terbaik di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kompleks itu kelmarin.
Pusat kaji bintang terunggul
PORT DICKSON 21 Mei 2011 - Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di negara ini bakal muncul sebagai pusat kaji bintang yang terbaik di rantau ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, balai cerap itu akan dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala.
Katanya, ia akan menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu falak.
"Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, kompleks ini akan menjadi pusat astronomi yang terbaik bukan saja di negara ini malah di rantau ini," katanya kepada para pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kompleks tersebut semalam.
Menurutnya, kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut di atas tapak yang menempatkan bangunan asal balai cerap yang telah digunakan sejak sekian lama untuk menentukan kedudukan anak bulan bukan saja menepati jadual malah lebih awal dua bulan daripada yang dijadualkan.
Beliau memberitahu, sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 84 bilik serta tiga pangsapuri turut dibina berhampiran balai cerap tersebut sebagai kemudahan kepada para pengunjung dan pelancong.
"Kedudukan kompleks ini yang amat strategik dan menarik membuatkan balai cerap ini dan hotel menjanjikan pemandangan yang indah terutama apabila matahari terbenam.
"Salah satu keunikan yang terdapat di balai cerap ini ialah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut. Jam ini menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari," ujarnya.
Jelasnya, antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran.
Mohamad berkata, keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM30 juta yang dijalankan secara usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
Pembangunan semula Kompleks Baitul Hilal itu dimulakan pada Disember 2009 dan dijangka siap pada November ini.
 
 Kelebihan Bulam Muharram
Posted on Saturday, November 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tazkirah

"1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/11/kelebihan-bulan-muharram.html

Moga ada manfaat.

 Talian hayat terakhir buat DS Najib
Posted on Saturday, November 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mat_sempoi

"Kita dapat baca di media-media beberapa akhir ini, DS Najib mula mengorak langkah menjadi muslim sejati dan baik. Ini adalah kerana beliau mula nampak bahawa peluang beliau untuk menang juga amat bergantung pada undi Melayu Muslim.

Walaupun masih banyak Melayu (bukan Muslim sejati) di 1Malaysia ini, tetapi diakhir-akhir ini, isu Melayu dan Islam nampaknya amat penting untuk mendapat undi Melayu.

Walaupun sebahagian pengundi adalah Melayu (bukan Muslim sejati), tetapi apabila sensitiviti agama dimainkan, ianya memberi kesan yang amat kepada 'rating' beliau. Kerana bagi Melayu kebanyakkan, Islam dan Melayu itu 'peha kiri dan peha kanan'. Kalau mana-mana satu dicubit, pasti terasa sakitnya.
Diakhir-akhir ini, UMNO dan BN suka mainkan isu agama islma dan melayu untuk meraih simpati. Dengan kaum Cina beliau kempen 'anti hudu PAS', dengan kaum Melayu beliau ketengahkan betapa pentingnya UMNO untuk Islam.
Kita lihat DS Najib mulai menjadi 'alim'. Mulai ke masjid-masjid atau ke surau-surau untuk bersama mengerjakan sholat jemaah (walaupun secara publisiti), mula mempertahankan kepentingan 'akidah Islam'. Mula mempertahankan kepentingan sekolah-sekolah pondok'.
Dan jangan terkejut, sekiranya beliau terpaksa menggunakan talian hayat terakhir beliau melalui anak dan isteri beliau. Beliau tahu, ramai dalam UMNO sukakan beliau, cuma mereka tak sukakan Rosmah. Maka talian hayat terakhir beliau mungkin Rosmah akan mula memakai HIJAB dan beliau mengumumkan untuk menghantar anak lelaki kesayangan beliau yang begitu popular itu ke sekolah Pondok (yang beliau akan bina dan rasmikan) bagi mempelajari Islam.
Saya yakin, sekiranya beliau lakukan tersebut. "Rating" beliau akan meningkat mencanak-canak dan akan merungsingkan TPM kita pula.
Kita tunggu dan lihat. Wallah hualam.
"Berikanlah hidayah Mu ke atas pemimpin-pemimpin kami, dan kami".

Senjata dari China lebih murah serta berkualiti
Posted on Saturday, November 10 @ 11:40:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Indonesia negara yang banyak mengeluarkan peralatan ketenteraan dan senjata untuk kegunaan dalam negeri serta dieksport kini menghadapi saingan dari China yang mengeluarkan senjata yang lebih murah serta berkualiti. .Malaysia beli senjata dari mana, adakah ianya lebih murah dan berkualiti atau lebih mahal tapi tak berkualiti?


SENJATA MURAH SAINGAN BERAT BERAT PINDAD
JAKARTA-( MilNas ) :PT Pindad (persero) menyatakan saat ini bersaing ketat dengan alat-alat militer buatan China yang menawarkan harga murah serta berkualitas.
Hal ini disampaikan oleh Staf Ahli Pindad Teguh kepadadetikFinance dalam pameran Indo Defence Expo 2012 di JIExpo Kemayoran, Jakarta, Jumat (9/11/2012).
"China menjadi saingan terberat kita soal pemasaran alat perang," kata Teguh singkat.
Menurut Teguh, China dengan produk murahnya mudah untuk membuat calon pembeli tergiur. Tetapi Pindad memastikan akan terus berkompetisi secara sehat.
"Pindad bisa berkompetisi soal harga, kita juga murah dan kita lebih berkualitas. Ini sudah diakui di banyak negara," paparnya.
Saat ini pasaran alat dan kendaraan militer Pindad sudah memasuki negara ASEAN, Australia, dan Korea. Bahkan merambah ke ranah Eropa sebut saja Prancis, Jerman, Turki, dan Bosnia.
Menurut Teguh dari banyaknya pasar Pindad, salah satu negara yang paling setia untuk membeli alat dan kendaraan militer Pindad adalah Singapura, Thailand, dan Brunei Darussalam.
"Produk seperti bom, senjata baik senapan jenis SS2, pistol jenis G2 dan amunisi juga kendaraan tempur laku dijual. Khusus untuk negara Singapura, mereka yang paling setia beli dari kami," cetusnya.

Pindad Siap Serbu Irak

PT Pindad (Persero), BUMN yang bergerak memproduksi alat tempur siap menyerbu pasar Irak. Rencana ini akan segera terealisasi dalam waktu dekat.
"Ini adalah himbauan dari Pak Dahlan Iskan untuk ekspansi ke sana," tutur staf ahli PT Pindad (Persero) Teguh saat ditemui detikFinance dalam acara Indo Defence di JIE Kemayoran Jakarta, Jumat (8/11/2012).
Menurutnya, Dahlan Iskan terinspirasi oleh Pasukan Garuda yang saat ini sedang bertugas di Libanon. Dahlan Iskan berpendapat mengapa Indonesia tidak menjual senjata buatan Pindad ke Irak.
"Pak Dahlan terinspirasi Pasukan Garuda di Libanon dan ada peluang untuk menjual kesana," katanya.
Rencana ini masih menunggu perjanjian bilateral antara Indonesia dan Irak. Jika perjanjian berjalan mulus, maka PT Pindad (Persero) siap memasarkan semua jenis produknya ke negara rawan konflik tersebut.
"Sudah ada delegasi dari Irak yang datang kepada kami (Pindad). Tinggal menunggu agreement saja dari Irak dan Indonesia. Selain itu Pindad harus selesai juga memenuhi kuota kebutuhan TNI sampai 60% baru kami bisa jual kesana," cetusnya.

Tiada ulasan: