Posted on Sunday, November 11 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohd Sayuti
Mahathir Mohamad selalu makan orang dalam manis sehinggakan kemungkaran dilakukan tidak terperasaan sama sekali. Tenguk bagaimana dia melepaskan jerat daripada untuk tidak dilihat bersubahat dalam memberi projek untuk anaknya berhubung kepentingan dalam Petronas.
Apabila wartawan menimbulkan soal kedudukannya sebagai pengerusi Petronas, apakah tidak dianggap sebagai sekongkol dengan kelulusan oleh syarikat gergasi itu kepada Sapurakencana Sdn Bhd di mana anaknya ada kepentingan, beliau menempelak wartawan dengan berkata; iya kamu akan kata saya yang suruh Petronas berikan kepada dia (anaknya).
Tambahnya lagi untuk menampakkannya ikhlas dan jujur, kamu tulislah dalam surat khabar kamu.. katanya saya yang suruh beri. (Sebenarnya memang pun). Dengan menjawab begitu orang akan anggap bahawa beliau putih dari nepotime, walhal hakikatnya memang benar begitu.
Kalau beliau tulus dan bersih beliau tidak akan membenarkan Petronas memberi projek kepada syarikat di mana anaknya ada kepentingan disitu. Kalau apa yang dilakukan Mahathir itu tertimpa ke atas diri Anwar Ibrahim negtara akan riuh macam kolam dipenuhi katak.
Beliau awal-awal memintas apa yang menjadi persoalan wartawan. Cara Mahathir itu adalah cara memansung soal dan memberi malu kepada si petanya.
Cara Mahathir memutar otak orang ini sudah lama sejak 22 tahun lalu. Tetapi orang yang taksub dengannya tidak pernah menilai dan nampak apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri ini. Selagi hidup Mahathir dan kuncu-kuncu akan terus mendapat manfaat dari kekayaan negara sebab rakyat sudah tidak mahu menerima apa saja keburukan dilakukannya.
Naiflah Mahathir kalau tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk kesenangan anak-anak dan penbgampunya. Hanya syaiatan yang dikenali saja tidak jahat. [wm.kl.8L54 am 08/11/12]
......
http://msomelayu.blogspot.com
Obama, Romney Dan Politik Kita
Posted on Sunday, November 11 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya mengikuti perkembangan US Presidential Election antara Barack Obama dan Mitt Romney dari awal termasuk siri Presidential Debates yang diadakan sebelum pilihanraya. Saya menjadi tertarik untuk ikuti disebabkan saya gusar jika Mitt Romney menang. Saya bimbang beliau akan menjadi ‘Bush baru’ dari segi pentadbiran, terutamanya dasar luar Amerika. Pendiriannya tentang Israel dan pergolakan Timur Tengah membimbangkan. Di samping beliau sebenarnya adalah bayangan golongan elit kaya Amerika, sementara Barack Obama lebih kepada mewakili golongan pertengahan.
Kurang Bahaya
Saya
bimbang jika Romney menang, dunia akan bergolak lagi. Peperangan akan
makin membara. Penjualan senjata akan makin pesat. Sementara Obama agak
tenang dari segi dasar luarnya. Kuasa besar itu agak kurang mengganas di
bawah kepimpinannya dibandingkan zaman Bush dulu. Dalam agama, jika
kita mempunyai dua pilihan yang bahaya, kita disuruh memilih yang kurang
bahaya yang disebut akhaf ad-dararain iaitu mudarat yang lebih ringan.Saya pernah menulis hal ini semasa awal Obama menjadi Presiden Amerika pada tahun 2008. Semasa beliau menang ketika itu banyak harapan diletakkan. Walaupun beliau tidak berjaya memenuhi semua impian, namun sekurang-kurangnya beliau tidak menambah gawat krisis keganasan dunia yang sedia ada.
Barack Obama
Ada
orang bertanya, untuk apa saya suka Obama menang? Mereka semua itu
bukannya muslim. Obama pula katanya menyokong LGBT! Inilah cara fikir
sempit sebahagian orang kita. Apakah kita mahu supaya Obama itu jadi ‘pemimpin soleh’
seperti yang al-Quran dan al-Sunnah nyatakan?!! Lagikan yang muslim dan
memerintah negara Islam pun gagal menjadi manusia soleh, penuh dengan
korupsi dan penyelewengan, bahkan kezaliman, inikan pula dia yang
memerintah Amerika. Cara pemikiran yang sempit seperti itu tidak diajar
oleh Islam. Allah dan RasulNYA sentiasa mengajar kita melihat setiap
perkara dalam kerangka yang luas.Dalam al-Quran, terdapat Surah ar-Rum. Surah ini menceritakan kegembiraan umat Islam pada zaman Nabi s.a.w apabila Rome dapat menewaskan Parsi. Sekaligus ia menggambarkan dukacita para sahabat apabila Parsi menang di peringkat awalnya mengalahkan Rome. Kemudian apabila Rome kembali menang, Nabi s.a.w dan para sahabah bergembira. Walaupun Parsi dan Rome, keduanya empayar yang bukan Islam, tetapi Parsi lebih zalim dan kejam dari Rome. Di samping Rome pula Kristian yang termasuk dalam Ahlul Kitab (People of the Book) sementara Parsi adalah Majusi (zoroastrianism) yang menyembah api. Al-Quran menyebut: (maksudnya)
“Alif, Laam, Miim. Rome telah dikalahkan -Di bumi (tempat peperangan) yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan dapat mengalahkan (menang kembali). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira”. (Surah ar-Rum 1-4).Saya pernah sebutkan dalam beberapa tulisan, bahawa minda yang seperti ini diperlukan oleh seorang muslim. Minda yang bukan hanya berfikir dalam kotak tetapi juga di luar kotak. Minda yang tidak jumud seperti golongan literalis sempit yang menganggap semua bukan muslim itu sama. Bahkan kelompok literalis itu menganggap segala kebaikan penguasa bukan muslim tidak diiktiraf dan segala kezaliman pemerintah muslim tetap dihormati dan jangan dipertikaikan. Mereka itu tidak memahami ajaran al-Quran yang sebenarnya.
Puas Hati
Saya
juga tertarik dengan sikap Obama dan Romney selepas keputusan
pilihanraya diperolehi. Setelah Barack Obama diisytiharkan kembali
dipilih sebagai Presiden Amerika, beliau antaranya menyebut dalam
ucapannya:“I just spoke with Governor Romney and I congratulated him and Paul Ryan on a hard-fought campaign… we may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future.”Saya rasa ini satu ucapan yang baik. Ucapan ini patut ditiru oleh para pemimpin yang menang, menghormati pihak yang kalah. Tidak menggambarkan kesombongan tetapi hormat kepada pesaing yang juga ingin menyumbang kepada negara. Bukan bersorak ‘padan muka’ macam budak-budak kepada pihak yang tewas. Sebaliknya hormat dan cuba bersikap baik.
Begitu juga Mitt Romney dalam ucapannya dengan penghormatan menyebut:
“This is a time of great challenges for America and I pray that the president will be successful in guiding our nation.. his supporters and his campaign also deserve congratulations.. I wish all of them well but particularly the president, the first lady and their daughters.. I believe in America. I believe in the people of America. And I ran for office because I’m concerned about America. This election is over but our principles endure and I believe that the principles upon which this nation was founded are the only sure guide to a resurgent economy and renewed greatness.. I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation.”
Mitt Romney
Beliau
bukan sahaja menerima kekalahan, tetapi mengucap tahniah dan mendoakan
lawannya yang menang. Lebih dari itu beliau menghormati pilihan rakyat
serta bersama mereka menerima kepimpinan Obama seperti dalam katanya di
atas“I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation”.
Nilai
Saya
bertanya para pelajar peringkat ijazah tinggi saya, mengapa nilai
seperti itu ada pada mereka, walaupun kita sering tidak puas hati dengan
dasar luar mereka, tetapi tinggi nilai dalaman negara mereka? Mereka
diam. Saya beritahu mereka sebab proses pilihanraya mereka berlaku
dengan adil. Semua pihak terima kekalahan dengan hati yang puas bahawa
mereka memang kalah. Tiada penipuan, tiada berat sebelah dan tiada ruang
yang tidak adil yang diberikan kepada setiap calon. Presiden dan calon
presiden berdebat terbuka di hadapan rakyat. Ruang media diberikan
kebebasan. Tiada gula-gula politik yang menggunakan harta negara, tiada
ugutan dan pelbagai nilai buruk yang berlaku dalam pilihanraya
negara-negara yang tidak adil.Maka tidak hairan jika sahabat Nabi, ‘Amr bin al-‘As memuji bangsa Rome ataupun Eropah ini dalam riwayat Muslim yang pernah saya nukil sebelum ini. Kata ‘Amr:
“Sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.Ertinya, mereka begitu pentingkan keadilan dan kebaikan untuk masyarakat mereka, walaupun Amerika seringkali menindas dan mengabaikan hak pihak yang dimusuhinya.
Apabila saya memuji beberapa perkara yang ada pada mereka, bukan bererti kita menjadi pengikut mereka seperti yang difahami oleh kelompok jumud. Islam mengiktiraf yang baik dan mengenali serta menentang yang buruk dan zalim. Maka kita mengiktiraf kelebihan pihak lain sekalipun kita berbeza dengan mereka. Kita juga mengakui kelemahan pihak kita sekali pun kita bersahabat.
.......
http://drmaza.com
Isu Nurul Izzah, Mashitah Tunjuk Bodoh
Posted on Saturday, November 10 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: WFAUZDIN NS
ADA
beberapa ekor pencacai parti sekutu Apco minta aku ulas isu YB Nurul
Izzah berkaitan isu bebas memilih agama. Sebelum itu, aku mahu ulas
sikit komen bangang daripada Mashitah Ibrahim iaitu orang yang pernah
keluar hukum dibenarkan melacur jika 'dharurat', dan orang yang sama
juga pernah menghina hukum Hudud apabila berkata alangkah baiknya si
pencuri itu diberi kerja yang sesuai daripada dipotong tangannya.
Mashitah
ini lah yang gatal-gatal mulut mengulas isu Nurul Izzah, sedangkan
sewaktu Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan menghina hukum Hudud dan
Aurat Wanita Islam, Mashitah telah dikunci mulutnya oleh Soi Lek,
pelakun porno itu. Jadi, tak pelik jika si Mashitah ini menghentam Nurul
Izzah walaupun tanpa disedari dia telah menunjukkan kebodohannya.
Dalam
akhbar Sinar semalam, Mashitah mengutuk Nurul Izzah dengan mendakwa
perbuatan Nurul Izzah mengharuskan umat Islam keluar dari Islam atau
bebas memilih agama itu satu perbuatan yang jelas menghina Islam.
Bukankah bangangnya kenyataan Mashitah itu? Bila masanya Nurul Izzah
sebut tentang umat Islam bebas memilih agama? Apakah Mashitah di dalam
kepala otaknya beriman bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu?
Sebab
itu jangan jadi bodoh terlampau akibat membaca laporan media yang semua
kita tahu dari jenis lidah Syaitan yang dikenali. Memang wajar Nurul
Izzah menyaman media-media tersebut walaupun kesan dari tindakan
menyaman itu tidak akan menjadikan orang yang tetap bodoh menjadi
cerdik. Nurul Izzah sebut dalam konteks negara kita, semuanya tertakluk
kepada Perlembagaan Negara termasuk kebebasan berugama. Samada kita ini
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa bangsa pun di dalam negara
ini suka atau tidak tertakluk kepada Perlembagaan. Perlembagaan warisan
Lord Reid itu bukan hasil tangan PAS, PKR atau DAP.
Di
dalam kenyataan Nurul Izzah, jelas beliau sebut di dalam konteks
mematuhi Perlembagaan rakyat Malaysia kesemua kaum tiada perbezaannya,
TETAPI bagi rakyat yang berugama Islam mereka mesti mematuhi Syariat
Islam yang ditetapkan. Ertinya, jika seorang Melayu memilih untuk
berugama Kristian, adakah ianya melanggar Perlembagaan Negara sekiranya
telah berusia lebih 18 tahun? Jika seorang Cina pula memilih untuk
berugama Islam, adakah ianya juga bersalahan dengan Perlembagaan Negara?
Jika Perlembagaan Negara membenarkannya, adakah kenyataan Nurul Izzah
itu tidak benar? Sebab, Nurul Izzah bercakap soal Melayu bukan soal
Orang Islam yang menukar agama. Sebab itulah Nurul Izzah berkata, bagi
orang-orang Islam mereka ada Syariat atau hukum yang ditetapkan melarang
perbuatan murtad ini.
Sebab
apa menjadi kecoh? Sebabnya ada yang beriman selama ini bahawa Melayu
itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya, di dalam Perlembagaan menyebut
bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam. Siapa boleh beri jaminan
bahawa semua Melayu berugama Islam walaupun ibu dan ayah mereka Islam?
Inilah
kepincangan yang ada apabila Perlembagaan diletakkan di atas hukum
Allah. Semua orang terutamanya yang jahil akan menjadi keliru. Di dalam
Islam jelas, samada mereka Melayu, Cina, India atau bangsa mana
sekalipun, apabila telah mengucap Dua Kalimah Syahadah mereka dilarang
untuk menukar agamanya, dan jika mereka engkar mereka hendaklah dihukum
dengan satu hukuman yang berat yang ditetapkan oleh Allah. Apakah ini
direalisasikan di negara ini setelah sekutu Apco berkuasa lebih 50
tahun?
Oleh
yang demikian, fahamlah kita bahawa isu yang sibuk diperkatakan oleh
media dan pencacai-pencacai mereka hanyalah diibaratkan sebagai ' Mereka
yang terberak merata-rata, kita disuruhnya mencuci'./wfauzdin.blogspot.com
Siapa Kafir Harbi Yang Sebenar?
Posted on Saturday, November 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Sofi Wahab
DAP boleh diistilahkan sebagai Kafir Harbi, sekiranya parti itu secara terbuka menentang dan menolak Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim.
Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.
“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam,” kata Mashitah dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani.

“Jika
disabitkan kesalahan, mereka (orang yang menuduh) boleh dipenjara bagi
tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun.”
Beliau
turut menegaskan, dalam keadaan masyarakat majmuk di negara ini,
istilah tersebut bukanlah suatu tuduhan, sebaliknya hanya merupakan
istilah yang diguna pakai ulama untuk membuat kajian sikap bukan Muslim
terhadap komuniti Muslim.
“Ia
bukan satu tuduhan ... istilah atau konsep Kafir Harbi atau Zimmi
adalah satu istilah yang digunapakai oleh para ulama untuk membuat
kajian sikap atau pembacaan sikap terhadap bukan Islam yang ada untuk
bekerjasama dengan mereka.
“Jadi
daripada kajian sikap itu, diklasifikasikan atau dikategorikan sama ada
bukan muslim itu dianggap sebagai (Kafir) Harbi atau Zimmi.
“Ia
bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman diambil untuk
dibunuh atau sebagainya ... tetapi adalah sebagai satu kajian sikap yang
mana bila diklasifikasikan mana-mana orang itu sebagai Harbi atau
Zimmi, sama ada kita masih terus boleh berkawan dengan dia ataupun tidak
... itu sahaja.
“Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya,” tegasnya lagi.
Mashitah
juga turut mengulas lanjut, “mana-mana bukan Islam yang boleh taat
kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang beragama
Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial dalam Perlembagaan
Persekutuan ... mereka kategori Kafir Zimmi yang boleh dijadikan kawan.”
Bagaimana
pula dengan Chua Soi Lek yang terang-terang menghina Islam, hukum
hudud, hukum bersalam dengan bukan muhrim dan sebagainya.?????
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam
menjelaskan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang
fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan
Islam di negara ini.
Menteri
yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama itu juga menegaskan,
gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap
pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.
......
http://mutaligat.blogspot.com
......
http://mutaligat.blogspot.com
Hudud Dan Masyarakat Cina
Posted on Saturday, November 10 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Markus Lim
Pendedahan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, UMCEDEL mengenai pemahaman masyarakat Cina terhadap hudud baru-baru ini, nyata membuka mata ramai pihak. Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Lebih signifikan, bilangan peratusan mereka yang menerima pelaksanaan hukum hudud di negara ini meningkat dari 12 peratus dalam tinjauan terdahulu kepada 24 peratus dalam tinjauan terbaru.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus. Manakala peratusan masyarakat Cina yang tidak pasti dengan hudud telah menurun daripada 38 peratus sebelum ini kepada hanya 25 peratus.
Apa yang menarik mengenai tinjauan pendapat tersebut ialah generasi muda Cina telah mempamerkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding golongan yang lanjut usia.
Kesemua hasil tinjauan pendapat UMCEDEL itu jelas menidakkan tanggapan selama ini bahawa masyarakat Cina mempunyai persepsi serong terhadap hudud. Pastinya, pendedahan ini bakal mengundang perasaan gundah-gulana kepada parti MCA yang begitu lantang membantah pelaksanaan hudud.
Persoalannya, apakah pucuk pimpinan MCA di bawah kendalian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan memberi perhatian kepada kajian ini, atau meneruskan agenda untuk menentang hudud dan menolak bulat-bulat kajian itu?
Sekalipun bilangan responden Cina yang ditemuramah tidak sebanyak mana, namun bilangan kecil responden juga mewakili suara hati akar umbi.
Nyata, beberapa mesej tersirat dapat disimpulkan menerusi tinjauan pendapat itu. Antaranya, masyarakat Cina kini sudah makin celik dan berpengetahuan. Berbekalkan pengetahuan yang dimiliki dan ditambah pula dengan pendedahan terhadap ICT, maka tidak mustahil orang Cina tidak akan menerima sebarang propaganda secara membuta-tuli.
Orang Cina juga menghantar mesej kepada MCA bahawa hudud bukanlah isu utama yang dibimbangi mereka. Sebaliknya, isu-isu yang bersifat seharian seperti jenayah, rasuah, kos sara hidup dan keselamatan yang mendominasi pemikiran mereka.
Dalam keadaan ekonomi global yang masih terumbang-ambing, soal kelangsungan hidup makin kuat kedengaran. Jika kita meneliti kembali isu-isu yang mendominasi pada PRU ke-12 lalu, kebanyakan isu yang menjadi tumpuan masyarakat Cina bukannya hudud.
Malah sebagai seorang pengundi, isu-isu yang bersifat seharian inilah yang akan mempengaruhi pertimbangan parti politik yang akan disokong penulis kelak.
Apabila MCA baru-baru ini beria-ia menghentam pelaksanaan hukum hudud atas dasar ia akan mengheret negara ke kancah kemunduran, ada baiknya isu berkenaan tidak dipanaskan sebegitu rupa.
Walaupun bukan beragama Islam, penulis yakin dan percaya ada manfaatnya jika segala kekeliruan dan kecelaruan pihak berkaitan terhadap hudud diperjelaskan dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu, penjelasan yang diberikan oleh tokoh-tokoh agama sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kekeliruan yang berbangkit. Walaupun secara prinsipnya MCA tidak akan berkompromi dalam isu hudud, tetapi sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan oleh tokoh-tokoh agama terlebih dahulu.
Usahlah membuat tanggapan atau persepsi melulu bahawa hudud adalah negatif dan memudaratkan. Isu agama bukanlah sesuatu yang boleh dibangkitkan secara sewenang-wenangnya. Apa faedahnya isu ini terus digembar-gemburkan hingga kecoh jadinya di seluruh negara? Mengapa tidak MCA mengambil pendirian yang lebih pragmatik dalam mendidik masyarakat Cina dalam isu hudud?
Di manakah kewajaran untuk terus bertegas tetapi pada masa yang sama, kefahaman masyarakat Cina terhadap isu itu semakin meningkat? Tidakkah strategi sedemikian hanya memakan diri? Bukankah ini juga bercanggah dengan realiti semasa?
Hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia, menuntut kita semua untuk bertoleransi antara satu sama lain. Apa yang tidak difahami dan tidak jelas, maka diperjelaskan kepada golongan yang terbabit.
Tidak rugi untuk MCA mendengar penjelasan tokoh-tokoh agama mengenai hudud. Tidak rugi juga untuk masyarakat Cina mendengar perkara yang sebenarnya. Soal untuk menerima atau membantah hukum hudud, itu soal kedua tetapi kesediaan mendengar itu adalah langkah permulaan yang baik.
Sama ada masyarakat Cina menerima pelaksanaan hudud atau tidak, masih terlalu awal untuk menentukannya. Tetapi apa yang pasti, masyarakat Cina perlu diberi kebebasan untuk menilai apa yang baik dan apa yang tidak baik.
Sebarang bentuk paksaan atau amaran yang dilakukan parti tertentu mungkin memberi kesan yang sebaliknya. Tidak semestinya semua strategi yang digunapakai akan memberi kesan yang dimahukan. - MalaysianInsider
* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Sultan Terkejut Dengan Nurul Izzah, Rakyat Lagi Terkejut Dengan Tengku Amir
Posted on Thursday, November 08 @ 17:25:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...
Posted on Monday, November 05 @ 13:30:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: siasahkini
"
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...
Sumber: Blog Life of a Reverted Muslim

Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir
sekarang? Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan
Sultan/Raja & kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia
benar-benar ikhlas dan prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat
kosmetik di mata rakyat Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan
rakyat dan membantu rakyat dikala mereka hidup dalam kesusahan.
Bukan
hanya…..gah semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar
sahaja untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan
sebenarnya….
Kalau dilihat ada
kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan berkawan dengan
kawan-kawan daripada negara orang putih sana. Terpulang…..tetapi jangan
memalukan diri sendiri apabila anda dilihat lebih “Mat Saleh” dengan
kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang ini. Sehingga orang
bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style..
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
EkELEH.com, Teringat kepada Sultan Muhammad V, Sultan kesayangan rakyat!!
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...
Posted on Monday, November 05 @ 13:30:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: siasahkini
"
Pemimpin
BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu
pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...
KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI
~
kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan
Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi
Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat
Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi
yg brjumlah 9 org.
~
pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah
memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar
minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.
KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ
~
anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz,
Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri
kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di
beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah
kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal
peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~
baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan
kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount
kiara.
~
Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah
dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada
2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan
trlajak ke dalam kes2 jenayah.
KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~
anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan
Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan
sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~
pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan
Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta
yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg
menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan
dijalankan.
KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK
~
ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di
internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan
masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya
ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak
kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku
eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga
pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~
beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang
membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan
sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD)
Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~
pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa
dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan
pmbelanjaan RM79,053.
~
bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan
majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja
yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.
KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL
~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~
anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork
(singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar
S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.
KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~
taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja
brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di
berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~
salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar
biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto
Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama
menantu lelaki beliau,sean murray.
~
jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib
juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika
Syarikat.
~
seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi
selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~
abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya
Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta
sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~
slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion
ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz,
Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati
Quortoporudi dan Alphard
KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD
~
Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti
Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics
Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan
lain2 lg.
~
mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel
Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat
dgn perniagaan Arak.
~
terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan
siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2
pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa
kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan
itu.
~
Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah
melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu
terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan
menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan
sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam
THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings
berhad.
SEBEGINILAH
MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA
HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN,
SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT
MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP
UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.
http://siasahkini.blogspot.com/2012/11/senarai-kekayaan-anak-anak-menteri.html
Kemewahan terlampau anak Nazri...
Posted on Monday, November 05 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Weblog M@rhaen
Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini.
Dan undang-undang serta peraturan, tidak pula diguna-pakai untuk kaum kerabat dan kroni. Sebab itu, anaknya bebas memukul rakyat, menzalimi rakyat namun terlepas begitu saja. Jika mengikut standard Najib, Nazri ini layak diberikan gelaran Menteri Undang-undang Haramjadah.
Kini telah terdedah kepada umum betapa menteri ini mampu mengumpul harta dan kemewahan secara yang tidak bermoral. Malah Micheal Chia, seorang yang didakwa sebagai penggubal wang haram pun dengan mudah 'dibersihkan' oleh Nazri kerana Chia berkawan baik dengan anaknya, si Nadim.
Salah satu penemuan yang amat memeranjatkan kita sebagai rakyat (yang rata-rata terpaksa mengikat dan mengalas perut) ialah gambar sebuah kediaman laksana mahligai di bandaraya Kuala Lumpur yang dimiliki oleh anak si menteri mulut jamban ini.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah kolam renang di unit 'mahliga atas angin' yang dimiliki oleh anak si menteri yang bernama Nedim. Patutlah beriya-iya sangat si Nazri cuba mengelak desakan agar semua menteri umno dan Barisan Nasional mengisytiharkan harta mereka.
Di kala rakyat di Padang Rengas hidup dikelilingi longkang dan parit yang kotor dan tersumbat, anak si menteri hidup mega-mewah di kediaman yang dikelilingi kolam renang. Mudah-mudahan ianya bukan daripada hasil 'menjual Gunung Pondok' kepada kilang simen YTL (sebelumnya, Perak Hanjoong). Maklumlah, orang jual tanah, kamu jual gunung.... harap-harap, tidaklah..
Mampukah kamu pikul mahligai dan kolam renang anak kamu ketika berhadapan dengan Allah Azza Wajaalla di sana nanti? Itu baru mahligai dan kolam renang. Dan itu baru di Kuala Lumpur....
Lebih banyak pendedahan mengenai hubungan anak Nazri dengan penggubal wang haram, Michael Chia, di sini. (SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR).
Anak Nazri...
(Lebih banyak foto anak Haji Mohamad Nazri Aziz di sini.)
- Weblog M@RHAEN. (sumber: King Jason & Malaysia Kini)
Sumber: blog.marhaen.info

Saya Kembali Dari Maut" - Kisah 'Jutawan' Cina, Adam Sih Memeluk Islam!
Posted on Monday, November 05 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Firdaus W.H Wong
Saya bertemu dengan Adam Sih pada bulan March 2011 apabila sister Noorshin Ng memberikan nombor saya kepada beliau. Kebetulan beliau tinggal berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu di Aman Puri, Kepong. Saat pertama saya berjumpa dengannya, saya menyangkakan beliau mungkin dalam lingkungan umur pertengahan atau lewat 30an tetapi saya terkejut apabila beliau memaklumkan kepada saya beliau berumur pertengahan 40an...
Sebelum Islam
Adam Sih berasal dari Sibu, Sarawak dan telah berhijrah ke Semenanjung pada 80an. Beliau banyak berkawan rapat dengan orang Islam dan menghormati agama Islam malahan beliau sendiri pernah menghantar pekerjanya untuk mendirikan solat apabila terdengar azan walaupun ketika itu mereka dalam perjalanan untuk ke tapak projek. Beliau juga sering membawa pekerjanya menunaikan solat Jumaat dan mengingatkan mereka untuk bersolat walaupun ketika itu beliau belum beragama Islam
Walaupun ketika itu beliau beragama Buddha namun beliau sendiri tidaklah mengamalkan sangat kerana seperti masyarakat Cina yang lain, pendidikan, status dan wang menjadi buruan. Pepatah Cina menyebut, 'Duit bukan segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit'. Beliau bekerja siang malam dan ketika itu tiada istilah halal mahupun haram yang penting mendapat projek dan duit masuk. Namun itu tidak bermakna beliau melakukan apa sahaja demi duit kerana beliau masih mempunyai prinsip hidup iaitu tidak akan merompak, membunuh dan sebagainya demi wang.
Beliau mendapat banyak projek dari syarikat pembinaan yang besar yang dimiliki orang Islam tetapi banyak juga yang tidak melangsaikan pembayaran projek. Kalau diikutkan pengiraannya, jumlah hutang yang masib belum dibayar sudah melebihi jutaan ringgit. Beliau sendiri pernah ke pejabat seorang CEO Islam bergelar Datuk untuk mendapatkan bayaran. Ketika beliau sampai, longgokkan cek di atas mejanya dan Adam Sih cuma meminta bolehkah Datuk tersebut memberikan RM50,000 dahulu untuk membayar gaji pekerjanya memandangkan projek sudah siap lama. Jawapan dari Datuk tersebut amat mengejutkan beliau. Datuk tersebut menjawab;
'U tak faham bahasa ke. Saya kata takde duit tu takde la. Kenapa nak minta lagi. Sudah-sudah, jangan buang masa saya. Saya nak pergi solat Jumaat ni'
Seperkara lagi tentang beliau adalah beliau sering membantu mangsa kemalangan atau mereka yang memerlukan walaupun tengah malam tanpa memikirkan tentang keselamat beliau. Beliau juga mempelajari teknik CPR dan rawatan kecemasan yang lain.
Bagaimana Boleh Memeluk Islam
Beliau terlibat dalam industri pembinaan maka beliau sentiasa menyimpan banyak wang tunai. Pada suatu hari selepas sarapan pagi di kawasan Selayang lebih kurang jam 6pagi, beliau menghampiri keretanya dan ingin ke lokasi projek tetapi dikejutkan dengan kehadiran beberapa lelaki bersenjatakan parang. Kumpulan perompak telah menyerang Adam Sih sehingga berlumuran darah. Ajaibnya perompak tersebut hanya merompak wangnya dan tidak melarikan keretanya. Beliau memandu ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan dalam proses itu kehilangan banyak darah dan akhirnya menerima lebih dari seratus jahitan di kepala sahaja selain di tangan... Doktor berkata beliau sungguh bertuah kerana tidak mati akibat kehilangan banyak darah.
Selepas kejadian tersebut, beliau mula memikirkan tentang hidupnya selama ini. Apakah hidup ini hanya mencari wang, status dan berseronok? Apakah wang menjamin kehidupan yang bahagia... Sebelum kejadian tersebut, beliau telahpun bercerai dengan isterinya dan dari perkahwinan itu beliau dikurniakan 3 cahaya mata.
Dalam proses pencariannya itu, beliau bertemu dengan seorang wanita Islam dan menurut beliau, walaupun wanita Islam ini tidaklah begitu pandai menjawab soalannya namun kesederhanaan hidup wanita tersebut menarik hatinya untuk memahami agama Islam. Setelah sekian lama berkawan dan bekerjasama dengan orang Islam hampir 40 lebih tahun, baru terbuka hatinya untuk mengkaji agama Islam. Katanya selama 40 lebih tahun walaupun dikelilingi oleh orang Islam dan pekerja Islam, tiada seorang pun yang menyampaikan kepada beliau apa itu ajaran Islam dan mengajaknya memeluk Islam..
Akhirnya beliau telah memeluk Islam pada bulan November 2010. Ketika beliau bershahadah, pegawai yang mengIslamkannya telah memberitahu beliau bahawa beliau mesti menukar namanya kepada Bin Abdullah dan kerana beliau tidka tahu maka beliau menurut sahaja cadangan pegawai Jabatan Agama Islam itu. Selepas kami berjumpa dan diterangkan kepada beliau tentang nama Islam ini, maka beliau telah berjaya menukar namanya semula kepada Adam Sih Hua Sing sahaja tanpa Bin Abdullah. Anda boleh mengekalkan nama asal anda untuk memeluk Islam selagi nama tersebut tidak membawa makna yang tidak baik dan saya telah ulas sebelum ini di dalam blog saya... (Apa Nama Islam Kamu? Wajibkah Tukar Nama Bila Memeluk Islam?)
Selepas Memeluk Islam
Selepas memeluk Islam, kami di MRM telah membawanya ke kursus solat dan mendalami ilmu Islam di Pertubuhan Al-Khaadem dan beliau sungguh gembira dan mulai saat itu, beliau akan menghadiri kelas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Telah banyak kursus anjuran Al-Kauthar Institute & Al-Maghrib Institute, Interactive Dakwah Training dan banyak lagi yang telah beliau hadiri.
Perniagaannya juga tidak menentu dan adakalanya hidup dalam kesempitan kerana tidak berjaya mengutip hutang dari projek terdahulu. Beliau diuji dari awal keIslamannya. Rakan bergembira dahulu meninggalkan beliau bukan kerana beliau memeluk Islam tetapi beliau tiada duit dan tidak kaya seperti dulu lagi. Beliau juga telah bernikah dengan wanita yang membukakan hatinya untuk mengkaji lanjut tentang Islam dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Adlishah Sih. Duit sewa rumah tertunggak, susu anak perlu dibeli dan mujurlah isterinya banyak bersabar dan membantu dan kami di MRM hanya mampu membantu beliau dengan sumber kewangan yang terhad sahaja.
Beliau tidak mengadu mahupun berputus asa tetapi kerana beliau menghadiri kuliah agama setiap minggu beliau memahami bahawa hidup ini adalah ujian. Kita akan diuji dari pelbagai cara dan sudut. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kekayaan, penyakit dan sebagainya. Beliau terus berusaha siang dan malam mencari projek dan akhirnya Alhamdulilah, usahanya menuaikan hasil dengan bantuan dari Allah. Benarlah firman Allah SWT;
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)
Kini beliau telah dilantik sebagai penasihat sebuah syarikat pembinaan dan pada masa yang sama menerima tawaran projek pengubahsuaian, pembinaan banglo, rekacipta dalaman dan sebagainya. Beliau memiliki banyak kemahiran. Namun, kesibukannya dalam menguruskan perniagaannya tidak pernah sekalipun dijadikan alasan untuk tidak menghadiri kuliah agama serta menawarkan diri menjadi sukarelawan bagi sebarang program. Beliau juga telah dilantik menjadi Presiden MACMA Kuala Lumpur baru-baru ini dan juga AJK bagi Pertubuhan Al-Khaadem, AJK Sekolah Tahfiz Sg Gabai serta AJK Home Of Hope di Shah Alam. Beliau mampu melakukan semua ini di atas izin Allah dan juga sokongan dari isteri tercintanya.
Beliau adalah jutawan, jutaan ringgit masih belum berjaya dipungutnya. Walaupun beliau bukanlah jutawan wang ringgit namun kini beliau mungkin adalah jutawan akhirat kerana usaha gigihnya mempelajari Islam, membantu orang lain dan sebagainya...
Bagaimana seorang Cina yang baru memeluk Islam tidak sampai 2 tahun mampu melakukan semua ini malahan beliau tidak pernah mencari alasan untuk tidak mahu berkhidmat tetapi beliau sentiasa mencari masa dan ruang untuk membantu. Tanyalah mana-mana individu yang mengenali Adam Sih Hua Sing dan apa yang pastinya adalah mereka akan mengatakan benda yang sama.
Jikalau sesiapa yang ingin membantu Saudara Adam Sih atau ingin mendapatkan khidmat dan kepakaran beliau, silalah hubungi beliau di talian 013 - 328 2628 atau 016 - 291 0328. Adam Sih telah memilih Islam dan semenjak itu sentiasa menjadi sukarelawan dan menghadiri kuliah agama, anda yang telah sekian lama Islam bila lagi?
Anda yang belum beragama Islam, kajilah tentang Islam dengan ikhlas dan anda akan mendapati sesungguhnya Islam adalah agama yang logik, praktikal dan BENAR.... Boleh hubungi saya jikalau anda mempunyai sebarang soalan yang anda ingin dapatkan kepastian sebelum memeluk Islam.
Saksikanlah video temuramah beliau;

Anak Najib Juga Peserta Sidang Kemuncak Asia-Eropah
Posted on Monday, November 05 @ 17:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane, Laos bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM 2012) di sini, hari ini.
Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Duta Besar Malaysia ke Laos, Datuk Than Tai Hing (belakang kanan) - Foto BERNAMA
Berita Harian lupa menyebut "turut kelihatan anak lelakinya, Ashman Najib Tun Razak (belakang kiri)."
Takkan
anak Najib pun terpaksa menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM
2012). Tak cukupkah dengan Rosmah yang selalu mengekori sebelum ini,
atau adakah Ashman dah menjadi panel untuk sidang tersebut.
Orang kata makan angin kat Laos pun seronok juga, asalkan free!! - EkELEH.com
Keluarga khuatir Ahmad di bawa menghadap Sultan Johor
Posted on Monday, November 05 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Clara Chooi
Malaysian Insider
Imej dari facebook Asiah Abd. Jalil (kakak)
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Keluarga Ahmad Abd Jalil, remaja yang ditahan Jumaat lalu oleh pihak polis kerana didakwa menghina Sultan Johor, merayu agar anak mereka tidak di bawa kepada pihak istana untuk permohonan maaf.
Keluarga remaja berkenaan khuatir Ahmad akan di bawa menghadap Sultan untuk permohonan maaf atas kenyataannya, menyuarakan kerisauan terhadap keselamatan anak mereka yang berusi 27 tahun itu jika di bawa ke istana.
Menurut SMS daripada kakak Ahmad kepada salah seorang peguam mereka malam tadi, polis berkata kepada ibunya “jika istana panggil, mereka (polis) akan membawa Ahmad menghadap Sultan”.
“Jika mereka mahu permohonan maaf, bawa dia ke mahkamah,” kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Bila jejakkan kaki ke kawasan orang lain, macam-macam perkara boleh berlaku dan kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.
“Kita perlu menghormati proses perundangan. Jika mereka mahu bawa anak saya ke mahkamah, silakan.
“Jangan paksa dia ke istana kerana kita tiada kuasa mengawalnya,” tambahnya. “Kami orang Pulau Pinang. Kami tidak biasa mempunyai Sultan dan telah mendengar banyak kejadian yang ‘menakutkan’, ini hak kami.”
Pesara kerajaan berusia 60 tahun itu berkata pihak polis setakat ini enggan memberikan kebenaran untuk keluarganya melawat Ahmad, yang telah ditahan di Kuala Lumpur pada jam 8 malam Jumaat lalu, dan dipindahkan kepada polis Johor malam sama.
Tengahari tadi, Abdul Jalil berkata beliau akan bertemu dengan pegawai penyiasat yang bertanggungjawab menyiasat kes Ahmad.
“Kami mengharapkan akan ada perkembangan positif ... kami hanya mahu melihat anak kami,” katanya, dan menambah imej polis akan kelihatan teruk sekiranya melarang beliau bertemu anaknya.
Dalam SMS kepada The Malaysian Insider, abang Ahmad turut menyokong kenyataan bapanya yang mana remaja itu perlu dijauhkan daripada kawasan istana.
“Adalah salah untuk membawanya keluar dari balai atau lokap ... kami akan meminta maaf tetapi melalui prosedur yang betul. Ahmad akan membuat permohonan maaf secara rasmi di mahkamah.
“Ataupun, kami merasakan sistem ini digunakan sebagai ‘mode of ugutan’,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Ahmad disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dipercayai mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Johor di laman Facebook miliknya.
Dia ditahan di pejabatnya di Cheras semalam oleh pihak polis sebelum di bawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk sesi soal jawab.
Menurut peguamnya, Mohd Zakwan Adenan, remaja itu pada mulanya tidak dinyatakan kesalahannya, kecuali didakwa disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Seksyen 4 (1) memperuntukkan mana-mana pihak mengeluarkan, menerbitkan, atau mencetak aman-mana perkataan berunsur hasutan, jika disabitkan kesalahan, untuk kesalahan pertama kali didenda tidak lebih RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya.
Selepas disoal siasat, polis menyerbu kediaman keluarganya di Damansara Damai sebelum membawa remaja terbabit ke Johor.
Jam 3 petang semalam Ahmad di bawa ke Majistret Johor oleh pihak polis untuk mendapat tempoh tiga hari arahan reman.
Sumber: Malaysian Insider

Tiada ulasan:
Catat Ulasan