Selasa, 20 November 2012

BILA ISLAM ITU BANGUN SERTA KUAT...NI PERTOLONGAN ALLAH MULA TIBA...BERHATI2 BAGI KITA YANG MUSUHI ISLAM...MISKIN TAKWA DULU MASUK SYURGA 500 TAHUN DARI ORANG KAYA YANG TAQWA...SEBAB LAMA UNTUK MENGHISAP HARTANYA...LAGI MALANG LAH KALAU HARTA ITU DAPAT SECARA BATIL

Pelunasan hutang Talam keputusan komersil yang bijak - Kertas Putih

Harakahdaily, 20 Nov 2012
SHAH ALAM: KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (“KPMG”) yang membuat audit terhadap pelunasan hutang-hutang Talam mendapati ia satu keputusan komersil yang bijak.

Ini juga bukan satu “bailout” kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

"KPMG berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA)  merupakan keputusan komersil yang bijak," kata kertas putih yang dibentang kepada kerajaan negeri Selangor hari ini.

Kertas putih ini disediakan oleh KPMG, sebuah firma oudit yang bertauliah, selepas dilantik oleh kerajaan untuk menilai pelunasan hutang-hutang Talam.

Berikut adalah ringkasan Kertas Putih yang disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam


Skim Pelunasan Hutang Talam dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 2 November 2009 dan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 16 November 2009.

Hutang-hutang Talam timbul hasil usahasama Talam dengan kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi pembangunan tanah (1994-2002), manakala hutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB/ Universiti Industri Selangor (UNISEL) hasil perjanjian penswastaan bagi pembinaan Universiti Industri Selangor pada 2001 & 2003.

Hutang kepada KHSB dan PNSB kerana Talam gagal memenuhi obligasi untuk membayar bahagian keuntungan mereka dalam usahasama tersebut.

Dalam kes UNISEL pula, Talam telah tidak dapat meneruskan pembinaan Universiti setelah perjanjian ditamatkan.

Walaupun kerajaan negeri terdahulu berusaha melaksanakan skim pelunasan hutang-hutang Talam ini dari 2005-2008 tetapi ia gagal dilaksanakan dan tiada wang yang berjaya dikutip.

Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 / 2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baharu bagi mengutip hutang-hutang tersebut menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang-hutang Talam secara sekali gus.

Ini ekoran wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan isu hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberikan impak buruk kepada semua GLC yang berkenaan.

Ini kerana, Talam menghadapi masalah kewangan yang serius dan telah dikategori sebagai syarikat berstatus PN17 di antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalannyamembuat bayaran bagi pinjaman dan bon.

Justeru, Talam perlu melaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan pelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad.

Sehubungan itu, GSA pilihan terbaik kerana cara tersebut telah membawa kepada penyelesaian penuh, muktamad dan kutipan semula pembayaran hutang-hutang Talam itu akan menjadi lebih terjamin.

Ini kerana, Di bawah GSA, Talam mengakujanji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta (“Tuntutan Boleh Terima”) dengan cara memindahkan aset-aset mereka kepada MBI. Sila rujuk Lampiran bagi senarai aset berkenaan.

Talam juga mengakujanji dan memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan pelunasan seluruh Tuntutan Boleh Terima yang tertunggak iaitu sebanyak RM392 juta.

Berdasarkan jaminan dan akujanji tersebut, Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah Hutang Talam sebanyak RM392 juta itu akhirnya akan dilunaskan.

Pengambil alihan hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri (akhirnya diletakkan di bawah MBI) tidak membabitkan wang awam.
Hutang-hutang Talam ini dipindahkan kepada MBI bagi membolehkan MBI mengawal proses penyelesaian termasuk penjualan Aset Yang Dilunaskan.

Dalam proses pengambil alihan hutang-hutang ini kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 yang mana sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Faedah GSA


Pelunasan hutang melalui GSA ini membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat Negeri yang mana MBI akan memastikan proses pengutipan hutang
Disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
diselesaikan secara holistik berbanding cara sebelum ini yang mana tiap-tiap anak syarikat Negeri berurusan secara berasingan dengan pihak Talam.

Dengan menyelesaikan pelunasan hutang-hutang Talam, ia secara langsung dapat menaik taraf kedudukan kewangan GLC menerusi pengukuhan lembaran kewangan syarikat masing-masing.


Penilaian


1. Tanah Bukit Beruntung


Penilaian oleh Suleiman & Co pada 6 Ogos 2009 menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Jabatan Penilaian) bertarikh 3 Mac 2010 menetapkan nilai tanah pada RM113 juta. Perbezaan ini kerana nilaian Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai “pertanian” manakala nilaian Suleiman & Co telah mengambil kira kategori kegunaan tanah tersebut sebagai “pembangunan bercampur”.

Permohonan menukarkan “pertanian” kepada “pembangunan bercampur” telah dibuat oleh Talam pada 1994 dan bayaran premium telah dibuat sebanyak RM8 juta tetapi proses pertukaran belum diselesaikan kerana pada masa tersebut Talam belum menjelaskan caruman perparitan sebanyak RM4 juta.

MBI telah menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada PNSB. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar Tanah Bukit Beruntung.


2. Tanah Bestari Jaya


Tanah Bestari Jaya telah ditukarkan sebagai balasan bagi pembinaan kampus UNISEL pada 2001 pada nilai RM115,000 seekar.
Penilaian oleh Mitra Valuers pada 30 November 2009 pada kadar purata RM88,000 seekar kerana muka bumi yang tidak rata dengan sebahagiannya adalah tasik-tasik bekas lombong, yang memerlukan penimbusan tanah bagi pembangunan masa hadapan.
Mitra Valuers telah mengambil kira faktor-faktor keadaan tanah tersebut dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilainya secara umum.

Oleh itu, nilai purata RM80,000 seekar telah dipertimbangkan dan diterima oleh MBI di dalam GSA. Ini telah memberikan kelebihan kepada MBI berbanding dengan harga RM115,000 seekar yang telah diguna pakai dalam transaksi terdahulu.

3. Tanah Danau Putra


Nilaian Jabatan Penilaian bertarikh 20 Julai 2012 telah menetapkan nilai tanah tersebut pada RM17.66 skp. Penilaian tersebut dibuat atas permintaan MBI selepas GSA termeterai.

Penilaian itu hanya dilakukan setelah penjualan 2 plot tanah setiap satunya kepada Golden Sprint Sdn Bhd (GSSB) dan Perikatan Progresif Sdn Bhd (PPSB), dengan harga RM15 skp, iaitu sama dengan balasan kasar yang dinyatakan di dalam GSA. Kedua-dua tanah tersebut yang dijual kepada GSSB dan PPSB berasaskan nilai mengikut GSA. Oleh itu, MBI telah berjaya mendapat nilai penuh kedua-dua tanah tersebut seperti yang dinilaikan di dalam GSA.

Laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Talam, sebahagian besar Tanah Danau Putra merupakan tasik-tasik bekas lombong dan diliputi air. Dalam menetapkan nilaian, kedua-dua penilai telah mengambil kira anggaran kos penimbusan tanah bagi kawasan-kawasan yang diliputi air.

Pampasan kepada GLC


Walaupun hutang-hutang Talam ini telah dipindahhak kepada Kerajaan, namun MBI telah bersetuju untuk menyediakan pampasan tambahan kepada GLC sebagai balasan pelunasan hutang Talam. Pampasan ini adalah:


 pampasan kepada UNISEL berjumlah RM248.7 juta, MBI akan mengambil alih sejumlah aset tetap yang sedia ada atau perbelanjaan modal masa hadapan dan pinjaman bank yang berkaitan dengan UNISEL. Ini akan meringankan UNISEL daripada bebanan perbelanjaan modal pada masa hadapan.

 Bagi KHSB, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran khas bernilai RM115 juta yang akan dibayar dalam bentuk aset dan wang tunai.

 Bagi PNSB pula, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran pembangunan bernilai RM28 juta.


Kesimpulan


Pelunasan hutang-hutang Talam menerusi GSA dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.
Ini bukan satu “bailout” kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (“KPMG”) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan GSA merupakan keputusan komersil yang bijak.

MIAT: Tender terbuka jimat, selamat wang negara

Anis Nazri, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memperolehi penjimatan yang lebih baik, selain dapat menyelamatkan wang negara sekiranya projek Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dilaksanakan secara tender terbuka. Menyedari projek tersebut bukan merupakan projek keselamatan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata tender tersebut masih boleh dilakukan secara terhad bagi membuka peluang yang lebih luas.
"Memandangkan ia bukan projek keselamatan yang menghalang untuk rundingan secara terbuka dilakukan, saya fikir masih boleh dibuat secara terhad, berbanding secara 'direct nego'," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan mengapa tender untuk projek itu tidak dibuat secara terbuka bagi memastikan penjimatan yang lebih baik dapat diperoleh.
Menjawab solan itu, Timbalan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Hasan Malek, berkata kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rundingan secara terus berdasarkan beberapa pengalaman kerajaan.
"Berdasarkan pengalaman kerajaan yang banyak mengendalikan pelbagai cara rundingan, kita putuskan prijek ini dibuat secara runding terus.
"Adakala kita buat secara terbuka, ada kala secara terus. Ada yang gagal, ada yang berjaya.  Namun, dengan projek ini, berdaarkan rundingan kita, kita yakin projek ini boleh berjaya dan bersama-sama doakan ia berjaya," kata beliau.
Sebelum itu, Mahfuz dalam soalan asalnya meminta kementerian terbabit menyatakan kos keseluruhan projek tersebut dan nama syarikat yang dipilih untuk membina projek itu.
Beliau juga meminta penjelasan sam ada kerajaan menjalankan 'Value Management Lab' bagi memastikan ia dilaksanakan secara optima dengan siling yang ditetapkan.
Projek tersebut yang dikendalikan syarikat Nadi Cergas Sdn Bhd  sebelum ini berada di Sepang, dan kini dipindahkan ke Subang berdasarkan keperluan pihak-pihak yang terlibat dengan institusi tersebut.
Kos keseluruhan bagi projek tersebut sebanyak RM179,779,310.

Umno pun tak berdoa supaya PAS kuat

Harakahdaily, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.


“Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.

“Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Apapun, kata Tuan Ibrahim, PAS sentiasa mendoakan ahli Umno dan lainnya agar semua diberi petunjuk dan hidayah.

“Kita mencontohi Rasulullah bila mana Baginda mendoakan hidayah kepada kaum yang tidak mengetahuinya,” kata beliau.

Sementara itu, Nasrudin berkata doa itu hadir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama.

“Hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.

“Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila royalti dihalang. Semuanya Umno dan BN bertanggungjawab,” kata beliau dalam satu tulisan di Facebook.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata terdahulu doa ini telah dimakbulkan apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru.

“Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.

“Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal Umno karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu,” kata beliau.

Mesir dan Turki akan pertahan Gaza - Erdoğan

Harakahdaily, 20 Nov 2012

KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel.

Dalam ucapan itu,  Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?

Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.

Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Abdullah Noor meninggal

Salmah Mat Husain, 20 Nov 2012


(Ustaz Hadi menunaikan solat jenazah di perkuburan Pengerusi Tetap PAS Besut, Abdullah Noor yang meninggal Sabtu lepas)

BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkesempatan menunaikan solat jenazah allahyarham Pengerusi Tetap PAS Besut, Abdullah Noor, 69 di tanah perkuburan Islam Kampung Gong Pasir Kerandang, dekat sini.

Tuan Guru berkesempatan singgah untuk menunaikan solat berkenaan setelah selesai bermuktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Ahad kelmarin.

Allahyarham disemadikan  di tanah perkuburan itu kira-kira jam 12 tengahari pada 18 November lalu yang diimamkan bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Hussin Awang.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada hari kedua Muktamar PAS Pusat Ke-58, iaitu pada 17 November lalu dipercayai masaalah jantung.

Allahyarham Abdullah (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 10.10 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Meninggalkan seorang balu Siti Aminah Hamzah, 59, enam orang anak serta tujuh orang cucu.

Allahyarham merupakan seorang aktivis yang istiqamah dalam perjuangan sama ada sewaktu bertugas sebagai Setiausaha Kerja PAS Terengganu atau sekembalinya ke Besut.

Sejak berusia 18 tahun lagi anak kelahiran Gong Pasir, Kerandang, Besut itu telah aktif dalam pergerakan Islam biarpun hanya ditawarkan pada ganjaran yang kecil.

Diberi tanggungjawab sebagai AJK PAS Kawasan Besut dan seterusnya Pengerusi Tetap PAS kawasan berkenaan hingga akhir hayatnya.

Sementara itu PAS Kawasan Besut menyifatkan pemergian allahyarham suatu kehilangan besar pada PAS Terengganu khususnya Besut dan jemaah seluruhnya.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, berkata allahyarham istiqamah dalam perjuangan, meletakkan kepentingan perjuangan melebihi dari peribadi.

“Kami saf pimpinan PAS Besut mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham di atas kematian insan yang tersayang.

“Sama-samalah kita berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, insyaallah,”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, anak kedua allahyarham Alida, 37 ketika dihubungi mengucapkan terima kasih pada  saf pimpinan semua peringkat sama ada Badan Perhubungan PAS Terengganu atau PAS Besut.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor Bharu seterusnya berkata, Ustaz Azhar, Setiausahanya Aminuddin Mohammad termasuk Setiausaha Kerja, Nik Hassan Azmi Nik Mat, sentiasa menziarahi arwah sama ada ketika sakit termasuk dihari kematian.

“Saya mewakili keluarga juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Tuan Guru kerana kesebukkan beliau sempat lagi singgah ke pusara ayah, terima kasih banyak pada semua yang bertanyak khabar dan menguruskan jenazah allahyarham,”ujarnya.

Menurut Alida kesihatan ayahnya tidak mengizinkan sewaktu menyambut Aidiladha yang lalu.

Bagaimanapun ianya disahkan mengidap penyakit jantung sehari sebelum meninggal dunia.

Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University

http://wabillahagro.blogspot.com, 20 Nov 2012
PerdRingkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.  1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!  2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!  3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.  4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.  5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.  6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.  7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.  8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.  9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.  10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.  11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.  12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.  13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.  14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.  15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Din Jawa http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151158856703577&set=a.10151158856438577.437211.344704883576&type=1

Israel adalah negara pengganas - Erdoğan

Terjemahan Mohamad Yahya, 20 Nov 2012
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010.
Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.

"Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul.

"Atas sebab ini, saya mengatakan bahawa Israel adalah negara pengganas, dan tindakan mereka adalah perbuatan pengganas," katanya.

Hubungan antara Israel dan Turki, yang pernah menjadi satu-satunya sekutu negara Islam Israel, gagal selepas marin Israel menyerang sebuah kapal bantuan pada tahun 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut ke atas Palestin-Gaza. Sembilan warga Turki terbunuh dalam pertempuran dengan aktivis di atas kapal tersebut.

Ankara mengusir duta Israel dan membekukan kerjasama ketenteraan selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kejadian itu yang dikeluarkan bulan September tahun lalu membebaskan negara Yahudi itu dari tuduhan

Awal bulan ini Turki memulakan perbicaraan tanpa kehadiran empat bekas komander tentera Israel berkaitan serbuan pada tahun 2010. (todayszaman.com)

Mursi: Mesir tidak akan tinggalkan Gaza sendirian

Terjemahan Mohamad Yahya, 19 Nov 2012
KAHERAH: Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.


Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.

Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "

Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.

Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata, "Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di Mesir untuk membantah serangan tersebut."

Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan Israel terhadap Paletin."

Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."

Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata. Beliau memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah, "Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk menghentikannya."

Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka yang cedera dalam serangan.

Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan senjata".

Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan di selatan dan pencegahan yang kuat”.

Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat dicapai."

Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap kemanusiaan."

Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat. Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini bukan Arab yang semalam”.

Presiden PAS sokong penuh isytihar harta

Harakahdaily, 20 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Cadangan Pemuda PAS untuk semua calon PAS mengisytihar harta mendapat sokongan penuh daripada Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar).

Dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS-58, Abdul Hadi menyatakan sokongan terbukanya kepada cadangan Pemuda PAS itu dengan berkata “Bagus!”.

“Pemuda cadang isytihar harta. Bagus. Saya orang pertama sokong. Nak bertanding, nak menjadi pemimpin kerajaan mesti isytihar harta,” kata beliau.

Abdul Hadi juga berkata pengisytiharan harta dapat menghalang ahli PAS berperangai seperti Umno and Barisan Nasional.

“…kita tak mahu kita berperangai seperti Umno dan seperti Barisan Nasional. Kita mahu menjadi pemimpin yang adil dan baik,” tegas beliau.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata Pemuda PAS telah bersetuju dengan langkah pengisytiharan harta di kalangan pemegang jawatan dalam parti politik dalam satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja bertarikh 14 November 2012.

"Amalan pengisytiharan harta di kalangan penjawat awam adalah sangat baik supaya unsur pecah amanah dan salahguna kuasa dapat dihalang dan dihapuskan, dan DPPM berpendapat amalan ini wajar dipraktikkan oleh pemegang jawatan parti politik yang bertanding untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan,” kata beliau.

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS Pusat bersetuju untuk melaksanakan amalan pengisytiharkan harta secara sukarela demi menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti.

Antara mekanisme yang ditentukan ialah menggunakan format yang digunapakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai kriteria minima pengisytiharan harta oleh setiap pemimpin dan ahli keluarga.

“Pengisytiharan harta oleh setiap AJK DPPM diserahkan kepada Ketua Pemuda untuk disimpan dan dipantau oleh sebuah Badan Hisbah dalaman dan akan diserahkan kepada Presiden Pas dan Mursyidul Am PAS mengikut keperluan semasa;

"Selesai proses pemilihan calon pilihanraya, DPPM secara sukarela akan mempamerkan borang deklarasi pengisytiharan harta milik AJK DPPM yang dimanahkan oleh parti sebagai calon pilihanraya, untuk dinilai oleh rakyat keseluruhannya,” kata beliau.

Di akhir muktamar Pemuda PAS, Nasrudin telah mengisytiharkan hartanya manakala seluruh EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan borang deklarasi pengisytiharan harta kepada beliau untuk disimpan dan dinilai dari semasa ke semasa.

Penyataan penting Presiden PAS semasa penggulungan

Harakahdaily, 19 Nov 2012
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat beberapa penyataan penting ketika membuat penggulungan Muktamar PAS ke 58 baru-baru ini.

Ucapan beliau kali ini disifatkan yang terbaik pernah beliau buat sepanjang memimpin PAS sejak mengambilalihnya dari Almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor. Pelbagai isu penting dalam PAS dan negara digarap beliau.

Berikut adalah antara penyataan itu yang disiarkan semula secara verbatim.


Isu pelaksanaan Islam


Umar Abdul Aziz ditanya oleh anaknya, "Hai ayah kenapa tak buat itu, tak buat ini."

Umar Abdul Aziz jawab "Wahai anak. Ketika Allah hendak haramkan arak juga bukan sekaligus." Mula-mula diharamkan, jangan minum dalam sembahyang, lepas sembahyang hentam lagi, lepas itu diharamkan semua. Itu cara Allah Taala laksanakan haram arak.

Al Quran memang sudah lengkap, (tetapi) apabila ia hendak dilaksana, mesti ikut aulawiat.

Tak ada di kalangan kita ini yang tidak mahu laksanakan syariat. Alhamdulillah. Timbulnya pelbagai pandangan, itu ada, kerana kita didatangi oleh ahli yang banyak. Pelbagai kalangan yang masuk PAS. Namun PAS istiqamah dengan Ahli Sunnah wal jamaah.


PAS parti besar


Dalam perlembagaan jelas, hukum yang tertinggi dalam PAS adalah Al Quran, hadis dan qias. Dalam masa yang sama PAS terbuka kepada semua orang. Bukan sahaja mazhab Syafie, mazhab Hanapi masuk PAS walaupun Malaysia ini banyak mazhab Syafei. Hambali masuk PAS, Wahabi pun masuk PAS, Syiah nak masuk PAS, masuk. Khawarij nak masuk PAS, masuk. Takkan Umno tidak boleh masuk PAS. Umno pun masuk PAS juga.

Tetapi bila masuk PAS, kena ikut cara PASlah. Cumanya jadi bising sikit, rumah kita besar, bilik banyak. Masuk ramai-ramai, kadang-kadang bertukar bilik. Nak masuk bilik dan kadang-kadang tak kenal bilik air mana. Itu yang kecoh sekejap tu. Akhirnya istiqamah baik, jangan bimbang.

Kita ada hubungan dengan semua pihak, kita rapat dengan kumpulan-kumpulan Islam. Alhamdulillah, di Malaysia ini kita berjaya mewujudkan satu parti Islam sahaja. NGO banyak, parti Islam satu.

Di Indonesia dekat 20 parti Islam. Di Mesir empat lima enam parti Islam. Di Algeria, empat lima parti Islam. Di Morocco dua tiga empat parti Islam. Di Turki dah tiga parti Islam. Berpecah kerana adanya khilaf.

Kita ada macam-macam NGO, berbagai pandangan. Alhamdulillah kita berjaya menjadikan satu parti Islam. Kita terima kumpulan Islam yang berbagai-bagai ini masuk kita. Dia beri pandangan, beri pendapat. Macam-macam. Dulu ada yang masuk kita, dia kata pilihan raya haram. PAS tak patut masuk pilihan raya. Pasal apa, tiada dalam Al Quran dan hadis. Rupanya Umno dok jolok dia supaya PAS jangan masuk pilihan raya. Bila PAS tak masuk pilihan raya, senanglah Umno. Ini bukan masalah senang Umno, tanggungjawab kita.

Memang pilihanraya tidak ada dalam Al Quran dan hadis. Bukan semua perkara Islam ini ada dalam Al Quran dan hadis. Ada perkara baru yang kita kena ikuti. Nak pergi Mekah zaman dulu tidak paytah pasport tak payah visa, sekarang ini kena ada pasport, ada visa dan ada kouta. Itu sistem baru. Konsep baru. Cuba pergi Mekah, pasport takda dalam Al Quran dan hadis, pergi begitu, jawabnya sampai dekat Jeddah saja, kena hambat.

Kita terima semua kalangan. Abim, IRC, Jim, Ikram, bekas Arqam, tabligh, Hizbul Tahrir. Bila masuk PAS, jangan dok main khilafah-khilafah. Kita masuk pilihan raya.


Hubungan Antarabangsa




(Pemerhati muktamar)

Keterbukaan ini sampai ke peringkat antarabangsa dengan PAS melibatkan diri dalam isu antarabangsa.

Palestin, Filipina, Afghanistan, Aceh...kami pergi untuk selesaikan. Kami, saya Ustaz (Datuk) Fadzil (Mohd Nor), Datuk Mustafa (Ali), pergi untuk selesaikan Mujahidin yang berbalah tetapi tidak berjaya kerana kabilah. Habis mujahidin naik Taliban. Ini penglibatan kita.

PAS terlibat dalam apa yang berlaku di Syria sekarang. PAS menghadiri persidangan di Turki kalangan parti-parti Islam di Turki. Kita tuan rumah, tak perlu umum. Kita bincang nak tangani isu Syria. Kita berpendapat, Syria perlu diberi kepada rakyat Syria, Bashar Assad kena turun. Memang dia zalim, dia mesti turun. Dia minoriti, dia parti Baath, parti yang sangat kiri, rapat dengan Soviet, rapat dengan China. Barat mahu dia ada lagi, tak mahu kumpulan Islam naik.

Rakan-rakan mengamanahkan saya pergi ke Iran, jumpa Presiden Ahmedinajad. Kita sampaikan kepada dia, saya sampaikan kepada dia. Kita mahu Bashar turun, kita mahu kumpulan Islam naik. Kita mengharapkan Iran dan Hizbullah putus dengan Bashar. Ini yang kita mahu, sikap kita.

Kemudian kita juga terlibat dalam isu Filipina dan Aceh. Dalam isu Aceh, PAS ada hubungan rapat dengan kumpulan Islam di Aceh yang desak hendak laksanakan syariat di Aceh. Aceh merdeka tidak pernah dijajah oleh Belanda.
Bila merdeka, di masukkan ke dalam Indonesia, berperang dengan Indonesia. Nak damaikan Aceh. Oleh kerana pemimpin jenerasi awal kita rapat dengan puak-puak Aceh semasa konfrontasi, mereka hargai PAS, kita gunakan peluang ini.

Maka saya dan rakan-rakan pergi ke Sweeden, jumpa pemimpin Aceh di bawah Lajnah Antarabangsa kita. Jumpa pemimpin Aceh, minta damai. Kita nak jumpa pemimpin Indonesia tidak boleh, sebab dia Umno. Umno Indonesia. Kita minta kerajaan BN, berjumpa dengan pemimpin Indonesia. Kita berjumpa dengan GAM (Gerakan Aceh Merdeka), Umno berjumpa dengan Umno Indonesia. Selepas bincang, bertemulah GAM dengan kerajaan Indonesia. Akhirnya berdamai.

Yang bagusnya, Umno Indonesia ini dia tidak rampas royalti Aceh. Dia bagi royalti kat Aceh lebih 40 peratus royalti minyak. Kelantan habuk pun tak dapat. Terengganu yang dapat dirompaknya. Patutnya belajarlah dengan Indonesia, belajarlah dengan negara lain.



Isytihar harta



(Perwakilan, pemerhati dan tetamu muktamar)

Kemudian saya nak tarik perhatian, Pemuda cadang nak isytihar harta...bagus. Saya orang yang pertama sokong. Nak bertanding dan jadi pemimpin kerajaan kena isytihar harta, kerana kita tidak mahu berperangai macam Umno, macam pemimpin BN bila memimpin negara. Kita mahu menjadi pemimpin yang adil, yang baik. Di mana Allah taala mendidik Nabi. Firman Allah Taala:-

"Wahai Muhamad bersabarlah dalam perjuangan ini bersama dengan orang-orang yang mendukung mu, yang berdoa kepada Allah di waktu pagi dan petang. Mereka ikhlas kerana Allah. Jangan engkau cenderung kepada orang-orang yang mengheretmu kepada perhiasan dunia. Jangan taat kepada mereka yang melalaikan mu."

Nak bagi rasuah macam-macam. Yang ikut hawa nafsu sehingga melampau batas. Allah didik Nabi yang diberi harta yang melimpah ruah. Tetapi Nabi membahagi hartanya kepada rakyat sehingga meninggal dunia dalam keadaan ada harta yang digadai dekat Yahudi. Kenapa bagi kepada Yahudi, kerana nak didik konsep muamalah.

Ramai Isteri Nabi yang nak harta, maka ramai yang nak jadi First Lady. Jumpa Rasulullah nak minta kekayaan sebagaimana isteri-isteri raja, isteri PM dengan kekayaan yang melimpah.

Semasa muktamar Muslimat saya baca ayat ini yang bermaksud:

"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu. Jika kamu hendak perhiasan dunia, aku nak bagi kepada kamu kemudian aku ceraikan kamu sebaik-baiknya. Jika kamu menghendakli Allah dan Rasul dan negeri akhirat, Allah menyediakan kepada orang-orang yang baik di kalangan mereka dengan pahala yang sangat besar."

Lalu Nabi panggil isteri dia dan beritahu ayat ini. Kalau nak jadi pemimpin mesti taat kepada ajaran Allah. Inilah barangkali Pemuda suruh isytihar harta, sedia payung sebelum hujan, bukan hujan dulu baru (cari) payung.

SAMM tawar diri roboh kamera AES di Selangor

Harakahdaily, 19 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Selangor secara sukarela dan percuma.
Ini kerana hanya berbaki tujuh hari lagi daripada 14 hari tempoh yang diberi kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan dua kamera AES yang dipasang secara haram di negeri itu, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Katanya, menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.

“Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram tersebut secara sukarela dan percuma,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tawaran SAMM itu juga mampu mengurangkan kos yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan mahupun pihak kementerian untuk mengeluar tender atau mengarah petugas khas untuk aksi mengalih kamera haram tersebut.

Bagi SAMM, jelasnya adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam.

“Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?” tanya beliau.

Maka, katanya SAMM sangat berbesar hati untuk memastikan struktur awam ini dialihkan dengan kerjasama mana-mana pihak yang ingin bersama.

SAMM juga, kata beliau mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat.

SAMM juga, ujarnya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat kerana membuktikan isu kamera AES ditangani dengan serius, lebih-lebih lagi apabila kamera tersebut dinaikkan secara haram.

“SAMM melihat ini sebagai bukti rakyat diutamakan berbanding kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa berpihak kepada konglomerat dan kroni dalam banyak perkara,” katanya lagi.

Tiada ulasan: