Gempar!! 10 ribu Pemuda BN Demo di Ampang Bantah Nurul Izzah!!
Kuala Lumpur - by @tiewnama
demo membantah Nurul Izzah yang di katakan telah menyentuh institusi agama islam telah
di lakukan oleh pemuda Barisan Nasional hari ini di ampang, dalam demo itu di anggarkan
sebanyak 10 ribu anak muda dari penyokong Barisan Nasional telah berkumpul di tepi
jalanraya sambil melaungkan hidup melayu, jangan ganggu kesucian melayu islam.
demonstrasi besar besaran ini bagi menunjukan kekecewaan pemuda umno dan barisan
nasional terhadap nurul izzah yang di dapati telah di sokong oleh hampir 80% generasi
anak muda malaysia masakini,
pendemo juga menunjukkan kemaluan mereka yang sangat memukau kerana umum tahu bahawa
umno dan porno tidak dapat di pisahkan, ianya bagaikan isi dan kulit, mereka belajar dari
pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang mengalami pelbagai skandal dan bloger bloger
lucah tajaan Barisan Nasional yang di bayar rm 3-4 ribu sebulan serta media propaganda utusan,
mereka membantah ucapan penuh nurul izzah dalam menyentuh isu mengenai melayu itu
islam dan islam itu melayu, pemuda Barisan Nasional yang bermazhab ahlul punnah wal ranah ini
telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang lebih 40 kilometer dari lingkaran tengah
dua hingga ke air terjun bukit belacan.
mereka telah membawa sepanduk, bendera barisan nasional dan juga membawa seluar pendek
yang mengikut mazhab ahlul punnah wal ranah mereka adalah 1 daripada kewajipan pandang
ke timur, berbalik kepada demonstrasi besar besaran dari pemuda Barisan Nasional ini,
BBC, CNN, Washington post dan juga media prima tv3 telah membuat liputan meluas ke
seluruh dunia secara langsung.
menurut saksi di tempat kejadian, rm 50 telah di sediakan untuk setiap pendemo dan juga
makan tengahari serta minyak motor dan baju Barisan Nasional, juga tidak lupa mereka
di bekalkan dengan seorang penyeri dari puteri umno malaysia yang berambut perang.
anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang sempat di ambil oleh tim era pasca di tempat
demonstrasi terbesar dalam sejarah malaysia ini.
Demonstrasi besar besar ini di serikan lagi dengan
kehadiran PUTERI UMNO yang bermazhab ahlul punnah wal ranah.
by @tiewnama - lampu jalan di kawasan demonstrasi lebih ramai dari pendemonstrasi.
kahkahkahkah
ucapan penuh nurul izzah boleh klik SiNi
YANG INI MACAM MANA....BIAR BERPOLITIK SIHAT DAN BERPENDIDIKAN....SEMUA MATI DAN DIPERTANGGUNG JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT
KEBANYAKAN SENJATA MAKAN TUAN...KATA DULANG PAKU SERPIH
Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
Kumpulan
penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan
bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang
Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat
demikian.Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Fairuz Abdullah · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia · 1,924 subscribers
Pak Lah Bukan pembankang kan ...? so...
Airis Walid · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologies
haaaaaaa kan dah kantoi...ISLAM HADHARI...mari2
Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Pengulas Tertinggi · Kutip biji sawit di LKY Plantations Sdn Bhd
Ada siapa mau komen Pak Lah?? Mana Hishamuddin, mana Zul Nordin, mana lagi balaci-balaci?
David Anthony · Langgani · Pengulas Tertinggi
Hahahahahaa.... BN meludah kat langit kena muka sendiri.
Mana Pakaso? Ma"shit"ah? Jati dan Jakun?
Baik korang dengar apa Ustaz Nel Hans cakap.
Abdullah Badawi nie Islam kan? Kenapa takder orang nak kritik/serang dia?
Jangan Islam di Mykad sahaja.
Zack Snoopies · Pengulas Tertinggi
ini bkn fitnah tapi kenyataan.. baca ni...aku blh cari lg... http://www.channelnewsasia.com/ stories/southeastasia/view/ 287174/1/.html
Mansor Otman · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
phheeeewwwwwwwiiiitttt!!!!!! kelas ko dolah...lagi ganas...tapi senyap sunyi je...si katak pasir mas tak nak komen???? ahsan kayu jati tak nak komen??? ulama umno tak nak komen????
Annuar Ismail · Pengulas Tertinggi · Bekerja di FBI – Federal Bureau of Investigation
Inikan imam hadhari
Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 195 subscribers
Kita kena kembali kepada Sistem Islam.
Apa hukum murtad kalau sengaja?
Hukumnya ialah bunuh. Apa lawyer cakap lain? Itu lawyer. Lawyer tu pun Allah yang jadikan.
Rujukkan:
http://soaljawab.wordpress.com/ 2007/05/18/ sekilas-berkenaan-hukum-mur tad/
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
Hisham Abd Rahman · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
Ni dia statement dari Imam Hadhari,,, seorang PM yang dianggap alim, mr clean, berpengetahuan agama,, kata2 dia ini aku tengok macam dah setaraf dengan Imam MCA @ pelakon blue Chua Sex Lex?? Benarkan org Islam untuk murtad,,, Statement tu sama ke mcm dgn statement Nurul Izah?
Uncle'mus Bah · Pengulas Tertinggi
mintak Uztazah MAsitah & Menteri2 yg tetiba jadi Uztaz ...sila beri pandangan berbeza...selamat beramal........
Niru Ssb · Langgani · Pengulas Tertinggi · Smk balai ringin serian sarawak
Apa reaksi kj dgn kenyataan pak mertua, nak buat demo untuk menentang siapa........TELAN MATI UMNO, LUAH MATI EGO DAN BONGKAK......Balas · Suka · Ikuti Kiriman · 6 minit yang lalu
senarai kes murtad di Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------------------------- -
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
------------------------------------------------------------------------------------------------
sukar rasanya menulis tentang agama.
takut nanti tersalah tafsir dan kiblat pemikiran dan pemahaman pembaca,
jadi aku sekadar berkongsi petikan-petikan,
yang amat berguna untuk difikirkan sejenak,
dan ditimbangkan oleh akal dan akidah.
petikan dari blog Srikandi Cinta,
yang berjudul "Isu murtad semakin membarah
"
Kes 1,
"..Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak .
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ...
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .."
kes 2,
"..Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.."
kes 3,
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.Tun Salleh AbasMasa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.*itulah petikan yang dapat saya kongsikan dengan kalian, kisah yang berlaku dalam tanah air kita sendiri, saudara sesama bangsa dan segama kita sendiri. Mengapa agaknya perkara ini boleh berlaku? isu murtad semakin hari semakin merebak, seolah-olah dijana sesuatu yang berkuasa. Itulah perlunya kita sesama agama berpakat, demi menjaga kesucian agama Islam. Biar kita berlainan fahaman dalam politik, tak sehaluan dalam pemikiran, berbeza segenap bidang dan pandangan , tetapi sejiwalah dalam isu akidah dan agama. Usah biarkan anda diselubungi kabus musuh-musuh Islam. Jangan biarkan anda di jadikan boneka oleh musuh Islam, Kita Islam, Kuat! sudah tertunjuk oleh legasi kepimpinan Salahudin Ayubi. Bersatu lah kita wahai muslim, usah biarkan kita terkapai-kapai mencapai songkok untuk berdoa tatkala nyawa dihujung tanduk, berjuanglah kalian demi Allah, atas nama Allah yang Maha besar dan maha mulia!! Bangkitlah wahai muslim! bangkit!!
"MURTAD SAUDARA BARU"
" Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara. Rasulullah ditanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Apabila engkau bertemu hendaklah memberi salam kepadanya, apabila ia mengundang ke rumahnya maka hendaklah engkau memenuhi undangannya, apabila ia minta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila ia bersin lalu memuji Allah dengan alhamdulillah maka doakan ia dengan yarkhamukallah dan apabila sakit lawatilah dan apabila ia mati hendaklah engkau mengiringinya." ( Riwayat Imam lima )
Dalam al-Quran Allah s.w.t telah menyatakan:
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55 )
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Asr: 1-3)
Kepada orang yang bukan Islam pula kita hendaklah berdakwah menyampaikan Islam dengan cara yang berhikmah dan sekali-kali tidak boleh memaksanya menerima Islam. Memaksa orang memeluk Islam menjadikan tidak sah Islamnya. Fiman Allah s.w.t:
" Tidak ada paksaan dalam menganut Islam."(Surah al-Baqarah: 256)
"Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang sesat daripada jalannya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah." ( Surah an-Nahl:125)
Kita amat berbangga bila ada orang bukan Islam menganut Islam. Kita juga tidak meletakkan apa-apa syarat kepada mereka, sekadar mengharapkan mereka menjadi muslim yang sejati. Bimbingan sentiasa diberikan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIS. (Unit yang bertanggungjawab tentang saudara baru). Namun kita tidak pula pasti niat mereka yang memeluk Islam. Ada yang memang ingin menganut Islam kerana melihat keindahan dan kebenaran Islam. Ada juga yang menganut islam kerana faktor perkahwinan.
Di negara kita tidak terdapat peruntukan undang-undang dalam Jenayah Syariah kepada mereka yang keluar dari agama Islam. Rosaknya iman adalah disebabkan oleh tiga faktor, iaitu akidah, perkataan dan perbuatan. Rosaknya Iman dan Islam disebut sebagai "riddah". Para ulamak mentakrifkan riddah sebagai berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam. Orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur.
Mengikut Hukum Islam orang telah murtad hendaklah dipujuk, nasihat, kaunseling sebanyak tiga kali. Jika tidak mahu juga taubat maka hendaklah dihukum mati dengan dipancung pada tengkoknya. Ia adalah jenayah agama yang paling besar.
Hadis riwayat ibnu Abbas r.a ia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."
Di mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kini sedang berlangsung puluhan perbicaraan dan sebutan kes permohonan murtad saudara baru. Saya berkesempatan menjadi wakil kepada Defenden kedua iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada lebih 10 kes permohonan murtad dari saudara baru. Defenden pertama ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Defenden ketiga ialah Pendaftar Muallaf Negeri Selangor dan Peguam dari Jabatan Pendaftaran Negara juga turut dipanggil dalam kes ini.
Di Negeri Selangor, termasuk di Malaysia tidak ada sebarang peruntukan bagi kes murtad. Maknanya orang memohon murtad tidak akan didakwa dan mahkamah akan memberi kebenaran secara percuma sahaja. Apa yang saya nampak kes ini hanya dilewat-lewatkan sahaja. Di antara kes yang saya hadiri, ada kes telah didaftarkan sejak tahun 2005 dan belum selesai lagi. Plantif yang hadir pun sudah mengamalkan agamanya yang asal. Ada satu kes itu pula, bila saya berpeluang bertanya kepada plantif sebab apa nak keluar dari agama Islam, maka dengan rasa bangganya beliau menyatakan bahawa dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita Islam dan apabila perkahwinannya telah gagal dan bercerai dengan isterinya dan mendapat 2 orang anak maka ia memohon keluar Islam kerana hendak berkahwin dengan wanita yang seagamanya. Plaintif mengaku bahawa sepanjang memeluk Islam beliau tidak pernah solat, ke masjid, puasa atau mengamalkan syariat Islam dan rasa tidak seronok berada dalam Islam kerana semua yang dia inginkan tidak dibenarkan Islam.
Sebagai seorang Muslim kita rasa sedih kerana kita di MAIS, JAIS gagal mendidik mereka kekal dengan Islam. Dalam masa yang sama kita rasa tercabar dan hina kerana Islam sebagai agama yang suci dan benar hanya dijadikan batu loncatan semata-mata. Saya menyarankan bahawa JAIS dan MAIS perlu mengadakan undang-undang pencegahan iaitu adakan undang-undang yang menepati syariat ataupun yang boleh mencegah dan mengawal mereka yang memohon murtad. Biarlah sekurang-kurangnya orang yang ingin masuk Islam tahu bahawa jika mereka berbalik ke agama mereka sesudah Islam maka ada peruntukan undang-undang yang menghukum mereka. Biarlah kita dianggap kedekut hendak menerima orang masuk Islam tetapi biarlah sedikit bilangan orang yang masuk Islam tetapi berkualiti.
JAIS dan MAIS dengan kerjasama NGO'S Islam mengadakan program-program pemantapan yang berterusan kepada golongan muallaf supaya mereka istiqamah dengan Islam. Hadis di bawah mungkin boleh dijadikan panduan supaya memujuk, kaunseling, menasihat orang yang murtad lebih dari tiga kali.
Dari Abi Musa Al-Ashaari r.a bahawa Nabi s.a.w memerintahkan kepadanya dengan sabdanya: "Pergilah engkau ke Negeri Yaman". Kemudian baginda s.a.w menghantarkan Muaz bin Jabal selepas pemergiannya. Apabila Muaz sampai ketempat abu Musa, Abu Musa menyambutnya dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata: "Silakan duduk" dan disitu ada seorang lelaki yang bergari lalu Muaz bertanya: "Siapakah orang ini?". Abu Musa menjawab: " Orang ini ialah seorang Yahudi, ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi yahudi semula (murtad)." Muaz berkata: "Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh itulah hukuman Allah dan Rasulnya"( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Riwayat Abu Daud dalam kisah ini: " Maka dibawa kepada Abu Musa Al-Ashaari seorang yang telah murtad, lalu disuruhnya bertaubat memeluk Islam semula selama kira-kira 20 malam, kemudian datang Muaz serta menyuruhnya bertaubat tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya.
Susunan :
Ust. Khairuddin b. Haiyon
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAISSAPE BISU...SAPE DOLAK DALIK...SAPE TAK JAGA ISLAM...SAPE LANGGAR HUKUM ALLAH...SAPE TOLAK HUDUD ATAU HUKUM ALLAH...SAPE YANG MAKHLUK...SENDIRI MAU INGAT MATI LAH...AKHIRAT KORANG JAWAB
Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
Khalid Samad, 09 Nov 2012
Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.
Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.
Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.
Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.
Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!
Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:
1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.
Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau punFacebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.
1. FATHUL BELA CSL
Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya ‘ayat bunga-bunga’ sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.
Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut “langkah mayat saya” sedangkan CSL hanya menolak ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.
Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.
Hujjah ‘hudud PAS’ memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).
Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat’i yang telah ditetapkan Allah.
Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.
Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini.
Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya ‘hudud PAS’ tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.
Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.
Bersambung...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Dalang filem hina Nabi dipenjara
Terjemahan Mohamad Yahya, 09 Nov 2012
(Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar)
CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem.
Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan.
Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank.
Hakim Mahkamah Daerah AS Christina Snyder menerima perjanjian rayuan dan terus menghukum Youssef selepas dia mengaku bersalah dalam empat dari lapan dakwaan pelanggaran.
Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, beliau mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden.
"Satu perkara yang beliau mahu saya beritahu anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dialah orang yang membunuh ideologinya," ujar Seiden.
Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, Seiden berkata, "Saya tidak tanya beliau, dan saya tidak tahu."
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk tempoh percubaan yang lebih lama.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada pelanggaran adalah ekoran kandungan "Innocence of Muslims", filem yang menyinggung umat Islam.
Keganasan maut yang diakibatkan filem itu tercetus 11 September lalu dan merebak ke banyak bahagian di Timur Tengah.
Tetapi Penolong Peguam Amerika Syarikat, Robert Dugdale berhujah bahawa pembohongan Youssef tentang identiti beliau telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, termasuk kepada barisan pelakon dan krew filem tersebut.
"Mereka tidak mempunyai idea bahawa dia sebenarnya adalah seorang penjenayah yang baru dilepaskan," ujar Dugdale Rabu lalu. "Sekiranya mereka mengetahui perkara itu, mereka mungkin akan berfikir panjang" untuk mengambil bahagian dalam filem berkenaan.
Beliau berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dan merasakan bahawa kerjaya mereka telah hancur.
250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, 05 Nov 2012 KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun yang lalu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
‘Tak mahu terlanjur lagi’
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan
DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri.
Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984).
Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja.
Kenyataan seperti ‘saya sangat sedih dengan diri saya’ dan ‘saya berasa diri hina sekali’ dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam.
Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami.
Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup.
Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik.
Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik.
Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan.
Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina.
Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik.
Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8)
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.” (an-Nur, 31)
Perit teringat kisah lama
Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing.
Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan.
Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya.
Sehinggalah pada suatu hari, hubungan mesra kami terbawa-bawa hingga ke kamar tidur. Kejadian itu berlaku apabila A datang ke rumah saya disebabkan bosan duduk keseorangan di rumah.
Kami terlanjur begitu jauh. Sejak itu, saya mula menjauh�kan diri walaupun A sering kali menghubungi. Akhirnya A memberitahu dia sudah mengandung menyebabkan saya bertambah runsing.
Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa.
Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya.
Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri.
Suami Gelisah
PERAK
KATA-KATA ‘di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam’ boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah ‘celik akal’ apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak.
Kata pepatah, ‘dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar
di lautan. Sudah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.’
Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis.
A cuba memperdayakan dengan meminta adik melakukann perbuatan terkutuk itu untuk dia memiliki seorang lagi cahaya mata sebagai teman anak pertamanya.
Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai ‘alat’ untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat ‘tabung uji’ untuk A mendapat seorang lagi anak.
Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain.
Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit.
Ingatlah ‘akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan’. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik.
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
PAS 'membisu' tentang kenyataan Nurul IzzahPemimpin PAS dilihat berdiam diri dan kaku berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sebuah forum di Petaling Jaya Sabtu lalu.
Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata, selain bisu dari memberi kenyataan, pemimpin PAS kini dilihat seolah-olah mempertahankan LGBT.
"Tidak ada lagi besar daripada memperjuangkan jihad di jalan Allah. PAS kini dah tak sebut perkataan jihad. Pemimpin PAS sebut demokrasi. Pemimpin PAS sebut tentang LGBT seolah-olah mempertahankannya.
"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.
"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita," kata Hasan yang merujuk kepada ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof yang turut menjadi panel forum bersama Nurul Sabtu lalu.
Hasan berkata demikian dalam forum Kebebasan Bertukar Agama dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.
Turut hadir menjadi panel forum ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad, dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.
Dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", Nurul Izzah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Nurul bagaimanapun telah menafikan perkara itu dan dijangka akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.
Aduan itu dibuat kerana laporan Utusan Malaysia yang dilihat membuat tuduhan dan tidak menulis seperti apa yang beliau kata sebenarnya.
Sementara itu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru turut mempersoalkan tindakan PAS yang dilihat "mempertahankan" Nurul.
Menurut Zulkifli, PAS kini lebih mengutamakan kerusi berbanding perkara yang sebelum ini mereka perangi iaitu isu kebebasan beragama.
"Sekarang ini saya hairan dengan PAS boleh terima kenyataan Nurul Izzah. Bagaimana sekarang boleh pertahankan Nurul Izzah sedangkan sebelum ini mereka (PAS) menentang Majlis Peguam dalam menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)," katanya.
Tawar jadi peguam Utusan Malaysia
Dalam pada itu, Zulkifli turut menawarkan diri untuk menjadi peguam secara percuma kepada akhbar Utusan Malaysia sekiranya didakwa di mahkamah oleh Nurul Izzah.
Nurul sebelum ini menyatakan akan mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.
Justeru, Zulkifli dalam nada sinis memberitahu akan memberi kejutan kepada Anwar dan Nurul Izzah dengan barisan peguam kanan yang telah bersedia untuk mewakili Utusan Malaysia.
"Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia.
"Saya nak beritahu Nurul Izzah dan Anwar siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia. Kamu akan terkejut beruk. Peguam kanan ini minta supaya nama tak didedahkan dulu.
"Ini strategi. Anwar akan terkejut. Nurul Izzah akan terkejut," kata Zulkifli yang berkata tujuan beliau membela Utusan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pada sidang media selepas forum malam tadi, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, forum tersebut diadakan tujuan forum itu diadakan bagi memberi memperbetulkan kekeliruan orang ramai mengenai kenyataan yang dibuat oleh anak sulung ketua pembangkang itu.
"Saya nak jelaskan di sini, forum kita anjurkan ini bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan mengenai kenyataan Nurul Izzah yang bahaya pada orang Islam dan Persekutuan.
"Forum ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak dan agama lain. Saya perlu jelaskan ini supaya tidak ada salah faham," katanya lagi.
Ahmad Maslan: Tidak guna Izzah dolak-dalik
9 November 2012
Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di YouTube.
Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.
"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah Umno, salah Utusan, salah akhbar.
"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah Umno di sini hari ini.
Di SHAH ALAM, Nurul Izzah ditemani peguam Fadlina Sidik hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
"Saya hadir ke sini ditemani peguam. Selain memberi penjelasan, saya juga membuat aduan kepada Jais mengenai laporan berita oleh beberapa akhbar tempatan yang mendakwa saya menyokong masyarakat Melayu bebas memilih agama," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin di pejabat Jais di sini.
Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Portal berita pro-pembangkang itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Dalam pada itu, Ahmad berkata Penerangan Umno akan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi mengenai perkara ini yang dianggap satu kenyataan yang amat berat dan dahsyat dikeluarkan oleh seorang berjawatan tinggi dalam PKR.
Katanya, di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan, fahaman kebebasan beragama dalam konteks umat Islam tidak terpakai, tetapi menghormati kebebasan beragama untuk bangsa lain.
"Apakah mereka ingin mengubah perlembagaan apabila memerintah selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak akan biarkan mereka memerintah kalau itulah akibatnya nanti," katanya.- Bernama
KISAH MURTAD DI MALAYSIA
7:41 AM MOHD MAHATHIR SUGUAKes Aisyah BukhariPernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad.2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan...
Butir asal permohonan...Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi...semua tak termasuk.
Artikel 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kes Yusuf bin AbdullahLagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Kes Suzie TeohDalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes Ibrahim dan Isterinya Siti SolehahKes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao... Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu...
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
JANGAN NAMPAK ORANG....DIRI SENDIRI LUPA....KUMAN DISEBERANG NAMPAK...GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK...HAIRAN BIN AJAIB
Menteri: Elok siar seluruh kenyataan Nurul di forum
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah
elok disiarkan keseluruhan kandungan forum dimana Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama."Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).
"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di Kota Bharu semalam.
Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Jamil Khir berkata perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Nurul Izzah Anwar bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa kenyataan beliau dalam forum awam itu menggalakkan umat Islam murtad.
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.
Sementara itu, mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeri akan diperbaiki.
Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapai matlamatnya.
Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangansiaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz.
- Bernama
INI TAK MELAMPAU KE...TAK ROSAK KE IMAN...MUFTI2 DAN DR HASAN ALI TAK TAHU KE...JANGAN PILIH BULU BILA NAK TEGUR....KENAPA BISU...KATA ORANG SEDAP...LIHATLAH DIRI JUGA....INSAFLAH ....PANJANG UMUR MACAM MANA PUN....AKHIRNYA MATI JUGA
Nurul Izzah tindak melampau, kata Mahathir
11 November 2012
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, | 05 Nov 2012 |
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
Liked · 11 hours ago
Seorang
A politikus parti 123 berkata "Aku mendapati patung barbie boleh
digunakan untuk kanak-kanak". Orang B melaporkan "A berkata bahawa babi
itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak". Orang dari parti C
berkata "Jahatnya A, menghalalkan yang haram".
A menjawab "Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!".
C dan rakan2nya D,E F berkata " Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liber
A menjawab "Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!".
C dan rakan2nya D,E F berkata " Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liber
al dan menghina Islam"
Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen "Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita"
Pengajaran Ringkas :
a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.
b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.
c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..
d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.
Z ditanya oleh media sedang dia tidak mendengar sendiri lalu memberi komen "Ish, ini sudah teruk, kalau dia menghalalkan babi, saya merasakan dia adalah agen Yahudi di negara kita"
Pengajaran Ringkas :
a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepretasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.
b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.
c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..
d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes tertentu dan parti secara specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan