Jumaat, 23 November 2012

AGAK2 KAKI REBAT...KAKI KEBAS...KAKI SONGLAP....SYAITAN2 BISU...MASUK SYURGA ATAU MASUK NERAKA...TENTU MUFTI2 BOLEH JAWAB

S'gor dakwa kesan 28% pemilih gagal dikenal pasti
 
dikemaskini Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang. LAPORAN PENUH
Ia dinyatakan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor bertarikh 19 November yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi negeri Selangor.
Daripada 134,675 pemilih yang tidak dikenal pasti ini, 51 peratus pemilih ini adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baharu ini dalam lingkungan umur 21-30 tahun.

Dari aspek bangsa pula, 45 peratus pemilih yang tidak dikenal pasti adalah berbangsa Melayu, 35 peratus Cina, 13 peratus India dan 7 peratus lain-lain.
Laporan itu turut menyatakan seramai lebih 9,000 pemilih berdaftar baru gagal dikenal pasti dikesan di DUN Sri Serdang - yang merupakan kawasan ketua pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

"Sri Serdang mencatat bilangan pemilih yang tidak dapat dikenal pasti yang paling banyak," laporan itu dipetik.
Ia diikuti dengan kawasan wakil rakyat Pakatan - Subang Jaya seramai lebih 8,000 pemilih (Hannah Yeoh - DAP), Hulu Kelang lebih 5,000 pemilih (Saari Sungib - PAS), lebih 4,000 pemilih di Bukit Lanjan (Elizabeth Wong - PKR), Kinrara (Teresa Kok - DAP), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Kota Damansara (Nasir Hashim - PSM), Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) dan Taman Medan (Haniza Talha).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas sidang DUN berkata inisiatif itu diusahakan kerajaan negeri dalam tempoh tiga bulan bermula Jun lalu dan ia dibuat kerana Selangor ragu dengan penambahan daftar pemilih di Selangor.

Beliau bagaimana pun menjelaskan pencirian pemilih berdaftar yang gagal dikenal pasti itu akan hanya didedahkan dalam pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

"Kita akan terangkan kepada SPR apa yang kita rasakan sebagai tidak dapat dikenal pasti," katanya sambil menambah kerajaan Selangor akan menulis kepada SPR untuk membentang kajian itu selepas dewan negeri selesai bersidang minggu depan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor dan  diedarkan kepada semua ahli-ahi Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Kita melaksanakan projek ini kerana ragu dan sangsi dengan penambahan bilangan daftar pemilih yang

terlalu ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

"Justeru, kita telah menubuhkan satu sekretariat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

(UPEN) menjadi Pegawai Koordinasi dan pemantau yang bekerjasama dengan ketua-ketua kampung,

ahli-ahli majlis dan kakitangan pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan.

Daripada kajian itu juga, katanya, terdapat lima kawasan Dewan Negeri yang mempunyai peta tidak lengkap iaitu Sungai Panjang dan Sri Serdang (daerah mengundi tidak wujud dalam peta), Damansara Utama  (sempadan tidak dibetulkan), Hulu Klang , Sementa dan Selat Klang (sempadan daerah mengundi tidak  jelas).

Kajian itu, tambahnya, membuktikan kebimbangan kita terhadap peningkatan jumlah  pengundi yang meragukan di kawasan dewan undangan negeri tertentu adalah berasas dan kukuh.

"Sehubungan itu, kita akan membawa hasil kajian ini kepada SPR untuk mendapatkan penjelasan sebelum tindakan lanjut kita ambil sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke -13.

"Kita amat yakin rakyat sudah bersedia untuk membuat pilihan secara matang menerusi  satu pilihan raya

yang adil, profesional, jujur dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip demokrasi yang kita pegang," katanya.
ADUN BN nafi buat kenyataan seksis terhadap Eli
 
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Kanan Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong semalam.

Penafian itu dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor selepas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh bangkit mencadangkan kepada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail agar mengadakan kursus sensitiviti jantina diadakan untuk ADUN di Selangor.

Hannah kemudian membacakan keratan berita bahasa Melayu Malaysiakini berkenaan insiden itu semalam.

"Saya agak terkejut di mana seksisnya kenyataan saya semalam.

"Subang Jaya yang terperasan, atau exco yang terasa, sila sebutkan," kata Mohd Isa mempertahankan dirinya.

Hannah Yeoh kemudian memohon penjelasan lanjut dari Mohd Isa berkenaan insiden itu semalam.

Hannah: Apa maksud 'hutan diri you sendiri'?

Mohd Isa: Kalau buka hansard, saya tak sebut hutan diri you sendiri. Saya sebut hutan simpan Bukit Lanjan, itu sahaja yang saya sebut.

Bagaimana pun, hansard persidangan DUN semalam masih lagi belum disediakan sewaktu berita ini ditulis.
Kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan Mohd Isa,
Hannah sekali lagi menegaskan cadangannya agar para ADUN dihantar mengikuti kursus sensitiviti gender.

"Untuk Pakatan Rakyatlah (kursus itu) sebab saya rasa mereka ini
moralnya kurang sedikit," jawab Mohd Isa enggan berganjak daripada
mempertahankan dirinya.
Kumpulan anti-Israel gagal serah memo pada Felda
 
Sekumpulan kira-kira 700 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi".

NONEPara pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur
enggan membuka pintu atau membenarkan wakil masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

"Inilah caranya mereka melayan rakyat Malaysia, seolah-olah Felda milik ibu bapa mereka," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada para hadirin.

"Malah, di Istana Negara pun mereka terima dan membenarkan wakil masuk."

Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Felda telah dimaklumkan melalui faks dan e-mel sebelum demonstrasi hari ini diadakan.
Ng kata tanah murah dibeli BN kini bernilai RM300j
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan menyemak semula nilai 24 keping tanah di Selangor yang didakwa dijual murah kepada parti komponen BN - daripada RM20 juta kepada RM300 juta.

Beliau sebelum ini mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," katanya.
ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kemudian bangkit mencelah dan cuba mengusik Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman dengan mencadang agar istilah 'Sapu Tanah 1Malaysia' disingkatkan kepada 'SAT1M'.

"Saya dengan rasminya menukar nama skandal sapu tanah ini kepada
'SAT1M' - Sapu Tanah 1Malaysia," kata Ng menyambut usikan Shuhaimi.

Jenaka Ng bagaimanapun tidak disenangi ADUN Dusun Tua dari BN, Ismail Sani.

Beliau menggesa Ng agar tidak membesar-besarkan perkara itu.

"Di Malaysia ini sesiapa sahaja layak membeli tanah, komunis pun kita
bagi tanah.

"Saya mohon supaya perkara ini tidak dibesar-besarkan," katanya.
Wong: pemimpin Umno antara pemilik banglo
10:14AM Nov 23 2012  
Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

NONEAhli Exco, Elizabeth Wong (bawah) memberitahu dewan bahawa
beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN.

"Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah,” katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri.

Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4.

Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit.

Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
MCA S'gor: Tiada salahnya beli tanah murah
 
Tiada apa yang salah bagi MCA membeli tanah negeri pada harga yang murah, kata Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun.

Katanya, ia telah menjadi kebiasaan sejak kemerdekaan untuk menjual tanah murah bagi tujuan kemasyarakatan seperti untuk kuil dan sekolah.

"Ia untuk parti, bukan harta peribadi. Ia milik parti. Semua tanah MCA di kampung-kampung baru milik ibupejabat parti itu, bukan milik peribadi. Apa yang salah (dengannya)," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

NONEWong (kiri) berkata cawangan MCA di kampung-kampung baru dibina
di atas tanah itu. Ia menjadi pusat masyarakat termasuk sebagai dewan komuniti dan juga sekolah dan tadika.

Ini adalah tambahan kepada peranan cawangan mendaftarkan rakyat Cina Malaysia untuk mendapat kewarganegaraan dan memperjuangkan hak-hak mereka, pada ketika terdapat tekanan untuk menghantar mereka pulang ke China.

Semua sumbangan pada masa lalu itu, tambahnya, tidak boleh dilupakan begitu sahaja dengan apa yang dikatakan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa kerajaan Selangor yang diterajuai BN sebelum ini telah menjual 24 bidang tanah bernilai tinggi kepada parti-parti komponen BN pada harga RM1 setiap kaki persegi, di mana lima daripadanya dibeli oleh MCA.
MB janji siasat dakwaan BN beli tanah murah
 
Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan komitmen untuk menyiasat dakwaan BN memperolehi 24 keping tanah di Selangor pada harga RM1.4 juta walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.

"Saya bercadang meneliti pemilikan tanah tersebut dan berikan kertas kerja (memperinci) apa yang boleh dilakukan.

"Tapi kuasanya mestilah tertib," katanya sewaktu berucap di Dewan Undangan Negeri petang tadi.

Sementara itu, menteri besar, tanpa memberikan sebarang perincian, sebelumnya menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang sedia ada mana-mana exco berkuasa memperuntukkan tanah dan juga harga (premium) tanah itu.

Namun beliau mengingatkan ia hanya boleh dibuat dengan syarat tidak wujud pertembungan kepentingan dalam tindakan itu.

Tegasnya lagi, kerajaan negeri mempunyai kuasa mengambil semula
tanah itu jika ia digunakan bukan seperti tujuan asalnya.

Dakwaan pembelian tanah murah oleh BN Selangor itu mula dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim yang mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pentadbiran dahulu kepada BN Selangor pada harga RM1 sekaki persegi walaupun harga pasaran dianggarkan RM20 juta.

Hari ini, Ng menyemak semula nilai 24 keping tanah tersebut daripada
RM20 juta kepada RM300 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan
skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," kata di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus sebelum ini membidas dakwaan Ng dan menjelaskan tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan.

Ng bagaimana pun menolak penjelasan Shukur dan mendakwa sebahagian tanah itu telah dijual dan digunakan secara komersial.
Cinta tiga segi disyaki punca pasangan kekasih dibunuh
 
Cinta tiga segi disyaki menjadi punca pasangan kekasih kaum Madura, Indonesia ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di kawasan perumahan Kampung Changkat, Gombak, dekat ibunegara hari ini.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata polis mengesyaki suami kepada wanita pasangan kekasih itu telah menyerang kedua-dua mereka dengan sebatang kayu dalam kejadian antara 3 dan 4 pagi.

"Mangsa lelaki dikenali sebagai Kusnul manakala polis belum mengenali identiti mangsa wanita dan kedua mereka berumur dalam lingkungan 30-an," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
  
Siasatan awal polis mendapati mayat lelaki itu ditemui di bahagian dapur manakala mayat wanita berkenaan ditemui di dalam salah satu bilik dalam rumah itu dan tiada kesan pecah masuk.  
  
Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis sedang memburu suami wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
  
Sementara itu menurut jiran mangsa, yang mahu dikenali sebagai Zainal berkata beliau sebelum ini mengenali kedua-dua mangsa sejak tahun lepas dan mangsa wanita itu mendakwa lelaki yang tinggal bersamanya adalah saudaranya.
  
"Saya pernah bertemu dengan suami wanita itu dan saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu memberitahu mereka ada pertalian saudara untuk tinggal sekali.

"Beberapa hari lepas saya ada lihat kelibat suami mangsa yang datang ke rumah itu tetapi saya tidak mendengar sebarang pertengkaran," katanya.
  
- Bernama

Tiada ulasan: