Sabtu, 10 November 2012

BEGITU ADANYA....FIKIR SENDIRILAH

Ahmad disoalsiasat 8 hingga 9 jam setiap hari
  • Susan Loone
  • 3:00PM Nov 10 2012
 
TEMUBUAL Ahmad Abd Jalil, yang didakwa dengan menghina Sultan Johor melalui Facebook telah dikurung selama tujuh hari ketika ditahan reman di Balai Polis Johor Bahru.

NONEDalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Ahmad
menceritakan pengalamannya sewaktu dalam tahanan di dalam sebuah sel kecil yang menurutnya tersangat panas, tidak ada kipas, dengan sebuah tingkap kecil yang tinggi berhampiran siling.

Sepanjang masa di dalam sel tersebut, Ahmad tidak melihat atau berjumpa sesiapa, kecuali anggota polis yang "mengiringinya" sewaktu dia hendak ke tandas.

"Ia tersangat panas sehingga saya tidak dapat tidur. Terdapat 12 unit semuanya, tetapi tiada siapa yang boleh mendengar atau melihat antara satu sama lain. Saya tidak dapat melihat apa-apapun, burung atau bahkan pokok," kata juruukur bahan berusia 27 tahun, yang baru mendirikan rumahtangga..

"Setiap hari, saya meminta untuk berjumpa dengan keluarga saya dan peguam kami tetapi mereka tidak membenarkannya".

Pada hari Khamis, Ahmad dibebaskan dengan ikatjamin selepas didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad  yang keluarganya berasal dari Pulau Pinang, berkata beliau terpaksa berdepan dengan dua sesi kira-kira lapan hingga 10 jam disoalsiasat setiap hari.
SPRM: Tak cukup bukti dakwaan rasuah Bala
12:41PM Nov 10 2012  
Timbalan pendakwa raya (DPP) mendapati kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana pihak berikutan aduan rasuah oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar jawapan mereka kepada peguam Bala, Americk Sidhu pada 8 November berikutan tuntutan penyiasat persendirian itu supaya suruhanjaya itu menjawab aduannya kepada suruhanjaya tersebut.

Menurut Americk, SPRM dalam jawapannya berkata mereka telah "menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh" dan telah mengemukakan hasilnya kepada DPP untuk "penelitian dan nasihat".

Menurut SPRM, timbalan pendakwa raya telah meneliti keseluruhan bukti tetapi mendapati terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana individu atas apa-apa kesalahan jenayah.

Bala telah memberi kata-dua kepada SPRM supaya menjawab aduannya bahawa ada pihak cuba merasuahnya untuk mengaitkan pemimpin Pakatan, berhubung perkara pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada masa ini Bala bersembunyi di India kerana bimbangkan keselamatannya. Minggu lepas Balasubramaniam mengugut untuk mendedahkan butiran mengenai dakwaan percubaan merasuahnya berhubung Akuan Bersumpah (SD) pada 2008 berkanun (SD) yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Altantuya.

Dalam jawapan tiga perenggan, SPRM berkata mereka bersetuju dengan kesimpulan timbalan pendakwa raya itu, dan ia telah dibentangkan kepada panel kajian operasi SPRM pada 8 November 2012, yang turut bersetuju dengannya.
Angkasa nafi laporan bumi bergelap tiga hari mulai 23 Dis
  • Bernama
  • 12:21PM Nov 10 2012
 
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
  
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
  
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
  
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
  
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
  
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya. 

- Bernama

Perdana Menteri, Najib Razak imamkan Solat Asar di Ampang semalam?


 11 1460 1 3195
DIFAHAMKAN satu program Solat Asar berjemaah bersama Perdana Menteri, Najib Razak dianjurkan di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang semalam berikutan tersebarnya banner promosi tentang program tersebut di merata-rata tempat.

Program ini dikatakan idea Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ampang pada pilihanraya Umum ke 13 nanti menentang penyandang kerusi parlimen itu, Ketua Wanita KEADILAN, YB Zuraidah Kamaruddin.



Tidak ada masaalah dengan program ini, program bersifat Islamik seperti ini memang wajar disokong. Kalau boleh diadakan selalu oleh Najib Razak sebagai salah satu jalan dakwah dan islah kepada rakyat.

Cuma ReJaM© tertanya-tanya adakah Perdana Menteri menjadi imam di dalam program solat Asar secara berjemaah semalam? Biasanya kalau Najib jadi imam, tentu akan heboh di media-media arus perdana seperti hebohnya "Pak Lah" mengimamkan solat Maghrib suatu masa dahulu.

Namun nampaknya tiada sebarang liputan di media-media arus perdana tentang Najib mengimamkan solat Asar semalam. Memang tiada liputan atau ReJaM© yang terlepas pandang? Ada sesiapa sahabat pembaca di sini yang sertai program Najib semalam? Apa cerita?

ReJaM© "Berpuluh tahun jadi pemimpin, takkan nak pimpin solat tak boleh kot? "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/perdana-menteri-najib-razak-imamkan.html#ixzz2BoVNfNcR

Lucu! Kumpulan penyokong AES Pulau Pinang hilangkan diri


 22 1336 0 2814
TENTU anda masih ingat dengan demonstrasi lucu dianjurkan di Pulau Pinang untuk membantah keputusan Kerajaan Pulau Pinang menangguhkan pemasangan Kamera Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) tempoh hari.

Sedang rakyat Malaysia sibuk membantah perlaksanaan AES, muncul pula kumpulan orang gila yang barangkali sudah terlalu kaya dan tidak sabar untuk membayar saman menggesa kerajaan negeri agar membenarkan pemasangan kamera AES dengan alasan kononnya tidak mahu nyawa rakyat dipolitikkan.



Kumpulan penyokong AES ini siap hantar memorandum bagai, dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar memasang 56 buah kamera-kamera AES kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.

Susulan demonstrasi dan penerimaan memorandum oleh penyokong AES itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengatur satu perjumpaan Kerajaan Negeri dengan mereka pada hari Isnin 5 November 2012 yang lalu di Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Kumpulan ini telah dihubungi untuk mengatur perjumpaan bersama Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu menyokong pemasangan kamera-kamera AES yang diperjuangkan oleh mereka.

Malangnya, pejuang-pejuang yang menyokong AES ini difahamkan tidak mahu berjumpa, malah dikatakan sudah menghilangkan diri. Ternyata demonstrasi bantahan yang dianjurkan mereka sebelum ini sekadar membuat kacau dan tiada arah tujuan.

Pejuang-pejuang menyokong AES ini juga dikhabarkan telah ditipu oleh penganjur demonstrasi yang menjanjikan habuan wang RM50 dan hamper setiap seorang, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji.

ReJaM© "Apa punya pejuang, belum apa-apa dah lari kah kah kah... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/lucu-kumpulan-penyokong-aes-pulau.html#ixzz2BoVbKKaR
 
 

Video propaganda Umno agungkan tugu peringatan penjajah


 5 827 2 1102
SEMALAM MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah video propaganda memburukkan Pakatan Rakyat. Pelakon di dalam video itu membayangkan kononnya negara yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional selama 55 tahun akan jahanam dalam masa 100 hari pertama jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia klik sini [Video propaganda].

Cuba anda perhatikan latar belakang video tersebut baik-baik. Apakah monumen yang tersergam gagah di belakang pelakon tersebut? Bagi yang tidak tahu, ia adalah Tugu Peringatan. Terletak berhampiran dengan Tugu Negara di Kuala Lumpur.

Buat pengetahuan anda semua, itulah tugu yang selama ini memesongkan sejarah Malaysia. Itulah juga tugu yang selama ini digunakan oleh penjajah British untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dan juga memperbodohkan askar-askar Melayu setiap kali menjelang Hari Pahlawan.




Cuba lihat tulisan nama-nama pahlawan yang gugur terpahat pada Tugu Peringatan ini. Tiada satu pun nama orang Melayu, namun setiap kali Hari Pahlawan askar-askar Melayu akan berhimpun depan Tugu Peringatan ini kononnya untuk memperingati pejuang-pejuang yang telah terkorban klik sini [Tugu Peringatan].

Tarikh 1914 dan 1918 merupakan tarikh Perang Dunia Pertama, yang langsung tiada kaitan dengan Tanah Melayu. Apa rasionalnya rakyat Malaysia disuruh memperingati askar-askar British yang gugur pada Perang Dunia Pertama?



Lima puluh tahun lalu British menggunakan Tugu Negara ini untuk memperbodohkan orang Melayu supaya percaya bahawa askar British adalah pejuang Tanah Melayu.

Tahun ini, 2012 Umno melalui video ini menggunakan Tugu Negara untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan propaganda Pakatan Rakyat akan jahanamkan negara kah kah kah...


ReJaM© "Malang sungguh siapa yang percaya dengan propaganda tali barut British ini... "

Tiada ulasan: