Warga emas sendirian di hutan dikelilingi ‘hutan batu’
Tersentuh dengan keadaan
pak cik Muhammad yang sangat daif, beberapa anggota polis terus
membelikan makanan untuknya. - Foto ihsan Facebook Balai Wangsa Maju KL
KUALA LUMPUR, 30 Disember:
Sekumpulan anggota polis yang ‘berniat’
menyerbu sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari,
Wangsa Melawati, bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni
oleh seorang warga tua.
Dengan hanya bersarung kain pelikat,
lelaki tua yang dikenali sebagai Muhammad Dris, 74, hanya mampu
mengerekot di atas pangkin kayu sambil menahan lapar.
“Kami semua terperanjat melihat pakcik
tua ini terbaring keseorangan menahan lapar,” kata Timbalan Ketua Balai,
Sarjan Jasman Aris ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jasman berkata, mereka masuk ke hutan
kecil itu dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan
sarang maksiat, tapi sangkaan kami meleset sama sekali.
“Tak sangka ada lagi orang yang terlalu
daif sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk
di dalam hutan,” katanya.
Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya.
“Dia menangis apabila melihat jumlah makanan yang dibelikan. Apabila melihat airmatanya jatuh, kami juga jadi sedih.
Menurut Jasman lagi, pak cik Muhammad
tinggal di pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu
masih lagi sebuah estet getah.
“Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu
menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan
mereka yang tahu dia tinggal di situ,” katanya.
Anggota polis dari Balai Polis Wangsa
Maju terus mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad
kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan
usaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa sedang dijalankan
Menurut posting terbaru Facebook Balai
Polis Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah
pak cik berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.
“Penduduk setempat akan mencari rumah dan
kos ditanggung oleh pihak Baitulmal. Terima kasih Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan dan masyarakat setempat yang prihatin.
“Sokongan dan doa masyarakat yang
prihatin dapat mengubah nasib pakcik tua ini di hujung usianya,” memetik
laman sosial Facebook Balai Polis Wangsa Maju.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tags: hutan, pondok buruk, warga emas
Post by Sukan Star TV.
Solat hajat di masjid seluruh Selangor Jumaat ini
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi melahirkan rasa amat bersimpati serta prihatin dalam isu banjir yang berlaku di negeri Pantai Timur.Atas dasar itu, Dr. Ahmad menyeru seluruh umat Islam di Selangor mengadakan solat hajat dan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin mengajak kepada semua umat Islam di seluruh negara khususnya rakyat negeri Selangor mengadakan solat hajat dan munajat pada hari jumaat ini (02 Januari 2014) selepas solat Jumaat serta boleh ditunaikan pada bila-bila masa di antara solat di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Selangor bagi memohon kepada Allah SWT agar musibah banjir ini dapat dipulihkan serta diberikan perlindungan dan keselamatan kepada mangsa-mangsa banjir. Seperti yang dinyatakan di media masa iaitu jumlah keseluruhan mangsa banjir di 6 negeri yang terlibat sehingga kini adalah seramai 225,731 orang mangsa. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Kami mengucapkan takziah serta semoga mereka sabar dan tabah menghadapi ujian ini.
“Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami, satu mesyuarat khas bersama pihak JAIS telah diadakan, dan kami telah bersetuju membuat satu kutipan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir bagi kali ke-2 pada Jumaat ini (02 Januari 2015) di masjid-masjid seluruh Negeri Selangor sebagai sokongan moral kami kepada mangsa-mangsa banjir. Kutipan pertama telah dibuat pada hari Jumaat lalu (26 Disember 2014). Hasil kutipan sumbangan tersebut akan segera diserahkan kepada negeri yang terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Selain itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf Yayasan Amal Malaysia (YAM) sebagai koordinator untuk menyelaras petugas-petugas sukarelawan ke negeri-negeri yang terlibat.
Dr. Ahmad turut menyeru kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan pasca banjir ini supaya menghubungi Ustaz Yusof bin Abdullah, Setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor ditalian 014-729 3560.
Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada mangsa pesawat Air Asia QZ 8501 dan mendoakan agar usaha pencarian kesemua mangsa pesawat tersebut berjaya ditemui dan dipermudahkan oleh Allah SWT serta takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. – HARAKAHDAILY 31/12/2014
Jangan Terkejut Dengan Sebuku Roti Yang Luar Biasa Ini
Pan Piña bakery dan pemilik bersama Juan Manuel Moreno berkata bahawa beliau mendapat idea untuk membuat roti itu selepas beliau melihat 'kopi paling mahal dunia' yang dijual di kedai lain di rantau ini. Jadi dia mengambil keputusan untuk menarik perhatian ramai dan membuat roti dengan sedikit emas yang boleh dimakan bernilai lebih daripada $ 100 yang di adunkan bersama di dalam dan di permukaan setiap sebuku roti.
"Emas itu sendiri tidak mempunyai rasa sebenar," jelas lelaki berusia 41 tahun itu. "Ia hanya menambah kilauan tertentu, kilau untuk setiap sebuku. Selebihnya bahan-bahan organik yang menyihatkan. Orang percaya dengan sedikit emas adalah baik untuk pencernaan. "
Keluarga Moreno telah membuka perniagaan kedai roti Pan Pina sejak 70 tahun yang lalu. Mereka menghasilkan lebih daripada 50 jenis roti, dan menambah resepi terbaru untuk roti daun emas paling mahal mereka.
Jumlah mangsa banjir Perak, Johor meningkat lagi
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak dan Johor terus
mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala di Pahang, Terengganu dan
Kelantan jumlah mangsa masih tinggi walaupun Pahang dan Terengganu
menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian sedikit meningkat kepada 7,748 orang daripada 2,066 keluarga berbanding 7,577 daripada 2,022 keluarga malam tadi.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kawasan Manjung merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Mukim Lekir iaitu seramai 36 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan ke satu pusat pemindahan.
Jumlah mangsa di Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,891 mangsa, diikuti Kuala Kangsar (1,706 mangsa), Hulu Perak (794 mangsa) dan Kerian (321 mangsa).
Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga di Batu Pahat, Segamat.
Di KELANTAN setakat 10 pagi, tiada maklumat terkini diperoleh dengan 110,747 mangsa direkod malam tadi yang melibatkan 28,880 keluarga di 255 pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 51,356 orang berbanding 51,484 orang di 254 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kotinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 21,303 mangsa di 65 pusat.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 11,926 mangsa, Jerantut (5,328 mangsa), Maran (3,352 mangsa), Kuantan (3,402 mangsa), Bera (3,061 mangsa), Lipis (2,818 mangsa) dan Rompin (166 mangsa).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 15,975 orang berbanding 24,894 orang malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah tersebut, Kemaman menempatkan 9,046 mangsa, Dungun (6,713 mangsa), Kuala Terengganu (201 mangsa) dan Hulu Terengganu (15 mangsa).
Sejak banjir melanda negeri ini kira-kira dua minggu lalu, buat pertama kali cuaca kelihatan cerah pagi ini. - Bernama
Pada zaman
Nabi Musa
AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun
berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah,
berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka
berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas.
Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka
berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
Begitulah baiknya Tuhan..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.
Moga di bulan Ramadhan ini kita mengakui semua dosa-dosa kita, ditaubatkan sungguh2 kerana kemuliaan Ramadhan itu, Allah berjanji melalui kekasihnya Rasulullah, diantara keistimewaan Ramadhan, bulan diampunkan semua dosa2 dan bulan akan dikabulkan semua doa2…”Ya Allah, melalui mukjizat RasulMu, ampunilah segala dosa2 kami yang
terdahulu mahupun yang kemudian, yang tersembunyi mahupun yang nyata, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, yang disengajakan mahukan yang tidak disengajakan.Sesungguhnya kemuliaan bulan ini, moga sudilah Engkau mengampuni kami wahai Tuhan.”
DOSA...TERLIBAT RIBA...HISAP ROKOK....RAGU2 HUKUM ALLAH SWT...BERMEWAH2....SOMBONG BONGKAK...DEDAH AURAT...PERCAMPURAN LELAKI BEBAS DAN LAIN-LAIN.....BLA...BLA....BLA...JANGAN BUAT2 DO KNOW AJE @ BUAT TAK TAHU AJE
Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian sedikit meningkat kepada 7,748 orang daripada 2,066 keluarga berbanding 7,577 daripada 2,022 keluarga malam tadi.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kawasan Manjung merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Mukim Lekir iaitu seramai 36 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan ke satu pusat pemindahan.
Jumlah mangsa di Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,891 mangsa, diikuti Kuala Kangsar (1,706 mangsa), Hulu Perak (794 mangsa) dan Kerian (321 mangsa).
Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga di Batu Pahat, Segamat.
Di KELANTAN setakat 10 pagi, tiada maklumat terkini diperoleh dengan 110,747 mangsa direkod malam tadi yang melibatkan 28,880 keluarga di 255 pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 51,356 orang berbanding 51,484 orang di 254 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kotinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling ramai iaitu 21,303 mangsa di 65 pusat.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 11,926 mangsa, Jerantut (5,328 mangsa), Maran (3,352 mangsa), Kuantan (3,402 mangsa), Bera (3,061 mangsa), Lipis (2,818 mangsa) dan Rompin (166 mangsa).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 15,975 orang berbanding 24,894 orang malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah tersebut, Kemaman menempatkan 9,046 mangsa, Dungun (6,713 mangsa), Kuala Terengganu (201 mangsa) dan Hulu Terengganu (15 mangsa).
Sejak banjir melanda negeri ini kira-kira dua minggu lalu, buat pertama kali cuaca kelihatan cerah pagi ini. - Bernama
KISAH ALLAH TUTUP AIB PENGIKUT NABI MUSA YANG BERDOSA
Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya. (HADIS DIRIWAYATKAN – MUSLIM)
debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
Begitulah baiknya Tuhan..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.
Moga di bulan Ramadhan ini kita mengakui semua dosa-dosa kita, ditaubatkan sungguh2 kerana kemuliaan Ramadhan itu, Allah berjanji melalui kekasihnya Rasulullah, diantara keistimewaan Ramadhan, bulan diampunkan semua dosa2 dan bulan akan dikabulkan semua doa2…”Ya Allah, melalui mukjizat RasulMu, ampunilah segala dosa2 kami yang
terdahulu mahupun yang kemudian, yang tersembunyi mahupun yang nyata, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, yang disengajakan mahukan yang tidak disengajakan.Sesungguhnya kemuliaan bulan ini, moga sudilah Engkau mengampuni kami wahai Tuhan.”
Pelajaran dari Umat Nabi Musa
Umat
Musa A.S. tertimpa musibah kekeringan. Kemarau menyebabkan mereka menderita
selama bertahun-tahun. Allah menahan hujan yang mereka butuhkan. Kemudian
mereka datang kepada Musa A.S. dan berkata “Ya Musa, mintalah kepada Tuhanmu
agar Dia menurunkan hujan kepada kami.”
Jadi
Musa A.S. memohon kepada Allah S.W.T. untuk menghentikan kemarau yang panjang dan
menurunkan hujan. Tapi Allah S.W.T. memberitahu Musa bahwa sesungguhnya Dia
menahan hujan karena dosa satu orang. Berarti, seluruh umat muslim pada masa
itu menderita karena dosa satu orang.
Jadi
Musa A.S. mengumpulkan orang-orang dan berseru “Sesungguhnya Allah menahan hujan
karena dosa salah seorang di antara kalian. Jadi kalian semua bertaubatlah
kepada Allah!"
Dan di antara mereka, orang yang karena dosanya menyebabkan berhentinya hujan memohon ampun kepada Allah S.W.T. dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya, meskipun dia tidak sadar itu disebabkan dirinya.

Dan
tepat pada saat itu juga Allah S.W.T. mengampuninya dan
turunlah hujan dari langit.
Musa
A.S. menjadi marah dan berseru “Siapa di antara kalian yang melakukan dosa itu?” Kemudian Allah S.W.T.
memberitahu Musa “Ya Musa, sesungguhnya Aku telah menutupi dosanya, dan kau
juga harus menutupi dosanya.”
Tapi
kita dapat memetik pelajaran di sini. Bisa saja seluruh umat Muslim pada saat ini
menderita karena dosa salah seorang di antara kita. Apakah ada yang tidak
merasa pedih ketika melihat Gaza dibombardir? Apakah ada yang tidak merasa
pedih ketika kita melihat saudari-saudari kita di Iraq diperkosa? Apakah ada
yang tidak mempunyai ghirah untuk umat ini? Tentunya kita peduli. Jangan pikir
barang sedetik pun bahwa kita dibebaskan dari aturan Allah. Bisa saja
disebabkan dosa kita, akibatnya semua umat menderita!
Sebagaimana
firman
Allah S.W.T. bahwa sesungguhnya tidak ada musibah yang menimpa kita,
kecuali disebabkan perbuatan kita, entah karena dosa kita, karena tidak
patuh kepada
Allah, entah karena kita tidak bersatu dan saling berselisih, entah
karena kita telah meninggalkan kitab Allah, atau karena kita
mempraktekkan
bunga (riba)! Tidak ada yang tahu apa sebabnya. Tapi pelajaran yang
dapat
dipetik disini, adalah agar kita melihat ke dalam hati kita dan
berkata “Ini mungkin disebabkan dosa yang belum kutinggalkan. Ini
mungkin
disebabkan dosa yang kulakukan secara diam-diam dan tidak ada seorangpun
yang
tahu.” Jika kita benar-benar mencintai umat ini dan Allah S.W.T, maka
kita harus
memperhatikan peringatan ini. Karena Allah menceritakan kisah ini untuk
diambil hikmahnya.
Ini
adalah sebuah rahmat yang diberikan kepada umat ini, dan tidak pernah
diberikan kepada umat sebelumnya. Kita tahu masa lalu kita, dan
kita tahu bahwa hukum Allah tidak berubah! Berarti kita harus melihat apa yang telah terjadi di masa lalu.
Dan
rahmat kedua yang telah dilimpahkan kepada kita, yang tidak diberikan kepada
umat sebelumnya, adalah kita mengetahui sebagian dari masa depan kita. Kita
tahu bahwa ada hal-hal yang akan terjadi di masa depan. Kita tahu bahwa dajjal akan muncul, umat Muslim akan berperang dengan orang-orang kafir, Ya'juj dan Ma'juj akan muncul, dan sebagainya. Inilah yang ingin rahmat Allah
S.W.T. kepada kita.
Jadi kita harus belajar firman Allah. Kita harus belajar hukum Allah. Karena
tidak cukup hanya dengan mempunyai keinginan dalam hati kita. Aku yakin setiap muslim, jika mereka ditanya “Wahai
muslim! Apakah kalian punya keinginan untuk
menaklukkan Al-Quds?” Dia akan menjawab “Demi Allah, aku sangat menginginkannya.” Tapi
keinginan saja tidak cukup. Karena jika kita bertanya kepadanya “Bagaimana
kau akan melakukannya?” Dia bahkan belum memikirkan apa rencananya. Dia menginginkannya tapi belum membuka kitab Allah untuk
mengetahui caranya bersiap-siap.
Dan
inilah yang kita sebut keikhlasan. Seorang
mukhlis (orang yang ikhlas), bukanlah seseorang yang hanya mengucapkan “Insya Allah,
Insya Allah.” Dialah seseorang yang membuka kitab Allah S.W.T. untuk
menyadari bahwa sunnah Allah tidak berubah. Bahwa hari-hari dimana kita hidup
sekarang, pelajaran yang harus kita ketahui telah ada di hadapan kita. Berapa
banyak di antara kita yang tidak peduli? Kita tidak sadar, bahwa situasi pada
masa sekarang, telah terjadi sebelumnya. Hari-hari dimana kita hidup sekarang,
hari-hari ini pernah terjadi pada umat sebelum kita.
Apa
artinya? Al-Quds, yakni Palestina ditaklukkan di masa sekarang oleh Zionis! Asia
Tengah, Iraq, Baghdad, ditaklukkan oleh Amerika, oleh tentara salib! Apakah
ini berbeda dari masa lalu, ketika Al-Quds dikuasai oleh tentara salib? Dan
Asia Tengah, Iraq, Baghdad, pernah dikuasai oleh tentara Mongol dan Genghis Khan. INI PERNAH TERJADI SEBELUMNYA!
Dan
Allah berfirman “Sunnah Allah tidak berubah.” (Q.S. 17:77) Artinya, jika kita
mau tahu jawabannya untuk umat di masa sekarang... CELAKALAH KITA! CELAKALAH
KITA! Kita tidak tahu caranya merespon! Pesan dan jawabannya terhampar pada zaman sebelum kita. Jawabannya ada disana,
tapi kita tidak peduli. Itulah mengapa setiap dari kita harus
mengetahui sejarah umat terdahulu untuk mempersiapkan masa depan!
Kisah Di Zaman Nabi Musa A.S
Air merupakan bahan yang lebih penting bagi keperluan badan berbanding makanan. Malah air diperlukan dalam proses kebanyakan jenis makanan. Lebih dari itu kewajipan mendapatkan air sama wajibnya dengan hukum bersuci ( thaharah ). Dan berdosa sekiranya dengan ketiadaan air menyebabkan tidak sempurnanya kewajipan bersuci. Biarpun ada keringanan dengan tayamum dan batu untuk beristinjak, namun air lebih utama.
Kemarau serta kesulitan mendapatkan air bukanlah fenomena baru.Ianya telah berlaku sepanjang sejarah dunia semenjak zaman Nabi dan Rasul terdahulu. Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s dan termasuk juga di zaman Rasulullah SAW telah mengalami kemarau yang melanda di bahagian tertentu yang mengakibatkan tanaman pupus dan ternakan mati.
Para Rasul dan Nabi apabila menghadapi kesukaran terutamanya dalam aspek yang manusia tidak dapat campur tangan maka dikembalikan kepada Allah SWT. Kemarau salah satu daripadanya.
Kaum Nabi Musa a.s mengadu agar baginda memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan apabila mereka menghadapi kemarau yang panjang. Dan Nabi Musa a.s pun sangat memahaminya dalam situasi demikian tiada cara lain kecuali mengadu kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Nabi Musa a.s menghimpunkan seramai-ramai kaumnya di satu kawasan lapang. Beliau berseru supaya tidak menderhakai Tuhan dan sama-sama bertaubat serta memohon di atas segala dosa. Selepas itu beliau berseru lagi," Aku akan naik ke tanah tinggi itu untuk berdoa dan aku mahu siapa di antara kamu yang tidak berbuat dosa menyertai aku."
Suasana menjadi sepi dan tidak seorang pun bergerak menyertai beliau. Kemudian melangkah ke hadapan seorang untuk menyertai Nabi Musa a.s lantas mereka berdua naik ke satu tanah tinggi.
Belum pun selesai Nabi Musa berdoa yang diaminkan oleh seorang yang menyertainya hujan turun dengan lebatnya. Ketika mereka berdua turun pakaian mereka turut diselaputi lumpur.
Nabi Musa a.s bertanya kepada orang tersebut ," Apakah benar kamu tidak berdosa?"
Orang tersebut menjawab ,"Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi suatu hari aku terlihat seseorang melintas di satu tingkap terbuka. Aku tidak pasti sama ada orang itu lelaki atau wanita. Namun aku takut kepada Allah SWT dan aku bimbang kalau yang aku lihat itu adalah perempuan. Lantas aku bertaubat dan memohon keampunan Tuhan selama empat puluh hari."