Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.
"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.
"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.
Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.
"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.
Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib.
Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.
Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu.
"Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.
Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.
"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya.
Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu.
Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.
Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara.
"Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014.
10 Telefon pintar terbaik bawah RM1000
Motorola
Moto G (Generasi ke-2)
RM688
Telefon pintar ini menggunakan perisian
Android versi Kitkat dan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon
1.2GHz Quad-Core dengan 1GB RAM. Paparan skrinnya adalah 5.0 inci, 720 x
1280 piksel. Kamera utamanya adalah 8MP dengan kualiti rakaman 720p dan
2MP untuk kamera hadapan. Kapasiti storan telefon ini adalah 8GB dan
boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 32GB. Baterinya
berkapasiti 2070mAh, sesuai untuk penggunaan seharian.
Nokia (Microsoft)
Nokia Lumia 735
RM999
Telefon khas untuk pengambilan gambar
‘selfie’ atau ‘wefie’ ini dilengkapi kamera hadapan Zeiss 6.7MP sudut
luas. Ia juga datang dengan paparan HD OLED 4.7 inci, pemproses Qualcomm
Snapdragon 400 berkelajuan 1.2 GHz, 1GB RAM dan 8GB kapasiti storan dan
boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 128GB. Ia juga
disokong pengecasan tanpa wayar dengan baterinya berkapasiti 2220mAh.
Blackberry
Blackberry Q5
RM699
Blackberry Q5 ini menggunakan perisian
Blackberry 10 dengan peningkatan kepada v10.1 dan dikuasakan pemproses
Dual-Core 1.2GHz dengan 2GB RAM. Keluasan skrinnya ialah 3.1 inci, 720 x
720 piksel. Ia juga datang dengan kamera 5 MP dengan kemampuan rakaman
video dengan kualiti 1080p. Telefon ini berkapasiti storan 8GB dan boleh
dipertingkatkan dengan slot MicroSD sehingga 32GB.
Sony
Sony Xperia C3
RM889
Telefon ini dicipta khas untuk golongan
“selfie” dengan kamera hadapan 5MP, bersudut luas. Perisian Android
KitKat digunakan untuk telefon ini dan ia dijana dengan pemproses
Quad-Core 1.2 GHz dengan kelajuan 1GB RAM. Paparannya ialah 5.5 inci,
720 x 1280 piksel. Kelebihan telefon ini ialah ia mampu merakam video
berkualiti 1080p dengan kamera utama 8.0MP. Storannya ialah 8GB dan
mampu dipertingkatkan menggunakan slot MicroSD sehingga 32GB.
Lenovo
Lenovo Vibe X S960
RM950
Lenovi Vibe X dikuasakan pemproses
Quad-Core 1.5GHz dengan 2GB RAM. Ia datang dengan storan 16/32 GB dan
paparan skrin 5 inci 1090 x 1920. Kamera utamanya adalah 13MP dengan
bateri berkuasa 2000mAh. Sistem operasi telefon ini ialah Android Jelly
Bean.
Huawei
Huawei Ascend P6
RM858
Telefon pintar antara yang ternipis ini
datang dengan ukuran 6.18 mm ini didatangkan denganAndroid 4.2.2 dan
boleh dinaiktaraf ke Android KitKat 4.4.2. Ia dikuasakan pemproses
1.5GHz Quad-Core, bateri 2000mAh, dan skrin sebesar 4.7 inci. Ia
dilengkapi ‘MagicTouch’ untuk keupayaan responsif walaupun anda memakai
sarung tangan. Kapasiti storannya ialah 8GB dengan slot MicroSD sehingga
32GB dengan kamera utama 8MP.
Xiaomi
Xiaomi Mi-3
RM769
Antara telefon pintar paling terkenal
tahun ini, ia dilengkapi perisian Android Jelly Bean berkuasakan
pemproses Krait 400 Quad-Core 2.3 GHz dengan 2GB RAM. Skrinnya adalah
5.0 inci dengan paparan 1080 x 1920 piksel. Kamera utamanya berkemampuan
menangkap gambar 13MP dengan rakaman video setinggi 1080p. Baterinya
ialah 3050mAh, antara yang tertinggi di pasaran dan variasi storan 16GB
dan 64GB.
Samsung
Samsung Galaxy S3 Neo
RM851
Samsung Galaxy S3 Neo ini adalah model
sambungan daripada Samsung Galaxy S3 ini menggunakan perisian Android
4.3 Jelly Bean. Ia turut dikuasakan pemproses Quad-Core 1.2 GHz dengan
1.5 GB RAM, skrin 4.8 inci, 720 x 1280 piksel. Ia juga datang dengan
kamera 8 MP dengan kemampuan membuat rakaman video 1080p. Kapasiti
storannya ialah 8MP dan boleh dinaiktaraf ke 64GB.
BenQ
BenQ F5
RM699
BenQ F5 ini datang dengan pemproses
1.2GHz Quad-Core Snapdragon 400 dengan kelajuan 2GB RAM dan 16GB storan.
Resolusi skrin telefon ini ialah 1280 x 720 dengan skrin 5inci.
Kapasiti bateri telefon ini adalah 2520 mAh dengan kamera utama 13MP dan
kamera hadapan 2MP. Kameranya juga dilengkapi “Ultra-Sensitivity Mode”
untuk menangkap gambar sewaktu pencahayaan yang sangat minimum.
Acer
Acer Liquid Jade S
RM799
Telefon pintar ini menggunakan pemproses
1.5GHz MediaTek Octa-Core dengan kemampuan 64 bit dan kelajuan 4G LTE.
Kelajuan telefon ini adalah 2GB RAM dengan 16GB storan. Kamera utamanya
adalah 13MP dan 5MP pada kamera hadapan khas untuk ‘selfie’. Liquid Jade
S juga dilengkapi bateri berkapasiti 2,300mAh dan 2 slot kad sim.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
5:36PM - 22 Dec 2014
Kesatuan: MAS rugi bukan salah pekerja
Malaysia Airlines (MAS) dan pemiliknya Khazanah Nasional Bhd tidak patut
menyalahkan kakitangan MAS ekoran kerugian syarikat penerbangan itu,
kata Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam).
Sebaliknya, kata kesatuan itu, Khazanah harus mengakui berlakunya salah urus dalam syarikat penerbangan nasional itu.
“Rugi RM12 bilion bukan main-main dan berhentilah menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri,” katanya.
Nufam juga menggesa Khazanah membatalkan rancangan memberhentikan 6,000 kakitangan MAS.

INTERPOL Mahu Tangkap Ulamak Besar Dr Yusuf Al-Qaradawi
Pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam web rasminya telah mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap ulamak besar Islam iaitu Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas mengeluarkan amaran sejak awal bulan lalu.
Yusuf Al-Qaradawi dikehendaki INTERPOL kerana kononnya beliau telah membuat hasutan , memberi bantuan untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.
Qaradawi adalah merupakan Ketua Kesatuan Ulama Dunia yang juga merupakan penyokong kuat Parti Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Morsi di Mesir yang telah dijatuhkan oleh rejim Al-sisi.
Sebelum ini Qardawi telah mendesak rakyat Mesir untuk memulaukan keputusan Pilihan Raya Presiden Mei lepas yang menyaksikan bekas Jeneral tentera Abdel Fattah al-Sisi menang.
Dengan perkembangan ini pasti akan menaikkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana ia membabitkan Ulamak Besar di dalam dunia Islam.-Siakapkeli.com.my
Balu cemas rumah kena lelong
KAMALA (bukan nama sebenar ), 47 merupakan seorang ibu tunggal.
Dia datang ke AKPK sambil menangis kerana berada di ambang kehilangan satu-satunya rumah miliknya dan kelihatan bingung memikirkan masa depan ketiga-tiga anaknya yang masih mengharapkan sokongan kewangan daripadanya.
Semenjak lima tahun lalu, Kamala menjadi balu apabila suaminya tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak itu, kualiti kehidupan Kamala bersama anak-anaknya semakin merosot.
Kamala bekerja dengan tekun tanpa mengira masa di kilang pembuatan dengan pendapatan kurang daripada RM2,000. Jumlah pendapatan itu hanya cukup untuk memenuhi keperluan anak-anaknya sahaja.
Jelas dalam ingatan Kamala bahawa mereka sekeluarga belum pernah lagi merasai pakaian baharu sejak kematian suaminya, disebabkan mereka tidak mampu.
Walaupun pendapatan Kamala sedikit, namun dia tetap bijak membahagikan wang untuk perbelanjaan harian. Tidak pernah jangka yang dia sekeluarga akan kehilangan tempat berteduh.
Keadaan keluarga Kamala bertambah parah apabila beberapa bulan yang lalu, kilang tempat Kamala bekerja terpaksa ditutup. Malang bagi setiap pekerja kerana syarikat tidak membayar apa-apa pampasan kepada para pekerja mereka.
Kini Kamala hilang segalanya termasuk tempat bergantung. Saudara-maranya juga tidak dapat memberikan bantuan kerana masing-masing mempunyai masalah mereka sendiri.
Berbulan-bulan Kamala berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan lain bagi menyara hidup keluarga sendiri dengan kadar pendapatan yang selayaknya.
Namun, usaha dia tidak berhasil kerana Kamala masih gagal mendapatkan pekerjaan. Ini menyebabkan dia turut gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman bagi bulan berkenaan.
Kamala akhirnya tiada pilihan lalu bekerja sebagai sebagai tukang cuci yang hanya dibayar sesuku daripada pendapatannya sebelum ini. Anak lelakinya yang baru sahaja tamat persekolahan terasa bertanggungjawab lalu keluar mencari pekerjaan bagi meringankan beban ibunya dengan pendapatan tambahan sebanyak RM1,000 sebulan.
Kini pendapatan bulanan sekeluarga yang bertambah sebanyak RM1,500 melegakan beban sedikit, walaupun pada hakikatnya ia masih tidak mencukupi.
Sebaik sahaja kehidupannya kembali normal, Kamala dikejutkan dengan berita mengenai lelongan kediamannya. Dia terkejut bahawa tarikh lelongan telah ditetapkan.
Keadaan bertambah buruk apabila Kamala tidak tahu di mana mendapatkan bantuan bagi memperolehi wang untuk menghentikan lelongan itu. Setelah menyuarakan masalah tersebut kepada seorang rakan, dia telah disyorkan untuk mendapatkan nasihat AKPK.
Kamala kembali tenang apabila kaunselor kami memberitahunya bahawa mereka akan berunding dengan institusi perbankan yang terlibat dan membuat bayaran pendahuluan minimum dari akaun KWSP ke atas rumahnya.
Dalam masa sehari agensi berjaya berunding dengan bank dan menghentikan lelongan tersebut. Jumlah pinjaman perumahan Kamala juga disusun semula mengikut pelan pembayaran balik yang lebih berpatutan.
Walaupun Kamala menyedari bahawa dia perlu bekerja keras untuk bersaing dengan pembayaran komitmen itu, Kamala yakin bahawa dengan bimbingan AKPK, kini dia kembali berada di landasan kewangan yang betul.
*Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.
**Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

Raja Kaio VII with Wan Hadi
8 hrs ·
Like · · Share
'Banjir kali ini sangat menakutkan'
- Penduduk Kampung Pak Sek, Rohani Omar, 39, membersihkan pakaian yang disaluti lumpur menggunakan air parit, petang semalam.
HULU BESUT - Segelintir penduduk di Kampung Pak Sek, di sini, mendakwa
banjir luar biasa yang berlaku di kampung mereka berpunca daripada
pembinaan lebuh raya Keruak-Gunung Bongsu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenal sebagai Mat berkata, pembinaan lebuh raya baharu itu amat baik, tetapi pihak terbabit tidak membina jambatan di tempat sepatutnya menyebabkan aliran air tersekat.
Menurutnya, terdapat satu lokasi aliran air di situ yang sepatutnya dibina jambatan bagi memastikan air dari bukit turun secara biasa, sebaliknya hanya dibina pembetung.
“Hujan lebat sebabkan air bertakung dan apabila air semakin tinggi mengakibatkan jalan tersebut pecah kerana air tidak lancar sehingga berlaku banjir kilat di kampung ini sampaikan penduduk tak sempat nak selamatkan harta benda,” katanya yang ditemui semalam.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Pok Sek, Hassan Seman berkata, banjir kali ini lebih buruk berbanding pada tahun 2000 yang menyebabkan banyak rumah di Kampung La dihanyutkan air.
Menurutnya, pada tahun 2000, penduduk tidak berpindah tetapi kali ini lebih 28 keluarga terpaksa berpindah bermula jam 5 petang sehingga tengah malam.
“Air naik mendadak menyebabkan penduduk hanya mampu menyelamatkan diri ke sebuah surau yang terletak di kawasan lebih tinggi.
“Saya tengok keadaan air memang takut kerana sangat laju walaupun di paras paha, kami terpaksa pasang tali untuk kerja menyelamat,” katanya yang mendakwa taburan hujan luar biasa pada kali ini menyebabkan berlaku banjir kilat sedemikian.
JKKK Keruak, Jafruddin Mat Zaid pula berkata, hampir 90 peratus rumah di kampungnya ditenggelami banjir dengan 20 buah rumah, air hampir mencecah bumbung.
Katanya, banjir lumpur itu berlaku sangat pantas dan amat menakutkan penduduk sehingga mereka menyifatkan bencana paling buruk setakat ini.
“Penduduk tak sempat selamatkan harta benda sebaliknya hanya tinggal sehelai sepinggang, malah pakaian masih basah hingga sekarang memandangkan hujan masih renyai-renyai,” katanya mengenai kampungnya yang terletak berhampiran Kampung Pak Sek.
Selain dua kampung ini, kawasan Felcra Keruak, Belaoh, Kampung La antara yang terjejas teruk.1:43PM - 22 Dec 2014

Nazri: Terimalah apa Mahathir kata
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata
tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi teguran
kepada Datuk Seri Najib Razak perlu dilihat sebagai teguran yang
positif.
Malah, beliau berkata, teguran yang diberi oleh Mahathir juga adalah kerana bekas perdana menteri itu mengambil berat dengan apa yang terjadi di negara ini.
"Saya pasti dia (Mahathir) tegur sebab dia ambil berat.
"Saya rasa kita tak patut lihat semua kritikan itu sebagai sesuatu yang dia (Mahathir) tidak suka. Saya tahu Tun suka Najib. Sekurang-kurangnya lebih (suka Najib) daripada saya.
"Kita patut lihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif dan lepas itu kita kena bekerja lebihlah. Saya rasa kita terimalah apa yang Tun cakap," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Subang Jaya hari ini.
Menjawab soalan, Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harian yang disiarkan 9 Disember berkata ramai layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi “Umno tak bagi masuk”.
Mahathir pada 5 November lalu menulis dalam blognya dengan berkata, pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur.
Umno Selangor dipimpin oleh Najib semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.
Mahathir juga terlibat mengkritik syarikat pelaburan 1MDB yang muncul hasil cetusan idea Najib.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan