• Nelayan ini dihukum setelah mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Nelayan ini dihukum setelah mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua anak, akhirnya menerima balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan dikenakan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Lelaki itu menerima hukuman berkenaan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama, dia yang tinggal di Marang mengaku salah merogol darah dagingnya sendiri yang ketika itu baru berusia 14 tahun dan sebulan, di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Selain itu, tanpa riak menyesal dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Murtazadi Amran.


PROJEK RM250 JUTA HANYA TINGGAI 20 EKOQ LEMBU Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/12/projek-rm250-juta-hanya-tinggai-20-ekoq.html#ixzz3LK1CM677

Written By canang on Selasa, 9 Disember 2014 | 12/09/2014 11:25:00 PG

Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.

Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.



Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.
"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.

"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.

The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.

Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.

Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.

"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.

“Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.

Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.

Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.

Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.

Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.

NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.

Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.

NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya bagi tujuan perniagaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut menjalankan penyiasatan berhubung skandal berkenaan dan mengeluarkan laporan berhubung isu itu.

Salleh kemudiannya didakwa pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam bentuk pembelian dua unit kondominium itu. 

Beliau mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ketika ini masih belum selesai. Beliau juga menghadapi dua tuduhan lain mengikut Akta Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, memberitahu Parlimen baru-baru ini, NFCorp gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman tahun ini yang sepatutnya dijelaskan pada Januari lalu. Hanya RM34.98 juta dibayar setakat ini melalui 2 ansuran pada 2012 dan 2013.

Rafizi, yang berkata pinjaman itu diambil pada 2006, menganggarkan faedahnya sepatutnya sudah mencecah kira-kira RM50 juta sekarang.

Jumlah wang yang besar ini tidak tercapai di akal fikiran kakitangan NFC yang pada waktu ini melakukan kerja kasar menjaga ladang dan memantau lembu.

Ditanya mengapa mereka masih lagi mampu bertahan bekerja di pusat penternakan itu, sambil tersenyum, salah seorang kakitangan berkenaan berkata: "Macam mana, nak bagi makan anak, isteri, terpaksalah." – 8 Disember, 2014.
 
 

Pelakon Wanita Popular Bergelar Datin Berusia 28 Tahun Akhirnya Terkantoi !!!

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan.

Malah pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri, di sini, untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.

Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, dia bersama keluarga pada mulanya menggunakan pakej pelancongan itu untuk melancong ke luar negara awal November lalu.
 Beg tangan milik pelakon berkenaan
“Bagaimanapun sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000.

“Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya.

Sumber berkata, selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan.

“Bagaimanapun pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6,000.

“Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” katanya - Hmetro Online