Selasa, 30 Disember 2014

INGATLAH HADIRLAH MAJLIS PENGAJIAN...BERAPA RAMAI YANG MENGABAIKAN MAJLIS INI....BERDOA DENGAN MENINGGAL TAUBAT....BERAPA RAMAI ORANG BEGINI...BERAPA RAMAI MELIHAT DAN MERASA MUSIBAH TAPI BERAPA RAMAI MASIH TAK BERUBAH2.... MASIH DITAKUK LAMA...TENTANG MEMAHAMI ISLAM SERTA MENGAMALKANNYA

Kos baik pulih akibat banjir tinggi
  • Najib Tun Razak Najib Tun Razak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejadian banjir kali ini luar biasa dan dahsyat berikutan kerosakan serius pada harta benda mangsa terlibat di beberapa negeri terutama Kelantan dan Terengganu.

Katanya, skala kerosakan dan kemusnahan harta benda termasuk kemudahan asas amat serius yang akan melibatkan kos baik pulih yang tinggi.

"Skala kerosakan dan kemusnahan kali ini adalah sangat dahsyat, sangat serius dan kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar.

"Ini tidak termasuk perbelanjaan tanggungan kerajaan dari segi baik pulih kemudahan asas seperti sekolah, jalan raya, masjid dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu  kesemua mangsa banjir yang terlibat selepas keperluan bantuan bagi setiap individu dikenal pasti.

Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan kerajaan akan membina rumah sementara (rumah panjang) sebagai tempat perlindungan sementara kepada mangsa banjir dan akan disusuli dengan pembinaan rumah-rumah baharu.

"Saya ingin tahu bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sama sekali termasuk lokasi, namun dari segi peruntukan dan sebagainya, kita akan putuskan kemudian," katanya.

Terdahulu, Skuad Cuci Banjir yang dilancarkan Perdana Menteri akan berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur selain membantu mereka mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.

Katanya, sebanyak 100,000 anggota skuad akan digerakkan dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga banjir kembali pulih sepenuhnya.

Najib turut melancarkan Pusat Bantuan Banjir yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Wanita Umno sepanjang bencana banjir ini dan akan beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam di Menara Datuk Onn.

"Semua bahagian Umno atau orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi talian ibu pejabat Umno iaitu 03-4042 9511 atau 03-4048 2788 bagi tujuan tersebut," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Najib berkata, pengagihan bantuan akan disalurkan terus kepada mangsa banjir melalui pentabdiran bahagian dan cawangan Umno bagi memastikan kesemua mangsa menerima bantuan yang dihulurkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan yang akan dibawa Skuad Sayang ke negeri-negeri terjejas akibat banjir.

Katanya, dalam usia enam tahun penubuhan skuad itu, pelbagai kerja kemasyarakatan dan kebajikan telah dilaksanakan dengan baik dan akan diteruskan tanpa mengira waktu serta jenis bencana. - Bernama
Dia gondol kan hutan kamu guna tandatangan seorang alim dan bawa kayu balak ke luar dari Kelantan berlori lori jumlah nya.
Selepas hutan dn bukit kamu di gondol kan , nama tuhan kamu hendak di rampas nya di jadi kan 3.
Kemudian di arah nya kamu benci sesama agama dan bangsa dan kamu semua akur dan junjung perintah nya.
Sekarang di kala kamu susah.,ada kah kamu tanya berapa banyak lori guni beras sudah mereka hantar? sama banyak ke dengan kayu balak yg di bawa pulang berlori lori ke Perak?
Berapa tin sardin sudah kamu dapat dari mereka?
Oh tu bukan tanggunjawap mereka, abis tu tanggung jawap mereka kaup harta kelantan saje ke?
dan kamu heran kenapa Allah banjjirkan bumi kamu.
(gmbr sekadar hiasan)
Like · ·
Banjir: Peniaga di Kelantan rugi berganda
KOTA BHARU - 'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Itu peribahasa yang menggambarkan situasi yang dihadapi golongan peniaga di sekitar bandar Kota Bharu ketika ini berikutan banjir.

Terdapat kalangan orang ramai yang tidak berperikemanusiaan mengambil peluang memecah masuk beberapa premis perniagaan yang dinaiki air dan mengambil barang berharga.

Menurut polis, enam premis perniagaan di daerah ini dipecah masuk sejak banjir melanda negeri ini pertengahan Disember lepas, dan lima individu berumur antara 12 dan 30 tahun ditahan.

Seorang pemilik kedai haiwan peliharaan di Wakaf Che Yeh, Mohd Fadzil Mat Sulung, 57, berkata memang perkara yang menyedihkan pada banjir kali ini apabila ada yang sanggup memecah masuk kedai dan mencuri.

"Memang tak patut perkara ini berlaku, peniaga dah rugi sebab barang rosak ditambah pula ada barang dicuri.

"Peniaga terpaksa menanggung kerugian berganda kerana ia satu kerugian yang tidak dijangka sedangkan kalau barang kena air boleh lagi dijual dengan harga murah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Fadzil berkata akibat banjir kali ini beliau terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas haiwan dan kelengkapan di kedainya musnah.

"Saya tidak sangka banjir kali ini telah menenggelamkan kedai. Habis semua binatang peliharaan di kedai saya seperti kucing, ikan, burung dan ayam mati," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai perkakas rumah, Yong Yok Fan, 58, berkata beliau terpaksa melelong barang yang rosak akibat banjir.

"Saya jual barang yang rosak macam berus cat, bahan pencuci kimia dan lain-lain dengan harga RM2 sehingga RM5.

"Memang tak ada apa yang dapat dilakukan. Saya rugi kira-kira RM10,000 akibat banjir kali ini," katanya.

Tinjauan Bernama di sekitar bandar Kota Bharu mendapati para peniaga mula mengemas premis perniagaan masing-masing selepas air banjir di bandar ini mulai surut.

Selain itu, kelihatan pelbagai agensi berkaitan seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam serta Jabatan Kerja Raya membersihkan jalan yang dipenuhi lumpur dan sampah akibat banjir. - Bernama

Harga Baru RON 95 & Diesel Dijangka Antara RM1.95 - RM1.90 - Ahmad Maslan

Kuala Lumpur, 30 Dis - Pengumuman harga terbaru petrol di Malaysia sudah tentu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Pada 12 Disember lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad ada menyatakan harga petrol RON97 dan Diesel akan sekali lagi diturunkan pada 1 Januari ini sekiranya harga minyak dunia terus menurun.
“Mengikut trend 10 hari dalam Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun.
“Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada 12 Disember lepas.
Hari ini, Ahmad Maslan telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang menyatakan harga Ron95 dan Diesel dijangka akan diturunkan pada RM 1.95 - RM1.90 seliter mulai 1 Januari ini. 

Selain dari membuat jangkaan itu, Ahmad Maslan juga turut meminta agar peniaga-peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak yang bakal diumumkan nanti.

Pengumuman rasmi harga petrol dan diesel akan dikeluarkan pada 31 Disember ini (esok) oleh KPDNKK.

Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala disel adalah RM2.20 seliter selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi minyak baru-baru ini. - Siakapkeli.com.my
Sedih banyak harta benda musnah
  • Zubaidah dan anaknya sedang memeriksa pelbagai barangan elektrik milik mereka rosak ditenggelami air. Zubaidah dan anaknya sedang memeriksa pelbagai barangan elektrik milik mereka rosak ditenggelami air.
1 / 1
MERU - Rata-rata mangsa banjir di sini sedih dan terkilan apabila banyak harta benda mereka berdepan kerosakan akibat ditenggelami air.

Salah seorang daripada mereka, Mohd Hamdan Ali, 45, berkata, sebaik tiba di rumahnya di Jalan Cempaka semalam, dia dan isteri, Zainab Othman, 50, terkejut mendapati banyak barangan elektrik di rumah mereka rosak.

“Kami sedih bila barangan seperti almari, kipas, radio, tilam dan bantal serta beberapa peralatan lain tidak dapat digunakan lagi.

“Kami terpaksa buang. Nak beli baru kena ambil masa untuk kumpul duit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di kediamannya di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Zubaidah Mohd Yusop, 43, berkata, barangannya juga banyak yang rosak akibat ditenggelami air.

“Ini kali pertama banjir masuk ke rumah kami setelah berpuluh tahun tinggal di sini.

“Walaupun air dah surut dan kami boleh balik rumah, namun perasaan bimbang itu masih ada.

“Kami risau jika kejadian sama berulang, tapi kami akan terus berwaspada,” katanya yang tinggal di situ bersama suami, Sahran Ismail, 45, dan empat anak mereka.

 8:39PM - 30 Dec 2014

Suami isteri ditetak, disamun di lebuh raya

Sepasang suami isteri dicederakan sebelum disamun selepas kereta mereka terbabas di Km 246, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan dekat Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.59 pagi.

Beliau berkata seorang lelaki yang bersenjatakan parang dilapor menghampiri Chong Kar How, 24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, lalu menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan barangan berharga mereka.

"Mangsa lelaki terkoyak di bahagian kepala dan telinga kanan serta terdapat kesan tetakan di belakang kepala dan tapak tangan kiri mangsa. Manakala isterinya mengalami kesan tetakan di belakang kepala," katanya.

Kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Muhamad Zaki berkata suspek dilaporkan memandu kereta Proton Wira berwarna putih dengan bumper hadapan berwarna hitam.

- Bernama




 4:00PM - 30 Dec 2014

Mangsa banjir di Pahang, Perak meningkat



Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Perak meningkat petang ini manakala Terengganu dan Johor menunjukkan penurunan.

    

Di PAHANG, keadaan belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatat pertambahan mangsa kepada 51,434 orang berbanding 49,978 orang tengah hari tadi, di 263 pusat pemindahan dalam lapan daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling banyak iaitu 21,284 orang di 62 pusat pemindahan.
    
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan mencatat 9,960 mangsa di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 orang/59 pusat), Maran (4,238/32 pusat), Kuantan (3,797/17 pusat), Lipis (3,090/28 pusat), Bera (2,854/19 pusat) dan Rompin (186/enam pusat).
    
Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian ialah 7,762 orang berbanding 7,664 orang pada tengah hari.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini mangsa di Perak Tengah ialah 4,628 orang, Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat 2,017 mangsa, Hulu Perak 799 mangsa dan Kerian 318 mangsa.
Di KELANTAN, setakat jam 5 petang, tiada maklumat terkini diperoleh dengan 158,476 mangsa direkod pada tengah hari.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 20,122 orang berbanding 25,775 orang pada tengah hari, susulan lebih ramai mangsa meninggalkan pusat pemindahan setelah keadaan semakin reda.
Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kini terdapat 10,318 mangsa di pusat pemindahan di Kemaman, Dungun (8,815 mangsa), Hulu Terengganu (39 mangsa) dan Kuala Terengganu (213 mangsa).
Beberapa pusat pemindahan juga telah ditutup menjadikan jumlah pusat yang masih beroperasi 61 dengan Dungun dan Kemaman masing-masing 28 pusat, tiga di Hulu Terengganu dan dua di Kuala Terengganu.
    
Di JOHOR, 148 penduduk melibatkan 41 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 153 orang pada tengah hari.
- Bernama



Manek Urai Lama jadi padang jarak padang tekukur

ASLANI M | .

KUALA KRAI: Gambar kesan banjir di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai membuat banyak orang yang melihatnya luluh hati dan meruntun jiwa. Ia menjadi viral di media baru.

Hanya sekitar 30 peratus rumah masih mampu bertahan akibat rempuhan deras arus Sungai Lebir yang membawa limpahan air bah dari hulu Kelantan.

Kini kampung tersebut menjadi padang jarak padang tekukur. Tiada lagi tempat mereka menumpang teduh daripada panas dan hujan.

Mangsa tsunami air bukit terpaksa menghitung semula kehidupan mereka. Kampung lama yang didiami sejak berpuluh tahun lampau kini terpaksa ditingalkan bagi memulakan hidup baru.

Kampung itu yang diwujudkan pada era penjajah merupakan penempatan berpagar menempatkan penduduk bagi mengelakkan gangguan komunis.

Penempatan itu dikenali sebagai zon putih dikawal tentera Inggeris bagi mengelakkan dicerobohi tentera bintang tiga.

Manek Urai mulai dikenali ramai selepas wujud dua kilang papan iaitu dikenali sebagai kilang Jepun dan kilang Sawmil Jaya pada 1970-an.

Ketika itu ramai penduduk dari kawasan lain pindah ke Manek Urai untuk bekerja di kilang papan.

Pada masa itu laluan ke Bandar Kuala Krai hanya menggunakan perkhidmatan kereta api dan bot yang menghilir Sungai Lebir.

Sekarang kilang papan tersebut tersebut sudah menjadi penempatan bagi penduduk. Kayu balak sudah lama tiada.

Biar pun rancak dengan kegiatan industri perkayuan namun saban tahun banjir tidak lupa menjengok tiba.

Pada akhir 1980-an sebuah jambatan dibina merentangi Sungai Lebir. Ia menjadi laluan utama penduduk ke tempat lain.

Hari ini semuanya itu hilang sekelip mata. Badai air bukit seumpama tsunami yang menerjah bumi Acheh pada 2004 menghimpit penduduk di Manek Urai.

Penduduk terpaksa lari menyelamatkan diri pada malam 22 Disember lalu ketika air bah naik mendadak.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Pusat Kesihatan Kampung Manek Urai Baru, Masjid Manek Urai Baru dan Bukit Kajang menjadi tempat penduduk menyelamatkan diri.

“Air bah menenggelamkan semuanya termasuk stesen kereta api, Balai Polis, sekolah, masjid, kedai dan pasar.

“Paling menghibakan sekali rumah kami bukan sahaja tenggelam tetapi hanyut dibawa arus deras Sungai Lebir,” kata seorang penduduk.

Manek Urai Lama kini kembali menjadi tumpuan seperti era 1970-an, tetapi mereka datang untuk melihat kesan-kesan tsunami Sungai Lebir.

Sementara itu di Kota Bharu hampir kesemua ruang bandar diseliputi lumpur tebal. Lumpur dan selut setebal hingga empat inci ada di mana-mana.

Penduduk, peniaga dan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Jabatan Kerja Raya bekerja keras bagi membersihkan lumpur tersebut.

Air banjir juga boleh dilihat di parkir bawah bangunan Arked Buluh Kubu, bangunan TNB, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Kesan paras banjir di kawasan Pasar Besar Siti Khatijah kira-kira setinggi lima kaki.  

Cuaca di Kelantan hari ini lebih cerah berbanding semalam. Petang dan malam tadi hujan agak lebat di seluruh Kelantan. Jumlah mangsa banjir sehingga hari ini seramai 85,742 orang. – HARAKAHDAILY 30/12/2014

Tiada ulasan: