Isnin, 29 Disember 2014

TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN MANUSIA...BETUL...MEMANG SIMPATI...TAK TERGAMBAR SUKARNYA...BAGAIMANA PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT....WALAUPUN BERI-RIA KATA DIRI ISLAM...SERTA KATA MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM...HANYA SEMBANG AJE KOD...KALAU DIRI PUN TAK SEMBAHYANG@SOLAT PUN TAK...MAKSIAT SEDAP JE BUAT....PELUK WANITA ...PELUK LELAKI... SEDANGKAN IA BUKAN SUAMI ATAU BUKAN ISTER KITA....KALAU CIUM...KALAU BERZINA CAMNA PULAK....YANG REAL DALAM DRAMA2 BANYAK BERPELUK2 BUKAN MUHRAM....ADA YANG NAK BANTAH KE...FIKIRKAN2...YANG SOLAT PUN TOLAK HUDUD@TOLAK HUKUM ALLAH SWT....SEOLAH MENOLAK SIFAT ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA...MAHA MENGETAHUI SERTA ALLAH MAHA ADIL...TU BELUM AGAMA ISLAM DIJUAL DENGAN DUNIA

Wanita cedera ditembak di paha
  • Abdul Hamid (kanan) bersama Ketua Polis Balai Tawang, Sarjan Mejar Mohd Sabri Zakaria meninjau lokasi tembak di rumah Norizan. Abdul Hamid (kanan) bersama Ketua Polis Balai Tawang, Sarjan Mejar Mohd Sabri Zakaria meninjau lokasi tembak di rumah Norizan.
1 / 1
BACHOK - Sebuah keluarga berdepan detik hitam kali kedua apabila seorang wanita cedera ditembak di paha kirinya ketika diserang penyamun dalam kejadian kira-kira jam 1.55 petang di Kampung Paya Teratai, Jumaat lalu.

Suami mangsa, Zakaria Ibrahim, 44, berkata, tahun lalu mereka nyaris kehilangan anak bongsu, Mohd Akif Amsyar, 2, yang cuba diculik tetapi disedari isterinya, Norizan Ismail, 43, dan diselamatkan penduduk kampung.

Malangnya, kelmarin, isterinya ditembak di bahagian paha dalam kejadian samun kira-kira jam 1.55 petang.

“Ketika kejadian saya keluar solat Jumaat di masjid berdekatan dan hanya mengetahui kejadian itu selepas solat Jumaat.

“Saya percaya mereka ambil kesempatan ketika saya tiada di rumah untuk menyamun,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.

Manakala, Norizan berkata, ketika itu dia sedang menjemur pakaian sebelum anak sulungnya, Nur Aini Sofea, 7, menjerit ketika melihat tiga lelaki bertopeng memasuki halaman rumah mereka.

“Saya tak sempat buang rantai leher apabila mereka terus mengepung saya. Tangan saya diikat pada rak pakaian. Tiga anak saya Nur Aini; Nur Aisyah Nadia; 5 dan Mohd Akif diugut bunuh. Mereka pegang kaki Mohd Akif dengan kepalanya ke bawah.

“Lepas itu mereka geledah rumah cari wang. Anak saya Nur Aini cuba melarikan diri tetapi disedari suspek. Mereka cakap ‘mu g aku tembok mu mapuh’.

Lepas gagal dapatkan wang, seorang suspek menembak paha kiri saya,” katanya, yang juga seorang peniaga mi celup di kampung itu.

Suspek kemudian segera beredar menaiki Toyota Innova yang dipandu seorang lagi rakan subahatnya.

Dalam keadaan cedera itu, Norizan berjalan lebih 500 meter untuk mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan kerugian lebih RM30,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (A) Akta Senjata Api 1971 dan polis menjalankan Ops Tutup bagi memberkas empat suspek terlibat.
Tiga wanita dakwa kena pukau
  • Normawati (kanan) bersama kakaknya, Norsamsimah Mohd Nor, 42, (kiri) dan jirannya, Hasmani Md Majid, 63,
selepas membuat laporan polis. Normawati (kanan) bersama kakaknya, Norsamsimah Mohd Nor, 42, (kiri) dan jirannya, Hasmani Md Majid, 63, selepas membuat laporan polis.
1 / 1
KUALA SELANGOR - “Niat nak tambah duit, tapi tak sangka pula jadi mangsa tipu sampai hilang barang kemas, duit dan telefon bimbit,” demikian kata seorang mangsa pukau, Normawati Mohd Nor, 37, kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, dia didatangi dua wanita yang tidak dikenali berusia 20 hingga 50-an yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih kira-kira jam 2 petang di rumahnya di Taman Kasawari, Bukit Rotan pada Jumaat lalu.

“Masa itu saya baru saja balik kerja dan berehat di sofa sebelum dengar orang bagi salam. Saya jenguk dan nampak seorang perempuan berambut panjang berusia 20-an dan seorang lagi perempuan berambut pendek dan berbadan gempal berusia dalam 50-an.

"Mereka beritahu saya nak cari orang untuk ambil upah kopek ikan bilis. Saya dengar jadi minat sebab mereka beritahu upah RM12 untuk satu kilo," katanya.

Normawati berkata, ketika itu dia tidak berprasangka buruk kerana kedua-dua wanita berkenaan kelihatan seperti orang baik-baik.

"Dia nak enam orang untuk kerja dan saya pun panggil kakak di rumahnya dan jiran untuk kerja sama-sama sebab boleh buat kerja dari rumah saja.

Boleh tambah duit belanja dapur. Kami pun bincang sebelum terus dibawa ke hospital, katanya untuk ujian darah,” katanya.

Tambah Normawati, ketika itu walaupun berasa berat hati tetapi dia, kakaknya dan seorang jiran menurut semua kata-kata wanita itu tanpa membantah sehingga dibawa ke Tanjong Karang.

“Memang hati berat nak ikut tapi saya macam kena pukau. Tak boleh nak tolak apa yang perempuan itu cakap sampaikan kami ikut saja sampai ke hospital.

“Bila perempuan itu parkir di bulatan depan hospital dan ulang alik ke kaunter untuk cari borang, kami yang duduk di dalam kereta cuma tunggu saja sebelum saya dan kakak dibawa ke tempat untuk pemeriksaan x-ray.

“Tapi bila perempuan itu minta buka barang kemas yang dipakai dan simpan semua duit dan telefon bimbit dalam beg, kami ikut saja dan tinggalkan dalam kereta memandangkan ada jiran masih dalam kereta," katanya.

Katanya, tiba di suatu tempat, wanita berkenaan memberitahu dia mahu mengisi borang dan minta kami tunggu tetapi tidak sampai 10 minit, jiran yang duduk dalam kereta datang ke arah kami dengan muka cemas dan panik.

“Dia kata kereta sudah tiada dan masa itu saya hanya ingat barang kemas dan duit dalam beg. Jiran cakap dia dibawa perempuan itu ke tandas sebab kononnya kena bersihkan diri dulu tapi bila dia keluar, dua perempuan itu hilang bersama kereta.

“Masa itu barulah tersedar dan masing-masing tergamam. Kami bertiga cepat-cepat cari kat parkir dan tanya pengawal tapi mereka cakap tak nampak. Kami pun terus berjalan kaki hampir 10 minit ke bank berhampiran untuk blok kad bank.

“Memang kami tiada duit langsung dan nak telefon keluarga pun minta tolong dengan kerani bank sebelum kami dibawa ke Balai Polis Tanjong Karang untuk laporan polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk memberi kenyataan kes.

“Tak sangka jadi begini sebab niat nak cari duit lebih. Kakak dengan jiran lagi sedih sebab mereka ibu tunggal. Kalau boleh janganlah jadi kat orang lain dan minta mereka hati-hati dan jangan jadi mangsa selepas ini.

“Kalau ada orang datang nak cari orang upah kopek ikan bilis yang datang dari Sungai Buloh, Kepong, janganlah percaya sangat dan berhati-hatilah sebab takut apa yang berlaku pada kami berulang,” katanya



.9:00AM - 29 Dec 2014

Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu


BLOG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir di seluruh negara.

9.00am: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baru sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
  
"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.
  
"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
  
Muhyiddin berkata sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.
  
"Sebagai menteri pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akankesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.
  
Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royongmembersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.
  
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang.

7.52am: Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pagi ini, lebuh raya LPT di Lanchang-Maran (Km126) masih ditutup kerana banjir di sekitar Temerloh.

Di Kota Bharu, IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir, lapor Bernama.
  
Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
  
"Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah
Kebangsaan (SK) Penambang di Kota Bharu semalam.

Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha memastikan sistem komunikasi termasuk perkhidmatan telefonbimbit yang terbatas akibat banjir buruk melanda negeri ini, dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat.
  
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini tidak kesemua perkhidmatan telefon bimbit yang terjejas kerana terdapat perkhidmatan oleh syarikat pembekal tertentu masih beroperasi.
  
"Maknanya ada pembekal perkhidmatan tertentu yang masih beroperasi tetapi ada yang tidak beroperasi, bergantung kepada syarikat tertentu," katanya malam tadi.



HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN LAIN-LAIN

Ditulis oleh Admin PMWP pada . diterbitkan di dalam Irsyad Fatwa

Soalan : Mohon pandangan SS Mufti tentang hukum memberikan zakat kepada mangsa banjir?
Jawapan : Dalam hal ini, perkara yang perlu difahami setiap mangsa kebiasaannya dalam keadaan amat memerlukan bantuan mengikut kadar kemusnahan yang dialami. Boleh jadi aset atau hartabendanya ranap sebahagian kecil, sebahagiannya atau musnah keseluruhannya. Dalam hal ini, marilah sama-sama kita memahami firman Allah SWT daripada Surah al-Taubah ayat 60.
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini menunjukkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat hanya lapan golongan sahaja. Jumhur fuqaha’ berpendapat tidak harus diberikan kepada selain daripada yang dinaskan al-Qur’an iaitu lapan golongan ini.
Mazhab Syafi’i menetapkan bahawa wajib dibahagi kepada semua yang ada dalam kalangan asnaf yang berhak menerima zakat. Sedangkan mazhab yang lain memadai dengan sekumpulan daripada golongan yang berhak menerima zakat sahaja. Ini juga difatwakan oleh Ibn Ajil al-Asma’ie dan ramai dalam kalangan ulama’ mutakihr kerana sukar mencari lapan asnaf. Inilah yang disebutkan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin.
Berkenaan dengan isu di atas, sebahagian ulama’ menganggap bahawa ia adalah bencana yang menyebabkan hartabenda mereka musnah dan memerlukan kepada bantuan serta berhutang samada untuk diri mereka atau keluarga mereka. Justeru, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan seperti ini dalam asnaf al-gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulama’ mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.
Oleh kerana itulah kami menyatakan bahawa harus diberi zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana samada banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.
Selain daripada nas di atas, jika dilihat kepada tafsiran ulama’ antaranya Mujahid yang berkata : “3 golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu :
  •          Lelaki yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
  •          Lelaki yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
  •         Lelaki yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk dia infakkan kepada tanggungannya.
Kenyataan seperti di atas oleh Mujahid adalah bertepatan dengan hadith yang sahih yang dinyatakan daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali yang berkata :
تَحَمَّلْتُ حَمَالَةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَسْأَلُهُ فِيهَا فَقَالَ ‏"‏ أَقِمْ حَتَّى تَأْتِيَنَا الصَّدَقَةُ فَنَأْمُرَ لَكَ بِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ثُمَّ قَالَ ‏"‏ يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا ‏"
“Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda mafhumnya : ‘Tetaplah kamu di sini sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi kepadamu’. Kata Qabisah : ‘Kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja. Lelaki yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga menyelesaikannya kemudian menyimpannya, lelaki yang ditimpa bencana sehingga binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya, lelaki yang ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya. Hai Qabisah! Selain daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah haram.”
                                                                                                    (Riwayat Muslim, no. 1044)
Imam al-‘Azim al-Abadi menyatakan: “Siapa yang ditimpa hartanya dengan sebab kebinasaan daripada langit atau bumi seperti kesejukan, air batu, tenggelam dan seumpamanya yang menyebabkan tiada lagi baginya barangan untuk hidup maka haruslah baginya meminta sehingga dapat menyelesaikan kehidupannya semula.” [Aun al-Ma’bud 3/36]
Beberapa ulama’ telah memberi fatwa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang berkata : “Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan. [Fiqh al-Zakat 2/623]
Begitu juga dengan Dr. Husamuddin bin Musa ‘Iffanah, Profesor Fiqh dan Usul dari Universiti al-Quds, Palestin yang menyatakan  hukumnya adalah harus diberikan kepada golongan seperti ini.
Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.
Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan





6,000 putus hubungan

Belum dapat bantuan makanan, penyelamat sukar masuk kawasan

KOTA BHARU 28 Dis. - Hampir 6,000 mangsa banjir di enam pusat pemindahan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di sini belum mendapat bantuan makanan ekoran kesukaran pasukan penyelamat memasuki kawasan itu.
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, paras air yang masih tinggi serta arus deras di kawasan tersebut menyukarkan bantuan disalurkan terutama melalui laluan darat.
Beliau berkata, kesemua mang­sa yang masing-masing ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semut Api, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SK Kedai Buluh, SK Che Latif dan Kem Kijang telah terputus hubungan sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun katanya, setakat ini bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain di pusat pemindahan tersebut masih mencukupi.
“Pengangkutan nak masuk ke kawasan itu (Kijang) sukar kerana air terlalu tinggi.
“Keseluruhan DUN Kijang tenggelam akibat banjir ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Zaluzi, banjir kali ini turut menjejaskan daerah Pengkalan Chepa yang sebelum ini jarang ditenggelami air.
Katanya, setakat ini hampir 20,000 mangsa terlibat dan mereka kini ditempatkan di 15 pusat pemindahan.
“Kebanyakan kawasan di sini tidak ada masalah dari segi pengagihan makanan, cuma masalah sekarang adalah bekalan air bersih.
“Kebanyakan pusat pemindahan terputus bekalan air, mereka hanya bergantung kepada bekalan air yang dihantar oleh pasukan penyelamat dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya.

Banjir: Empat kawasan kritikal di Kelantan

30 kawasan putus hubungan di Kuala Krai

PEMANDANGAN udara penempatan yang ditenggelami air di Tumpat, Kelantan, semalam. – MINGGUAN/Hafiz Jo
PEMANDANGAN udara penempatan yang ditenggelami air di Tumpat, Kelantan, semalam. – MINGGUAN/Hafiz Johari
KOTA BHARU 27 Dis. - Jawatankuasa Bencana Banjir negeri kini memberi tumpuan untuk operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di empat kawasan yang kritikal iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.
Secara keseluruhannya keadaan banjir di negeri ini masih merun­cing termasuk di Kuala Krai dan Gua Musang biarpun air mula menu­njukkan sedikit penurunan.
Pengarah jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keempat-empat kawasan itu telah terputus hubungan dan bekalan makanan sejak beberapa hari lalu.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang menggerakkan keperluan logistik dan aset ke kawasan tersebut bagi memastikan bekalan makanan kepada mangsa mencukupi.
“Saya bersama Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim telah membuat tinjauan di empat kawasan ini dan singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ta­nah Merah 2 yang menepatkan 2,000 orang mangsa serta SMK Lati, Pasir Mas melibatkan 3,000 mangsa.
“Di SMK Tanah Merah 2, kese­mua mangsa diuruskan oleh seorang guru namun bekalan makanan serta perubatan tidak ada manakala di SMK Lati, mangsa tinggal dalam bilik darjah dan menguruskan diri masing-masing.
“Kita mendapati bekalan makanan seperti beras di empat kawasan ini hampir habis dan kita sedang berusah untuk menghantar makanan ke sana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mustapa berkata, kea­daan di daerah yang terjejas teruk iaitu Kuala Krai, tidak banyak berubah namun bantuan serta bekalan makanan telah dihantar ke kawasan tersebut.
Katanya, di Gua Musang bekalan makanan masih berkurangan dan usaha akan ditingkatkan untuk memastikan kebajikan mangsa di sana terbela.
“Kita akui di Kuala Krai sebelum ini terdapat 30 kawasan terputus hubungan terus tetapi kita sudah berjaya memasuki kawasan itu namun secara keseluruhannya Kuala Krai masih gawat.
“Di kawasan sekitar Kota Bharu, kerja-kerja menyelamat dan men­yampaikan bantuan bekalan makanan berjalan dengan tersusun disebabkan kedudukannya di ibu negeri Kelantan walaupun mangsa yang berpindah melebihi 20,000 orang,” katanya.
Sementara itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran mesej daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Setakat ini tidak ada mangsa yang mati beramai-ramai di pusat pemindahan banjir dan tidak ada sekolah yang runtuh, jangan percaya dengan penyebaran mesej palsu ini.
“Yang ada beratus rumah musnah dan mungkin keretakan struktur bangunan sekolah disebabkan arus deras namun tidak ada sekolah yang runtuh, ini semua kerja orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya amat mengalukan bantuan daripada mana-mana pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mang­sa banjir di negeri ini.

Sultan Kelantan: Berfikir, berzikir hadapi musibah
  • Banjir
1 / 1
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan mangsa banjir khususnya umat Islam agar sentiasa berfikir dan berzikir ketika menghadapi sebarang musibah.

Menurutnya, atas dasar keimanan,musibah perlu diterima dengan lapang dada, sabar dan tawakal kepada ALLAH yang lebih mengetahui.

"Perkembangan mutakhir ini,negara pada amnya dan negeri Kelantan khasnya ditimpa musibah banjir yang agak luar biasa.

"Banjir yang menimpa rakyat beta adalah sebahagian daripada qada' dan qadar ALLAH, dan hal ini harus diyakini, " titahya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Titahnya, baginda begitu bersimpati dengam nasib menimpa mangsa banjir di negara ini yang kehilangan harta benda, nyawa dan hidup dalam kegelisahan serta ketakutan.

"Beta berharap semua alim ulama dan masyarakat terus berdoa selain mengadakan solat hajat agar ujian dan musibah ini tidak bertambah buruk malah segera pulih, " katanya.

Dalam pada itu, baginda turut berterima kasih kepada semua pihak yang berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir sejak ia mula melanda negeri ini lebih seminggu lalu.

Dalam titahnya, baginda turut mengingatkan semua masyarakat agar lebih peka dan sensitif terhadap musibah yang melanda negara dan elak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekusutan terhadap orang ramai.

"Ujian sebegini rupa bukan masa untuk mana-mana pihak menunding jari, menelanjangkan serta menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya segera memohon keampunan dari ALLAH dan memperbaiki langkah-langkah kita yang pernah melakukan kesilapan," titah baginda.

Bila menteri tak ada rasa tanggungjawab, inilah jadinya...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ | .

Bila Menteri-menteri yang dilantik tak ada rasa bertanggungjawab.. Inilah jadinya..


Biasanya kalau seseorang itu komited atau punya rasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya, tak perlu diarah atau dikerah mereka akan melakukan tugas mereka dengan sendirinya..

Atas rasa tanggungjawab mereka dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa arahan dari pihak atasan..

Pihak atasan hanya dirujuk jika mereka menemui jalan buntu ataupun memerlukan pandangan pihak atasan.. 

Tetapi malang bagi Perdana Menteri Malaysia.. beliau terpaksa mengarahkan menteri-menteri yang dilantiknya yang berada di luar negara kebanyakannya dikatakan sedang bergembira di luar negara untuk pulang segera bagi membantu mangsa banjir..

Tak ada komited langsung.. bukan saja tak komited malah tak bertimbang rasa langsung..

Jawatan Menteri tu bukannya Ketua Kelas.. semua nak tunggu arahan? tak tahu nak fikir sendiri ke? 

Atau... mungkinkah Najib hanya membalas dendam dengan melepaskan kemarahannya kepada menteri-menteri kabinetnya setelah beliau sendiri teruk dikutuk rakyat kerana bercuti dan bermain golf dengan Obama ketika lebih 100,000 rakyat sengsara?


Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu! Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

// // 3 comments
Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu! Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah | Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah... via aminin.
1- Makan harta anak yatim secara haram.

Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.

Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Tiada ulasan: