Rabu, 31 Disember 2014

JANGAN KITA AMBIK WANG ZAKAT/SUMBANGAN/INFAK ORANG RAMAI..TERMASUK SUMBANGAN ZAKAT...SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI MAUPUN PERSEKUTUAN....KEMUDIAN KITA GUNA SECARA BATIL ATAU MACAM WANG PERIBADI...HIDUP MEWAH DARI SUMBANGAN ITU TADI.....ATAU TIDAK DIAGIH2 SEPENUHNYA...ADAKAH KITA MAMPU MENJAWAB DIHADAPAN ALLAH KELAK

5:00PM - 30 Dec 2014

Wang zakat disaran bantu mangsa banjir


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyarankan agar majlis agama Islam negeri-negeri menyelaraskan peruntukan zakat untuk diberi kepada mangsa banjir.

Naib ketuanya Mohd Farkhan Md Zain berkata, wang zakat sesuai digunakan bagi membantu mangsa banjar, sesuai dengan keadaan semasa.

Beliau menyarankan majlis agama Islam negeri, terutamanya di Kelantan, mengoptimumkan instrumen wakaf tunai bagi membangunkan semula serta memulihkan institusi dan kemudahan awam seperti masjid, sekolah, jalan raya dan dewan.

"Tidak terhad kepada itu, syarikat-syarikat korporat juga boleh menyalurkan sumbangan menerusi wakaf tunai dan seterusnya membina hubungan strategik dengan kerajaan negeri terutamanya di  Kelantan.

"Malah, ia boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan dan kelebihan-kelebihan yang lain," katanya.

Lebih baik guna duit program selawat bantu mangsa banjir, kata Saifuddin



Selawat itu bagus tetapi lebih baik perbelanjaan besar untuk majlis itu digunakan bagi membantu mangsa banjir, kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Selawat itu bagus tetapi lebih baik perbelanjaan besar untuk majlis itu digunakan bagi membantu mangsa banjir, kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Selepas Perbadanan Putrajaya dan Ambank Group mengumumkan pembatalan konsert sempena sambutan tahun barunya bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir, program selawat besar-besaran di Dataran Merdeka pula jadi sasaran.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peruntukan untuk menganjurkan program yang dinamakan Malam Cinta Rasul itu, dijadualkan bermula pukul 9 malam 31 Disember ini, lebih baik disalurkan bagi membantu mangsa banjir.
"Selawat itu bagus. Tapi kalau duit untuk belanja majlis selawat besar-besaran diguna bantu mangsa banjir, mungkin lebih bagus," katanya menerusi akaun Twitternya @saifuddinabd hari ini.
Tulisannya itu menerima komen daripada pengikut tweetnya yang menyatakan sokongan kepada cadangan tersebut.
Majlis itu anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell).
Ia bakal menampilkan pendakwah popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin dan dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 umat Islam terutama golongan muda.
Program tersebut dijadualkan berakhir kira-kira jam 11.45 malam bagi membolehkan orang ramai menanti detik 12 tengah malam bagi menyertai bacaan doa sempena tahun baru.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya turut menjemput barisan pimpinan negara bersama menghadiri program istimewa itu.
“Jika sebelum ini golongan muda memilih menghadiri program hiburan pada ambang tahun baharu, aktiviti ini memberi mereka pilihan untuk memupuk rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad,” katanya.
Terdahulu hari ini, PPj berkata, prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, ia mengadakan perbincangan dengan Ambank Group bagi membatalkan sambutan di Putrajaya yang melibatkan penyertaan artis tempatan itu.
Ia disahkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata beliau akan berbincang dengan Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim, yang menaja program itu, bagi menyalurkan RM3 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan banjir.
Keadaan banjir tidak menampakkan tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).
Awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial dan orang ramai selepas laporan mendedahkan beliau sedang bercuti di Hawaii bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai yang secara sinis membidas Najib yang dilihat tidak prihatin ketika rakyat berdepan dengan bencana teruk ketika ini. – 25 Disember, 2014.

Allah murka kepada orang miskin yang sombong

USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID | .
SOALAN: Saya pernah terdengar, bahawa orang-orang kaya dilarang bersifat sombong. Malah orang kaya yang sombong, ibarat Qarun yang dilaknati Allah SWT. Namun, di tempat tinggal saya, ada juga kedapatan orang-orang miskin yang merupakan asnaf zakat; tetapi mereka juga sombong. Contohnya, mereka enggan bergaul dengan masyarakat, malah sukar ke masjid atau menghadiri program-program kemasyarakatan serta bersifat mementingkan diri sendiri. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menyedarkan mereka?

JAWAPAN: Terima kasih kerana mahu mengemukakan persoalan seperti ini, yang saya yakin ia bukanlah fenomena setempat, malah ada juga di mana-mana. Ini kerana, semasa menghadiri jemputan pihak masjid dan komuniti, sering juga terdengar rungutan masyarakat mengenai sikap segelinitir asnaf zakat, khususnya dalam kalangan fakir dan miskin yang tidak mahu memesrai komunitinya.

Hakikatnya, di dalam Islam perbuatan menyombongkan diri bukanlah sesuatu yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika kita rajin membuka al-Quran, kita pasti akan terjumpa kisah keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh Iblis, sehingga melayakkan dia akhirnya dimurkai dan dihumban ke dalam neraka Allah.

Allah SWT berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”” (al-A’raff: 12-13)

Sungguh, kesombongan adalah pakaian ahli neraka, justeru orang yang memberikan hartanya sebagai sedekah sekali pun, namun jika diiringi dengan kesombongan, maka pahala amalnya akan menjadi kosong.

Firman Allah SWT lagi: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperoleh) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah: 264)

Jika seorang yang kaya, berkuasa dan terhormat pun ditegah daripada bersifat dengan kesombongan, maka apatah lagi bagi orang-orang miskin yang tidak mempunyai harta, tiada pangkat kebesaran dan kedudukan yang tinggi, maka pastilah menjadi suatu kejelekan jika mereka pula bersifat sombong. Ibarat kata pepatah, ‘lonjak sebagai labu dibenam’ dan ‘cacing hendak menjadi naga’, maka pastilah mustahillah jadinya.

Maka, Islam meletakkan satu penanda aras yang cukup ampuh dalam menjustifikasi kekayaan setiap orang, agar semua orang sedar, tanpa mengira status kaya atau miskin, bahawa hanya ada satu jenis kekayaan sahaja yang diiktiraf oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tidaklah dinamakan kekayaan itu dengan banyaknya harta benda dunia; tetapi kekayaan yang sebenar itu adalah dengan kayanya jiwa (hati).” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Miskin jiwa ialah mereka yang tidak berusaha menjadikan dirinya dekat dengan Allah SWT, mematuhi hukum-hakam, mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW yang penuh iltizam. Dalam erti kata lain, orang yang miskin jiwa itu ialah mereka yang tenggelam dalam kemaksiatan, keji peribadinya dan buruk akhlaknya.

Seorang yang kaya, dianggap miskin di sisi Allah SWT jika dia seorang yang banyak melakukan kejahatan di sisi manusia. Buktinya Qarun, firman Allah SWT: “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).” (al-Qasas: 71)

Sambung-Nya lagi: “Lalu Kami benamkan dia (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya daripada azab Allah, dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (al-Qasas: 81)

Bagaimanakah kita perlu melenturkan orang-orang miskin yang sombong ini? Maka, tiada jalan lain melainkan pihak berautoriti seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) perlulah meletakkan satu kaedah tarbiyah yang lebih berkesan kepada semua penerima zakat. Hal ini sudah pun dibincangkan oleh para fuqaha, dan memang fuqaha menyatakan bahawa pihak pengurus zakat perlu melentur asnaf yang fasik (ahli maksiat) agar mereka kembali ke jalan yang baik.

Di samping itu, pihak masjid, surau dan jawatankuasa penduduk setempat juga boleh berperanan dengan memberikan ‘tekanan’ secara halus agar para asnaf yang mungkin sedikit bermasalah ini semakin menghampirkan diri mereka ke masjid dan surau juga aktiviti kemasyarakatan. Pendekatan itu boleh dilakukan dengan penuh kreativiti.

Misalnya, pihak nazir boleh mewajibkan semua asnaf yang menjadi ahli qaryah di bawahnya, untuk menghadiri solat berjemaah dan mengikuti pengajian di masjid paling kurang sekali dalam seminggu. Ini kerana, saban tahun apabila para asnaf ini mahu mengemukakan permohonan kepada LZS, maka mereka juga wajib menemui pihak nazir atau jawatankuasa penduduk, maka pastilah pihak nazir dan jawatankuasa berkenaan mempunyai sedikit kelebihan untuk memastikan anak buah mereka itu berubah menjadi orang yang lebih baik.

Sesungguhnya, usaha mendidik asnaf zakat khususnya bagi mereka yang mempunyai sedikit masalah dalam aspek akhlak dan perhubungan sesama masyarakat, hendaklah ditangani bersama oleh LZS dan pihak komuniti. Insya-Allah, pasti ada jalan keluarnya.

Ingatlah, Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: “Ada tiga golongan, nanti pada hari kiamat Allah enggan berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka disiksa dengan siksaan yang pedih, iaitu (1) orang tua yang berzina, (2) raja (penguasa) yang suka berbohong, dan (3) orang miskin yang sombong,” (Hadis riwayat Imam Muslim). - http://www.hamizul.com/
Lebih 1,299 penyakit berjangkit dikesan di Pahang
  • Banjir
1 / 1
KUANTAN - Sebanyak 1,220 kes penyakit berjangkit telah dikesan daripada 4,073 mangsa banjir yang menjalani pemeriksaan kesihatan di Pahang dalam tempoh enam hari sehingga semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, daripada jumlah itu hanya 28 kes penyakit berjangkit yang tersenarai di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya ia melibatkan satu kes demam denggi manakala selebihnya melibatkan penyakit berjangkit ringan seperti penyakit kulit dan mata.

Beliau berkata 27 kes keracunan makanan turut dilaporkan iaitu di dua buah pusat pemindahan di Wisma Belia di sini yang dikesan berlaku pada 25 Disember melibatkan 14 orang yang disyaki berpunca daripada makan bubur nasi yang disumbangkan oleh orang perseorangan.

Manakala kejadian kedua berlaku di pusat pemindahan banjir Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) yang melibatkan 13 kes yang disyaki berpunca daripada meminum air yang juga disumbang oleh orang perseorangan.

Daripada 4,073 mangsa banjir yang telah diperiksa itu, sebanyak 1,645 kes penyakit tidak berjangkit seperti sakit lutut, penyakit kencing manis dan asma juga telah dikesan selain 57 kes kecederaan dan 614 bagi lain-lain kes.

Menurutnya, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan mangsa tentang risiko penyakit berkaitan banjir, beberapa aktiviti pendidikan kesihatan telah dijalankan di kawasan terlibat dengan banjir dan pusat pemindahan.

Sebanyak 9,945 aktiviti pendidikan kesihatan telah dijalankan setakat ini yang meliputi ceramah, perbincangan kumpulan, tunjuk cara, pengumuman awam, hebahan radio dan gotong-royong.

Selain itu, sebanyak 6,626 bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir seperti risalah, poster, bunting dan banner telah diedar dan dipasang. - Bernama

UTUSAN MALAYSIA – Pelajar Sekolah Agama 15 Tahun Menjadi MANGSA Pemuas Nafsu Teman Lelaki !!!!

| December 30, 2014 
UTUSAN MALAYSIA – Pelajar Sekolah Agama 15 Tahun Menjadi MANGSA Pemuas Nafsu Teman Lelaki !!!! | Amat menyedihkan apabila pelajar sekolah agama diro-g0l teman lelaki sendiri. Sesungguhnya hasrat ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah semestinya mahu anak mereka berjaya di dalam pelajaran mahupun kehidupan. Sеоrаng реlајаr реrempuan ѕebuаh sеkоlah аgama di ѕini berusіa 15 tahun mendаkwа dirо-g0l оlеh tеmаn lelаkіnуa dі sеbuаh bіlіk darjah dі sеkolah tеrѕеbut рadа 24 Oktober lalu. Dаlam kеjadіаn kira-kіrа pukul 11.30 pаgі іtu, ѕuѕpek dіkatаkаn menghantаr khіdmаt pеsanan ringkaѕ (SMS) mеngaјak mаngsа untuk bеrjumра dі sеbuah bіlіk dаrjаh уаng tidak digunakаn….
12345
Sekadar Gambar Hiasan
Dаlam pеrtemuаn terѕеbut, teman lеlаkinуа уаng јugа реlајar ѕеkоlah samа dan sеbaya kemudіan mеngajаk mеlаkukаn hubungan intim di аtаѕ mejа. Kејаdiаn itu kеmudіan terbоngkar dаn dikеtahuі keluаrga mangsа lаlu іbunyа уаng meruрakan ѕuri rumаh mеmbuat lapоrаn di Ibu Pејаbаt Pоlіѕ Daerah Sаbаk Bеrnam (IPD) pаda Jumааt lalu. Perkara ini sememangnya memalukan pihak lelaki dan juga perempuan….
Kеtuа Pоliѕ Dаеrаh Sаbаk Bеrnаm, Suрrіtеndаn Nоor Muѕhar Muhаmmad berkаtа, kејadіan itu tеrbongkar ѕеlеpaѕ mаngѕa mеnghаntar SMS keрada tеmаn lеlakіnуa menуatakаn kеbimbаngаn mungkіn dіa mengаndung kerаna tidаk dіdаtаngі hаid ѕeјak hаrі kеjadiаn. “Teman lеlаkі mangѕа yаng pаnіk dеngan SMS itu kеmudian telаh mеnghаntаr SMS keрadа tunаng bарa saudara mаngѕа bаgi memіntа pаndаngаn sеrta bаntuan….
“Mеnуedаri pеrbuаtаn itu ѕеrіus dаn tіdаk bermоral, wаnitа tеrѕеbut mеmberikan SMS kepadа baрa ѕаudarа mangsa yаng kеmudiаn memаklumkan kераdа ibu рelајаr tеrbаbit,” katanуa kерadа Utusan Mаlayѕiа di sinі hаri іnі. Noоr Mushar bеrkatа, mаngѕа dіkаtakаn mengenali ѕusрek ѕејak tigа tahun lalu dan mengаkuі telah lima kаlі mеlаkukan hubungаn se-ks bersаmа ѕuѕреk yаng kеѕеmuаnуа dіlakukan di tempat sаmа. “Kејаdian mаѕіh diѕіaѕat dаn tangkарan terhаdаp ѕuѕреk mаѕih belum dіlаkukan dan keѕ dіѕіаsat di bawah Sеkѕyеn 376 Kаnun Kеsekѕaаn,” katаnyа….
Sumber : Utusan Malaysia via Penghuni Alam Maya.




Terkini QZ8501: AKHIRNYA! PENDEDAHAN MENGEJUTKAN BOMOH INDONESIA!



JAKARTA: Hari ini pihak Persatuan Dukun Tempatan Profesional dari Indonesia telah menyatakan mereka akan membantu mencari lokasi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura semalam .

Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Perdukunan dan Adat Belitung, Mukhti Maarif ekoran lokasi terakhir pesawat jenis Airbus A320 itu hilang terletak di pulau tersebut, mereka bersedia membantu untuk mencari kapal terbang berkenaan.

“Kita siap sedia bersama-sama menolong pihak berkuasa Indonesia yang mengguna teknologi canggih. Insya Allah posisi pesawat memang diketahui masih dalam wilayah Belitung, baik darat, laut mahu pun udara, dipenuhi hal ghaib,” jelas beliau.

Beliau turut menjelakan bahawa para dukun di Pulau Belitung yang seluas 4,800 kilometer persegi itu cuma menunggu permintaan secara rasmi dari pihak pemerintah khasnya Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) di Jakarta yang juga agensi penyelaras kecemasan Indonesia.

Mukhti turut mengatakan bahawa pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap sebagai perkara remeh kerana terdapat persepsi masyarakat masih curiga kesahihan kaedah tradisional kecuali untuk berubat akibat ‘buatan’ orang tertentu.

“Hasil pemantauan kami setakat ini mendapati bangkai QZ8501 berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur dan buat saat ini posisi pesawat itu masih di dalam laut dekat kawasan dipenuhi terumbu karang di perairan tersebut,” ujarnya.


Pulau Belitung dihuni masyarakat Melayu dikenali sebagai Billitton sejak 1812 ketika zaman penjajahan Inggeris dan kemudian Belanda, secara kebetulan mendapat namanya sempena sejenis siput laut dalam dialek tempatan yang banyak di sekitar pulau berkenaan.

Kumpulan dukun profesional tempatan itu percaya, pesawat malang tersebut terhempas akibat kerosakan mesin di dalam kapal terbang tetapi punca kejadian belum lagi dipastikan sama ada kerana faktor cuaca buruk atau kelemahan juruterbang sendiri.

sumber

BERITA GEMBIRA KEPADA RAKYAT MALAYSIA...BERIKUT KHABARNYA ADALAH SENARAI HARGA BARU RON95, RON97 DAN DIESEL.. Berita yang baru sampai ke inbox FB Omak kau dan bertiup kencang di media sosial memberitahu tentang senarai harga minyak dan diesel yang baru dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015. RON95 - RM 1,93 RON97 - RM 2.13 DIESEL - RM 1.97 Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Bersiap sedia hadapi banjir gelombang keempat

HARAKAHDAILY | .
KUALA TERENGGANU: Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu mengarahkan Bilik Gerakan Banjir Kawasan Dungun dan Kemaman untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir gelombang keempat.

Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim menyatakan demikian merujuk kepada amaran hujan tahap merah yang dijangka melanda sekitar daerah Dungun dan Kemaman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.

"Persiapan ini merangkumi persiapan bilik operasi untuk terus diletakkan dalam keadaan siaga, persiapan aset dan peralatan, penyusunan petugas serta stok bekalan barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Menurutnya, menghadapi musim tengkujuh yang berpanjangan dan belum sampai ke penghujungnya sehingga kini, memang tidak dinafikan menuntut banyak pengorbanan masa, tenaga, kos serta penggunaan aset yang banyak.

"Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala yang telah dilalui dan dicurahkan oleh semua petugas. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

"Komitmen kita adalah untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat kerana Allah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya penduduk yang berada di kawasan rendah serta berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta memastikan keselamatan diri dan keluarga. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Tiada ulasan: