“Tolonglah, kami tak tahu nak ke mana”
Kuala Krai – “Mula-mula keluarga kami berpindah ke rumah jiran terdekat kerana rumahnya lebih tinggi, tapi kira-kira empat jam kemudian kami terpaksa berpindah lagi ke kawasan lain sebab rumahnya juga dinaiki air,” kata mangsa banjir, Fairuzana Mohd Pilus, 41, dari Kampung Guchil di sini.
Menurutnya, seluruh ahli keluarganya seramai lima orang panik melihat air naik mendadak sejak petang kelmarin, malah keadaan menjadi semakin buruk menjelang tengah malam dan awal pagi semalam.
Kakitangan awam itu yang berkhidmat di Kuala Lumpur berkata, dia terpaksa menghubungi saudara terdekat untuk menyelamatkan mereka menaiki perahu selepas tiada pasukan keselamatan tampil.
“Situasi ini amat mencemaskan kami sekeluarga, apatah lagi saya pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan ini pengalaman pertama saya terpaksa mengharungi banjir.
“Rumah ibu mentua yang berusia 70 tahun sememangnya dibina tinggi dan tidak pernah dinaiki air sebelum ini meskipun ketika banjir 2004, namun kejadian semalam (kelmarin) begitu mengejutkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lebih menyedihkan, ibu anak dua itu berkata, kira-kira 30 kucing parsi milik ibu mentuanya gagal diselamatkan dan dikhuatiri mati.
Menurutnya, tinjauan ke rumah itu pada 6.30 petang semalam mendapati hanya bumbung rumah yang kelihatan.
Sementara itu, di Kampung Aw Duri, di sini, kira-kira 40 penduduk dikhuatiri terperangkap di atas bukit di ladang kelapa sawit berdekatan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi sembilan meter sejak jam 9 malam kelmarin.
Suhaina Azni, 34, berkata, dia terperangkap bersama keluarga termasuk kakaknya yang baru 18 hari pantang bersalin.
“Kami tak tahu ke mana lagi nak pergi selepas air naik. Rumah saya sudah lama tenggelam dan saya nampak jelas air semakin menghampiri tempat kami berkumpul.
“Sejak malam kelmarin, saya menghubungi pihak berkuasa meminta bantuan, tetapi tiada yang tampil. Tolonglah, kami tak tahu nak ke mana,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Suhaina berkata, sudah menyedari air naik pada jam 9 malam dan mula memasuki rumah sekitar satu meter menyebabkannya mula bersiap untuk berpindah.
Katanya, cuba menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan ketika itu tetapi bertindak berpindah dengan bantuan orang kampung selepas air naik mendadak beberapa minit selepas itu.
Menurutnya, mereka juga terpaksa mendayung perahu ke kawasan ladang sawit yang lebih tinggi, namun kini bimbang bekalan makanan dibawa tidak mencukupi, lapor Hmetro.
Keluarga bayi hilang hanya mampu pasrah
- Kelihatan Pasar Besar Kuala Krai ditenggelami banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA KRAI - Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda
banjir lumpur, namun, bagi keluarga bayi malang yang dihanyutkan air
deras Nor Adriana Adila Asrol Afendi, peristiwa itu masih meninggalkan
kesan trauma dalam diri mereka.
Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.
Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Disember dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.
"Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.
"Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras. Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut," katanya kepada Bernama sambil mengelapkan air mata.
Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.
Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.
Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.
Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.
"Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik," katanya lagi.
Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.
Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.
Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.
Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu. -Bernama
Sebahagian daripada mangsa banjir terpaksa mendayung sampan untuk berpindah di Kampung Guchil, Kuala Krai, Kelantan, semalam. – Utusan/JAZALY AMRY JAAFAR
Walaupun cemas dan lapar, semua mangsa
tidak dapat berbuat apa-apa kecuali naik berlindung di tingkat empat
bangunan sekolah terbabit.
Sebelum itu, mereka berlindung di tingkat tiga sejak pukul 4 pagi, namun terpaksa bergegas naik ke tingkat empat kira-kira sejam kemudian apabila paras air naik dengan cepat ekoran hujan lebat berterusan.
Salah seorang mangsa, Jepri Anuar, 59, berkata, sebelum kejadian, dia berasa tidak sedap hati sehingga tidak dapat melelapkan mata kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga.
Katanya, pada pukul 4 pagi, suasana bertukar riuh-rendah apabila orang ramai mula kelam-kabut mengemaskan barang-barang sebelum berpindah naik ke tingkat tiga.
“Saya terus beritahu isteri dan tiga anak kami supaya mengemas barang dan menyertai yang lain naik ke atas. Kami semua takut melihat paras air semakin naik sehingga menenggelamkan tingkat dua dan tiga.
“Pada masa sama, kami terpaksa berlapar kerana bekalan makanan pula sudah habis. Kira-kira pukul 12 tengah hari, barulah ada bot pasukan penyelamat tiba untuk memindahkan kami,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan Dewan Pasar Sri Guchil, di sini hari ini.
Sementara itu, di Pondok Sungai Durian, kira-kira 200 penduduk terperangkap dan terpaksa bermalam di situ.
Menurut jurucakap bomba, pasukan keselamatan tidak dapat memindahkan mangsa kerana bot mereka kehabisan bekalan minyak.
“Turut terperangkap ialah sekumpulan penduduk yang kini berlindung di tingkat tiga bangunan SMK Sungai Durian yang kini dinaiki air sehingga tingkat dua.
“Kami sekarang sedang menunggu bantuan bekalan sampai,” katanya.
Ketika berita ini ditulis, wartawan Utusan Malaysia, Zaain Zin dan jurugambar, Jazaly Amry Jaafar turut terperangkap di kawasan berhampiran Sungai Durian bersama sekumpulan anggota bomba.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan
sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang
Kerian.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.
“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.
“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.
Katanya, meskipun kesihatan Nik Aziz semakin baik namun bekas Menteri Besar Kelantan itu berehat lebih lama ekoran keadaan banjir yang belum pasti.
“Walaupun sudah agak sihat pagi ini, ayahanda mungkin berehat sedikit masa lagi di sini kerana keadaan banjir yang belum pasti.
“Kiri kanan kampung Pulau Melaka kini menjadi aliran sungai yang deras. Bagaimanapun keadaan terkawal. Kawasan di sekeliling sungai Kelantan terjejas teruk,” katanya.
Nik Abduh sempat mengajak orang ramai berdoa atas keselamatan semua.
“Semoga ALLAH meredakan hujan dan angin kencang membadai lautan.
Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus. La Haula Wa La Quwwata Illa Billah,” tulisnya lagi.
Pemandangan dari udara menunjukkan sebahagian daripada bangunan, premis kediaman dan perniagaan di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Tembeling, semalam. – BERNAMA
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, setakat pukul 7 malam,
Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu
9,380 orang daripada 2,553 keluarga.
Katanya, angka itu diikuti Maran melibatkan 2,667 orang daripada 666 keluarga, Lipis (1,916 orang, 412 keluarga), Jerantut (1,290 orang, 273 keluarga) dan Pekan (719 orang, 172 keluarga).
“Temerloh pula mencatatkan seramai 333 orang mangsa daripada 66 keluarga, Rompin (257 orang, 64 keluarga) dan Bera (36 orang, tujuh keluarga),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuantan-Maran.
Setakat ini, dua kematian dilaporkan berlaku akibat banjir iaitu masing-masing satu di Sungai Lembing dan Lipis.
Keadaan laut bergelora dengan angin berkelajuan 60 kilometer sejam serta ombak laut mencapai ketinggian 5.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Sementara itu, sehingga pukul 6 petang ini, beberapa lokasi di daerah ini mencatatkan bacaan paras hujan yang sangat lebat melebihi 100 milimeter (mm) termasuk di kawasan hulu Sungai Kuantan.
Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah, ini menyebabkan bacaan paras air di beberapa sungai utama termasuk Sungai Kuantan dan Sungai Belat meningkat melebihi paras bahaya.
“Faktor air hulu yang bergerak turun ke muara dan ditambah air pasang besar yang dijadualkan mencapai kemuncak pada paras 3.6 meter kira-kira pukul 11.30 malam ini akan menyebabkan paras air sungai terus meningkat.
“Berikutan pertembungan ini, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai berpotensi untuk terjejas,” kata kenyataan tersebut.
Sungai Kelantan yang dirakam pada pukul 6 petang semalam, melimpah ke kawasan berhampiran bandar Kota Bharu. – UTUSAN/Wahidin Salim
Malah sehingga pukul 10 malam ini, air
semakin laju menerjah masuk bandar ini dan kesemua kawasan di tebing
Sungai Kelantan tenggelam.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan siren amaran malam ini dan arahan berpindah kepada semua penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Kawasan terlibat ialah Kampung Kota, Kampung Sireh, Jalan Che Su, Jalan Post Office Lama, Jalan Tok Hakim, Bunut Payung dan Tambatan Diraja.
Dalam perkembangan sama, pesakit-pesakit di wad lama terutama bayi serta kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dipindahkan ke kawasan selamat manakala pesakit antenatal dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebagai langkah awal untuk mengelak musibah yang lebih besar.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan di bandar ini agak kelam-kabut dan peniaga menutup premis mereka lebih awal.
Pada 2004, Kota Bharu dilanda banjir besar sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar ini serta mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.
Negeri ini juga hanya boleh dihubungi melalui udara dan satu laluan darat iaitu dari Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama ditutup kepada semua lalu lintas.
Jumlah mangsa yang berpindah pula terus meningkat kepada 30,687 orang daripada 8,701 keluarga sehingga pukul 10 malam ini berbanding 21,601 orang semalam.
Malah usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghantar bantuan menerusi udara ke Gua Musang dan Kuala Krai juga sekali lagi menemui kegagalan kerana cuaca buruk.
Difahamkan, MKN menggunakan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghantar bantuan ke Kuala Krai dari Kota Bharu biarpun dua bandar utama, Gua Musang dan Kuala Krai terputus hubungan sepenuhnya.
Keadaan di bandar Kuala Krai dilaporkan semakin buruk manakala di Gua Musang semakin reda.
Daerah Gua Musang mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan paling ramai iaitu 7,385 orang di 18 pusat pemindahan diikuti Pasir Mas (6,663 orang), Kuala Krai (4,864 orang), Tumpat (4,432), Jeli (1,308), Tanah Merah (1,049), Kota Bharu (464 ) dan Machang (386).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Paras air beberapa sungai di negeri ini iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Kelantan, Kuala Krai; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Jenob serta Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.
Keadaan bencana banjir di sekitar Pekan Kampung Gajah, Perak semalam.
Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.
Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Disember dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.
"Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.
"Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras. Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut," katanya kepada Bernama sambil mengelapkan air mata.
Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.
Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.
Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.
Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.
"Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik," katanya lagi.
Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.
Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.
Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.
Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu. -Bernama
Artikel Berkaitan
- Keluarga bayi hilang hanya mampu pasrah
- Rumah MB Kelantan mula dinaiki air
- JKR Perak wujudkan pasukan pemantauan khas
- Terengganu batal semua majlis hiburan ambang 2015
- TNB, syarikat air perlu beri rebat mangsa banjir
- Paras air Perak Tengah naik, jalan tutup
- Banjir: MKN Johor nasihati orang ramai siap sedia
- Bandar Kuala Kangsar dilanda banjir buruk
- Mayat pemancing dipukul ombak ditemui terdampar
- Harga sayur terkawal musim banjir
Mangsa terperangkap berada dalam ketakutan, kelaparan
26 Disember 2014 2:14 AM
Sebahagian daripada mangsa banjir terpaksa mendayung sampan untuk berpindah di Kampung Guchil, Kuala Krai, Kelantan, semalam. – Utusan/JAZALY AMRY JAAFAR
KUALA
KRAI 25 Dis. – Lebih 400 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat
pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, dekat
sini berada dalam keadaan ketakutan dan kelaparan apabila bangunan itu
ditenggelami air sehingga tingkat tiga, awal pagi semalam.
Sebelum itu, mereka berlindung di tingkat tiga sejak pukul 4 pagi, namun terpaksa bergegas naik ke tingkat empat kira-kira sejam kemudian apabila paras air naik dengan cepat ekoran hujan lebat berterusan.
Salah seorang mangsa, Jepri Anuar, 59, berkata, sebelum kejadian, dia berasa tidak sedap hati sehingga tidak dapat melelapkan mata kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga.
Katanya, pada pukul 4 pagi, suasana bertukar riuh-rendah apabila orang ramai mula kelam-kabut mengemaskan barang-barang sebelum berpindah naik ke tingkat tiga.
“Saya terus beritahu isteri dan tiga anak kami supaya mengemas barang dan menyertai yang lain naik ke atas. Kami semua takut melihat paras air semakin naik sehingga menenggelamkan tingkat dua dan tiga.
“Pada masa sama, kami terpaksa berlapar kerana bekalan makanan pula sudah habis. Kira-kira pukul 12 tengah hari, barulah ada bot pasukan penyelamat tiba untuk memindahkan kami,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan Dewan Pasar Sri Guchil, di sini hari ini.
Sementara itu, di Pondok Sungai Durian, kira-kira 200 penduduk terperangkap dan terpaksa bermalam di situ.
Menurut jurucakap bomba, pasukan keselamatan tidak dapat memindahkan mangsa kerana bot mereka kehabisan bekalan minyak.
“Turut terperangkap ialah sekumpulan penduduk yang kini berlindung di tingkat tiga bangunan SMK Sungai Durian yang kini dinaiki air sehingga tingkat dua.
“Kami sekarang sedang menunggu bantuan bekalan sampai,” katanya.
Ketika berita ini ditulis, wartawan Utusan Malaysia, Zaain Zin dan jurugambar, Jazaly Amry Jaafar turut terperangkap di kawasan berhampiran Sungai Durian bersama sekumpulan anggota bomba.
Nik Aziz keletihan, rehat di hospital
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.
“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.
“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.
Katanya, meskipun kesihatan Nik Aziz semakin baik namun bekas Menteri Besar Kelantan itu berehat lebih lama ekoran keadaan banjir yang belum pasti.
“Walaupun sudah agak sihat pagi ini, ayahanda mungkin berehat sedikit masa lagi di sini kerana keadaan banjir yang belum pasti.
“Kiri kanan kampung Pulau Melaka kini menjadi aliran sungai yang deras. Bagaimanapun keadaan terkawal. Kawasan di sekeliling sungai Kelantan terjejas teruk,” katanya.
Nik Abduh sempat mengajak orang ramai berdoa atas keselamatan semua.
“Semoga ALLAH meredakan hujan dan angin kencang membadai lautan.
Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus. La Haula Wa La Quwwata Illa Billah,” tulisnya lagi.
Banjir semakin serius di Pahang, 16,598 orang dipindahkan
25 Disember 2014 1:53 AM
Pemandangan dari udara menunjukkan sebahagian daripada bangunan, premis kediaman dan perniagaan di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Tembeling, semalam. – BERNAMA
KUANTAN
24 Dis. – Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah
mangsa ditempatkan di pusat pemindahan adalah seramai 16,598 orang
daripada 4,213 keluarga dan membabitkan lapan buah daerah.
Katanya, angka itu diikuti Maran melibatkan 2,667 orang daripada 666 keluarga, Lipis (1,916 orang, 412 keluarga), Jerantut (1,290 orang, 273 keluarga) dan Pekan (719 orang, 172 keluarga).
“Temerloh pula mencatatkan seramai 333 orang mangsa daripada 66 keluarga, Rompin (257 orang, 64 keluarga) dan Bera (36 orang, tujuh keluarga),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuantan-Maran.
Setakat ini, dua kematian dilaporkan berlaku akibat banjir iaitu masing-masing satu di Sungai Lembing dan Lipis.
Keadaan laut bergelora dengan angin berkelajuan 60 kilometer sejam serta ombak laut mencapai ketinggian 5.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Sementara itu, sehingga pukul 6 petang ini, beberapa lokasi di daerah ini mencatatkan bacaan paras hujan yang sangat lebat melebihi 100 milimeter (mm) termasuk di kawasan hulu Sungai Kuantan.
Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah, ini menyebabkan bacaan paras air di beberapa sungai utama termasuk Sungai Kuantan dan Sungai Belat meningkat melebihi paras bahaya.
“Faktor air hulu yang bergerak turun ke muara dan ditambah air pasang besar yang dijadualkan mencapai kemuncak pada paras 3.6 meter kira-kira pukul 11.30 malam ini akan menyebabkan paras air sungai terus meningkat.
“Berikutan pertembungan ini, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai berpotensi untuk terjejas,” kata kenyataan tersebut.
Keadaan Banjir Pekan Kampung Gajah
Hikmah tsunami Aceh
- Saban minggu, sekolah-sekolah akan mengadakan lawatan melihat tinggalan sejarah Aceh dan tsunami. FOTO: Koleksi peribadi penulis
JAM 7.58 pagi waktu Aceh, 26 Disember 2004
Mujiburrizal yang baru pulang dari bandar sedikit kaget apabila mendapati gegaran berlaku. Keadaan jadi kecoh. Ramai yang keluar dari rumah. Gegaran selama 10 minit itu menimbulkan kebingungan kerana Aceh tiada pengalaman menghadapi situasi ini.
Orang terpinga-pinga melihat beberapa bangunan yang runtuh akibat gegaran itu. Lebih kurang 15 minit selepas itu, kedengaran orang memekik: "Air laut naik! air laut naik!" diselangi bingit bunyi kenderaan dan orang bertempiaran.
Mujib yang menyangkakan air hanya pasang tinggi sekadar menyediakan persalinan untuk solat. Namun, ketika dia melangkah keluar dari rumahnya air hitam dilihat mengalir di jalan-jalan. "Kiamat ke hari ini?" hanya itu yang terpacul dari bibirnya.
Mujib bergegas membawa keluarga dan jiran-jiran naik ke tingkat dua rumah jirannya. Dalam beberapa saat selepas itu air sudah berada diparas leher. Pada waktu itu, Aceh menjadi lautan. Alhamdulillah, ALLAH SWT hantarkan sebuah bot nelayan yang tersangkut betul-betul di sebelah rumah tempatnya dan seramai 54 orang penduduk yang berada di situ pada hari tersebut kesemuanya selamat.
Hari ini, genap sedekad peristiwa tsunami yang menggegarkan dunia itu berlaku. Bagi Mujib dan kebanyakan penduduk Aceh, ia bagaikan baru kelmarin terjadi. Bayangan ngeri itu sentiasa bermain-main di ruangan mata.
Jika kita melawat Banda Aceh kini, mungkin tidak kelihatan lagi runtuhan akibat kejadian tersebut. Segalanya telah diperbaiki hasil sumbangan dan bantuan dari seluruh dunia. Namun, kebanyakan kesan-kesan tsunami masih dikekalkan untuk tatapan pelancong.
Mujib yang kini bertugas sebagai duta Muzium Aceh, selepas Tsunami Jepun berlaku pada tahun 2010 seorang wartawan dari media Jepun pernah bertanya, mengapa Aceh masih lagi mengekalkan tinggalan peristiwa hitam ini, bahkan dipelihara dan dijadikan monumen?
DI Jepun, segala kesan dibersihkan sehingga tiada kesan lagi.
"Mungkin orang lain melihat peristiwa ini sebagai suatu bencana alam sahaja. tetapi, bagi Aceh yang rata-rata penduduknya beragama Islam menganggap tsunami adalah satu teguran dan peringatan daripada Tuhan.
"Justeru, Aceh memelihara tinggalan akibat dari tsunami untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada generasi kemudian," terang Mujib.
Rata-rata penduduk Aceh melihat tsunami lebih daripada sekadar bencana. Sebaliknya, ia adalah peluang untuk Aceh membuka kembali ‘buku baru’ bagi negeri itu dengan meninggalkan segala kepahitan yang lalu.
Buka pintu kepada dunia
Jika disingkap kembali lembaran sejarah lampau, Aceh pernah menjadi sebuah kerajaan yang hebat suatu masa dahulu.
Mujib berkata, kewujudan kerajaan Islam Samudera-Pasai (1200-1400) dan kerajaan Islam Lamuri (sebelum 1500) menjadi bukti kegemilangan Aceh. Bahkan negeri ini berfungsi sebagai pusat Islam Nusantara sebelum ia berpindah ke Melaka.
"Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda adalah zaman kegemilangan tamadun Aceh. Kegemilangan ini yang kemudiannya hilang akibat penjajahan dan peperangan.
"Tsunami sebenarnya telah membawa banyak kebaikan kepada kami. Sebelum berlaku bencana ini, konflik antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka selama lebih kurang 30 tahun memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.
"Aceh tidak dikenali dunia kerana peperangan menutup pintu negeri ini dengan negara luar. Tetapi, tsunami membuka kembali gerbang tersebut. Berbekalkan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai negara, kami kini berusaha bangkit menuju kemajuan," jelasnya panjang.
Tambahnya lagi, sejarah tersebut menjadi kekuatan Aceh untuk bangkit kembali. Jika dahulu Aceh pernah gemilang. Tidak mustahil, ia akan bangkit kembali.
Setelah peristiwa tersebut, negeri yang terkenal sebagai 'Serambi Makkah' ini mula mengorak langkah. Perdamaian dan deklerasi mewujudkan ruang dialog dengan kerajaan Indonesia. Aceh tidak lagi memilih jalan keras untuk merdeka.
Sebaliknya, pemberian autonomi khusus dianggap satu langkah bijak kerana Aceh boleh membangun dengan caranya sendiri.
Tsunami sebagai 'penyelamat'
"Bencana ini adalah penyelesaian yang datang daripada ALLAH kepada masalah yang melanda Aceh selama ini. Jika dahulu Aceh pernah ‘hilang’ dari mata dunia. Kini, tsunami memperkenalkan kami kembali.
"Justeru, berasaskan zaman gemilang Aceh Darussalam, kerajaan berusaha membangunkan negeri ini dengan nilai-nilai Islam. Keizinan untuk melaksanakan undang-undang syariah juga menjadi suatu pencapaian dalam menuju kembali kegemilangan Aceh.
Kunjungan ke negeri tersebut baru-baru ini, memperlihatkan kesungguhan yang bukan sekadar kata-kata. Pelaksanaan undang-undang dilihat semakin berkesan dalam mendidik masyarakat. Aceh kini menjadi destinasi pelancongan yang hebat.
Kesan tinggalan tsunami, alam semula jadi yang sebelum ini tertutup daripada pengetahuan ramai kini menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. 10 tahun yang lalu mengubah wajah Aceh keseluruhannya. Walaupun pahit bagi mereka, hari ini kebanyakan penduduk Aceh mula mengerti hikmah yang tersirat di sebalik semua itu.
Sebagaimana kata nasihat daripada Pengarah Urusan Muhibbin Holiday, Ustaz Ghazali Ibrahim, yang mengetuai rombongan, apa yang berlaku di Aceh adalah iktibar kepada kita semua, tidak kira mangsa ataupun orang yang melihat tinggalan peristiwa tersebut.
"Manusia ini melihat dengan beberapa pandangan, mata, akal nafsu dan hati. Jelas, apa yang dilihat itu yang kita dapat. Jika orang berkunjung ke negeri ini hanya untuk melihat keindahan dan barangannya, pemerhatian tersebut tidak akan membawa makna yang besar dalam diri.
"Setelah tsunami dunia mula tahu mengenai Aceh yang melalui situasi sukar sejak 30 tahun dahulu. Kita mula melihat realiti sebenar pertolongan ALLAH di sebalik bencana tersebut. Maka belajarlah agar peristiwa hari ini tidak akan berulang lagi," katanya.
Menurutnya, mudah-mudahan peristiwa ini mengajar dunia perihal syukur dan sabar. Di mana kita dapat lihat harganya di sini. Juga mengajar mengenai reda dalam setiap takdir yang ditetapkan untuk kita.
Aceh kini cuba membangun dan mereka mengharapkan doa dari dunia seluruhnya. Tsunami bukan sahaja merubah geografinya. Ia turut meletakkan cita-cita dan hasrat dalam diri penduduknya memulakan hidup baru. Semoga Aceh akan kembali menjadi tamadun yang gemilang sebagaimana buminya suatu ketika dahulu.

Kelantan hampir lumpuh
Air Sungai Kelantan melimpah ke bandar Kota Bharu
25 Disember 2014 1:53 AM
Sungai Kelantan yang dirakam pada pukul 6 petang semalam, melimpah ke kawasan berhampiran bandar Kota Bharu. – UTUSAN/Wahidin Salim
KOTA BHARU 24 Dis. - Negeri ini hampir lumpuh apabila air dari Sungai Kelantan melimpah masuk ke bandar ini sejak petang tadi.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan siren amaran malam ini dan arahan berpindah kepada semua penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Kawasan terlibat ialah Kampung Kota, Kampung Sireh, Jalan Che Su, Jalan Post Office Lama, Jalan Tok Hakim, Bunut Payung dan Tambatan Diraja.
Dalam perkembangan sama, pesakit-pesakit di wad lama terutama bayi serta kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah dipindahkan ke kawasan selamat manakala pesakit antenatal dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebagai langkah awal untuk mengelak musibah yang lebih besar.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan di bandar ini agak kelam-kabut dan peniaga menutup premis mereka lebih awal.
Pada 2004, Kota Bharu dilanda banjir besar sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar ini serta mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.
Negeri ini juga hanya boleh dihubungi melalui udara dan satu laluan darat iaitu dari Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama ditutup kepada semua lalu lintas.
Jumlah mangsa yang berpindah pula terus meningkat kepada 30,687 orang daripada 8,701 keluarga sehingga pukul 10 malam ini berbanding 21,601 orang semalam.
Malah usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghantar bantuan menerusi udara ke Gua Musang dan Kuala Krai juga sekali lagi menemui kegagalan kerana cuaca buruk.
Difahamkan, MKN menggunakan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghantar bantuan ke Kuala Krai dari Kota Bharu biarpun dua bandar utama, Gua Musang dan Kuala Krai terputus hubungan sepenuhnya.
Keadaan di bandar Kuala Krai dilaporkan semakin buruk manakala di Gua Musang semakin reda.
Daerah Gua Musang mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan paling ramai iaitu 7,385 orang di 18 pusat pemindahan diikuti Pasir Mas (6,663 orang), Kuala Krai (4,864 orang), Tumpat (4,432), Jeli (1,308), Tanah Merah (1,049), Kota Bharu (464 ) dan Machang (386).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Paras air beberapa sungai di negeri ini iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Kelantan, Kuala Krai; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Jenob serta Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.
Dah macam ni punya terok pon tak diisytiharkan darurat lagi. Nak tunggu tenggelam semua baru darurat kot.
Siakap Keli added 4 new photos.
23 mins ·
Keadaan di UMK (Universiti Malaysia Kelantan) sebentar tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan