Rabu, 31 Disember 2014

WALLAHU'ALAM....SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT...ESOK2 JAWAB JE LAH


MKN: RM9.3j untuk mengurus bukan kendali bencana
  • MOF MOF
1 / 1
KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana negara dan hanya menyediakan RM9.3 juta bagi peruntukan pengurusan bencana dalam Bajet 2015 adalah tidak benar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata, peruntukan RM9.3 juta yang dirujuk dalam dakwaan itu sebenarnya hanya merupakan peruntukan belanja mengurus yang disediakan untuk membiayai kos pengurusan Bahagian Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pembayaran gaji dan elaun kakitangan.
  
Katanya, dana untuk menghadapi bencana telah disediakan di bawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Bencana Negara yang diuruskan MKN.
  
"Untuk makluman, baki tabung ini pada 15 Disember 2014 (sebelum banjir berlaku) adalah berjumlah RM217 juta.
  
"Dalam Bajet 2015, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM70 juta sebagai tambahan ke dalam tabung tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini bagi menyangkal dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.   
  
Mohd Irwan berkata, di samping dana sedia ada dalam tabung berkenaan, Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan peruntukan khas melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM50 juta pada 24 Disember lepas yang dikendalikan Pejabat Pembangunan Negeri.
  
"Selanjutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Disember telah meluluskan tambahan dana berjumlah RM500 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang diuruskan MKN.
  
"Dengan penjelasan ini, Kementerian Kewangan berharap rakyat mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai peruntukan bagi pengurusan bencana," katanya. - Bernama
'Rumah saya kini hanya tinggal tapak'
  • Siti Khadijah dan anak kecilnya mencari sisa-sisa yang tinggal untuk digunakan setelah rumahnya musnah dalam banjir yang melanda Kampung Manek Urai Lama. Siti Khadijah dan anak kecilnya mencari sisa-sisa yang tinggal untuk digunakan setelah rumahnya musnah dalam banjir yang melanda Kampung Manek Urai Lama.
1 / 1
KUALA KRAI -”Sebak hati saya bila pulang ke rumah, melihat hanya tinggal tapak rumah yang selama ini menjadi tempat perlindungan kami sekeluarga."

Itulah luahan, Siti Khadijah Md Nor, 36, yang menceritakan kesengsaraan selama empat hari bersembunyi di Bukit Kajang untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir besar
“Sisa-sisa rumah saya sudah berada di bawah jalan masuk ke lorong rumah.

“Kini, apa yang mampu saya lakukan adalah mengutip sisa-sisa daripada rumah seperti kayu-kayu yang masih boleh digunakan untuk suami saya membina sebuah pondok tempat kami berteduh,” katanya ketika di temui pemberita di Kampung Manek Urai lama yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan sejak enam hari lalu.

“Selain daripada kayu-kayu, dia cuba mencari barang-barang lain yang mungkin boleh digunakan namun segalanya musnah,” katanya.

Siti Khadijah tinggal di kediaman itu bersama suami, Hassan Mahhasan, 38, lapan orang anak dan bapa mertua.

“Saya tak kata ini sebagai banjir, saya katakan ini tsunami. Air bah sangat laju dan menolak apa saja yang di hadapannya.

“Saya kini tinggal di rumah yang berada di atas bukit bersama puluhan yang lain. Jika nak pindah ke pusat pemindahan pun,  di sana sudah ramai sangat mangsa ditempatkan di pusat itu,” katanya
Khemah sementara untuk mangsa hilang rumah
  • banjir
1 / 1
KOTA BHARU - Kerajaan akan menyediakan khemah secepat mungkin untuk menempatkan mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir di negeri ini.
  
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penyediaan khemah itu adalah tindakan segera sebelum rumah sementara dapat disiapkan untuk mangsa.
  
"Jumlah sebenar mereka yang terbabit sedang dikenal pasti tetapi ramai masih tinggal di sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan walaupun banjir sudah surut dan mereka ini akan keluar dari sekolah berkenaan apabila sesi baharu persekolahan bermula pertengahan bulan depan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang merupakan kawasan paling ramai mangsa kehilangan rumah atau rosak teruk.
  
Beliau berkata, kawasan-kawasan yang sesuai akan dikenal pasti untuk pembinaan khemah tersebut yang akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.
  
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membina rumah sementara untuk mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir sebelum rumah kekal disediakan untuk mereka.
  
Mustapa berkata, Kelantan memerlukan lebih banyak bekalan makanan dan pakaian untuk mangsa banjir dan berharap rakyat Malaysia yang prihatin akan segera menyumbang.
  
Beliau juga berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kemudahan  infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan masjid yang rosak akibat banjir. - Bernama

Blogger China Ramal Tragedi Pesawat QZ8501 Air Asia 13 Hari Sebelum Kejadian


Penghujung tahun 2014 ini sekali lagi menyaksikan satu lagi pesawat terhempas. Kali ini pesawat QZ 8501 Air Asia milik Indonesia. Pesawat yang hilang daripada rada pada pagi 28 Disember lalu telah ditemui semalam (30 Disember) dan ia telah disahkan terhempas di Selat Karimata.

Namun apa yang mengejutkan, seorang blogger dari China telah meramalkan kejadian seumpama pesawat MH370 atau pesawat MH17 bakal terjadi lagi dalam industri penerbangan Malaysia. Malah, ia merujuk terus kepada syarikat penerbangan Air Asia adalah target utama.

"Jakarta, Dec 30: As the debris and bodies of the ill-fated AirAsia Flight QZ8501 were spotted on the third day of the mishap on Tuesday, a shocking report has emerged that the disaster was predicted two weeks before by a Chinese blogger. According to media reports, the mysterious Chinese blogger, who reportedly calls himself a "Landlord" had warned on Monday, Dec 15 that 'AirAsia would be targeted by a shadowy organisation called 'Black Hand' that also sabotaged two Malaysian airlines - MH17 and MH370, early this year.

"His sensational blog to Tianya, a Chinese version of Reddit, went viral on the social media and lead to an online frenzy. His blog reportedly says: "Black hand has hijacked and shot down MH370 and MH17. This has pretty much killed the sixth largest airline: Malaysian airline. Now the black hand are targeting AirAsia to ruin this airline cause (sic) it too belong to Malaysia. Given how powerful the black hand are I suggest that all Chinese thinking about travelling to avoid AirAisa, so that you don't disappear like those on MH370." The blogger also repeated his warning on December 16 and 17, adding: 'This is a major event in human life, we have to pay attention.' The Daily Mail reported that "some speculate that he could be a Chinese intelligence official or a hacker ." Sceptics say posts were likely edited after AirAsia QZ8051 went missing. Many conspiracy theories floated when the two Malaysian Airlines-MH370 and MH17 met a tragic end in early 2014.

Berikut video ulasan mengenai ramalan blogger China yang dibuat olehnya kira-kira 2 minggu sebelum kejadian
 
.

 




LIHAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN, DEDAHKAN SYARIKAT BALAK CINA SINGAPURA!!!

Gambar-gambar terbaharu dari udara yang diambil dari helikopter dan pengesahan gambar-gambar yang sama dari sumber google imej dan google map menunjukkan Rahsia besar kawasan pembalakan Lojing botak, rosak dan punah. 

Segala-galanya alam, hutan, ekosistem rosak terok dengan Kerakusan manusia yang gila Wang, kerana Wang untuk membeli pangkat dan jawatan.

Tidak perlu berlapik lagi, Kerajaan PAS ketika Husam berkuasa mesti bertanggungjawab!!! Dedahkan siapakah Syarikat Balak dari Cina Singapura yang dibawa masuk oleh Husam! Ambil semula wang Balak itu untuk pulihkan Kelantan yang hancur gara-gara mereka.

Kepada rakyat Kelantan, lihatlah dan saksikanlah Kerakusan Manusia merosakkan alam ciptaan Ilahi menyebabkan banjir luar biasa di negeri Kelantan.

Ketika banjir besar memunjak Husam lari bersembunyi, Ahli Parlimen Kuala Krai lari bersembunyi, dan ramai lagi lari bersembunyi setelah mengaut keuntungan jutaan ringgit. Sebab itu mereka tidak perlu bekerja lagi...

Bersambung...

QZ8501: Bayangan pesawat kelihatan dalam laut


Bayangan-pesawat-
JAKARTA
– Kru pesawat operasi mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia melihat bayangan objek berbentuk pesawat di dalam laut di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Laksamana Madya TNI, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukan SAR kini ke lokasi itu untuk menyiasat.
“Jam 12.50 waktu tempatan, pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut,” katanya di sini, hari ini, lapor Detik.com.
Beliau berkata, ketika ini pasukan mencari sedang melakukan penyiasatan dan memindahkan objek yang dipercayai milik pesawat QZ8501.

Tiada ulasan: