Banjir mula melanda kawasan perdagangan di Pattani
-
Banjir
yang semakin buruk di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia kini
telah memasuki kawasan perdagangan di Pattani, selatan Thailand. - Foto
Bernama
PATTANI - THAILAND. Banjir mula melanda kawasan perdagangan di bandar
Pattani ekoran hujan lebat selama empat hari dan air dari bahagian utara
Sungai Pattani yang melimpah.
Datuk Bandar Pattani, Pitak Kokiart Pitak berkata paras air setinggi
kira-kira 2 meter direkodkan di beberapa kawasan kediaman dan pusat
perdagangan bandar Pattani.
Katanya, kawasan bandar itu mula dinaiki air pada pukul 11 pagi tadi
dan antara kawasan yang terlibat ialah di Jalan PipitPakdi, Jalan
Kelapo, Jalan Saiburi, Jalan Yarang dan Jalan Santisuk.
Sejumlah 37,790 orang dari 10,098 keluarga dari 193 buah kampung
terjejas akibat banjir yang dijangka berterusan buat beberapa ketika.
Beberapa batang jalan raya utama seperti Pattani-Hatyai dan Pattani-Yala ditutup kerana air melimpahi jalan raya.
Gabenor Wilayah Pattani, Wirapon Keawsuwang turun melawat dan
menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang tinggal di pendalaman
terutamanya di Kampong Jemok, Mukim Pakaharang, Muang Pattani.
Beliau berkata lapan daerah di Pattani iaitu daerah Muang Pattani,
Nongchi, Yarang, Yaring, Kapor, Saiburi Tungyang-daeng dan Maelan
diisytihar sebagai kawasan bencana alam. - Bernama
Syafahida Sufiani shared My Media Hub's photo.
2 mins ·
Allah, tanah runtuh lagi
Kejadian
tanah runtuh baru berlaku sebentar tadi di laluan Jeli / Gerik, 1 km
selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik. Sebuah lori ayam
terjun gaung.
SOLAT TAUBAT DAN SOLAT HAJAT TOLAK BALA
Plot kejadian banjir berdasarkan portalbencana.mkn.gov.my
1. Terengganu 15 Disember 11.03 pagi
2. Kelantan 16 Disember 12.53 tengah malam...
See More
Like · · Share
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap
hari... Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu
untuk menelefon kita?. Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu,
tanya dia macam mana kerja...".
Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah
kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih,
ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian...
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan
tegas berkata "tidak boleh!"...Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan
peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayahlah
yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau... Ayah
marah kita...tahukah kita yang ayah tak nak apa2 terjadi dekat kita bila
keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej
untuk belajar...Di saat kita memerlukan macam2, untuk keperluan kuliah
kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya...
Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk
tangan untukmu...Ayah akan tersenyum dengan bangga... walaupun kadang2
ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah
ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan bakal suami meminta izin
untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati2
mengizinkannya...Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk di atas
pelamin bersama pasangan kita...ayah pun tersenyum bahagia... Apa kita
tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis
kerana ayah sangat bahagia..."Ya Allah, tugasku telah
selesai...Bahagiakanlah puteri puteri kecilku yang manis bersama
pasangannya.."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu2nya yang sesekali datang menjenguk...
*Fikir2kan... ayah dan ibu adalah segala2nya, janganlah sesekali abaikan mereka...
Hargailah selagi kedua2 mereka masih ada....
Ustaz Azhar Idrus with Papeya Jan and 2 others
Banjir mula melanda kawasan perdagangan di Pattani
- Banjir yang semakin buruk di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia kini telah memasuki kawasan perdagangan di Pattani, selatan Thailand. - Foto Bernama
PATTANI - THAILAND. Banjir mula melanda kawasan perdagangan di bandar
Pattani ekoran hujan lebat selama empat hari dan air dari bahagian utara
Sungai Pattani yang melimpah.
Datuk Bandar Pattani, Pitak Kokiart Pitak berkata paras air setinggi
kira-kira 2 meter direkodkan di beberapa kawasan kediaman dan pusat
perdagangan bandar Pattani.
Katanya, kawasan bandar itu mula dinaiki air pada pukul 11 pagi tadi
dan antara kawasan yang terlibat ialah di Jalan PipitPakdi, Jalan
Kelapo, Jalan Saiburi, Jalan Yarang dan Jalan Santisuk.
Sejumlah 37,790 orang dari 10,098 keluarga dari 193 buah kampung
terjejas akibat banjir yang dijangka berterusan buat beberapa ketika.
Beberapa batang jalan raya utama seperti Pattani-Hatyai dan Pattani-Yala ditutup kerana air melimpahi jalan raya.
Gabenor Wilayah Pattani, Wirapon Keawsuwang turun melawat dan
menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang tinggal di pendalaman
terutamanya di Kampong Jemok, Mukim Pakaharang, Muang Pattani.
Beliau berkata lapan daerah di Pattani iaitu daerah Muang Pattani,
Nongchi, Yarang, Yaring, Kapor, Saiburi Tungyang-daeng dan Maelan
diisytihar sebagai kawasan bencana alam. - Bernama
Syafahida Sufiani shared My Media Hub's photo.
2 mins ·
Allah, tanah runtuh lagi
Kejadian
tanah runtuh baru berlaku sebentar tadi di laluan Jeli / Gerik, 1 km
selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik. Sebuah lori ayam
terjun gaung.
SOLAT TAUBAT DAN SOLAT HAJAT TOLAK BALA
Plot kejadian banjir berdasarkan portalbencana.mkn.gov.my
1. Terengganu 15 Disember 11.03 pagi
2. Kelantan 16 Disember 12.53 tengah malam...
See More
Plot kejadian banjir berdasarkan portalbencana.mkn.gov.my
1. Terengganu 15 Disember 11.03 pagi
2. Kelantan 16 Disember 12.53 tengah malam...
See More
Like · · Share
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari... Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?. Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu, tanya dia macam mana kerja...".
Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian...
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari... Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?. Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu, tanya dia macam mana kerja...".
Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian...
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan
tegas berkata "tidak boleh!"...Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan
peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayahlah
yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau... Ayah
marah kita...tahukah kita yang ayah tak nak apa2 terjadi dekat kita bila
keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar...Di saat kita memerlukan macam2, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya...
Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu...Ayah akan tersenyum dengan bangga... walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan bakal suami meminta izin untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati2 mengizinkannya...Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita...ayah pun tersenyum bahagia... Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..."Ya Allah, tugasku telah selesai...Bahagiakanlah puteri puteri kecilku yang manis bersama pasangannya.."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu2nya yang sesekali datang menjenguk...
*Fikir2kan... ayah dan ibu adalah segala2nya, janganlah sesekali abaikan mereka...
Hargailah selagi kedua2 mereka masih ada....
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar...Di saat kita memerlukan macam2, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya...
Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu...Ayah akan tersenyum dengan bangga... walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan bakal suami meminta izin untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati2 mengizinkannya...Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita...ayah pun tersenyum bahagia... Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..."Ya Allah, tugasku telah selesai...Bahagiakanlah puteri puteri kecilku yang manis bersama pasangannya.."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu2nya yang sesekali datang menjenguk...
*Fikir2kan... ayah dan ibu adalah segala2nya, janganlah sesekali abaikan mereka...
Hargailah selagi kedua2 mereka masih ada....
2 hrs ·
Kuala krai
Like · · Share · 31,102247314
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Jalan Duta di sini, Selasa terkejut apabila lantai seluas sembilan meter persegi di ruang legar bangunan itu mengalami keretakan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang itu dipercayai akibat perubahan suhu tanah di bawah kawasan lantai itu berikutan perubahan cuaca.
"Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba di kompleks itu pukul 4.11 petang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan itu masih selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata bangunan itu masih dalam tempoh jaminan kontraktor pembinaan selama lima tahun.
"Bangunan ini baru empat tahun diduduki dan berdasarkan temu bual dengan pegawai KDN, kami dimaklumkan pihak kontraktor akan membaiki kerosakan tersebut," katanya. - mStar Online
Lantai Kompleks KDN Retak Akibat Perubahan Suhu Bawah Tanah

Bandar Maran dilanda banjir terburuk dalam 7 tahun
- Kelihatan kakitangan Bank Simpanan Nasional cawangan Maran bertungkus lumus membersih premis setelah air kembali surut selepas bandar Maran dinaiki air setinggi paras pinggang malam tadi, di Maran hari ini. - Foto Bernama
MARAN - Maran dilanda banjir terburuk dalam tempoh tujuh tahun apabila
bandarnya dinaiki air kira-kira 1.2 meter malam semalam menyebabkan
segala operasi melibatkan premis perniagaan, bank dan beberapa bangunan
agensi kerajaan terjejas hari ini.
Seorang peniaga, Ngo Kee Chiew, 36, berkata, kejadian banjir malam
semalam merupakan yang terburuk pernah dialaminya selepas 2007 semenjak
membuka bengkel membaiki kenderaan di sini pada 2002.
"Hujan turun tidak berhenti sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan cepat.
"Sebaik mendapat maklumat jam 11 malam, saya bergegas dari rumah untuk
selamatkan barang di kedai, namun tidak sempat kerana air sudah naik
paras dada dan kebanyakan jalan tidak boleh dilalui.
"Semasa banjir buruk tahun lepas kita masih sempat selamatkan barang,
namun tahun ini, saya kerugian kira-kira RM30,000 kerana kebanyakan
barang rosak, " katanya ketika membersihkan kedainya di sini hari ini.
Tinjauan mendapati antara agensi yang turut terjejas berikutan kejadian
banjir malam semalam termasuk Perpustakaan Awam Maran, Jabatan
Veterinar, Bank Simpanan Nasional dan CIMB cawangan Maran.
Mangsa banjir, Nur Saida Abd Rafar, 31, berkata, air mula naik di
kawasan rumahnya di Taman Maran Jaya kira-kira 3 pagi setelah hujan
lebat sejak petang semalam.
"Semasa itu saya sedang tidur, namun terjaga sebaik mendengar bunyi
bising jam 1 pagi tadi, menyebabkan saya dan suami hanya sempat mencapai
beberapa barangan sahaja untuk disimpan di tempat tinggi.
"Air naik terlalu cepat menyebabkan kami terpaksa meninggalkan rumah
dengan segera. Jam 5 pagi tadi saya pergi jenguk rumah, yang nampak
hanya bumbung," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di
Masjid Syakirin, di sini.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob petang ini
turut turun padang melawat mangsa banjir di daerah ini yang mencecah
sehingga 1,646 mangsa daripada 457 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.
Beliau bersama rombongan, terdahulu mendengar taklimat di Ibu Pejabat
Polis Daerah Maran sebelum melawat pusat pemindahan banjir di Masjid
Kampung Luit yang menempatkan 600 mangsa banjir.- Bernama
7:30PM - 23 Dec 2014
SEBELUM KRONI UMNO - lebihan RM5 bilion SELEPAS KRONI UMNO - hutang RM12 bilion
Ambil pekerja tidak ikut keperluan bukti kelemahan
KUALA LUMPUR - Kegagalan pengurusan syarikat penerbangan negara,
Malaysia Airline System Berhad (MAS) terdahulu mengenal pasti keperluan
jumlah tenaga kerjanya antara punca lambakan kakitangannya pada masa
ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu lebihan
kakitangan MAS sehingga terpaksa diberhentikan adalah bukti kelemahan
pentadbirannya dan tidak wajar menyalahkan pekerjanya.
"MAS adalah syarikat GLC yang paling ramai pengurusnya, yang salahnya
bukan pekerja, yang salah ialah bagaimana kamu mewujudkan struktur
seperti itu sedangkan syarikat lain tiada mempunyai pengurus yang begitu
ramai dalam syarikat mereka.
"Kalau dikatakan isunya lebihan kakitangan, bukan salah kepada kakitangan, salahnya kamu buat apa ambil (pekerja).
"Sepatutnya kamu kena melihat berapa jumlah keperluan yang sebenar,
sekarang menunjukkan bahawa peneraju Mas sebelum ini gagal untuk melihat
apa keperluan tenaga manusia dalaman atau tenaga kerja," katanya kepada
Sinar Online di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kesatuan Kebangsaan
Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) bahawa MAS dan Khazanah Nasional
Berhad tidak sepatutnya menyalahkan kakitangan mereka ekoran kerugian
syarikat penerbangan itu.
Sebaliknya kata kesatuan itu, Khazanah harus mengakui berlakunya salah urus dalam syarikat penerbangan nasional itu.
Nufam juga menggesa Khazanah membatalkan rancangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangan MAS.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, Pas juga menyokong penuh gesaan
bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman supaya
kerajaan mendedahkan siapa yang merosakkan syarikat itu kepada umum.
"Apa yang disebut oleh Tan Sri Aziz bahawa orang yang merosakkan MAS itu perlu dicari, siapa dia.
"Tidak adil orang yang merosakkan MAS itu tidak ditemui, tiba-tiba yang dihukum adalah pekerja," katanya lagi.
Post by Sukan Star TV.
7:30PM - 23 Dec 2014
Perak, Perlis mula dilanda banjir
Perak dan Perlis mula dilanda banjir
hari ini manakala keadaan di Kelantan, Terengganu serta Pahang bertambah
buruk dan keadaan baik dilaporkan di Sabah.
Di PERAK, sebanyak 170 mangsa banjir di kawasan Lenggong, Sungai Siput
dan Ipoh dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir setakat ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata kejadian
banjir di Lenggong berpunca daripada pelepasan air daripada Empangan
Kenering yang menjejaskan Kampung Sumpitan, Kampung Tampan Air dan
Kampung Labik.
Di PERLIS pula, banjir yang melanda bahagian utara negeri itu
menyebabkan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke tiga pusat
pemindahan pagi tadi, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis.
Di KELANTAN, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat 1,550 orang kepada
22,259 orang petang ini berbanding 20,709 mangsa pada tengah hari tadi.
Menurut Portal Banjir kerajaan negeri Kelantan, mereka ditempatkan di 95
pusat pemindahan petang ini, meningkat 10 pusat pemindahan berbanding
tengah hari tadi.
Jumlah mangsa banjir tersebut daripada sembilan jajahan iaitu Gua
Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh,
Tanah Merah dan Tumpat, dengan Kota Bharu dibuka semula pusat pemindahan
selepas ditutup malam tadi.
Helikopter terpaksa digunakan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Gua Musang dan Jeli hari ini.
Lima sungai di Kelantan masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya
iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Galas di Dabong, Gua
Musang; Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang; Sungai Kelantan di Tangga
Krai, Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah
Merah.
Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda
apabila jumlah mangsa terjejas meningkat 672 orang daripada 11,731 orang
pada tengah hari tadi kepada 12,403 orang melibatkan 2,966 keluarga
yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan setakat pukul 4 petang ini.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman
mendahului dari segi mangsa iaitu 5,592 orang diikuti Kuala Terengganu
2,803 orang, Dungun 2,665 orang, Hulu Terengganu 648 orang, Besut 590
orang, Marang 94 orang dan Setiu 22 orang.
Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Dungun di Kuala Jengai,
Sungai Berang di Kampung Menerong Hulu Terengganu, Sungai Besut di
Kambung La, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sunai Nerus di Kampung
Langkap, Sungai Telemonong di Kuala Pinang Hulu Terengganu, Sungai
Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Kemaman di Jambatan Ban
Ho, telah melepasi paras bahaya.
Di PAHANG, mangsa banjir meningkat hampir sekali ganda kepada 4,729
orang daripada 1,163 keluarga di enam daerah petang ini berbanding 2,555
orang daripada 598 keluarga tengah hari tadi.
Jurucakap
Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata,
kesemua daerah terbabit menunjukkan pertambahan bilangan mangsa banjir
dengan daerah Kuantan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 2,704 orang
daripada 708 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Maran melibatkan 1,187 orang daripada 274 keluarga di 11 pusat
pemindahan, Lipis (470 orang daripada 107 keluarga di 10 pusat), Rompin
(227 orang daripada 50 keluarga di tiga pusat), Jerantut (113 orang
daripada 18 keluarga di 10 pusat) dan Pekan 28 orang daripada enam
keluarga di satu pusat), katanya kepada Bernama.
Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di
Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan
Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis
dan Jerantut-Kuala Tahan.
Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
menunjukkan paras air di empat batang sungai utama di Pahang masih kekal
melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai
Pahang di Sungai Yap, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Kuantan
Bypass.
Di Sabah, keadan banjir di Tenom bertambah baik apabila hanya tinggal 19
mangsa di pusat pemindahan petang ini berbanding 194 mangsa tengah hari
tadi manakala di Beufort jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang ,
pertambahan 70 orang daripada tengah hari tadi.
Jumlah korban banjir masih kekal empat orang setakat ini.
Bagaimanapun, mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika mandi
di sungai di Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu 14 Disember
ditemui di pesisir Pulau Kapas semalam (22 Disember).
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman pula dikhuatiri lemas di Kuantan
hari ini selepas terjatuh di Sungai Lembing manakala mayat seorang
lelaki yang hilang di Pantai Kampung Baru Gebeng di Kuantan ketika
memancing Ahad lepas ditemui kira-kira 2.5km dari tempat kejadian, pagi
tadi.
- Bernama
Empangan Kenyir catat bacaan 144.2 meter
KUALA TERENGGANU - Bacaan paras air di Empangan Stesen Hidroelektrik
Sultan Mahmud dekat Tasik Kenyir di Hulu Terengganu ketika ini ialah
144.2 meter dan masih berada pada tahap selamat, dengan tahap bahaya 145
meter.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai khabar angin kononnya air di empangan itu akan dilepaskan bagi mengurangkan tekanan air yang boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika musim banjir sekarang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran khabar angin itu kerana ia boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Hulu Terengganu.
"Saya berharap orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp atau laman sosial Facebook," katanya pada sidang media tentang perkembangan terbaharu banjir di Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof.
Menurutnya faktor kejadian banjir di negeri ini turut disebabkan kejadian air pasang besar.
"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan purata hujan yang tinggi melebihi 100 ml sehari dan berterusan lebih 48 jam serta kenaikan aras laut iaitu setinggi 2.5 hingga 2.8 meter mengakibatkan berlakunya banjir hampir keseluruhan negeri Terengganu.
"JPS menjangkakan air pasang besar akan terus berlaku sehingga 27 Disember ini bermula jam 9 malam hingga 1 pagi iaitu paras air akan meningkat sehingga 2.7 meter," kata Mazlan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat yang meninjau keadaan di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud lewat petang ini berkata keadaan adalah selamat.
Katanya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepadanya keadaan terkawal dan paras air belum lagi mencapai tahap maksimum. - Bernama

Kasihnya Laila Zulina shared Hafiz Sahaja's photo.
39 mins ·
Allah....Allah..Allah...
Info terkini jalan Smpang Pulai naik ke Cameron highlands
Kiriman sahabat SSTV
Rumah kami di felda chiku 7, gua musang..terputus hubungan line, elektrik tak ada..hujan makin lebat..mintak doa agar smuanya selamat
Rumah kami di felda chiku 7, gua musang..terputus hubungan line, elektrik tak ada..hujan makin lebat..mintak doa agar smuanya selamat
Like · · Share · 23,269509287
myKelantan.TV
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Banjir di Negeri Kelantan masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan. Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah. Firman Allah yang bermaksud:
“ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah ”.
( Surah Al-Hadid : 22 )
Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita.
Pihak Kerajaan sebelum ini telah mengarahkan semua Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir disemua lokasi pemindahan. Junjung kasih di persembahkan kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, di atas keprihatinan baginda mencemar duli turun meninjau kesusahan rakyat serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk Pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri dan Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pasukan Keselamatan, Pasukan Perubatan, pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dan seluruh sukarelawan yang berada di setiap lokasi banjir dan pusat pemindahan bagi kemudahan dan keselamatan orang ramai.
Disini, saya menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bermula pada hari ini bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi. Diharap pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Halaqat, para guru pondok dapat mengepalai masyarakat bagi tujuan memudahkan urusan solat hajat tersebut.
YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 1 Rabiul Awwal 1436/ 23 Disember 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan