9:58PM - 24 Dec 2014
Menteri: Tak perlu isytihar darurat di K'tan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed
menegaskan tiada keperluan Kelantan diisytiharkan darurat ketika ini,
walaupun keadaan banjir yang melanda negeri ini semakin buruk.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan sedang berusaha keras membantu menyelamatkan mangsa banjir terutama di jajahan Kuala Krai yang dilaporkan kritikal.
Pasukan penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sedang bertungkus lumus menghantar bantuan makanan dan keperluan lain walaupun terputus laluan darat akibat tanah runtuh dan ditenggelami air, katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dilaporkan berkata dakwaan kononnya Kelantan diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir buruk melanda negeri ini adalah tidak benar.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terputus laluan darat.
"Walaupun ada desakan daripada pihak tertentu termasuk penduduk di Kuala Krai supaya diisytiharkan darurat, setakat ini tindakan itu tidak perlu kerana keadaan masih terkawal," kata Mustapa sambil meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai banjir di Kelantan melalui aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.
Mustapa berkata Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab sudah berada di Kelantan bagi mengikuti perkembangan banjir serta memantau kerja-kerja menyelamat dan penghantaran bantuan kepada mangsa.
Setakat petang ini, sebanyak 26,547 mangsa banjir ditempatkan di 125 pusat pemindahan di sembilan jajahan yang terjejas dengan bencana tersebut.
- Bernama

5:51PM - 24 Dec 2014
Penyelamat cedera, kenderaan masuk gaung
Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Al-Muktafi Billah
Shah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terhumban ke
dalam gaung akibat tanah runtuh awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia, Datuk Mohd Nor Ibrahim berkata insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi di Jalan Kampung Syukur Pasir Raja di Dungun mengakibatkan mangsa bersama jentera 'RRV' serta sebuah bot terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter.
Beliau berkata mereka dalam perjalanan untuk memindah mangsa banjir di kawasan berkenaan.
"Kesemua mereka yang cedera berjaya dikeluarkan dengan pertolongan orang awam yang menyedari kejadian itu," katanya.
Anggota Mohd Fadzil Mohd Jamal, Mohd Faisal Mohd Fauzi dan Aziz Mohammad kini dilapor stabil dan dirawat di Hospital Dungun manakala Maharazin Mat Saud yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk
rawatan lanjut.

Islam Bangkit added 2 new photos.
17 hrs ·
Ombak di Rusila Teganu.....
Macam Tsunami....ya Allah jauhilah dari bencana lebih dasyat...!
Macam Tsunami....ya Allah jauhilah dari bencana lebih dasyat...!
TAK BERHENTI2 BUAT MAKSIAT
Konsert Ambang 2015 Putrajaya Wajar Dibatalkan
KUALA LUMPUR: Rata-rata pengguna media sosial hari ini mempersoalkan tindakan Perbadanan Putrajaya yang masih belum membuat sebarang keputusan pembatalan Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang ditaja oleh AMBANK ,bertempat di hadapan bangunan Kementerian Kewangan pada 31 Disember ini.
BACA: Karnival Raudah Dibatalkan Kerana Terpaksa Bagi Laluan Untuk Konsert Ambang Tahun Baru
Mereka mendesak Perbadanan yang dipengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Aseh Che Mat, dapat membuat keputusan segera untuk membatalkan acara berkenaan, memandangkan hampir 60 ribu mangsa banjir diseluruh negara masih dalam keadaan yang tidak menentu.
Keadaan banjir yang masih tidak nampak akan surutnya khususnya di negeri pantai timur mengundang rasa simpati keseluruhan rakyat Malaysia dari didalam dan luar negara.
Walaupun konsert berkenaan tidak mengunakan duit kerajaan, memandangkan ia ditaja sepenuhnya oleh AMBANK, akan tetapi pihak penganjur serta Perbadanan Putrajaya harus menjaga sensitiviti mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam banjir buruk yang luar biasa kali ini.
Difahamkan konsert AMBANK Ambang Tahun Baru 2015 jika diteruskan akan menelan belanja RM3 Juta ia peningkatan dari tahun pertama yang berjumlah RM1.5 juta.
Penganjur turut menyasarkan 500,000 ribu pengunjung akan hadir di malam 31 Disember berkenaan dimana 100,000 adalah penduduk Putrajaya manakala selebihnya hadir daripada penduduk sekitar . - Orangmuda.tv
5:00PM - 23 Dec 2014
Banjir: MB K'tan minta masjid, surau solat hajat
Ekoran keadaan banjir semakin
"mencemaskan", Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meminta semua
masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat bermula hari ini.
"(Ia) bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri Kelantan
khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak
mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad, semua pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Negeri Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
(JAHEAIK), Halaqat dan guru pondok diharap mengepalai masyarakat bagi
tujuan tersebut.
Musibah banjir, kata Ahmad, adalah ujian Allah yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.
"Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah," ujar Ahmad lagi.
Beliau berkata Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengeluarkan saranan itu dengan beberapa masjid akan mengadakan solat hajat mulai malam ini.
Sementara itu, Setiausaha kerajaan negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah menyarankan semua masjid dan pusat pemindahan banjir di negeri itu mengadakan solat hajat agar keadaan banjir segera pulih seperti sedia kala.
Beliau berkata Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengeluarkan saranan itu dengan beberapa masjid akan mengadakan solat hajat mulai malam ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah
mangsa bagi daerah Pasir Mas sehingga pagi ini ialah 10,565 orang ,
Kuala Krai (1,328), Pasir Puteh (556), Tanah Merah (141), Machang (19)
dan Jeli (211).
Sebanyak 15 laluan di lapan jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin buruk pagi ini.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada
semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.
Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong
di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra
(Bandar Kuala Krai) dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).
Di Tumpat, dua laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km8
Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti dan Km2 Jalan Keselamatan (Kesban)
Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.
Di Pasir Mas, dua laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km12
Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Km11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau
Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, selain satu laluan di Machang iaitu
di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata.
Sementara itu, tiga laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan
melibatkan Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2
dan Km24-Km26 Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.
Di Tanah Merah, satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu
di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh manakala di Machang
laluan yang terlibat ialah di Km6 Jalan Kubor China-Temangan.
Di Jeli, laluan di Km37 Jalan Jeli-Dabong dan Km10 Jalan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan turut ditutup kepada kenderaan ringan.
Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 20,468 pagi ini berbanding 16,081 orang malam tadi.
Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menggunakan
sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Jeli berikutan kesukaran menggunakan laluan darat.
Pengarahnya Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata alternatif dengan
kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak itu diambil
berikutan jarak antara Gua Musang dan Jeli dengan Kota Baharu agak jauh dan memerlukan masa yang
panjang untuk tiba di sesebuah lokasi jika menggunakan laluan darat.
"Kita khuatir sekiranya ada jalan yang ditutup dan terkandas yang akan
menyukarkan lagi kerja-kerja penghantaran bekalan makanan ini," katanya
ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut
portal banjir kerajaan negeri, setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa
di lapan jajahan di Kelantan meningkat kepada 20,709 berbanding 20,468 orang pagi tadi.
Kesemua mangsa daripada 6,795 keluarga itu ditempatkan di 84 buah pusat pemindahan berbanding 70 pusat pagi tadi.
Nik Omar berkata hujan lebat yang berterusan sejak semalam dan kadang
kala lebat hari ini di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai, menyebabkan
paras air sungai di jajahan itu meningkat dan membanjiri kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui.
"Bagaimanapun pegawai kita dan pihak yang terlibat sudah bersiap sedia
untuk mengagihkan makanan dan membantu mangsa banjir di sana," katanya.
Nik Omar meminta semua mangsa yang berada di pusat pemindahan bersabar
menunggu bekalan makanan memandangkan banyak kekangan terpaksa dihadapi
ekoran bencana itu.
"Harap mangsa banjir bersabar kerana bekalan kita terputus memandangkan
jumlah mangsa yang semakin meningkat... bekalan yang disediakan adalah
banyak tetapi jumlah mangsa banjir
terlalu ramai, jadi kita terputus bekalan termasuk di kedai-kedai yang
dilantik untuk membekalkan bekalan berkenaan," katanya.
Beliau berkata helikopter yang membawa bekalan makanan itu kini dalam
perjalanan ke Gua Musang serta Jeli dan dijangka tiba dalam masa
terdekat.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 22,259 orang petang ini berbanding 20,709 tengah hari tadi
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 22,259 orang petang ini berbanding 20,709 tengah hari tadi
6:38PM - 24 Dec 2014
Kes runtuhan projek LRT: Satu mayat ditemui
Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.
Satu mayat ditemui pada kira-kira jam 10 malam ini, menurut kenyataan awal Prasarana (M) Bhd.
Terdahulu, firma itu menyebut, para penyelamat berusaha menyelamatkan dua pekerja warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia, menurut kenyataan itu.
Seorang lagi pekerja yang dikhuatiri turut tertimbus ditemui dalam keadaan baik di rumah kongsi pekerja, menurut kenyataannya lewat malam ini.
"Usaha mencari dan menyelamat dengan bantuan Emergency Response Team, termasuk pasukan polis serta bomba dan penyelamat sedang berjalan untuk mencari dua lagi pekerja," kenyataan itu dipetik.
Pengarah jabatan projek pembangunan Prasarana, Datuk Zohari Sulaiman dalam kenyataan itu menyebut, punca kejadian masih disiasat
Pasukannya serta firma perunding, Opus-Ace Vector Consortium, HSS Integrated Sdn Bhd, serta kontraktor, Fajarbaru Builder Sdn Bhd akan membantu siasatan, katanya.
Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.
"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.
Prasarana menguruskan projek sambungan LRT itu.
Dalam kenyataan terdahulu, firma itu menjelaskan bahawa, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).
Selain tiiga orang yang dipercayai maish terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.
Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.
Pada Ogos lalu, tiga orang pekerja Bangladesh maut akibat ditimpa struktur konkrit seberat 300 tan di tapak projek MRT di Kota Damansara.
29 Mac, 2013 – Seorang pemandu terbunuh dan seorang lagi cedera ditimpa projek pembinaan dari sebuah kren di tapak projek LRT berhampiran lapangan terbang Subang.
24 Jun, 2014 – satu blok keluli menimpa sebuah kenderaan mengakibatkan kecederaan kepada pemandu tersebut di tapak projek MRT di Pusat Bandar Damansara.
26 Jun, 2014 – Dua orang dalam sebuah kenderaan cedera akibat ditimpa beberapa rod keluli di tapak projek LRT, Jalan Lapangan Terbang Subang.

Terbalik, 2 Mangsa Hilang Dibawa Arus
KEMAMAN: Sebuah bot penyelamat mangsa banjir milik Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah terbalik menyebabkan dua orang telah hilang dihanyutkan banjir.
Kejadian tersebut berlaku di Kampung Dato Hj Ibrahim dimana semasa kejadian bot tersebut telah membawa 7 orang termasuk dua orang pegawai penyelamat dan 5 orang mangsa banjir.
Apabila sampai di satu kawasan air berpusar bot tersebut telah hilang kawalan dan terbalik menyebabkan dua orang mangsa banjir iaitu seorang lelaki dan seorang wanita telah hilang dihanyutkan arus deras dengan berjaket keselamatan.
Kedua-dua mereka dilaporkan memakai jaket keseamatan dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.
Pegawai Pgo bertugas, PpGB Mohd Hasbullah Bin Halipah telah mengesahkan kejadian ini dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau pun ingin melaoporkan tentang kejadian banjir di Terengganu bolah mengubungi 09-6315402 atau 09-6224444 untuk tindakan lanjut.-Siakapkeli.com.my
DALAM ISLAM...IAITU SARANAN AGAMA...JIKA BERDIRI
BAWA DUDUK...TAK MAHU JUGA BAWA BARING...JIKA GAGAL JUGA AMBIK WUHDU...JIKA GAGAL JUGA BAWA SOLAT/SOLAT SUNAT...ADA YANG MENYARANKAN BARING ITU ATAS TANAH AGAR INGAT ASAL USUL KITA DARI TANAH
Raihana Rye AbdRahman
10 hrs ·
La taghdab!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan