Kisah Taubat Seorang Lelaki Dan Sepotong Roti
Kisah Taubat Seorang Lelaki Dan Sepotong Roti
Kisah Taubat Seorang Lelaki Dan Sepotong Roti
| Sebuah kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Puteri
harap kisah ini dapat mengingatkan kita tentang pintu taubat itu tidak
pernah tertutup… Sama-sama kita hayati..
Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari
meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata
kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang
seseorang yang mempunyai sepotong roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada
seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang
dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya
tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia
tentukan.
Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia
sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang
fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang
bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang
sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir
miskin dalam pondok itu.
Rupanya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta
yang setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir
miskin yang menginap di pondok itu, masing-masingnya mendapat sepotong
roti.
Pada waktu yang lain, datang pula orang
lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang
berada di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang
bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka
sebagai orang miskin.
SABDA RASULULLAH SAW: Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.
Rupanya salah seorang di antara orang
miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan
roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia
berkata:
“Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”
Orang yang membahagikan roti itu menjawab:
“Kamu dapat melihat sendiri, roti yang
aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada
mereka lebih dari sepotong roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut,
maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah
diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat
bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu
meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal
ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih
kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh
malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang
dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang
dilakukannya selama tujuh malam.
Akan tetapi ketika dosa yang
dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang
pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya,
ternyata amal sepotong roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding
dengan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!”
Dia Masuk Bilik Tidur Dan Menyentuh Kemaluan Saya
Dia suspek masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya 15.Menurutnya dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu suspek yang juga rakan
Syeikh Zainul Asri Hj Ramli - Bala Dari Allah
~:: Catatan Kuliah ::~
Kalau dengaq kuliah SYEIKH tadi memang nak nangis
Nabi bila langit mendung, muka Nabi berubah terus. Saidatina Aisyah tanya kenapa muka Nabi berubah bila tengok langit mendung, jawab Nabi, sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun. Kesian tengok SYEIKH tadi.
Mcm tak larat ja (Syeikh demam). SYEIKH kata langit sekarang ni di tahap voltan paling tinggi dah. Tunggu masa bala nak turun. Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun.
Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tak terima dah
SYEIKH kata, dia mcm nak suruh menteri kedah panggil semua rakyat kedah buat solat hajat di stadium darul aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala. Keadaan memang tenat dah sekarang ni.
SYEIKH paling takut 26 & 27 ni Langkawi nak buat pesta. Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu. Org dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah-olah dok panggil bala ALLAH turun. Tengok langit. Mendung ja. Berapa hari dah takda matahari
Keratan berita dari Bernama : Pesta pantai langkawi yang bakal diadakan 26 dan 27 Disember ini. |
Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Taktau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita. Kalau turun tu.. Eh, taktau la.
Takut sungguh dengaq SYEIKH cerita. Ni kami cerita balik apa SYEIKH cakap tadi . Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha. Tengok banjir di perlis, kelantan, terengganu & pahang. Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha. Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat. Lepas habis tu SYEIKH cerita.
Takutt .. SYEIKH kata baru2 ni puting beliung dekat sabak bernam. Allah tak turunkan dekat rumah orang. Allah bagi turun dekat sawah padi. Tengok banjir punya teruk, tak ramai sangat yg mati. ALLAH nak turun bala pun masih Dia bagi rahmat, Allah tak kejam. Tapi manusia yg kejam terhadap diri sendiri.
ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia. Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat mcm tu
Seolah olah petanda. Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar2, taktau laa.
Mcm banjir di kelantan. Menteri kata banjir luar biasa. Tengok rantau panjang. Kereta habis hanyut mcm tsunami. Sebab apa tu? Sebab kelantan nak buat hukum hudud. Tapi ada hat orang2 yg dok tentang jugak hukum hudud ni. Rahmat ALLAH turun dekat org2 yg baik ja. Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua akan kena ..
Syeikh Muhd. Zainul Asri Hj. Romli
Masjid As-Solihin - 23/12/2014
Sumber : pemudattbc
Banjir di Kelantan menurun, negeri lain semakin buru
Perak, Perlis, Sabah turut alami bencana alam berkenaan
24 Disember 2014 2:18 AM
KUALA
LUMPUR 23 Dis. - Perak dan Perlis mula dilanda banjir hari ini manakala
keadaan di Terengganu, Pahang dan Sabah bertambah buruk malam ini
manakala di Kelantan keadaan sedikit baik.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Ipoh juga meningkat kepada 421 mangsa malam ini berbanding 170 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Baharum berkata setakat ini, jumlah mangsa banjir di Hulu Perak ialah 256 mangsa, Kuala Kangsar (142 mangsa) dan 23 mangsa di Ipoh.
Beliau berkata, kejadian banjir di Lenggong berpunca daripada pelepasan air daripada Empangan Kenering yang menjejaskan Kampung Sumpitan, Kampung Tampan Air dan Kampung Labik.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, air dari Empangan Chenderoh terpaksa dilepaskan berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat daripada 12,403 orang petang tadi kepada 12,629 orang setakat 7 malam ini, kata jurucakap MKN Terengganu.
Kemaman merupakan kawasan yang paling terjejas dengan jumlah mangsa 5,657 orang diikuti Kuala Terengganu 2,895 orang, Dungun 2,654 mangsa, Hulu Terengganu 811 orang, Besut 499 orang, Marang 91 mangsa dan Setiu 22 orang.
Bagaimanapun pusat operasi berkurangan kepada 92 berbanding 93 petang tadi.
Di PAHANG, apabila jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 8,193 orang malam ini membabitkan 2,089 keluarga di enam daerah setakat pukul 9 malam ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, mangsa banjir di Kuantan merupakan yang paling ramai iaitu 3,525 orang yang ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu.
“Di Maran melibatkan 1,373 orang di 12 pusat pemindahan, Lipis 659 orang di 12 pusat pemindahan, 384 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan di Jerantut manakala Rompin 246 orang di dua pusat pemindahan dan 99 mangsa di Pekan yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan,” katanya.
Beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis dan Jerantut-Kuala Tahan.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 293 mangsa malam ini berbanding 268 orang petang tadi, manakala keadaan tidak berubah di Tenom dengan kekal 19 mangsa di sebuah pusat pemindahan.
Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Shaid Othman berkata, kesemua 293 mangsa yang melibatkan 104 keluarga dari tujuh kampung itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Masyarakat Baru di daerah itu.
Beliau berkata lebih 10 jalan terputus dan ditutup untuk kenderaan ringan iaitu di Kampung Melulugus, Kampung Lawa, Kampung Lago, Kampung Suasa, Kampung Lupak, Kampung Selinsing, Kampung Kebulu, Kampung Beringin, Kampung Gadong, Kampung Lawa, Kampung Lawa Labi, Kampung Gumarit dan Kampung Lago.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit penurunan iaitu daripada 22,259 mangsa petang tadi kepada 21,601 orang malam ini yang ditempatkan di 96 pusat pemindahan.
Mangsa banjir berkenaan terdiri daripada sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya dan empat bacaan di tiga sungai utama di negeri itu juga masih melepasi paras bahaya.
Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Disember lalu masih kekal empat orang. – BERNAMA
Kolej Vokasional Kuala Krai hampir tenggelam
- Keadaan banjir di Kolej Vokasional Kuala Krai, hari ini. - Foto pembaca Sinar Harian oleh NORAKMAL MHD MAHYIDIN
KUALA KRAI - Paras air di Kolej Vokasional di sini hampir mencecah bumbung garaj sehingga jam 7 pagi tadi.
Menurut isteri kepada seorang warden institut tersebut, Norakmal Mhd Mahyidin, 42, beliau dan tujuh sekeluarga terpaksa berpindah ke aras satu bangunan asrama setelah air naik hingga menenggelamkan kediaman mereka.
Katanya, air naik mendadak jam 2.30 pagi tadi.
"Turut bersama kami ialah adik saya dan keluarga yang terpaksa menumpang setelah terperangkap di Merapoh.
"Buat masa ini bekalan makanan untuk kami masih mencukupi", katanya.

Bandar Kuala Kangsar dilanda banjir buruk
- Kelihatan seorang lelaki merenung penempatan di kawasan tebing Persisiran Sayong yang ditenggelami air akibat limpahan Sungai Perak di Kuala Kangsar, hari ini. Paras air di kawasan terlibat dijangka akan terus meningkat berikutan pelepasan air dari Empangan Chenderoh. - Foto Bernama
Masing-masing menggunakan telefon pintar selain kamera untuk merakamkan kejadian itu yang dianggap antara terburuk dalam sejarah Kuala Kangsar.
Laluan di tengah-tengah bandar turut sesak dengan lalu lintas pelbagai kenderaan termasuk yang diletakkan di pinggir-pinggir jalan utama.
Cakap-cakap kononnya banjir itu akan mencecah sehingga paras separuh menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar menjadi buah mulut orang ramai yang hadir di sekitar kawasan Dataran Sungai Perak Indah di sini.
Menara jam tersebut terletak di kawasan bulatan yang menghubungkan lima laluan iaitu Jalan Kangsar, Jalan Daeng Selili, Jalan Taiping, Jalan Istana dan Jalan Shahbandar.
Ia menjadi antara mercu tanda Kuala Kangsar Bandar Diraja serta kebanggaan warga tempatan.
Para peniaga turut sibuk mengemas dan memasukkan pelbagai barangan jualan antaranya perabot, alat ganti motosikal, produk kecantikan, basikal dan perkakasan ke dalam lori untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Mereka dibantu para pekerja, anggota keluarga dan sahabat handai.
Peperiksaan akhir bagi para penuntut Kolej Komuniti Kuala Kangsar bagi semester kali ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang ditentukan kemudian apabila separuh daripada bangunan tiga tingkat kolej yang berada dalam deretan lot kedai di sini, telah ditenggelami banjir.
Nurliyana Ahmad Zaizi, 19, yang menuntut bidang pastri berkata sepatutnya peperiksaan akhir mereka bermula hari ini pada 9 pagi.
"Dapur kelas di bahagian bawah sudah ditenggelami banjir, habis barang-barang seperti penyejuk, oven dan bahan-bahan mentah untuk kelas 'baking' juga musnah, memang tak sempat nak keluarkan dari kelas," katanya.
Pensyarahnya, Ruslina Yusoff, 33, pula berkata kesemua barang-barang yang boleh diselamatkan sedang dipindahkan ke Kolej Komuniti Chenderoh dengan bantuan para penuntut dan kakitangan.
Peniaga perabot Loh Man Mun, 60, berkata sejak beliau meniaga di pekan itu 40 tahun lepas, ada beberapa kejadian banjir yang buruk seperti pada 1967, namun kisah itu semakin dilupakan.
"Tapi, banjir kali ini ia mengingkatkan saya semula, tambahan pula apabila ada cakap-cakap air boleh naik sampai mencecah paras setengah menara jam besar," katanya yang sibuk mengangkat barangan perabot jualannya ke dalam lori untuk dipindahkan ke kediamannya di Bukit Chandan.
Walaupun banjir belum mencecah sampai ke kedainya, beliau tidak mahu mengambil risiko kerugian yang lebih teruk dan telah meminta anggota keluarga serta sahabat handai membantunya memindahkan barangan jualan, katanya.
Sementara itu peniaga barangan kosmetik dan herba, Aziah Mat Bahak, 45, yang juga sedang memindahkan produk jualannya berkata air Sungai Perak yang terletak berhampiran lot kedainya mula naik pada 1 petang semalam.
"Dalam tempoh tidak meniaga ini memang akan rugi, tapi yang penting saya bersyukur kerana diri, keluarga dan orang ramai selamat, itu yang paling saya bersyukur. Pelanggan saya mungkin akan beli di satu lagi kedai saya, setakat ini kedai berada di kawasan selamat," katanya.
Beliau berkata insiden banjir kali ini paling buruk.
"Kita mula pindahkan barang ke bahagian atas, yang kita jadikan stor. Bekalan elektrik pun telah dipotong sementara sejak malam tadi," katanya.
Kejadian banjir terburuk pernah berlaku di Kuala Kangsar pada awal tahun 1967 dan kali terakhir pada penghujung 1993. - Bernama
12:00AM - 25 Dec 2014
Letupan di Gurun, 3 beranak maut
Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera
parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman
Ria Mesra di Gurun petang ini.
kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, 5, maut.
Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Ahmad Shahabuddin berkata walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.
"Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.
"Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ahmad berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan turut meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan yang boleh meletup di dalam rumah terbabit.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang, dan sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.
Letupan itu turut menyebabkan kerosakan kepada sekurang-kurangnya lapan rumah berdekatan dan turut memusnahkan dua kereta.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.
- Bernama

12:30PM - 24 Dec 2014
Bot penyelamat tak dapat lalu arus deras
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan bercadang untuk menggunakan
helikopter bagi membawa masuk bot penyelamat ke kawasan bencana banjir.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Hussin Ab Rahman berkata alternatif itu dipertimbangkan berikutan bot tidak dapat melalui kawasan yang arus sangat deras.
Beliau berkata pihak bomba bercadang meminta bantuan khidmat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan itu.
"Bagaimanapun ia perancangan awal pihak bomba. Ia tertakluk kepada situasi dan sebolehnya kita akan cuba membawa masuk bot menggunakan jalan darat iaitu dengan lori kerana ia lebih mudah," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bahary, hari ini.
Beliau berkata ketika ini helikopter milik jabatan sedang membuat pemantauan di kawasan yang teruk terjejas banjir khususnya di Kuala Krai, terutama untuk mengesan mangsa banjir yang mungkin terkandas.
Hussin berkata penduduk di sekitar Kota Baharu diminta bersedia menghadapi kemungkinan air banjir naik mendadak.
"Ini kerana banjir di Gua Musang semakin buruk dan limpahan air mungkin akan turun ke daerah ini.
"Semua kena bersedia, pihak kami telah membuat persediaan dengan menempatkan bot di kawasan yang telah dikenal pasti," katanya.

9:13PM - 24 Dec 2014
Bot penyelamat karam, suami isteri hilang
Sepasang suami isteri hilang setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka
bersama tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tiga lagi mangsa
banjir terbalik dan karam di Kampung Geliga Che Akob di Kemaman hari
ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini berkata mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Nur Hayati Sulong dan suaminya Suhaimi Awang.
Beliau berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari itu bot berkenaan dalam proses memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan dan semua anggota serta mangsa menggunakan jaket keselamatan selain mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
"Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, bot yang dinaiki mereka terperangkap pada pusaran air dan menyebabkan bot yang dinaiki tiga anggota bomba dan lima mangsa banjir itu terbalik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut beliau tiga anggotanya cuba untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa namun arus air terlalu deras manakala tiga lagi mangsa dapat berenang ke tebing berdekatan.
Md salleh berkata ketika ini gerakan mencari mangsa masih giat dijalankan.
Katanya operasi menyelamat melibatkan 20 anggota dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain kini diperluaskan ke Kuala Kemaman kerana bimbang mangsa dihanyutkan arus deras.

"BOM" Meletup Di Sebuah Rumah Di Taman Ria Mesra, Ragut 3 Nyawa
GURUN: Petang tadi satu kejadian ngeri telah berlaku di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan seorang ahi keluarnya yang lain.
Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.
Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 4 org maut dan merosakan 7 buah rumah berhampiran.
Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat.
Ini adalah perbincangan orang ramai di media sosial.
Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.
Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.
Ia telah menyebabkan strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain.-Siakapkeli.com.my
Lagi Gambar di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan