Rebutlah Pangkat Isteri Solehah
Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk.
Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya.
Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!
Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.
Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, “Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan”. Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.
Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.
Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.
Sumber: http://jalanakhirat.wordpress.com/
Misteri bau busuk terjawab
KUALA TERENGGANU - Misteri bau busuk di flat Ladang Gemilang 2, di
sini, sejak seminggu lalu, terjawab apabila polis menemui mayat seorang
wanita lengkap berpakaian di salah sebuah rumah di sini, petang
kelmarin.
Menurut sumber, wanita yang dikenali Salamah Ibrahim, 74, yang tinggal bersendirian di rumahnya itu dipercayai meninggal dunia empat hingga enam hari lalu.
Jelasnya, mangsa dijumpai oleh anggota polis sejurus menerima maklumat daripada salah seorang jirannya yang curiga dengan bau busuk dari arah rumah mangsa.
“Difahamkan beberapa hari lalu, seorang jiran ternampak mangsa bergegas balik ke rumahnya dalam keadaan terberak-berak.
“Selain itu, lebih mencurigakan apabila jirannya itu terbau sesuatu yang busuk di rumah mangsa sebelum nekad menghubungi polis kerana risau sesuatu yang buruk mungkin berlaku ke atas wanita terbabit,” katanya.
Menurutnya, polis terpaksa memecahkan pintu kayu depan rumah mangsa untuk masuk ke dalam kerana ia berkunci dari dalam.
“Apabila pintu rumah berjaya dibuka, mayat mangsa berpakaian lengkap dan berkain batik dijumpai dalam keadaan terlentang di salah sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.
“Mayat mangsa yang dipenuhi ulat (maggot) dijumpai dengan keadaan najis berselerakan, termasuklah di bilik stor bahagian depan rumah dan pada pintu dapur”, katanya.
Jelasnya, mangsa yang menghidap kencing manis dan sudah uzur itu tinggal berseorangan di rumahnya sementara menantunya akan datang seminggu sekali menghantar makanan dan minuman.
“Tiada sebarang kesan kecederaan dijumpai pada badan mangsa. Barang kemas dan dompet dipercayai milik mangsa turut ada bersamanya,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah mengesahkan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
01 Disember 2014
TERKINI: RINGGIT HAMPIRI PARAS TERBURUK SEJAK JUN 1998
EKONOMI, OLEH BLOOMBERG
Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar dalam sejarah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 sekali gus menyebabkan kerugian kepada pasaran berkembang pantas berikutan kebimbangan berlarutan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak ini.
Ringgit lemah sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding AS$1 pada jam 10.38 pagi tadi.
Menurut data yang dikumpul Bloomberg, nilai Ringgit merosot sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh dua hari, penurunan terburuk sejak Jun 1998, sebelum Malaysia mengamalkan tambatan ringgit yang kekal sehingga 2005.
Harga minyak mentah Brent susut 2.3 peratus hari ini, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun selepas OPEC membuat keputusan untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi tujuan melonjakkan harga.
Kehilangan potensi pendapatan menyukarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) berbanding 3.5 peratus tahun ini.
“Malaysia merupakan negara Asia yang paling terjejas akibat penurunan harga minyak.
Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini, kata Pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji.
Najib perlu lepas Menteri Kewangan kepada Husni
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengisian dua nama besar bagi jawatan Menteri Kewangan akan melambatkan sesuatu proses berkaitan dengan kewangan negara.
"Kita ada dua Menteri Kewangan, tetapi kita seolah-olah hilang arah.
"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara," katanya dalam sebuah sidang media di sini, hari ini.
Pelantikan bagi jawatan Menteri Kewangan negara pada tahun 2014 diisi Najib sebagai Menteri Kewangan satu, manakala jawatan bagi Menteri Kewangan kedua pula disandang Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Pelantikan Ahmad Husni dilakukan kali pertama pada tahun 2009, manakala lantikan penggal keduanya pula dibuat pada tahun 2013.
Pelantikan Ahmad Husni dilakukan sekali lagi berikutan prestasinya yang dikatakan cemerlang dalam mengurus tadbir sistem kewangan negara.
Dakwanya lagi, Najib harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ahmad Husni dalam mengendalikan urusan kewangan negara.
"Saya rasa tidak salah jika Ahmad Husni pegang sepenuhnya jawatan tersebut, lagi pun jika hanya seorang sahaja menteri, saya percaya ia mampu menjimatkan perbelanjaan negara.
"Bagi pada seorang sahaja menteri yang akan fokus selesaikan isu dan masalah kewangan negara yang berkaitan GST, kenaikan minyak, dan sebagainya," tegasnya lagi.
Sunday, 30 November 2014 Artikel
Bapa Tanam Bayi Baru Lahir kerana Bibir Sumbing
KEMBOJA –
Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak
menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.
Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.
Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.
Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.
Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.
Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.
“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya
Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.
Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.
Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.
Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.
Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.
“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya
Melampau !!! 3 Foto Fesyen Jiboobs Awek Cun Ini?
Istilah Jilboobs menjadi perbincangan di sosial media. Jilboobs adalah sebutan
untuk menyindir wanita yang mengenakan jilbab tapi tetap berpakaian ketat hingga
menampakkan bentuk tubuh dengan jelas.
Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan
Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan
banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa
adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih
menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.
Namun apakah sebenarnya 'Jilboobs'?
Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara).
Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan
Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara).
Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan
The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup auratoleh
golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara
berpakaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan