Selasa, 2 Disember 2014

GAYA HIDUP...BERCAKAP....AKHLAK BIARLAH BERTAMADUN

Menteri gelabah bila ditanya benarkah Umno bayar blogger?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ | .


Kalau kita berada ditempat Shabery Cheek ni, rasanya kita pun serba salah dan gelabah jugak nak menjawab soalan wartawan tentang samada benar atu tidak UMNO membayar Blogger 'Bangang' seperti yang Najib kata tu..

Nak nafikan nanti wartawan tanya pulak "Adakah Dato' Seri setuju jika saya menganggap Perdana Menteri telah berbohong mengenai isu ini?
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.5:16PM - 2 Dec 2014

NGO lapor polis kes Zaidi sebut 'keling'


Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

“Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua,” kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah “keling” yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut “menyakiti dan menghina” seluruh masyarakat India di Malaysia.

“Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Beliau mendesak agar polis menyiasat Zaidi mengikut Akta Hasutan dan juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana "sengaja menghina dengan niat untuk menjejaskan keamanan”.

Katanya lagi, kenyataan Zaidi itu juga menunjukkan bahawa perwakilan Umno tidak menghormati komponen BN lain dan juga seruan pemimpin parti untuk tidak membangkitkan isu sensitif semasa perhimpunan itu.

Dalam ucapan kontroversi itu, Zaidi antaranya berkata:

“Kita amat tidak bernasib baik kerana kita kalah dengan amat teruk di kawasan kerusi parlimen... yang kerusi, DUN, kerusi, peti undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang."

Dua beradik dipuji kerana memukul lelaki pencabul dalam bas

Dua beradik dipuji kerana memukul lelaki pencabul dalam bas
Imej pegun daripada rakaman video telefon bimbit tentang insiden gangguan seksual dalam sebuah bas di New Delhi.
NEW DELHI: Jumaat lalu, Arti dan Pooja Kumar, berusia 22 dan 19, telah dicabul secara lisan dan fizikal oleh tiga lelaki dalam sebuah bas yang sesak minggu lalu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Rohtak, iaitu sebuah kawasan luar bandar Haryana yang bersempadan dengan New Delhi.

Adik-beradik berkenaan yang menggunakan tali pinggang dan tangan untuk memukul lelaki-lelaki tersebut dilihat membalas gangguan tersebut dengan menyerang semula. Walaupun reaksi mereka itu turut dibalas dengan kasar oleh kumpulan lelaki tersebut, penumpang-penumpang lain sekadar melihat sahaja.

Pihak polis telah menahan lelaki-lelaki tersebut pada Ahad malam selepas sebuah rakaman video telefon bimbit seorang penumpang telah dimuat naik ke media sosial selain turut disiarkan di beberapa saluran berita 24 jam negara itu.

Walaupun ramai yang memuji tindakan berani dua mangsa itu, ada sesetengah yang lain di dalam bas itu sekadar mentertawakan insiden tersebut.

"Syabas kepada #RohtakBravehearts. Dan saya benci lelaki-lelaki yang hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa dalam insiden tersebut,” kata seorang pengguna Twitter.

‘Braveheart’ merupakan istilah yang digunakan media bagi merujuk kepada gadis berusia 23 tahun yang mati selepas diperkosa beramai-ramai dalam sebuah bas di Delhi pada tahun 2012.

Serangan mengerikan itu telah mencetus kemarahan komuniti antarabangsa, protes jalanan dan juga penilaian semula mengenai layanan terhadap wanita di India.

Sesetengah masyarakat berharap insiden terbaharu itu dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain agar bertindak terhadap sebarang jenis gangguan seperti yang sering dialami setiap hari.

"Tahniah gadis-gadis berani! Sedarlah wahai orang yang hanya memerhati! Memalukan, satu-satunya orang yang masuk campur ialah wanita hamil!" kata pelakon filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.

"Bravo! #RohtakBravehearts kerana bertindak terhadap gangguan! Semoga anda menjadi contoh pada semua gadis yang mahu melakukan hal yang sama," kata tuit lain.

Jurucakap polis Rohtak, Ved Singh Nain berjanji untuk menjalankan siasatan segera berhubung insiden berkenaan. Adik-beradik tersebut memberitahu, lelaki-lelaki berkenaan mula berkasar selepas gangguan lisan mereka tidak layan.

"Dalam bas itu, mereka membuat isyarat lucah, menyentuh dan mencabul kami. Kami tak boleh terima situasi itu dan mula memukul mereka.

"Salah seorang daripada mereka memegang kuat tangan kakak saya dan seorang lagi memaut leher saya. Ketika itulah kakak saya menyebat mereka dengan tali pinggang," kata Pooja kepada saluran berita NDTV semalam.

Ketua Menteri Haryana, M.L. Khattar mengumumkan ganjaran wang tunai bernilai 31,000 rupee (RM1,720) seorang kepada dua beradik berkenaan, sambil berharap publisiti tersebut akan menarik perhatian lebih ramai orang.

"Apa yang telah dilakukan mereka berdua ini selayaknya dipuji," kata Khattar.




Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dua-beradik-dipuji-kerana-memukul-lelaki-pencabul-dalam-bas-49519?cp



Saya tiada niat hina artis berhijrah – Mashitah


Mashitah1
Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah.
Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.
“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.
“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.
Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.
Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: “Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, ‘rockers’, kemudian masuk PAS, celaru keadaan!”
“Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz.”
Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.
Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.
Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.
“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.
“Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya,” katanya dipetik Sinar Harian.
Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.
Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.
“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat… Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.
Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: “Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama.”

Tiada ulasan: