Nurul Alisa Rosli and Mawar Kuning shared Legacy Secret Trading's photo.
Legacy Secret Trading
Rahanah Abdul Rahman shared Legacy Secret Trading's photo.
12 mins ·
jom sama2 share ~
Anwar ada berapa banyak 'Datuk Seri'?
Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran
“Datuk Seri”.
Ini kerana Anwar mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.
Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain.
Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran “Datuk” pada 1991.
Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan.
Anwar dilantik timbalan perdana menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya.
Istana Selangor hari ini mengumumkan bahawa gelaran “Datuk Seri” yang diberi pada Anwar pada 1992 dibatalkan berkuat 3 November.
Pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar Selangor sebelum ini.
Ketegangan dengan istana itu muncul apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

Saya tidak pernah mohon ‘Datuk Seri’ Selangor, kata Anwar
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini.
"Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.
"Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya, dalam kenyataan itu, tanpa menggunakan gelaran "Datuk Seri".
"Saya akan tetap menjalankan tugas-tugas saya, terutama dalam menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta akan sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat Rakyat.
"Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya," kata Anwar.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran “Datuk Seri” daripada Anwar kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.
Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".
Kenyataan itu berkata, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.
Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi anugerah yang membawa gelaran “Datuk Seri” yang diterimanya sebelum ini.
Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. – 4 Disember, 2014.
PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba

Lelaki Parah Dilibas Sabit Di Kelantan Akibat Berzina Dengan Isteri Orang.
BACHOK: Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah dan dilibas dengan objek tajam.
Dalam kejadian itu, mangsa telah dilibas dengan sabit di bahagian
belakang leher mengakibatkan telinganya putus separuh. Mangsa juga
ditikam dengan sabit di bahagian belakang badannya.
Mangsa yang kehilangan banyak darah, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang dipercayai berzi-na dengan isteri orang.
Suami wanita yang berang terus menyerang mangsa dengan sabit sebelum menikam bahagian belakang badannya.
Restoran paling mahal di dunia
PARIS - PERANCIS. Alain Ducasse at Plaza Athénée, yang bertapak di
Hotel Plaza Athenee, Perancis mungkin merupakan restoran paling mahal di
dunia.
Dibuka pada tahun 2000, restoran yang memiliki sentuhan lima bintang ini akan memberi pelbagai kejutan kepada pelanggan yang mengunjungi restoran ini.
Istimewanya restoran ini dek keunikan susun atur dan ukiran perabotnya yang dicipta khas untuk memberi kelainan kepada pengunjung restoran.
Selain itu, Alain Ducasse at Plaza Athénée turut menawarkan menyajikan masakan Perancis kontemporari yang terbaik kepada pelanggannya.
Pelanggan yang datang ke restoran tersebut boleh memesan makanan dengan harga minima RM1,063.07 bagi hidangan ala carte.
Sedikit informasi mengenai Hotel Plaza Athenee, hotel ini merupakan hotel bertaraf lima bintang yang dibuka sejak tahun 1911.
Hotel yang berdekatan dengan Menara Paris ini mempunyai 154 bilik dan 54 suites.
Hotel Plaza Athenee pernah diubahsuai pada tahun 2013 dan kos membaik pulih hotel penuh sejarah ini dikatakan memakan kos sehingga 2 bilion Euro.

Punca Sebenar Gadis Comel Ini Ditoreh Muka
Kecoh di media2 sosial dengan kes seorang gadis disamun dan ditoreh
mukanya di rumahnya sendiri . Kejadiaan yang berlaku di Wakaf Berangan
Sri Aman Pasir Puteh , Kelantan , menyebabkan mangsa , Nur Shafiqa 22 ,
mengalami kecederaan di bahagian dahi dan pipi selain lebam akibat
ditumbuk .
Ramai berpendapat kes itu merupakan kes samun kerana rumah mereka
dipecah masuk dan barang berharga yang diambil termasuklah cincin emas ,
gelang tangan dan juga iPhone 5s . Mangsa juga turut nyaris dirogol
oleh penyamun berkenaan tetapi tidak jadi .
Namun apa yang diterangkan oleh sorang pekerja hospital tempat mangsa dihantar untuk menerima rawatan menerangkan sebaliknya .
' Di sini saya nak tegaskan ek . Sebenarnya ni bukan kes samun . Ni
kes dendam . Si ex dia ni tak puas hati sebab dia bertunang dnegan orang
lain . Duit habis dah banyak faham2 je la . Dan dia datang untuk
dapatkan rawatan di hospital tengku anis dimana tempat saya bekerja,
Pasir Puteh . So untuk perempuan di luar sana jangan kikis duit laki k .
Taknak cakap taknak je senang . Memang kat kampung dia ni sorang je
yang famous sebab lawa kan . Hmmm . .'
Iktibar yang boleh diambil melalui kejadiaan ini , perempuan janganlah
mengambil kesempatan terhadap lelaki dan menggunakan lelaki . Sebab
sayang macam2 boleh jadi . Contoh , kejadiaan yang berlaku sekarang .
Wallahualam .
Abang kahwinlah seorang lagi...
BEBERAPA minggu lepas, ada suatu kisah yang disebarkan
melalui laman-laman sosial berkaitan asal-usul perkataan bahlul. Bahlul
merupakan nama jolokan bagi seorang hakim dan ilmuwan Islam pada zaman
Khalifah Harun al-Rashid yang bernama Wahab ibn Amr.
Kemungkinan pada masa itu ada seorang ibu menggelar anaknya yang nakal sebagai 'bahlul' kerana berharap agar anaknya menjadi orang yang mulia seperti Wahab ibn Amr atau Bahlul ini. Nampaknya ujaran itu berlawanan sama sekali dengan maksud yang dikehendaki.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana dalam bahasa Melayu juga sering menggunakan sesuatu perkataan yang berlawanan dengan maksud yang dikehendaki, contohnya seorang ibu menegur anaknya, “Bertuah betul anak ibu ini, habis duit ibu dikebasnya”. Seorang ibu menggunakan perkataan 'bertuah' untuk anaknya walaupun telah mengebas duitnya.
Ragam bahasa yang menggambarkan situasi-situasi di atas dikenali sebagai bahasa terbalik. Bahasa terbalik merupakan satu cabang ragam bahasa dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan terbalik daripada maksud dikehendaki dan orang yang dilawan bercakap itu faham akan maksudnya. Ragam bahasa terbalik ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unsur ini jarang-jarang terdapat dalam bahasa lain di dunia.
Kalau diimbas kembali ketika masih kecil, tentu kita teringat beberapa bahasa terbalik yang digunakan oleh ibu kita. Tentu kita faham akan maksud ibu jika menggunakan ujaran-ujaran di bawah:

(i) “Eloklah, main lagi dengan pisau itu”.
(ii) “Habiskan semua lauk itu, biar orang lain tidak dapat makan”.
Kedua-dua contoh ujaran di atas amat kita fahami maksudnya, iaitu ibu melarang kita daripada bermain dengan pisau kerana bimbang akan membahayakan diri dan ibu melarang kita daripada menghabiskan lauk yang disediakan kerana lauk itu juga disediakan untuk orang lain.
Orang Melayu dan Islam percaya bahawa kata-kata ibu umpama doa terutama jika diujarkan kepada anaknya, justeru ibu sering menggunakan perkataan yang baik untuk ditujukan kepada anaknya walaupun hakikatnya sifat anaknya itu bertentangan dengan apa-apa yang dikatakan. Cuba kita lihat ujaran-ujaran contoh di bawah:

(i) “Anak bertuah ini, tidur memanjang sahaja sampai lupa pergi kerja”.
(ii) “Berbudi bahasa sungguh anak aku ini”.
Kedua-dua ujaran contoh di atas menggambarkan kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang nyata berlawanan dengan maksud yang dikehendaki.
Dalam situasi lain, ada bahasa terbalik yang menggunakan ujaran negatif tetapi sebenarnya cuba menggambarkan sesuatu yang positif. Ujaran ini biasanya ditujukan kepada kanak-kanak yang masih kecil. Cuba lihat ujaran-ujaran contoh di bawah:

(i) “Alahai, anak abah yang busuk ini!”
(ii) “Hodohnya anak ibu yang kecil ini”.
Tidak mungkin seorang ibu atau bapa akan mengatakan bahawa anaknya busuk dan hodoh walaupun hakikatnya begitu. Bahasa terbalik yang digunakan dalam konteks ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dan cuba menggambarkan perasaan sayang yang amat sangat terhadap anaknya.
Walaupun bahasa terbalik ini sering digunakan oleh ibu terhadap anaknya, namun boleh juga digunakan oleh pihak-pihak lain, contohnya isteri kepada suaminya. Walau bagaimanapun suami perlu berhati-hati jika isterinya berkata, “Kahwinlah seorang lagi kalau abang mahu,” kerana ternyata bahasa yang digunakan itu ialah bahasa terbalik. Kita perlu memahami bahasa terbalik yang digunakan berdasarkan mimik muka, nada suara, jelingan mata dan tanda-tanda lain supaya tidak timbul sebarang kesulitan nanti.
Penggunaan ragam bahasa terbalik menunjukkan keunikan bahasa Melayu yang jarang-jarang dimiliki oleh bahasa lain. Sesungguhnya, bahasa mempunyai pengaruh besar untuk mengubah sikap seseorang dan ragam bahasa terbalik merupakan antara cara untuk mencapai matlamat tersebut. Walaupun begitu, kita perlu berhati-hati menggunakan bahasa terbalik kerana kegagalan sesetengah orang memahami bahasa terbalik menyebabkan usaha menyampaikan sesuatu maksud itu gagal akibat silap faham.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan