1MDB punca kejatuhan Najib - Husam
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjadi punca kepada kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri khairuddin Abu Hassan terhadap 1MBD membuktikan kedudukan Najib yang semakin meruncing.
"1MDB akan menjadi punca kejatuhan Najib, selain daripada laporan polis terdapat perbincangan skandal itu oleh jemaah menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan perkembangan yang bakal membawa impak yang besar.
"Tentu ada niat tertentu apabila perbincangan sulit kabinet bagi isu ini boleh sampai kepada pengetahuan media," jelasnya yang dipetik Selangor Kini.
Menurut Husam lagi, keberanian seorang pemimpin Umno Bahagian yang membuat laporan polis merupakan satu tindakan yang mengejutkan semua pihak.
"Bukankah menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini, Najib telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB.
"Dua perkara berlaku serentak, laporan polis dan perbincangan jemaah menteri dan sekarang bergantung kepada keberanian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meneruskan siasatan.
"Persoalannya beranikan Zahid untuk membenarkan siasatan tersebut dan bertindak secara profesional," sambung beliau lagi.
Khairuddin sebelum itu membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam terhadap 1MDB, firma pelaburan yang dicetuskan oleh Najib.
Beliau yang membuat laporan tersebut kerana berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang didakwa tidak telus.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menyiasat laporan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Batu Kawan berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya.
Jelasnya, siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) dan perbincangan kes tersebut akan diadakan dengan Pejabat Peguam Negara untuk arahan seterusnya.
Beliau juga tidak menolak pengarah syarikat terbabit akan dipanggil bagi membantu siasatan. – HARAKAHDAILY 13/12/20147:24PM - 13 Dec 2014
Mayat suami isteri ditemui dalam kereta
Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, pihak polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada anggota awam pada kira-kira jam 8 pagi.
Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Santubong telah membuat siasatan dan menemui sebuah kereta jenis Proton Saga di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong.
“Siasatan mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput," kata Roslan.
Roslan berkata polis mengenal pasti identiti mayat sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching; dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.
Pasangan terbabit disahkan suami -isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.
"Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita ditemui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan," jelas Roslan.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan tersebut.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat itu diperolehi,” kata Roslan.
Menurut Roslan, bedah siasat dijangka dilakukan jam 3.30 petang ini.
- Bernama

Post by Islam Itu Indah.
Post by Islam Itu Indah.
Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu
KOTA BHARU:
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15
Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al
Helmy (gambar) apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.
Tokoh PAS itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.
Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.
Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada 17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.
"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.
"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.
"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon,” kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.
Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.
Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).
Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.
Perasmian penutup seminar tersebut disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Muhamed Fadzli Hassan.
Subky berkata, Dr Burhanuddin dan Ibrahim Yaakub tidak sempat memproklamirkan kemerdekaan Tanah Melayu, biar pun pada masa yang sama Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.
"Dasar berlembut Jepun digunakan peluang oleh Dr Burhanuddin bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
"Beliau bersama Ustaz Abu Bakar Bakir mengadakan pertemuan sulit di Gunung Semanggol bagi mendesak Jepun menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu,” katanya.
Menurutnya juga, Dr Burhanuddin pernah terlibat dengan penerbitan akhbar Warta Malaya yang diketuai Dato’ Onn Jaafar.
Dr Mohamad Muzammil pula berkata, Dr Burhanuddin menggunakan peluang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu bagi mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.
Sementara itu ketika memberikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, PAS sejak sebelum merdeka lagi sudah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menuntut kemerdekaan negara.
"Dr Burhanuddin mempelopori kerjasama PAS dengan mana-mana parti termasuk bukan Islam dan badan-badan bukan kerajaan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu," katanya. - HARAKAHDAILY, 12/12/2014

Pra Syarat Pakar Muamalat
Ada
yang bertanya saya, bagaimana ingin menggubal sesuatu sesuatu silibus
pengajian bagi melahirkan pakar Shariah dan muamalat moden?. Saya suka
dengan soalan ini kerana ia menunjukkan yang bertanya sedar akan proses
diperlukan bagi menjadi pakar dan specialist di dalam bidang fiqh dan
muamalat ini. Saya
katakan demikian kerana bimbang melihat kecenderungan sebahagian ahli
akademik berlatar belakang kejuruteraan, perubatan, ekonomi, akauntan
dan lain-lain. Apabila mereka membuat bacaan di sana sini berkenaan fiqh
muamalat dan beberapa halaman kitab terjemahan Usul Fiqh, sebahagiannya
kelihatan tidak lagi teragak-agak mengeluarkan pandangan yang seolah
‘fatwa’ berkaitan hukum hakam fiqh muamalat dan juga maqasid Shariah.
Akhirnya, sebahagiannya sesat jalan dan kefahaman dan juga menyesatkan.
Saya
teringat ketika menghadiri suatu perjuempaan tertutup dengan beberapa
individu suatu ketika dahulu. Saya hadir sebagai menyahut pelawaan
Persatuan Ulama Malaysia. Ingin berbincang secara ilmiah dan mencari
titk pertemuan dan persetujuan bagi mengorak agenda yang lebih praktikal
bagi memajukan sector kewangan Islam. Namun sejurus pertemuaan
dimulakan, pihak mereka yang diwakili oleh individu yang bukan
berpengajian rasmi dan tersusun di dalam bidang muamalat dan usul fiqh
menghentam institutsi kewangan Islam yang wujud hari ini sambil
mengeluarkan pelbagai ‘fatwa peribadi’.
Saya teringat sewaktu saya bertanya :
“Bagaimanakah beliau boleh mengadaptasikan salah satu kaedah Fiqh yang berbunyi “Iza Dhaqal Amr Ittasa’ wa iza ittasa’ Dhaq”?.
“Bagaimanakah beliau boleh mengadaptasikan salah satu kaedah Fiqh yang berbunyi “Iza Dhaqal Amr Ittasa’ wa iza ittasa’ Dhaq”?.
Dia
tidak menjawab sebaliknya berpusing-pusing mengulangi kritikan awalnya,
dan akhirnya apabila ditegaskan soalan itu sekali lagi, dia bertanya :
“Apakah maksudnya kaedah itu?”
“Apakah maksudnya kaedah itu?”
Itulah,
rupanya dia tidak mengetahui perbincangan kaedah fiqh dan kurang pula
kefahaman di dalam bahasa arab. Bagaimana mungkin seorang yang tiada
pengetahuan bahasa arab khususnya dalam hal yang berkaitan fatwa dan
hukum yang mencukupi, tiada pula pengetahuan berkenaan Kaedah Fiqh namun
ingin sewenangnya memberi hukum Islam ke atas sesuatu transaksi sebagai
halal atau haram?. Situasi negatif inilah yang kelihatan semakin
melebar dewasa ini, termasuklah sebahagian pengkaji kewangan Islam dari
kalangan non Muslim yang begitu berani mengeluarkan hukum berkaitan
Islam.
Keadaan
ini perlu diperbaiki dan disedarkan kerana apabila sesuatu urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya, pastinya kerosakan dan kesesatan
akan bertapak dan tumbuh dalam masyarakat, kekeliruan pula tersebar luas
menghasilkan keterbelakangan dan bukan bergerak ke hadapan.
Setiap bidang yang ingin anda jadi pakar di dalamnya memerlukan pengetahuan awal berkenaan : -
- Ilmu asas dan advance yang diperlukan ; kita tidak akan menjadi pakar jika ingin terus melompat dan mempelajari ilmu advance dalam sesuatu bidang sedangkan masih tidak masak berkenaan ilmu asas dan basicnya. Sebagai contoh seorang pakar atau specialist kewangan Islam, patut tahu setiap jenis aqad, elemen haram dalam kewangan, dalilnya, asas sistem perbankan moden, wang, istilah-istilah biasa dalam fiqh muamalat dan kewangan moden. Juga ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqhiyyah selain nas-nas utama Al-Quran dan Hadis dalam bidang kewangan. Juga bahasa perantaraan apa yang perlu, bahasa arab, english dan sebagainya.
- Sumber ilmu dan maklumat ; seorang pakar dan specialist digelar sedemikian kerana mendalam dan jauhnya coverage ilmunya, pengamatan dan pengalamannya dalam bidang tersebut. Justeru, perlu dikenalpasti dari awal apakah sumber ilmu dalam bidang ini, adakah di perpustakaan atau di pasaran?. Di bilik kuliah universiti atau pejabat korporat dan lainnya.
- Institusi autoriti ; pakar mestilah mengenalpasti institusi berkaitan dalam bidangnya, jangan pula seorang yang mendakwa pakar daam bidang kewangan Islam tetapi tidak mengetahui apakah itu AAOIFI dan IFSB Ia hanya akan membuka aibnya.
- Buku rujukan utama ; pakar pastinya mampu merujuk dengan berkesan apabila timbul permasalah dalam bidangnya, tatkala itu sebarang buku dan rujukan wajib yang paling berautoriti dalam bidangnya hasil tulisan pakar silam dan semasa perlu diketahui. Dalam Bidang kewagan dan perbankan Islam contohnya, amat penting diketahui buku al-Ma'ayir As-Syar'iyyah oleh AAOIFI, resolusi kewangan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi. Begitulah dalam bidang yang lain juga pasti adanya buku rujukan utama.
- Role Model; elok jika anda punyai model dalam mencapai sasaran anda sebagai pakar, dengan demikian lebih mudah untuk diukur tangga kejayaan anda sudah semakin dekat atau sebaliknya.
- Langkah-langkah praktikal ; Buatkan perancangan masa dan langkah praktikal satu demi satu, jangan terlalu ideal dalam merancang, kerana walau sehebat manapun target anda, jangan dilupa cabaran kehidupan di sekeliling masih perlu diberikan masa; isteri atau suami anda, anak, urusan teknikal di rumah dan keluarga, masyarakat setempat dan sebagainya masih punyai hak ke atas diri anda. Jangan abaikan mereka.
Tanpa
memastikan checklist di atas telah selesai, seseorang akan sesat di
tengah-tengah jalan menyebabkan sasarannya tidak kesampaian, terhenti di
tengah jalan, akhirnya tidak pakar dalam semua bidang walaupun banyak
bidang yang diminati dan boleh dikuasai.
Pun
begitu, secara ringkasnya, saya cuba gariskan subject berikut yang
mesti dikuasai bagi melahirkan seorang pakar dalam bidang Fiqh kewangan.
Pertama : Ilmu Fiqh & yang berkaitan.
- Fiqh Muʿamalāt, seluruh bab dalam topik muʿamalāt māliah kerana kelak ‘cross reference’ yang merentasi bab perlu difahami dan dilakukan dalam banyak kes.
- Usūl Fiqh, khususnya perbincangan berkenaan dalālah, cara istinbad dan taʿarudh wa tarjih.
- Maqāṣid Al-Sharīʿah, khususnya pertimbangan masalahat dan mudarat dan kaedah penentuannya.
- Fiqh Mazahib yang pelbagai, malah lebih dari hanya empat mazhab.
- Pendedahan khusus tekstual karya klasik dan moden berkaitan kewangan Islam.
- Displin ijtihad moden
Kedua : Konsep dan Operasi Institusi Kewangan.
- Pengurusan risiko
- Fungsi perbendaharaan
- Pengurusan dan operasi sesebuah institusi kewangan seperti bank.
- Asas perakaunan
- Penetapan harga dan formula terbabit
- Pengendalian asset and liabilities di sesebuah bank.
- Fungsi bank sebagai intermediary and kebolehlaksanaan fungsi sebagai trader,
- Financial mathemathics iaitu cara penggunaan formula dan kiraan bagi produk deposit, pembiayaan, penerbitan sukuk dan lain yang berkaitan.
Ketiga : Perundangan, akta-akta berkaitan dan garis panduan BNM.
- Akta perbankan Islam 1983,
- Islamic Financial Services Act 2013,
- company act dan banyak lagi.
Keempat : Topik terpilih berkait ekonomi.
- Political Economics
- Beberapa konsep seperti i.e wealth creation, wang & penciptaannya, bank, insuran dan takaful etc.
Kelima : Kemahiran Critical Thinking & kemampuan menyelesai masalah.
- Kemahiran ini diperlukan bagi memeastikan individu pakar yang mampu mengadaptasikan kes-kes dalam kitab klasik kepada kes-kes semasa dan memahami hikmat dan ‘illah.
- Juga diperlukan bagi menganjak perbincangan ilmu fiqh muamalat agar tidak rigid dan beku sedang konsepnya memang perlu bersifat dinamik dan anjal pada pelaksanaan dan bentuk namun tetap pada prinsip.
- Kemampuan pembaacn ekpress tapi tepat juga diperlukan kerana kebiasaan pakar Shariah perlu menyemak terlalu banyak dokumen perundangan dan borang-borang.
Keenam : Audit & Pengendalian audit.
Ini
kerana kepakaran ini diperlukan bagi seseorang pakar Shariah untuk
memahami dokumen yang dibaca dan teknik membuat penyiasatan bagi
mengenalpasti sebarang kemungkinan tidak halal.
Ketujuh : Beberapa Huraian dan Jawapan bagi isu-isu muamalat seperti :-
- Seluruh produk-produk perbankan Islam dari segmen deposit, pembiayaan, pelaburan, kecairan (liquidity), pasaran modal (Capital market), Takaful dan Retakaful.
- Fractional reserve system dan maslahat
- Konsep tadarruj dalam perubahan kewangan
- Displin penentuan harga aset dalam Islam, apa yang dibenar dan yang tidak dibenar serta hujjah,
- Qabaḍh Hukmi dan bentuk di zaman moden serta aplikasinya
- Shariah governance framework semasa,
- Konsep-konsep dan pelaksanaan ibraʾ, Wakalah, Muqassah, Tafāhum Jānibi, Muwāṭaʾah, ʿUqud murakkabah, Wa'ad, ʾUjr, Qardh, konsep Ḍhaʿ wa taʿajjal, hiyal yang diizinkan, makhraj syarʿi dan Al-Ghunmu Bi Al-Ghurmi pelbagai lagi.
- Konsep beneficial ownership di dalam Fiqh Islam.
Itulah
serba ringkas beberapa bentuk pengetahaun minima yang perlu
digabungjalinkan dalam diri seseorang pakar muamalat kewangan Islam
klasik dan moden. Maka saya amat galakkan mana-mana instutusi pengajian
tinggi untuk memastikan topic-topik yang disebut di atas.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan