Rabu, 31 Disember 2014

INILAH HAKIKATNYA DI MALAYSIA

12:11AM - 31 Dec 2014

Tengku Abdullah: Guna aset k'jaan untuk menyelamat


Hantar dahulu bekalan makanan bila banjir diramalkan berlaku, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Gelombang ketiga banjir dijangka akan melanda awal bulan depan, jadi eloklah bekalan makanan dihantar dahulu.

"Jangan terdesak baru hendak hantar bekalan, kemudian bagi alasan tidak boleh meredah arus deras sebab enjin bot tidak cukup laju.

"Hantar dulu makanan sebagaimana boleh dan elok periksa ramalan cuaca setiap hari dan setiap minggu supaya kita boleh hadapi sebarang kemungkinan," titah baginda.

Baginda menegaskan demikian ketika sesi taklimat banjir Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Tengku Abdullah bertitah mahukan sistem pengurusan banjir di negeri ini diperkemaskan menerusi pelan jangka pendek dan panjang.

Menurut baginda, antara kelemahan yang perlu diatasi ialah aspek penghantaran bekalan makanan dan barangan keperluan selain sistem komunikasi.

Baginda bertitah sistem komunikasi perlu diperbaiki dengan menyediakan saluran komunikasi rasmi daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran berita palsu menerusi laman sosial seperti Facebook dan Whats App.

Tengku Abdullah menyatakan, hanya dengan cara itu, masa dan tenaga pihak berkuasa dapat dijimatkan daripada melayan maklumat yang tidak sahih.

Ini sekali gus dapat menumpukan kepada usaha mereka untuk menyelamat dan membantu mangsa banjir.

Selain itu, baginda bertitah kajian jangka panjang juga perlu dilakukan di kawasan Pahang Barat termasuk menaiktaraf kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang hampir setiap tahun dinaiki air.

Baginda bersama anakanda Tengku Muhammad Riayatuddin Shah sebelum itu melakukan tinjauan udara tentang keadaan banjir di Temerloh.

Tengku Abdullah turut melawat beberapa pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, SMK Seri Tualang, sebelum ke Sekolah Kebangsaan Tamil serta Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar, di Mentakab.

Dalam masa yang sama baginda turut menitahkan supaya segala aset kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memindah serta memberi bantuan kepada mangsa banjir dan bukan untuk membuat lawatan atau tinjauan.

"Jika hendak gunakan untuk melawat dan meninjau sahaja, gunakan bot sendiri," titah baginda.

Baginda sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak menunggu saat-saat akhir.

"Ada kes di Temerloh mangsa tidak mahu pindah, namun apabila terdesak baru nak minta pertolongan sedangkan dalam masa yang sama bot yang ada telah sibuk dengan operasi pemindahan lain," katanya.




Kecoh bantuan makanan tidak cukup
  • Sebahagian mangsa banjir menyatakan rasa tidak puas hati dengan masakan dan bekalan makanan di sebuah pusat pemindahan, Kedai Lalat. Sebahagian mangsa banjir menyatakan rasa tidak puas hati dengan masakan dan bekalan makanan di sebuah pusat pemindahan, Kedai Lalat.
1 / 1
KOTA BHARU - Keadaan kecoh akibat dakwaan rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan mangsa banjir di salah sebuah sekolah di Kedai Lalat, di sini, terlerai.

Ketegangan timbul menyaksikan babak salah faham dengan pihak yang mengambil tangggung jawab sukarela yang memasak dan mengagihkan keperluan menjadikan keadaan keruh.

Serik untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir pada masa akan datang, Manisah Ibrahim 45, mendakwa, makanan di situ seolah-olah dicatu dan dibahagikan dengan serba kekurangan.

"Kami tinggal selama empat hari di sini, namun kami sukar untuk menikmati makanan yang cukup, malah kami terpaksa berjimat-cermat makan.

"Kami juga sering dimarahi jika meminta untuk beberapa keperluan termasuk selimut, tikar dan lampin pakai buang bayi," dakwanya kepada Sinar Harian, di sini.

Manisah berkata, aduan juga pernah dibuat kepada kepada pihak terbabit bagi memperbetulkan keadaan, namun suasana semakin tegang dan kecoh sejak malam kelmarin.

Bagi Che Som Omar, 46, yang mempunyai suami orang kelainan upaya (OKU), melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diterima termasuk semasa meminta tikar untuk duduk.

"Saya dan suami ambil keputusan untuk tinggal di dalam dewan memandangkan suami kerap ke tandas.

"Lagipun, suami pernah dua kali terjatuh longkang semasa tinggal di bilik pemindahan semasa berulang-alik ke tandas," katanya.

Katanya, sehingga semalam, tiada bantuan lain termasuk wang diberikan kepada mereka, tidak seperti tempat pemindahan lain.

Sementara itu, Ketua Sukarelawan, Azharuddin Mat berkata, tidak menafikan menimbulkan sedikit kekecohan.

"Ia berlaku disebabkan beberapa faktor dan salah faham serta gangguan emosi terhadap mangsa banjir yang bukan sahaja rumah mereka tenggelam, tetapi harta benda juga rosak.

"Emosi mereka terbawa-bawa hingga tertekan dan menyebabkan timbul ketegangan seperti ini," katanya.

Kata beliau, beberapa kekurangan bekalan yang ketara terjadi di pusat pemindahan tersebut, termasuk berkongsi bekalan dengan tempat lain.

"Kami akui tempat pemindahan ini 'tidak mewah' seperti tempat lain, lagipun tiada wakil dari agensi berkaitan yang sanggup bersama kami.

"Kami hanyalah sukarelawan dan manusia biasa yang berusaha membantu mangsa banjir mendapat makanan dan jika kekurangan, itu kelemahan dan kita sedaya upaya memperbaikinya," katanya.

Katanya, memandangkan banjir sudah surut dan 650 keluarga yang melibatkan lebih 1,000 mangsa terlibat, ramai yang sudah pulang ke rumah.

"Jika selepas ini ada bantuan dari orang ramai dan pihak tertentu, sekalipun mereka sudah balik, kami akan agihkan dengan adil dan akan pastikan ia sampai kepada mereka.

"Soal kami menyimpan bekalan itu kami nafikan dan ia tuduhan semata-mata dan mereka perlu tahu bantuan yang diterima bukanlah mampu menampung bilangan mangsa yang berpindah," katanya.

- Bernama
7:19PM - 30 Dec 2014

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP


Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.











MKN perlu ubah SOP bantu mangsa banjir
  • Kelihatan staf Kumpulan Media Karangkraf sedang bertungkus-lumus menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh HAIRUDIN HAMDAN Kelihatan staf Kumpulan Media Karangkraf sedang bertungkus-lumus menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh HAIRUDIN HAMDAN
1 / 1
KUALA LUMPUR – Pas menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengubah prosedur operasi standard (SOP) dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir kali ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu penting kerana tidak semua mangsa banjir berada di pusat pemindahan yang disediakan seterusnya didaftarkan untuk layak menerima bantuan.

“Tetapi banjir kali ini, MKN tidak boleh gunakan SOP itu, kerana air naik terlalu cepat. Jika ada antara mereka yang tidak sempat mendaftar dan terperangkap dua tiga hari sama ada di atas bumbung di rumah mereka atau mereka terpaksa lari ke bukit, adakah perlu pakai SOP itu?

“Jadi untuk banjir kali ini, MKN perlu melihat kembali SOP itu. Tidak perlu kita beri bantuan ikut daftar atau tidak,” katanya kepada media.

Beliau mengulas keluhan sesetengah mangsa banjir yang tidak berada di pusat pemindahan dan tidak didaftar sebagai mangsa banjir oleh MKN menyebabkan mereka tidak layak menerima bantuan yang disalurkan.

Beliau yang juga Pengerusi Pengurusan Kecemasan Bencana Pas berkata, apa yang penting MKN perlu mendapatkan sendiri maklumat daripada penguasa tempatan, seperti penghulu untuk melihat rumah mangsa.

“Lihat sendiri kemusnahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, daripada keluarkan kenyataan yang tidak daftar tidak dapat bantuan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap, kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mangsa banjir yang kehilangan dokumen penting.

“Saya harap kerajaan buat keputusan untuk tidak kenakan sebarang bayaran kepada mangsa banjir,” katanya.

Sebelum itu, Salahuddin mengumumkan misi bencana Pas dimulakan dengan jumlah sumbangan diterima sebanyak RM100,000.




Setiap ujian ada hikmahnya
Setiap kejadian tak ada yang sia-sia
Jangan pernah berhenti berdoa
Like · ·
Penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir. ‪#‎MYBanjir‬

Bahaya sebar maklumat palsu ketika banjir
  • WhatsApp
1 / 1
KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi WhatsApp ketika banjir besar melanda negara menimbulkan suasana panik masyarakat malah boleh menjejaskan usaha menyelamat yang sedang diatur.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan tersebut menimbulkan persoalan sama ada ia bermotifkan politik atau bertujuan menguji kredibiliti kerajaan dalam menguruskan bencana yang berlaku.

Ia juga dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

Katanya keadaan ini menguji toleransi individu yang terdedah kepada akses Internet supaya bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.

Terbaharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa membuat penafian berhubung maklumat kononnya ATM mengarahkan penduduk di Pekan, Pahang agar segera pindah kerana limpahan air banjir. 

Mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Berikut antara maklumat yang tersebar semasa musim banjir yang telah  disahkan palsu;


* Kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai

* Seluruh Kota Baharu terputus bekalan elektrik

* Kematian 40 pesakit di Hospital Kuala Krai akibat ketiadaan oksigen

* Gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu

* Pengisytiharan darurat di Kelantan

* Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas, Kelantan

* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

* Empangan Batu di Selangor berada diparas bahaya dan mengalami rekahan serta akan dibuka untuk melepaskan air

* Pelepasan air dari Empangan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kononnya akan menenggelamkan Bandar Kuala Berang

* Seorang remaja Tahfiz mati lemas di Rantau Panjang


* Tiga petugas Petronas meninggal dunia dalam kemalangan ketika misi menghantar bantuan ke Kelantan

* Pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai runtuh

* Angkatan Tentera Malaysia (ATM) arahkan penduduk di Pekan, Pahang supaya keluar dai daerah itu kerana limpahan air sungai Temerloh sedang menuju Pekan.
-Bernama


Derita mangsa banjir

KEADAAN kemusnahan harta benda termasuk rumah dan kenderaan di
KEADAAN kemusnahan harta benda termasuk rumah dan kenderaan di Manek Urai Lama selepas dilanda banjir, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bencana banjir di beberapa negeri sejak dua minggu lalu ternyata mengundang penderitaan yang amat perit kepada penduduk-penduduk terlibat khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ada antara mereka bukan sahaja kehilangan orang tersayang malah harta benda juga musnah akibat ditenggelami air. Di sesetengah daerah, kawasan banjir bagaikan dilanda ‘tsunami kecil’. Segala-galanya musnah sekelip mata.
Kereta dihanyut dibawa arus, rumah ranap akibat dibadai air yang mengalir laju, binatang ternakan hilang entah ke mana, tidak cukup dengan itu ada antara mereka yang terpaksa menjadi bukit bukau sebagai ‘kediaman sementara’ dan ada pula bagaikan ‘terperangkap’ di kediaman sendiri.
Dilaporkan masih ramai mangsa berada dalam keadaan kelaparan akibat kesukaran pasukan penyelamat memasuki kawasan mereka. Ada yang sudah kehabisan bekalan makanan sejak enam hari lalu.
Apabila air surut di sesetengah daerah ramai mangsa melangkah pulang dengan harapan untuk membersihkan kediaman yang dibanjiri lumpur, tetapi mereka terpaksa kembali semula ke pusat penempatan sementara kerana kediaman mereka hanya tinggal rangka atau sudah menyembah bumi. Mereka juga terpaksa bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang atau bekalan makanan.
Derita lebih perit bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan mesin dialisis secara berjadual. Banjir yang berlaku menyebabkan mereka tidak menjalani rawatan mengikut jadual ditetapkan.
Khabarnya ada yang terpaksa dibawa ke pusat dialisis di daerah berdekatan dengan jarak perjalanan memakan masa berjam-jam dan ada pula langsung tidak mendapat rawatan itu.
Setakat hari ini, bencana yang dianggap terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan hampir suku juta penduduk terpaksa dipindahkan masih belum nampak tanda-tanda mahu reda.
Ribuan anggota penyelamat dan sukarelawan bertungkus-lumus tanpa mengira waktu untuk memastikan mangsa-mangsa banjir menerima bantuan makanan dan barang ke-perluan tetapi laluan yang terputus dan cuaca tidak menentu menjadi ‘musuh utama’.
Sehingga malam ini, jumlah mangsa dipindahkan di enam negeri mencecahkan 223,756 orang.
Kelantan terus mencatatkan peningkatan mangsa apabila sebanyak 147,072 orang dipindahkan. Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 44,081 orang.
Di Pahang, jumlah mangsa yang dipindahkan ialah 37,349 orang de-ngan Jerantut mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,025 orang mangsa.
Di Terengganu, jumlah mang­sa yang dipindahkan ialah 31,719 orang. Kemaman menjadi daerah tertinggi mangsa iaitu 21,868 orang.
Di Perak, jumlah mangsa yang dipindahkan kini sebanyak 7,408 orang. Perak Tengah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,194 orang.

Tiada ulasan: