Selasa, 23 Disember 2014

BILA MANUSIA NAK TUNJUK KUAT....NAK TUNJUK KUASA PADA ALLAH SWT....DAH BAGI HIDUP DAN REZEKI PUN DAH PATUT SYUKUR....NI NAK BERLAGAK KAWAL AGAMA...MASUK KUBUR BARU LU TU SAPE





Hudud – ‘Teruskan,’ kata ahli PAS bukan Muslim

KOMEN: Ahli PAS Kumutha Raman, seorang peguam bukan Muslim, ternyata seorang wanita yang berpandang ke hadapan dalam menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Wanita berusia 35 tahun itu mengambil pendirian berani untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan tidak perkauman patut menegakkan hak dan kebebasan agama di negara ini. 
Bolehkah seseorang itu bercakap tentang hak dan kebebasan agama dengan menafikan hak Muslim untuk melaksanakan undang-undang Islam? 
Adakah mereka yang mengatakan hudud tiada tempat di Malaysia cuba menggambarkan yang cara BN mengendalikan dan menguruskan agama adalah lebih baik berbanding hudud? 
Jelas, masalahnya bukan hudud atau pun Islam. Masalahnya adalah kesilapan dalam pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang itu.
Adakah cara BN mengendalikan isu ‘kalimah Allah’ berbeza dengan hudud? Adakah cara penguasa agama BN menakut-nakutkan orang bukan Muslim lebih baik daripada hudud?
Ia adalah masalah pentadbiran, bukan? Bukannya masalah dengan mana-mana agama.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Kumutha tidak sedikit pun takut dengan tindakan parti Islam itu untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan, walaupun ditentang rakan dalam Pakatan Rakyat. 
Kini berlakunya perang mulut antara PAS dan DAP, dan amaran daripada PKR terhadap inisiatif terbaru parti itu berhubung Hudud, namun Kumutha berkata beliau menyokong usaha itu sepenuhnya.
Kumutha mula menjadi tajuk berita pada tahun 2008, apabila beliau menjadi wanita bukan Islam pertama sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12. 
Beliau menyatakan keyakinanya bahawa Undang-undang Jenayah Syariah, apabila dilaksanakan nanti, akan menurunkan kadar jenayah di negeri Pantai Timur itu. (Tentulah ia boleh dibahaskan, tetapi itu isu lain). 
“Ia hanya untuk Muslim. Saya melihatnya daripada sudut perundangan. (Kata kuncinya adalah “hanya untuk Muslim”.)
“Bagi saya, hudud akan mampu mengurangkan kadar jenayah di Kelantan. Di samping itu, banyak syarat yang perlu dipatuhi bagi melaksanakannya,” kata Kumutha seperti dipetik TMI.
Antara jenayah yang menjadi tumpuan dalam undang-undang itu adalah zina, penggunaan minuman keras dan fitnah tuduhan zina.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkata, beliau yakin yang perancangan negeri untuk melaksanakan hudud akan berhasil tidak lama lagi. 
Pengkritik paling lantang PAS dalam Pakatan Rakyat adalah DAP, dan pemimpin veterannya Lim Kit Siang berkata, ketegasan PAS berhubung isu ini boleh menyebabkan keruntuhan pakatan pembangkang itu. 
Mengapa Lim masih gagal berfikir di luar kotak? Adakah beliau menafikan keinginan orang Islam? Majoriti penduduk Kelantan adalah Muslim, bukan? 
Adakah Lim dan DAP tidak yakin untuk memastikan kerajaan Pakatan mampu menjalankan undang-undang hudud hanya kepada Muslim? Kalau begitu, apakah beza antara BN dan Pakatan? 
Tanpa memberikan sebarang sebab khusus, Khumuta bertegas bahawa PAS dan DAP tidak akan hilang sokongan dengan pelaksanaannya. 
“Tidak, saya tidak percaya sokongan akan kurang. Malah, saya yakin lebih ramai orang bukan Islam akan melihat kesan positifnya, seterusnya menyokong hudud,” katanya.
Beliau yang juga seorang penasihat undang-undang sebuah syarikat di Johor Bahru berkata, beliau mendapat keyakinan itu selepas pergi sendiri ke Kelantan untuk berjumpa orang bukan islam yang tinggal di sana. 
“Mereka gembira dengan (bekas Menteri Besar) Tok Guru Nik Aziz dan caranya mentadbir negeri. 
"Mereka berkata, kerajaan negeri tidak campur tangan dengan urusan agama mereka dan sangat toleran,” katanya lagi.
“Inilah PAS yang sebenarnya. Bagi orang bukan Islam seperti saya, sepatutnya sukar untuk bersuara dan didengari di kalangan orang Islam di dalam parti.”
Ketika beliau menyertai PAS pada tahun 2008, ramai rakannya yang terkejut dengan keputusan itu. Namun tidak bapanya.
Beliau berkata, bapanya adalah sebab utama keputusannya itu. Bapanya juga memberikan sokongan dan galakan ketika beliau menjadi calon PAS dalam PRU pada tahun itu.
“Saya membesar dalam suasana yang warak. Kami adalah penganut Hindu yang taat, dan ayah saya mendidik tentang kepentingan agama. Ketika saya memutuskan untuk sertai politik, tentulah saya tertarik dengan parti yang berasaskan agama,” katanya. 
“Ayah saya juga sangat cenderung kepada politik, dan terlibat dengan parti pembangkang suatu ketika dahulu.”
Graduan Northumbria University, United Kingdom itu berkata lagi, beliau melihat perlembagaan PAS dan mendapati ada ruang untuk orang bukan Muslim dalam parti itu.
“Saya juga dapati parti itu mematuhi semua prinsip Perlembagaan Persekutuan. Saya berpuas hati dengan apa yang saya temui tentang PAS.” 
Beliau kemudian menyertai Kelab Penyokong PAS, sayap parti khas untuk penyokong bukan Islam. 
Menurut PAS, parti itu kini memiliki 40,000 ahli berdaftar seluruh negara.
Kumutha dicalonkan PAS pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Tiram di Johor, namun terpaksa bertanding di atas tiket PKR.
PAS kemudian meminda perlembagaannya bagi membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah bendera parti itu. Beliau sekali lagi bertanding pada PRU ke-13.
“Sangat sukar bagi saya sebagai wanita dan menggunakan bendera PAS. Namun, ia pengalaman yang sangat hebat. Seseorang perlu berani dan kuat untuk menempuhinya.”
Beliau menyatakan bahawa pemimpin dan ahli PAS sangat menyokong sayap bukan Muslim parti itu, dan sentiasa mendengar keluhan dan cadangan mereka berhubung pembaikan parti. 
“Pada Muktamar PAS September lalu, saya bercakap tentang kepentingan sekolah vernakular kepada masyarakat Cina dan India, serta peluang sama rata kepada orang bukan Islam dalam sektor awam. 
“Ucapan saya diterima baik, dan parti sering menyokong idea saya. 
“Tidak seperti tanggapan ramai, PAS benar-benar terbuka dengan pandangan dan pendapat orang lain,” tambahnya.
Sangat ironi apabila majoriti orang bukan Islam menuntut hak dan kebebasan agama, namun pada masa sama anti-hudud. 
Adakah mereka fikir pentaksub agama dalam Umno-BN adalah lebih baik?
Masalahnya adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh berfikir di luar kotak dan bersangka baik kepada PAS, bahawa hudud hanya akan dilaksanakan kepada orang Islam. Tentulah, PAS juga memiliki golongan taksub yang memberikan imej pelampau kepada parti Islam itu.
Namun, bukankah Umno BN juga pelampau kaum dan agama?
Sukan Star TV added 2 new photos.
4 mins ·
Walaupun banjir makcik ni tetap menjual sayur rumah ke rumah

































Like · · · 51092
Banjir: Kelantan, Terengganu, Pahang meningkat
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat pagi ini berbanding malam tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri.

Peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri termasuk di bandar Gua Musang.

Di Gua Musang, jumlah mangsa semakin meningkat iaitu 3,692 orang berbanding 179 orang malam tadi yang kesemuanya ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan.

Di Jajahan Pasir Mas, jumlah mangsa sedikit menurun iaitu seramai 10,565 orang berbanding 10,575 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 31 buah pusat, dan di Tumpat, jumlah mangsa terus kekal 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh (556 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (141 orang/dua pusat pemindahan), Machang (19 orang/satu pusat pemindahan) dan Jeli, (211/satu pusat pemindahan).

Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih pada paras bahaya, empat bacaan di tiga sungai utama lain kembali meningkat melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong, Gua Musang kini pada bacaan 41.59 meter melepasi paras bahaya 38 meter, Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 39.83 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 28.83 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.71 meter (bahaya 16.00 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.35 meter (bahaya 9 meter).  

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai diminta berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan terdapat laporan berlakunya ombak besar.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa bertambah kepada 6,003 orang berbanding 5,981 orang malam tadi berikutan kawasan rendah dinaiki air laut pasang dan air sungai yang melimpah akibat hujan lebat di hulu sungai.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Dungun masih mencatat mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang, diikuti Kemaman (1,877), Kuala Terengganu (1,081), Hulu Terengganu (585), Besut (186), Marang (102) dan Setiu (22).

Sehingga pukul 9 pagi, 63 pusat pemindahan beroperasi iaitu Besut (4), Dungun (17), Hulu Terengganu (10), Kemaman (22), Kuala Terengganu (6) sementara Maran dan Setiu (masing-masing 2). - Bernama
Artikel Berkaitan

 

Mangsa banjir di Kuantan, Kuala Krai pindah semula








KUALA LUMPUR: Kebimbangan bencana banjir berulang oleh penduduk di beberapa kampung di pinggir bandar Kuantan, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan menjadi kenyataan apabila mereka terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan hari ini.
Mereka yang sedang sibuk mencuci rumah terpaksa berpindah semula dalam masa tidak sampai 48 jam selepas banjir surut Sabtu lalu apabila rumah mereka dinaiki air hari ini ekoran hujan lebat malam tadi.
Di KUANTAN, tinjauan BERNAMA mendapati Kampung Pandan, Kampung Chendering dan Perumahan Awam Kos Rendah Pandan paling teruk terjejas ekoran paras air naik mendadak selepas hujan lebat berterusan sejak tengah malam semalam.
Seorang mangsa banjir, Kamariah Jusoh, 65, berkata, beliau yang telah pulang ke rumah daripada pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dekat sini Sabtu lalu terpaksa kembali semula ke situ hari ini ekoran rumahnya kembali dinaiki air.
"Sebelum ini saya dah tinggal di sini (pusat pemindahan) dua hari...baru sahaja pulang ke rumah dan mula cuci rumah tiba-tiba air naik semula...kotor semula rumah makcik," katanya ketika ditemui pemberita di pusat itu hari ini.
Ibrahim Jamal, 60, pula terpaksa menutup semula kedainya ekoran paras air naik mendadak sejak awal pagi semalam.
Sehingga 4 petang tadi, seramai 364 mangsa melibatkan 101 keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.
Di KUALA KRAI, limpahan air Sungai Lebir akibat hujan lebat memaksa penduduk Kampung Laloh yang sedang sibuk mencuci rumah hari ini, bergegas menyelamatkan diri ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.
Tinjauan BERNAMA mendapati ada beberapa rumah penduduk ditenggelami air sehingga mencecah bumbung.
Seorang penduduk Ibrahim Mat, 65, berkata, apa yang menjadi keutamaan dirinya dan isteri ketika banjir itu melanda ialah keselamatan tiga orang anak mereka yang berumur dalam lingkungan lapan hingga 14 tahun.
"Pokcik denge mokcik meme tok pikir apo doh. Keselamate anok-anok..hok tu yae penting (Pakcik dengan makcik memang tidak fikir apa dah. Keselamatan anak-anak...hak tu yang penting)," katanya ketika ditemui.
Ibrahim berkata, jumlah kerugian dialaminya tidak begitu tinggi kerana barang-barang sudah dialihkan ke tempat tinggi sebelum banjir gelombang pertama melanda.
Ketua Balai Polis Paloh, Sarjan Mejar Hamatli Seman, berkata secara keseluruhan, terdapat 18 keluarga melibatkan 69 penduduk yang sedang berada di pusat pemindahan itu.
Sementara itu, jalan ke Kampung Lata Rek, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kuyu, di sini, terputus hubungan apabila ditenggelami air dari sungai Lata Rek, dan diburukkan lagi dengan kejadian tanah runtuh di laluan sebelum kawasan banjir itu.
Seorang penduduk, Mohd Zawawi Mohamad, 27, mendakwa tanah runtuh itu terjadi apabila sebuah syarikat yang ingin membuat projek sarang burung walit, telah mengorek tanah bukit secara sewenang-wenangnya.
"Bila dia tarah bukit tu, tanah runtuh akibat hujan lebat sampai menyusahkan penduduk setempat," katanya.
Anggota tentera daripada Kem Sungai Durian, Kuala Krai turut terlibat dalam operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.
- BERNAMA






Banjir dikhuatiri lebih besar

Melanda tiga negeri di Pantai Timur

BANDAR Lama Gua Musang digenangi air akibat hujan lebat sejak
BANDAR Lama Gua Musang digenangi air akibat hujan lebat sejak semalam. – UTUSAN/JAZLY AMRY JAAFAR
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berte­rusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.
Di KELANTAN, Pegawai Meteoro­logi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, hujan lebat di negeri itu dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas seperti di daerah Gua Musang mula dinaiki air.
Hujan lebat juga menyebabkan beberapa sungai utama di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Galas, Dabong, Sungai Lebir, Tualang, Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai dan Jambatan Guillemard.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin berkurangan berbanding semalam dan sehingga pukul 6 petang ini, seramai 16,217 orang dari 5,421 keluarga ditempatkan di 60 pusat pemindahan di lapan buah daerah.
Pasir Mas terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,575 mangsa diikuti Tumpat (4,092), Kuala Krai (440), Pasir Puteh (556), Jeli (160), Tanah Merah (148) dan Machang (19).
Dalam pada itu, 10 jalan di daerah Gua Musang, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Tumpat terpaksa ditutup kepada kenderaan.
Di PAHANG pula, seramai 896 orang membabitkan 226 keluarga di Kuantan dan Kuala Lipis ditempatkan di pusat pemindahan selepas beberapa kawasan dinaiki air ekoran hujan yang berterusan sejak awal pagi semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, sebanyak 13 buah pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 9 malam ini.
Katanya, pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan para penduduk antaranya dari Kampung Chendering dan Taman Bukit Rangin Aman mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu seramai 364 orang diikuti Balai Polis Sungai Lembing dengan 80 mangsa.
“Kawasan lain yang terlibat dengan banjir di Kuantan antaranya Kampung Kempadang, Kampung Sri Damai, Kampung Semangat, Kampung Chendor Baru, Kampung Bukit Palas, Kampung Sungai Soi, Kampung Bukit Batu dan Kampung Darat Jering,” katanya di sini malam ini.
Dalam pada itu di Kuala Lipis, seramai 14 orang membabitkan empat buah keluarga dari Kampung Sungai Tagang dan Kampung Persik ditempatkan di pusat pemindahan SMK Merapoh.
Di Jerantut, sebanyak 61 mangsa membabitkan dua kampung iaitu Kampung Belebar Kuala Tahan (11 orang) yang ditempatkan di rumah saudara masing-masing dan kampung Kuala Tahan (50 orang) yang dipindahkan di Dewan Kuala Tahan.
Laluan di Kilometer (Km) 60 Jalan Kuala Tahan ditutup pada semua kenderaan manakala Jalan Simpang Sepial hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.
Sementara itu, polis turut mengesahkan laluan di Km16 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km31 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jalan Bandar Sungai Lembing, Jalan Kampung Nadak Sungai Lembing, Jalan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Jalan Kampung Air Hitam di Jaya Gading ditutup untuk laluan semua kenderaan.
Laluan di Km34 Jalan Kuantan-Gambang (hadapan Bukit Gambang Resort City), Km25 Jalan Kuantan-Sungai Lembing dan Km22 Jalan Bukit Sagu hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja. Di Km90 Jalan Merapoh-Gua Musang pula, laluan tersebut ditutup kepada kenderaan ringan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang menyusut kepada 4,287 di 44 pusat pemindahan malam tadi, kembali meningkat kepada 6,648 melibatkan 1,800 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan beroperasi di seluruh negeri malam ini.
Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berterusan kadangkala lebat menyebabkan kawasan yang hampir pulih kembali dilanda banjir manakala terdapat kejadian rumah dan bangunan rosak akibat angin kencang termasuk dihempap pokok. Pasar Besar Kedai Payang turut dilanda banjir berikutan air pasang besar dan paras air belum surut sehingga pukul 11 malam ini.





Nak guna kalimah ALLAH tapi tolak hudud?
KETEGASAN DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah ALLAH dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan.
Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi.
Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap Pas yang ingin memperjuangkan agar hukum hudud dilaksanakan di Kelantan?
Hukum hudud adalah sebahagian daripada tuntutan agama orang Islam, yang wajib ditunaikan jika mampu. Ini adalah satu hak orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.
Keinginan orang Islam untuk melihat pesalah-pesalah beragama Islam diadili menggunakan hukum yang ditentukan ALLAH dan bukan manusia perlu dihormati dan diberi ruang.
Sikap DAP yang sering mempertikaikan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud telah menyebabkan masyarakat bukan Islam melihat hukum hudud jauh lebih teruk berbanding rasuah di dalam Umno.
Ini terbukti apabila DAP menyatakan Putrajaya tidak akan dicapai oleh PR sekiranya hukum hudud dilaksanakan.
Kenyataan DAP itu membina persepsi seolah-olah rasuah di dalam Umno boleh diterima bukan Islam berbanding hukum hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas Kelantan untuk mengotakan janjinya kepada rakyat Kelantan yang menyokongnya selama 23 tahun.
Betul kata DAP, orang bukan Islam yang menyokong PR tidak mengundi untuk hukum hudud dilaksanakan. Tapi rakyat Kelantan yang beragama Islam menyokong Pas pula mengundi untuk sebaliknya. Betul hak bukan Islam perlu dihormati, tapi hak rakyat Kelantan turut tidak boleh diabaikan.
Sekiranya DAP boleh memahami perasaan orang Kristian yang dinafikan hak mereka menggunakan nama ALLAH dan Bible BM, mengapa DAP tidak boleh bertimbang rasa dengan perasaan rakyat Kelantan yang mengundi PAS kerana janjinya untuk melaksanakan hukum hudud?
DAP tak perlu bantah hudud sehinggakan hak orang Islam di Kelantan yang inginkan hukum hudud dilaksanakan turut dinafikan.
Jika DAP terus nak bantah hudud pun, biarlah ia sekadar memperjuangkan agar bukan Islam tidak tertakluk pada hukum hudud – sebagaimana keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan orang bukan Islam tidak tertakluk pada fatwa yang melarang mereka untuk menggunakan 40 perkataan yang dikhaskan untuk orang Islam.
Cukuplah berpolemik dalam hudud untuk menjauhkan bukan Islam daripada Pas, kerana pada masa yang sama, sikap hipokrit kamu dalam memperjuangkan hak-hak bukan Islam juga terdedah untuk tatapan ramai.
DAP suka bercakap mengenai rasuah, teruskan usaha itu kerana itu adalah persamaan perjuangan Pas, PKR dan DAP. Biar rakyat nampak rasuah adalah masalah lebih besar yang sedang menyakitkan negara ini dan bukannya hukum hudud yang cuba dilaksana di Kelantan secara demokrasi dengan melalui Parlimen.
Kalau DAP bangkitkan hukum hudud lagi, bolehlah kita sama-sama minta mereka fokus pada isu rasuah ya, kerana mereka bersetuju bahawa itu adalah isu yang lebih penting. Yang lain, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.









Wakakaka...siape lagi yang boleh di harap mengangkat bakol sampah kecuali diri dia sendiri..kalau di kata bodoh bangang karang marah. kalau di biar kan menjadi2..hahaha....dapat jdi p

 

Pusat tawar pakej seks diserbu
KLANG – Pusat tanpa lesen yang baharu sebulan beroperasi di Bandar Bukit Tinggi Klang, diserbu awal pagi semalam didapati menawarkan pakej khidmat seks dengan harga RM180 dan pakej urutan badan ke badan pada harga RM125.

Diketuai Pegawai Operasi dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman, Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais, serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 awal pagi semalam.

“Hasil serbuan kita menahan seramai 12 wanita warga asing di percayai GRO. Tujuh daripadanya warga Vietnam dan lima warga Thailand.

“Kesemua wanita warga Vietnam ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Manakala warga Thailand kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Turut ditahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai penjaga pusat penjagaan kesihatan tersebut.

"Kita juga merampas sejumlah wang tunai dan beberapa keping kondom," katanya.
Boto ko ni.....
Sok....setiap kali panggilan telepon, sms,mms kena GST????
Semua benda akan kena 6% termasuk charge keluarkan duit di ATM machine.
BELUM YANG² LAGI... Seronoknya
Kenapa tak dikenakan terus 60%.. Lagi cepatlah ekonomi 'poket-poket' BN kukuh..

Banjir Terengganu semakin buruk

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila bilangan mangsa ditempatkan pusat pemindahan sementara meningkat mendadak kepada 12,350 orang sehingga 11 pagi ini berbanding 5,910 orang malam tadi.
Sehingga jam 11 pagi tadi, semua mangsa banjir adalah daripada 2,952 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan berbanding 1,575 keluarga di 62 pusat pemindahan sebelum ini.
Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 5,592 orang daripada 1,291 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan.
Kuala Terengganu pula mencatatkan 2,803 orang daripada 583 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan manakala di Dungun, 2,664 orang daripada 718 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Hulu Terengganu, seramai 680 orang daripada 206 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Besut, seramai 495 orang daripada 119 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.
Di Marang, seramai 94 orang daripada 28 keluarga di dua pusat pemindahan dan Setiu mencatatkan jumlah mangsa terendah iaitu hanya 22 mangsa daripada tujuh keluarga di tempatkan di dua pusat pemindahan.
Beberapa laluan masih ditutup iaitu Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris (FT185), Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107) dan Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (T139) di Hulu Terengganu serta Jalan Chukai/Air Putih (FT237), Kemaman dan Jalan Buluh Gading/Jeram/Pulau Bahagia,Kuala Terengganu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 11:39 AM

KEADAAN Balai Polis Kuala Jengal Dungun menyebabkan sembilan keluarga anggota polis berpindah sejak malam tadi. FOTO Rosli Ilham

Tiada ulasan: