Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya
KUALA
KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat
pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam
bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan
sekolah.
Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.
"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.
"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.
Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.
"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.
"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.
JANGAN KITA KAUNSELING CARA ISLAM....AKIDAH KITA PUN OUT...TAK SOLAT...PI NGAJI SURAU2 DAN MASJID PUN MALAS...ADA YANG TAK PI LANGSUNG...ANAK2 DAN ISTERI TERBURAI AURATNYA...INFAK PADA ISLAM PUN KURANG....KIRA MASSUUUUKKKKK AJE...BAB ISLAM BUKAN SEMUA BOLEH CAKAP...
DAKWAH DAN KAUNSELING ISLAM
Ramai pihak yang mempertikaikan hubungan Islam dan kaunseling. Menurut mereka, Islam tidak ada kena-mengena dengan teori kaunseling moden kini. Segala garapan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam dikatakan tidak menepati pengertian kaunseling yang ada pada hari ini. Walaupun kita boleh menerima bahawa kaunseling merupakan suatu penemuan disiplin ilmu baru yang dibangunkan secara teratur oleh para sarjana Barat, mereka tidak dapat menolak hakikat bahawa Islam secara konsep dan amalannya adalah berkait rapat dengan beberapa unsur yang telah dibahaskan dalam disiplin kaunseling. Sebagai contoh, Dr. Hassan Langgulung mengaitkan suatu aspek penting dalam dakwah iaitu tazkiah sebagai menghampiri disiplin kaunseling yang membicarakan unsur-unsur kejiwaan diri manusia. Secara khusus, kaunseling dalam konteks tazkiah adalah sebahagian daripada disiplin ilmu dakwah yang mempunyai skop yang luas itu. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dakwah dan kaunseling bercambah daripada dua tamadun yang berbeza (Islam dan Barat) tetapi ia dapat diharmonikan menerusi proses akulturasi.1
Kepentingan maklumat mengenai hal-hal kejiwaan manusia atau psikologi dalam dakwah juga ditekankan oleh para sarjana Islam yang lain. Sebagai contoh, seorang tokoh dakwah dari Indonesia, H. M. Ariffin menyatakan bahawa psikologi dakwah membahaskan kegiatan aktiviti rohaniah insan dilihat dari aspek individu dan kemasyarakatannya. Kedua-dua aspek ini ternyata amat berkesan dalam proses kegiatan dan perancangan dakwah Islamiah di mana psikologi dakwah memberikan petunjuk dan pengertian tentang situasi dan kondisi aspek kejiwaan sasaran dakwah dari segi personal dan sosialnya. Berdasarkan kenyataan ini, objektif psikologi dakwah dalam proses pengembangan melalui analisisnya terhadap aspek kehidupan psikososial adalah menjadi dasar penting untuk dicantumkan dalam proses kegiatan dan perancangan dakwah yang mana para pendakwah merupakan faktor yang saling kait-mengait antara satu sama lain. Oleh kerana itu, pandangan psikologi masyarakat perlu dikemukankan secara formal sebagai cara yang mempercepatkan lagi proses kejayaan dakwah Islam dalam segala aspeknya sebagai risalah untuk semua umat.2
Istilah nasihat yang menjadi inti perbincangan dalam ilmu kaunseling sebenarnya merupakan satu daripada kaedah teras dalam ilmu dakwah. Rasulullah SAW sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama nasihat (al-Din al-Nasihah). Islam juga terlebih dahulu dan secara lebih terperinci pula mendalami kelakuan serta sifat manusia sama ada zahir dan batin bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pendekatan nasihat atau kaunseling itu sendiri. Secara lebih khusus, Islam mewajibkan perlaksanaan dakwah yang menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada perbuatan yang munkar. Hakikat ini berdasarkan dua firman Allah swt. bermaksud:
“Hendaklah ada antara kamu suatu umat yang memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka itulah orang yang beroleh kejayaan”. (Ali Imran: 104).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl: 125).
Kedua-dua ayat di atas menggambarkan hubungan langsung antara dakwah dan kaunseling. Ayat pertama secara umumnya menggesa kewajiban umat Islam supaya menyeru ma’ruf dan mencegah mungkar. Ia juga secara tidak langsung membawa pengertian bahawa umat Islam perlu menubuhkan suatu institusi bagi menangani perkara tersebut. Ayat kedua pula mengaitkan kalimah ud’u (serulah) dengan tiga kaedah iaitu hikmah (bijaksana), maw’izah (nasihat) dan mujadalah (debat). Ketiga-tiga kaedah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pendekatan kunseling moden. Kaedah pertama iaitu hikmah mempunyai pengertian yang luas. Menurut Dr. Wan Hussein Azmi, hikmah bagi para pendakwah ialah bersifat dengan sifat-sifat kenabian (benar, amanah, cerdik dan tabligh), berlaku adil, bersabar dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang luas. Kaedah kedua iaitu maw’izah adalah secara jelas mengaitkan nasihat atau kaunseling sebagai cara berdakwah. Ahli-ahli tafsir mentafsirkan wa’az (memberi kesedaran/nasihat)3 dengan beberapa pentafsiran, antaranya ialah;
1. Menghindarkan diri manusia dari keburukan dengan cara menimbulkan kegemaran dan perangsang untuk meninggalkannya, dan menanamkan rasa tidak mahu melakukannya lagi. Cara ini dapat melembutkan hati mereka yang akan membawanya kepada rasa khusyu’.
2. Memberi rasa kepada pendengar-pendengar bahawa wa’az atau nasihat itu ialah untuk kebaikan mereka sendiri.
3. Nasihat yang disampaikan dengan lemah-lembut sehingga ia dapat meresap ke dalam hati dengan halus dan mendalam serta dapat masuk ke dalam jiwa dengan lembut. Nasihat bukanlah tengking herdik dan celaan, dan bukan dengan mendedahkan kesalahan yang berlaku dengan sebab jahil atau bertujuan baik. Lemah-lembut dalam menasihati dapat memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan dapat menjinakkan hati yang liar, serta dapat mendatangkan natijah yang baik.4
Berdebat yang menjadi pendekatan terakhir dalam ayat di atas boleh dikaitkan dengan proses kaunseling, khususnya dalam keadaan yang tertentu dan sesuai. Berdiskusi dalam dakwah bertujuan untuk menjauhkan pendengar dari berasakan bahawa pendakwah itu menyerang aqidah dan kehormatan mereka. Sebaliknya, pendakwah digalakkan supaya menjadi rakan sebaya yang saling hormat-menghormati dalam merintis kebenaran. Dalam suasana seperti ini, dakwah hidup bersama-sama dengan orang yang didakwahkan. Mereka kurang berasa tertekan tetapi berasa seperti dimuliakan dan diraikan. Tiada yang kalah atau menang dalam perdebatan ini tetapi yang ada ialah usaha bersama untuk mencari kebenaran. Pendekatan diskusi dalam dakwah seperti ini sebenarnya kerapkali berlaku dalam proses kaunseling dalam bentuk perbincangan bagi menyelesaikan masalah.5
Di samping itu, istilah tarbiyyah yang sering diasosiasikan dengan dakwah diterima sebagai suatu aspek penting dalam kaunseling Islam. Asosiasi ini sebenarnya tidaklah menghairankan justeru pendidikan dianggap sebagai ‘a purposeful activity directed to the full development of individuals.’ Justeru itu, tarbiyyah dilihat sangat penting dalam menjana pembangunan insan bertaqwa yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Ia berperanan menjadikan manusia insaf tentang hakikat penciptaannya. Pengenalan ini akan melahirkan satu bentuk hubungan yang erat antara yang dicipta dengan pencipta. Bila dimensi ini terbina dan manusia yakin bahawa yang menjadikannya itu adalah Tuhannya yang sebenar, maka ia akan melahirkan implikasi yang positif dalam perjalanan hidupnya serta memberi impak dalam hubungannya dengan manusia dan makhluk lain ciptaan Allah. Matlamat tarbiyyah boleh dicapai melalui lima aspek penting iaitu Tarbiyyah bi al-Mauizah (melalui nasihat), Tarbiyyah bi al-Qissah (melalui cerita), Tarbiyyah bi al-Ahdath (melalui peristiwa), Tarbiyyah bi al-Qudwah (melalui teladan) dan Tarbiyyah bi al-Uqubah (melalui denda). Semua dimensi tarbiyyah ini didokong oleh para ulama dan sarjana Islam terkemuka seperti Dr. Abdullah Nasih Ulwan dan Dr. Abdul Rahman Umairah dalam buku mereka seperti Tarbiyyah al-Aulad fi al-Islam dan Manhaj al-Quran fi Tarbiyyah al-Rijal.6
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa dakwah dan kaunseling mempunyai hubungan yang amat rapat. Unsur-unsur kaunseling seperti tazkiah, wa’az dan diskusi sebenarnya adalah sebahagian daripada pendekatan dakwah. Justeru itu, kefahaman terhadap dakwah dan tarbiyyah boleh dijadikan asas dalam meneroka suatu bentuk pendekatan kaunseling Islam yang mantap. Penemuan baru dalam bidang kaunseling moden pula (sekiranya selaras dengan Islam) pasti memberi manfaat kepada kemajuan pendekatan dakwah itu sendiri. Ringkasnya, kaunseling dan dakwah adalah saling silih berganti (interchangeably) dalam menjayakan perkembangan dan kegemilangan agama Islam, walaupun mungkin terdapat perbezaan yang ketara dalam konsep dan pendekatan masing-masing.
Gerakan Islam dan Kaunseling
Secara tradisi, dakwah dan kaunseling telah diamalkan secara individu oleh para Khalifah Islam yang bersifat terbuka kepada teguran dan nasihat. Khalifah al-Rashidin umpamanya bukan sahaja bersedia dibetulkan dengan nasihat malah dengan beraninya sanggup berdepan dengan mata pedang sekiranya melanggar ketentuan agama Islam. Pendekatan ini sangat berkesan kerana umat diasuh dengan suatu pola pemikiran dan tindakan yang berorientasikan dakwah dan kaunseling secara terbuka, telus dan berani, walaupun tidak mengkhusus memahami dari perspektif moden yang diagung-agungkan oleh manusia hari ini. Dari sudut intitusi pula, ia boleh dihubungkan dengan konsep dan aktiviti hisbah yang dilaksanakan oleh kerajaan sebuah negara Islam. Konsep hisbah ini dihayati dan dikendalikan oleh para pemimpin pada kurun-kurun pertama kebangkitan Islam. Pendekatan yang sistematik terhadap kaunseling mula diberikan perhatian apabila wilayah Islam semakin bertambah luas. Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab menubuhkan institusi Hisbah dan dianggap sebagai suatu profesion ketika itu. Baginda mengangkat muhtasib (penasihat atau kaunselor) yang berkebolehan membimbing manusia kepada kebaikan dalam segala bidang. Mereka menawarkan khidmat bimbingan kepada masyarakat khususnya dalam urusan keagamaan. Hisbah dijalankan oleh semua golongan seperti khalifah, amir-amir, guru-guru, imam, suami, jiran dan ibu bapa. Hisbah dilaksanakan di rumah-rumah, masjid, pasar, madrasah, jalan dan kebun. Khalifah-khalifah seterusnya menjadikan institusi Hisbah sebagai suatu institusi yang penting dan dihormati dalam sistem pemerintahan negara Islam.7
Selain dari institusi kerajaan seperti Hisbah, para ulama juga memainkan peranan penting dalam memastikan aspirasi Islam dapat dicapai menerusi kaedah nasihat-menasihati. Bahkan mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri dalam menyatakan al-Haq atau kebenaran sehingga dipenjara dan dibunuh. Mereka adalah para mujaddid yang dibangkitkan bagi proses koreksi dan refomis yang hebat dalam sejarah Islam walaupun tidak memimpin gelombang kebangkitan gerakan Islam yang ulung. Nama-nama seperti Imam Hanbali dan Hanafi terus segar sebagai para mujaddid dan mujahid yang mendokong peranan sebagai seorang kaunselor kepada negara dan umat Islam pada zaman kegemilangan mereka. Hakikat ini tidak dapat difahami oleh pemikiran yang menobatkan kaunseling dari perspektif formal atau interpretasi yang berkaca-matakan nilai-nilai Barat yang sarat dalam kaunseling moden hari ini.
Kejatuhan kerajaan Islam di Turki pada 1924 menyebabkan timbulnya banyak gerakan Islam yang berusaha ke arah penubuhan sebuah negara Islam. Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan Jamaat Islami di Pakistan yang dianggap pelopor kepada kebangkitan Islam moden turut terlibat secara aktif dalam dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, Ikhwan dirujuk sebagai suatu model tarbiyyah yang berjaya mempengaruhi umat Islam menerusi kaedah-kaedah yang sistematik dalam aktviti seperti Usrah dan Daurah. Peranan gerakan Islam dalam dakwah dan tarbiyyah yang telah menjadi asosiasi rapat ini seterusnya dapat dilihat secara jelas apabila negara umat Islam mencapai kemerdekaan. Perjuangan gerakan Islam yang dahulunya bertujuan bagi membebaskan negara dari cengkaman penjajah kini beralih tumpuan kepada usaha dakwah atau tarbiyah pula. Banyak parti politik umat Islam dan organisasi baru yang ditubuhkan di atas semangat ini kerana mereka berasakan kemerdekaan yang dicapai masih lagi tidak menepati matlamat sebagai sebuah negara Islam. Dakwah dan tarbiyyah adalah merupakan proses yang berterusan bagi mengubah suasana dunia Islam hari ini ke arah menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Nota Hujung
1. Dr. Hassan Langgulung, ‘Applikasi Beberapa Kaedah Kaunseling Dalam Dakwah’, dalam Dr. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusof Che Mamat dan Ideris Endot (ed.), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 1998), hlm. 137-140.
2. Ideris Endot, ‘Peranan Psikologi Masyarakat Islam dalam Dakwah Islamiah’ dalam Sidi Ghazalba dan Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, (Bangi: Penerbit UKM, 1993), 124-125.
3. Wa’az berasal dari kalimah wa’aza dan wa’izu yang bererti to preach, appeal to, to warn and take advice. Lihat Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, Arabic English, (ed.) J. Milton Cowan, (London: MacDonald & Evans Ltd., 1974), hlm. 1082.
4. Dr. Wan Hussein Azmi, Ilmu Dakwah, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), hlm. 34-37.
5. Ibid.
6. Abd. Ghafar Don, ‘Tarbiyyah Dalam Kaunseling Islam’, dalam Dakwah dan Kaunseling Islam di Malaysia, (Bangi: Penerbit UKM, 2006), hlm. 99-105.
7. Kamal Abd. Manaf, Kaunseling Islam Perbandingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1995), hlm. 19-20.
Artikel ini hanya merupakan sebahagian daripada bab dalam buku karangan Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir, Dinamisme Dakwah Gerakan Islam: ABIM dan PAS. Dapatkan buku ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai dakwah gerakan-gerakan Islam di Malaysia khususnya ABIM dan PAS.
'Tolong kami, air makin tinggi'
Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, dilimpahi arus deras banjir.
Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.
“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.
Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.
Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.
Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.
Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.
Bandar Kuala Krai juga hampir lumpuh sepenuhnya apabila banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.
Pintu masuk ke Kelantan juga turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.
Sementara itu di Kota Bharu, setakat jam 7 petang, air dari hulu Kelantan mula melimpah, malah pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah memindahkan beberapa pesakit ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Berdasarkan laporan portal e.banjir kerajaan negeri, sehingga jam 6
petang semalam, sebanyak 126 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu
pertambahan 30 pusat pemindahan melibatkan 26,749 mangsa banjir daripada
8,101 keluarga yang dipindahkan berbanding kelmarin, hanya 21,600
mangsa.
Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah keluarga dipindah
paling ramai iaitu 2,294 keluarga melibatkan 21 pusat pemindahan untuk
menempatkan 6,641 mangsa .
Manakala jajahan Gua Musang pula sebanyak 18 pusat pemindahan masih
dibuka bagi menempatkan 7,285 mangsa daripada 1,880 keluarga dan
ditempatkan di tiga daerah utama iaitu Galas, Chiku serta Bertam.
Selain itu, beberapa jalan utama beberapa jajahan di sini turut
terjejas kesan daripada limpahan air sungai yang mula memasuki bandar
dan kawasan perumahan.
Jajahan Machang catatkan angka paling tinggi apabila tujuh jalan utama kini ditutup kepada semua kenderaan.
Kolej Vokasional Kuala Krai hampir tenggelam
- Keadaan banjir di Kolej Vokasional Kuala Krai, hari ini. - Foto pembaca Sinar Harian oleh NORAKMAL MHD MAHYIDIN
KUALA KRAI - Paras air di Kolej Vokasional di sini hampir mencecah bumbung garaj sehingga jam 7 pagi tadi.
Menurut isteri kepada seorang warden institut tersebut, Norakmal Mhd Mahyidin, 42, beliau dan tujuh sekeluarga terpaksa berpindah ke aras satu bangunan asrama setelah air naik hingga menenggelamkan kediaman mereka.
Katanya, air naik mendadak jam 2.30 pagi tadi.
"Turut bersama kami ialah adik saya dan keluarga yang terpaksa menumpang setelah terperangkap di Merapoh.
"Buat masa ini bekalan makanan untuk kami masih mencukupi", katanya.
1:12PM - 24 Dec 2014
Menurut isteri kepada seorang warden institut tersebut, Norakmal Mhd Mahyidin, 42, beliau dan tujuh sekeluarga terpaksa berpindah ke aras satu bangunan asrama setelah air naik hingga menenggelamkan kediaman mereka.
Katanya, air naik mendadak jam 2.30 pagi tadi.
"Turut bersama kami ialah adik saya dan keluarga yang terpaksa menumpang setelah terperangkap di Merapoh.
"Buat masa ini bekalan makanan untuk kami masih mencukupi", katanya.
1:12PM - 24 Dec 2014
'Hukuman pada kontraktor tanjakan runtuh ringan'
MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin berpendapat denda RM85,000 kepada kontraktor
jambatan kedua Pulau Pinang yang bertanggungjawab membina tanjakan yang
runtuh pada bulan Jun lalu adalah ringan.
Beliau menggesa agar hukuman lebih berat dijatuhkan kerana hukuman ini tidak akan berjaya mencegah kejadian serupa daripada berulang.
"Pihak pendakwa raya harus merayu ke Mahkamah Tinggi atas hukuman tersebut.
"Hukuman yang lebih berat adalah penting untuk memberi amaran kepada kontraktor agar melakukan kerja-kerja pembinaan secara serius," katanya dalam kenyataan.
Mahkamah Sesyen di Balik Pulau semalam mendenda wakil Cergas Murni Sdn Bhd sebanyak RM50,000 dan pengarah Giga Engineering & Construction Sdn Bhd sebanyak RM35,000.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah gagal memastikan tahap keselamatan di tapak pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Keruntuhan tanjakan yang terletak di bawah kedua-dua syarikat itu mengakibatkan kehilangan satu nyawa dan empat orang cedera.
"Hukuman itu sangat ringan dan tidak memberi keadilan yang setimpal buat mangsa insiden Tajuddin Zainal Abidin yang kehilangan nyawa akibat insiden tersebut.
"Keluarga Tajuddin sekarang dalam keadaan susah akibat kehilangan suami dan bapa," kata Sim.
Beliau seterusnya menggesa pihak berkuasa agar menyahsulitkan laporan kemalangan itu.
"Lebih penting lagi, laporan ini akan menjadi kajian kes kepada industri pembinaan pada masa depan demi mengelakkan kemalangan yang sama daripada berulang," katanya.
Beliau menggesa agar hukuman lebih berat dijatuhkan kerana hukuman ini tidak akan berjaya mencegah kejadian serupa daripada berulang.
"Pihak pendakwa raya harus merayu ke Mahkamah Tinggi atas hukuman tersebut.
"Hukuman yang lebih berat adalah penting untuk memberi amaran kepada kontraktor agar melakukan kerja-kerja pembinaan secara serius," katanya dalam kenyataan.
Mahkamah Sesyen di Balik Pulau semalam mendenda wakil Cergas Murni Sdn Bhd sebanyak RM50,000 dan pengarah Giga Engineering & Construction Sdn Bhd sebanyak RM35,000.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah gagal memastikan tahap keselamatan di tapak pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Keruntuhan tanjakan yang terletak di bawah kedua-dua syarikat itu mengakibatkan kehilangan satu nyawa dan empat orang cedera.
"Hukuman itu sangat ringan dan tidak memberi keadilan yang setimpal buat mangsa insiden Tajuddin Zainal Abidin yang kehilangan nyawa akibat insiden tersebut.
"Keluarga Tajuddin sekarang dalam keadaan susah akibat kehilangan suami dan bapa," kata Sim.
Beliau seterusnya menggesa pihak berkuasa agar menyahsulitkan laporan kemalangan itu.
"Lebih penting lagi, laporan ini akan menjadi kajian kes kepada industri pembinaan pada masa depan demi mengelakkan kemalangan yang sama daripada berulang," katanya.
Gambar Seluar Kecik Jururawat Di Hospital Viral Di Laman Sosial !!!
Gambar Seluar Kecik Jururawat Di Hospital Viral Di Laman Sosial |
Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia yang tersebar di
laman Twitter yang kini sedang menjadi viral di laman Facebook pula.
Gambar yang memaparkan seluar dalam bercorak
belang-belang seorang jururawat jelas kelihatan kerana kain seluar yang
dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak
sepatutnya.
Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali
dibangkitkan di media sosial tetapi sehingga kini masih belum ada
sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah
uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan s@ksi.
Sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja
mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan
mereka yang ramping.
Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu
tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat
yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain.
CITER AGAMA EMPAT...
1.SOLAT 5 WAKTU WAKTU CUKUP
2.PUASA SEBULAN CUKUP/DENGAN GANTI@KADHA
3.MENJAGA MARUAH
4.TAAT PADA SUAMI....
YANG PENTING AKIDAH BENAR DAN IBADAH SAH
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu
Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan
isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka
akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati
Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
CITER AGAMA EMPAT...
1.SOLAT 5 WAKTU WAKTU CUKUP
2.PUASA SEBULAN CUKUP/DENGAN GANTI@KADHA
3.MENJAGA MARUAH
4.TAAT PADA SUAMI....
YANG PENTING AKIDAH BENAR DAN IBADAH SAH
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan