Peluang menyaksikan pancuran meteor Geminids pada 13 dan 14 Dis ini
Astro Awani | Kemas kini: Disember 10, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 10, 2014 08:00 MYT)
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang untuk
menyaksikan pancuran meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada
malam 13 dan 14 Disember ini.
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa.
Menurut ANGKASA, pada pertengahan Disember setiap tahun, bumi akan merentasi serpihan batuan kecil yang berasal dari Asteroid 3200 Phaethon yang mana ia akan melalui atmosfera bumi lalu terbakar dan menghasilkan jaluran-jaluran cahaya di langit yang dikenali sebagai pancuran meteor.
Pancuran meteor ini telah bermula sejak 3 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini, dengan kemuncaknya pada 13 dan 14 Disember.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini, kenampakannya agak terhad kerana pada waktu yang sama, bulan baru melepasi fasa bulan penuh.
Pada kebiasaannya, orang ramai dapat melihat kira-kira 120 meteor dalam masa satu jam, namun disebabkan cahaya bulan, kenampakkannya akan terhad kepada 50 hingga 80 juraian sejam.
Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan pancuran meteor ini, berikut adalah tips yang boleh digunakan:
1. Untuk melihat pancuran ini, ia tidak memerlukan sebarang alatan khas kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar
2. Masa terbaik untuk melihat meteor adalah pada jam 8 malam sehingga terbit bulan pada jam 12 pagi.
3. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya.
4. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai atau padang.
5. Sekiranya keadaan langit berawan, anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat terkini orang ramai adalah boleh melayari laman sesawang ANGKASA di www.angkasa.gov.my, laman sosial Facebook Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau Twitter ANGKASA Malaysia.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/peluang-menyaksikan-pancuran-meteor-geminids-pada-13-dan-14-dis-ini-49997?cp
8:32AM - 11 Dec 2014
Isu SIS: Pertemuan dengan mufti S'gor dan kritikan
Sikap saya dalam menangani fatwa
pengharaman Sisters In Islam Forum Malaysia (SIS) telah menimbulkan
kontroversi yang tidak menemui titik noktahnya.
Saya, ahli parlimen Shah Alam serta Sepang terpaksa menongkah arus bukan
sahaja dalam lingkungan parti kami (PAS) tetapi juga kepada persepsi
sebahagian masyarakat Islam yang menganggap kami mencabar keputusan
Majlis Fatwa Selangor yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk
Seri Mufti Selangor.
Saya telah menjelaskan sikap saya yang secara ringkasnya bukan mencabar
fatwa tetapi cuba memohon penjelasan bagaimana proses fatwa dikenakan
atas sesebuah organisasi atau individu dalam mencari ruang pihak yang
tertuduh mendapat pembelaan, dan dalam konteks SIS Forum ia soal
pemikiran yang menuntut muzakarah sehingga terbukti kesesatannya.
Semasa kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS mendapat
perhatian media, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan
Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) rupanya mempunyai pendirian yang sama dengan
kami dan mereka turut berminat untuk mendapat penjelasan.
Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden Abim Amidi Abdul Manan dan
rombongannya telah bertemu dengan Tuan Mufti juga dalam tujuan yang
sama. Kesemua mereka melahirkan kebimbangan tentang fatwa sesat yang
digazetkan yang boleh membawa SIS Forum sebagai pertubuhan sesat dan
haram.
Walaupun mereka sama sekali tidak bersetuju dalam pandangan SIS namun
melabelkan dan memperkuatkuasakan fatwa ia sesat adalah satu tahap yang
jauh daripada jangkauan kami.
Saya menelefon presiden Abim yang kebetulan adalah kenalan saya untuk mendapat persefahaman adakah kebimbangan kami berasas.
Dalam perbualan telefon yang panjang akhirnya kami bersetuju bahawa ia
soal memohon penjelasan proses fatwa dan mencari nilai keadilan supaya
institusi mulia tidak dituduh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa.
JUHAM melalui Abang Kerdee Abang Masagus selaku setiausahanya juga
berpendapat sedemikian. Oleh kerana Abim telahpun menemui mufti, maka
saya menumpang sahaja temujanji Juham yang telahpun mendapat tarikh
pertemuan dengan Pejabat Mufti Selangor.
Balah 'telur ayam'
Antara persoalan yang diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertemu
dengan SIS dulu dan tidak dengan Mufti Selangor terlebih dahulu.
Malah dalam salah satu sesi perbahasan di sidang Parlimen tempoh hari
ahli parlimen Tanjung Karang telah ambil kesempatan untuk menghentam
saya dan dua sahabat saya lagi kerana gagal berjumpa dengan mufti tetapi
sebaliknya terus membela SIS.
Saya dengan segera memberi respon dengan mencelah dan menjelaskan bahawa
saya akan bertemu dalam waktu yang terdekat dan Alhamdulillah pada
minggu terakhir persidangan Parlimen iaitu pada 24 November hajat saya
'menumpang' temujanji Juham bertemu dengan Mufti tercapai.
Soal sama ada kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak mufti adalah
umpama perbalahan 'telur ayam' iaitu sama ada ayam atau telur keluar
dahulu atau sebaliknya.
Kini semua itu terjawab dalam pertemuan yang cuba menyempurnakan
sebahagian daripada proses cuba bertemu dengan pihak yang berkepentingan
dalam kes ini.
Sambutan mesra
Kami disambut mesra oleh kakitangan Pejabat Mufti Selangor dan ditunjuk
terus ke bilik pertemuan. Rombongan kami agak ramai terdiri dari tujuh
atau enam peguam dari JUHAM dan lima atau enam orang daripada kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Selangor.
Selain mufti, kami juga disambut oleh setiausaha Pejabat Mufti dan
beberapa anggota Majlis Fatwa Selangor serta beberapa pegawai penyelidik
Majlis Fatwa Selangor. Setelah ucapan alu-aluan dibuat oleh Mufti, kami
memulakan muzakarah dengan beberapa persoalan untuk dibincangkan
bersama.
Saya menjelaskan bahawa bukan niat saya untuk mempertikaikan fatwa,
cumanya saya sebagai ahli penggubal undang-undang di peringkat
persekutuan amat prihatin kepada proses apatah lagi fatwa yang membawa
kepada penguatkuasaan 'sesat' sesebuah organisasi atau individu.
Asas pemfatwaan ialah liberalisme dan pluralisme memerlukan perincian
dan penjelasan dari pengamalnya sebelum membuat apa-apa rumusan. Saya
memetik surah al-Maidah ayat 8 bagi mengukuhkan pengertian proses
keadilan. Saudara Abdullah Karim dari Juham turut menegaskan perkara
yang sama.
Perlu suasana 'gaduh'
Mufti menjelaskan proses yang mereka jalankan dan menegaskan pertemuan
pada 2012 dengan SIS sudah cukup untuk mereka merumuskan fatwa sesat
terhadap SIS.
Saya mencelah adakah beberapa asas yang dikatakan SIS sesat telah
mendapat penjelasan dan penelitian dari 'tuan tubuh' supaya ia bukan
rumusan sendiri tetapi hasil daripada perbincangan mendalam.
Mufti menjelaskan bahawa pertemuan 2012 di Pejabat Mufti Selangor
tersebut tidak bertujuan untuk 'bergaduh' dan hanya mendengar sahaja
dari pihak SIS.
Saya terus menyoalkan bahawa jika pertemuan itu satu muzakarah maka ia
perlu suasana 'bergaduh' supaya dapat dipastikan dengan penuh keyakinan
rumusan yang dibuat kerana tanpa suasana itu (berhujah) bagaimana kita
dapat membuat sesuatu keputusan dengan adil dan saksama.
Antara yang turut memberi penjelasan ialah Pengerusi Bahagian Akidah
Majlis Fatwa Selangor yang berkeyakinan bahawa SIS Forum tidak syak lagi
sesat atas beberapa asas, antaranya ialah mengatakan lelaki wanita
adalah sama, menafikan bahagian lelaki dalam faraid (pembahagian harta),
mendahulukan akal daripada wahyu dan beberapa isu lain yang melayakkan
mereka difatwakan sesat.
Mufti juga menafikan bahawa fatwa tidak dibuat secara terburu-buru,
malah mereka mengambil masa lama untuk mendapat maklumat melalui
dokumen, kenyataan-kenyataan dan seminar yang dianjurkan.
Kritikan
Saya juga menjelaskan bahawa semua yang dikatakan ke atas SIS itu masih
belum dibentangkan kepada SIS untuk memberi penjelasan dan untuk
dipertahankan oleh SIS adakah mereka mengimani semua perkara tersebut
sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Adakah hanya mendapat maklumat daripada sumber sekunder seperti dokumen
tanpa bersemuka melengkapkan proses pembuatan fatwa supaya keadilan
dapat dilaksanakan?
Saya juga menyebut bahawa terdapat kajian yang dibuat oleh seorang
pensyarah terhadap institusi fatwa di Malaysia bahawa bukan semua orang
menolak fatwa kerana tidak menghormati fatwa tetapi cara dan penjelasan
tentang proses pembuatan fatwa dibuat yang menjadi pertikaian.
Mufti menegaskan bahawa SIS terlalu keras dalam pendiriannya dan tidak
mungkin mengubahnya, dan pada saat ini Abdullah Karim seorang peguam
menegaskan bahawa soal memberi keadilan dan pertahankan diri bukan
sahaja untuk yang dituduh tetapi juga menggambarkan kepada persepsi awam
bahawa proses keadilan berjalan apatah lagi tanggapan kepada institusi
terhormat seperti Majlis Fatwa.
Konflik perundangan
Perbincangan kami berjalan lebih daripada masa yang dijangkakan kerana
perbincangan turut menjangkau tentang persoalan konflik perundangan
kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan mengambil kes keputusan
Mahkamah Sivil yang berpihak kepada tiga transgender yang
mempertikaikan Enakmen 66 Agama Islam Negeri Sembilan yang dikenakan ke
atas mereka.
JUHAM memberikan komitmen untuk mempertahankan hak Mahkamah Syariah
kerana kes awalan ini tidak akan membantu memperkukuhkan Mahkamah
Syariah malah ia boleh mengheret konflik perundangan yang sensitif
sifatnya.
Saya turut mencadangkan supaya perbahasan lebih terperinci dibuat dalam
melihat kes masa depan yang berpotensi untuk berlaku dan diselesaikan
dalam rangka mengiktiraf kewibawaan Mahkamah Syariah yang terpaksa
berkongsi secara selari kuasanya dengan Mahkamah Sivil dengan beberapa
keterbatasan.
Saya dan rakan ahli parlimen PAS yang lain bersedia untuk mencapai rumusan yang objektif dalam hal ini.
Akui beberapa perkara
Masa tidak mengizinkan untuk kami meneruskan perbincangan dan kami
kemudian menikmati hidangan petang yang disediakan sambil terus bermesra
dengan pihak tuan rumah. Namun pertemuan singkat itu memabwa kita
kepada pelbagai persoalan yang asasnya ialah untuk memperakui beberapa
perkara.
Pertama - Proses pemfatwaan tidak menuntut sesuatu keputusan itu
dirunding atau dimuzakarahkan dengan yang terlibat. Saya tidak
menyalahkan pihak Majlis Fatwa dalam hal ini kerana mereka hanya
berpegang kepada proses yang saya fahami daripada penjelasan yang
diberikan bahawa tidak sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak memerlukan
muzakarah ke atas yang dituduh.
Kedua - Fatwa ada keterbatasannya dan banyak mengambil kira
faktor-faktor lain. Berkemungkinan besar fatwa yang digazet atau
dikuatkuasakan tidak disenangi oleh pihak yang lebih berkuasa.
Ketiga - Majlis Fatwa tidak perlu bertemu dengan SIS kecuali SIS
bertaubat dan ingin mempelajari jalan pulang serta mengakui bahawa
mereka sesat. Ketika itu pihak Mufti dan Majlis Fatwa bersedia
membimbing mereka ke jalan yang benar.
Keempat - Mahkamah Syariah berada pada tahap cabaran yang tinggi apabila
keputusan Mahkamah Syariah boleh dipersoalkan dalam konteks kebebasan
yang yang diberikan haknya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rumusan pertemuan saya dengan Sahibus Samahah Datuk Seri Mufti Selangor
dan Majlis Fatwa menuntut beberapa persoalan termasuk persepsi
pentadbiran dan pengurusan Islam dalam negara ini.
Tanggungjawab pihak pentadbir hal ehwal agama Islam dilihat dari sudut
harapan Islam dilihat mulia dan bermaruah semakin besar untuk memenuhi
harapan umat Islam di Malaysia.
Atas harapan besar ini, pihak pentadbir hal ehwal agama Islam perlu
mempunyai jiwa besar dan memenuhi prinsip "rahmat dalam keadilan" dan
bagaimana ia menyerlahkan dirinya dalam konteks kerangka negara yang ada
hari ini.
Hanya dengan cara ini Islam dilihat mengisi ruang negara yang ada hari ini dan jalannya tidak mudah, sukar dan berliku.
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS
Iskandar, Ahmad Yunus terima gelaran 'Datuk'
SHAH ALAM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Khamis.Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.
Dua anggota Exco kerajaan negeri Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita iaitu Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.
Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ir Abdul Ghani Hashim.
Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah Brig Jen Jalaluddin Manan, Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby Dr Lee Eng Lam, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Ong Swee Leng dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah tersebut iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Slamat Yahya dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.
Dekan Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Dr Rozita Halina Tun Hussein.
Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS Norzila Sidek; dan pelukis '22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor' Haron Mokhtar.
Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).
Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). - Bernama
Pelajar Jual Tubuh Cuma RM10
Written By canang on Rabu, 10 Disember 2014 | 12/10/2014 01:04:00 PTG
KOTA KINABALU: Hanya
RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun
yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan
seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.
Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.
“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.
“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.
“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.
“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.
sumber: ionformasi.my
Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.
Dihempap Ketika Tidur
Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.
Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”
Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.
Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?
Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?
Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak
Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur
Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).
Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.
Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit/Ditindih Ketika Tidur

Pas Bkt Sentosa shared Zar Ali IV Ali's post.
Dah agak dah ! Dah dijatuhkan hukuman penjara tapi ditangguh bertahun ..tup-tup 2014 Bebas?
Zar Ali IV Ali added 2 new photos — with Sophia Marissa Lynn and 52 others.
Tuesday, December 9, 2014.
Keputusan kes rasuah, salahguna kuasa RM3.5 juta, Khir Toyo bebas tanpa syarat
Khir Toyo bebas tanpa syarat.
Keputusan kes rasuah, salahguna kuasa RM3.5 juta, Khir Toyo bebas tanpa syarat
Khir Toyo bebas tanpa syarat.
Fakta Kes: Bekas menteri besar Selangor semasa Selangor di bawah
pentadbiran Umno BN, Dr Khir Toyo didapati bersalah menggunakan
kedudukannya sebagai menteri besar dan pengerusi Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) untuk memperolehi tanah dan sebuah banglo
bernilai RM3.5 juta dengan harga di bawah nilai pasaran.
Tempat hukuman dijatuhkan: Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tarikh hukuman dijatuhkan: 23 Disember 2011
Hukuman terhadap Khir Toyo: Penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan mahkamah memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas.
Walau bagaimanapun bekas menteri besar Selangor yang juga ahli Umno (Baru) itu telah membuat rayuan untuk mengenepikan sabitan terhadapnya. Rayuan tersebut didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini. Dr Khir Toyo diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M Athimulan. Manakala DPP ialah Mohd Masri Daud.
Keputusan kes rayuan: Dr Khir Toyo dibebaskan tanpa syarat. Alasan penal hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes rayuan tersebut, Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman terhadap Khir Toyo pada 23 Disember 2011 telah terlepas pandang satu fakta utama.
Fakta Utama: Khir Toyo adalah ahli Umno, maka itu Dr. Khir Toyo tidak boleh dipenjarakan.
Notakaki A: Bukan dengan niat untuk menghina atau mendahului keputusan mahkamah tetapi keputusan kes rasuah dan salahguna kuasa oleh Khir Toyo dapat dijangka sepertimana kes-kes rasuah dan salahguna kuasa terdahulu yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan Umno BN.
Notakaki B: Datuk Muhammad Shafee Abdullah adalah peguam upahan Umno yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Fitnah Liwat ii dengan segala hujah dan prinsip penipuan yang dijunjungnya.
Kerajaan Rakyat.

Like · · Share
Cuba bagi tahu rakyat
Bahagian mane PAS sesat?
Bahagian mane PAS sesat?
Like · · Share
Mawar Kuning shared Zar Ali IV Ali's photo.
1 hr ·
Zar Ali IV Ali with Sophia Marissa Lynn and 49 others
KOMENTAR.
NAJIB SUDAH MULA TAKUT
adakah usaha membodek ini
akan meredakan serang madey
terhadap najib
yang dianggap lembik
yang dianggap bebal
yang dianggap manai
NAJIB SUDAH MULA TAKUT
adakah usaha membodek ini
akan meredakan serang madey
terhadap najib
yang dianggap lembik
yang dianggap bebal
yang dianggap manai
Cergaskan kerjasama Dasar Pandang ke Timur II
SEOUL - Najib Abdul Razak berkata, Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).
Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.
KAH KAH KAH
woit
najib sudah takut
takut pada madey
ini dasar nak bodek
nak bodek madey
kalau pandang ke timur
ngapa ambil mat saleh
jadi CEO MAS
napa tak ambil jepun?
napa tak ambil korea?
kah kah kah
serangan madey
akan lagi ganas
terpeleeook mat mongol
Posted by Tukar Tiub.

Rabu, 10 Disember 2014
Korek timbus lubang ekonomi Malaysia
ATAS sebab hanya diketahui oleh Menteri Kewangan, sejak dulu lagi angka
kegemaran (favourite) yang sering disebut dalam belanjawan (bajet)
tahunan mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah di antara 4-6
peratus.
Bajet 2015 tidak terkecuali. Bertepatan dengan tradisi, Perdana
Menteri/Menteri Kewangan Najib Tun Razak meletakkan ramalan pertumbuhan
ekonomi sekitar 5.5-6 peratus.
Bagi kebanyakan rakyat yang tak berapa faham tentang ekonomi makro serta
faktor luaran dan iklim am ekonomi dan pasaran dunia, angka ramalan
seperti itu sudah tentu melegakan. Mudah kerajaan Umno-BN meyakinkan
rakyat – apa pun keadaannya yang berlaku di dunia, pertumbuhan ekonomi
Malaysia terus kekal pada angka 'favourite'. Bak ungkapan klasik para
menteri BN, “Malaysia hanya terkena tempiasnya sahaja…” Namun realiti
sebenarnya, bagi tempoh hampir sedekad lalu, ramalan hanya tinggal
ramalan. Keputusan muktamad pertumbuhan ekonomi negara, lebih lazim
daripada tidak, sering tersasar daripada keceriaan 4-6 peratus yang
disebut dalam Dewan Rakyat pada hari pembentangan Bajet.
Begitupun sudah tentu kebanyakan rakyat biasa tidak begitu menyedari hal
ini. Berapa kerat sangatlah daripada kalangan mereka terutama rakyat
marhaen daripada golongan petani, nelayan, dan pekerja biasa yang
membaca, misalnya laporan sukuan Bank Negara Malaysia atau penerbitan
lain yang melaporkan kedudukan pertumbuhan ekonomi sebenar.
Apa yang hanya disedari hanyalah kedudukan kecairan kerajaan. Dalam
bahasa biasa kerajaan tidak cukup duit untuk melangsaikan pelbagai
komitmen. Dan bagi kebanyakan hal ini berpunca daripada pengurusan
kewangan tidak cekap dan penggunaan dana berlebihan bagi projek-projek
pembangunan.
Sementara hal itu tidak terlalu tidak benar, faktor lain seperti
prestasi eksport, kedudukan KDNK, jumlah pinjaman dibuat oleh kerajaan,
baik dibuat dalam tempoh semasa mahupun terkumpul sentiasa mengancam
kedudukan kecairan dan aliran wang tunai negara.
Namun tentu sekali kerajaan Umno-BN pandai mencari jalan pintas
mengatasi masalah ini. Pada jangka pertengahan, rumusan kepada
permasalahan kecairan ini adalah dengan menaikkan kadar pelbagai duti
dan cukai dan bagi langkah janga pendek, pengurangan pelbagai subsidi
yang mana paling popular dan mudah ialah pengurangan subsidi minyak.
Sering harga minyak, terutama RON95 naik tidak semena-mena tanpa
sebarang sebab dan tanpa sebarang amaran atau petanda ia akan naik.
Begitulah permainan ekonomi tarik tali yang sering dimainkan oleh
kerajaan Umno-BN. Ia seolah-olah tidaklah lagi merupakan satu pengurusan
ekonomi makro melainkan penyelarasan tunai yang digantungkan secara
langsung ke atas sumber rakyat. Tidak kira golongan miskin atau kaya,
tanpa disedari setiap rakyat terbabit dan diwajibkan melegakan aliran
tunai kerajaan.
Kini ciri utama ekonomi Malaysia tahun 2015 adalah pelaksanan
julung-julung kali cukai nilai tambahan atau GST. Tentu sekali ‘nilai
tambahan’ dimaksudkan itu adalah nilai tambahan kepada dana yang dikutip
daripada rakyat dan sebaliknya tidak memberikan sebarang nilai kepada
rakyat malah sebaliknya lebih membebankan.
Walaupun iklan dan promosi pra-pelaksanaan GST kononnya membayangkan
betapa pengenalan cukai terbaru ini menepati teori atau permainan
‘jumlah sifar’ di mana tidak ada pihak yang rugi (baik rakyat mahupun
kerajaan), tidak terlalu sukar untuk menentukan pihak yang akan yang
mengaut keuntungan.
Justeru ramalan kerajaan sendiri tentang prestasi am kecairannya
tentulah positif. Oleh kerana GST merangkumi setiap barangan dan
perkhidmatan, maka lojiknya sumber dana baru besar-besaran kini dapat
dipungut di samping penghapusan pelbagai lagi subsidi.
Namun apakah begitu?
Bagi tahun 2015, Bank Dunia sudahpun meramalkan keadaan tidak menentu
akibat pelbagai faktor dan krisis kewangan dan pasaran diramalkan akan
berlaku.
Itu belum lagi mengambil kira krisis luar jangka. Ramalan tersebut
adalah bertepatan dengan kitaran ekonomi global yang kini sedang menurun
pada kedudukan terbawah.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataannya seminggu dua
lalu membayangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia fiskal 2015 adalah
sebanyak 3.9 peratus.
Malaysia pula secara realitinya sedang berhempas pulas menyesuaikan diri
dengan kedudukan harga komoditi global yang terus meleset.
Dan jika harga semua komoditi utama yang menjadi enjin kepada pendapatan
negara terus menerus mencatatkan penurunan di pasaran dunia serta
berlatar belakangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global yang malap,
apakah prospek Malaysia boleh mencapai ramalam pertumbuhan
'favourite'nya pada tahun fiskal 2015?
Apapun rakyat Malaysia yakin tidak terlalu lama untuk melihat lubang
mana pula yang akan dikorek Najib dan lubang mana pula yang akan
ditimbus untuk tahun tersebut?
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
budaya BN..
Like · · Share
Dedah gaji CEO MAS baharu
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd digesa mendedahkan jumlah gaji
yang dibayar kepada bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS,
Christoph R Mueller.
Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed berkata, perkara itu perlu didedahkan kepada umum memandangkan ada pihak tidak berpuas hati dengan pelantikan itu.
“Di saat kerajaan menyebut mengenai langkah penjimatan, semua rakyat perlu tahu berapakah gaji dan elaun yang dibayar kepada Mueller kerana saya difahamkan gaji dan elaunnya agak besar," katanya kepada Dewan Negara semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.
Kenyataan itu juga menyebut, pemilihan Mueller berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman beliau dalam bidang penerbangan selama 25 tahun.
Mueller juga dikatakan mempunyai rekod baik sehingga berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dalam tempoh singkat.
Bagaimanapun, pelantikan beliau dikritik banyak pihak termasuk bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang menganggap pemilihan itu satu pembaziran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan