Sabtu, 6 Disember 2014

CANTIK DIMAKAN USIA IA BERKEDUT2....KUAT DIMAKAN USIA JADI LEMAH....KAYA TAK KECAP SAMPAI TUA...SEBAB BANYAK DAH TAK TERDAYA...ATAU MUSNAH SEBAB SALAH URUS....KUASA DAN PANGKAT AKAN HILANG BILA PENCEN.......JATUH (ITU PUN JIKA SEMPAT TUA) ATAU MATI...YANG KEKAL ILMU YANG BERMANFAAT...AMAL JARIAH...ANAK YANG SOLEH....ITU PUN JIKA MATI DALAM ISLAM...DIMANA AKIDAH KITA BENAR SERTA IBADAH KITA SAH DISISI ALLAH SWT





10 Jenis Penyakit Pembunuh Utama


10 jenis penyakit pembunuh utama yang perlu anda semua ketahui.. bagi memastikan anda tidak berada dalam bahaya, seeloknya anda semua pergi ke hospital berdekatan dengan anda dan melakukan pemeriksaan kesihatan. Jika anda mempunyai penyakit yang dinyatakan ini maka anda wajib berhubung dengan doktor untuk meminta oandangan atau nasihat mengenai oenyakit anda..

10 sebab jin tinggal serumah


1.Tapak rumah ada punca air mata air
Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau.Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam. kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah. Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah. Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’ kerana ia di bina di kawasan penempatan jin. Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah SWT seperti kita juga. Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman.

2. Tapak rumah ada kubur
Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada jasad manusia yang di buang (mungkin kerana dibunuh atau kemalangan) Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu. Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya. Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan.

3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin
Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya. Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya.

4. Dalam rumah ada tangkal sihir
Iaitu dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya atau tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya.
kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan. Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal. Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya. Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’.

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia
Iaitu kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada. Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu. Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah.

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya
Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyangatau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa,percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’. (patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia). Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya. 

7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin
Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu, samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka. Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu. Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya. Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’. kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya. Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir
Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah. Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah. Kemudian ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin, terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat. 

9. Mengamalkan ilmu sihir
Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya. Biasanya, kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir, maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun, mana-mana saja pun boleh jadi. Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’.

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang

10. Jin liar ikut pulang
Iaitu biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana samada siang apalagi di waktu malam tanpa doa pendinding diri atau persediaan maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab jin itu ikut pulang ke rumah. Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka tanpa disedari manusia.

Kisah Benar: Derita Suami Memperisterikan Wanita Cantik



Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.


Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. 

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama… 

Fesyen 'KETERLALUAN' Remaja Melayu Masa Kini..


Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.

Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya.

Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...
Andai kata ada pak aji yang membaca artikel ni mau berdarah hidung orang tua tu kihkihkhih...
3:33PM - 5 Dec 2014

Tiada gaji, staf Bernama TV terpaksa cuti


Sekumpulan kira-kira 20 orang pekerja Bernama TV (BTV) kini terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan mereka sejak lebih sebulan lalu.

Seorang daripada kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau terpaksa mengambil cuti sejak Isnin lalu kerana tidak mampu menanggung kos untuk ke tempat kerja.

Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober dan mereka masih belum menerima bayaran gaji untuk bulan November.

"Duit untuk anak bini dan keperluan ada, (tetapi tiada wang untuk) pergi kerja," kata seorang kakitangan yang tidak mahu nama beliau disiarkan kepada Malaysiakini.

Kakitangan terlibat termasuk para wartawan, penolong penerbit, dan pekerja studio BTV, yang masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar pembayaran gaji mereka.

"Mula-mula janji minggu ini, lepas itu dengar minggu depan," kata seorang lagi kakitangan yang terjejas.

Sementara itu, pihak pengurusan BTV mengakui bahawa berlaku “kelewatan” dalam pembayaran gaji dan berjanji untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

"Kami dah masukkan bayaran pendahuluan, dan gaji penuh akan dimasukkan minggu depan," kata ketua pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Namun, sumber di BTV menyatakan bahawa bayaran wang pendahuluan itu hanya diterima oleh segelintir kakitangan terlibat.

Sebahagian besar daripada 180 pekerja BTV merupakan kakitangan entiti swasta Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang merupakan pemilik stesen TV itu.

Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam bawah agensi berita Bernama yang memiliki kepentingan 33 peratus dalam BTV dan telah menerima bayaran gaji.

Langgar Akta Kerja?

Sekiranya benar bayaran gaji itu dibuat pada Isnin depan, ia merupakan hari ke-49 sejak bayaran gaji terakhir.  Lazimnya sebelum ini, mereka menerima bayaran gaji mereka pada setiap 27 haribulan

Para kakitangan berkenaan turut mempersoalkan bahawa tindakan itu mungkin melanggar undang-undang buruh negara ini.

Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan mesti membayar gaji pekerja tidak lewat dari hari ketujuh selepas tempoh pembayaran gaji.

Akta itu menyatakan tempoh gaji mestilah tidak melebihi satu bulan.

Namun, akta yang sama membenarkan majikan untuk memohon Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk memanjangkan tempoh gaji tersebut.

Bukan kali pertama

Ini bukan kali pertama pekerja BTV mendakwa gaji mereka lewat.

Mereka mendakwa gaji mereka tidak diterima tepat pada waktnya pada bula Julai, Ogos, dan September.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam kenyataannya pada Oktober lalu berjanji untuk selesaikan masalah ini sebelum akhir tahun.

Kata beliau, masalah gaji BTV berpunca dari sikap tidak ambil kisah pemegang saham swasta stesen itu, dan juga kekurangan iklan akibat kekurangan penonton.

Beliau merancang untuk memulihkan keadaan, dengan menukar format siaran BTV kepada stesen berita Bahasa Inggeris sepenuhnya tahun hadapan.

Bulan lepas, timbalan beliau, Datuk Jailani Johari, mengumumkan di parlimen bahawa kerajaan akan memberi stesyen itu RM20 juta untuk penaiktarafan teknikal.

10 Perkara Yang Membuatkan Wanita Cantik

Sungguh! Kecantikkan sentiasa menjadi impian, idaman dan kegilaan seorang wanita. Namun tidakkah kalian (wahai wanita) tahu bahawa disebalik kecantikan di balik kulit nipis ini ada simbolik yang lebih jelas Allah s.wt ingin kalian berfikir? Lihat dan singkap 10 perkara yang buat anda menjadi WANITA PALING CANTIK.

-->>Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

-->>Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
-->>Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
-->>Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


-->>Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

-->>Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.

-->>Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

10 Kebaikan Bersetubuh

Info Menarik hari ini mengenai 10 kebaikan seks yang mungkin kita tidak ketahui.Pada yang belum berkahwin pastikan anda berkahwin untuk mendapat kebaikan ini.Dan jangan lakukan secara tidak sah pada pasangan andaKebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yg menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:

1 - Seks mengurangkan Tekanan Darah.
Kebaikkan seks yg utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yg diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yg kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

2 - Seks meningkatkan Immuniti badan.

Aktiviti seksual yg bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yg baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yg tinggi yg melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yg lain.

3 - Seks membakar lemak badan.
 Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yg baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yg menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
 

4 - Seks menguatkan kesihatan jantung.
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yg lebih kurang aktiviti seksnya.

5 - Seks meninggikan Self-Esteem.

Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yg diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

6 - Seks membuatkan kita lebih menyayangi.
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yg dipanggil “love” hormon yg mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

7 - Seks mengurangkan sakit.

Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

8 - Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
.
Didapati ejakulasi yg kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yg diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

9 - Seks menguatkan otot pelvis.
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

10 - Seks membuatkan anda tidur lebih nyenyak.
Oxytocin yg dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yg lebih nyenyak menurut kajian

Tiada ulasan: