6:38PM - 31 Dec 2014
2015 tahun cabaran kesederhanaan
Tahun 2015 adalah tahun amat mencabar bagi idea dan pendekatan kesederhanaan.
Tahun depan adalah tahun Malaysia amat sibuk di pentas antarabangsa.
Kita akan menjadi Pengerusi ASEAN selama setahun dan ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama dua tahun, hingga 2016.
Ini bukanlah kali pertama kita menduduki kedua-dua kerusi tersebut. Tetapi, menduduki kedua-duanya sekali gus adalah istimewa.
Di kedua-dua pentas tersebut, janji Malaysia ialah mempromosi kesederhanaan. Ini janji paling unik sepanjang penyertaan kita di pentas antarabangsa.
Ia dimulakan melalui ucapan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung PBB pada 2010, yang menghasilkan, antaranya, tertubuhnya Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ramai pemimpin dunia.
Cabarannya sejauh manakah Malaysia berjaya melipatgandakan pendekatan kesederhanaan dalam tempoh dua tahun itu?
Dalam ASEAN, Malaysia mempunyai rekod cemerlang memfasilitasi perjanjian keamanan di Filipina Selatan.
Perangi keganasan IS
Mampukah kita meneroka kejayaan sama di Thailand Selatan, membela Rohingya di Myanmar dan menyeimbangi kuasa Amerika Syarikat (AS) dan China di perairan Laut China Selatan?
Bagaimanakah kita mengatasi cara ASEAN yang mengamalkan konsensus yang sering menggagalkan inisiatif-inisiatif tertentu?
Di PBB, Malaysia cemerlang sebagai penyumbang kepada pasukan pengaman.
Mampukah kita menggerakkan penyelesaian muktamad isu Palestin, sekian banyak konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia, dan khususnya, kes MH370 dan MH17?
Bagaimanakah kita menangani sistem veto Majlis Keselamatan?
Bagi GMM, sebagai badan pemikir, kami akan menggunakan kedua-dua kedudukan tersebut untuk melipatgandakan lima inisiatif utama, iaitu, diplomasi digital, ancaman keselamatan tak-tradisional, demokrasi dan governans, pembangunan inklusif dan peranan masyarakat sivil (khususnya belia dan wanita).
Program utamanya ialah Persidangan Antarabangsa GMM II pada Mac 2015.
Perkara paling kritikal ialah memerangi keganasan, khususnya “Islamic State” (IS). Di PBB, ASEAN dan tempatan, ia memerlukan kerangka kerja yang holistik, yang melibatkan semua pemegang taruh dan strategi, aktiviti dan taktik yang multidimensional.
Suara-suara kesederhanaan
GMM telah menubuhkan pasukan khas dan sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.
Isu tempatan yang paling kritikal ialah sejauh manakah kita dapat meneruskan pendekatan kesederhanaan, yang menjadi nadi dan kekuatan rakyat Malaysia yang majmuk selama ini, di tengah-tengah suara ekstrim, yang sebenarnya adalah golongan minoriti.
Masalah ini tercetus mutakhir ini. Tahun 2015 menuntut bukan sahaja keazaman politik, tetapi keberanian politik, untuk menanganinya.
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), yang ditubuhkan Datuk Seri Najib, akan menyiapkan laporannya awal tahun depan.
Perhatian akan tertumpu, khususnya, terhadap cadangan Akta Harmoni Nasional, iaitu yang merujuk soal diskriminasi dan mediasi – dua elemen penting di mana kesederhanaan dapat dilipatgandakan.
Laporan tersebut juga diharap membuat cadangan-cadangan berani yang berkait rapat dengan kesederhanaan, contohnya, penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-undang, keterlibatan semua pihak dalam penggubalan undang-undang, literasi Perlembagaan, dasar pembangunan inklusif, silang budaya, integrasi nasional dan peranan belia.
Kita mengalu-alukan suara-suara kesederhanaan – yang mewakili majoriti rakyat – yang mula muncul dengan lebih konkrit.
Contohnya, ialah kumpulan 25 bekas pegawai kanan kerajaan, kumpulan sarjana Islam, 33 warga senior pelbagai kaum, 93 NGO, dan sebagainya.
Tempoh setahun dua adalah singkat. Tidak mungkin semua perkara dapat disempurnakan. Tetapi, pokoknya, kita mesti melipatgandakan kerja. Dengan bijaksana dan berani.

108 ditahan mencuri, 2 sebar maklumat palsu
KOTA BHARU - Banjir besar di negeri ini tidak menginsafkan sesetengah
pihak apabila ada yang bertindak memecah masuk pasar raya dan beberapa
premis perniagaan di negeri ini bagi mengambil bekalan makanan dan
barangan lain kononnya untuk digunakan sebagai bekalan sepanjang musim
terbabit.
Lebih mengejutkan apabila kejadian itu turut melibatkan remaja berusia 14 sehingga golongan dewasa berumur 40 tahun yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan bencana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, situasi berkenaan melibatkan 39 laporan dengan 37 laporan berhubung kecurian dan dua penyebaran maklumat palsu.
"Seramai 108 ditahan termasuk lelaki dan wanita berhubung kecurian di negeri ini di samping dua dikenal pasti menyebarkan maklumat palsu yang berhubung kejadian banjir di negeri ini.
"Tangkapan kes kecurian dilakukan di sekitar Tanah Merah, Kota Bharu selain beberapa tempat lain termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Pasir Puteh termasuk Bachok" katanya.
Mazlan berkata, kesemua laporan yang diperolehi itu bermula sekitar 17 Disember lalu dan 16 kes disiasat sehingga kini selepas banjir gelombang kedua berlaku.
"Tangkapan melibatkan kecurian akan didakwa di bawah seksyen 451 Kanun Keseksaan (KK), 457 Kanun Keseksaan (KK) dan seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), seksyen 448 KK selain dua kes penyebaran maklumat palsu di bawah akta multimedia dan komunikasi" katanya kepada media.
Beliau berkata demikan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini hari ini.
Mazlan berkata, orang ramai tidak sepatutnya melakukan perbuatan sedemikian kerana ia menyalahi undang undang.
"Kita ada peraturan lagipun mencuri salah dan sepatutnya mereka tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.
"Lagipun kebanyakan mereka merupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan dan memperolehi bantuan namun bertindak melakukan perbuatan itu demi kepentingan sendiri," katanya.
-ENDS
Demikian buruknya nasib orang Melayu selepas 57 tahun merdeka mengikut pengamatan dua orang Tun Melayu yang bersara, satu daripada ketua hakim negara dan satu lagi daripada ketua kerajaan negara. Kedua-duanya seolah-oleh mengira kepercayaan Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia tidak mungkin relevan lagi.
Celaka yang dikatakan itu adalah gara-gara wujudnya perpecahan orang Melayu antara PAS dan Umno. Ertinya buruk benar adanya di dunia ini PAS dan Umno. Yang eloknya biar jangan ada Umno dan PAS dalam dunia, nescaya tidaklah Melayu jadi Red Indian dan tidaklah ia jadi bangsa pengemis kuasa dalam negara sendiri.
Saya tidak bercadang untuk melonggokkan dilema orang Melayu itu kepada Inggeris yang merencanakan keadaan itu, warisan peninggalan Mat Saleh itu cuba dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang politik supaya orang Melayu itu tidak habis langsung.
Jika yang ditelah oleh dua Tun itu adalah hakikat yang sebenar, ia adalah tepat bagi yang dirancang oleh British. Muafakat yang disyorkan oleh British itu diperkenan Umno pertama demi kepinginnya akan kemerdekaan mudah dan kedua bagi memastikan Umno berkuasa terus selagi ada bulan bintang tidak kira kemerdekaan itu adalah kemerdekaan atau merdeka tiga suku bagi orang Melayu.
Tahaluf yang Umno setujui itu tidaklah syarat sebenar untuk kemerdekaan kerana Briitish yang meluluskan piagam PBB tahu ia mesti pergi tidak kira kemerdekaan itu dituntut atau tidak. Brunei Darussalam yang tidak minta merdeka pun diberinya merdeka, tiada apa sebab ia hendak kekal di Tanah Melayu hingga kiamat. Tetapi kalau Umno terima dalih British itu banyaklah untungnya.
Tetapi tidaklah tahaluf tajaan Inggeris yang Umno terima itu satu tindakan mengemis kuasa daripada orang lain, bahkan bagi menjamin ia boleh tumpang berkuasa selama-lamanya.
Jika ia tidak buat tahaluf itu ia akan hilang menenggek kuasa, kerana takutkan ancaman PAS yang lebih celik politik daripadanya yang diyakini oleh semua termasuk British adalah kuasa sebenar bagi Melayu dan Islam di wilayah ini.
PAS baru ada ketika Umno mengadakan tahaluf dengan MCA dan MIC bagi menghadapi pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur tahun 1953. Ia tidak besar. Tetapi British dan Umno tahu ancaman Hizbul Muslimin sekalipun hidup empat bulan saja tahun 1948, tetapi ia menggerhanakan Umno dan PKMM yang jadi politik induknya.
Sambutan Melayu terhadap Hizbul Muslimin luar biasa. British dan Umno sama-sama bimbang. Justeru adanya ancaman gerakan bersenjata komunis, British/Umno mengambil kesempatan mengisytiharkan darurat, mengharamkan semua parti politik kecuali Umno. Darurat itu adalah untuk menghalang kemunculan gerakan Islam itu sebagai kuasa politik berpotensi di Malaya.
British/Umno tahu Hizbul Muslimin yang mati akan berganti. Apabila lahir PAS tahun 1941, cepat-cepat Inggeris nasihatkan Umno bertahaluf bagi memastikan ia kekal berkuasa selepas merdeka.
Adapun PAS yang melihat kemerdekaan separuh masak atau tiga suku dari British itu, justeru terpaksa diterima, terpaksa menghadapinya supaya keburukan kemerdekaan seperti itu dapat disekat atau dikurangkan supaya Melayu tidak jadi Red Indian atau mengemis kuasa dalam negeri sendiri.
Jika PAS pula ada tahalufnya, ia adalah demi mengelakkan Melayu jadi Red Indian lebih cepat dan bagi memastikan ia tidak jadi pengemis tetapi menjadi rakan kongsi bagi rakyat Malaysia. Dari hilang semua biarlah jangan hilang semua. – HARAKAHDAILY 31/12/2014
Lebih mengejutkan apabila kejadian itu turut melibatkan remaja berusia 14 sehingga golongan dewasa berumur 40 tahun yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan bencana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, situasi berkenaan melibatkan 39 laporan dengan 37 laporan berhubung kecurian dan dua penyebaran maklumat palsu.
"Seramai 108 ditahan termasuk lelaki dan wanita berhubung kecurian di negeri ini di samping dua dikenal pasti menyebarkan maklumat palsu yang berhubung kejadian banjir di negeri ini.
"Tangkapan kes kecurian dilakukan di sekitar Tanah Merah, Kota Bharu selain beberapa tempat lain termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Pasir Puteh termasuk Bachok" katanya.
Mazlan berkata, kesemua laporan yang diperolehi itu bermula sekitar 17 Disember lalu dan 16 kes disiasat sehingga kini selepas banjir gelombang kedua berlaku.
"Tangkapan melibatkan kecurian akan didakwa di bawah seksyen 451 Kanun Keseksaan (KK), 457 Kanun Keseksaan (KK) dan seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), seksyen 448 KK selain dua kes penyebaran maklumat palsu di bawah akta multimedia dan komunikasi" katanya kepada media.
Beliau berkata demikan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini hari ini.
Mazlan berkata, orang ramai tidak sepatutnya melakukan perbuatan sedemikian kerana ia menyalahi undang undang.
"Kita ada peraturan lagipun mencuri salah dan sepatutnya mereka tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.
"Lagipun kebanyakan mereka merupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan dan memperolehi bantuan namun bertindak melakukan perbuatan itu demi kepentingan sendiri," katanya.
-ENDS
Mangsa Banjir Di R&R Temerloh Mengigil Jumpa...
TEMERLOH
(Bernama) — Lebih 50 mangsa banjir yang menumpang sementara di R&R
Temerloh terkejut petang ini apabila melihat dua buah helikopter
mendarat di tengah jalan Lebuhraya Pantai Timur dengan membawa seorang
tetamu istimewa.
Mereka yang
datang dari Kampung Bintang dan Kampung Tanggang Seberang tidak
menyangka apabila mendapati Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah turun daripada helikopter itu sebelum segera mendapatkan
baginda.
Gambar Hiasan Di R&R |
Bagi Norafni
Arjulinas, 30, beliau sama sekali tidak menduga, baginda sanggup
mencemar duli dan singgah di R&R itu untuk menjenguk mereka yang
telah empat hari bertumpang teduh di situ.
“Memang
tak sangka baginda datang bertanyakan khabar kami dan saya masih
mengigil kerana ini kali pertama melihat baginda secara dekat,” katanya.
Dalam lawatan
itu, Tengku Abdullah bersama anakanda baginda Tengku Muhammad
Riayatuddin Shah dilihat turut beramah mesra dan bergambar bersama
rakyat.
Sementara itu,
Roslan Zainal, 34 turut menyatakan perasaan terharu dengan kunjungan
yang dilakukan oleh anak raja berjiwa rakyat itu.
“Baginda
bertanyakan khabar kami dan sempat menasihati kami agar menjaga makan
dan kebersihan sepanjang berada di sini,” katanya.
Atas dasar
kemanusiaan pengendali LPT, Anih Berhad membenarkan penduduk di kawasan
berhampiran menumpang sementara di kawasan itu setelah rumah mereka
dilanda banjir.
Kawasan R&R
Temerloh juga ditutup kepada pengguna lebuh raya itu setelah Kilometer
124 dan 126 dinaiki air sejak beberapa hari lepas.
Menurut
kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Anih Berhad, banjir di kawasan
berkenaan kini mencatatkan penurunan walaupun perlahan dan laluan
Lanchang-Temerloh-Lancang dan Chenor-Temerloh-Chenor sehingga kini masih
ditutup kepada semua kenderaan.– BERNAMA
Melayu mengemis baru jadi Red Indian
LEPAS Melayu dikatakan akan jadi Red Indian di negeri sendiri, seperti kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Mohamad, Melayu dikatakan sedang mengemis kuasa di negara sendiri daripada kaum-kaum lain seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.Demikian buruknya nasib orang Melayu selepas 57 tahun merdeka mengikut pengamatan dua orang Tun Melayu yang bersara, satu daripada ketua hakim negara dan satu lagi daripada ketua kerajaan negara. Kedua-duanya seolah-oleh mengira kepercayaan Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia tidak mungkin relevan lagi.
Celaka yang dikatakan itu adalah gara-gara wujudnya perpecahan orang Melayu antara PAS dan Umno. Ertinya buruk benar adanya di dunia ini PAS dan Umno. Yang eloknya biar jangan ada Umno dan PAS dalam dunia, nescaya tidaklah Melayu jadi Red Indian dan tidaklah ia jadi bangsa pengemis kuasa dalam negara sendiri.
Saya tidak bercadang untuk melonggokkan dilema orang Melayu itu kepada Inggeris yang merencanakan keadaan itu, warisan peninggalan Mat Saleh itu cuba dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang politik supaya orang Melayu itu tidak habis langsung.
Jika yang ditelah oleh dua Tun itu adalah hakikat yang sebenar, ia adalah tepat bagi yang dirancang oleh British. Muafakat yang disyorkan oleh British itu diperkenan Umno pertama demi kepinginnya akan kemerdekaan mudah dan kedua bagi memastikan Umno berkuasa terus selagi ada bulan bintang tidak kira kemerdekaan itu adalah kemerdekaan atau merdeka tiga suku bagi orang Melayu.
Tahaluf yang Umno setujui itu tidaklah syarat sebenar untuk kemerdekaan kerana Briitish yang meluluskan piagam PBB tahu ia mesti pergi tidak kira kemerdekaan itu dituntut atau tidak. Brunei Darussalam yang tidak minta merdeka pun diberinya merdeka, tiada apa sebab ia hendak kekal di Tanah Melayu hingga kiamat. Tetapi kalau Umno terima dalih British itu banyaklah untungnya.
Tetapi tidaklah tahaluf tajaan Inggeris yang Umno terima itu satu tindakan mengemis kuasa daripada orang lain, bahkan bagi menjamin ia boleh tumpang berkuasa selama-lamanya.
Jika ia tidak buat tahaluf itu ia akan hilang menenggek kuasa, kerana takutkan ancaman PAS yang lebih celik politik daripadanya yang diyakini oleh semua termasuk British adalah kuasa sebenar bagi Melayu dan Islam di wilayah ini.
PAS baru ada ketika Umno mengadakan tahaluf dengan MCA dan MIC bagi menghadapi pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur tahun 1953. Ia tidak besar. Tetapi British dan Umno tahu ancaman Hizbul Muslimin sekalipun hidup empat bulan saja tahun 1948, tetapi ia menggerhanakan Umno dan PKMM yang jadi politik induknya.
Sambutan Melayu terhadap Hizbul Muslimin luar biasa. British dan Umno sama-sama bimbang. Justeru adanya ancaman gerakan bersenjata komunis, British/Umno mengambil kesempatan mengisytiharkan darurat, mengharamkan semua parti politik kecuali Umno. Darurat itu adalah untuk menghalang kemunculan gerakan Islam itu sebagai kuasa politik berpotensi di Malaya.
British/Umno tahu Hizbul Muslimin yang mati akan berganti. Apabila lahir PAS tahun 1941, cepat-cepat Inggeris nasihatkan Umno bertahaluf bagi memastikan ia kekal berkuasa selepas merdeka.
Adapun PAS yang melihat kemerdekaan separuh masak atau tiga suku dari British itu, justeru terpaksa diterima, terpaksa menghadapinya supaya keburukan kemerdekaan seperti itu dapat disekat atau dikurangkan supaya Melayu tidak jadi Red Indian atau mengemis kuasa dalam negeri sendiri.
Jika PAS pula ada tahalufnya, ia adalah demi mengelakkan Melayu jadi Red Indian lebih cepat dan bagi memastikan ia tidak jadi pengemis tetapi menjadi rakan kongsi bagi rakyat Malaysia. Dari hilang semua biarlah jangan hilang semua. – HARAKAHDAILY 31/12/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan