Rabu, 10 Disember 2014

BILA KITA TAKUT MANUSIA TAPI TAK TAKUT ALLAH SWT


Penjelasan Mengenai Isu Tikus Dalam Rak Makanan di R&R Plus

Baru-baru ini tersebar satu video yang mana memaparkan seekor tikus bermain-main di sebuah rak makanan. Menurut kapsyen dari video tersebut, ianya dirakam di sebuah R&R milik Plus.
Bagaimanpun, setelah disiasat, dakwaan yang tersebar adalah palsu. Video yang tersebar sebenarnya dirakam di sebuah kedai di lapangan terbang Mumbai, India sekitar bulan April lepas.
Pihak Plus juga telah tampil menafikan dakwaan ini dengan mengeluarkan kenyataan rasmi di laman webnya. Menurut Plus, mereka tiada sebarang rekod kedai yang bernama "Muthood Plaza Snack Bar" di R&R miliknya. Berikut adalah kenyataan penuh dari pihak Plus.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada rakaman video seekor tikus yang didakwa terdapat di salah satu gerai di kawasan rehat PLUS sepertimana yang disebarkan menerusi media sosial dan pesanan WhatsApp pada ketika ini.
PLUS telah mengadakan siasatan serta-merta terhadap kandungan video tersebut. Berdasarkan rekod, tiada nama gerai, kiosk atau premis makanan di kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah atau stesen minyak di rangkaian lebuh raya PLUS menggunakan nama ‘The Muthoot Plaza Snack Bar’ sepertimana yang terdapat di dalam ‘viral’ rakaman video tersebut.
Oleh itu, kami amat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menulis kapsyen lokasi video tersebut seolah-olah ia berlaku di salah satu gerai di kawasan rehat kami memandangkan ia boleh mencemarkan kredibiliti perkhidmatan lebuh raya kami yang mengutamakan kebersihan dan keselesaan di semua gerai makanan di lebuh raya kami. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu juga boleh mendatangkan kesulitan dan menjejaskan perniagaan pengusaha-pengusaha gerai di R&R kami.
Untuk makluman, PLUS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia memantau serta memastikan kualiti, tahap kebersihan dan penyediaan makanan di gerai-gerai di lebuh raya kami. Pihak kami juga mempunyai jadual pembersihan, penyelenggaraan menyeluruh dan pemeriksaan berkala ke atas semua premis makanan dan minuman di rangkaian lebuh raya kami. Ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam mematuhi piawaian dan kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
PLUS memandang serius dakwaan seumpama ini dan mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membolehkan orang ramai terus menikmati kemudahan, keselesaan dan jaminan kebersihan di semua premis lebuh raya kendaliannya.
Diharap orang ramai tidak lagi berkongsi dakwaan palsu tersebut. - Siakapkeli.com.my




Pengawal nekad terjun dari surau
  • Wan Zulaidi menunjukkan tingkap surau yang digunakan kedua-dua mangsa untuk terjun bagi menyelamatkan diri. Wan Zulaidi menunjukkan tingkap surau yang digunakan kedua-dua mangsa untuk terjun bagi menyelamatkan diri.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani dua pengawal keselamatan yang nekad terjun dari surau berjaya menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa rompakan empat lelaki bersenjata, dalam satu kejadian di Pasaraya Sabasun Wakaf Tembesu, di sini, awal pagi kelmarin.

Bukan itu sahaja, tindakan bijak yang diambil kedua-dua mereka turut berjaya mematahkan niat jahat empat lelaki tersebut yang dipercayai cuba merompak pasar raya berkenaan.

Ini sebab, sebaik menyedari kedua-dua mangsa berjaya melarikan diri, empat perompak yang memakai baju uniform dan bertopeng terus membatalkan niat untuk merompak pasar raya tersebut dengan meninggalkan lokasi kejadian serta-merta.

Menurut pengurus kanan dagangan pasar raya berkenaan, Syamsul Mohd Yusof, kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi ketika kedua-dua mangsa sedang bertugas sebelum dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bertopeng memakai baju sama.

“Keempat-empat suspek yang masing-masing bersenjatakan parang telah mengikat tangan mangsa yang dikenal sebagai Pak Awi terlebih dahulu dan membawanya ke surau sebelum datang semula mendapatkan mangsa kedua Pak Salim.

“Dalam keadaan tangan dan kaki yang diikat, Pak Salim turut dibawa ke surau, bagaimanapun apabila sampai di dalam surau, mereka dapati Pak Awi yang diletakkan di situ terlebih dahulu sudah tiada,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pak Awi berjaya lepas

Syamsul berkata, yakin Pak Awi berjaya melepaskan diri, keempat-empat suspek telah meninggalkan Pak Salim di dalam surau berkenaan bersendirian untuk mencari Pak Awi.

“Semasa itulah, Pak Salim mengambil kesempatan menyelamatkan dirinya sebelum nekad terjun dari surau meskipun menyedari risiko yang ditanggung boleh membahayakan diri sendiri.

“Apabila semuanya selamat, Pak Salim melarikan diri ke kawasan rumah berhampiran untuk mendapatkan bantuan dengan menghubungi pihak polis,” katanya.

Jelasnya lagi, mungkin bimbang akan keselamatan mereka, sebaik menyedari kedua-dua mangsa berjaya melarikan diri, keempat-empat suspek terus beredar dari lokasi kejadian.

Kata Syamsul lagi, Pak Awi telah keluar dari tempat persembunyiannya iaitu di dalam paya berhampiran kira-kira dua jam kemudian selepas yakin keadaan selamat.

“Disebabkan masih trauma dengan insiden ini, kedua-dua mangsa diberi cuti rehat sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Sementara itu, Syamsul berkata, walaupun kejadian seumpama ini merupakan kali pertama berlaku di pasar raya berkenaan, namun pihaknya akan tetap memandang serius dengan cuba menaiktarafkan beberapa sistem keselamatan yang ada.

“Berkemungkinan pihak pasar raya akan memperbanyakkan lagi pemasangan lampu di sekitar premis selain menambah jumlah kakitangan pengawal keselamatan yang berkhidmat di sini.

“Selain itu, insya-Allah, kami akan memperbanyakkan lagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang sedia ada,” katanya.

Tambah Syamsul lagi, dalam masa sama pihaknya turut mengharapkan kerjasama daripada pihak berkuasa terutamanya polis agar dapat membuat rondaan cegah jenayah dengan lebih kerap di sekitar lokasi terutamanya pada waktu tengah malam.

Nasihat pemilik tingkat kawalan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak.

Dalam masa sama, Idris menasihatkan orang ramai terutamanya pemilik pasar raya atau bangunan kedai agar dapat mengadakan kawalan keselamatan dari pengawal keselamatan dilantik dengan lebih kerap, lebih-lebih lagi di waktu luar operasi.

Selain itu, Idris turut menasihati pemilik pasar raya akan jangan kedekut keluar modal memasang CCTV yang lebih banyak dan menggunakan jenama lebih canggih demi keselamatan.

“Dari segi pemasangan CCTV, pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu memberi khidmat nasihat sekiranya diperlukan.

“Pemilik pasar raya atau bangunan kedai boleh mendapatkan khidmat nasihat atau idea terutama untuk memilih lokasi yang strategik memasang CCTV. Kami boleh menghantar pegawai kami bagi memberi pandangan,” katanya.

Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar!

calon perdana menteri
Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar! : Mungkin inilah masanya. Peluang sudah diberikan. Ruang telah diberikan. Kuasa sudah berikan. Tetapi…..Tun Mahathir Mohamad tidak nampak bekas “anak buahnya” ini dilihat begitu lemah dalam menguruskan ekonomi negara.
Malah mengejutkan, buat pertama kalinya tanpa berselindung lagi Mahathir merasakan lebih ramai sebenarnya layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Persoalannya…….
siapa gerangan penganti Najib Razak selaku Perdana Menteri ketujuh?

Tanda-Tanda Jelas Wanita Sudah Hilang Dara Sebelum Berkhawin

1. DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.
2 HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..
3. MATA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).
4. BUAH DADA
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.
5. GARIS TAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik.
Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )
6. JARI TAPAK TANGAN
Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan.
Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..
7. PERUT
Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.
8. RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).
9. BIBIR
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.
10. FARAJ
Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.
11. LEHER
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya.
Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….
Budak dapat pampasan lebih RM3 juta
SINGAPURA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kerosakan otak dan menjadi lumpuh diberikan pampasan lebih SG$1.25 juta (RM3.31 juta) oleh Mahkamah Tinggi.

Budak lelaki itu dilanggar oleh seorang pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat merah, tiga tahun lalu.

Insiden berlaku berhampiran lorong pejalan kaki di Jurong East Avenue pada 1 Julai 2011 ketika mangsa berusia sembilan tahun.

"Jelas sekali, kemalangan itu telah memberi kesan buruk terhadap plaintif dan kehidupan ahli keluarganya," kata Penolong Pendaftar Jean Chan.

Chan turut mengarahkan pemandu berkenaan membayar perbelanjaan perubatan kanak-kanak terbabit pada masa hadapan.

Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu yang akan didengar pada Februari depan. - Channel News Asia

Jumpa di mahkamah, kata Rafizi kepada Najib, Rosmah

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sedia berdepan dengan saman perdana menteri berhubung kenyataannya mempertahan subsidi minyak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2014.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sedia berdepan dengan saman perdana menteri berhubung kenyataannya mempertahan subsidi minyak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2014.Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang menerima surat tuntutan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu berhubung kenyataannya mempertahankan subsidi minyak, bersedia membawa kes itu ke mahkamah.
Setiausaha agung PKR itu berkata, surat tuntutan yang dihantar Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu sudah dijawab melalui peguam N Surendran.
“Saya tegas menyatakan ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara.
“Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Najib menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.
“Saya kini menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Firma guaman Daim & Gamany dalam jawapan bagi pihak Rafizi mengakui anak guamnya membuat kenyataan itu tetapi bukan fitnah kepada Najib dan Rosmah.
Surat itu menyatakan kenyataan Rafizi itu tidak membawa maksud tersembunyi atau sindiran seperti yang didakwa.
“Anak guam kami bertegas kenyataan itu wajar dan adil,” menurut kenyataan itu.
Surat itu juga mendakwa, menjadi tanggungjawab Rafizi sebagai ahli Parlimen untuk membangkit dan menerangkan isu berkenaan kepada orang ramai.
“Sehubungan itu, kami diarahkan menolak beberapa tuntutan yang dibuat dalam surat tersebut,” menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, Rafizi menerima surat tuntutan daripada Najib, selepas presiden Umno itu mengambil keputusan menyaman Ahli Parlimen DAP Tony Pua berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya bangga mendapat saman daripada seorang perdana menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB," kata Rafizi dalam satu kenyataan.
"Saya sudah menjangkakan Najib akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya Pua menerima surat yang sama minggu lepas.
"Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan daripada kami berdua mengenai 1MDB," katanya.
Rafizi berkata, beliau sudah beberapa kali menyatakan kesediaan berdebat dengan pimpinan Umno berhubung isu subsidi minyak.
"Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – daripada ketua Pemudanya hingga ketua penerangan - yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini," kata Rafizi merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Ahmad Maslan.
"Maka, surat ke arah tindakan saman daripada Najib ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Najib tampil menjawab hujah saya secara terbuka," katanya. – 9 Disember, 2014.

5:19PM - 10 Dec 2014

Rais: Beri peluang, Najib ada 3 tahun lagi

Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Datuk Seri Najib Razak harus diberi peluang menghabiskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang sebelum dinilai semula.

“Kita harus beri peluang kepada perdana menteri untuk teruskan tugasan beliau dan juga mandat beliau.

“Mandat beliau masih ada tiga tahun lagi (sebelum pilihan raya umum)," kata penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harian (kanan) yang disiarkan semalam juga berkata pihak itu bagaimanapun “Umno tak bagi masuk”.

Beliau juga membangkitkan amalan cantas mencantas dalam parti Melayu itu yang menurutnya demi kepentingan diri.

'Tabah dan bersabarlah'

Sementara itu, Rais juga berharap tidak wujud "kata mengata" dalam isu itu walaupun ramai yang tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan Mahathir.

“Kalau Tun (Mahathir) dah sebut itu, sudah tentu kita nak tunggu siapa yang dimaksudkannya.

"Jadi kita tidak harus begitu cepat kata mengata bagi peringkat ini,” ujarnya.

Bercakap selepas merasmikan ekspo buku Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur, Rais turut menasihatkan Najib bersabar dan tabah dalam menerima kritikan itu.

“Sebagai penasihat (kerajaan) saya tidak harus membuat pandangan yang begitu drastik tapi apa yang saya kata tadi, beri peluang kepada beliau untuk meneruskan kerjanya.

“Kalau komen itu diberi tak apalah, asalkan beliau (Najib) sabar dan menerima dengan tabah,” ujarnya.

Rais turut berkata, dalam mana-mana kerajaan pun, kesilapan tetap berlaku dan perdana menteri harus diingatkan tidak mengulanginya.

“Mana yang silap itu kita harus ingatkan perdana menteri kita tidak diulang tapi mana yang bagus dan baik harus kita beri markah kepadanya,” ujarnya.

Tun M: Namakan orang yang layak ganti Najib

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramai yang layak menggantikan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan ramai orang layak ganti Najib. Kenyataan Tun adalah satu penegasan terhadap partinya sendiri yang pernah diterajuinya selama 20 tahun lebih. Perkara ini adalah satu keberanian yang hanya semata-mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju dan berada pada landasan yang betul,” ujar Mahfuz.

Namun, Mahfuz menggesa agar Tun Mahathir seharusnya menamakan siapakah calon tersebut. Hal ini penting untuk dilihat oleh rakyat sama ada calon tersebut memenuhi kretiria dan kelayakan yang cukup. Biarlah ia menjadi perbahasan dan perdebatan umum sebelum UMNO dan BN memuktamadkan pengganti Najib.

“Jika calon itu lebih dari satu Tun boleh lah mengaturkan perbahasan dalam kalangan mereka untuk dinilai pengetahuan serta jelas visi dan misi hala tuju masa depan Malaysia yang mereka nak bawa dan Tun boleh bertindak sebagai moderator.” Ujar Mahfuz lagi.

Semalam, akhbar Sinar Harian menyiarkan wawancara eksklusif dengan Tun Mahathir. Dalam wawancara itu beliau menyatakan bahawa ramai yang layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. Namun, mereka tidak diberi peluang untuk masuk ke dalam Umno. – HARAKAHDAILY 9/12/2014.
Like · ·
 
 

Hancur Luluh Hati Seorang Suami Apabila Melihat Sendiri Perangai Sebenar Isteri!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI
Bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI
Mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU
Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH 
Pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN 
ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Tiada ulasan: