Selasa, 30 Disember 2014

SOLAT HAJAT SUDAH...BAGAIMANA DENGAN TAUBAT....TAUBAT SESUNGGUH2NYA DIIRING DENGAN DOA...TAUBAT DOSA2 YANG DAH BUAT....BERAZAM TAK BUAT LAGI DAN MENYESAL....MUNGKIN KITA NI ANGKUH SAKAN....DAN KAKI BUAT MAKSIAT@BUAT YANG HARAM...KADANG2 YANG BUAT ITU SORANG SAJA@INDIVIDU ATAU SATU GULUNGAN JUGA ATAU SATU KUMPULAN

Musibah yang sebenarnya apabila hati jauh dari hidayah Allah
Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. (catatan ust Yunan)
Like · ·



Najib dan Zambry kantoi dalam banjir

http://orangni.blogspot.com/ | .
Najib dan Zambry kantoi ber-poligam dalam banjir di Perak [Video]
Hadoii....!!! Dalam banjir pun sempat nak berpoligam...(Politik Gambar)...hahaha...

Siap arah-arah pula wartawan ambik gambar...hahaha...

Inilah realiti...pemimpin politik baik UMNO atau mana-mana pun memang suka sangat poligam..

Kali ni Najib dan Zambry yang kantoi....hahaha.... Najib siap minta jurugambar ambil gambar paras yang dia tetapkan.

Dalam FB rasmi Zambry sendiri yang mungkin terpost video ni....

Korang teliti betul-betul aksi dan audio dalam video semasa lawatan Najib ke kawasan banjir di Perak kat bawah ni....:
Lihat video













**Orangni sempat copy dari Fb Zambry sebelum dibuang....hahaha...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Angin kencang, laut bergelora berterusan esok
KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang timur laut itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

Jabatan itu juga memaklumkan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan juga dijanGka berterusan sehingga esok.

Angin kencang timur laut itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - Bernama 





Dua beranak maut, suami terselamat tanah runtuh
IPOH - Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata,  M. Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R. Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V. Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.

Wan Zahari berkata, mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.

"Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.

"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata, suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.

Wan Zahari berkata, kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata, suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.

"Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus," katanya. - Bernama





Maut ketika hamil lapan bulan

Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Cameron Highlands: Identiti wanita hamil dan anaknya berusia setahun yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, Cameron Highlands di sini pagi tadi dikenal pasti sebagai B Nithia, 25, mengandung lapan bulan dan R Rubeswaran.
Mayat Rubeswaran dikeluarkan daripada timbunan tanah oleh anggota Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pada 8.04 pagi manakala mayat ibunya, 10 minit kemudian.
Bagaimanapun, suami Nithia, V Raja, 40, terselamat tetapi patah kaki kiri selepas tertimbus separuh badan dan dikeluarkan oleh anggota bomba pada 7.13 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.29 pagi dan menggali timbunan tanah bagi menyelamatkan Raja yang dalam keadaan separuh tertimbus.
Katanya, selepas menyelamatkan Raja, anggota bomba mengeluarkan mayat Rubeswaran diikuti Nithia.
.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 9:20 AM
Salah seorang yang maut tertimbus tanah runtuh dikeluarkan anggota bomba. FOTO Ihsan
'Sekelip mata sahaja semuanya hancur'
  • Antara kawasan yang ditenggelami air di sekitar Manek Urai pada kejadian banjir di sekitar Kelantan. - Foto Bernama Antara kawasan yang ditenggelami air di sekitar Manek Urai pada kejadian banjir di sekitar Kelantan. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA KRAI - Bagaikan dilanda tsunami, begitulah pengalaman ngeri penduduk di Kampung Manek Urai Lama, di sini dalam bencana banjir sejak 23 Disember lalu yang turut kehilangan harta benda dan tempat tinggal dalam sekelip mata.

Penduduk, Ruslaina Yusoff, 40, berkata air dari hulu sungai Lebir yang bertembung dengan sungai Manik Urai Lama, yang naik secara mendadak disebabkan hujan berterusan menyebabkan air terkepung di sekitar kampung.

“Melihatkan keadaan itu, saya terus menyelamatkan barangan dalam rumah dua tingkat dan meletakkan di bahagian siling rumah.

“Pada mulanya air hanya berada di paras paha kira-kira jam 5 petang namun naik mendadak sehingga ke paras dada dan melihat keadaan itu saya dan empat anak dan suami terus menyelamatkan diri menggunakan bot milik orang kampung,” katanya.

Ruslaina berkata, semenjak sembilan tahun tinggal di kawasan itu, banjir tidaklah pernah sampai ke tingkat atas rumah, namun kali ini amat luar biasa.

“Kejadian ini seolah-olah bencana tsunami kepada kami yang membawa lumpur dan memusnahkan rumah dan barangan dalam sekelip mata.

“Ketika kejadian saya tidak memikirkan lagi tentang keselamatan barangan namun nyawa keluarga lebih penting dan kami tekad tinggalkan rumah untuk berlindung di tempat lebih selamat,” katanya.


Keadaan Manek Urai selepas banjir menyayat hati








Keadaan di Kampung Manek Urai Lama selepas banjir besar melanda Kelantan. - Foto Asyraf Hamzah
KUALA KRAI: Tiada perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di pekan Manek Urai, yang dilanda banjir besar baru-baru ini, kerana keadaannya sangat menyayat hati.
Sebaik sahaja memasuki kawasan itu, kelihatan rumah-rumah, surau, balai raya, serta kedai runcit di Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru, hampir semuanya ranap dilanda arus deras dan pokok-pokok sebesar tiga pemeluk, malahan kenderaan turut tersadai dan menindih antara satu sama lain.

Foto yang diambil pada 26 Disember lalu menunjukkan keadaan di Kampung Manek Urai yang terjejas teruk akibat banjir. - Foto Fathil Asri
Di pekan itu juga tercatat kisah lebih 400 mangsa terperangkap di aras empat bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama baru-baru ini, kerana banjir lumpur hampir mencecah di aras tempat mereka berlindung, dan arus deras serta cuaca tidak menentu menyukarkan lagi operasi menyelamat pihak berkuasa.
Banjir itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada dua kampung itu, malah Balai Polis Manek Urai dan Stesen Kereta Api Manek Urai turut ditenggelami air pada hari kejadian, menyebabkan anggota polis dan petugas stesen terpaksa memanjat Bukit Kajang bagi menyelamatkan diri.
Setiap penduduk yang ditemui, nyata mempunyai kisah tersendiri yang ingin dikongsi bersama, dan majoriti di antara mereka masih trauma dengan kejadian yang menakutkan itu.
Bagi Azlan Shah Nik Hassan, 56, tiada apa yang tinggal melainkan hanya tapak rumahnya, memandangkan lokasi rumah beliau betul-betul di tebing Sungai Kelantan.
"Hari itu, air mula melimpah dari Sungai Kelantan ke rumah saya dalam pukul 6.30 petang, menyebabkan saya dan keluarga terpaksa berlari menyelamatkan diri ke masjid yang kawasannya lebih tinggi. Dalam masa dua jam, rumah saya hanya tinggal separuh.
"Sepanjang tempoh saya dan keluarga berlindung di masjid, dua kali saya cuba pulang ke rumah untuk melihat keadaannya...sekarang hanya tapak yang tinggal," katanya lagi, yang masih tidak tahu ke mana ingin dituju selepas ini.
Difahamkan, ketinggian air bukan sahaja melebihi jambatan yang menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru, malah ia telah mencecah hampir separuh ketinggian tiang lampu di atas jambatan yang merentasi Sungai Kelantan itu.
Bagi pekerja kilang papan Mohd Sharifuddin Ariffin, 34, kehilangan kediaman bukanlah satu perkara besar, sebaliknya apa yang merunsingkan beliau ialah isteri dan anaknya yang sedang berada di Pasir Mas, sehingga hari ini masih gagal dihubungi.
Katanya, sebelum ini, sudah tujuh hari beliau tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Laloh kerana tidak boleh pulang ke rumahnya di Manek Urai dan juga tidak boleh pergi ke Pasir Mas kerana jajahan itu turut dinaiki air.
"Masa hari kejadian, saya seorang sahaja di rumah (Manek Urai), isteri dan anak di kampung saya di Pasir Mas. Lepas banjir surut (kali pertama), saya hantar mereka balik ke sana.
"Masa tu rumah tak jejas lagi, tetapi hujan sangat lebat, dan bila rumah saya dah naik air saya berkejar ke jambatan. Masa tu nampak kayu balak yang dibawa arus deras merempuh jambatan hingga menyebabkan ia bergegar.
"Saya pulang ke rumah kembali untuk ambil surat beranak saya, isteri dan anak. Tetapi saya dimaklumkan jalan ke Pasir Mas sudah terputus menyebabkan saya terpaksa berlindung di SK Laloh," katanya.
Namun, di sebalik kisah duka yang dikongsikan penduduk kampung, ada juga yang mahu berkongsi rasa kegembiraan.
Bagi Faizul Yaakob, 40, tiada apa yang lebih menggembirakan hati beliau melainkan semua isteri dan sembilan orang anaknya bersatu kembali, selepas masing-masing terpisah antara satu sama lain sepanjang banjir melanda kampung itu.
Katanya, hampir tiga minggu isteri dan anak ditinggalkan di rumah mentua beliau di sini kerana mempunyai tugas di Negeri Sembilan.
"Saya ada di Negeri Sembilan sewaktu hari kejadian. Masa hari kedua banjir melanda kampung ini, saya langsung terputus hubungan dengan semua ahli keluarga saya menyebabkan saya buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Sebelum bersatu kembali semalam, isteri dan dua orang anak saya berlindung di Bukit Kajang, ada anak yang tinggal di masjid, dan selebihnya berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai," katanya yang bergegas pulang semalam apabila mendapat berita bahawa banjir di kampung itu sudah surut.
Dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Manek Urai sekitar 20 kilometer, hampir semua rumah, kilang, ladang kelapa sawit dan bangunan kerajaan sepanjang laluan itu mempunyai kesan ditenggelami banjir yang berlarutan selama beberapa hari.
- BERNAMA

Tiada ulasan: