Salbiah Ithnin shared Batrisya Rayyan's photo.
1 hr ·
Buatlah pilihan yg bijak...
Pilihan di tangan kita....
Post by AL-KHAADEM.
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi mulai 1 Januari?
Astro Awani | Kemas kini: Disember 19, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 19, 2014 15:59 MYT)
KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97, RON95 dan diesel dijangka turun 10 sen lagi bermula 1 Januari 2015.
Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata situasi itu rentetan penurunan harga minyak mentah dunia yang menyusut kebelakangan ini.
"Kita jangka penurunan 10 sen untuk semua minyak, bagaimanapun ini hanya bayangan harga kerana kadar sebenar hanya akan ditetapkan kerajaan dalam masa terdekat.
"Tidak banyak penurunan walaupun harga minyak dunia mencatat penurunan. Masyarakat perlu tahu ada kos lain yang tidak termasuk di dalam pengiraan harga minyak seperti pengangkutan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Selasa, harga minyak mentah Brent jatuh pada paras di bawah AS$60 (kira-kira RM210) setong bagi penghantaran Januari, kali pertama sejak 2009.
Keengganan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) mengurangkan pengeluaran yang kini pada 30 juta tong sehari menyaksikan harga minyak dunia jatuh 45 peratus dengan permintaan minyak dunia terus jatuh.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan turut membayangkan harga minyak akan turun lagi menjelang 1 Januari 2015.
Bagaimanapun kata Ahmad, jumlah penurunan harga kesemua bahan api itu bagaimanapun belum dapat diumumkan setakat ini kerana masih di peringkat kajian.
Ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan beberapa pihak yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya kerajaan masih enggan menurunkan harga petrol RON95 ke paras RM1.90, ini kata Hashim:
"Mereka ini tidak faham agaknya ada kos lain yang perlu dimasukkan sekali pada harga minyak itu sebelum ia sampai kepada pengguna akhir."
Pada 1 Disember lalu, harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-petrol-diesel-turun-10-sen-lagi-mulai-1-januari-50580?cp
Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.
"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.
"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.
Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.
"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.
Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib.
Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.
Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu.
"Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.
Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.
"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya.
Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu.
Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.
Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara.
"Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014.
Abu Hashim Jalal added a new photo.
Like · · Share
Friends of BN - Barisan Nasional added 4 new photos.
Keadaan terkini di Rantau Panjang, Kelantan. Sama-sama kita doakan mereka.
12:53PM - 20 Dec 2014
'Parti Melayu mengemis pada orang Cina'
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti seperi Umno,
PKR dan PAS terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan sokongan politik
daripada golongan Cina.
“Sepatutnya, memandangkan orang Melayu membentuk 60 peratus daripada jumlah penduduk, kita sepatutnya memenangi pilihan raya.
“Namun disebabkan kita terpisah kepada tiga kumpulan, kita terpaksa menjadi pengemis, meminta pertolongan daripada kaum lain – terutama golongan Cina – untuk mendapatkan sokongan mereka
“Sama ada Umno, PKR, PAS... mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam satu seminar di Akademi Kenegaraan hari ini.

Berita Terkini Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015
on
Thursday, December 18, 2014
Berita terkini ambil keluar duit atau withdraw guna mesin ATM lain
menerusi rangkaian MEPS dikenakan GST mulai 1 April 2015. Menerusi
kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit
menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan
dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1
April 2015. Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenaka caj
sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS.
Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah
transaksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan