7:00AM - 30 Dec 2014
Penduduk: Banjir kali ini lebih besar dari 1967
"Sepanjang saya tinggal di sini, dua kali banjir besar, tetapi
kali ini lebih besar," kata seorang warga emas ketika ditanya
pengalamannya berhadapan banjir kali ini.
Mohamad Salleh, 80, ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di Kampung Kota, Pasir Mas berkata, kali pertama rumahnya dinaiki air ketika banjir besar pada tahun 1967.
Bagaimanapun kata Mohamad, paras air yang sampai di kawasan rumahnya ketika itu hanya setinggi kira-kira dua kaki sahaja.
"Banjir sebelum ni (1967), tenggelam tiga anak tangga sahaja, tapi banjir kali ni paras pinggang.
"Banjir dulu air setakat hampir lintas jalan. Itu waktu jalan depan ni rendah. Sekarang jalan sudah tinggi, tapi air paras betis. Ini banjir besar," katanya.
Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Mat Dobi di kalangan penduduk setempat kerana pernah mengusahakan perniagaan dobi di Wakaf Che Yeh di zaman mudanya.
Beliau kini tinggal sendirian di rumah tersebut selepas isterinya meninggal dunia.
Rumah anak-anaknya bagaimanapun terletak tidak jauh dari situ.
Mengulas lanjut, Pak Mat Dobi berkata, beliau juga terkejut kerana paras air meningkat begitu cepat.
"Memang cepat kali ini air naik. Kita pun tak jangka." katanya.
Beliau bagaimanapun tidak berpindah kerana rekabentuk rumahnya agak tinggi dan air tidak mencecah lantai.
Banjir 1967 dikatakan banjir kedua terbesar pernah melanda negeri Kelantan.
Paling besar adalah banjir yang berlaku pada tahun 1926 yang dikenali sebagai Bah Merah.
Nama Bah Merah diambil sempena warna air banjir ketika itu yang bertukar seakan merah ekoran lumpur yang dibawa bersamanya.
“Rumah saya dah hanyut”Mohamad Salleh, 80, ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di Kampung Kota, Pasir Mas berkata, kali pertama rumahnya dinaiki air ketika banjir besar pada tahun 1967.
Bagaimanapun kata Mohamad, paras air yang sampai di kawasan rumahnya ketika itu hanya setinggi kira-kira dua kaki sahaja.
"Banjir sebelum ni (1967), tenggelam tiga anak tangga sahaja, tapi banjir kali ni paras pinggang.
"Banjir dulu air setakat hampir lintas jalan. Itu waktu jalan depan ni rendah. Sekarang jalan sudah tinggi, tapi air paras betis. Ini banjir besar," katanya.
Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Mat Dobi di kalangan penduduk setempat kerana pernah mengusahakan perniagaan dobi di Wakaf Che Yeh di zaman mudanya.
Beliau kini tinggal sendirian di rumah tersebut selepas isterinya meninggal dunia.
Rumah anak-anaknya bagaimanapun terletak tidak jauh dari situ.
Mengulas lanjut, Pak Mat Dobi berkata, beliau juga terkejut kerana paras air meningkat begitu cepat.
"Memang cepat kali ini air naik. Kita pun tak jangka." katanya.
Beliau bagaimanapun tidak berpindah kerana rekabentuk rumahnya agak tinggi dan air tidak mencecah lantai.
Banjir 1967 dikatakan banjir kedua terbesar pernah melanda negeri Kelantan.
Paling besar adalah banjir yang berlaku pada tahun 1926 yang dikenali sebagai Bah Merah.
Nama Bah Merah diambil sempena warna air banjir ketika itu yang bertukar seakan merah ekoran lumpur yang dibawa bersamanya.
- Rozaini dan Asiah menerima bantuan makanan daripada kakitangan Sinar Prihatin di Tanah Merah.
TANAH MERAH - “Rumah saya hanyut dibawa arus deras banjir,” luah suri
rumah anak empat sebaik sahaja kaki tangan Sinar Prihatin di bandar
Tanah Merah.
Dengan linangan air mata, Rozaini Ibrahim, 39, dia dan jiran, Asiah Awang Kechik, 40, menangis menceritakan detik kehilangan rumah sewanya.
“Awal pagi Rabu lalu, kami bergegas meninggalkan rumah sehelai sepinggang setelah air naik mendadak.
“Semasa berada di pusat pemindahan, suami memberitahu dia lihat rumah kayu kami hanyut dalam arus deras,” kata Rozaini kepada Sinar Harian, di sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, di lokasi yang sama, empat rumah lain berdekatan turut hanyut dalam arus deras.
Manakala di beberapa penempatan masih digenangi banjir dan kawasan di sekitar bandar Tanah Merah dipenuhi lumpur.
Ramai penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan antaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, di sini dan buat masa ini menunggu air surut untuk pulang ke rumah halaman masing-masing.
Rata-rata dalam kalangan mereka masih sibuk membersihkan lumpur di kawasan rumah dan paling memerlukan bekalan air dan elektrik.

Pulau Tioman dinaiki air
- Tanah runtuh akibat aliran air deras juga berlaku di Kampung Tekek yang menyebabkan sebuah chalet mengalami kerosakan.
TIOMAN – Beberapa kampung di Pulau Tioman, di sini, dinaiki air akibat
hujan lebat sejak petang semalam (kelmarin) bertembung dengan air laut
pasang besar.
Keadaan tersebut menyebabkan penduduk di pulau peranginan di Pahang itu berada dalam kebimbangan dan difahamkan terdapat lebih 100 keluarga sudah dipindahkan di Kampung Tekek.
Ketua Kampung Juara, Ab Razid Ali Awang, berkata, hujan lebat dan air pasang besar menyebabkan beberapa sungai di pulau tersebut semakin penuh.
“Hujan mula pada malam semalam (kelmarin) dan tidak berhenti hingga petang ini (semalam). Beberapa sungai seperti sungai Juara, sungai Tioman, sungai Mentawak, sungai Tekek sudah mulai penuh.
“Hujan yang lebat juga menyebabkan air dari bukit dan gunung turun mengalir dengan deras melalui kawasan kampung sebelum masuk ke sungai,” katanya.
Menurutnya, dua keluarga dari Kampung Nipah juga sudah dipindahkan ke Kampung Mukut kerana bimbang dengan keadaan air mengalir deras tersebut yang mula membanjiri kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan kejadian dan tindakan susulan melibatkan beberapa pihak berkenaan sedang diaturkan.
“Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Tioman mengenai keadaan hujan lebat di Tioman yang menyebabkan berlaku tanah runtuh di Kampung Air Hantu.
“Selain itu, jalan dari Kampung Tekek ke Kampung Juara juga tidak dapat dilalui kerana terdapat tanah runtuh selain Sekolah Kebangsaan Juara dan Kampung Nipah dilaporkan juga sudah dinaiki air,” katanya.
BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.
Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.
Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya. - BH Online

Seorang Cedera, Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau

Air berpusar hampir ranapkan rumah
- Suzila bersama suaminya melihat bahagian hadapan rumahnya yang terhakis dan tiang anjung yang tercabut.
KOTA BHARU - “Ingatkan rumah sudah ranap. Air berpusar kuat. ” Itulah
luahan seorang ibu muda apabila rumahnya di Pantai Cahaya Bulan (PCB)
dihakis arus air yang terlalu kuat tiga hari lalu.
Mangsa banjir, Suzila Ismail berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan anak serta saudaranya berada di luar rumah untuk meletakkan guni berisi pasir sebagai benteng di tepi jalan kediamannya.
“Tiba-tiba bunyi air sangat kuat. Kejadian ini amat mengejutkan kerana arus deras merempuh bahagian hadapan rumah kami ini lagi kuat daripada air terjun di pusat peranginan.
“Bunyinya amat dahsyat sekali. Kami melihat dengan mata kami sendiri lantai merekah dan jatuh satu persatu. Tiang anjung tercabut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Bukan setakat itu sahaja, Suzila berkata, kejadian tersebut juga turut menjadi mimpi ngeri buatnya kerana ketika awal kejadian ibu saudaranya berada di anjung tersebut sambil mendukung anak lelakinya berusia sembilan bulan.
“Nasib baik ibu saudara saya cepat-cepat melarikan diri dan bersyukur semuanya selamat,” katanya.
Selain itu, arus deras berkenaan turut mengakibatkan dinding konkrit bilik tidur rumah jirannya musnah dan mangsa dipindahkan ke kediaman berdekatan.
Dalam pada itu, berhubung laluan pula, jalan di hadapan Klinik Desa Badang ke PCB sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan. Manakala, Jalan Cabang Tiga Lama-Kedai Buloh masih ditenggelami banjir dan arus kuat, tidak selamat untuk kenderaan ringan.

KUALA KRAI- “Ya Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”
Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Menengah Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.
Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.
Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.
Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.
“Ia bermula di waktu Subuh, air di sungai sebelah sekolah meningkat dengan cepat, sehingga ke tingkat dua. Kami rasai gegaran yang sangat kuat kerana gelombang dan arus menghentam dinding sekolah, ia menyebabkan ramai yang mula ketakutan dan menangis,” katanya.
Malah, katanya dia dapat melihat beberapa rumah dan kayu balak hanyut deras melalui di hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja menghampiri kawasan sekolah.
“Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak berlaku, “katanya.
Jelasnya lagi, ekoran paras air yang sudah menghampiri tingkat tiga beberapa penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah menggunakan perahu menuju ke bukit berhampiran.
Katanya, walaupun ada yang mengajaknya untuk lari ke bukit, namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan mangsa kerana rasa bertanggungjawab dengan mereka.
“Ketika itu juga ada bayi dua hari dilahirkan, tidak sampai hati untuk tinggalkan mereka, jadi kami bersama-sama berdoa semoga bantuan tiba,” katanya.
Dalam pada itu katanya, situasi paling tragis adalah disaat mereka terpaksa berkongsikan dua keping biskut yang hanyut di kedai runcit berhampiran.
“Kami semua kelaparan, bantuan tidak tiba, helikopter ada tetapi tidak dapat hulur bantuan kerana cuaca buruk, di kala itulah kami ternampak satu bungkusan biskut.
“Alhamdulillah, kami bahagikan seorang mendapat dua keping biskut untuk menahan lapar sebelum bantuan tiba keesokan harinya,” katanya.
Nor Aini dalam masa yang sama berkata, dia terpaksa mendapatkan helikopter persendirian memandangkan suaminya menghadapi penyakit buat pinggang dan perlu membuat rawatan hemodalisis pada hari kejadian.
“Saya rasa bersyukur kerana tiada ada mangsa yang terkorban, benar ada viral di laman sosial sekolah ini sudah runtuh dan ramai terkorban, tetapi Tuhan mentakdirkan kami masih selamat,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiga
buah jambatan yang runtuh membabitkan jambatan baharu, jambatan gantung
dan jambatan besi (bailey) menyebabkan semua perhubungan darat di
beberapa kampung terputus.
Jambatan baharu Aur Gading itu merupakan laluan alternatif antara Bukit Kota - Chegar Perah ke Merapoh itu bukan sahaja runtuh, malah berlaku mendapan laluan berkenaan.
Jambatan konkrit itu runtuh berikutan air Sungai Tanum melimpah dan arus deras sehingga menyebabkan tebing runtuh dengan sebahagian rasuknya patah dan jalan raya turut mendap.
Turut dihanyutkan banjir, enam buah kediaman penduduk Kampung Aur Gading.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, berikutan kejadian itu laluan alternatif kenderaan ke Kelantan melalui Sungai Koyan ke Bukit Kota terkandas termasuk yang menghala dari arah Chegar Perah.
“Bagaimanapun, seramai 374 penduduk Aur Gading dan 560 orang di Chegar Perah yang terkepung dengan banjir di situ selamat dan bantuan makanan dihantar menggunakan bot di Sungai Jelai melalui kampung Seberang Jelai,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, keadaan air Sungai Tanum mula surut dan orang ramai termasuk kenderaan diminta jangan menghampiri jambatan yang runtuh dan melalui kawasan mendapan di situ dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata,
memandangkan keperluan sekolah yang dibeli oleh penjawat awam untuk
anak-anak mereka musnah akibat banjir, bayaran bonus amat diperlukan
golongan berkenaan bagi membuat persiapan awal persekolahan.
“Kami faham keprihatinan kerajaan melalui pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.
“Jika bayaran bonus diawalkan, mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini hari ini.
Semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan ia dibayar bersama gaji Januari 2015.
Dalam pada itu, Azih berkata, CUEPACS bersama Yayasan Pekerja Malaysia akan turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat.
CUEPACS juga telah berbincang dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa doktor dan sebuah bas perubatan untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri bagi mengelak penularan wabak berikutan banjir.
Katanya, setakat ini CUEPACS telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk turut memberi bantuan seperti menjadi sukarelawan dan membersihkan rumah yang musnah akibat banjir.
Beliau turut meminta semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan pakaian serta bantuan lain kepada mangsa banjir.
Yang turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pekerja Malaysia, Datuk Omar Osman. - Bernama
Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Menengah Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.
Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.
Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.
Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.
“Ia bermula di waktu Subuh, air di sungai sebelah sekolah meningkat dengan cepat, sehingga ke tingkat dua. Kami rasai gegaran yang sangat kuat kerana gelombang dan arus menghentam dinding sekolah, ia menyebabkan ramai yang mula ketakutan dan menangis,” katanya.
Malah, katanya dia dapat melihat beberapa rumah dan kayu balak hanyut deras melalui di hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja menghampiri kawasan sekolah.
“Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak berlaku, “katanya.
Jelasnya lagi, ekoran paras air yang sudah menghampiri tingkat tiga beberapa penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah menggunakan perahu menuju ke bukit berhampiran.
Katanya, walaupun ada yang mengajaknya untuk lari ke bukit, namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan mangsa kerana rasa bertanggungjawab dengan mereka.
“Ketika itu juga ada bayi dua hari dilahirkan, tidak sampai hati untuk tinggalkan mereka, jadi kami bersama-sama berdoa semoga bantuan tiba,” katanya.
Dalam pada itu katanya, situasi paling tragis adalah disaat mereka terpaksa berkongsikan dua keping biskut yang hanyut di kedai runcit berhampiran.
“Kami semua kelaparan, bantuan tidak tiba, helikopter ada tetapi tidak dapat hulur bantuan kerana cuaca buruk, di kala itulah kami ternampak satu bungkusan biskut.
“Alhamdulillah, kami bahagikan seorang mendapat dua keping biskut untuk menahan lapar sebelum bantuan tiba keesokan harinya,” katanya.
Nor Aini dalam masa yang sama berkata, dia terpaksa mendapatkan helikopter persendirian memandangkan suaminya menghadapi penyakit buat pinggang dan perlu membuat rawatan hemodalisis pada hari kejadian.
“Saya rasa bersyukur kerana tiada ada mangsa yang terkorban, benar ada viral di laman sosial sekolah ini sudah runtuh dan ramai terkorban, tetapi Tuhan mentakdirkan kami masih selamat,” katanya.
Laluan alternatif ke Kelantan terputus
Tiga jambatan di Kampung Aur Gading, Lipis runtuh
29 Disember 2014 1:47 AM
|
LIPIS
28 Dis. - Tiga jambatan di Kampung Aur Gading di sini runtuh berikutan
banjir yang melanda daerah ini sejak empat hari lalu.
Jambatan baharu Aur Gading itu merupakan laluan alternatif antara Bukit Kota - Chegar Perah ke Merapoh itu bukan sahaja runtuh, malah berlaku mendapan laluan berkenaan.
Jambatan konkrit itu runtuh berikutan air Sungai Tanum melimpah dan arus deras sehingga menyebabkan tebing runtuh dengan sebahagian rasuknya patah dan jalan raya turut mendap.
Turut dihanyutkan banjir, enam buah kediaman penduduk Kampung Aur Gading.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, berikutan kejadian itu laluan alternatif kenderaan ke Kelantan melalui Sungai Koyan ke Bukit Kota terkandas termasuk yang menghala dari arah Chegar Perah.
“Bagaimanapun, seramai 374 penduduk Aur Gading dan 560 orang di Chegar Perah yang terkepung dengan banjir di situ selamat dan bantuan makanan dihantar menggunakan bot di Sungai Jelai melalui kampung Seberang Jelai,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, keadaan air Sungai Tanum mula surut dan orang ramai termasuk kenderaan diminta jangan menghampiri jambatan yang runtuh dan melalui kawasan mendapan di situ dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
CUEPACS mohon percepat bayaran bonus penjawat awam
29 Disember 2014 6:52 PM
KUALA
LUMPUR 29 Dis. - Bagi meringankan beban kewangan akibat banjir yang
melanda beberapa buah negeri, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempercepat bayaran
bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari 2015.
“Kami faham keprihatinan kerajaan melalui pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.
“Jika bayaran bonus diawalkan, mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini hari ini.
Semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan ia dibayar bersama gaji Januari 2015.
Dalam pada itu, Azih berkata, CUEPACS bersama Yayasan Pekerja Malaysia akan turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat.
CUEPACS juga telah berbincang dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa doktor dan sebuah bas perubatan untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri bagi mengelak penularan wabak berikutan banjir.
Katanya, setakat ini CUEPACS telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk turut memberi bantuan seperti menjadi sukarelawan dan membersihkan rumah yang musnah akibat banjir.
Beliau turut meminta semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan pakaian serta bantuan lain kepada mangsa banjir.
Yang turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pekerja Malaysia, Datuk Omar Osman. - Bernama
Jalan terputus dua akibat banjir
TUMPAT - Banjir yang melanda daerah ini, sejak Isnin lalu, menyebabkan
jalan ke Kampung Kok Keli berdekatan dengan pintu air runtuh dan tidak
boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Tinjauan mendapati, jalan terbabit terputus dua akibat arus deras yang masih tenggelamkan sebahagian jalan tersebut.
Penduduk, Kamarudin Abdullah,, berkata, jalan itu disedari runtuh selepas banjir beransur surut namun rumah penduduk masih digenangi air.
“Sebelum ini jalan ini hanya ditenggelami air dan tidak ada yang menyedari ia terputus dua sehinggalah semalam, baru keadaan jalan ini nampak jelas,” katanya.
Menurutnya, penduduk di Kampung Kok Keli, Kampung Laut, Kok Majid, Kampung Gerong dan kawasan sekitar masih terputus hubungan.
Perlu menaiki bot untuk ke kampung terbabit kerana jalan di Chabang Tiga Kepulau airnya masih dalam, manakala jalan melalui pintu air Kok Keli ini pula runtuh.
“Bagi yang tinggal di rumah saudara mara di luar kawasan Kok Keli masih tak dapat melihat keadaan rumah masing-masing kerana masih terputus hubungan di sini,” katanya.

Afdlin gesa bantu mangsa banjir
PRIHATIN dengan bencana banjir yang kini melanda
beberapa negeri di Pantai Timur dan juga beberapa negeri lain seperti
Perak, Perlis dan Johor mendorong ramai pihak tampil membantu
meringankan beban mereka.
Tidak hanya kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang tampil membantu, beberapa golongan selebriti juga turut turun padang untuk menyampaikan bantuan dan secara tidak langsung mendekati mangsa-mangsa banjir.
Antara yang kelihatan sudah turun untuk bertemu dengan mangsa banjir adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang meluangkan masa mengagihkan bantuan dan bertemu mangsa banjir di Pahang beberapa hari lalu.
Kemudian Fizo Omar dan Afdlin Shauki turut dilaporkan berada di Kelantan untuk menyampaikan bantuan dan melihat sendiri bencana yang melanda negeri itu.
Afdlin menerusi akaun Facebook miliknya mengakui pengalamannya turun ke Kelantan membuka matanya dan secara tidak langsung dia mendapat beberapa pengajaran.
"Subhanallah teruk juga keadaan dan dijangka ada ribut akan melanda Kelantan tak lama lagi. Namun kehadiran saya di sana membawa beberapa pengajaran.
"Pertama, saya dapat lihat betapa peramahnya orang Kelantan. Kedua, bagaimana bencana ini membawa keluar perkara yang paling penting iaitu nilai kemanusiaan kita.
"Ketiga, bagaimana kalau ALLAH SWT nak ubah hidup kita, Dia boleh melakukannya dengan sekelip mata sahaja. Jadi jangan lupa padaNya. Keempat, meredah air empat jam untuk membantu mangsa. Jadi jangan hentikan bantuan anda untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
"Jika saya dan kawan-kawan boleh melakukan, anda juga pasti boleh melakukannya," ujarnya.
Turut sama meminta untuk menghulurkan bantuan makanan dan air bersih di beberapa kawasan di Felda Jenderak Selatan dan Jenderak Utara serta Kuala Krau, Temerloh, Afdlin berkata, dia difahamkan kawasan tersebut sudah terputus hubungan dan bekalan semakin berkurangan.
Selain Afdlin, Fizo dan Siti yang sudah turun padang, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bersama beberapa selebriti tanah air seperti Azza, Zul Yahya, Nina Fazurina, Noorkhiriah, Fazren, Ani Maiyuni, Bienda, Emma Maembong dan ramai lagi, akan turut terlibat dengan misi kemanusiaan di bawah kempen Sentuhan Hati Ke Hati untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Bukan itu sahaja, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sedang mengaturkan kutipan barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang melanda negeri di Pantai Timur sejak minggu lalu.
Dalam pada itu, mari kita lihat beberapa selebriti lain lagi yang turut mengumpul dana untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Kuala Kangsar: Mangsa banjir di seluruh negara akan terus dibantu bukan hanya ketika bencana itu berlaku, tetapi juga ketika pasca banjir termasuk membersihkan kediaman dan bantuan kewangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengatur langkah yang bersesuaian untuk terus membantu mangsa banjir.
"Kerajaan bantu melalui tiga peringkat iaitu pertama dengan memindahkan serta menempatkan mangsa di pusat pemindahan yang selesa selain memastikan keperluan kesemua mangsa banjir dijaga sebaik mungkin.
"Peringkat seterusnya, kita akan membantu melalui kerjasama kerajaan negeri dengan agensi-agensi berkaitan untuk membersihkan kediaman mangsa yang terjejas dan peringkat terakhir kerajaan akan membantu melalui bantuan kewangan yang akan diputuskan selepas penilaian dibuat selepas bencana banjir selesai," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sayong, di sini hari ini.
Terdahulu Najib yang disertai Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat lawatan dua daerah lain di Perak iaitu di Perak Tengah dan Pasir Salak yang turut terjejas akibat banjir.
Ditanya sama ada kerajaan turut akan memberi bantuan kediaman baru kepada mangsa banjir yang kehilang tempat tinggal terutama di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, Najib berkata kerajaan akan mempertimbangkan perkara itu.
"Saya sudah melihat gambar-gambar kemusnahan akibat banjir di Kelantan...ada yang hilang terus rumah dan ada yang rumah hanya tinggal tiang kayu serta papan akibat banjir, jika tidak dibantu masa depan mereka pasti kelam.
"Esok saya akan tinjau sendiri keadaan di dua daerah di Kelantan iaitu Kuala Krai dan Gua Musang. Biar saya buat tinjauan serta dapatkan maklumat secara menyeluruh dulu," katanya.
Sementara itu, Najib turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu berhubung bencana banjir yang melanda negara ketika ini dan mengambil tindakan tegas kerana tindakan terbabit menimbulkan kerisauan terhadap rakyat.

BANJIR: ‘Selepas surut pun kita bantu’

Bagaimana Wajah Bandar Aceh Selepas 10 Tahun Dilanda Tsunami? Ini Gambar Sebelum Dan Selepas
Satu dekat yang lalu, 26 Disember 2004, Tsunami telah melanda Aceh
yang menyebabkan bandar itu lumpuh dalam sekelip mata dan mengakibatkan
ribuan nyawa hilang. Kini, bumi yang dikenali sebagai serambi mekkah ini
perlahan lahan bangkit. Mari kita lihat rupa kawasan Aceh yang dilanda
tsunami dulu dan sekarang.
Masjid ini terselamat daripada bencana tsunami walaupun bangunan di sekeliling musnah
Pandangan lain masjid di Jalan Lampuuk yang terselamat daripada tsunami
Pandangan atas sebuah perkampungan di Lampuuk, Aceh 10 tahun dulu dan sekarang
Serpihan besar di sekitar Masjid Baiturrahman
Pekerja membakar serpihan untuk membersih bandar Aceh selepas tsunami
Orang ramai berkumpul di hadapan masjid sempena ulang tahun ke-10 Aceh dilanda tsunami
Orang ramai melawat Masjid Grand
Serpihan bersepahan disekitar masjid Baiturrahman
Sebuah bot terdampar di atas sebuah rumah yang musnah
Penduduk menggunakan rakit untuk menyeberang sungai akibat jambatan runtuh
Seorang lelaki berjalan di atas perkuburan mangsa mangsa tsunami
Jalan di Meulaboh, Aceh telah dibersihkan daripada serpihan
Rumah di sekeliling Masjid di Meulaboh
Dua bot memancing di sebelah bangunan komersial
Jalan raya yang telah dibersihkan daripada serpihan
Salah satu daerah yang musnah di Aceh
A1Masjid ini terselamat daripada bencana tsunami walaupun bangunan di sekeliling musnah
Pandangan lain masjid di Jalan Lampuuk yang terselamat daripada tsunami
Pandangan atas sebuah perkampungan di Lampuuk, Aceh 10 tahun dulu dan sekarang
Serpihan besar di sekitar Masjid Baiturrahman
Pekerja membakar serpihan untuk membersih bandar Aceh selepas tsunami
Orang ramai berkumpul di hadapan masjid sempena ulang tahun ke-10 Aceh dilanda tsunami
Orang ramai melawat Masjid Grand
Serpihan bersepahan disekitar masjid Baiturrahman
Sebuah bot terdampar di atas sebuah rumah yang musnah
Penduduk menggunakan rakit untuk menyeberang sungai akibat jambatan runtuh
Seorang lelaki berjalan di atas perkuburan mangsa mangsa tsunami
Jalan di Meulaboh, Aceh telah dibersihkan daripada serpihan
Rumah di sekeliling Masjid di Meulaboh
Dua bot memancing di sebelah bangunan komersial
Jalan raya yang telah dibersihkan daripada serpihan
Salah satu daerah yang musnah di Aceh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan