Top 10 - Kehebatan Malaysia Sebagai Negara Islam..
Written By canang on Isnin, 15 Disember 2014 | 12/15/2014 08:55:00 PTG
Setelah 57 tahun ....
Malaysiaku dikenali sebagai Negara ISLAM !
http://www.funnymalaysia.net/top-10-countries-with-the-mos…/
Malaysiaku dikenali sebagai Negara ISLAM !
According to Denis Foynes, there are about 3 million people travelling every year on sex tourism trips and the number isn’t getting any smaller.
Below is a list of the top 10 countries with the most sex workers per 10,000 people.
1. Venezuela: 119 sex workers per 10,000 people
The economic condition in Venezuela is pretty bad and this is one of the reason that tripled the number of sex workers here.
2. South Korea: 110 sex workers per 10,000 people
Despite legal sanctions and police crackdowns, prostitution continues to flourish in South Korea, while sex workers continue to actively resist the state’s activity.
3. Peru: 102 sex workers per 10,000 people
In Peru, prostitution is legal for women over 18 years old and that’s only if they register with municipal authorities and carry a health certificate. However, child prostitution is still going on in this region (in fact, the number has doubled in the recent years).
4. Philippines: 85 sex workers per 10,000 people
The Philippines offers female company in the form of “bargirls”. The girls here are usually required to wear their “bargirl” ID tags in well known places. On top of that, they are regularly tested for STDs.
5. Nigeria: 63 sex workers per 10,000 people
A sex tourism market for divorced older western women is on the rise in Nigeria.
6. China: 60 sex workers per 10,000 people
According to some of the well known researchers in China, there are about 10 million active prostitutes in China. In other words, these prostitutes actually contribute as much as five percent to the country’s annual GDP (although the earnings are not taxed, it still goes back into the economy through consumption).
7. Brazil: 53 sex workers per 10,000 people
Prostitution is legal in Brazil, however, it is illegal to run a prostitution center or to employ prostitutes in any other way.
8. Malaysia: 52 sex workers per 10,000 people
Prostitution is huge in Malaysia. The United States has put Malaysia on the blacklist of countries with the worst cases of human trafficking and human rights abuse, including child prostitution.
9. Germany: 49 sex workers per 10,000 people
Prostitution is also legal here in Germany. It’s little wonder when you consider that organized prostitution in the country dates back to the 1200’s AD.
10. Thailand: 45 sex workers per 10,000 people
Prostitution is illegal in Thailand, however, in practice it is tolerated and partly regulated.
- See more at: http://www.funnymalaysia.net/top-10-countries-with-the-most-prostitutes/#sthash.BR3Em30V.dpufhttp://www.funnymalaysia.net/top-10-countries-with-the-mos…/
Gaya Jawab! Dicekup Khalwat, Putri Mardiana Jemput JAIS Minum
Nampaknya identiti pelakon berstatus janda yang dicekup berkhalwat
bersama teman lelakinya oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi tadi sudah terbongkar.
Putri Mardiana, 33, yang pernah popular dengan filem Ngangkung akhirnya
mengaku dialah pelakon yang terlibat dalam tangkapan itu.
Namun, penjelasan Mardiana menerusi Malaysian Digest agak menarik pada pandangan kami.
Apa tidaknya, biarpun dicekup, dia masih mampu menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah.
Katanya lagi, ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu.
Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami
tidak buat apa-apa,” jelasnya.
Seperkara lagi, Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh
bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya.
Ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan ‘suami orang’,
pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding
perceraian di mahkamah hari ini.
“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama
ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding
perceraiannya itu.
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau
tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun
depan.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.
“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara
ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki
saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri
Ejump.
“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki
saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat
aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya.
Fuh, macam drama pula!
Bagi kami, penjelasan Mardiana itu mungkin akan mengundang
persoalan adakah punca perceraian teman lelakinya ada kaitan dengan
kehadiran pelakon itu dalam rumahtangga mereka?
Atau mungkin kita hanya akan mendapat jawapan klise iaitu, ‘rumahtangga mereka memang sudah bermasalah sebelum kehadiran saya’.
Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini… -MYNEWSHUB.CC
VIDEO LAKONAN PUTRI MARDIANA DALAM FILEM LAGA
Oleh: ELZA
Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?
Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion),
Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas
Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? : Corak politik di Malaysia sudah jauh
berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang.
Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat
Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama
Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang
kita lagi. Kita boleh…
Kita boleh hormat dia sebagai seorang
CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan “pak
angguk” semata. Kita tegur sebab apa?
Sebab kita sayang dan mahu jaga
kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa,
Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan
berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini
waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah
diberikan ruang dan peluang.
Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan
100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya,
ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah
kerajaan.
- Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
- Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
SUMBER ASAL : Kegawatan & Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, Amerika Syarikat & Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8% di Jepun Adalah Punca Utama!
Berita Semasa sedar tindakan kerajaan
hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang
cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik
FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.
Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?
Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu
boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke
angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :
Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :
- Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu “sendirian” di kalangan di atas sana.
- Perlu bahagi-bahagi “secara saksama” kepada rakyat.
- Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini
- Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
- Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
- Banyak yang tutup perniagaan mereka
- Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
- Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
- Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas
Barangan negara kita majoriti 80% buatan
China. Apabila ringgit jatuh, harga barangan adakah masih sama? Adakah
kenaikan inflasi tidak menjelma? Adakah kenaikan inflasi baik untuk
rakyat Malaysia?
Kepada Wahid Omar, Ahmad Maslan, Mustafa
Mohamad, Hasan Malek dan kepada mana-mana pemimpin lain yang bakal
memberikan kenyataan selepas ini, boleh huraikan atau tidak?
Apakah Pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970
Keputusan:
Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Keterangan/Hujah:
DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:-
1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:
Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula
(berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan
"Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan
kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha
akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
itulah kemenangan yang besar."
2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153:
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS
1. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut:
1. Al-Quran al-Karim.
2. Hadis Sahih.
3. Ijma"Sahabat.
4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
5. Hadis Mursal dan Daif.
6. Qiyas ketika darurat.
7. Mashalih al-Mursalah.
8. Saddu Zarai".
9. Istihsan dan Istishab.
10. U"ruf.
11. Qawaid Fiqhiah.
Ini Ahli Sunnah Wal Jamaah Tulen Hakiki
ABSTRAK
Sejarah pemikiran dalam dunia Islam wujud pelbagai fahaman dan idealogi. Oleh kerana sebahagian umat Islam tidak mendalami ilmu akidah Islam berdasarkan sistem Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah& Al-Maturidiyah) maka benteng tidak dapat dikukuhkan daripada menghalang fahaman songsang menyirap masuk dalam umum masyarakat Islam. Tidak cukup umat Islam mengahadapi dengan masaalah fahaman Wahabi yang dinilai secara kajian ia menganggu-gugat perpaduan umat Islam di Malaysia wujud satu lagi fahaman yang sesat juga menganggu kekuatan umat Islam iaitu fahaman Syiah yang tidak nampak bahayanya oleh
sebahagian pihak tetapi hakikatnya ia mampu merosakkan segala kesatuan umat Islam.Umat Islam perlu menguatkan diri dengan ilmu akidah sebenar dan menjauhi segala unsur Syiah & Wahabi. Maka kita wajib mengenal akidah, memahami serta mengikut fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
SINOPSIS NOTA ILMIAH
Nota ilmu ini selalu diedarkan dalam seminar-seminar berkaitan akidah Islam dan ia insyaAllah akan mengupas penjelasan perihal aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar berdasarkan penyelidikan dan kajian ilmiah yang tidak cenderung kepada mana-mana fahaman atau idealogi yang batil selain hanya berpaksikan dalil al-Quran, al-Hadith dan kesepakatan ulama Islam sejak kurun Salaf (300 hijrah) sehingga ke hari ini (Khalaf) yang mana mereka adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar. Dalam kertas kerja ini dimuatkan pegangan jumhur kebanyakan ulama dan umat Islam yang menerima akal sebagai saksi kebenaran wahyu. Dinyatakan juga beberapa golongan yang perlu di awasi dan dijauhi kerana mereka mempergunakan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau istilah-istilah yang sepadan dengannya seperti Salaf, Sufi dan sebagainya secara dusta mengaburi mata masyarakat dan penuntut yang dahagakan kebenaran dan ilmu sedangkan golongan Salaf dan Sufi yang sebenar tidak berpegang dengan ajaran menyeleweng.
Kemungkinan dalam laman utama helaian nota ini ketika membawa sesuatu fakta atau kenyataan ianya tidak disertai dengan teks ayat al-Quran, al-Hadith, nama ulama, nama kitab, teks asal atau terjemahan tetapi dimuatkan panduan rujukan pada nota kaki bagi memudahkan penerangan dan pembacaan. Sekiranya ada pihak ingin melihat secara detail dan terperinci maka bolehlah merujuk kepada nota kaki yang disediakan dibawahnya sebagai rujukan asal. Semoga Allah membuka hati setiap pencinta kebenaran agar ditunjukkan yang al-Haq (benar) dijadikan ikutan dan dipaparkan yang al-Batil (sesat) untuk dijauhi.
PENGERTIAN AQIDAH
Perkataan aqidah/akidah[1] berasal dari bahasa arab iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan[2]. Maka apa yang dipegang dan dipercaya dalam hati seseorang itu secara teguh (jazam) ia dinamakan Aqidah.
Aqidah dari segi istilah syaraknya adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah, ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian dari penyerupaan makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman dengan (qadr) ketentuan pada makhluk samaada baik ataupun buruk[3].
Selain nama al-I’tiqad dan al-‘Aqaid[4] bagi ilmu berkaitan ilmu aqidah ini terdapat 5 nama yang seerti dengan ilmu aqidah iaitu: 1- Tauhid[5], 2- Iman[6], 3- Usuluddin[7], 4- Sunnah[8] dan 5- Fiqhul Akbar[9].
Dalam perkembangan ilmu sejak berzaman ilmu aqidah juga dinamakan sebagai Ilmu Kalam[10] (mamduh) yang dipuji oleh ulama Islam kerana membawa kepada kebenaran islam dengan hujjah ‘aqli dan naqli. Ya, sememangnya disana terdapat ilmu yang hampir sama namanya iaitu Ilmu Kalam (mazmum) tetapi ia adalah ilmu yang dicela oleh para ulama kerana tidak menggunakan dalil yang betul serta tidak membawa kepada kebenaran. Begitu juga ilmu aqidah ini kekadang dinamakan dengan Ilmu al-Ilahiyyaat dan sebagainya yang penting segala ilmu yang menggunakan naqli (teks wahyu) dan ‘aqli (akal yang sempurna) membawa kepada ketauhidan, keesaan dan kebenaran Allah subhanahu wata’ala dan tidak bercanggah dengan istilah agama yang diizinkan maka ia boleh dilabelkan sebagai ilmu yang selari dengan ilmu aqidah.
Aqidah juga dalam beberapa kenyataan diertikan dengan makna kefahaman agama sama-ada salah atau benar (Islam). Seperti kita mengatakan tentang sesuatu fahaman itu sebagai aqidah Yahudi, aqidah Kristian, aqidah Hindu dan sebagainya. Manakala apabila disebut aqidah Islam bermaksud aqidah dan pegangan yang dipersetujuan oleh Islam berdasarkan dalil dan hujjah.
[1] Lebih tepat dieja dengan aqidah tetapi betul juga dan tidak menjadi kesalahan jika dieja dengan akidah.
[2] Rujuk Lisan al-‘Arab oleh Abu al-Fadl Jamaluddin Ibnu Manzur wafat 711H pada perkataan (‘aqoda) juzuk 3 m/s 295-300 cetakan Dar Sodir, Beirut Lubnan, al-Qamus al-Muhit’ juzuk 1 m/s 327-328 dan al-Mu’jam al-Wasit’ J 2 m/s 620-621
[3] Berdasarkan al-Hadith Jibril apabila ditanya tentang iman. Riwayat Muslim.
[4] Seperti kitab Al-‘Itiqad karangan Imam al-Baihaqi.
[5] Kitab berjudl Al-Mukhtasar Fi Tauhid Wal Qadr karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary seperti yang disenaraikan oleh beliau dalam kitabnya berjudul Al-‘Amdu.
[6] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai kitab berjudul Al-Iman. Rujuk Al-‘Amdu.
[7] Seperti kitab Usuluddin karangan Imam al-Baghdadi.
[8] Hadith nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah&syariat) setelah rosaknya umatku maka kepadanya pahala syahid”. Riwayat Ibu ‘Asakir dan perkataan sunnah pada hadith tersebut bererti aqidah.
[9] Kitab aqidah karangan Imam Abu Hanifah berjudul Fiqhul Akbar.
[10] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai buku ketika beliau berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berjudul Istihsan Khaudh Fi ‘Ilmi Kalam.
PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH[1]
Sunnah dari segi bahasa arab bererti: jalan dan cara[2]. Manakala perkataan Jamaah dipetik dari bahasa arab iaitu Al-Ijtima’ bererti perkumpulan dan penyatuan lawan kepada perkatan Al-Tafarruq iaitu perpecahan dan Al-Jamaah bererti satu kumpulan atau jemaah yang telah bersepakat pada sesuatu perkara[3].
Dari segi istilah pula Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah jumhur majority umat Nabi Muhammad iaitu sahabat Nabi dan sesiapa yang mengikut mereka dalam asas –asas aqidah (rukun iman)[4].
KITAB DAN BUKU AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
Sangat ramai ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah ini. Antara kita-kitab tersebut ialah seperti:
1- Risalah al-^Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam al-Salafi Abu Ja^far al-Tahawi (w. 321 H),
2- Kitab al-^Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam ^Umar al-Nasafi (w. 537 H),
3- Al-^Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart dan kemudian dipopularkan oleh al-Imam Fakhrud-Din ibn ^Asakir (w. 630 H),
4- Al-^Aqidah al-Salahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn HibatiLlah al-Makki (w. 599 H); beliau menamakannya Hada’iqul-Fusul wa-Jawahirul-^Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada al-Sultan Salahud-Din al-Ayyubi (w. 589 H).
Al-Sultan Salahud-Din sangat tertarik dengan kitab ini hingga beliau memerintahkan agar kitab ini diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al-^Aqidah al-Salahiyyah. Al-Sultan Salahud-Din adalah seorang alim yang bermazhab Shafi^i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al-^Aqidah al-Sunniyyah (aqidah Ahlus-Sunnah). Beliau memerintahkan para muazin untuk mengumandangkan al-^Aqidah a-Sunniyyah ini pada waktu tasbih (sebelum azan Subuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh daratan Sham (Syiria, Jordan, Palestin dan Lubnan), Mekah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H) dalam al-Wasa’il ila Musamaratil- Awa’il dan lainnya.
5- Kitab Mukhtasar Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari dalam bab Aqidah juga memuatkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dengan ringkasan yang mudah bagi seluruh umum umat Islam yang dahagakan ilmu aqidah Islam juga dimuatkan beberapa perkara yang menyebabkan pembatalan iman dan islam seseorang itu.
“ TUNTUTAN BERPEGANG KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ”
Dibawah ini merupakan ringkasan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebenar yang boleh dijadikan panduan utama bagi seluruh peringkat masyarakat Islam dan diminta kepada semua pencinta ilmu menghayatinya dan mengajarnya kepada umum setelah mendalaminya. Ringkasan aqidah ini disusun berdasarkan dalil yang sahih (naqli dan aqli) dengan teks yang padat maknanya bagi memudahkan masyarakat Islam mendalaminya:
Wajib bagi semua mukalaf untuk memeluk agama Islam dan kekal di dalamnya untuk selamanya dan melaksanakan segala hukum-hakam yang diwajibkan ke atasnya. Maka di antara perkara yang wajib diketahui dan diyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan sekali jika sekiranya dia baru memeluk Islam, atau jika tidak [dia bukan seorang yang baru memeluk Islam] maka wajib diucapkannya di dalam sembahyang, adalah dua kalimah syahadat:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Makna أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله : aku mengetahui dan aku
mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa tidak ada yang
disembah dengan hak (sebenar) kecuali Allah, yang Esa iaitu tiada sekutu
bagi-Nya "الواحد", Tidak Terbahagi-bahagi[5] "الأحد", Tidak Bermula
"الأول", Tidak Mendahului Dengan Ketiadaan "القديم", Maha Hidup
"الحيُّ", Tidak Berkehendak Kepada Yang Lain "القيوم", Tidak Berakhir
"الدائم", Maha Pencipta "الخالق", Pemberi Rezeki "الرازق", Maha
Mengetahui "العالم", Maha Kuasa "القدير", Berkuasa Melakukan Sesuatu
Dengan Kehendak-Nya "الفعّال لما يريد". Segala apa yang Dia kehendaki
terjadi dan segala apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan terjadi "ما
شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن". Tidak ada daya upaya untuk menjauhi
perbuatan dosa kecuali dengan pemeliharaan-Nya, dan tidak ada kekuatan
untuk melakukan ketaatan kepada-Nya kecuali dengan pertolongan-Nya.
Allah memiliki segala sifat kesempurnaan yang layak bagi-Nya dan Maha
Suci dari segala kekurangan pada hak-Nya.Allah tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatu pun dari makhluk-Nya yang menyerupai-Nya, Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.[6] Hanya Allah yang tidak memiliki permulaan (Qadim) "قديم", segala sesuatu selain-Nya memiliki permulaan [baharu] "حادث". Dialah Pencipta "الخالق", segala sesuatu selain-Nya adalah ciptaan-Nya [makhluk] "مخلوق". Segala yang ada [masuk ke dalam wujud], benda[7] dan perbuatannya, mulai dari [benda terkecil] zarrah hingga [benda terbesar] Arasy, segala gerakan manusia dan diamnya, niat dan lintasan fikirannya, semuanya itu adalah dengan ciptaan Allah, tidak ada yang menciptanya selain Allah, bukan thabiiah "طبيعة" yang menciptanya dan bukan pula illah[8] "عِلة". Akan tetapi segala sesuatu tersebut masuk pada kewujudan dengan kehendak Allah dan kekuasaan-Nya, dengan ketentuan dan ilmu-Nya yang azali [tidak bermula], sebagaimana maksud firman Allah: “dan Allah menciptakan segala sesuatu” [Furqan:2]. Ertinya Allah menciptakan sesuatu daripada tidak ada menjadi ada. Makna (خلق) pada ayat ini tidak layak bagi sesiapa pun kecuali hanya bagi Allah. Allah berfirman: “Tidak ada pencipta selain Allah”. [Faatir:3]
An-Nasafi berkata: “apabila seseorang melempar kaca dengan batu hingga pecah, maka lemparan, hentaman batu dan pecahnya kaca semuanya adalah ciptaan Allah. Jadi seorang hamba hanyalah melakukan kasb[9] "كسب". Sesungguhnya penciptaan itu hanya milik Allah, Allah berfirman: “Bagi setiap jiwa dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”. [al-Baqarah:286]
Kalam "كلام" Allah adalah Qadim "قديم" [tidak bermula][10] seperti seluruh sifat-sifat-Nya. Kerana Allah tidak menyerupai semua makhluk-Nya, baik pada zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan orang-orang zalim [orang kafir] dengan kesucian yang agung.
Kesimpulan dari makna syahadat pertama ini adalah ketetapan adanya tiga belas sifat bagi Allah, yang sering berulang penyebutannya dalam al-Quran, baik pada lafaz mahupun maknanya sahaja, iaitu :
1. al-Wujud "الوجود" [Allah ada],
2. al-Qidam "القدم" [tidak bermula],
3. al-Baqa’ "البقاء" [tidak berakhir],
4. Tanazzuhuhu 'an al-Musyabahah li al-haadis "تنزهه عن المشابهة للحادث" [maha suci dari menyerupai segala sesuatu yang baharu].
5. Qiyamuhu bi nafsihi "قيامه بنفسه" [tidak memerlukan kepada yang lain dan segala sesuatu memerlukan kepada-Nya],
6. al-Wahdaniyah "الوحدانية" [tidak ada sekutu bagi-Nya pada zat, sifat dan perbuatan-Nya],
7. al-Qudrah "القدرة" [maha kuasa],
8. al-Iradah "الإرادة" [berkehendak],
9. al-Ilmu "العلم" [mengetahui segala sesuatu],
10. al-Hayat "الحياة" [maha hidup],
11. as-Sam'u "السمع" [mendengar segala sesuatu],
12. al-Basor "البصر" [melihat segala sesuatu],
13. al-Kalam "الكلام" [berkata-kata dengan kalam yang bukan huruf, suara dan bahasa][11],
Oleh kerana sifat-sifat ini banyak disebut dalam nas-nas syariah, para ulama mengatakan: Wajib atas setiap mukalaf [wajib aini] untuk mengetahuinya. Dan kerana zat Allah adalah azali [tidak bermula], maka demikian jugalah sifat-sifat-Nya pasti [wajib] azali, kerana jika baharunya sifat suatu zat mengharuskan baharunya zat tersebut. Terlalu banyak lagi sifat Allah yang dinyatakan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah akan tetapi yang dinyatakan di atas merupakan yang wajib dipelajari dan diketahui oleh umat Islam.
Makna وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله : aku mengetahui dan aku mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muththalib ibn Hasyim ibn Abd Manaf al-Qurasyi [dari Khabilah Quraisy] adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada segenap makhluk. Diikuti dengan syahadat ini mempercayai bahawasanya Muhammad lahir dan diutus [menjadi Nabi dan Rasul] di Mekah, berhijrah ke Madinah dan dimakamkan di sana.
Termasuk dalam makna syahadat kedua ini, meyakini bahawa Nabi Muhammad j jujur dalam segala berita yang dia bawa dan sampaikan dari Allah.
Di antaranya: adanya siksa kubur, pertanyaan dua malaikat, Munkar dan Nakir, al-Ba'ts "البعث" [dibangkitkannya semua orang mati], al-Hasyr "الحشر" [saat dikumpulkannya makhluk di suatu tempat], al-Qiyamah "القيامة" [hari kiamat], al-Hisab "الحساب" [perhitungan atas segala perbuatan], ats-Tsawab "الثواب" [balasan bagi seorang mukmin yang melakukan kebaikan], al-Azab "العذاب" [balasan bagi seseorang yang melakukan kejahatan], al-Mizan"الميزان" [timbangan yang memiliki dua neraca, satu untuk kebaikan dan lainnya untuk keburukan], an-Naar "النار" [neraka Jahannam], as-Sirat "الصراط" [jambatan terbentang di atas neraka, satu hujungnya pada bumi yang telah diganti “al Ardl al Mubaddalah” dan hujung lainnya di satu tempat menuju ke arah syurga], al-Haudh "الحوض" [telaga], as-Syafaah "الشفاعة" [Syafaat], al-Jannah "الجنة" [syurga], ar-Rukyah "الرؤية" [melihat zat Allah di akhirat kelak dengan mata kepala dengan tanpa disifatkan dengan sifat-sifat makhluk, tanpa bentuk, tanpa tempat dan tanpa arah, tidak seperti penglihatan makhluk], dan kekal syurga dan neraka. Juga beriman dengan malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ketentuan “al-maqdur”-Nya yang baik dan buruk, dan bahawasanya Nabi Muhammad j adalah penutup para nabi dan penghulu seluruh manusia [keturunan Adam].
Wajib berkeyakinan juga bahawa setiap nabi Allah wajib memiliki sifat benar "الصدق", amanah "الأمانة" dan bijaksana "الفطانة". Mustahil bagi mereka bersifat bohong "الكذب", khianat "الخيانة", ar-Radzalah "الرذالة" [terjatuh dalam perbuatan hina], bodoh "السفاهة" dan dungu "البلادة".
Mereka wajib terpelihara dari kekufuran, dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang menunjukkan rendah jiwa pelakunya, baik sebelum mereka menjadi nabi mahupun sesudahnya. Mereka mungkin [jaiz] (جائز) sahaja melakukan dosa-dosa kecil yang tidak menunjukkan rendah jiwa pelakunya, namun mereka diingatkan terus untuk bertaubat sebelum dosa-dosa tersebut diikuti oleh orang lain.
Dari sini diketahui bahawa kenabian tidak sah [berlaku] bagi saudara-saudara nabi Yusuf yang telah melakukan perbuatan-perbuatan keji itu, mereka itu adalah selain Binyamin. Sedangkan al-Asbath (الأسباط) kisah mereka disebutkan dalam al-Quran yang mendapat wahyu [diangkat menjadi Nabi] dari Allah, mereka adalah dari keturunan saudara-saudara nabi Yusuf bukannya saudara-saudara nabi Yusuf tersebut.
MURTAD BATAL AQIDAH
Wajib atas setiap muslim memelihara Islamnya dan menjaganya dari perkara-perkara yang merosak dan memutuskan darinya, iaitu riddah [kufur, keluar dari Islam]. Imam An-Nawawi dan lainnya berkata: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji"[12]. Riddah [kufur] ada tiga jenis sebagaimana pembahagian oleh an-Nawawi dan lainnya dari kalangan ulama mazhab Syafii, Hanafi dan mazhab lain dari mazhab Feqh yang beraliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah : 1- Kepercayaan, 2- Perbuatan dan 3- Ucapan. Setiap dari tiga jenis ini memiliki cabang yang sangat banyak. Maka umat Islam hendaklah menjauhi dari segala itu.
PEMIKIRAN GOLONGAN YANG BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH
Berdasarkan penilaian penulis, kajian rapi lapangan dan kajian ilmiah didapati setelah nama mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu tersergah indah maka peluang ini digunakan oleh ramai para ilmuan untuk menjelaskan dan menerangkan kebaikan demi kesejahteraan ummat Islam, tetapi tidak lupa juga terdapat beberapa ajaran yang tidak sepadan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah turut mempergunakan nama mulia ini demi merialisasikan penyebaran ajaran mereka yang songsang seperti fahaman Syiah yang jelas bercanggah dengan aqidah sebenar dan juga fahaman Wahabi yang kelihatan gemar mengamalkan konsep tiga “T” iaitu 1- Takfir (mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka), 2- Tahsbih/Tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk manusia berjisim,bertempat,duduk lemah atas arasy dan sebagainya) 3- Tabdi’ (sering menghukum dan terlalu cepat menjatuhkan hukum ke atas amalan umat Islam sekalipun mempunyai dalil jelas dihukum mereka sebagai ahli bid’ah masuk neraka). Di luar sana juga terdapat banyak lagi golongan yang menyandarkan diri mereka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan fahaman mereka mengangu gugat perpaduan umat Islam dan boleh memecah belahkan semangat murni kesatuan ummat dalam satu agama iaitu Islam yang tercinta. Maka berawas dan berja-jaga dari terpengaruh dengan golongan-golongan ini yang bertopengkan kemulian tetapi menyembunyikan kemunafikan.
PENTING !
FATWA KE ATAS FAHAMAN WAHABI
KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
SUMBER DARI:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).
PENUTUP/NASIHAT
Tambahkan ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar dengan mempelajarinya dari alim ulama dan ustaz-ustaz yang thiqah dipercayai amanah ilmu yang disampaikan. Tetapkan dirimu dalam cahaya ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah.
Semoga Allah menetapkan aqidah sebenar dalam dari kita sehingga dicabut nyawa.
Sekian. Wassalam.
Disediakan dan disusun oleh hamba Allah yang mengharap keredhoan Ilahi:
Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi.
Tel (hp): 019-3801979.
Email: m_shiq@yahoo.com.
Boleh merujuk maklumat di: Website: www.abu-syafiq.blogspot.com /
Facebook: www.facebook.com/AbuSyafiq1
[1] Boleh juga ditulis sebagai Ahluss Sunnah Wal Jama’ah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Ahl Sunnah Wal Jama’ah dan apa sahaja yang sememangnya membawa erti yang sama iaitu golongan yang mengikut jalan Nabi Muhammad dan bersama dengan jemaah Islam yang berpegang dengan aqidah yang benar. Asalkan bukan ahli punah dan ranah.
[2] Rujuk Muktar Al-Sihah pada perkataan (sunana) m/s 317 dan Lisan Al-‘Arab 220-228.
[3] Rujuk Lisan Al-‘Arab pada perkataan (jama’a) 8 m/s 53-60.
[4] Penyelididkan dan Kajian Darul Fatwa pada tajuk Al-Asy’irah Aimmah Ahl Sunnah.
[5]Kerana Dia bukan jisim, benda. Ini adalah makna “Ahad” menurut sebahagian ulama.
[6]Pendengaran Allah tidak seperti pendengaran makhluk, penglihatan Allah tidak seperti penglihatan makhluk.
[7]Benda yang dimaksud di sini bukan sahaja benda padat, tetapi A'yan atau Ajsam ialah segala sesuatu yang memiliki bentuk dan ukuran, termasuk manusia.
[8]Thabi'ah adalah 'adah; kebiasaan. Kebiasaan api adalah membakar. Illah adalah sebab. Api adalah sebab terjadinya pembakaran.
[9]Kasb adalah apabila seorang hamba mengarahkan niat dan kehendaknya untuk melakukan suatu perbuatan dan pada saat itulah Allah menciptakan dan menampakkan perbuatan itu.
[10]Kalam Allah yang dimaksudkan di sini adalah Kalam Allah yang merupakan sifat zat-Nya. Kerana sifat kalam ini qadim bererti ianya bukan huruf, suara dan bahasa kerana semua itu baharu, makhluk.
[11] Terdapat banyak lagi sifat Allah bukan 13 sahaja. 13 ini yang wajib dipelajari.
[12]Makna pernyataannya: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji" adalah dari sisi keburukannya, bukan bererti bahawa segala jenis riddah lebih parah dari kufur yang asli, kerana kufur yang paling parah adalah ‘at-ta'thil’ iaitu menafikan adanya Allah, akidah hulul iaitu mereka meyakini bahawa Allah menempati atau menyatu dengan alam, ertinya bahawa Allah adalah kesatuan alam dan alam sebahagian dari-Nya.
Tebusan Sydney: Tiga mati selepas digempur
- Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
SYDNEY - AUSTRALIA. Drama tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir
apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15
orang sejak pagi semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang restoran, tahan tebusan]
Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.
Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.
Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.
Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden pengganas: Dua tebusan larikan diri]
Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah tumpuan ramai di Martin Place.
Semalam, lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Man Haron Monis turut memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dalang tawan tebusan di kafe Sydney dikenal pasti]
Monis sebelum ini mendapat perlindungan suaka politik di Australia pada 1996 dan pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang restoran, tahan tebusan]
Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.
Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.
Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.
Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden pengganas: Dua tebusan larikan diri]
Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah tumpuan ramai di Martin Place.
Semalam, lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Man Haron Monis turut memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dalang tawan tebusan di kafe Sydney dikenal pasti]
Monis sebelum ini mendapat perlindungan suaka politik di Australia pada 1996 dan pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.
Dalang tawan tebusan di kafe Sydney dikenal pasti
Monis dilahirkan Manteghi Bourjerdi dan melarikan diri dari Iran ke Australia pada tahun 1996 di mana beliau menukar namanya kepada Man Haron Monis dan menggunakan gelaran Sheik Haron.
Menurut pemimpin masyarakat, Dr Jamal Rifi, Monis tidak mendapat sokongan umat Islam arus perdana, lapor 9News, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Monis sebelum ini berjaya menarik perhatian media melalui kempen "surat kebencian" iaitu bantahan kehadiran pasukan Australia di Afghanistan.
Kempen itu menyaksikan tindakan Monis dan rakannya, Amirah Droudis mengirim surat itu kepada ahli keluarga tentera Australia yang meninggal dunia dalam pertempuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan