Najib perlu berhenti tipu rakyat – Bekas pengerusi SPR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
“Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu),” katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
“Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan,” katanya.
“Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat,” katanya.
Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.
“Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya.
Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang “betul”.
Ratusan pekerja tinggalkan Media Prima mulai minggu depan
pada 13-12-2014 10:12
PETALING JAYA: Ratusan staf syarikat kumpulan media terbesar di
Malaysia, Media Prima Bhd akan meninggalkan syarikat tersebut minggu
depan melalui satu skim perpisahan.
Memetik laporan Malaysiakini, kakitangan dari semua peringkat syarikat
tersebut, termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima
tawaran itu.
Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin
Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi;
serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.
Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.
Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook
turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut
diluluskan oleh Media Prima.
Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber.
Menurut laman webnya, Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.
Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).
Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM.11:49AM - 14 Dec 2014
Bernama TV mungkin gulung tikar
Gagal mendapat gaji penuh sejak Oktober, kakitangan Bernama TV (BTV)
kita terkejut apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu mungkin terpaksa
gulung tikar ekoran kerugian berterusan.
Seorang pekerja BTV memberitahu Malaysiakini, Pengurus Besar Bernama Zulkefli Salleh memaklumkan perkara itu dalam sebuah pertemuan pada Jumaat.
Dalam mesyuarat itu, Zulkefli bagaimanapun didakwa berkata, penutupan BTV hanya akan menjadi langkah terakhir dan notis cukup akan diberikan jika berlaku.
Bagaimanapun, tidak semua kakitangannya bersedia dengan langkah itu.
“Kalau Bernama TV tutup maksudnya Bernama tak buat kerja. Bernama kenalah kerja keras untuk jaga kami ,” katanya.
Kakitangan BTV minggu lalu enggan hadir bekerja selepas tidak mendapat bayaran gaji penuh.
Diminta mengesahkan perkara itu, Zulkefli berkata beliau hanya mengajukan soalan untuk memotivasi mereka bekerja lebih keras bagi mendapat lebih banyak penonton, sekali gus menjadi keuntungan.
Beliau menegaskan bahawa BTV terus beroperasi kerana bantuan pemegang saham minoriti Bernama.
Bernama mempunyai 33 peratus pegangan dalam BTV, syarikat sendirian berhad milik Bernama TV Synergy Bhd.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dikemaskini pada 2012, sebanyak 67 peratus saham lagi dimiliki oleh tiga syarikat persendirian, termasuk Silver Ridge (Multimedia) Sdn Bhd, anak syarikat Silver Ridge Sdn Bhd.
Silver Ridge dipengerusikan oleh senator Umno Suhaimi Abdullah, dan menurut rekod SSM, beliau turut mempunyai pemilikan dalam BTV.
Ketika dihubungi, Suhaimi yang juga bekas ketua pegawai eksekutif memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak lagi terlibat dalam syarikat itu sejak bertahun-tahun lamanya.
Katanya, semasa Rais Yatim menjadi menteri penerangan, saham itu telah ditarik balik.
Suhaimi juga berkata, saham Silver Ridge dalam BTV pula telah dilupuskan dan ia boleh disemak melalui rekod Burma Malaysia.

Saya wira orang Melayu dan Islam - Ibrahim Ali
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani | Kemas kini: Disember 14, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 14, 2014 12:15 MYT)
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi
Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menabalkan dirinya
sendiri sebagai wira orang Melayu dan Islam.
Ibrahim berkata, beliau menabalkan dirinya sendiri kerana banyak memperjuangkan isu berkaitan bangsa Melayu dan Islam bersama pertubuhan yang diasaskannya itu.
Katanya, perjuangan beliau dan Perkasa untuk orang Melayu dan Islam terlalu banyak hingga ada pihak yang merasa terancam dan menjauhkan diri dari pertubuhan yang berjuang untuk bangsa Melayu dan bumiputera itu.
"Ada yang nak bergambar dengan Presiden Perkasa pun takut sebab ada yang nasihatkan supaya jangan dekati Perkasa.
"Saya tak pernah undang mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sertai Perkasa," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kelima Perkasa di Dewan Muktamar Pusat Islam.
Dalam ucapannya juga, Ibrahim turut menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.
Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
"Kalau tak berani bela orang Melayu jangan ganggu Perkasa dan ISMA," katanya lagi.
Dalam ucapannya juga Ibrahim sekali lagi menyatakan kekesalannya terhadap 25 tokoh Melayu yang menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia baru-baru ini.
"Ini 25 tokoh tersohor, dalam Perkasa ada beratus tokoh tersohor.
"Haram jadah apa 25 orang ini nak sentuh Perkasa dan ISMA?
"Kalau nak tegur, tegur juga Dong Zhong, Hindraf dan kumpulan yang nak kristiankan orang Islam
"Kalau nak bodek kerajaan kenapa sentuh Perkasa?" katanya.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/saya-wira-orang-melayu-dan-islam-ibrahim-ali-50252?cp
Pas harus contohi kepimpinan Pak Doktor
KOTA BHARU - Pemikiran dan keperibadian Presiden Pas ke-3, Dr
Burhanuddin Al-Helmy atau lebih dikenali sebagai Pak Doktor harus
menjadi contoh dan dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan Pas kini
terutamanya dari segi penerimaan beliau terhadap semua lapisan
masyarakat.
Penganalisis Politik, Subky Abdul Latif berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Pak Doktor yang sebelum ini diterima seluruh masyarakat harus dipraktikkan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada zaman pentadbirannya.
“Pak Doktor ditentang banyak pihak kerana dikatakan hendak membawa tanah Melayu ke Indonesia, jadi beliau bertanya, apakah tidak eloknya orang Melayu dan orang Indonesia ini, bukankah selama ini kita juga bersaudara, walaupun begitu, dunia politik kini juga sudah berbeza, ternyatalah penyatuan itu adalah sesuatu yang amat sukar.
“Tetapi pada masa itu umpamanya, orang Melayu itu kalau boleh disatukan, tidak kira di mana-mana, itu adalah lebih baik, dan orang Melayu itu bukan di tanah Melayu sahaja, jika disatukan, kitalah satu bangsa yang paling besar dalam dunia, oleh sebab itulah penyatuan Melayu yang Pak Doktor kehendaki itu adalah satu gagasan yang paling ditakuti oleh komunis Cina dan sebagainya,” katanya kepada media kelmarin.
Beliau hadir sebagai ahli panel Seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy : Kajian Sempena 63 Tahun Pas Malaysia di Kompleks Kota Darul Naim semalam.
Menurutnya, Pak Doktor diakui juga memberi pelbagai perubahan dan kemajuan memandangkan kepimpinan terdahulu tidak banyak mencorakkan arah dan hala tuju parti ketika itu, sekali gus dibuktikan dengan sokongan kepada Pas semakin bertambah selepas setahun dipegang Pak Doktor.
Subky yang juga seorang penulis turut memberitahu, malah Pak Doktor mempunyai sebab yang kukuh mengapa mengambil alih Pas ketika itu, ini kerana perjuangan Islam sudah mula jelas dan mana-mana orang yang tidak menyokong apa-apa parti ketika itu akan memilih Pas.
Ketika ditanya mengenai adakah wujud lagi pemikiran seperti Pak Doktor dalam era Pas sekarang ataupun Pas sendiri masih mencari identiti, Subky berkata, perkara tersebut adalah berbeza kerana pemimpin yang ada kini secara terangnya menolak nasionalis.
“Tetapi pemikiran Pak Doktor itu adalah perkara yang sebelum merdeka, sekarang ini ialah masa pengisian, jadi orang Pas sekarang ini memberikan perbezaan antara nasionalis itu.
"Tetapi apa yang Pak Doktor mahu ialah orang ini nasionalis, tetapi jangan tinggal solat, jangan tinggal untuk memperjuangkan Islam, sama juga dengan sosialis, bawa pandangan Islam itu ke dalam sosialis, jangan tinggal Islam, dalam masa sama Pak Doktor tidak buat (perangai) macam orang itu,” katanya.
Subky juga memberitahu, walaupun Pak Doktor sebelum ini mahukan nasionalis yang diasaskan mengikut acuan Islam, namun itu bukan isu utama dalam Pas kini kerana mereka sudah sedar dan tahu yang nasionalis itu adalah tidak betul dari segi Islamnya.
“Maka sekarang ini kita mesti jelas, nasionalis sekarang terbukti yang tidak melaksanakan dan menolak Islam, sosialis itu juga jelas menolak Islam, dan sekarang ini ia tidak sama lagi dengan zaman Pak Doktor, dia adalah pemimpin kepada semua orang, jadi dari situlah kita boleh buat Islam.
“Tetapi sekarang ini sosialis tidak sama, oleh sebab itu Pak Doktor menerima kepimpinan walaupun dia telah terpisah dengan nasionalis tulen dan sosialis tulen, kerana selepas merdeka, benda itu sudah jelas, apa yang Pak Doktor mahu ialah kemerdekaan kepada Islam, iaitu merdeka individu Islam, masyarakat mengamalkan peraturan Islam dan bentuk negara Islam.
“Walaupun kemerdekaan itu British bagi, tapi semua ini tidak ada, ia tidak akan dinamakan kemerdekaan, jadi, Pak Doktor tidak sebut sosialis, nasionalis, tetapi kemerdekaan itu adalah mesti individu menerima Islam dan beramal kepada Islam,” katanya.

Terbaik
PAS: Tolak ego dan sambut pelawaan kerjasama dengan Umno
pada 14-12-2014 10:12 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
KUALA LUMPUR: Demi memelihara keistimewaan kaum Melayu dan kedudukan
Islam sebagai agama persekutuan, PAS perlu membuang egonya untuk
bekerjasama dengan Umno.
Menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
kedua-dua parti ini membawa konteks perjuangan yang serupa, berbanding
PKR dan DAP.
Kerjasama PAS bersama dua rakannya itu di dalam Pakatan Rakyat (PR)
itu, ujar Syed Ali hanya memakan diri lebih-lebih lagi dengan krisis di
Selangor yang terjadi kebelakangan ini.
"Adalah menjadi satu kerugian jika PAS dan Umno tidak bekerjasama.
Memang saya tidak boleh paksa PAS, sebaliknya mereka yang kena fikir
sendiri. Mereka ingat mereka sudah besar apabila berada dengan DAP dan
PKR maka mereka seronok? Namun kena ingat yang akan rugi adalah orang
Islam dan Selangor.
"Apa yang terjadi di antara PAS dan Umno suatu masa dahulu, tidak boleh
dibawa kepada kepimpinan sekarang yang sudah berlainan. Jika PAS sayang
Islam dan bangsa Melayu, maka mereka akan duduk semeja dengan Umno
untuk bekerjasama. Bukan dengan DAP dan PKR," katanya melalui satu
wawancara khas bersama Antarapos, baru-baru ini.
Beberapa minggu lalu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memberitahu
parti tersebut tidak menolak kemungkinan untuk menawarkan kerjasama kali
kedua dengan PAS.
Bagaimanapun beliau menegaskan sebarang usaha ke arah itu perlu dilakukan secara tertutup.
Senada dengan Syed Ali, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo
yang melihat pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu,
termasuk pembangkang yang cuba menyisihkan keistimewaan yang sudah
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Najib pernah membuat tawaran secara tidak langsung kepada PAS, namun
tidak nampak tarikan ke arah itu. Namun harapan saya, jika benar orang
Islam Malaysia mahu selamat, andai kata PAS dan Umno bersatu, maka Islam
akan tetap utuh tanpa sebarang gangguan," katanya.
Sebagaimana diketahui Umno dan PAS pernah bekerjasama suatu ketika
dahulu namun berakhir dengan pemecatan parti Islam itu daripada Barisan
Nasional (BN) pada 1977.
Bagaimanapun ramai pihak, lebih-lebih lagi di kalangan Umno berpendapat
kerjasama itu diperlukan sekarang bagi mengekang kemaraan Pakatan yang
semakin memenangi banyak kerusi sejak pilihan raya umum 2008.
Sebelum ini heboh mengenai rundingan kerjasama kali kedua antara
Umno-PAS yang diusahakan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Hal itu diakui oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang
mendedahkan usaha kumpulan Muhyiddin itu dengan menyerapkan agenda
mereka ke dalam parti Islam berkenaan.
Bukan itu sahaja, semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno 2014
baru-baru ini, Muhyiddin secara spontannya menyebut PAS kini bukan lagi
musuh politik bagi Umno.
Jangan beli buku ni...
Buku 40 Hadith Palsu Popular Wahhabi.
Habis hadith yang hasan dan dhoief pun di'palsu'kan oleh penulis yang mengelirukan ini.
Antaranya :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :
Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China
« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.
Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.
شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)
أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف
جامع الأحاديث – (5 / 2)
اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .
مسند البزار – (1 / 55(
وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))
قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(
الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد
قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(
الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو
عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(
والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا
Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.
Komentar dari Ustaz Al Faqir Azam :
Al imam alHafiz Sayyid Ahmad Siddiq alGhumari ada tulis kitab tentang kesahihan ini dalam kitabnya " Fathul malikil Aliy bisihhati hadith Babu Madinatil Ilmi Ali" ianya telah ditahqiq seorang Muhaddith di tarim yaman, iaitu al Habib alMuhaddith Dr. Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.
Memang benar sebahagian hadis yang disahihkan imam al hakim dalam mustadraknya ada kelonggaran dan dikrtitik ulama. Tetapi penulis tidak boleh hanya melihat satu sanad sahaja. Yang dilemahkan azZahabi adalah sanadnya. Cuba baca syawahid dan mutabaat bagi hadith ini yang menguatkannya lagi riwayat imam at tirmizi itu sanadnya hasan.
Berkata Imam as-Suyuti dlm alJami' al-Kabir, "aku pernah menjawab tentang hadis ini lama dahulu bahwa ianya hasan sehingga aku mendapati tashih(pensahihan) Imam Ibnu Jarir bagi hadis Ali ini di dlm Tahzib al-Athar....maka aku beristikharah kepada Allah dan aku meyakini dengan penaikan status hadis dari darjat hasan kepada darjat sahih.."
Menurut alHafiz Sayyid Ahmad al-Ghumari ketika membentang riwayat2 dan jalur sanad yang banyak bagi hadith ini dan komentar para huffaz dan nuqqad tentangnya, sebahagian mengatakan ianya hasan dan sebahagian mengatakan ianya naik kpd martabat Sahih li ghairihi.
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .
Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih - http://sawanih.blogspot.com/…/fadhilat-fadhilat-sahih-bagi-…
Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"
Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu : http://ad-deen.proboards.com/thread/161
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat
Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat
Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.
As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.
Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]
Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyru' wa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :
Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya.
Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin.
Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.
Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."
(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).
Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)
Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran
Ini bukan hadith palsu
Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :
قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات
Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
"Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali"
(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)
Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat
Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.
Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)
Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).
Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat - http://akitiano.blogspot.com/…/hukum-mengusap-wajah-setelah…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?
Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu'alam
*Terbaru penulis bernama Abdul Razak Muthalib ini menghukum syirik bertawassul dengan orang yang telah meninggal dunia termasuk Rasulullah dan Orang soleh.
Kami telah menjawabnya di sini :
1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/703125763085901/
2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/444376842294129/?type=1&permPage=1
3. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/356980537700427
4. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/648459971885814
5.https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/694321443966333
SINAR HARIAN TELAH BANYAK MENERBITKAN TULISAN PENGKAFIR DAN PENSYIRIK ULAMAK DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan