• Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama
1 / 1
PASIR PUTEH - Seorang jururawat masyarakat yang bertugas di Klinik Desa Kampung Star, Bertam Baru, Gua Musang, menceritakan bagaimana 150 penduduk di situ, kelaparan dan menempuh detik cemas setelah terperangkap selama enam hari apabila kampung mereka seakan-akan 'sebuah pulau' akibat banjir, bermula Isnin lepas.

Suzana Bakar, 49, berkata mereka menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan di Sekolah Kebangsaan Star, Bertam Baru dengan sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda selepas air dari Sungai Nenggeri naik mendadak ke kawasan kampung mereka.

"Ini disebabkan kami tidak menyangka air naik secara mendadak kerana sebelum ini tidak pernah berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Suzana bagaimanapun berkata pada hari Selasa lepas, makanan terutama beras tiba dengan jumlah sedikit setelah diusahakan pemimpin setempat serta belas ihsan daripada orang kampung yang tinggal di kawasan tinggi.

"Sebaik makanan tiba di sekolah itu mereka berebut-rebut mendapatkan makanan yang tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir yang datang ke pusat itu bertambah setiap hari," katanya.

Suzana berkata untuk mendapatkan bekalan makanan dari luar terutama di Gua Musang terlalu sukar kerana tidak boleh dilalui sebarang kenderaan berikutan arus yang sangat deras.

Beliau berkata sepanjang berada di sekolah itu, sebahagian besar mangsa memakan apa sahaja seperti biskut dan mi segera bagi mengalas perut untuk mengelak daripada kebuluran dan sepanjang malam pula terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus.

Bagaimanapun, Suzana bersyukur kerana ketika kejadian beliau dan empat anak masing-masing berumur antara tiga dan 14 tahun, sempat menyelamatkan diri ke sekolah berkenaan lebih awal apabila menyedari paras air semakin meningkat ke paras paha dalam tempoh beberapa minit.

Ketika kejadian suaminya Raibi Hamid, 39, tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

"Sebuah kereta Proton Wira dan motosikal serta peralatan elektrik kesemuanya tidak sempat diselamatkan apabila paras air meningkat terlalu cepat sehingga menenggelamkan sebahagian 50 buah rumah penduduk di situ," katanya.

Suzana berkata ketika berada di sekolah itu mereka terpaksa tinggal di tingkat tiga kerana tingkat pertama dan kedua dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya, semalam. - Bernama 
 5:49PM - 28 Dec 2014

Kronologi hilangnya pesawat AirAsia


Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan kronologi dan status pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pagi tadi.

Berikut maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia Antara:

  1. Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).
     
  2. Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.
     
  3. Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.
     
  4. Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).
     
  5. Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.
     
  6. Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".
     
  7. ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.
     
  8. ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.
     
  9. Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum.


11:10PM - 28 Dec 2014

Pakar: ELT boleh kesan lokasi QZ8501


Emergency Locator Transmitter (ELT) dalam pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 boleh memberi petunjuk lokasi dan keadaan pesawat yang hilang, kata seorang pakar penerbangan.
  
Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata ELT boleh memberi petunjuk lokasi pesawat walaupun ia mengalami kemalangan.
  
"ELT akan mengeluarkan isyarat jika berlakunya hentakan atau impak kemalangan terhadap pesawat, tetapi jika pesawat tersebut meletup dan berkecai, isyarat mungkin tidak akan berfungsi," katanya kepada Bernama.
  
Nik Ahmad Huzlan berkata mengikut kondisi bateri, ELT mampu bertahan sehingga 48 jam dan selama tempoh itu pesawat yang hilang sepatutnya masih boleh dikesan melalui isyarat yang diberi oleh ELT.
  
"Sekiranya pesawat terhempas, ELT masih boleh berfungsi, namun bergantung kepada cara ia terhempas, memandangkan ELT selalunya diletakkan di bahagian kokpit, pintu dan ekor pesawat," katanya.
  
Nik Ahmad Huzlan berkata pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan transponder, iaitu radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di pusat kawalan trafik udara.
  
"Sekarang ini, pesawat itu hilang tanpa memberi sebarang isyarat sama ada daripada transponder mahupun ELT, jadi kita tidak pasti ia terhempas atau sebaliknya," katanya.
  
Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501, dari Surabaya ke Singapura, hilanghubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Surabaya) dan dijadual tiba di Singapura pada jam 8.20 pagi.
  
Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 penumpang dan anak kapal.

  
- Bernama
6:00PM - 28 Dec 2014

Pemuda redah banjir 30km cari minyak



Seorang pemuda, terpaksa meredah banjir hampir 30km, semata-mata mahu mencari bekalan petrol dan diesel untuk menghidupkan generator di rumahnya.
Mohamad Hafiz Mustafa, 23, (kiri) dari kampung Tendong Pasir Mas berkata, sejak banjir melanda negeri itu hampir seminggu lalu, bekalan petrol sangat kritikal.
Ini kerana, kebanyakan stesen petrol di kawasannya ditutup akibat ditenggelami air dan ada juga terputus bekalan elektrik.
Beberapa buah stesen yang masih beroperasi pula hanya mempunyai bekalan terhad kerana bekalan tidak sampai ekoran jalan darat yang terputus.
"Dari Tendong, saya terpaksa melalui Wakaf Bharu, kemudian Kota Bharu dan ke Pasir Hor, baru jumpa stesen minyak yang beroperasi.
"Mula-mula naik motor, lepas tu jalan kaki hampir satu kilometer harung air paras pinggang. 
"Kemudian saya terpaksa tahan lori ayam, lepas tu tumpang trak bomba dan tumpang motor, baru boleh sampai ke stesen minyak" katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu hari ini.
Menurutnya, ketika berada dalam trak bomba, kelihatan ramai penduduk di tepi jalan yang merayu meminta bekalan air bersih sambil menunjukkan botol-botol kosong masing-masibh.
Malangnya trak bomba itu tidak membawa apa-apa bekalan ketika itu.
Hafiz yang juga pelajar sebuah IPTA di ibu negara berkata, beliau pulang ke kampung sempena cuti minggu ulang kaji, sebelum peperiksaan akhir semesta minggu depan.
Rumah keluarganya bagaimanapun tidak dinaiki air tetapi semua laluan keluar tersekat dengan air seperti berada di sebuah pulau.
Menurut beliau lagi, sekurang-kurangnya tujuh stesen minyak dilaluinya sepanjang perjalanan itu namun semuanya tutup.
Menyambung cerita beliau berkata, suasana di stesen juga penuh sesak dengan kenderaan yang kebanyakannya pacuan empat roda, berbaris untuk mengisi minyak.
Ada juga yang datang sepertinya dengan membawa tong untuk diisi petrol.
"Saya terpaksa menunggu hampir satu jam," katanya sambil menjelaskan beliau menumpang sebuah pacuan empat roda untuk pulang.
Hafiz mendakwa, sejak beberapa hari lalu, ramai yang bercerita tentang masalah kehabisan minyak.
"Ada yang sampai bergaduh di stesen minyak berebut giliran.
"Ada pula lori-lori yang diletak di atas jambatan dan tempat tinggi, petrolnya dicuri," kata Hafiz.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana berjaya mengharungi perjalanan itu dengan selamat.


Banjir: Empat gadis 'nekad' tidur dalam kereta lebih empat hari

Banjir: Empat gadis 'nekad' tidur dalam kereta lebih empat hari
Selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta. - Gambar Fail
KOTA BHARU: Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir di bandar ini bertekad untuk 'berteduh' di dalam kereta masing-masing dek bimbang paras air terus naik.

Siti Mariah Ab.Majid, 28, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakannya mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing di tempat letak kereta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

"Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh sejak beberapa hari lepas," katanya.

Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta tersebut.

"Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis, saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini," kata Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat Machang.

Siti Mariah berkata beliau dan rakannya telah empat hari tidak mandi dan hanya mencuci muka berbekalkan sebotol air mineral.

"Setakat hari ini ada beberapa kedai makan masih menjual makanan namun saya bimbang apabila pemilik kedai makan memberitahu mereka akan tutup kedai tengah hari ini.

"Sekiranya itu berlaku saya tidak tahu bagaimana untuk mencari makanan bagi mengalas perut hari ini," katanya.

Lebih malang, Siti Mariah berkata beliau kehilangan dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang Kerian.

"Mujur ada rakan yang sudi membantu namun hati saya masih risau dengan keselamatan mak dan ayah yang difahamkan kini berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong," katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir di Kota Bharu, Shira Che Zakaria, 26, berkata beliau juga terpaksa tidur di dalam kereta miliknya kerana tiada pilihan.

Penjawat awam itu berkata beliau reda dengan ujian yang menimpa dirinya dan berharap air akan semakin surut dan pihak berwajib tidak terlepas pandang dalam membuat agihan bantuan banjir kepada warga Kota Bharu.

"Saya faham kesukaran yang dialami pihak berwajib namun kami di sini telah kehabisan wang tunai untuk membeli makanan dan minuman... saya berdoa agar semua mangsa banjir selamat," katanya.

Shira berkata air di Kota Bharu tiada tanda untuk surut dan beliau dan rakannya bercadang untuk berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan tempat perlindungan serta makanan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/banjir-empat-gadis-nekad-tidur-dalam-kereta-lebih-empat-hari-51011?cp




Inilah rupa Pengetua SMKSI Kota Bharu( bulatan merah) yg menghalang dan menghalau Yb Thakiyudin dari memberi bantuan kpd mangsa banjir di Sekolah tersebut..semuanya bermula bila Najib umumkan bantuan berjuta2 dari Kerajaan Malaysia. Nak urus sendiri konon..
Patut la bantuan lbt smpi pd mangsa2...mcm2 hal..nk tggu lekat muke jibon la..nk tggu rampas bantuan org len tp konon bn yg bg la...apasal bnyk pengampu tahap dewa dlm umnobn ni..ko ada iman ke tak..tau tak yg dajal nnt akn menggunakan kesusahan utk menyesatkn manusia...



Sukarelawan diarah keluar segera dari pusat pemindahan

http://tranungkite.net | .

Tak habis-habis dengan politik
Kesian rakyat jadi mangsa mainan politik. Dlm keadaan musibah mcm ni masih nak ambil kesempatan. Rakyat dah kebulur, dia baru dtg!...lps tu nak control semua. Hanya Allah tahu niat setiap pemimpin ini....ingat!!! Malaikat sedang mencatat.