'PERKASA salah rentap kain rentang Krismas'
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik
tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas
dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat.
"Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.
"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid, seperti dilaporkan The Star.
Jumaat lalu, PERKASA mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak ekoran kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.
Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu tersebut merentap jatuh kain rentang itu dan cuba menarik lengan ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow.
Selain dari demonstrasi di Perak, mereka turut membuat bantahan sama di Pulau Pinang.
Di negeri Pulau Mutiara itu, penunjuk perasaan menggelar Lim sebagai "babi hutan".

Hamley’s nafi tidak benar pakai tudung
SHAH ALAM - Kedai permainan terkemuka, Hamley's menafikan syarikat itu
mempunyai sebarang polisi yang menetapkan pekerja wanita tidak
dibenarkan memakai tudung atau hijab.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor di akaun Twitter beliau pada Khamis lalu bahawa Hamley's meletakkan syarat supaya anaknya tidak bertudung jika ingin bekerja di kedai itu yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Hamley's Malaysia hari ini, pihak pengurusan kedai itu berkata, ia mengalu-alukan individu yang ingin bekerja untuk datang memohon, tidak kira bangsa atau agama.
"Setelah disiasat, memang seorang pekerja kami yang baru (berkerja) dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.
"Tindakan disiplin telahpun diambil terhadap pekerja ini. Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf atas isu ini," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan Hamley's turut melahirkan rasa kesal dengan insiden itu dan berharap Rosyam, anaknya serta orang Islam lain di negara ini yang terguris dengan kejadian tersebut sudi merima permohonan maaf mereka.

Bapa Borek, Anak Rintik!!!
Mereka Yang Menolak Undang2 Allah Adalah Musuh ALLAH!
Semoga Beliau Bertaubat Seblm Terlambat!

Like · · Share
Ustaz Azhar Idrus with Zul Joei and 42 others
Korang Nak Kawin Ramai Jugak?
Baca Dan Share Cerita Ni
Baca Dan Share Cerita Ni
4:10PM - 21 Dec 2014
Siswa soal Dr M: Surah mana halalkan rasuah?
Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahthir Mohamad berkata,
al-Quran tidak menyebut bahawa mahasiswa yang memasuki universiti harus
berdemonstrasi.
Hari ini, kumpulan mahasiswa membalas kembali kenyataan beliau dengan mengajukan persoalan lain.
“Di mana petikan al-Quran yang menghalalkan aktiviti pemerintah Umno dan BN yang selama ini sentiasa digelumangi aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat (mahasiswa) dan sebagainya?" soal aktivis mahasiswa Fahmi Zainol.
Mahathir semalam mengulas berhubung perkembangan aktivisme mahasiswa yang kini menganjurkan ceramah dan perhimpunan di pelbagai kampus seluruh negara.
Ia dicetuskan kembali selepas Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), dan beberapa lagi rakan-rakannya dikenakan tindakan selepas menganjurkan himpunan besar dan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus.
Fahmi digantung pengajian selama dua semester dan didenda RM600.
Demo Malayan Union 1946
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Fahmi mempertikaikan kritikan Dr Mahathir kerana Umno, parti yang pernah dipimpinnya, sendiri turut berdemonstrasi menentang Malayan Union pada 1946.
“Bagi kami, Umno dan BN tidak usah berbicara soal mahasiswa ‘berdemo’ sedangkan Umno sendiri ‘berdemo’ sejak tahun 1946 membantah Malayan Union.
Fahmi menjelaskan, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah dan berdemonstrasi menjadi langkah terakhir mereka.
“Aktiviti berdemo adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran kami.
"Saya lihat, kenyataan Tun Mahathir semakin hari semakin berbeza, tidak secerdik dahulu, sudah tua mungkin,” sindirnya terhadap Mahathir yang pernah dianggapnya sebagai "idola".
Ironinya, Fahmi sebelum ini mengakui lebih gemar kepada pemikiran Dr Mahathir berbanding Anwar.

Lagi Kes Buli Jalan Raya : Myvi vs Hilux Milik Kerajaan
Baru-baru ini, satu lagi gambar yang didakwa kes buli jalan raya tersebar di media sosial.
Kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat. Dipercayai, lelaki pemandu MyVi bertindak memecahkan cermin kereta Hilux yang terlibat dengan menggunakan stereng lock.
Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar pertama(atas) memaparkan pemilik MyVi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa 'stereng lock'.
Gambar kedua dan ketiga pula memaparkan kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah dipecahkan cermin sebelah kanan.
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.
Namun pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut. - Siakapkeli.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan