JOHOR BAHRU - Pelaksanaan bayaran permit kemasukan kenderaan (VEP) sebanyak RM20 yang bakal dikuatkuasakan kerajaan bermula tahun depan menimbulkan keluhan kepada warga Singapura.

Seorang suri rumah, Rohani Md Zan, 52, berkata, caj yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura terlalu membebankan rakyat.

Bagaimanapun katanya, rakyat terpaksa menghadapi bebanan tersebut kerana hubungan kedua-dua hala itu sememangnya tidak boleh dipisahkan.

“Caj sekarang pun dah tinggi nak masuk dan keluar, lagi nak tambah RM20 memang menambahkan beban kita.

“Tapi nak ke tak nak kita memang kena bayar sebab di Singapura tempat saya dan Johor ini rumah suami.

“Mungkin lepas ini nak kena keluar masuk menggunakan kenderaan awam sahaja lagi jimat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Seorang kontraktor, Mahmud Nawi, 40, berkata, caj yang dikenakan itu terlalu mahal kepada warga Singapura yang setiap hari berulang-alik di negara ini.

Menurutnya, meskipun mata wang Singapura jauh lebih tinggi berbanding mata wang Malaysia, namun ia terlalu membebankan orang ramai.

“Pada saya terlalu mahal dengan caj sekali masuk RM20. Kasihan pada yang setiap hari keluar masuk ke negara ini.

“Walaupun boleh dikatakan mata wang besar, tapi banyak lagi kos yang perlu kami tanggung,” katanya.
Takut kawan ditangkap, dua lagi serah diri
  • Antara ahli kumpulan gores dan menang yang ditahan bagi membantu siasatan. Antara ahli kumpulan gores dan menang yang ditahan bagi membantu siasatan.
1 / 2
KOTA BHARU - Dua jam selepas menyedari sembilan rakan mereka ditahan polis, dua wanita hamil dipercayai anggota sindiket gores dan menang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, serbuan kedua itu dijalankan susulan tangkapan 11 dipercayai anggota sindiket sama di sebuah apartmen, di sini, malam Sabtu lalu.

Katanya, sembilan iaitu lapan lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah rumah lain dalam apartmen terbabit, pada jam 3 petang sebelum dua wanita itu kemudian menyerah diri pada jam 5 petang, hari sama.

“Kesemua mereka yang berusia antara 20-an hingga 30-an termasuk suami-suami wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut melakukan pemeriksaan pada dua kereta milik suspek-suspek dan menemui kad-kad gores dan menang yang dipercayai akan digunakan untuk menipu orang awam.

“Di dalam dua kereta jenis Toyota Vios itu, kami menemui kad-kad gores dan menang beserta borang-borang peraduan,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan seramai 11 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket gores dan menang di sekitar Kota Bharu sejak Jumaat lalu dicekup polis di sebuah apartmen di sini.

Modus operandi yang digunakan sindiket terbabit ialah mendekati serta memperdaya orang ramai dengan menawarkan hadiah lumayan melalui aktiviti gores dan menang.

16 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Anda Perlu Tahu



Ubat gigi seperti diketahui oleh semua orang kegunaannya adalah untuk memcuci gigi ataupun bahagian dalam mulut kita.

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi di pasaran kita samaada jenis herba ataupun bahan kimia. Kebanyakkan iklan tentang ubat gigi hanya menunjukkan kehebatan ubat gigi tersebut untuk memutihkan gigi, menguatkan gigi, mencegah kaviti dan menyihatkan gigi anda.

Tapi tahukah anda sebenarnya ubat gigi mempunyai pelbagai kegunaan yang menarik dan boleh dipraktikkan oleh anda? kerana ubat gigi adalah bersifat alkali dan amat sesuai dijadikan sebagai bahan cucian lain.

Mari kita saksikan kehebatan sebenar ubat gigi yang kita guna hari-hari ini.

1. Membersihkan bahan kemas anda supaya kelihatan baru.



2, Boleh mencantikkan kembai lampu kereta lama anda.



3. Memutihkan kembali tapak kasut getah.



4. Dijadikan sebagai bahan pencuci tandas.


5. Membuang kesan degil di pakaian ada dengan menggosok dan bilas berulang kali.



6. Jika gula-gula getah melekat pada rambut anda, gosokkan ubat gigi ada bahagian tersebut dan gula-gula itu akan hancur dan senang ditanggalkan dari rambut anda.



7. Mencuci calar pada CD anda tidak kiralah VCD ke, CD Play Station ke.



8. Menanggalkan dakwat kekal.




9. Menantikkan kembali barangan perak lama.



10. Boleh dijadikan sebagai pencuci skrin telefon




11. Mencuci kotoran pada kain yang sukar dibasuh separti kain langsir.



12. Mencuci kesan terbakar atau kotoran di penggosok baju anda.



13. Membuang kesan air di atas meja kayu



14. Mengecutkan jerawat di muka.



15. Menghilangkan kesan contengan di dinding dan amat berkesan ke atas bekas contengan crayon.



16. Memutihkan kembali kuku anda yang kotor.


Hebatkan kegunaan ubat gigi sebenarnya. Jadi anda bolehlah menggunakan cara ini nanti tanpa perlu membeli puncuci lain untuk mencuci barang-barang tersebut.

Kiranya ubat gigi sebenarnya seolah-olah pencuci ajaib kerana sebenarnya terdapat pelbagai kegunaa yang tidak kita ketahui.-Siakapkeli.com.my

Yusuf AlQaradawi Kini Suspek Penjenayah - Waran Tangkap Dikeluarkan Untuk Buru Ulama Dunia.


Ini semua salah Mesir. Mesir mahu membunuh, menghapuskan, mengurung, memenjarakan, menghukum berapa banyak ulama2 sehingga mereka benar2 puas agaknya ek?

Kalau yang dihukum itu orang jahat tiada masalah. Ini dihukum orang sebab orang tue tak satu geng dengan dia dalam idelogisma politik dan pentadbiran negara. Gila. Sebijik macam akta hasutan di Malaysia. Dua2 sewel lagi menyewelkan.

Laporan oleh Malaysiakini. Dan aku sokong point PAS dalam hal neh.

Baca ;

Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.

Tokoh Maal Hijrah M'sia

Sementara itu, PAS menjadi pihak pertama di Malaysia membantah secara terbuka langkah Interpol terhadap presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu dan mendakwanya sikap pilih bulu dan memihak kepada rejim kudeta Mesir Al-Sisi.

“Atas sifat dendam, kerajaan Mesir inilah yang menuntut Interpol bertindak sedemikian-rupa,” kata ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (kanan).

Tindakan itu, katanya, akan menyemarakkan lagi perasaan Islamophobia di kalangan bukan Islam dan mendakwa terdapat konspirasi Barat untuk memburukkan Islam.

“Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini,” kata Mahfuz.

Malah, katanya, kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.




 Post by baitulmuslim.com.


“Wisma Putra sewajarnya bersifat proaktif dalam hal ini untuk membela tokoh hebat yang telah menjadi mangsa teraniaya ini,” kata Mahfuz.




macam nak pi lawan perang dah siap ambik tudung periuk buat penahan



“Bukankah kerajaan sendiri sering mendabik-dada mengatakan Malaysia berpengaruh, disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa maka tidaklah rugi untuk kita menyatakan pendirian dalam hal ini?”