Hujan berhenti, mangsa meningkat
KOTA BHARU – Walaupun hujan di sesetengah kawasan di negeri ini telah berhenti, namun jumlah keseluruhan mangsa banjir meningkat kepada 14,388 orang berbanding 8,556 orang kelmarin.
Menurut portal rasmi banjir negeri Kelantan, sebanyak 77 pusat pemindahan telah dibuka di tujuh buah daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Machang.
Jumlah paling ramai ialah di Pasir Puteh iaitu kira-kira 7,308 orang.
Sehingga pukul 8 malam semalam, dua sungai utama di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.39 meter (m) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah (16.60m).
Sungai Lebir di Gua Musang pula melepasi paras amaran iaitu 32.64m.
Dalam pada itu, lebih 3,500 penduduk dari 13 mukim di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dipindahkan selepas rumah mereka ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok.
Dpp Puchong Official and 3 others shared Pemuda Prihatin Malaysia's status update.
TABUNG RAKYAT PRIHATIN
564025400414 MAYBANK
JABATAN AMAL KELANTAN
03018010118457 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Keadaan terkini di rantau panjang...air sudah semakin surut...

Sukan Star TV added 17 new photos — with Erin Chan and 2 others.
16 hrs ·
Keadaan terkini di rantau panjang...air sudah semakin surut...
8:26PM - 19 Dec 2014
Nenek, cucu tunggu 5 jam dalam air
Seorang nenek dan cucunya berhadapan detik mencemaskan apabila rumah
mereka berdekatan pekan Rantau Panjang dinaiki air banjir secara
mendadak sehingga paras dada, dan terpaksa berdiri lima jam menunggu
untuk dipindahkan.
Menceritakan kejadian pada Rabu lepas itu, Asiah Deraman, 53, berkata beliau juga terpaksa mendukung cucunya Mohd Arfan Tuan Nuh, 8, sementara menunggu ketibaan anggota bomba dan penyelamat.
"Masa itu pukul 12 malam, saya sedang mengemas barang-barang dalam rumah. Tiba-tiba air naik hingga ke paras dada saya dan saya hanya mampu berserah kerana tidak boleh keluar dari rumah.
"Saya kemudiannya meminta jiran supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa yang kami dua beranak masih berada di dalam rumah. Alhamdulillah anggota bomba datang pukul 6 pagi," katanya kepada Bernama di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini, hari ini.
Mohd Arfan tinggal bersama neneknya kerana ibu bapanya berkerja di luar Kelantan.
Asiah berkata ketika anggota bomba tiba di rumahnya, beliau sudah tidak mampu bergerak kerana terlalu lama berada di dalam air.
"Saya dah tak boleh bergerak dan mereka (bomba) yang angkat dan bawa saya ke pusat pemindahan. Cucu saya sampai demam sebab berada dalam air terlalu lama.
"Ini pengalaman pertama dalam hidup saya, sebelum ini air naik tidak tinggi sampai macam tu sekali. Banjir kali ini memang teruk, air juga sangat deras," katanya.
Asiah berkata kelengkapan rumahnya seperti peti sejuk, televisyen dan kusyen rosak kerana tidak dapat diselamatkan kerana air naik secara mendadak.
"Memang tak ada benda yang boleh diselamatkan, air naik cepat," katanya.
- Bernama10:33PM - 18 Dec 2014

26 laluan ditutup di K'tan
Sebanyak 26 laluan di lapan jajahan di Kelantan masih ditutup akibat banjir.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, 16 laluan ditutup kepada semua kenderaan manakala 12 laluan hanya ditutup kepada kenderaan ringan.
Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan membabitkan empat laluan di Kuala Krai melibatkan Km4 Jalan Sungai Durian dan Km2 Jalan Bukit Sireh dan tiga laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret, Km7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan Km6 Jalan Kubor China-Temangan.
Di Pasir Mas, membabitkan lapan laluan iaitu Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km7.5 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km11 Jalan Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Km12 Jalan Lubok Jong-Tanah Merah (Jegor), Km23 Jalan Banggol Kulim, Km25 Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan KM10 Jalan Pohon Tanjung-Meranti.
Di Pasir Puteh pula di Km45 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.
Sementara itu, 12 laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Km10 Jalan Pangkal Gong-Kemubu, Machang dan Km3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat.
Di Kota Bharu membabitkan Km6 Jalan Kubang Kerian-Bachok dan Km4 Jalan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.
Di Pasir Puteh, tiga laluan terlibat iaitu di Km75 Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih, Km3.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dan Km29 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.
Di Pasir Mas juga melibatkan tiga laluan di Km5 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas di Kampung Manan, dan Km4 Jalan Pasir Mas-Meranti manakala di Tanah Merah di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.
- Bernama

Banjir Terengganu makin buruk
- Anggota bomba turut membantu penduduk Kampung Balik Bukit, Setiu berpindah ke pusat pemindahan.
KUALA TERENGGANU - Keadaan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri
ini menyebabkan banjir semakin buruk, dengan jumlah mangsa terlibat
dengan pemindahan mencecah 7,906 orang.
Daerah yang terjejas akibat banjir adalah Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.
Berdasarkan aplikasi Info Banjir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, daerah yang paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu yang melibatkan 2,685 orang berpindah, iaitu dari 829 keluarga yang mana kesemua mereka kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan.
Turut terjejas teruk adalah daerah Besut dengan 22 pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 2,155 orang dari 565 keluarga.
Selain itu, Setiu juga terjejas apabila jumlah mangsa meningkat kepada 1,709 orang daripada 455 keluarga. Mereka kini ditempatkan di 16 pusat pemindahan di daerah berkenaan.
Di Dungun pula, sebanyak 14 pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 173 keluarga, melibatkan 583 orang. Manakala di Kemaman, seramai 775 orang dari 231 keluarga kini ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu melaporkan, kebanyakan stesen di hampir semua daerah terutama di daerah pendalaman Besut dan Hulu Terengganu mencatatkan kadar hujan sangat lebat iaitu melebihi 60 milimeter (mm), sehingga 245 mm sejak jam 12 tengah malam kelmarin.
Beberapa sungai di negeri ini, turut melepasi paras bahaya iaitu Sungai (Sg) Besut di Jambatan Keruak, 36.34 meter (bahaya: 35.00 m); Sg Besut di Kampung (Kg) La:, 22.35 m (bahaya:19.20 m); Sg Besut di Jambatan Jerteh: 9.46 m, (bahaya: 8.90 m); Sg Setiu di Jambatan Permaisuri: 9.30 m (bahaya 8.80 m).
Sungai lain yang turut melepasi paras bahaya adalah Sg Nerus di Kg Langkap: 22.85 m (bahaya: 21.50 m); Sg Telemong di Kuala Ping : 21.40 m (bahaya: 20.00 m); Sg Berang di Kg Menerong:25.59 m (bahaya: 24.50); Sg Dungun di Jambatan Jerangau: 13.04m (bahaya: 12.90 m) dan Sg Dungun di Kuala Jengai: 23.85 m (bahaya: 21.00 m)
Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga) di beberapa daerah iaitu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan dijangka akan berterusan sehingga esok.

Artikel Berkaitan
- Jumlah mangsa banjir Kelantan 15,002 orang
- Banjir terburuk Rantau Panjang sejak 10 tahun
- Ketua Polis Kelantan: Jangan sebar berita palsu
- Penduduk redah banjir tunai solat Jumaat
- Mangsa banjir Kelantan menurun kepada 14,706
- Penghidap angin ahmar hanya mampu lihat air naik
- Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan
- Hulu Terengganu paling banyak pusat pemindahan
- Jumlah mangsa banjir di pantai timur meningkat
- Banjir Terengganu makin buruk
Banjir terburuk Rantau Panjang sejak 10 tahun
- Kelihatan beberapa kenderaan yang tersadai selepas dibawa arus deras selepas ditenggelami banjir ketika tinjauan fotoBernama di Rantau Panjang, hari ini. - Foto Bernama
PASIR MAS - Rata-rata penduduk di Rantau Panjang menyifatkan banjir
yang melanda kawasan berkenaan adalah yang terburuk sejak 10 tahun
lepas.
Tinjauan Bernama mendapati Rantau Panjang dinaiki air antara 1 hingga 3 meter akibat limpahan air Sungai Golok.
Banyak premis perniagaan di sekitar pekan Rantau Panjang yang merupakan kawasan membeli-belah Zon Bebas Cukai ditenggelami air sejak dua hari lepas.
Berpuluh kenderaan turut ditenggelami air berikutan pemiliknya tidak sempat memindahkannya berikutan air naik begitu mendadak dan mereka tidak menjangka banjir akan berlaku seteruk itu.
Bercakap kepada Bernama, Mohd Noor Jaafar, 57, berkata air mula naik mendadak pada pukul 10 malam Rabu lepas dan dalam tempoh tiga jam, paras air sudah mencecah kira-kira 1.5 meter.
"Rata-rata penduduk tidak menyangka banjir kali ini teruk sebab itu mereka tidak sempat untuk memindahkan kenderaan masing-masing.
"Peralatan dalam rumah termasuk peti sejuk, mesen basuh, televisyen dan perabot habis ditenggelami air," katanya sambil memberitahu sebuah kereta dan dua buah motosikal miliknya turut ditenggelami air.
Mohd Zin Abdullah, 61, berkata banjir melumpuhkan pekan Rantau Panjang yang turut memutuskan bekalan elektrik.
"Rumah saya dua tingkat. Air mula memenuhi tingkat bawah hanya dalam beberapa jam sahaja. Sekarang kami duduk di tingkat atas dan tidak boleh ke mana-mana sebab sekitar rumah masih di tenggelami banjir," katanya yang tinggal di Taman Rantau Mas.
Mohd Zin yang rumahnya berhampiran Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjid Beijing berkata beliau dapat menyaksikan banyak kereta dan motosikal yang dipakir di perkarangan masjid berkenaan ditenggelami air.
Hasmah Ramli, 40, berkata banjir kali ini adalah yang paling teruk kerana hampir keseluruhan kawasan pekan Rantau Panjang dinaiki air.
"Memang seingat saya banjir pada tahun 2004 dan 2007 sebelum ini tidak seteruk kali ini, ini sampai habis rumah saya tenggelam, hanya nampak atap sahaja.
"Kalau banjir sebelum ini air hanya naik pada paras betis dan masih boleh diduduki tetapi kali ini memang air naik terus ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini, hari ini.
Hasmah berkata sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan, bekalan elektrik di kawasan rumahnya juga terputus.
"Ini kali pertama saya melihat kereta ditenggelami air. Banyak kereta yang tidak dapat diselamatkan kerana air bergerak terlalu cepat," katanya.
Nurihah Mat Daud, 48, berkata beliau juga terkejut apabila melihat beberapa kenderaan ditenggelami air.
"Memang tak sangka air naik cepat. Rumah saya sendiri kalau sebelum ini air naik di tangga sahaja, tetapi kali ini air masuk hingga ke dalam rumah.
"Saya puji tindakan pantas pihak berkuasa yang peka dengan keadaan masyarakat dengan segera menghulurkan bantuan," katanya.
Che Rahimah Ibrahim, 60, berkata kawasan rumahnya juga turut dinaiki air sehingga paras pinggang.
"Kalau sebelum ini hanya naik sehingga paras betis, tapi banjir kali ini sungguh luar biasa. Memang amat teruk," katanya. - Bernama
Tinjauan Bernama mendapati Rantau Panjang dinaiki air antara 1 hingga 3 meter akibat limpahan air Sungai Golok.
Banyak premis perniagaan di sekitar pekan Rantau Panjang yang merupakan kawasan membeli-belah Zon Bebas Cukai ditenggelami air sejak dua hari lepas.
Berpuluh kenderaan turut ditenggelami air berikutan pemiliknya tidak sempat memindahkannya berikutan air naik begitu mendadak dan mereka tidak menjangka banjir akan berlaku seteruk itu.
Bercakap kepada Bernama, Mohd Noor Jaafar, 57, berkata air mula naik mendadak pada pukul 10 malam Rabu lepas dan dalam tempoh tiga jam, paras air sudah mencecah kira-kira 1.5 meter.
"Rata-rata penduduk tidak menyangka banjir kali ini teruk sebab itu mereka tidak sempat untuk memindahkan kenderaan masing-masing.
"Peralatan dalam rumah termasuk peti sejuk, mesen basuh, televisyen dan perabot habis ditenggelami air," katanya sambil memberitahu sebuah kereta dan dua buah motosikal miliknya turut ditenggelami air.
Mohd Zin Abdullah, 61, berkata banjir melumpuhkan pekan Rantau Panjang yang turut memutuskan bekalan elektrik.
"Rumah saya dua tingkat. Air mula memenuhi tingkat bawah hanya dalam beberapa jam sahaja. Sekarang kami duduk di tingkat atas dan tidak boleh ke mana-mana sebab sekitar rumah masih di tenggelami banjir," katanya yang tinggal di Taman Rantau Mas.
Mohd Zin yang rumahnya berhampiran Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjid Beijing berkata beliau dapat menyaksikan banyak kereta dan motosikal yang dipakir di perkarangan masjid berkenaan ditenggelami air.
Hasmah Ramli, 40, berkata banjir kali ini adalah yang paling teruk kerana hampir keseluruhan kawasan pekan Rantau Panjang dinaiki air.
"Memang seingat saya banjir pada tahun 2004 dan 2007 sebelum ini tidak seteruk kali ini, ini sampai habis rumah saya tenggelam, hanya nampak atap sahaja.
"Kalau banjir sebelum ini air hanya naik pada paras betis dan masih boleh diduduki tetapi kali ini memang air naik terus ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini, hari ini.
Hasmah berkata sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan, bekalan elektrik di kawasan rumahnya juga terputus.
"Ini kali pertama saya melihat kereta ditenggelami air. Banyak kereta yang tidak dapat diselamatkan kerana air bergerak terlalu cepat," katanya.
Nurihah Mat Daud, 48, berkata beliau juga terkejut apabila melihat beberapa kenderaan ditenggelami air.
"Memang tak sangka air naik cepat. Rumah saya sendiri kalau sebelum ini air naik di tangga sahaja, tetapi kali ini air masuk hingga ke dalam rumah.
"Saya puji tindakan pantas pihak berkuasa yang peka dengan keadaan masyarakat dengan segera menghulurkan bantuan," katanya.
Che Rahimah Ibrahim, 60, berkata kawasan rumahnya juga turut dinaiki air sehingga paras pinggang.
"Kalau sebelum ini hanya naik sehingga paras betis, tapi banjir kali ini sungguh luar biasa. Memang amat teruk," katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Jumlah mangsa banjir Kelantan 15,002 orang
- Banjir terburuk Rantau Panjang sejak 10 tahun
- Ketua Polis Kelantan: Jangan sebar berita palsu
- Penduduk redah banjir tunai solat Jumaat
- Mangsa banjir Kelantan menurun kepada 14,706
- Penghidap angin ahmar hanya mampu lihat air naik
- Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan
- Hulu Terengganu paling banyak pusat pemindahan
- Jumlah mangsa banjir di pantai timur meningkat
- Banjir Terengganu makin buruk
Berteduh di kandang kambing
Dungun: Gara-gara banjir, seorang lelaki bersama dua anaknya mengambil keputusan berpindah ke kandang kambing selepas rumah mereka di Kampung Kuala Jengai, dekat sini, ditenggelami air, semalam.
Mohd Nazhar Abdul Hamed, 59, berkata, dia sekeluarga berbuat demikian selepas rumahnya dinaiki air mencecah ke paras bumbung rumah sedalam tujuh meter.
Katanya, hujan sejak pagi kelmarin menyebabkan air melimpah masuk sehingga dia bersama isteri, Kamariah Abdul Wahab, 57, dan dua anak, Adam Izuan, 25, serta Mohd Irwan, 21, memindahkan barang ke kandang kambingnya.
"Kandang kambing terletak berhampiran rumah, tetapi dibina di kawasan agak tinggi. Bagaimanapun, kami hanya dapat memindahkan sebahagian barang manakala yang lain habis rosak," katanya ketika ditemui di kandang kambing terbabit, di sini, semalam.
Menurutnya, dia mengambil keputusan itu bukan disebabkan tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan disediakanpihak berkuasa, tetapi bimbang jika air semakin naik dan menghanyutkan barangan berharga disimpan di kandang kambing itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:12 AM
NGO sasar 10,000 turun ke Dataran
Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada
malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak
diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.
Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.
Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.
"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.
Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.
Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa.
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya
menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak
dunia semasa yang kini jatuh mendadak.
"Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun.
"Kita sudah buat perkiraan, paling realistik boleh turun sampai RM1.90," katanya.
Fariz pula dalam ucapannya menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai
"ibu segala kenaikan" yang akan memeberi kesan kepada harga barangan
keperluan yang lain.
Beliau merujuk kepada tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dua
kali sepanjang tahun ini sehingga menyebabkan kenaikan sebanyak 40 sen.
"Mereka umum naik 40 sen, tetapi hanya turun 4 sen," katanya merujuk
kepada penurunan terbaru bermula 1 Disember lalu selepas kerajaan
menetapkan harga RON95 secara apungan terkawal.
Biarlah laut bergelora
Kuantan: Kebiasaannya setiap kali musim tengkujuh, kebanyakan
nelayan pesisir pantai di negeri ini akan ‘bercuti panjang’, namun ada
juga segelintir golongan terbabit sanggup meredah ombak besar
semata-mata mahu mencari rezeki.
Ini kerana, mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain menangkap ikan dan pada masa sama perlu menyara keluarga.
Perkara itu diakui Sidek Abdullah, 51, yang menjadi nelayan di Kampung Pantai Beserah, di sini, sejak lebih 30 tahun lalu dan mendakwa ramai rakan seangkatannya terpaksa bertindak demikian kerana keadaan terdesak, selain tiada pilihan lain.
Katanya, mereka menyedari risiko bakal dihadapi setiap kali keluar menangkap ikan dalam keadaan laut bergelora dan angin kencang, namun terpaksa menghadapinya demi sesuap nasi untuk keluarga.
“Walaupun begitu, kami tetap mengutamakan langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian buruk seperti keluar secara berkumpulan, menyediakan peralatan keselamatan secukupnya serta memaklumkan kepada keluarga dan rakan mengenai destinasi yang dituju.
“Ada juga yang mengambil pendekatan dengan hanya keluar menangkap ikan pada jarak dekat dengan pantai bagi memudahkan mereka menyelamatkan diri dan segera pulang ke darat jika keadaan laut dan cuaca tiba-tiba bertukar ganas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:18 AM
7 jam terperangkap
Jertih: Empat sekeluarga terperangkap hampir tujuh jam dalam kejadian
banjir di jalan Padang Tapong ke Lata Tembakah sebelum diselamatkan
pasukan penyelamat jam 3.30 pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Zain Ismail, 45, kakitangan Syarikat Air Terengganu (SATU) bersama isteri, Noraini Ishak, 40, dan dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun terperangkap apabila jalan utama ke Hulu Besut terputus akibat ditenggelami air.
Mohd Zain berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga dari bandar Jertih sebelum melalui jalan berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Bual, dekat sini.
“Saya memilih jalan ini kerana jalan utama Jertih ke rumah saya melalui Alor Keladi dinaiki air di Kampung Jerbun. Malangnya, selepas lapan kilometer, Proton Waja dinaiki kami tidak boleh melalui jalan itu kerana banjir.
“Saya mengambil keputusan berpatah balik ke arah Padang Luas, tetapi jalan yang boleh dilalui sebelum ini ditenggelami air menyebabkan kami tidak boleh ke mana-mana,” katanya yang bertugas di Loji Rawatan Bukit Bunga berhampiran kediamannya.
Menurutnya, dia cuba meredah air yang menenggelami jalan berkenaan, bagaimanapun enjin keretanya tiba-tiba terhenti menyebabkan mereka berempat menolak kereta ke tempat lebih tinggi.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 3.30 pagi, dia sekeluarga terdengar enjin bot dan berasa bersyukur apabila menyedari tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang untuk menyelamatkan mereka ke pusat pemindahan di Kampung Padang Tapong.

8:42PM - 19 Dec 2014
Harga minyak mungkin turun bawah RM2
Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter
mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.
"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) peringkat Parlimen Rembau di Pedas hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said.

MB Pahang bersumpah tidak terima rasuah
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersumpah dalam
sidang Dun Pahang hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima rasuah
daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.
"Demi ALLAH, demi Rasul, di dalam dewan yang mulia ini saya bersumpah, saya dan Exco tidak pernah menerima apa-apa rasuah daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.
"Tetapi jangan pula apabila saya bersumpah begini ada yang mengata saya ada terima daripada sumber yang lain pula," katanya pada sesi penggulungan sidang Dun.
Menurutnya, kerajaan negeri Pahang telah lama menghentikan pengeluaran kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) di Cameron Highlands iaitu sejak tahun 2000 dalam usaha memelihara tanah tinggi itu daripada penerokaan tidak terkawal.
Malah katanya, bermula 2007 setiap pembaharuan lesen TOL juga perlu dibawa dalam mesyuarat kerajaan negeri untuk keluluasan dan bukannya menerusi pejabat daerah lagi.
Adnan berkata, langkah itu dilakukan bertujuan untuk mengelakkan rasuah dalam kalangan pentadbir di peringkat daerah itu.
"Tetapi apabila saya lakukan tindakan itu ramai pula menyangka saya dan Exco, nak makan duit rasuah sayur," katanya. - Bernama8:35PM - 19 Dec 2014

Lubang besar, laluan terputus di Kemaman
Jalan Air Putih di Kampung Seberang Tayor di Kemaman ditutup sejak 12
tengah malam semalam kepada semua kenderaan apabila jalan tersebut
terputus dua, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman.
Jurutera Daerah JKR Kemaman, Ir Hasmi Ahmad berkata jalan tersebut terputus akibat air banjir yang terperangkap dalam satu lubang besar berkedalaman 100 meter yang terbentuk di lombong bijih besi Machang Setahun tidak sampai 10 meter dari jalan itu.
"Air yang memenuhi lubang besar tersebut menyebabkan berlaku tekanan tinggi dan akhirnya tebing jalan itu mula terhakis sebelum jalan terputus dua," katanya ketika ditemui pemberita.
Hasmi berkata pihaknya akan memasang jambatan mudah alih pasang siap iaitu Jambatan Bailey di laluan itu sebagai jambatan sementara untuk kemudahan penduduk sebaik sahaja air surut.
"Kita juga telah memgambil tindakan segera dengan memasang 'barricade' (alat penghalang) serta papan tanda amaran di laluan berkenaan," katanya.
Hasmi berkata, berikutan laluan itu terputus, penduduk kampung sekitar perlu menggunakan Jalan Mak Lagam dan Jalan Padang Kubu untuk ke bandar Cukai.
Jalan yang terputus itu merupakan jalan utama untuk ke bandar Cukai bagi penduduk di beberapa kampung seperti Kampung Seberang Tayor, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Batu 14, Kampung Dadong, Kampung Tebak, Kampung Air Putih dan Kampung Teladas.
- Bernama
Nibong Tebal: Dua remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka terjatuh dalam tali air di Jalan Paboi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu mangsa Lim Sheng Ming, 15, dan rakannya Tan Gin Wei, 14, maut akibat kecederaan di badan serta kepala.
Menurut sumber, mereka yang masih bersekolah itu dikatakan keluar sejak jam 8 malam tadi namun tidak pulang.
"Mayat mereka ditemui pengguna jalan raya pagi ini dan kedua-dua mangsa dikatakan menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.
"Mereka kemudian tercampak ke dalam tali air namun ia tidak disedari kerana keadaan gelap ketika itu," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Remaja maut motosikal masuk tali air

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 1:22 PM
Dua ejen insurans maut
- Mastura dan Ahmad Azlan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.
SEREMBAN – Dua ejen insurans maut dalam kemalangan membabitkan lima
kenderaan di Kilometer 250, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah utara,
berdekatan Senawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, mangsa, Mastura Abd Karim, 35, dan Ahmad Azlan Zakaria, 25, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua mangsa bersama dua rakan mereka menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Bangi untuk berjumpa pelanggan.
“Siasatan awal polis mendapati kereta dinaiki mangsa cuba mengelak melanggar sebuah kereta Proton Saga FLX yang terdahulu terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
“Proton Saga FLX itu terbalik di lorong kanan menyebabkan pemandu Perodua Alza yang berada di belakang mengelak ke kiri, sebelum melanggar belakang sebuah treler lain,” katanya.
Sejurus kejadian, katanya, sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki cuba mengelak lalu terbalik di tengah jalan.
“Akibat pelanggaran itu, Mastura yang merupakan penumpang hadapan dan Azlan penumpang belakang maut serta-merta di tempat kejadian," katanya.
Manakala, dua rakan mereka, Mohd Khaire Fazlie Shah, 25, yang memandu kereta dan penumpang belakang, Amran Azmi, 22, hanya cedera ringan.
Muhamad Zaki berkata, penumpang Proton Saga FLX, Mohd Yusof Abu, 38, yang merupakan seorang tentera berpangkat Mejar cedera parah di kepala, manakala pemandu, Zaini Yaakub mengalami cedera ringan.
“Pemandu Nissan Almera dikenali sebagai Lim Ken Huat berusia 33 tahun mengalami cedera ringan, manakala dua pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Semua mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar dan dilaporkan stabil,” katanya.
Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan