Laman web pro-BN bidas Dr Asri
Laman web pro-BN, mykmu.net membidas bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin yang didakwanya memilih untuk menyebarkan prasangka
buruk yang boleh memecah belah rakyat ketika berlaku musibah banjir.
Ia mendakwa Asri seolah-olah cuba ‘menambah api’ terhadap berita palsu mengenai tersebarnya kampit beras yang bercetak wajah MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub serta bantuan beras lambat kerana mahu wajah MP itu dicetak terlebih dahulu.
Katanya, ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang NGO menyampaikan bantuan banjir kerana mahu meletakkan logo BN, Mohd Asri didakwanya bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, tetapi pengarahnya telah menafikannya dan sebaliknya mengalu-alukan sumbangan serta bantuan untuk mangsa banjir.
Lawanweb itu berkata, sebagai ulama, Asri seharusnya mengurangkan kebimbangan dan perpecahan rakyat, tetapi ia mendakwa Asri pula yang memecah-belah masyarakat.
“Ulama dahulu tidak memberi pandangan jika tiada maklumat jelas dan pasti. Ulama hari ini sibuk berfacebook mahu jadi popular.
Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.
"Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini, kasihanilah rakyat, berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita,” tulis Asri di facebook.
Tulisan Asri di facebook turut mendapat 16,000 ‘like’ dan dikongsi 1,500 pengguna.

Menurut mykmu.net lagi, sungguhpun ayat pertama Asri berlapik
mengharapkan berita tersebut tidak benar, "namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku".
Tulisan Asri di facebook turut mendapat 16,000 ‘like’ dan dikongsi 1,500 pengguna.
#PETA laluan alternatif Besut ke Kuala Lumpur.
3:23PM - 29 Dec 2014
Seorang lagi mangsa letupan meninggal dunia
Seorang
lagi mangsa yang cedera parah dalam kejadian letupan bom di Gurun pada
24 Disember lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),
Sungai Petani pagi ini.
Sharifah Azlina Hashim, 30, isteri kepada anggota tentera Ayob Hashim,
34, yang maut dalam kejadian itu disahkan meninggal dunia pada pukul
9.21 pagi tadi di HSAH selepas beberapa hari dirawat di Unit Rawatan
Rapi (ICU).
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata ini menjadikan
jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian letupan bom itu
kepada empat orang.
"Mangsa telah meninggal dunia pada pukul 9.21 pagi tadi dan ini
menjadikan jumlah kematian kepada empat orang," katanya kepada pemberita
di sini.
Zakaria berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya bagi menyiasat punca
kejadian berlakunya kejadian letupan itu.
"Saya telah tubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat punca kejadian
dan hari ini satu perjumpaan akan diadakan bersama pegawai tentera dari
Kem Hobart, Gurun, bagi berbincang dan mengetahui jenis-jenis latihan
yang dijalankan Ayob," katanya.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan anggota polis untuk membersihkan
kawasan kejadian semalam dan pihaknya masih menemui serpihan bom yang
meletup.
"Kita akan teruskan siasatan dan ambil tindakan selanjutnya bagi menyiapkan kertas siasatan berkaitan kejadian ini," katanya.
Letupan itu mengakibatkan seorang anggota tentera, Ayob Hassim, 34, dari
Kem Hobart, Gurun; anak perempuannya berusia lapan tahun Hidayah Ayob;
anak jirannya Afiq Lokman Mohd Sharizal, 5, maut, manakala jirannya
Zuraida Mat Robete, 30, yang cedera berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata,
jenazah Sharifah Azlina akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk
proses forensik.
- Bernama
7:26PM - 28 Dec 2014
Mangsa banjir di K'tan cecah 134,000
Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa
sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor
tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa
hampir 200,000 orang.
Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).
Di KELANTAN, mangsa banjir daripada 32,999 keluarga ditempatkan di 308 pusat pemindahan setakat 9 malam ini berbanding 124,966 daripada 30,131 keluarga di sebelah petang.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).
Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jumlah mangsa menurun kepada 24,097 orang malam ini berbanding 24,497 petang tadi.
Keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah malam ini kecuali daerah Kuala Terengganu yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,450 orang daripada 770 orang petang tadi ekoran cuaca yang tidak baik.
Dungun mencatatkan mangsa hampir sama seperti sebelumnya iaitu 10,969 orang manakala Hulu Terengganu pula 171 orang.
Di PERAK, jumlah mangsa di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini, menunjukkan penurunan sebanyak 42 orang iaitu 7,539 mangsa daripada 2,001 keluarga berbanding 7,581 mangsa daripada 2,007 keluarga petang tadi.
Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 4,026 orang melibatkan 1,095 keluarga berbanding 3,870 mangsa daripada 1,055 keluarga sebelumnya.
Jumlah mangsa di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput menurun kepada 2,566 daripada 649 keluarga berbanding 2,785 melibatkan 701 keluarga sebelumnya.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 31,669 orang yang ditempatkan di 256 pusat pemindahan berbanding 31,601 orang pada pukul 8 pagi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata setakat ini lapan daerah di seluruh Pahang masih terjejas banjir manakala Temerloh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,965 daripada 1,585 keluarga.
"Jerantut (6,781 mangsa/1,566 keluarga), Kuantan(5,860 mangsa/1,585 keluarga), Pekan (4,519 mangsa/1,201 keluarga), Maran (3,729 mangsa/907), Lipis(2,729 mangsa/806 keluarga), Bera (1,061 mangsa/272 keluarga) dan Rompin (25 mangsa/6 keluarga)," katanya.
Di JOHOR, bilangan mangsa di pusat pemindahan menunjukkan penurunan dengan sejumlah 332 orang melibatkan 85 keluarga malam ini berbanding 465 orang melibatkan 117 keluarga, petang tadi, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri itu.

Teuku Zacharyah Iskandar shared Asilah AnakTimur's photo.
TOLONG JANGAN SEBARKAN FITNAH...
JANGAN MENGANGGU OPERASI MISI BANTUAN BANJIR..
ADALAH LEBIH BAIK KALIAN TURUN MEMBANTU DARI SIBUK MENYEBARKAN SERTA SHARE FITNAH KERANA SENTIMEN KEPARTIAN KALIAN...
Note :
JANGAN MENGANGGU OPERASI MISI BANTUAN BANJIR..
ADALAH LEBIH BAIK KALIAN TURUN MEMBANTU DARI SIBUK MENYEBARKAN SERTA SHARE FITNAH KERANA SENTIMEN KEPARTIAN KALIAN...
Note :
Bagi yang hanya tahu membuat ulasan dan komen dalam FB
" TOLONG JANGAN GANGGU MISI BANTUAN KAMI..kAMI CUMA MENGHARAPKAN DOA DARI KALIAN SEMUA BUKANNYA FITNAH "
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return To Forever
" TOLONG JANGAN GANGGU MISI BANTUAN KAMI..kAMI CUMA MENGHARAPKAN DOA DARI KALIAN SEMUA BUKANNYA FITNAH "
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return To Forever
Assalamualaikum...
pg td ada masuk pasal kes ni... so sy dh delete takut jd isu fitnah...
so ni lah jawapan terbaru... apa sy nk kata... kalau btul diorg buat cm
tu...harap diorg insaf... x kan nk tolong org pun nk politik dulu..
waALLAHualam
JPAM nafi sekat bantuan mangsa banjir
KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah menyekat bantuan untuk
mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata, penyebaran berita palsu itu disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.
"JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.
"Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.
Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas adalah 225,731 orang. - Bernama

Ini adalah Copy paste dengan niat harap membantu..
Nasihat Kpd Mangsa Banjir
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Nasihat Kpd Mangsa Banjir
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais ,
mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas
letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah
..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.
Apa harus anda buat ......
1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ......

Macam tsunami yang landa Aceh - mangsa banjir
KUALA KRAI: 'Tsunami kecil' yang membadai Kelantan sejak Isnin menyebabkan suasana jadi agak kalut.
Paling terkesan di Kuala Krai dan Gua Musang di mana ramai mangsa banjir kehilangan tempat tinggal.
Kampung Manek Urai dan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Galas di Gua Musang paling terjejas apabila banyak rumah hanyut dan rosak teruk.
Mangsa banjir yang pulang ke rumah selepas bah surut terkejut besar sehingga ada dalam kalangan mereka hampir pengsan.
Ramai mangsa yang ditemui melahirkan rasa terkejut dan sebak kerana tidak menjangka sama sekali bencana yang paling besar dalam sejarah Kelantan itu.
Sisa-sisa runtuhan rumah boleh dilihat di sana sini di Kampung Manek Urai Lama.
"Kampung kami seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur seperti tsunami yang melanda Aceh pada 2004," kata seorang penduduk, Norma Yusof, 56.
Kelihatan sisa-sisa peralatan rumah tersandar di pagar Masjid Kampung Manek Urai Lama dan berhampiran padang awam majlis daerah Dabong.
Suasana kelam kabut hari ini juga dapat dilihat apabila stesen minyak di Batu 2 Jalan Kuala Krai dan Mulong penuh sesak dengan kenderaan yang terpaksa beratur panjang sehingga ke jalan raya.
Mangsa banjir juga mendakwa mereka terputus bekalan ketika banjir memuncak Rabu dan Khamis lepas kerana tidak sampai.
Mangsa banjir di Kampung Manek Urai terpaksa menyelamatkan diri di tempat lebih tinggi termasuk di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama, Klinik Kampung Baru Manek Urai dan Bukit Kajang.
Bantuan hanya sampai di tempat pemindahan pada hari Jumaat, apabila makanan dibawa oleh pelbagai pihak dari Kuala Lumpur.
Hubungan jalan darat dari Kota Bharu ke Kuala Krai masih terputus sehingga tengah hari ini kerana jalan ditenggelami di Sungai Durian. - HARAKAHDAILY 29/12/2014
WANITA INI SANGGUP BERHENTI KERJA SEMATA-MATA TIDAK MAHU DERHAKA PADA SUAMI
WANITA INI SANGGUP BERHENTI KERJA SEMATA-MATA TIDAK MAHU DERHAKA PADA SUAMI (KISAH BENAR)
SATU PENGAJARAN BUAT GADIS2 DAN PARA ISTERI
Mengalir air mata saya, mengalir juga air mata kalian membacanya
KISAH ISTERI YG MERASA DERHAKA KPD SUAMI
Indonesia:
Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat
seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku
menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.
Selepas
bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, “Cik
sudah berkahwin?”. Jawabku, “Belum”. Dan aku bertanya pula, “Tunggu
siapa?”. Jawabnya, “Menunggu suami.”
Aku melihat
wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita
berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, “Kakak kerja di mana?”
“Alhamdulillah 2
jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi,” jawabnya dan
terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, “Kenapa?”.
Jawabnya tegas,
“Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat kpd
suaminya.” Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia
tersenyum.
“Saudari boleh
saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya
bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari
suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang
berniaga ais cendol.
“Kami baru
bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana
merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami
saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3
saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt banyak. Sampai di
rumah saya kepenatan.
“Kerana
kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu
badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya
mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya
ambil sendiri.
” Jam 11.30
malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas
solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan
mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat
jika bukan suami saya.
“Astagfirullah,
bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba
mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan
saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas
sungguh badannya. Dia demam panas.
Saya teringat
kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya
mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini
menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya,” ujarnya
Subhanallah,
aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu.
Dan dpt ku lihat titisan air mata yg diusapnya.
Sambungnya
lagi, “Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah
pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg
diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan
hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.
Setiap kali
memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit
rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak byk
jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.
“Saat itu saya
baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada
nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita
berkarier yg selamat dari fitnah ini”
“Alhamdulillah
saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih
tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering
susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa
pengorbanan seorang suami.
“Saya
berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya
sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti
berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2
yg lain.”
“Saudari tahu,
saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yg
dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya
menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.
“Bagaimana
mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn
titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia
menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari?
Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu
menenangkan hati saya?
“Di saat
kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada
rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal. Itulah yang
membuat saya begitu bangga pada suami saya.
“Suatu hari
nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak
perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan
masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon
pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram,”
kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.
Kulihat dari
kejauhan seorang laki2 dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke arah
kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita
itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri
yg begitu redha.
Ya Allah….
Sekarang
giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm
hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2
kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama
ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar
Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..
Anggota polis putus tangan kanan diserang 10 lelaki
KUALA
LUMPUR: Seorang anggota polis putus tangan kanannya selepas diserang
kira-kira 10 lelaki di sebuah kelab malam di Jalan Changkat Bukit
Bintang, awal pagi tadi.
Serangan pada jam 2.50 pagi itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dan dendam susulan berlakunya pergelutan kecil membabitkan mereka, sebelum ini.
Kejadian berlaku ketika premis hiburan berkenaan sedang dikemas untuk ditutup apabila mangsa dikatakan tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu memasuki pusat terbabit.
Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.
Katanya, polis sudah melawat lokasi kejadian dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merampas beberapa parang milik suspek.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan