Khamis, 25 Disember 2014

MUHASABAHLAH...MUHASABAH LAH...BERTAUBATLAH...BERTAUBATLAH

Mangsa banjir Perak meningkat 1,923 orang
  • Penduduk sekitar Kuala Kangsar hanya mampu memerhati keadaan persisiran lembah Kuala Kangsar dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Perak dekat Kuala Kangsar, semalam. - Foto Bernama Penduduk sekitar Kuala Kangsar hanya mampu memerhati keadaan persisiran lembah Kuala Kangsar dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Perak dekat Kuala Kangsar, semalam. - Foto Bernama

1 / 1


IPOH – Jumlah mangsa banjir di lima kawasan yang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak sehingga jam 7 pagi tadi terus meningkat kepada 1,923 orang membabitkan 477 keluarga.
 
Daripada jumlah itu, 473 daripadanya merupakan kanak-kanak yang kini berada dalam keadaan selamat ditempatkan di 27 pusat pemindahan masing-masing di Sungai Siput, Lenggong, Kuala Kangsar, Parit dan Seri Iskandar.
 
Paras air paling tinggi direkodkan di Kampung Gajah apabila mencatatkan bacaan 7.3 meter diikuti paras air sungai di Kampung Sumpitan, Lenggong (4.5 meter) dan Kampung Changkat Duku Sauk, Kuala Kangsar (3 meter).
Artikel Berkaitan

Kasihnya Laila Zulina shared Sha Abduh's photo.
22 hrs ·
Buat Rakyat Kelantan.>Alhamdulillah...semoga mampu meringankan bebanan rakyat Kelantan.....Aamiinn
KOTA BHARU – Kerajaan negeri masih belum mengisytiharkan darurat melanda Kelantan walaupun bencana alam tersebut melanda sejak beberapa minggu yang lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini pihaknya masih berupaya menangani bencana alam itu dan telah memperuntukkan RM10,000 kepada setiap wakil untuk membantu meringankan beban mereka yang terlibat di setiap kawasan.
“Selain itu juga kami turut memperuntukkan RM120,000 kepada pasukan Yayasan Amal untuk bergerak melalui inisiatif ‘Dapur Rakyat’ bagi membantu membawa bekalan makanan kepada mereka yang mungkin tidak dapat berpindah dengan segera ke pusat pemindahan.
“Selain itu juga kita juga menggunakan perkhidmatan lima helikopter bagi membawa bekalan makanan untuk mangsa-mangsa di Kuala Krai, Dabong, Jeli dan Gua Musang,”katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini.
Ahmad turut menasihatkan orang ramai yang tinggal berdekatan dengan sungai ataupun di kawasan yang berdepan risiko banjir untuk berpindah lebih awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan.
Like · ·
Pas Kadok shared myKelantan.TV's photo.
36 mins ·
#‎SemasaPantaiTimur‬ : Air di jambatan sultan yahya
Pandangan dari atas jambatan Sultan Yahya, air seakan ombak.

Banjir makin kritikal, PAS rayu sumbangan

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: PAS memohon jasa baik orang ramai untuk menghulur bantuan kewangan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Alam PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, memandangkan banjir sangat kritikal di Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu serta Pahang dengan mangsa semakin meningkat, PAS mengharapkan bantuan orang ramai ini mampu mengurangkan beban mangsa.
Menurutnya, mangsa memerlukan bantuan memandangkan di Kelantan boleh dikatakan terputus terus hubungan darat dan semakin kritikal.
"Sementara di Terengganu pula banyak kawasan yang sudah mula ditenggelami air dan maka kita seluruh rakyat Malaysia harus membantu mereka yang sedang berdepan dengan musibah ini.
"Kita juga mendoakan agar keadaan kembali pulih," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.
Menurut laporan Bernama pagi tadi, keadaan banjir di Pantai Timur tidak menampakkan tanda reda dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,343 orang, Terengganu (28,991) dan Pahang (24,316).- HARAKAHDAILY 25/12/2014
[KEMASKINI] Banjir semakin serius, hampir 60,000 mangsa dipindah
http://www.astroawani.com/…/banjir-semakin-serius-hampir-60…
Like · ·
TNB: 1,266 pencawang elektrik dihenti sementara
  • TNB
1 / 1
SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan yang ditenggelami air.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi itu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

“Sehingga jam 9 pagi ini, TNB telah menghentikan sementara bekalan 1,266 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

“Penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 63,221 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan bertindak sekiranya air mencecah paras bahaya.

"TNB akan terus memantau pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

"Bilik-bilik gerakan di setiap negeri  juga telah diaktifkan untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan  mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jumlah pengguna paling ramai terjejas Kelantan dengan seramai 42,625 pengguna dengan penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

Di Terengganu, penghentian operasi 138 PE melibatkan Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula menjejaskan 8,105 pengguna  manakala di Pahang 5,878 pengguna berikutan penutupan operasi 18 PE.



Artikel Berkaitan
Siakap Keli added 2 new photos.
1 hr · Edited ·
Keadaan banjir di Kuala Krai Tengahhari tadi.
Like · · · 12,6695041,202
HUKUM UCAPAN SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN
Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Jawapan Dr MAZA:
Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;
1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
(maksudnya) “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
(maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah:
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
(maksudnya): “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad). Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun congratulating sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti mengerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Focus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam). Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. Sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.
Like · ·

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat






Di saat hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita terfikir tentang dosa kita - dosa besar dan kecil. Kita bertaubat meminta ampunkan dosa daripada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. 




1- Makan harta anak yatim secara haram.

untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

 Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

 Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532. sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
Siakap Keli added 2 new photos.
Jambatan Perhubungan Utama Antara Gua Musang dan Jeli
Dilaporkan oleh Din N Jes
"Mohon share untuk pastikan penduduk kawasan pendalaman selamat dan telah di berikan bantuan oleh pihak berkenaan Jambatan perhububan utama antara Gua Musang - Jeli dah lost contact dengan keluarga dan penduduk sekitar tak tahu dah dpt bantuan ke belum..makanan mmg dah di sahkan terputus sejak 2 hari lepas..dah nak masuk hari ke empat mohon pihak berwajib sediakan maklumat terperinci bagi pihak keluarga masing2 mendpt maklumat tentang keluarga masing2 segala jabatan di malaysia mohon beri bantuan segera, hanya ini bukti dapat di bekalkan memandangkan kampung kami ketinggalan dari segala kemudahan, Jalan utama penduduk sekitar yang masih menggunakan sungai pon ada, jangankan nak hantar video @ internet" - Din N Jes
Like · ·


 



Gambar Fesyen "Paling Bangang" 

PELAKON Dikritik Peminat

Gambar dress paling bangang dedah aurat Azmida dikutuk peminat! Fesyen terbaru yang dipakai oleh artis Iizreen menerui intalgram media hiburan baru-baru ini mendapat kritikan daripada peminat kerana terlalu seksi dan mendedahkan aurat
Tidak dapat dinafikan ada yang mengomen secara positif an ada pulak yang memberi komen yang positif dengan mendoakan semoga Izreen baik-baik dalam kejayaannya sebagai pelakon.
Diharap selepas ini beliau lebih berhati-hati memilih fesyen pakaian, tak pasal-pasal pulak dikutuk.
Peniaga online hadapi masalah hantar
barang
  • Daerah Kemaman kini antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan rumah penduduk di Felda Seberang Tayor ditenggelami air sehingga paras bumbung yang dapat dilihat ketika tinjauan foto Bernama di Kemaman. - Foto Bernama Daerah Kemaman kini antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan rumah penduduk di Felda Seberang Tayor ditenggelami air sehingga paras bumbung yang dapat dilihat ketika tinjauan foto Bernama di Kemaman. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Banjir teruk yang melanda Pantai Timur turut memberi kesan kepada golongan peniaga dalam talian apabila barangan jualan mereka berdepan masalah penghantaran.
Menurut seorang peniaga dalam talian yang mengedar produk kesihatan, Norida Darus, jualannya agak merosot kerana kebanyakan pelanggannya dari Kelantan dan Terengganu.
Norida yang tinggal di Shah Alam berkata ramai pelanggannya mengeluh kerana kehabisan stok makanan tambahan dan syarikat Pos Malaysia Berhad pula tidak dapat membuat penghantaran setelah hubungan jalan raya terputus.
"Sebelum ini setiap hari tidak kurang daripada 10 orang pelanggan saya membuat pesanan tetapi sejak kawasan Pantai Timur dilanda banjir, hanya empat orang pelanggan sahaja yang berurusan.
"Disebabkan saya seorang stokis, maka ejen-ejen saya di Pantai Timur tidak mendapat bekalan dan apa yang menyedihkan kebanyakan mereka menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seorang peniaga batik Kelantan dan Terengganu di Shah Alam, Wan Mohamad Saifan Wan Sulaiman berkata beliau mengalami masalah bekalan produk ekoran banjir di Pantai Timur.
"Saya mendapatkan bekalan kain pasang (batik) di Kuala Terengganu tetapi buat masa ini saya terputus bekalan kerana tiada perkhidmatan penghantaran dilakukan buat masa ini akibat kawasan di Pantai Timur dilanda banjir teruk, " katanya.
Dalam pada itu Pos Malaysia Berhad dalam portal rasminya www.pos.com.my mengumumkan penutupan sementara pejabat Pos di cawangan-cawangan terlibat dengan banjir.
Syarikat itu memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menyiarkan perkembangan mengenainya perkhidmatan pejabat-pejabat pos terlibat dalam laman portalnya.
Bencana banjir yang melanda negeri di Pantai Timur sejak minggu lepas bertambah buruk mengakibatkan beberapa jalan terputus hubungan serta penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. - Bernama

Tiada ulasan: