Jumaat, 26 Disember 2014

BILA MAKHLUK LUPA ASAL KEJADIAN...LUPA AKAN MATI...LUPA ALAM KUBUR...LUPA MIZAN...LUPA SYURGA NERAKA...AGAMA ISLAM DALAM KAWALAN TANGANNYA/KUASANYA



43 rumah dihanyutkan arus deras
  • Keadaan sebuah rumah yang tercabut bumbung. Keadaan sebuah rumah yang tercabut bumbung.
1 / 3
GUA MUSANG - Kejadian banjir besar melanda beberapa kampung sekitar Bandar Lama, di sini, sejak dua hari lalu semakin pulih mulai pagi semalam, selepas hujan berhenti dan air Sungai Galas serta  Sungai Ketil surut.

Namun kejadian banjir besar kali ini pastinya meninggalkan memori pahit buat mangsa banjir selepas 43 rumah membabitkan tujuh kampung di sini, dihanyutkan arus deras.

Kampung tersebut ialah Kampung Lembaga (10 rumah), Kampung Baru Hulu (10 rumah), Jalan Masjid (enam rumah), Kolam Mas (empat rumah), Kampung Tiong (lima rumah), Kundur  (tujuh rumah) dan Kampung Setinggan Keretapi (satu rumah).

Selain rumah hanyut, sekurang-kurangnya 100 rumah rosak teruk, malah ada yang hampir roboh menyembah bumi.

Mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan rumah rosak masih tinggal di pusat pemindahan disediakan, sementara yang lain telah pulang ke rumah masing-masing.

Tak dapat gambarkan kesedihan hilang rumah

Seorang mangsa banjir, Ismail Mahmud, 80, berkata, banjir kali ini mencatat sejarah dalam hidupnya kerana tidak pernah lagi berdepan dengan banjir terburuk sejak menetap di Kampung Lembaga, 40 tahun lalu.

Menurutnya, dia berdepan dengan detik cemas ketika diarahkan berpindah dan belum hilang lagi perasaan takut itu, dia sekali lagi diuji apabila rumahnya hilang dihanyutkan arus deras.

"Memang tak dapat digambarkan kesedihan hilang tempat tinggal tetapi pakcik reda dengan takdir Tuhan.

“Ketika pakcik berpindah ke pusat pemindahan, keadaan rumah pakcik masih sempurna dan kukuh, begitu juga rumah jiran yang lain.  

“Ini semua ujian Tuhan dan pakcik menerimanya walaupun selepas ini terpaksa memikirkan cara untuk membina rumah baharu selepas ini," katanya.
Selamatkan ibu, anak saudara

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Zulkifli Setapa, 29, berkata, sejak seminggu lalu dia sentiasa berada di rumah di Kampung Lembaga kerana tidak sedap hati untuk meninggalkan ibunya, Mek Nab Ismail, 70, bersendirian.

Menurutnya, kebiasaannya dia jarang di rumah kerana mengikuti program Adun Galas, Ab Aziz Yusof ke merata tempat, khususnya menziarahi penduduk sakit.

"Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan lebat beberapa hari lalu, saya tidak berani meninggalkan ibu keseorangan walaupun ada beberapa anak saudara tinggal bersamanya.

“Ketika kejadian banjir besar itu, saya segera heret tangan ibu bersama lima anak saudara untuk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan dan selepas itu, saya lihat rumah ibu dihanyutkan arus deras," katanya.

Zulkifli berkata, buat sementara waktu ini, mereka mungkin akan tinggal di pusat pemindahan banjir .

"Selepas ini saya akan bantu membersihkan rumah abang yang turut tenggelam akibat banjir, tidak jauh dari sini," katanya.
Salam
Anda nilai dan fikirlah..
Salam Jumaat
Sangat memalukan apabila pemimpin masih bersenang-lenang , tapi sentap bila dikritik..
Memang tugas korang 'serve' untuk rakyat !
Bukan berjoli atau kumpul kekayaan diri-sendiri!
Like · ·

“Putrajaya, tolong bantu rakyat Kelantan,” kata Annuar

Annuar Musa
Annuar menerusi Facebooknya meluahkan kesusahan yang dihadapinya untuk membekalkan makanan ke pusat pemindahan banjir menempatkan lebih 30,000 mangsa. - Foto Facebook Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 25 Disember:

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu kepada Putrajaya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan yang beberapa hari terperangkap tanpa bekalan makanan dan perubatan.
Annuar menerusi Facebooknya hari ini meluahkan kesusahan yang dihadapinya untuk membekalkan makanan ke pusat pemindahan yang menempatkan lebih 30,000 mangsa.
Dalam statusnya itu, Annuar memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada doktor di Hospital Kuala Krai yang memberitahunya bekalan makanan dan diesel di hospital itu tidak dapat bertahan sehingga jam 4 petang tadi.
“Saya menulis dalam FB ini untuk meminta bantuan, kerana saya masih mempunyai banyak bekalan untuk diagihkan, tetapi tidak mempunyai kemudahan mencukupi.
“Saya sudah menunggu helikopter di sini selama empat jam.
“Saya sudah menghubungi Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Ramzi Abdul Rahman, Majlis Keselamatan Negeri dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim yang sememangnya bekerja keras di semua kawasan banjir, tetapi bekalan dan kekuatan tenaga tidak mencukupi,” katanya.
Jelasnya, beliau ada menerima aduan mengenai bekalan makanan tidak mencukupi untuk diagihkan kepada mangsa banjir, sehingga menyebabkan mereka kelaparan.
“Saya harapkan bantuan segera dari Putrajaya. Bekalan tidak sampai kepada mangsa banjir. Anggota tentera dan pegawai bertugas tidak mencukupi.
“Kami perlukan bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Kelantan memerlukan bantuan segera,” katanya.
Status Annuar menerima pelbagai maklum balas daripada mangsa yang terperangkap dalam bencana banjir dan individu yang keluarganya terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.
Faridz Che Wahab dalam statusnya memberitahu, kampungnya dilanda banjir sejak lima hari lalu dan barang keperluan sudah habis, bantuan bekalan makanan juga masih belum sampai.
“Kami kini berada di atas bukit, berdekatan ladang kelapa sawit di Kampung Bekok, Kuala Krai.
“Kami semua dalam kelaparan dan berharap bantuan dapat sampai dengan segera,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nur Auni Athirah berkata, dia menerima berita mengenai penduduk di Kampung Pasir Ira, di Kuala Krai yang terperangkap di bukit berdekatan selama empat hari, tanpa bekalan makanan ataupun bantuan.
“Saya cuba menghubungi individu yang membuat laporan, tetapi gagal, begitu juga dengan bilik gerakan banjir di kawasan itu, tetapi tiada jawapan.
“Saya berharap ada pihak membantu mereka, kerana mungkin ada kanak-kanak dan warga tua di sana,” katanya.
Ft 004 sek 199 kawasan Jkr jeli Jalan putus terus Selepas 1km Dr papantanda sempadan Jkr Hulu perak Dan Jkr jeli Lebih kurang 20km Dr tempat kejadian tanah runtuh yg melibatkan jln putus di Jkr Hulu perak iaitu ft004 sek 178
Like · ·

Banjir makin kritikal, PAS rayu sumbangan

KUALA LUMPUR: PAS memohon jasa baik orang ramai untuk menghulur bantuan kewangan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Alam PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, memandangkan banjir sangat kritikal di Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu serta Pahang dengan mangsa semakin meningkat, PAS mengharapkan bantuan orang ramai ini mampu mengurangkan beban mangsa.
Menurutnya, mangsa memerlukan bantuan memandangkan di Kelantan boleh dikatakan terputus terus hubungan darat dan semakin kritikal.
"Sementara di Terengganu pula banyak kawasan yang sudah mula ditenggelami air dan maka kita seluruh rakyat Malaysia harus membantu mereka yang sedang berdepan dengan musibah ini.
"Kita juga mendoakan agar keadaan kembali pulih," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.
Menurut laporan Bernama pagi tadi, keadaan banjir di Pantai Timur tidak menampakkan tanda reda dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,343 orang, Terengganu (28,991) dan Pahang (24,316).- HARAKAHDAILY 25/12/2014
Azmin: Hudud bukan dasar utama PR
  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SUBANG JAYA - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan pelaksanaan hudud bukan dasar utama dalam PR dan mempertahankan kenyataan DAP yang memberi kata dua kepada Pas supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dun Kelantan 29 Disember ini.

Azmin berkata, keputusan serta dasar PR cukup jelas dan kenyataan itu hanyalah kenyataan peribadi DAP.

“Cukuplah, itu hanya pandangan peribadi beliau, keputusan PR cukup jelas. Itu saja, terima kasih,” ujarnya ringkas selepas menghadiri Majlis Minum Petang sempena perayaan Krismas di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, semalam.

Semalam, sebuah portal (bukan Sinar Harian) melaporkan, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan Pas serta-merta.

“Jika Pas meneruskan dan membentangkan rang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan Pas,” katanya.

Gobind turut menyifatkan Pas melanggar rangka kerjasama dalam PR.

Kelmarin,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga memberi amaran untuk memboikot mesyuarat gabungan tersebut pada masa depan jika kerajaan Pas Kelantan meneruskan pelaksanaan hukum hudud.

Pengumuman Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah tersebut.

DAP berkata, tindakan Pas itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.

Selasa lalu, Azmin berkata, pelaksanaan Hudud bukanlah dasar bersama PR dan Pas sepatutnya membangkitkan isu tersebut dalam Majlis Presiden PR.

Tambahnya lagi, ketika krisis semasa ekonomi, PR  akan menumpukan perhatian pada isu lebih kompleks ‘maqasid syariah’ (objektif syariah) seperti perihal ekonomi, sosial dan keselamatan.
Kata Azmin, perkara tersebut yang sudah pun dipersetujui oleh ulama besar perlu dihadapi menggunakan syariah Islam.





 

8:47AM - 26 Dec 2014

Mangsa banjir gusar ATM habis wang



Pemotongan bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan di negeri paling teruk terjejas, Kelantan, mencetuskan kebimbangan di kalangan mangsa banjir mengenai kehabisan bekalan.

Penduduk di beberapa tempat di Pasir Mas memberitahu Malaysiakini, mereka tidak lagi mendapat bekalan air atau elektrik, manakala mesin juruwang automatik (ATM) kehabisan wang tunai.

Yang lainnya pula berkata catuan makanan mereka hampir habis dengan jalan-jalan utama tidak boleh dilalui walaupun untuk menyelamatkan kenderaan disebabkan arus banjir yang kuat.

Astro Awani melaporkan bahawa beberapa penduduk di Manek Urai dan Dabong terpaksa berlapar kerana mereka telah terputus hubungan.

Pada malam Rabu, anggota penyelamat tentera memindahkan 400 orang yang terkandas selama lima hari di tingkat tiga SK Manek Urai Lama, Kuala Krai.

Mereka diselamatkan oleh dua bot tentera  yang tiba membawa makanan dan keperluan harian.

Mangsa yang terperangkap di 28 lokasi termasuk kawasan bukit, sekolah dan masjid di Kuala Krai, dengan pekerja penyelamat berusaha untuk sampai ke tempat mereka, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed kepada Bernama.

Rahana Awang, 42, yang terperangkap di SK Manek Urai Lama berkata air banjir sampai ke tingkat tiga di mana mereka berlindung apabila pekerja penyelamat akhirnya sampai ke situ.

Malam tadi sahaja, katanya,mereka nampak lapan rumah dihanyutkan, katanya kepada Bernama.

Lebih daripada 90,000 telah dipindahkan akibat banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Perak.

Sekurang-kurangnya 30,000 orang dipindahkan dari rumah di Kelantan, tetapi Channel News Asia melaporkan ramai enggan berpindah kerana bimbangkan rumah mereka dipecah masuk.

Pemangku Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata darurat tidak akan isytiharkan kerana usaha menyelamat sedang dijalankan.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak sedang bercuti di Hawaii, tetapi berkata beliau akan mengikuti perkembangan keadaan melalui panggilan telefon kepada Muhyiddin.



Kuala Lumpur banjir kilat

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hujan lebat hampir dua jam mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara malam tadi.
Menurut sumber Unit Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan, lokasi yang dinaiki air adalah Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis dan Ipoh (bawah jejambat Jalan Tun Razak).
Setakat 12 tengah malam tadi, air mulai surut namun berlaku kesesakan di Jalan Pahang akibat sebahagian jalan itu ditenggelami air.
Sementara itu, hujan lewat petang tadi turut mengakibatkan kawasan di Kampung Padang Balang dinaiki air kira-kira 9 malam.
Difahamkan, banjir kilat berkenaan berlaku akibat penghadang sampah yang dipasang pada Sungai Gombak di kampung berkenaan tersumbat namun keadaan kembali pulih sejam kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 1:02 AM

FOTO ihsan Unit Bencana dan Operasi JPAM WP

Johor mula dilanda banjir
  • Majlis Keselamatan Negara
1 / 1
KUALA LUMPUR - Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.

Di Johor, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan  manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

"Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan  (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.

Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat.

Di Kelantan, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.

Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.

Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Di Terangganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di  empat daerah.

Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

AKAN MENYUSUL.

Artikel Berkaitan
Kluang daerah pertama terjejas akibat banjir
  • Kluang daerah pertama yang terjejas akibat banjir Kluang daerah pertama yang terjejas akibat banjir
1 / 1
JOHOR BAHRU - Empat pusat pemindahan banjir di buka di daerah Kluang, di sini susulan hujan lebat luar biasa berlaku, awal pagi tadi.

Keadaan itu menjadikan Kluang daerah pertama yang terjejas akibat banjir melibatkan 201 mangsa.

Laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor empat pusat pemindahan yang dibuka iaitu di Kampung Paya Palembang mukim Ulu Benut, balai raya Mardi Mukim Renggam, balai raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan Seri Kencana, di sini.

Laporan sehingga jam 10 pagi tadi merekodkan seramai 95 orang penduduk Kampung Mengkibol melibatkan 30 keluarga termasuk seorang bayi dipindahkan ke Balairaya Kampung Mengkibol, di sini.

Manakala, di pusat pemindahan banjir di balai raya Kampung Paya  Palembang mukim Ulu Benut hanya satu keluarga dipindahkan melibatkan enam mangsa.

Di pusat pemindahan banjir di balai raya Mardi Mukim Renggam 11 keluarga dengan 45 orang mangsa ditempatkan.

Seramai 55 mangsa dipindahkan terdiri daripada 14 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Keb Seri Kencana di sini.

Dilaporkan keadaan pusat pemindahan banjir terkawal dan keadaan di lokasi yang terlibat banjir pula dilaporkan air sedang meningkat.

Maklumat daripada Jabatan Meteorologi memetik terdapat angin
Northwesterly yang kencang menumpu ke Johor yang akan menyebabkan hujan lebat.

Dijangkakan hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan iaitu hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku melibatkan Johor pada 28 hingga 30 Disember ini.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora perairan Johor bagi kategori kedua iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan timur Johor dijangka sehingga 27 Disember.

Keadaan ini  berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Artikel Berkaitan

Tiada ulasan: