Selasa, 16 Disember 2014

BUATLAH APA YANG KITA SUKA....PENENTUNYA JADI TAK JADI...HASIL TAK BERHASIL BLA...BLA....BLA... ADALAH ALLAH SWT...ALLAH BOLEH MATIKAN SERTA MERTA MAKHLUK YANG DIKEHENDAKINYA...BOLEHKAH KITA LAWAN ALLAH SWT...DAH DIHIDUPKAN... DAH DIBERI REZEKI PATUT BERSYUKUR BUKAN BUAT ONAK/JAHAT







DAP boleh keluar PR jika tidak selesa dengan Pas

KOTA BHARU - PAS hari ini (Isnin) membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.
"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada PRU14.

Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan PAS yang selama ini inginmelaksanakan hukum hudud di Kelantan.
"Resolusi yang dibuat itu untuk DAP dan bukan untuk PAS, kita ada perjuangan kita sendiri dan mereka tidak boleh paksa kita.

"Ia (resolusi) adalah untuk anggota dan pemimpin mereka, DAP perlu hormat rakyat Kelantan dan perjuangan Pas kerana isu hudud ini dah wujud sebelum pakatan pembangkang wujud," katanya.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini.- Bernama
*sumber foto hiasan : malaysian insider
Agenda DAP singkir Pas
  • Razman dan Norazli Razman dan Norazli
1 / 1
IPOH - Pas Perak tidak menolak isu hudud dimainkan DAP adalah agenda untuk menyingkirkan Pas daripada meneruskan perjuangan bersama PR bagi menghadapi PRU14.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas dapat dilihat melalui kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa supaya DAP, Pas dan PKR menolak hudud sekiranya mahu menakluki Putrajaya pada PRU14, nanti.

“Jangan anggap setiap apa yang diucapkan itu tidak ada mata yang memerhati dan tidak ada telinga yang mendengari,’ katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Razman, kenyataan Guan Eng berkenaan penolakan hudud itu juga berkemungkinan bertindak balas daripada hasrat Kerajaan Kelantan mengemukakan rang undang-undang berhubung pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2014 pada 29 Disember depan.

“Sedikit sebanyak ianya bersangkut-paut namun saya beranggapan hukum hudud yang mungkin dilaksanakan di Kelantan itu bersifat lokaliti dan tidak membabitkan negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, Guan Eng seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar kerjasama yang dijalinkan sebelum ini kekal pada tahap terbaik.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa pula berkata, kenyataan dibuat Guan Eng berkaitan hudud itu memperlihatkan DAP seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“DAP tidak mencerminkan sikap menghormati agama Islam termasuk percubaan  provokasi terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya.

Norazli berkata, penolakan hukum hudud itu menguatkan lagi dakwaan bahawa DAP sememangnya parti perkauman yang menolak agama Islam.
Artikel Berkaitan

 9:31AM - 16 Dec 2014

Khairuddin: Laporan polis 1MDB akan selamatkan Najib


WAWANCARA Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yakin laporan polisnya terhadap pengurusan 1MDB hujung minggu lalu akan menyelamatkan karier Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, suara-suara dalam Umno yang mengkritiknya perlu melihat laporan itu sebagai satu tanggungjawab "fardhu kifayah".

Beliau juga yakin ia sekaligus akan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Umno terutamanya generasi muda.

"Orang macam saya ini bukan orang yang hendak menjatuhkan presiden Umno.

"Orang macam saya inilah yang hendak membantu presiden Umno. Tindakan saya kelmarin disanjungi dan dipuji oleh rakyat jelata yang memuji Umno.

"Saya hendak maklumkan kepada segelintir orang Umno yang tak setuju dengan tindakan saya - sayalah orang yang sedang membetulkan semula imej Umno hari ini.

"Saya membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat swasta, bukan terhadap Umno," kata Khairuddin dengan yakin dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Sebaliknya tegas beliau, mereka yang akan menjatuhkan Najib dalam Umno adalah golongan yang "melalaikan Najib dengan bodekan" yang membuat presiden Umno dan perdana menteri menjadi leka.

"Inilah orang yang sebenarnya mahu membunuh karier politik perdana menteri. Bukan orang macam saya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara khusus mana-mana pemimpin yang dilihat berbuat demikian.

Khairuddin hadir ke studio KiniTV pagi Sabtu lalu untuk wawancara ini dengan mengenakan jaket ringan rona kelabu yang menutup baju-T biru gelapnya.

Beliau juga mengenakan cermin mata tangkai merah jambu dan rim berwarna hitam serta rambut dengan potongan ala hipster.

Penampilan Khairuddin ini menyimpang dari kebiasaan ahli politik Umno yang biasa dilihat berkot atau berbaju batik.

Namun, di sebalik penampilan santai tersebut, Khairuddin mempunyai mesej yang cukup serius buat Najib.

"Pendapat peribadi saya, perdana menteri selaku menteri kewangan Malaysia harus bertindak dan mengambil pendekatan secara tegas untuk menstruktur semula 1MDB ini secara menyeluruh

"Beliau perlu membuktikan ini kepada rakyat sekiranya beliau mahu mendapatkan keyakinan semula daripada rakyat tentang isu 1MDB," tegasnya.

Menurut Khairuddin, seruan untuk menyusun semula 1MDB adalah amat jelas apabila tiga orang bekas menteri kewangan sudah menyatakan kerisauan mereka tentang 1MDB.

Mereka yang dimaksudkan itu adalah Tun Daim Zainuddin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau tidak risau jika dilihat senada dengan Pakatan Rakyat yang turut mengkritik pengurusan 1MDB.

"Ini satu isu yang kebetulan dan tidak dirancang. Kebetulan pembangkang membawa isu ini, dan kita yang segelintir ini dalam Umno pun perjuangkan isu ini," jawabnya.

Ditanya tentang tindakan perdana menteri menyaman pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mengkritik 1MDB. Khairuddin menjawab:

"Saya tidak risau langsung. Sebesar zarah pun saya tidak mempunyai perasaan risau kerana saya percaya kepada perjuangan saya menegakkan kebenaran.

"Saya tidak pernah takut kepada mana-mana tokoh pemimpin, saya hanya takut kepada Allah SWT. Itulah bekalan semangat saya".

Di penghujung wawancara, Khairuddin berikrar untuk melakukan satu lagi kejutan apabila selesai melanjutkan kajiannya tentang 1MDB.

"Saya sedang mengkaji untuk mencari satu 'missing link' di dalam 1MDB - personaliti-personaliti tertentu yang kemungkinannya mengawal 1MDB dari jauh melalui belakang tabir tanpa berada di hadapan.

"Saya sedang membuat satu penelitian dan siasatan yang amat rapi tentang perkara ini," tegasnya.

Semalam: Langkah 'Abang K' bakal tumbangkan Najib pula?
7:14PM - 15 Dec 2014

Hudud: PAS, DAP sekali lagi tak keruan


Langkah Kelantan mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini bagi membuka laluan pelaksanaan hudud sekali lagi meletakkan hubungan DAP dan PAS dalam suasana tidak menentu.

DAP, yang mengkritik agenda hudud PAS dalam persidangan tahunnya semalam, hari ini mengingatkan terus PAS supaya memenuhi rangka kerja dasar Pakatan Rakyat selagi berada dalam Pakatan Rakyat.

"Sekiranya mereka meneruskan untuk melaksanakannya, kita mesti membantahnya secara jelas, bukan sahaja pendirian secara individu tetapi juga melalui pendirian parti," katanya MP Puchong Gobind Singh Deo (kanan).

Bapanya, mendiang Karpal Singh dan bekas Pengerusi DAP adalah antara pemimpin yang keras mengkritik matlamat teokrasi PAS.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata langkah PAS itu "jelas" tidak menepati kehendak pakatan pembangkang itu.

Bagaimanapun, PAS pula terus mempertahankan langkah itu berdasarkan prinsip demokrasi.

"Ini negara demokrasi. Biarkan ia melalui proses demokrasi.

"Kamu tidak boleh bercakap (guna) demokrasi, kemudian menghalang rakyat mengikutinya melalui proses demokrasi," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri).

Sementara Ketua Pemuda PAS Shaizan Kaiat berkata DAP perlu menghentikan mengulas hukum hudud secara terbuka, sebaliknya memfokuskan usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"PAS dan DAP setuju untuk tidak bersetuju mengenai isu ini. Mencetuskan polemik secara terbuka mengenai isu ini boleh menyebabkan prejudis dan memberi kesan pada keyakinan rakyat," katanya.

Beliau juga berkata BN dan Umno akan menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Pakatan.

Takut Pas, Umno bersatu punca tolak hudud
  • Dr Zainal Kling Dr Zainal Kling
1 / 1
SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat penolakan DAP dan MCA terhadap hudud di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas dan Umno bergabung seterusnya menyebabkan kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bagi orang bukan Islam, jika dua parti itu bersatu, pastinya kuasa pemerintahan akan dikuasai Melayu.

“Sudah tentu Pas dan Umno akan jadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat kerana kedua-dua parti itu mempunyai sokongan kuat daripada orang Melayu Islam.

“Sebab itu DAP dan MCA tidak mahu perkara sebegitu berlaku justeru tetap berkeras untuk menolak pelaksanaan hudud sama ada di Kelantan ataupun di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, telah ada kecaman dilakukan MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud.

“Jika Umno sokong, MCA akan keluar BN. Begitulah yang berlaku dalam PR sekarang di mana DAP tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud kerana bimbang isu itu akan menyatukan mereka.

“Tambahan jika Melayu bergabung menjadi satu parti, pastinya orang lain tidak ada kuasa. Selain itu, mimpi pihak-pihak tertentu yang mahu merampas tampuk pemerintahan negara akan terkubur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas punca DAP, MCA dan PKR terus menolak cadangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Pendapat yang sama turut disokong penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali yang menjelaskan satu hari nanti berkemungkinan Pas dan Umno akan bersatu.

“Bukan bersatu dalam satu parti politik, tetapi bergabung dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu.

“Oleh itu, jika Pas terus mendapat tentangan daripada parti komponen lain, keluar PR adalah cara terbaik. Ataupun DAP yang keluar daripada PR,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan DAP dan MCA masih tidak faham tentang hudud justeru Pas dan Umno perlu perjelaskan kepada mereka melalui agamawan yang ada dalam kedua-dua parti.


Sabtu, 7 November 2009

10 sebab kenapa UMNO tolak hudud

1-Umno sememangnya langsung tidak berminat untuk melaksanakan Syariat
Allah,Islam Bagi Umno sekadar Sembahyang,puasa,zakat ,haji dan nikah kawin.Malah
Umno lebih selesan hidup tanpa menghiraukan larangan Al-Quraan.

2- Hudud Langsung tidak memberi keuntungan wang ringgit dan keuntungan Dunia
Kepada Umno.

3-Umno Tolak Hudud sebab Mahathir kata tolak,Walaupun Hukum Allah itu jelas
disebut,mereka cuba membelit belit untuk menolak.Mereka cuba mencipta pelbagai
isu untuk menolaknya,walaupun kebanyakan alasan itu dengan akal tanpa bersandar
kepada Nas yang nyata.Kalau Mahathir Kata tolak,semua pak yid dalam pun
berpakatlah untuk tolak.

4-Umno takut rakyat akan sedar bahawa mereka sebenarnya tidak mahu melaksanakan
Hudud,Walupun Masa seminar Di Wisma Darul Iman,Rasol Wahid dan Roshid Ngah tidak
membantah sedikitpun.Malah Dalam sessi Bengkel Dato'Roshid sendiri Amat
bersetuju dengan Draf berkenaan.

5-Umno tolak hudud sebab ,mereka hanya membuat rujukan kepada wan Parid dan
Shukeri Mohamad.apabila kedua mereka itu sendiri tak faham hudud,yang mendengar
pun habis jadi tak Faham.

6-Umno menolak Hudud sebab terlalu ramai pemimpin besar mereka yang suka membuat
maksiat,pada satu ketika dulu semasa pemilihan ketua Bahagian,ada perwakilan
dihadiahkan melancong ke Golok dan di siap ditempah Wanita Sundal.

7-Umno menolak hudud,kerana Hudud itu hukum Allah,mereka tak faham dan mereka
tak mahu mengaji sedalam dalamnya,sedangkan undang undang yang ada sekarang
dibuat oleh orang kafir,walaupun mereka tak faham,tetapi kerana dibuat oleh
orang kafir mereka tetap boleh terima.

8-Umno tolak hudud sebab sudah ramai orang orang umno yang minat kepada Agama
sudah berpaling tadah dan ingin memahami hudud,malah sudah ada orang umno yang
datang kuliah untuk bertanyakan tentang hudud.Malah tok imam dan Tok bilal yang
pun yang dulu berkarat biru dan mula mendekati kuliah kuliah agama anjuran
kerajaan negeri.Cuma tok imam yg tak bertauliah dan memang kaki 4 nombor ekor
yang masih kekal.

9-YB umno di DUN Terengganu tidak mampu membahaskan Deraf Hudud di sidang DUN
dengan hujah al-quraan,maka jalan terbaik adalah tolak sahaja.

10-Memang Umno itu sendiri parti sekuler,amat tidak sesuai bagi Umnio itu
sendiri meneggakan Hudud kerana hudud itu bukan juzuk perjuangan Umno.


==================================


ok..pertama,saya hanya memberitahu penolakkan hukum hudud boleh merosakkan akidah..saya tidak akan membahaskan tentang islam,khilaf tentang hukum hudud,hasil pendapatan negara dan lain-lain..

kita harus tahu..kalam Allah al-quran adalah semulia-mulia kalam..dan kita juga harus percaya kepada hadis-hadis yang bersifat sahih..

beratus-ratus fatwa dari ulama-ulama muktabar mengatakan apabila menolak hukum hudud ini boleh merosakkan akidah..

saya mengambil sebahagian dari kitab tatbiq syariah karangan syeikh abdul qadir bin abdul aziz...

1.Imam Al-Basri dalam kitab Al-Mu'tamad fi Usul Ad-din..
barangsiapa yang menyembunyikan hukum Allah dalam Al Quran, dan berhukum kepada selain hukum Allah,bahkan menganti dan merubah kepada selain hukum Allah,mereka adalah kafir kerana menyembunyikan Al-Haq..

2.Syaikhul islam Ibnu Taimiyah dalam majmuk Fatwa
tidak diragukan lagi lagi bahwa orang yang tidak menyakini wajibnya berhukum kepada apa yang Allah dan
rasulNya turunkan dia adalah kafir....

ini saya ambil dulu 2 fatwa dari puluhan fatwa mengatakan penolakkan hukum Allah ini boleh merosakkan akidah..

P/S: Umno bukan tolak hudud cuma UMNO tidak melaksanakannya...WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!!! KATA2 STANDARD DARI PEMIMPIN UMNO YG DI GUNAPAKAI OLEH PENYOKONG2 UMNO

uncle sam
2 hrs ·
PETUA TERCEKIK TULANG IKAN
1. Minum air dalam tudung periuk
2. Kalau rasa tercekik tu, time tercekik tu ah, cepat cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan tu akan terlepas
3. Kepal nasi pastu telan
4. Makan pisang
5. Tarik telinga kiri dan kanan. tapi jangan tarik sekuat hati lak. mahu tercabut telinga kang dah satu hal..hehhe..
SELAMAT MENCUBA
Like · ·
MISTERI...Terowong Rahsia Di Putrajaya Yang Anda Tidak Pernah Tahu
1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. 8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
Kerengga
Like · ·
Tidak Mengambil Kaum Kafir Sebagai Pemimpin

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
“Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka adalah awliyaa’ (pemimpin dan penolong) bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah, nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar di muka bumi.” (Surah Al-Anfaal, 8: 73)
Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):
أي: إن لم تجانبوا المشركين وتوالوا المؤمنين، وإلا وقعت الفتنة في الناس، وهو التباس الأمر، واختلاط المؤمن بالكافر، فيقع بين الناس فساد منتشر طويل عريض.
“Maksudnya, jika kalian tidak menyingkirkan orang-orang musyrik dan tidak menjadikan hanya orang-orang yang mukmin sebagai wali (penjaga amanah, pemimpin, dan orang-orang kepercayaan), maka akan terjadilah fitnah di tengah-tengah manusia. Iaitu akan bercampur-aduknya urusan kaum mukmin dengan yang kafir, sehingga keadaan tersebut pun menyebabkan kerosakan yang besar dan lama di tengah-tengah khalayak manusia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/98)
Kata Syaikh ‘Abdurrahman B. Nashir As-Si’di rahimahullah:
لما عقد الولاية بين المؤمنين، أخبر أن الكفار حيث جمعهم الكفر فبعضهم أولياء لبعض فلا يواليهم إلا كافر مثلهم. وقوله: { إِلا تَفْعَلُوهُ } أي: موالاة المؤمنين ومعاداة الكافرين، بأن واليتموهم كلهم أو عاديتموهم كلهم، أو واليتم الكافرين وعاديتم المؤمنين. تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ } فإنه يحصل بذلك من الشر ما لا ينحصر من اختلاط الحق بالباطل، والمؤمن بالكافر، وعدم كثير من العبادات الكبار، كالجهاد والهجرة، وغير ذلك من مقاصد الشرع والدين التي تفوت إذا لم يتخذ المؤمنون وحدهم أولياء بعضهم لبعض.
“Allah menyatakan ‘aqad al-walaayah (kewalian) di antara kaum mukminin, Allah mengkhabarkan bahawa orang-orang kafir yang berhimpun bersama-sama dalam kekafiran maka sebahagian dari mereka adalah awliyaa’ (pelindung/pemimpin, orang kepercayaan) bagi sebahagian kafir yang lainnya. Maka tidak ada yang mengangkat mereka menjadi wali melainkan orang-orang kafir yang sama-sama kafir seperti mereka.
Firman Allah, “Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan.” Iaitu ber-muwaalaah (berwalaa’, berkasih-sayang, mengambil pemimpin atau mengambil orang kepercayaan) sesama kaum mukminin dan berlepas diri dari kaum kafir, di mana kamu berwalaa’ kepada mereka semua atau berlepas diri dari mereka semua, atau kamu berwalaa’ kepada orang-orang kafir dan berlepas diri dari orang-orang mukmin, “nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar.” Keadaan tersebut mengakibatkan kesan buruk yang tidak terbatas, dengan bercampur-aduknya antara kebenaran dan kebathilan, mukmin dengan kafir, hilangnya banyak ibadah besar seperti jihad, hijrah, dan maqashid (tujuan-tujuan) syari’at yang lain juga akan lenyap jika orang-orang mukmin sendiri tidak mengambil orang-orang mukmin sebagai wali.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 327)
Kemudian di halaman yang lain, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:
فإن من الفساد في الأرض اتخاذ المؤمنين الكافرين أولياء، كما قال تعالى: { وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ } [الأنفال: 73] فقطع الله الموالاة بين المؤمنين والكافرين كما قال: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا } [النساء: 144]
“Termasuk dari bentuk kerosakan di muka bumi adalah apabila kaum mukminin mengambil kaum kafir sebagai awliyaa’ (pemimpin dan orang-orang kepercayaan), sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka adalah awliyaa’ (pemimpin dan penolong) bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah, nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar di muka bumi.” (Surah Al-Anfaal, 8: 73)
Allah telah memutuskan prinsip al-muwaalaah di antara kaum mukminin dan kaum kafir sebagaimana firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan orang-orang yang mukmin. Adakah kalian mampu mengemukakan hujah yang nyata bagi Allah?” (Surah An-Nisaa’, 4: 144)
Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman:
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan kaum mukminin lainnya. Dan sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia dari pertolongan Allah kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah mengingatkan kamu terhadap diri-Nya dan kepada Allah tempat kembali bagi kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 28)
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):
نهى الله، تبارك وتعالى، عباده المؤمنين أن يوالوا الكافرين، وأن يتخذوهم أولياء يُسِرُّون إليهم بالمودة من دون المؤمنين، ثم توعد على ذلك فقال: { وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ } أي: من يرتكب نهى الله في هذا فقد برئ من الله
“Allah Tabaraka wa Ta’ala melarang hambanya yang mukmin dari mengangkat orang-orang kafir sebagai wali (teman setia) dan mengambil mereka sebagai awliyaa’ (pemimpin dan orang-orang kepercayaan) dengan sebab adanya rasa mawaddah dengan meninggalkan kaum mukminin. Kemudian Allah mengancam perbuatan tersebut lalu berfirman:
Dan sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia dari pertolongan Allah kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu…”
Maknanya, sesiapa yang melanggar larangan Allah tersebut, maka benar-benar dia terlepas dari (pertolongan) Allah.”
Kata beliau lagi: “… dan firman-Nya:
kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka…” Maksudnya:
إلا من خاف في بعض البلدان أوالأوقات من شرهم، فله أن يتقيهم بظاهره لا بباطنه ونيته، كما حكاه البخاري عن أبي الدرداء أنه قال: “إنَّا لَنَكْشرُ فِي وُجُوهِ أقْوَامٍ وَقُلُوبُنَا تَلْعَنُهُمْ
“Kecuali bagi orang yang berada di sebahagian negeri di waktu tertentu yang mereka merasa takut dari keburukan orang-orang kafir, maka dia dibolehkan berpura-pura kepada kaum kafir tersebut secara zahirnya tetapi bathin dan hatinya menafikan. Sebagaimana Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Dardaa’ bahawa beliau berkata:
“Sesungguhnya kami menampakkan wajah manis kepada beberapa orang kafir (yang memusuhi Islam terang-terangan), sedangkan hati kami melaknati mereka.”
Pendapat ini diperkuatkan dengan firman Allah Ta’ala:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ
“Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan hatinya tetap teguh di atas keimanan (maka dia tidaklah berdosa).” (Surah An-Nahl, 16: 106)
Setelah itu Allah berfirman:
Dan Allah mengingatkan kamu terhadap diri-Nya…” Maksudnya:
يحذركم نقمته، أي مخالفته وسطوته في عذابه لمن والى أعداءه وعادى أولياءه
“Allah memperingatkan kalian terhadap siksa-Nya disebabkan penentangan terhadap haq-Nya dan adalah adzab Allah itu bagi orang-orang yang menjadikan musuh-Nya sebagai wali, serta mereka yang memusuhi pula para wali-Nya (yang benar).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/30-31)
Al-Hafiz Ibnu Katsir juga menjelaskan ketika menafsirkan ayat 144 dari Surah An-Nisaa’, kata beliau:
ينهى تعالى عباده المؤمنين عن اتخاذ الكافرين أولياء من دون المؤمنين، يعني مصاحبتهم ومصادقتهم ومناصحتهم وإسرار المودة إليهم، وإفشاء أحوال المؤمنين الباطنة إليهم
“Allah Ta’ala melarang hamba-Nya yang mukminin dari mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan para mukmin yang lainnya, iaitu dengan cara bersabahat dengan mereka (orang-orang kafir), bergaul dengan mereka, bermusyawarah dengan mereka, menyimpan sifat mawaddah (kasih-sayang) terhadap mereka, dan mendedahkan rahsia serta hal-ehwal orang-orang beriman kepada mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/441)
Kata Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di rahimahullah:
لما ذكر أن من صفات المنافقين اتخاذ الكافرين أولياء من دون المؤمنين، نهى عباده المؤمنين أن يتصفوا بهذه الحالة القبيحة، وأن يشابهوا المنافقين
“Ketika Allah menyebutkan bahawa di antara sifat-sifat para munafiqiin adalah menjadikan orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dan mengabaikan orang-orang yang mukmin, Allah pun melarang para hamba-Nya yang mukmin dari menghiasi diri mereka dengan sifat buruk tersebut, dan melarang mereka ber-tasyabbuh (menyerupai) karektor kaum munafiq tersebut.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 211)
Wallahu a’lam.
Trackback from your site.

Tiada ulasan: