Salam Al-Qaradawi buat rakyat Malaysia
Sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi menzahirkan perasaan
terharu terhadap keprihatinan antarabangsa, termasuk Malaysia, yang
menyatakan bantahan terhadap notis merah Polis Antarabangsa (Interpol)
terhadapnya.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu malam tadi.
“Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumit pun tidak tergugat dengan gangguan ini,” kata Anwar.
Dalam kenyataannya tengah malam tadi, Anwar (kiri) juga merakamkan dukacitanya terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir yang mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ulama muktabar.
“Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim,” kata Anwar.
Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Yusuf selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
Malaysia patut gasak Interpol
Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.
Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.
Sementara itu, mewakili Pakatan Rakyat, Anwar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia mengambil pendirian serta ketetapan tegas membantah tindakan itu.
Lebih-lebih lagi, katanya, Yusuf pernah dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2009 serta dianugerahi ijazah kehormat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 1996.
“Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ketimbang menjadi alat sang penguasa desperado,” katanya.
4:12PM - 22 Dec 2014

'Interpol, jangan ikut telunjuk rejim As-Sisi'
NGO Abim dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis Antarabangsa mengeluarkan waran
tangkap terhadap Ketua Persatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Ini kerana, ilmuan Islam itu dikaitkan kegiatan Ikhwanul Muslimin sehingga dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
Mereka mengecam tindakan Interpol yang didakwa "tidak seharusnya mengikut permintaan kerajaan Mesir" pimpinan rejim As-Sisi menahan sarjana Islam itu yang dituduh antaranya menghasut, membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara.
Presiden Abim Amidi Abd Manan menganggap tuduhan itu adalah "fitnah semata-mata" manakala Pengerusi BiPPA Dr Muhammad Nur Manuty pula menyifatkan ia bercanggah prinsip demokrasi dan menyinggung perasaan umat Islam kerana tokoh itu memberi banyak sumbangan besar kepada dunia Islam.
"Dunia Islam juga seharusnya menolak waran ini. Berdasarkan kenyataan di atas, tiada sebarang bukti untuk kaitkan Qaradawi dengan sebarang aktiviti keganasan.
"Kerajaan Mesir yang mengeluarkan waran ini jelas bersikap 'double standard' dengan memejamkan mata terhadap kezaliman Hosni Mubarak dengan melepaskan beliau dari segala tuduhan, sedangkan kita sedia maklum ramai penggerak Ikhwan Muslimin dinafikan hak demokrasi mereka, dipenjara, diseksa tanpa mendapat perbicaraan yang sewajarnya," kata Amidi.
Kedua-dua pemimpin itu juga menegaskan bahawa Al-Qaradawi - yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2009 - sangat iltizam dengan pemikiran wasatiyyah, memupuk hubungan baik antara penganut Islam dan bukan Islam dan membela demokrasi serta hak asasi manusia, secara aman tanpa pertumpahan darah.
"Atas dasar ini, masyarakat antarabangsa yang mendokong demokrasi seharusnya bangkit dan memprotes sebarang bentuk cubaan untuk merosakkan semangat demokrasi yang semestinya selari dengan Islam," kata Amidi lagi.
Sehubungan itu, Amidi dan Dr Muhammad Nur mendesak kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas dengan menyokong Dr Yusuf dan mengambil inisiatif tegas bersama beberapa buah kerajaan mendesak Sisi menarik balik tindakan menyeneraikan al-Qaradawi sebagai seorang pengganas dan menyerahkan kepada Interpol.
"Selanjutnya, OIC sebagai sebuah badan penting di dunia Islam seharusnya berperanan bersama lain-lain NGO di seluruh dunia, mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan al Qaradawi dari penganiayaan dan penghinaan ke atas dirinya," kata Dr Muhammad Nur.

6:55PM - 22 Dec 2014
Warga British labur RM5j dalam syarikat Azim
Seorang warganegara British melabur AS$2.04 juta (RM5.02 juta) dalam
firma kontroversi Doxport Technologies (M) Sdn Bhd selepas diperkenalkan
oleh dua individu, demikian Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu
hari ini.
Doxport, yang dikaitkan dengan bekas bendahari Umno Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi, mencuri perhatian selepas pelabur British itu memfailkan saman dan membuat laporan polis.
Riyadh Ahmed Ramzan (kanan), 47, berkata syarikat Malaysianya Fiscal City Capital Sdn Bhd membuat perjanjian dengan Doxport untuk mendanai pembelian enam sistem suis telefon.
“Perjanjian ditandatangani antara saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Doxport Technologies T Sivalingam antara 2008 dan 2009. Saya ketua pegawai eksekutif untuk Fiscal City Capital Sdn Bhd."
Riyadh menjadi saksi pertama memberikan keterangan dalam perbicaraan dakwaan pecah amanah dan penggubahan wang haram terhadap Sivalingam.
Beliau salah seorang daripada 60 keluarga British yang melabur dalam Doxport.
Pelabur lain Doxport yang marahkan perkara itu mengadakan protes di London tahun lalu ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sivaligam satu-satunya pihak yang berdepan dengan pertuduhan jenayah.

1:37PM - 22 Dec 2014
Hamley’s hukum pekerja minta buka tudung
Hamley’s Malaysia menjelaskan pihaknya telah mengambil tindakan disiplin
terhadap seorang pekerjanya yang meminta anak pengarah terkenal Datuk
Rosyam Nor membuka tudung untuk berkhidmat dengan mereka.
Menurut kedai permainan terkemuka itu, pekerja itu bukan sahaja tidak mempunyai kuasa menemu duga atau mengambil pekerja, malah memberi maklumat tidak betul kepada anak Rosyam.
“Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini,” menurut kenyataannya di Facebook semalam.
Hamley’s juga menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang dasar yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.
“Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama,” katanya.
Hamley’s juga membuat permohonan maaf terbuka kepada Rosyam, anaknya dan seluruh umat Islam ekoran insiden itu.
“Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini.
“Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya.
“Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin dan Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi menerima permohonan maaf kami ini,” tulisnya.

Solidariti buat Yusuf Qaradawi
MALAM tadi saya sempat menelefon Sheikh Yusuf Al-Qaradawi untuk mendapatkan maklumat terkini bersabit tindakan Interpol.
Dunia Islam antarabangsa nyata sekali terkejut dengan tindakan Interpol yang mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau, atas justifikasi perkaitan beliau dengan ativisme Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumit pun tidak tergugat dengan intimidasi ini. Di samping beliau terharu dengan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam antarabangsa, beliau sempat meminta saya menyampaikan salam beliau buat sekalian rakyat Malaysia dan menghargai sokongan yang diberikan.
Saya merakamkan perasaan dukacita dan kekesalan terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir atas tindakan ini ke atas seorang ulama' muktabar yang disanjung dunia Islam seluruhnya.
Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim.
Dalam masa yang sama, mewakili Pakatan Rakyat saya turut menggesa pertimbangan serius Perdana Menteri, Datuk Sri Najib serta Kerajaan Malaysia amnya untuk mengambil satu pendirian serta ketetapan yang tegas untuk membantah tindakan tersebut.
Jelas, tindakan ini keterlaluan malah secara sentimental turut mengesani Malaysia yang dahulunya telah menobatkan Sheikh Yusuf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabanga pada tahun 2009 serta anugerah Ijazah Kehormat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.
Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf.
ANWAR IBRAHIM
22 Disember 2014

Post by Abe Brodok.
22 Disember 2014
PT3 : Ibu Bapa Salahkan Menteri Keputusan Hancur
“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”
Itulah luahan beberapa ibu bapa pelajar yang baru menerima keputusan PT3 yang baru dikeluarkan hari ini.
Menurut seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan secara mengejut dari PMR ke PT3 tidak patut dilakukan.
“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya memettik laporan dari MalaysiaGazette
Ibu tunggal berkenaan yakin sekiranya PMR dikekalkan pada tahun ini, keputusan anaknya akan lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan PT3 yang amat mengecewakan.
Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.
Bagi Fatimah Jais(gambar bawah), sepatutnya penukaran dari PMR ke PT3 dikaji dan dilaksanan secara berperingkat.
“Ibu bapa seperti diper*****kan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.
“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.
Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti mem *****kan ibu bapa dan pelajar.
“Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.
“Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegas Hairi.
Menurut Hairi, dia bimbang pelakar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar yang tidak berkualiti untuk masa hadapan.
Sistem PT3 telah diumumkan oleh kementerian pada bulan tiga tahun ini bagi menggantikan sistem PMR yang digunakan sebelum ini. Pertukaran secara mendadak ini telah membuatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa khususnya. - Siakapkeli.com.my
Sumber : malaysiagazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan