Selasa, 23 Disember 2014

KEKUASAAN ALLAH JANGAN DIRAGUI...BALASAN ALLAH BOLEH BAGI TUNAI ATAU TANGGUH...LAH NI BANYAK ULAMAK KEJAR KESENANGAN DUNIA...LA NI BUKAN ZAMAN PARA SAHABAT...TAPI ZAMAN PARA SUBAHAT...APA DALAM HATI/NIAT SEMUA ALLAH TAHU





5:11PM - 22 Dec 2014

Syariah bezakan dosa peribadi & jenayah


Kami penuntut pengajian Islam dan Arab di Timur Tengah dan Malaysia merasa bertanggungjawab untuk menyokong surat terbuka kepada rakyat Malaysia daripada 25 orang tokoh Melayu untuk menyokong debat dan dialog terbuka berkenaan perundangan Islam.

Ini bertepatan dengan firman Tuhan dalam surah an-Nahlu yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Undang-undang jenayah syariah seringkali tidak mengikuti semangat kebebasan individu dalam Perlembagaan Malaysia.

Hal ini perlu diperhalusi semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah.

Tidak seharusnya dosa peribadi dikanunkan melalui undang- undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk “amar ma'ruf wa nahy al-munkar.”

Dalam kitab Al-Ihya' Imam al-Ghazali terdapat riwayat tentang Umar RA yang memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.

Lelaki tersebut membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara.”

Umar bertanya: “Apa dia?”

Dia berkata: Allah Taala telah berfirman: ‘Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain.’ Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: ‘Masukilah rumah melalui pintu-pintunya.’ Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: 'Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.' Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka Umar pun meninggalkannya. ”

Imam Ghazali menyebut: “Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.”

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk dan umat Islam di negara ini berpegang dengan aliran agama yang berbeza-beza.

Kita harus memahami dan mengkaji kepelbagaian dengan lebih baik melalui penelitian ke atas kitab suci, selain menjawab tuntutan dunia moden hari ini melalui penelitian ilmiah.

Proses ‘syariahisasi’ secara melulu akan menimbulkan kekacauan bukan saja dalam ruang praktik keagamaaan, malah ia akan menghasilkan pergeseran di kalangan masyarakat.

Setakat ini kita mula kerap mendengar retorik bernada perkauman dan ketaksuban.

Segala kenyataan yang mengundang api perkauman dan provokasi ke atas agama lain berpunca daripada kegagalan memahami isi terpenting Quran yang sangat menitik beratkan soal kemanusiaan dan persahabatan dalam menghadapi realiti kemajmukan agama dan budaya.

Allah berfirman: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)

Al-Quran juga dengan jelas menuntut kita untuk menerima, menghargai dan belajar daripada berbagai ragam identiti manusia.

Allah menyebut dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."



Disokong oleh pelajar-pelajar Pengajian Islam dan Arab di Malaysia, Mesir, Madinah dan Jordan:

Mohd Syazreen Abdullah
Marwan Bukhari Abd Hamid
Ahmad Syafiq Rahim
Muhammad Arham Munir Merican bin Amir Feisal Merican
Faris Murtadha Fazial
Ahmad Izzuddin Suwardi
Mohd Nasrul Yaqin
Asyraf Muiz Roslan
Mursyid al-Amien Kayati
Tengku Ibrahim Helmi
Muhammad Fakhrur Ridzwan Hashim
Mohamad Hasnan Daud
Muhammad Bazli Rasli
Syairazi Muhammad Husni Mohd Sharoni
Ahmad Amirul Rashid Roslan
Mohamad Rafiq Izzuddin
Mohammad Fadzlurrahman bin Mazri
Muhamad Syamim Ahmad Yunus
Abu Bakar Mohamed Amin
Ag Jazmi Juani
Muhammad Bazli Shah Lan
Muhammad Aiman Abdull Rahim
Muhammad Luqman Ahmad Tarmizi
Muhamad Haziq Fikri Jasni

Apakah aku menghina Ulama..
Sejak Hari Pertama lagi aku menunggu bukti dari Haji Hadi yang mendakwa Adun PAS telah dibeli oleh Broker bagi menyokong Wan Azizah, masuk hari ke 7 aku sudah mulai goyah dan kurang yakin dengan beliau kerana masih tidak mampu membawa sebarang bukti bahawa Adunnya telah dibeli..
Masuk hari ke 14 terus aku tolak kenyataan beliau dan apa sahaja hujah beliau kerana bagi aku golongan yang hanya tahu melakukan tuduhan melulu tanpa membawa sebarang bukti yang sahih memang sukar untuk dipercayaai...
Rasanya penolakkan aku itu tepat, kerana sehingga ke hari ini Haji Hadi bukan sahaja tidak mampu membawa sebarang bukti malah beliau terus berdiam diri dan tidak mahu memikul tanggung jawab di atas setiap pertuduhan yang pernah beliau lemparkan.
Beginikah akhlak seorang Ulama?
Dengan Ilmu manusia membina Ketamadunan.
Dengan Akhlak manusia membina Peradaban.
Asas kepada pembinaan Ketamadunan adalah ilmu.
Asas kepada kehancurkan Ketamadunan adalah Akhlak.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return.
Like · ·
PT3 ‘kelam kabut’ perlukah ia dikekalkan?
  • Dr Mohammad Agus Dr Mohammad Agus
1 / 1
SHAH ALAM - Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih ‘peranan’ Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

“Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

“Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Jelas Agus lagi, luahan hati ibu bapa calon juga mengatakan bahawa PT3 dilaksanakan secara tergesa-gesa sehinggakan anak-anak mereka tidak sempat untuk ‘bersiap siaga’.

“Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

“Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya,” katanya.

Menurut Agus lagi, oleh itu pandangan ibu bapa dan guru perlu tentang PT3 perlu diambil kira sekiranya sayangkan pendidikan negara.

“Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

“Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya,” katanya.
Lelaki ditemui tergantung di rumah
  • Mayat lelaki ditemui tergantung diangkat ke dalam trak polis untuk dihantar ke hospital bagi siasatan lanjut Mayat lelaki ditemui tergantung diangkat ke dalam trak polis untuk dihantar ke hospital bagi siasatan lanjut
1 / 1
KOTA BHARU- Seorang lelaki ditemui tergantung dalam rumahnya di Jalan  Gajah Mati, di sini, pagi semalam.
Lelaki berusia 40 tahun itu, yang bekerja sebagai tukang rumah ditemui isterinya jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mangsa dipercayai mengalami tekanan jiwa.

“Hasil soal siasat terhadap isteri mangsa dapati suaminya pernah ditahan polis berhubung kes jenayah narkotik,” katanya.
'Tetak dengan parang pun tak lut'
  • Salmah ketika menceritakan mengenai ular sawa yang ‘singgah’ di rumahnya di Kampung Pasir Puteh ketika ditemui pusat pemindahan banjirdi SK Pasir Puteh, Merchang Salmah ketika menceritakan mengenai ular sawa yang ‘singgah’ di rumahnya di Kampung Pasir Puteh ketika ditemui pusat pemindahan banjirdi SK Pasir Puteh, Merchang
1 / 1
MARANG - Seorang suri rumah terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik sebesar paha sepanjang kira-kira empat meter dengan berat lebih 30 kilogram ketika mahu mengemas barang-barang untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir, di sini.

Salmah Hamzah, 52, yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Pasir Puteh, Merchang, berkata, dia terdengar bunyi bising dari arah luar rumah sebelum ternampak ular sawa itu mahu menyambar seekor ayam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Salmah kemudiannya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil parang dengan niat mahu membunuh ular tersebut, namun usahanya gagal walaupun selepas beberapa kali ditetak.

Menurutnya, kulit ular itu seolah-olah ‘kebal’ dengan senjata tajam dan dia yang panik mengambil pula sebatang besi untuk memukul ular tersebut, namun tetap juga gagal menghalau reptilia itu.

“Mak cik buntu memikirkan bagaimana cara nak halau ular itu selepas ditetak pun tak lut, mungkin parang tumpul. Ketika itu juga mak cik teringatkan mesin rumput (bermata besi) ada disimpan di bahagian dapur rumah lalu mengambilnya.

“Makcik galas mesin rumput itu dan hidupkannya...  makcik halakan mata mesin rumput itu ke arah kepala ular itu sehingga ia cedera dan mati walaupun ketika itu makcik sebenarnya takut dan cemas,” katanya.

Salmah berkata, dia kemudian mendapatkan bantuan suami, Ariffin Said, 62, untuk mengalihkan ular berkenaan sebelum membuangnya ke dalam air yang mulai naik di pekarangan rumah mereka berikutan hujan lebat.

Menurutnya, pengalaman itu pertama kali dilalui sepanjang musim tengkujuh melanda dan berharap ia tidak berulang.


Malaysia perlu pertahan al-Qaradawi
  • al-Qaradawi
1 / 1
SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan Islam di negara ini mendesak Kerajaan Malaysia bersuara mempertahankan ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi yang kini berdepan waran tangkap dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) berdasarkan permintaan Kerajaan Mesir.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ini peluang kepada Malaysia menyuarakan pendirian mewakili suara dunia yang menolak penindasan terhadap Islam.

“Sebagai negara Islam, Malaysia perlu bersatu bersama kerajaan lain, contohnya Turki yang dilihat tegas mengutuk penindasan terhadap Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam Notis Merah dikeluarkan Interpol, 4 Disember lalu, al-Qaradawi, 88, yang juga Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dikatakan berdepan tuduhan 'merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri' di negara asalnya, Mesir.

Notis Merah bermaksud individu itu perlu dicari dan ditahan untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Abdullah Zaik berkata, Mesir menyalahgunakan saluran undang-undang selepas cubaan memburukkan imej gerakan Ikhwanul Muslimin yang mempunyai kaitan dengan al-Qaradawi gagal.

“Di Mesir, wujud gerakan melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan militan. Tetapi mereka (kerajaan Mesir) gagal berbuat demikian apabila hasil tinjauan mendapati hanya 20 peratus rakyat negara berkenaan melihat gerakan tersebut sebagai sebuah gerakan militan,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan Mesir dan Interpol sebagai jenayah antarabangsa yang membunuh demokrasi Islam.

Malaysia, al-Qaradawi ada hubungan baik

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, Notis Merah Interpol terhadap ulama terkemuka dunia itu merupakan penghinaan kepada Islam.

Menurutnya, al-Qaradawi merupakan ulama yang mempraktikkan kesederhanaan seperti yang dituntut Islam dalam menyebarkan dakwah kepada seluruh umat Islam dunia.

“Saya begitu kesal dengan tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu dikehendaki tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu.

“Mereka (Interpol) dilihat mengikut telunjuk kerajaan Mesir yang menggunakan undang-undang sebagai alat mengekang pengaruh ulama," katanya.

Beliau turut mengutuk tindakan Mesir menabur fitnah mendakwa al-Qaradawi sebagai ekstremis dan menggalakkan pembunuhan berlaku secara berleluasa.

“Jelas sekali tindakan ini sengaja dibuat bagi mengaburi kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka (kerajaan Mesir) membunuh orang Islam tanpa perikemanusiaan,” katanya.

Zaharuddin berkata, Kerajaan Malaysia perlu memberi respons terhadap nasib yang menimpa al-Qaradawi kerana hubungan baik yang sedia terjalin.

“Beliau (al-Qaradawi) merupakan individu yang banyak menerima pengiktirafan daripada negara kita, jadi kita perlu bangkit mempertahankan beliau,” katanya.

Tambahnya, tindakan Mesir dan Interpol seolah-olah memburukkan lagi perspektif masyarakat bukan Islam dunia apabila ulama terkemuka dikaitkan dengan aktiviti keganasan, pembunuhan dan militan.

Al-Qaradawi simbol suara demokrasi, perlu dibela

Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azril Hanafi berkata, tindakan Interpol menyenaraikan al-Qaradawi sebagai individu yang dikehendaki merupakan sebahagian daripada perang antarabangsa terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin.

“Al-Qaradawi sentiasa menyatakan sokongan peribadi terhadap gerakan berkenaan terutama di Mesir.

“Pendirian Interpol ini juga dilihat lebih teruk daripada pendirian Mesir yang telah membuang beliau (al-Qaradawi) dari negara itu dan mengharamkannya pulang ke tanah air,” katanya.

Azril turut meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Mesir dan Interpol dan membela al-Qaradawi.

“Perpaduan dan kesepakatan negara-negara Islam sekali lagi teruji dengan rancangan menjauhkan golongan ulama daripada masyarakat umum,” katanya.

Pengerusi Yayasan Rights, Yusmadi Yusoff pula berkata, Malaysia perlu segera mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir supaya menarik balik waran tangkap ke atas al-Qaradawi yang dikeluarkan Interpol bagi pihak negara itu.

Katanya, bantahan itu penting kerana al-Qaradawi adalah suara tegas yang lantang menolak pendekatan pelampau agama pada ketika dunia kekurangan tokoh untuk berdepan dengan cabaran ekstremisme agama seperi militan IS.

“Maka mempertahankan Dr Yusuf al-Qaradawi daripada dizalimi oleh regim zalim Mesir adalah sama seperti kita melakukan tanggungjawab kita untuk mempertahkan suara sederhana warga dunia menentang regim tidak demokratik.

“Al-Qaradawi merupakan simbol suara demokrasi ulung yang berusaha keras membentuk dunia yang demokratik terutama di Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khamis lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia turut mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Interpol menarik balik notis tersebut dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, intergriti dan sifat berkecualinya.










6 GAMBAR : Korang Semua Pasti Tidak Akan Percaya Apa Sebenarnya Yang Tersembunyi Dalam Karpet Ini !!!

//
6 GAMBAR : Korang Semua Pasti Tidak Akan Percaya Apa Sebenarnya Yang Tersembunyi Dalam Karpet Ini !!! | Karpet ini mungkin kelihatan biasa-biasa saja, tapi sebenarnya …ia bernilai berjuta-juta ringgit Malaysia. Kenapa ? Sebabnya ialah .... Polis German telah menemui heroin seberat 43 kilogram di dalam karpet ini !!!
   
 
Ombak badai PPRT Pangkalan Atap
  • Keadaan ombak besar yang mula melanda penempatan PPRT Kampung Pangkalan Atap, petang semalam Keadaan ombak besar yang mula melanda penempatan PPRT Kampung Pangkalan Atap, petang semalam
1 / 1
KUALA BESUT - Sebanyak 48 keluarga yang tinggal di penempatan Program Perumahan Rakyat  Termiskin (PPRT) di Kampung Pangkalan Atap, di sini, diminta bersiap sedia untuk berpindah berikutan ombak besar mula membadai beberapa rumah.

Pengerusi JKKK Kampung Pangkalan Atap, Mohd Aziz Mahmud berkata, ombak besar yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam mencemaskan penduduk.

Menurutnya, sebanyak lapan keluarga yang terletak paling hampir dengan pantai sudah diarahkan berpindah segera bagi memastikan keselamatan mereka memandangkan ombak telah membadai dinding rumah.

“Fenomena ombak besar kali ini agak menggerunkan kerana ia agak tinggi dan kuat manakala baki penduduk yang belum berpindah berada dalam keadaan siap sedia dan kemungkinan besar akan dipindahkan pada petang ini (semalam),” katanya.

Mohd Aziz berkata, semua mangsa dipindahkan dengan bantuan lori Jabatan Bomba dan Penyelamat, kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun dan agensi lain ke balai raya kampung berkenaan.

Menurutnya, angin kuat berlaku sejak pagi semalam, namun berikutan air pasang besar ditambah angin kencang menyebabkan ombak besar.

“Setakat ini kawasan penempatan ini telah digenangi air dan pemindahan ini merupakan kali kedua dialami sebahagian kecil penduduk dan sebahagian kali pertama terpaksa berpindah sejak musim tengkujuh ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, di Kampung La, Hulu Besut  dan Kampung Patung dekat Kampung Bukit Payong, dinaiki air semula, pagi semalam, dengan jalan di Kampung La ditutup.
Artikel Berkaitan
Awas produk kosmetik maut buatan Jepun
  • GLUTAX 3GS dan GLUTAX 4G Premium diharamkan penggunaannya. GLUTAX 3GS dan GLUTAX 4G Premium diharamkan penggunaannya.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik tidak berdaftar jenama GLUTAX 3GS dan GLUTAX 4G Premium.

Kedua-dua produk yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah KKM, disahkan memalsukan bahan keluaran Syarikat Kyowa Hokko Bio Co. Ltd berpangkalan di Jepun.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu tidak selamat digunakan dan boleh membahayakan kesihatan.

“Tindakan rampasan akan dilakukan pihak KKM terhadap dua produk berkenaan mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

“Mana-mana individu yang mengeluarkan, mengimport, menjual dan membekalkan produk jenama itu boleh dikenakan denda melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Manakala syarikat yang melakukan kesalahan itu, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda maksimum RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM di talian 03-78413200 atau emel pharmacy1@moh.gov.my.
Bachok dilanda banjir air masin
BACHOK – Sekurang - kurangnya 15 buah rumah berdekatan Pantai Kemayang dilanda banjir air masin malam tadi.

Kejadian dikatakan bermula sekitar jam 7.30 malam semalam ketika angin kuat dari laut membadai ombak lalu melimpahi kediaman penduduk sehingga paras satu meter.

Ia bagaimanapun semakin surut beberapa jam kemudian menjelang dan keadaan dijangka kembali normal menjelang pagi esok.

Penduduk mendakwa fenomena air pasang besar itu dijangka berlaku tiga malam berturut-turut.

Namun sehingga kini tiada kemalangan jiwa yang dicatatkan berikutan penduduk segera berpindah ke tempat lebih tinggi sementara menunggu air surut.

Tiada ulasan: