• Kieu Chai menunjukkan rumpai miang mexico yang ditemui di Taman Saujana, Rompin Kieu Chai menunjukkan rumpai miang mexico yang ditemui di Taman Saujana, Rompin
1 / 1
JEMPOL - Rumpai miang mexico kini dikesan di Taman Saujana dekat Rompin di sini, selepas rumpai itu dijumpai oleh Pemangku Ketua Kampung Tanah Panjis.

Rumpai berkenaan sebelum ini dikesan di Kampung Baru Saga, Rantau dan Kuala Pilah,  ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian serta ternakan selain kesihatan manusia.

Pemangku ketua kampung berkenaan, Tea Kieu Chai berkata, sekitar jam 8 pagi dia berjalan di kawasan itu dan ternampak beberapa pokok yang agak unik dan cantik.

Menurutnya, dia melihat pokok berkenaan dan percaya ia menyerupai rumpai miang mexico seperti yang dilihatnya dalam akhbar baru-baru ini.

“Kemudian saya menghubungi Pejabat Pusat Khidmat Dun Jeram Padang di sini dan memaklumkan perkara itu.

“Tidak lama kemudian beberapa wakil dari Pejabat Pertanian Jempol datang ke lokasi dan mengesahkan tumbuhan tersebut memang rumpai miang mexico,” katanya ketika ditemui.

Sinar Harian difahamkan,  rumpai akan dihapuskan dalam masa terdekat memandangkan ia boleh memudaratkan kesihatan  sekiranya tersentuh.

Pada masa yang sama, Kieu Chai turut dimaklumkan terdapat beberapa pekebun menjumpai rumpai itu di kawasan kebun mereka.

“Bagaimanapun, mereka bertindak memusnahkan sendiri kerana menganggap ia adalah tumbuhan biasa.

“Atas nasihat pihak pertanian, penduduk memandang serius mengenai kewujudan rumpai itu . Mereka di larang mengambil tindakan sendiri menghapuskan rumpai sebaliknya mereka diminta untuk memaklumkan kepada pihak pertanian sekiranya menemui rumpai tersebut,” katanya.

Kisah pencuri telur dan polis hati mulia

Alabama: Kisah seorang ibu dan nenek berusia 47 yang terpaksa mencuri lima biji telur di sebuah pasar raya di Tarrant, di sini, tetapi tidak ditahan, sebaliknya dibantu seorang pegawai polis sehingga menjadi viral sepanjang minggu ini berikutan mencuit emosi masyarakat seluruh dunia terus menjadi bualan.
Terbaru, pegawai polis terbabit, William Stacy diberi penghargaan oleh Majlis Perbandaran Tarrant, Alabama, Amerika Syarikat, manakala wanita itu, Helen Johnson semakin mendapat perhatian selepas tidak putus-putus menerima bantuan bukan saja daripada penduduk Amerika Syarikat, malah penduduk Australia turut menghulurkan pelbagai sumbangan.
Pada 6 Disember lalu, Helen yang tinggal bersama dua anak, seorang anak saudara dan dua cucu berusia 1 dan 3 tahun menyembunyikan lima biji telur dalam poketnya, tetapi telur berkenaan pecah.
Sebaik tiba di pintu keluar, dia ditahan oleh William dan diminta untuk menunggu namun diberitahu pengurusan tidak akan membuat laporan ke atasnya.
Helen memberitahu William bahawa di rumah tiada makanan dan dia tidak mampu untuk membayar harga telur berkenaan.
Pegawai polis itu kemudian membelikan telur dengan syarat wanita itu berjanji untuk tidak mencuri lagi.
Klip video mereka sedang berpelukan menjadi viral selepas itu dan William diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Tarrant, Loxcil Tuck yang turut memuji usaha Jabatan Polis Tarrant menganjurkan program bantuan untuk Helen dan individu lain yang memerlukan.
Minggu lalu, William serta beberapa pegawai polis lain membawa dua lori barang makanan untuk diberikan kepada Helen. - Al.com
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 1:59 PM
Kisah William dan Helen mencuit emosi sehingga William menerima penghargaan (gambar kecil) FOTO AP/Al.com