Jumaat, 26 Disember 2014

YANG ATAS BEGITU HIDUPNYA....YANG DIBAWAH BEGINI HIDUPNYA



Tujuh beradik tidak bersekolah
  • Md Sani bersama isterinya, Fatimah Sulaiman dan anak-anaknya yang hadir pada sidang media, semalam. Md Sani bersama isterinya, Fatimah Sulaiman dan anak-anaknya yang hadir pada sidang media, semalam.
1 / 1
PASIR GUDANG - “Orang mungkin melihat saya ketawa, tapi mereka tak tahu sebenarnya hati saya menangis mengenangkan nasib tujuh anak saya yang tidak dapat ke sekolah kerana tidak memiliki surat beranak,” luahnya dalam nada sebak.

Pengawal keselamatan, Md Sani Pannot, 47, mendakwa dia berdepan masalah menguruskan sijil kelahiran enam anaknya itu selepas sijil pernikahannya di selatan Thailand dirampas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) pada awal 1997.

Menurutnya, masalah kewangan dan kurang pengetahuan mengenai prosedur pendaftaran semula perkahwinan di negara ini menyebabkan perkahwinan bersama isteri pada Ogos 1994 tidak didaftarkan sehingga didatangi Jaij.

“Selepas sijil pernikahan saya di selatan Thailand diambil Jaij, dua kali saya ke jabatan berkenaan, tapi mereka meminta saya balik dan akan dihubungi kemudian.

“Sampai sekarang saya tak pernah menerima maklum balas daripada mereka sehingga membebankan saya apabila berdepan urusan dalam mendaftarkan kelahiran anak-anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya pada sidang media di Pusat Aduan Rakyat (PAR), kelmarin.

Md Sani berkata, sebagai seorang bapa, dia teringin melihat anak-anaknya ke sekolah demi masa depan cerah.

Bagaimanapun menurutnya, usahanya beberapa kali berulang-alik ke JPN untuk menguruskan sijil kelahiran anak-anaknya tidak berjaya membuatkan dia berputus asa.

“Ramai datang berjanji nak tolong, tapi tak ada kesudahannya apabila masing-masing mengharapkan habuan daripada saya.

“Saya terpaksa mencari inisiatif sendiri membeli buku dan mengajar anak-anak membaca, menulis dan mengira, meskipun sedih mengenangkan nasib mereka.

“Insya-ALLAH sekiranya urusan sijil kelahiran selesai, saya akan menghantar anak-anak ke sekolah semula,” katanya.

Sementara itu, Penyelia PAR Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan  JPN dalam masa terdekat untuk menguruskan sijil kelahiran tujuh beradik tersebut termasuk MyKad untuk anak sulung pasangan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga akan merujuk kepada Jaij untuk mengetahui status sebenar dakwaan Md Sani mengenai sijil pernikahannya yang diambil pihak tersebut.

“Kita bersedia untuk membantu keluarga ini sehingga selesai tanpa apa-apa bayaran hanya dengan syarat mereka boleh memberikan kerjasama.

“Sekiranya anak-anak ini nak sekolah juga kita akan bantu dari segi pendaftaran persekolahan untuk sesi Januari tahun depan,” katanya.



Ajal sehari selepas khatam al-Quran

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua khatam al-Quran kelmarin tidak berpanjangan apabila dia meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Kampung Kesom Che Nordin, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu Mangsa Nurrashidah Baharuddin, 14, tergelincir ke dalam sungai ketika berjalan bersama kakak dan adik lelakinya di alur sungai di kampung terbabit.
Mangsa yang cuba diselamatkan dua saudara kandungnya namun gagal selepas kedua-duanya juga hampir lemas di dalam alur sungai sedalam tiga meter itu.
Menurut bapa mangsa, Baharuddin Abdullah, 40, anak keduanya itu ditemui kira-kira 12.40 tengah hari oleh orang kampung dan anggota bomba yang tiba tidak lama selepas kejadian berlaku.
Katanya, ketika kejadian, dia berada di rumah dan bergegas ke sungai terbabit selepas dimaklumkan penduduk kampung mengenai kejadian malang itu
"Saya cari anak di sekitar sungai tapi tak jumpa dan lebih sejam kemudian barulah dia ditemui di dasar sungai.
"Sebak hati melihat keadaan anak terbujur kaku dan pucat diangkat anggota bomba yang menjalankan operasi dan menyelamat ketika itu.
"Semalam saya cukup gembira kerana dia berjaya menamatkan pengajian al-Quran namun hari ini kegembiran itu lenyap," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya, petang tadi.
Sementara itu, Ketua Operasi Penolong Bomba Kanan ll Syukri Zahari berkata, pihak menerima panggilan jam 10.52 pagi dan tiba di lokasi kejadian dengan 22 anggota dari Balai Bomba Kuala Berang, Hulu Terengganu termasuk polis dan Jabatan Pertahan Awam (JPAM).
"Mayat mangsa ditemui anggota bomba dan orang awam di dasar sungai kira-kira tiga meter dari lokasinya terjatuh sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 7:18 PM

ANGGOTA bomba mengangkat jenazah Nurrashidah yang lemas. Gambar kecil, adik Nurrashidah.

 

 

 

 

Yess…inilah PM terbaik untuk Malaysia! – Shahbudin Husin





Ketika rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pahang didakap sengsara akibat banjir yang dianggap paling buruk kali ini dan ramai pula yang tertanya-tanya di mana Perdana Menteri, Najib Razak dalam detik sengsara ini? The Washington Post akhirnya tampil memberikan jawapan yang kita tunggu-tunggu.
Dalam laporannya, ia melaporkan Najib kini sedang bercuti di Hawaii dan turut bermain golf dengan santai dan riang bersama Presiden Amerika, Barack Obama.
Sebagaimana tahun lalu, terbukti sekali lagi Najib bercuti  ke luar negara ketika musim sambutan Krismas sedang berlangsung. Sebagaimana tahun lalu, percutiannya kali ini mungkin juga sehingga sambutan tahun baru 2015 nanti.
Kesanggupan Najib bercuti di Hawaii, bergembira dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di pantai timur sedang menderita kesejukan, kelaparan dan mengalami kemusnahan harta-benda, tidak lain membuktikan beliaulah perdana menteri “terbaik” untuk negara ini.
Lupakanlah untuk menukar perdana menteri dengan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim atau sesiapa saja dan lupakanlah juga kehebatan Mahathir Mohamad membangunkan negara ini selama 22 tahun pemerintahannya kerana semuanya tidak terlawan dengan kehebatan Najib yang baru enam tahun dengan kuasanya.
Najib bukan saja hebat dengan kejayaan meningkatkan hutang negara, menghapuskan subsidi minyak dan gula, memansuhkan pelbagai akta, bangga dengan ungkapan “haram jadah” dan “bangang”, bermewah serta membazir harta negara dan banyak lagi yang jumlahnya tak terkira, tetapi juga hebat dari segi kekentalan jiwa kerana tidak peduli dengan rakyat yang derita.
Tiada mana-mana perdana menteri sebelum ini yang ketika negara ditimpa bencana besar seperti banjir yang sedang melanda ketika ini, namun masih sanggup bercuti di Hawaii dan bermain golf dengan Obama yang menjadi idolanya.
Bagi manusia bernama Najib ini, kepentingan dirinyalah yang lebih utama daripada segala-galanya. Ketika beliau mula bercuti, banjir baru saja bermula dan tidak terdetik pun di hati kecilnya mahu menangguhkan percutiannya. Semasa di Hawaii pula, sudah tentu beliau diberi khabar oleh para pegawai dan macainyan tentang banjir yang semakin buruk, tetapi tetap tidak bersedia memendekkan pemergiannya.
Cuti dan agenda peribadi tetap lebih penting biar apa pun yang sedang berlaku dalam negara. Maka, inilah perdana menteri terbaik untuk kita semua.
Umno dan 47% pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) seharusnya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Najib ini. Mereka bolehlah terus mempertahan dan mengagungkannya walaupun ramai yang sudah kehilangan kata-kata apabila melihatnya bergembira dan bertepuk bahu sambil bermain golf dengan Obama.
Walaupun banjir terus menggila, Najib tidak perlu pulang segera. Teruslah bercuti di Hawaii dan Amerika. Sehari dua selepas ini postinglah gambar dalam Facebook atau Twitter ketika syok membeli-belah bersama Rosmah pula.
Yesss...inilah perdana menteri “terbaik” untuk Malaysia. – shahbudindotcom.blogspot.com, 25 Disember, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

10:33AM - 26 Dec 2014

Doktor terkandas ucap 'selamat bercuti' pada PM


BLOG LANGSUNG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir yang berlaku.


9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama.

9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu.

Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu.

8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir.

Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan.

8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk.
Hospital Kuala Krai bergelap, pesakit dalam bahaya
KUALA LUMPUR - Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.

Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital

Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.

Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulis.

Beliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.

"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.

"Kuala Krai telah bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," beliau dalam catatannya.

Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata, helikopter telah tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.

"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.

"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi-bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.

Beliau berkata, helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.

"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing.

"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.

Dr Adibah berkata, pesakit berasa kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.

Beliau berkata, satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu. - Bernama
Foto dari Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.
Mayat bayi ditemui dalam tandas pusat beli-belah
KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tandas sebuah pusat beli-belah di Jalan Kepong di sini hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh tukang cuci yang bertugas membersihkan tandas wanita tingkat bawah Kompleks Brem Mall, pukul 3.15 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira 36 jam lepas dan disorokkan dalam sebuah beg kanvas yang ditinggalkan dalam tandas bahagian belakang.

"Ia kemudian dipercayai ditemui pencuci berkenaan setelah mengesan bau yang mencurigakan daripada beg berkenaan dan kemudian menghubungi pengawal keselamatan untuk membukanya," katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata, mayat tersebut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama
Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup
  • Permandangan dari udara Bandar Kota Baharu yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kota Bharu semalam. - Foto Bernama Permandangan dari udara Bandar Kota Baharu yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kota Bharu semalam. - Foto Bernama
1 / 1
KOTA BHARU - Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan bandar ini dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini ditutup kepada semua lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan sudah meningkat melepasi jambatan itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata ia ditutup kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna.
"Ia ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dinaiki air sejak semalam berikutan banjir buruk yang melanda negeri ini terutama di kawasan Ulu Kelantan iaitu Gua Musang dan Kuala Krai.
Air dari kawasan berkenaan sedang mengalir ke arah Utara Kelantan iaitu jajahan Kota Bharu. - Bernama


Tiada ulasan: