ROHINGYA: Perjuangan Seorang Mudir Pondok... Posted on Wednesday, October 10 @ 09:00:28 UTC Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: OrangSik
"Barangkali kerana berkat keikhlasan rakan-rakan yang sering bersama-sama kami di NGO WARGAKILANG dlm expedisi Jln-Jln Masuk Kg memberi sumbangan kpd orang-orang miskin agaknya, maka dalam suatu expedisi masuk kg dua tiga tahun yang lepas, Tuhan mentakdirkan kami untuk singgah dan berkenalan dengan Mudir sebuah pondok di pedalaman Sik Kedah.
Nama beliau Ustaz Hj Ismail Hj Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah.
Kisah perjuangan beliau bersama beberapa orang lagi rakan Ustaznya mengorbankan kepentingan duniawi, mengasingkan diri tinggal di pondok pedalaman bersama-sama lebih drpd 300 orang anak muridnya ini, demi mempastikan kesinambungan system pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh para Sahabat (yang dikenali sebagai Ahli Suffah) di masjid Nabawi di zaman awal Hijrah Nabi SAW ini ada saya catatkan di bawah tajuk “Selangkah ke Alam Pondok” – ada melekat di google.com.
Sekali tu dalam satu program Jln-Jln Masuk Kg di daerah Sik, kami ajak Ustaz Ismail join sekali. Bila dia tengok sendiri macam mana modus operandi kami yang pastikan sumbangan beras, gula kopi dan barangan keperluan harian yg kawan-kawan bagi tu sampai terus ke sasaran – terus ke pelantar rumah org2 miskin dan susah itu, beliau terus jadi berminat dengan aktiviti kami. Lalu, pada tahun lepas, dengan kerjasama rakan-rakan di NGO Wargakilang, kami telah berjaya menyempurnakan aktiviti gotong royong di Pondok berkenaan, dan diikuti dengan majlis korban perdana pada tahun 2011 melibatkan 15 ekor lembu.
Setakat itu sajalah aktiviti kami bersama Ustaz Ismail ini, hinggalah baru-baru ini bila timbul isu penyembelihan ummat Islam di bumi Rohingnya.
Kami dapat panggilan dari Ustaz Ismail, dia minta nak pinjam baju NGO WARGAKILANG. Dia kata dia nak pi Rohingya, nak pi survey tengok apa yang boleh dibantu. Dia cakap, dia tak tau nak pi atas nama NGO apa, sebab WARGAKILANG antara dia kenal, dia minta kebenaran nak pi atas nama WARGAKILANG.
Kami yang memang berminat nak pi, tapi ikhlas habag memang tak berani nak pi ini rasa berbesar hati yang amat sangat bila beliau nak pi mewakili kami.
Lalu, pada bulan September 2012 yang lalu, Ustaz Ismail bertolak keluar dari Pondok beliau di pedalaman Sik Kedah itu terus ke Hadnyai, naik kapalterbang ke Chiangmai di Utara Thailand. Dari Chiangmai, bersama-sama dengan Ustaz Tarmizi dari MAPIM (TERAS) dengan dibantu oleh Ustaz Amin dari Pattani (Pengerusi Majlis Syura Thailand), depa naik Van perjalanan sejauh 500km ke kem pelarian Rohingya tidak jauh dari sempadan Thailand/Myammar di sebuah pekan kecil bernama Mesot.
Mesot adalah sebuah pekan kecil yang menempatkan ramai pelarian dari Rohingya, tapi kebanyakannya adalah pelarian yang terdahulu, bukan dari kumpulan yang kena sembelih baru-baru ini.
(Ustaz Ismail baju oren dan Ustaz Amin berbaju Melayu bersama wakil penduduk Islam Rohingya di Mesot)
Dalam taklimat yang disampaikan oleh penduduk Islam di Pusat Pendidikan Islam Rohingya di pekan Mesot ini, Ustaz Ismail dimaklumkan bahawa setiap hari dan hampir setiap jam ada ummat Islam Rohingya yang menjadi mangsa ethnic cleansing (pembunuhan kaum) di bumi Arakan di sebelah sempadan sana.
(Salah seorang pengiring Ustaz Ismail, orang Islam Rohingya sedang bercakap dengan ayahnya dari Arakan yang menalipon secara sembunyi-sembunyi memaklumkan sanak saudara mereka yang terkorban)
Tak puas hati agaknya sebab tak dapat lihat sendiri mangsa kekejaman Mymmar ini, lalu Ustaz Ismail dan kawan-kawannya terus himpit ke pintu sempadan Myammar yang menempatkan kumpulan pelarian Rohingya yang terbaru, iaitu kira-kira 100 km jauhnya dari pekan Mesot.
Dalam perjalanan ke sana, ada pick up truck yang dipercayai SB Myammar memantau pergerakan mereka. Berani depa ni, silap-silap kena tembak macam tu saja!
Tapi Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku kpd Ustaz Ismail dan rakan-rakannya. Namun begitu, misi Ustaz Ismail untuk melihat sendiri suasana kem pelarian di sebelah sempadan Myammar sana terbantut apabila mereka ditahan oleh beberapa orang Polis Thailand berhampiran pintu sempadan.
(Ustaz Amin, Ustaz Ismail dan Ustaz Tarmizi (MAPIM/TERAS) ditahan oleh sepasukan Polis sewaktu mereka cuba menghampiri pintu sempadan)
Lalu, perjalanan Perjalanan Ustaz Ismail dan rakan-rakannya berakhir di sini.
Bila balik mai ke Malaysia, Ustaz Ismail mai jumpa kami:
(Ustaz Ismail berserban - sedang memberi taklimat kpd AJK Wargakilang)
Ustaz habag kalau tak boleh masuk ikut sempadan Thailand, dia nak cuba pi ikut Bangladesh pula. Dia kata, dia dapat maklumat sahih bahawa di sebuah tempat bernama TEKNAF, di sempadan Bangladesh/Myammar terdapat ribuan pelarian terbaru Rohingya dari Arakan yang sedang diancam kebuluran. Dalam keadaan kekurangan khemah tempat tinggal, makanan dan perubatan ini, dimaklumkan setiap hari ada 20 orang MATI.
Kata Ustaz Ismail:
“Monier, ana rasa kita kena bantu depa ni, yang dah mati di bumi Arakan itu biaq lah depa mati, ini yang masih hidup ini, kita kena bantu dan selamatkan mereka. Ini tugas kita sebagai seorang Islam ini!!”
Semangat sungguh Ustaz Ismail ini, sajalah saya tanya dia, saya kata:
“Ustaz, saya duk dengar ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid-masjid itu, depa cakap kalau berlaku peperangan bukan di Negara kita , tugas mempertahankan ummat Islam adalah FARDU AIN untuk orang-orang Islam di sana saja, sedangkan ke atas kita hukumnya cumalah FARDU KIFAYAH. Jadi, dalam kes Rohingya ini, kenapa kita nak kena pulun sangat? – fardu kifayah saja, biaq depa saja lah buat”
Ustaz cakap:
“FARDU KIFAYAH itu kalau orang-orang Islam di sana masih mampu berjuang seperti di Palestine dan sebagainya, tapi di Rohingya ini senjata apa pun tak ada, hatta kalau nak sembelih lembu pun kena pi BALAI POLIS, isi borang ambik Pisau, lepas sembelih kena serah balik.”
Ustaz kata: Kita bukan nak pi perang, nak pi bagi bantuan kemanusian di kem pelarian itu saja, tak kan tak boleh kot.
Lagi pun, kata Ustaz Ismail, Ulamak Muktabar Dunia, Al-Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili telah pun mengeluarkan Fatwa Terkini yang mengatakan bahawa HUKUM membantu ummat Islam Rohingya adalah FARDU AIN ke atas setiap ummat Islam di muka bumi ini.
Dalam Hadith Nabi SAW pun ada kata:
“Sesiapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan Ummat, maka dia bukanlah di kalangan ummatku”
Ha teruk tu kalau di Akhirat nanti Nabi tak mengaku ummat, jenuh duk sesat di Padang Masyar.
Penutup:
Seperti yang saya tulis di awal cerita tadi, Ustaz Ismail adalah seorang Mudir dari sebuah pondok tradisional yang warisannya berakar umbi ke zaman Ahli Suffah di zaman awal Hijrah Nabi SAW dan para sahabat.
Kisah Ahli Suffah (para sahabat yang meninggalkan kesenangan hidup di Mekah berhijrah ke Madinah, hidup dalam kemiskinan, tinggal di pinggir masjid berjihad menjaga dan mengawal rumah-rumah Nabi SAW, menuntut ilmu terus dari Nabi dan menjadi penghafal hadith Nabi SAW) ini ada disebutkan di dalam Al-Quran, firmah Allah SWT yang bermaksud:
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh Jihad) di Jalan Allah.; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang dengan secara mendesak; dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui “ – [Al-Baqarah ayat 273]
Pada 23 hb October 2012 ini, Ustaz Ismail nak pi bantu Rohingya lagi. Kali ini beliau akan bertolak ke Teknaf, kem pelarian Rohingnya di sempadan Bangladesh/Myammar iaitu kem yang terdekat dengan bumi Arakan. Misi Ustaz Ismail bukanlah hendak turun berperang tetapi untuk menghulurkan bantuan kemanusian kepada mereka yang masih bernafas di kem pelarian sana, yang kini sedang diancam wabak kebuluran.
Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 273 di atas, Ustaz Ismail tidak meminta-minta kerana ianya bukanlah sifat pewaris Ahli Suffah seperti beliau, cuma sanya kami di NGO Wargakilang saja yang teringin nak bantu beliau, tapi kami pun tak ada dana, lalu berkesempatan di sini kami ingin memohon jasa baik sesiapa yang ingin membantu misi Ustaz Ismail ini, bolehlah hubungi beliau sendiri di talian 013-4884814. Kami dimaklumkan beliau akan ke sana bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya dari NGO MAPIM/TERAS. Boleh hubungi beliau untuk maklumat akaun dan sebagainya.
Moga sedikit bantuan kita ini akan dicatat sebagai balasan PAHALA yang berkekalan di SANA kelak, di hari yang tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amal kerja baik kita di muka bumi ini.
Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
9.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com"
200 Peniaga Melayu di Uptown Bandar Perda diarah henti niaga?.. Pencacai UMNO KANTOI lagi Posted on Wednesday, October 10 @ 01:19:51 UTC Dilulus untuk paparan oleh aya |
Blog Anak Sungai Derhaka
Print screen di atas adalah dri sebuah blog pencacai UMNO yang menyebar fitnah kononnya 200 peniaga Melayu dianiaya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Lagi yang ditulisnya ialah..
Lebih kurang 200 peniaga MELAYU Uptown Bandar Perda,Bukit Mertajam Penang berhimpun membantah cadangan merobohkan gerai mereka oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Masing-masing telah menerima notis dari pihak majlis untuk merobohkan premis mereka.
Sebelum ini semasa BN memerintah, mereka berniaga dengan aman damai tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.
Apalah nasib peniaga melayu ini. Hanya memasang khemah yang bukannya struktur kekal, habis hendak dirobohkan oleh penguatkuasa MPSP berbangsa melayu yang hanya menurut arahan dari pihak atasan.
Perniagaan orang melayu semakin mendapat perhatian ramai pengunjung di Uptown Bandar Perda terutamanya di malam minggu bakal terjejas dek sifat kejam dan irihati Guan Eng melihat melayu maju berniaga.
Jahanam Guan Eng dah serupa macam Zionist Yahudi!
Pecacai pakatan semua, masihkah anda butakan mata, buta kan hati melihat penganiayaan yang telah dilakukan oleh rejim DAP di bawah Guan Eng ini?
Begini lah nasib melayu yang bakal menimpa lebih teruk lagi sekiranga orang melayu menyerahkan pemerintahan kepada PR...
Pepatah berkata jangan biarkan nasi menjadi bubur, jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.
Apa yang sebenarnya berlaku? Printscreen di bawah adalah kenyataan dari Ahli Majlis MPSP yang juga Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali tentang insiden ini..
Bagaimanapun kenyataan oleh Amir di atas walaupun itu adalah benar ianya masih boleh dianggap memihak kerana beliau adalah Ahli Majlis..
Berikut pula adalah print screen dari FB salah seorang peniaga di Uptown tersebut tentang insiden demo ini..
Dan berikut juga dari FB salah seorang peniaga di Uptown Bandar Perda itu..
Adakah dalam FB peniaga-peniaga di Uptown Bandar Perda di atas mereka mengakui demo tersebut dilakukan oleh mereka?
Tidak ada jawapannya... kesemua mereka yang terlibat dalam demo itu tidak ada kena mengena dengan Uptown Bandar Perda kerana mereka bukanlah peniaga di situ.
Jadi kali ini Blogger pencacai UMNO yang menyiarkan fitnah tentang isu ini telah dikantoikan oleh para peniaga di Uptown tersebut sendiri..
Dan.. aku dimaklumkan bahawa ada pemimpin UMNO yang menjadi dalang kepada demo ini.. ianya bertujuan hanya untuk memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang...
PAS Perlu ‘Fikrah Tulen’ Utk Kesinambungan Perjuangan Posted on Tuesday, October 09 @ 15:50:09 UTC Dilulus untuk paparan oleh aya |
Oleh: ustaznik
"PAS akan mengadakan muktamar tahunannya pada 14 November 2012 ini. Pilihanraya Umum ke 13 sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki buat semua. Bagi BN, ia bukan setakat teka-teki bahkan insyaAllah menjadi igauan panjang tentang nasib BN selepas PRU 13 nanti. Jika ditaqdirkan Pakatan Rakyat menang dan menguasai Malaysia, maka ia satu lagi sejarah baharu buat PAS dan Pakatan Rakyat. Ia juga akan menjadi satu cabaran buat PAS dalam kondisi politik yang lebih luas sepak terajangnya.PAS adalah gerakan dakwah dan politik. Perjuangannya adalah mata rantai dari perjuangan Islam sebelumnya.
Justeru, sekiranya ia menjadi pemerintah sekalipun, sifat asalnya sebagai gerakan dakwah dan politik tidak pernah dan tidak boleh dilarut dan dicairkan dalam suasana baharu hanya semata-mata ia sudah memerintah dan menjadi kerajaan. Cuma pendekatan berbeza mengikut suasana. Pepatah Arab menyebut ‘li kulli maqamin maqal’ (Bagi setiap keadaan dan suasana itu ada penjelasannya tertentu).
Apabila disebut sifat asal gerakan, maka ia adalah prinsip perjuangan. Sementara mereka yang menjulang dan membawa gerakan itu pula, mestilah dari kalangan mereka yang telah memahami benar-benar apa yang dibawa. Bagi memahami perkara ini, seharusnya mereka telah melalui proses-proses tertentu dalam gerakan itu sendiri. Dengan lain perkataan yang lebih direct dan mudah, mereka ini mesti melalui proses tarbiyyah yang dikendalikan oleh gerakan PAS, yakin dengan tarbiyyah yang diterima, wala’ kepada jemaah yang disertai dan bersedia menjadi pejuang sejati dalam PAS.
Di dalam PAS, latarbelakang pendidikan ahlinya pelbagai. Kepelbagaian pendidikan formal atau tidak formal tidak menjadi masalah jika tarbiyyah PAS diterima secara betul. Aktiviti tarbiyyah formal atau tidak formal. Usrah, tamrin, mukhayyam, penglibatan dalam pilihanraya, demonstrasi aman dan lain-lain bermaksud membentuk fikrah dan jatidiri sebagai seorang ahli PAS sebenar. Mereka yang sedari awal menerima tarbiyyah PAS secara formal ini di pelbagai peringkat umur dan persekolahan hingga ke IPT atau yang hanya tinggal di kampung insyaAllah mempunyai fikrah gerakan yang jelas.
Mungkin istilah ‘fikrah tulen’ itu agak subjektif. Bentuk yang bagaimana? Apa maksudnya? Bagi saya yang mengutarakan istilah ‘fikrah tulen’ ini, ia bermakna bahawa ahli, pendokong PAS yang telah melalui proses tarbiyyah tertentu menurut ‘skima’ formal atau tidak sehingga ia sebati dalam diri dan membawa perjuangan PAS ini sebagaimana yang sepatut dan semestinya. Mungkin juga berlaku pendekatan-pendekatan yang berbeza hasil dari pemahaman yang berbeza terhadap situasi berbeza, namun ia tidaklah mengutarakan pandangan-pandangan yang pelik kepada gerakan itu sendiri sehingga kelihatan bahawa mereka yang mengutarakan pandangan pelik ini sebenarnya tidak biasa dan tidak mendokong fikrah yang jelas dalam gerakan ini menurut ‘kacamata’ yang sebenar.
PAS sebenarnya sebuah gerakan dakwah dan politik yang hebat. Ia berjaya mengharungi liku-liku perjuangan untuk tempoh masa yang agak lama dengan tribulasi dan ujian-ujian yang tidak mudah sepanjang perjuangannya. Ia juga sebuah gerakan yang terbuka sifatnya. Sesiapa boleh menyertainya. Prinsip tidak berubah. Strategi dan pendekatan sahaja boleh berubah. Kalau ia pernah dilihat sebagai ortodok seperti pandangan seorang pemimpin Umno yang menyertai PAS sekarang, maka ia adalah persepsi beliau. Pemimpin PAS yang ada sekarang ini juga yang telah ada sebelumnya. Justeru, mengapa ia harus menjadi tajuk besar dalam lidah rasmi seperti Harakahdaily?
Keterbukaan PAS menerima sesiapa yang mahu menyertainya menyebabkan tidak kurang juga dari kalangan mereka yang pernah menerima tarbiyyah gerakan dakwah selain PAS. Dari segi adab berjemaah, sepatutnya apabila telah menyertai PAS, wala’ mesti kepada Allah dan rasul dan kemudian kepada pemimpin dan jemaah yang disertai sekarang. Tulisan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengenai jatidiri ahli PAS dalam harakah cetak sangat disokong. Itu sepatutnya yang berlaku. Demikian juga aliran-aliran janggal dan pandangan-pandangan pelik dari ‘fikrah tulen’ PAS mesti dijauhi.
Pandangan saya ialah jika PAS mahu perjuangannya terus relevan, segar dan kesinambungannya ada, ‘fikrah tulen’ dari kalangan pemimpin PAS yang telah melalui tarbiyyah asal ini mesti didahulukan dan bersedia mengambil pelbagai pendekatan dakwah dan politik semasa tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti yang sudah tergaris dan digariskan dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
PANASS Salahlaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Posted on Tuesday, October 09 @ 15:30:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh aya |
Blog Kedah La
SUK – DATUK RASLI DI HUJUNG TANDUK
Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.
Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.
Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.
Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.
Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.
Ahli MDKP: Basir Ismail (kanan), Jamal Nasir (kiri) melancarkan kempen desak Rasli letak jawatan
Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah:
(1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku ‘conflict of interest’ yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.
Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku.
(2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri.
(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.
(4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra virus.
(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.
(6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan
(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner “Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan” di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.
Semua tindakan tersebut memberi tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.(4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra virus.
(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.
(6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan
(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner “Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan” di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.
Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.
Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.
Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri.
Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya. Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi ‘orang nombor satu’ dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.
Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti ‘anak bapak’ (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa.
Jika tidak ada halangan atau “chah keting” dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri?
Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.
Oleh kerana itu, Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.
Sebagai penulis artikel ini, saya tidak peduli siapakah mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.
Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka.Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan tersingkir? Posted on Tuesday, October 09 @ 15:20:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh aya |
Blog wartautara.com
Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kini beliau sudah 'throw the towel'. Tidak hadir beberapa kali Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan sengaja serta asyik berada di luar negara (yang sebahagiannya adalah tanpa pemakluman kepada YAB Menteri Besar).
Ketidakhadiran beliau dalam Majlis Mesyuarat Exco, menyerlahkan bahawa krisis yang berlarutan selama ini tidak terbendung lagi.
Apakah 'krisis' yang berlaku sebenarnya? Catatannya panjang. Rasli adalah seorang yang tidak menyempurnakan ketaatan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat. Sejak mengangkat sumpah sebagai SUK sehinggalah tiga kali membaharui kontrak SUK, banyak keputusan Majlis Mesyuarat Exco tidak dilaksanakan atau dibuat sambil lewa. Beliau tidak hadir di sebahagian besar program rasmi kerajaan negeri yang memerlukan kehadiran seorang SUK, kecuali dengan keberangkatan pihak istana.
Majlis Mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar adalah kepimpinan tertinggi kerajaan negeri yang menentukan dasar pentadbiran. SUK adalah pelaksana, yang akan mengeluarkan arahan kepada pegawai dan kakitangan. Catatan ini tidak perlu dibazirkan dengan mengungkap semua maklumat secara terperinci kegagalan beliau menjalankan tanggungjawab secara 1,2,3.... Cukup dengan satu contoh bagaimana dasar kerajaan negeri tidak dipatuhi, iaitu apabila Menteri Besar mengumumkan tidak menambah lesen baru arak dan judi, melainkan mengekalkan yang sedia ada. Malangnya semua pentadbiran daerah tidak menerima pekeliling tersebut dari SUK.
Pegawai Daerah yang faham akan laksanakan kehendak MB itu walaupun tanpa hitam putih, tetapi yang 'mengelat' akan bekerja hanya dengan perintah dan arahan. Ia memberi jawapan mengapa terdapat daerah (tidak semua), berlaku pertambahan pusat hiburan sebab ada pegawai yang beriman hanya dengan sekeping kertas. Tanpa sekeping kertas arahan itu, hukum Allah bersabit perkara maksiat dan mungkar pun tidak mampu mengatasi kuasa segelintir pegawai. Salah siapa dalam hal ini? SUKlah!
Adakah kemimpinan (politik) kerajaan negeri tidak bersalah dalam isu ini? Mereka pun bersalah, maksudnya MB serta semua Exco yang ada. Perhitungan politik terlalu diutamakan. Kononnya tidak mahu menampakkan ketidakstabilan pentadbiran, seolah-olah ada masalah antara mereka dengan SUK. Kononnya media pro BN akan manipulate isu tersebut berhari-hari, berminggu-minggu macam pelantikan SUK Selangor. Kononnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan tidak nampak hebat kerana ada masalah. Jadi 'ijtihad' yang ada ialah, biarlah banyak dasar (baik) kerajaan yang tidak terlaksana asalkan kerajaan kelihatan tidak bermasalah. Rupanya andaian itu memakan diri. Orang yang terlalu dimanjakan dengan kuasa akan lupa diri dan menjolok mata tuannya.
Dipendekkan cerita dan nak jadi cerita, di Kubang Pasu terdapat seorang DO yang sangat memahami dasar kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak serta parti yang mendominasi kerajaan itu. Beliau tidak bekerja hanya kerana sekeping surat pekeliling tetapi bertindak dengan kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah menetapi kehendak dan 'cita rasa' kerajaan negeri. Tindakan DO merangkap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) ini dikatakan tidak disenangi oleh pihak tertentu termasuk pembangkang lalu memperalatkan Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu untuk melakukan pelbagai sabotaj terhadap program anjuran DO tersebut.
'Secara kebetulan' DO Kubang Pasu itu tiba-tiba menerima arahan pertukaran ke daerah lain, walhal beliau baru sekejab di daerah itu. Apa masalahnya? 'Kebetulannya' juga Setiausaha MDKP adalah anak kandung kepada SUK negeri Kedah! Maka insiden itu telah merungkai semua 'catatan kebetulan' yang melibatkan SUK. Kebetulannya juga ahli-ahli MDKP adalah kumpulan 'kepala masam' (tapi professional) yang pantang melihat berlakunya kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Maka bertemulah buku dan ruas. Dan 'secara kebetulan' yang sangat mencabar SUK, kerajaan negeri sekarang dan 50 tahun dahulu ialah implikasi undang-undang yang dijumpai 'secara kebetulan' sewaktu mereka menangani isu ini.
Catatan isu ini lebih panjang dan mendalam. Penceritaan sekadar ini tidak akan menyempurnakan rasa ingin tahu pembaca. Kisah ini akan penulis sambung untuk semua pihak mendapat gambaran sebenar. Apa yang menariknya dalam isu ini ialah UMNO selaku pembangkang tidak akan dapat mengeksploitnya untuk kepentingan politik mereka.
Mengapa UMNO terjerat? Mengapa majoriti KCS tidak memihak kepada SUK dalam isu ini? Di mana sikap pihak istana yang melantik SUK? Bagaimana pendirian Penasihat Undang-undang Negeri? Bagaimana tindakan pihak JPA terhadap kes ini?
KANTOI! BERNAMA Bohong Lagi Kes Skandal Scorpene? Posted on Tuesday, October 09 @ 01:45:40 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Blog Jalan Pulang
Satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.
Satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.
Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata dan bukannya perbicaraan sebenar.
Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham oleh masyarakat.
Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times (NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi jurucakap pihak pendakwaan Perancis.
Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram.
Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris.
"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".
Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel.
Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai skandal Scorpene.
Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:
------------
Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan."Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancisdan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
------------
Sekarang nampak kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas bukti bahawa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan?
Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama sudah tidak boleh dipercayai lagi, ditambah lagi dengan beberapa siri penipuan membabitkan gambar Perdana Menteri Najib Altantuya kununnya menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian mesyuarat Umno Pekan beberapa munggu lalu.
Malaysiakini dan laman portal berita lain dinasihatkan supaya berhati-hati daripada dijerat perangkap yang sengaja dipasang media pencacai Umno walaupun mengaku sumber berita mereka adalah sumber rasmi kerajaan!
JALAN PULANG
Kenyataan Media Untuk Edaran Segera
William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel
8hb Oktober 2012
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.
The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012.
Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh.
Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.
Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.
Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".
Dikeluarkan oleh,
SUARAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan