Usah terpedaya: 55 tahun BN dengan 4½ tahun PR
Kumaresan Arumugam, | 08 Okt 2012 |
Perbezaan
pemerintahan 55 tahun oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan 4½ oleh
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di 4 buah negeri adalah tidak logik sama
sekali dan boleh dikatakan seperti membezakan bagai bumi dan langit.
Begitulah jawapan yang diberikan oleh badan NGO yang menggelar diri mereka sebagai Bayan Baru PKR Indian di atas laporan perbandingan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan 4 Menteri Besar/Ketua Menteri PR yang diterbitkan di akhbar-akhbar Tamil pada 7 Oktober 2012.
Menurut Pengerusi NGO tersebut, P.K. Kobal Krishnan BN tidak perlu panik dan terdesak untuk membuat perbandingan seperti ini kerana umum sudah tahu selama 55 tahun di bawah pemerintahan BN masyarakat India tidak menikmati apa-apa perubahan dan ianya telah dinyatakan dengan terang sekali apabila kita melihat sendiri dengan perbandingan yang dibuat tersebut.
Maksudnya, selama ini di bawah kepimpinan 5 Perdana Menteri BN yang lepas adakah hanya sekarang masalah masyarakat India diberi perhatian oleh PM kini?
Dengan mengambil beberapa kejayaan yang kononya dibuat di bawah PM Najib Razak selama 3 ½ tahun, NGO tersebut mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkenanan.
Menurut Kobal, BN mendakwa mereka telah memperuntukkan sejumlah wang untuk penambahbaikan Sekolah-Sekolah Tamil di seluruh Malaysia, namun yang meragukan siapa yang dilantik oleh Kerajaan untuk menguruskan pembangunan tersebut dan setakat ini berapa buah sekolah yang telah mendapat kelulusan peruntukan tersebut.
Beliau menggesa agar kerajaan bukan hanya memberi peruntukan malah perlu menjadikan semua Sekolah Tamil di Malaysia di bawah Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.
Kenapa Sekolah Tamil perlu dianaktirikan sekiranya PM benar-benar ingin membantu pembangunan intelektual masyarakat India dan berpegang kepada konsep 1Malaysia?
NGO tersebut juga memohon PM atau Kementerian Pelajaran untuk menyenaraikan senarai nama pelajar India yang mendapat tempat di matrikulasi, ianya berasas dengan dakwaan kerajaan bahawa 1,000 tempat telah disediakan untuk pelajar India.
Senarai kuota kemasukan ke IPTA sebelum tahun 2008 juga perlu diberikan kerana mendakwa mereka (NGO) semua transformasi yang diumumkan oleh PM adalah disebabkan tekanan politik yang diterima daripada PR.
Mereka juga berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah melakukan banyak perkara khususnya kepada masyarakat India sekiranya dibandingkan dengan Ketua Menteri ketika zaman pemerintahan BN.
Kerajaan negeri di bawah Hindu Endownment Board telah memberikan biasiswa dan wang sagu hati kepada pelajar-pelajar kaum India di Pulau Pinang yang berjaya memasuki ke IPTA dan IPTS.
Oleh yang demikian, NGO tersebut memohon rakyat untuk membuat pilihan yang tepat dan jangan termakan dengan trend pancing undi yang diaturkan oleh BN.
Sekiranya PR dapat menawan Putrajaya seperti dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua masyarakat India yang telah bertahun-tahun tinggal di Malaysia akan mendapat kad pengenalan berstatus warganegara.
Bukan itu sahaja, Sekolah-sekolah Tamil juga akan mendapat cahaya baru dan sebagai contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midland di negeri Selangor telah dibina berwajahkan seperti kolej dengan kelengkapan sebuah pusat konvensyen.

KLIA2: Skandal baru projek sistem ruang udara?
Nurul Izzah Anwar , | 08 Okt 2012 |
Umum
sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang
telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9
bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun
ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia,
Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan
mengesahkan jumlah RM4 bilion - setakat ini.
Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran maha besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP - iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.
Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut. Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?
3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.
Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR
JOHOR BAHRU: Hasrat wakil penduduk Pengerang untuk
bertemu Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berhubung isu RAPID dan
Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) hari ini sekali lagi tidak
kesampaian.
Rombongan mereka bersama NGO Pengerang ke pejabat Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya itu siang tadi hanya disambut setiausaha sulitnya, En Hasnol.
Menurut Mazlan Aliman yang turut serta dalam rombongan itu, pada mulanya Hasnol hanya bersedia menerima memorandum di kaki lima pejabat sahaja.
Namun selepas didesak, beliau akhirnya akur untuk mengadakan perbincangan dan mendengar luahan penduduk.
"Bila ditanya mana MB, kata SU Sulit MB, ada program luar kawasan. Ertinya tiada di Pejabat.
"Ada Staf pejabat MB maklumkan sebelum itu, MB ada di pejabatnya dan hanya akan outstation sebelah petang. Ertinya sengaja mengelak, tak mau berjumpa rakyat sendiri," luah Mazlan kecewa.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga memberitahu, kehadiran mereka hari ini hanya mahu menyerahkan memorandum berkaitan projek itu.
Mereka juga mahukan penjelasan dari menteri besar kenapa projek RAPID dan PIPC dibuat atas tanah penduduk seluas 22,500 ekar dengan 28,050 orang penduduk.
Ianya juga bakal membabitkan 6 buah masjid, 11 buah surau, 9 buah rumah ibadat bukan Islam, 4 buah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah menengah, 5 buah sekolah agama, 3 buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sebuah kuarters kerajaan, 3 buah klinik kesihatan, 2 buah Balai Polis, 11 buah tapak perkuburan Islam, 7 buah jirat cina dan 9 buah balairaya.
"Bukankah lebih munasabah dibuat atas tanah Kerajaan Negeri berdekatan Kg Datuk Abdul Ghani Othman?
"Sampai hari ini tidak ada sebarang alasan mengapa penempatan penduduk mesti dikorbankan," katanya.
Tambah Mazlan, beliau tertarik dengan kenyataan Suruhanjaya hak Asasi Manusia Suhakam, yang mendakwa bahawa selepas projek Hidro Elektrik Bakun di Sarawak, projek di Pengerang adalah yg kedua besarnya membabitkan pengambilan tanah dan pengusiran keluar penduduk.
"Pencapaian terhebat Kerajaan BN Johor. Projek 'menghalau' keluar penduduk Pengerang secara besar-besaran.
"Sembilan pluh peratus adalah orang Melayu yang mempunyai Menteri Besar dan Ahli Parlimen melayu," katanya.
Turut serta pada rombongan siang tadi adalah Pengerusi NGO Pengerang Anis Afida Mohd Azli, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan beberapa wakil penduduk.
pagi tadi telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya. Hadir sama Mazlan Aliman, Presiden ANAK,
ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.
Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar.
Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawad cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?
Kamarul: Boleh.
Khaw: Kita akan menantikan kawad cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?
Kamarul: Ya.
Khaw: Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.
Kamarul: Ya boleh.
Semasa perhimpunan itu, Radzi mendakwa dipukul sehingga tujuh orang angggota polis.
Mei lalu, Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam di IPD Dang Wangi bagi membuat pengecaman bagaimanapun gagal mengenalpasti penyerangnya.
Menurut Radzi, pada kawad cam tersebut, seramai 20 anggota polis yang dibariskan terlalu tua, berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini yang mengatakan polis yang memukulnya semua "muda".
Kamarul ketika ditanya berhubung perkara itu hari ini menjelaskan, beliau membariskan anggota yang tua dalam kawad cam tersebut untuk membantu siasatan.
"Kita adakan (kawad cam) sebagai proses siasatan. Tak semestinya suspek yang dikatakan ikut cita rasa pengadu. Ada yang kita letak orang yang bukan usia sama.
"Ada muda, ada tua. Kita dalam proses (siasatan). Kalau letak tua mungkin boleh bagi maklumat lebih. Kalau letak muda mungkin (siasatan) akan tersekat di situ," jelas Kamarul.
Sehubungan itu, Kamarul berkata siasatan akan terus dijalankan terhadap lebih 1,000 anggota polis yang bertugas di sekitar kawasan persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Perak - tempat di mana Radzi didakwa diserang.
''Saya kena buat (soal siasat). Daripada senarai 30 orang (yang terlibat kawad cam) mereka dipilih secara rawak," katanya ketika ditanya bagaimana soal siasat akan dilakukan terhadap lebih 1,000 anggota polis.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.
Pejabat Peguam Negara telah memberi maklum balas bahawa cadangan pindaan terhadap peraturan itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan dan undang-undang berkait.
Sehubungan itu SPR akan membentangkan cadangan pindaan terhadap borang dan peraturan pada persidangan Parlimen yang berlangsung sekarang, kata Abdul Aziz kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Ini bermakna jika diluluskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak membuang undi sebagai pengundi pos dalam pilihan raya umum ke-13.
Pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos.
Pada masa yang sama, Abdul Aziz menasihatkan golongan terbabit agar mendaftar sebagai pemilih memandangkan sambutan yang diterima setakat ini agak dingin.
- Bernama
Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran maha besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP - iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.
Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut. Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?
3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.
Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR
MB didakwa enggan jumpa penduduk Pengerang
Harakahdaily, | 08 Okt 2012 |
Rombongan mereka bersama NGO Pengerang ke pejabat Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya itu siang tadi hanya disambut setiausaha sulitnya, En Hasnol.
Menurut Mazlan Aliman yang turut serta dalam rombongan itu, pada mulanya Hasnol hanya bersedia menerima memorandum di kaki lima pejabat sahaja.
Namun selepas didesak, beliau akhirnya akur untuk mengadakan perbincangan dan mendengar luahan penduduk.
"Bila ditanya mana MB, kata SU Sulit MB, ada program luar kawasan. Ertinya tiada di Pejabat.
"Ada Staf pejabat MB maklumkan sebelum itu, MB ada di pejabatnya dan hanya akan outstation sebelah petang. Ertinya sengaja mengelak, tak mau berjumpa rakyat sendiri," luah Mazlan kecewa.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga memberitahu, kehadiran mereka hari ini hanya mahu menyerahkan memorandum berkaitan projek itu.
Mereka juga mahukan penjelasan dari menteri besar kenapa projek RAPID dan PIPC dibuat atas tanah penduduk seluas 22,500 ekar dengan 28,050 orang penduduk.
Ianya juga bakal membabitkan 6 buah masjid, 11 buah surau, 9 buah rumah ibadat bukan Islam, 4 buah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah menengah, 5 buah sekolah agama, 3 buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sebuah kuarters kerajaan, 3 buah klinik kesihatan, 2 buah Balai Polis, 11 buah tapak perkuburan Islam, 7 buah jirat cina dan 9 buah balairaya.
"Bukankah lebih munasabah dibuat atas tanah Kerajaan Negeri berdekatan Kg Datuk Abdul Ghani Othman?
"Sampai hari ini tidak ada sebarang alasan mengapa penempatan penduduk mesti dikorbankan," katanya.
Tambah Mazlan, beliau tertarik dengan kenyataan Suruhanjaya hak Asasi Manusia Suhakam, yang mendakwa bahawa selepas projek Hidro Elektrik Bakun di Sarawak, projek di Pengerang adalah yg kedua besarnya membabitkan pengambilan tanah dan pengusiran keluar penduduk.
"Pencapaian terhebat Kerajaan BN Johor. Projek 'menghalau' keluar penduduk Pengerang secara besar-besaran.
"Sembilan pluh peratus adalah orang Melayu yang mempunyai Menteri Besar dan Ahli Parlimen melayu," katanya.
Turut serta pada rombongan siang tadi adalah Pengerusi NGO Pengerang Anis Afida Mohd Azli, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan beberapa wakil penduduk.
pagi tadi telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya. Hadir sama Mazlan Aliman, Presiden ANAK,
Pukul wartawan: Penyiasat polis janji kawad cam kedua
Seorang
saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti
anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan
semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.
Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar.
Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawad cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?
Kamarul: Boleh.
Khaw: Kita akan menantikan kawad cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?
Kamarul: Ya.
Khaw: Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.
Kamarul: Ya boleh.
Semasa perhimpunan itu, Radzi mendakwa dipukul sehingga tujuh orang angggota polis.
Mei lalu, Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam di IPD Dang Wangi bagi membuat pengecaman bagaimanapun gagal mengenalpasti penyerangnya.
Menurut Radzi, pada kawad cam tersebut, seramai 20 anggota polis yang dibariskan terlalu tua, berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini yang mengatakan polis yang memukulnya semua "muda".
Kamarul ketika ditanya berhubung perkara itu hari ini menjelaskan, beliau membariskan anggota yang tua dalam kawad cam tersebut untuk membantu siasatan.
"Kita adakan (kawad cam) sebagai proses siasatan. Tak semestinya suspek yang dikatakan ikut cita rasa pengadu. Ada yang kita letak orang yang bukan usia sama.
"Ada muda, ada tua. Kita dalam proses (siasatan). Kalau letak tua mungkin boleh bagi maklumat lebih. Kalau letak muda mungkin (siasatan) akan tersekat di situ," jelas Kamarul.
Sehubungan itu, Kamarul berkata siasatan akan terus dijalankan terhadap lebih 1,000 anggota polis yang bertugas di sekitar kawasan persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Perak - tempat di mana Radzi didakwa diserang.
''Saya kena buat (soal siasat). Daripada senarai 30 orang (yang terlibat kawad cam) mereka dipilih secara rawak," katanya ketika ditanya bagaimana soal siasat akan dilakukan terhadap lebih 1,000 anggota polis.
Pemilih di luar negara berpeluang mengundi pada PRU13
Pindaan
peraturan mengenai pilihan raya bersabit pemilih di luar negara menjadi
pengundi pos akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang
berlangsung.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.
Pejabat Peguam Negara telah memberi maklum balas bahawa cadangan pindaan terhadap peraturan itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan dan undang-undang berkait.
Sehubungan itu SPR akan membentangkan cadangan pindaan terhadap borang dan peraturan pada persidangan Parlimen yang berlangsung sekarang, kata Abdul Aziz kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Ini bermakna jika diluluskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak membuang undi sebagai pengundi pos dalam pilihan raya umum ke-13.
Pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos.
Pada masa yang sama, Abdul Aziz menasihatkan golongan terbabit agar mendaftar sebagai pemilih memandangkan sambutan yang diterima setakat ini agak dingin.
- Bernama
PSM: Buru Suaram tapi benar kapal nuklear AS singgah
Setiausaha
agung PSM S Arutchelvan berkata, tindakan kerajaan membenarkan kapal
perang berkuasa nuklear Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang
menunjukkan hipokrasi kerajaan yang giat memburu Suaram dengan dakwaan
menerima dana luar negara.
"Tindakan BN cukup hipokrit kerana di dalam negara, kerajaan BN meningkatkan usaha untuk memburu Suaram dengan pelbagai tohmahan berkenaan dengan penerimaan dana luar negara.
"Tetapi di sudut yang lain, kerajaan dengan tangan terbuka menerima lawatan mesin perang AS ke negara kita," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya PSM mengutuk sekeras-kerasnya persinggahan lima hari kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear USS George Washington bermula semalam – yang dilaporkan untuk "mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia".
"Tindakan ini hanya akan memperkukuh ketenteraan di rantau ini dan menggugat kedaulatan negara kita.
"Dengan membenarkan tentera AS memasuki kawasan laut dan tanah Malaysia, dan juga mewujudkan kerjasama ketenteraan yang rapat, hanya akan membantu memperkuat usaha imperialis yang diketuai AS untuk menguasai rantau Asia secara politik-ekonomi...," katanya.
Laporan Bernama semalam menyebut, satu majlis bersama lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan diraikan di atas kapal USS George Washington itu hari ini.
Laporan itu juga menyebut, kapal perang tersebut dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal tersebut memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 yang disifatkan sebagai "pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik".
Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.
Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.
"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.
Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.
Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.
"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.
Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.
"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."
Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.
"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.
Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.

Pendakwa: Tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis
Seorang
pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan
media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia
berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai
dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua
kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.
Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.
"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.
Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.
Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.
"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.
Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.
"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."
Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.
"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.
Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan